• Tidak ada hasil yang ditemukan

Perkembangan Bahasa kebangsaan di Malays

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Perkembangan Bahasa kebangsaan di Malays"

Copied!
23
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 PENGENALAN

Bahasa Kebangsaan merupakan salah satu medium kearah penyatuan dan pembangunan negara bangsa Malaysia. Bahasa Kebangsaan telah mengalami perkembangan sejak negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 sehingga kini. Bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa kebangsaan yang bertepatan dengan Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan 1957 yang menyatakan bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan baahsa rasmi bagi persekutuan.1

Sebelum negara mencapai kemerdekaan, bahasa Melayu adalah suatu bahasa yang ulung dan menjadi Lingua Franca dalam urusan perdagangan dan pemerintahan di Kepulauan Melayu sejak berabad lamanya.2

Bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa kebangsaan adalah berdasarkan kepada beberapa sebab. Antaranya ialah kerana Tanah Melayu adalah negeri bagi orang Melayu, bahasa Melayu adalah bahasa ibunda bagi Tanah Melayu, Bahasa Melayu adalah bahasa perantara bagi negeri-negeri di negeri ini, bahasa Melayu adalah bahasa yang mudah dan sebagainya. Pendapat ini diutarakan oleh Za’ba dalam tulisannya “Bahasa Kebangsaan Malaya Sa-Lapas Merdeka” yang menyenaraikan mengenai sebab-sebab mengapa bahasa Melayu perlu dipilih menjadi bahasa kebangsaan di negara Malaysia.3 Namun, terdapat pelbagai cabaran dalam reaksi terhadap

pengiktirafan tersebut. Penggunaan bahasa kebangsaan adalah penting kearah proses pembentukan negara bangsa yang berjaya. Hal ini kerana bahasa adalah alat penyatuan negara yang terdiri daripada pelbagai kaum. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan merupakan suatu bentuk penyelarasan bahasa di negara ini. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan juga perlu dipertahankan kerana bahasa jiwa bangsa. Hilang bahasa maka hilanglah bangsa

1 Syarifah Darmia, Perjuangan dan Cabaran Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan di Malaysia 1957-1966, Jurnal Sejarah, Pusat Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, 2013, hlm., 123-124.

2 Adnan Nawang, Memoir Za’ba, Ipoh: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2003, hlm., 23.

(2)

2.0 KONSEP NEGARA BANGSA MELALUI BAHASA KEBANGSAAN

Konsep “negara bangsa” atau “Nation State” sering kedengaran dalam usaha kearah pembentukan penyatuan dan hala tuju pembangunan negara terutamanya selepas sesebuah negara mencapai kemerdekaan termasuk negara Malaysia. Pembinaan negara bangsa dalam kerangka Malaysia masih lagi didalam persoalan dan masih lagi perbahasan dalam kalangan sarjana. Dalam pada itu, negara masih lagi berusaha untuk membentuk sebuah negara bangsa yang ideal dan sempurna. Usaha-usaha kearah pembentukan negara bangsa yang sempurna dan ideal ini telah dilakukan oleh pihak kerajaan. Namun, pelbagai cabaran dan halangan terpaksa dihadapi apatah lagi negara ini mempunyai pelbagai kaum yang menyebabkan sentimen perkauman masih lagi dimainkan oleh sesetengah pihak yang pada akhirnya akan membantutkan proses pembentukan negara bangsa yang ideal.4

Malaysia pada hari ini masih lagi tercari-cari akan identiti bangsanya yang tersendiri walaupun sudah mencapai kemerdekaan sejak 58 tahun yang lalu. Kegagalan dalam membentuk suatu identiti negara ini menjadi isu hangat antara pelbagai pihak. Sebenarnya, Proses pembinaan negara dilihat adalah sebuah proses yang panjang dan tidak akan pernah selesai. Proses pembinaan negara bangsa memerlukan penyatuan unsur penting dalam negara, individu dan bangsa seperti bahasa, budaya, politik, tujuan atau wawasan, perpaduan dan kesetiaan terhadap negara itu sendiri. Jika unsur-unsur ini dapat disatukan dan dilaksanakan, maka akan dengan mudah proses pembinaan negara bangsa itu dapat dilakukan. Pembinaan negara bangsa merupakan keinginan negara untuk mencipta kesatuan, integrasi dan identiti nasional.5

Bahasa merupakan salah satu daripada unsur penting kearah pembentukan negara bangsa Malaysia yang ideal dan jitu tersebut. Bahasa dilihat berfungsi sebagai alat penyatuan bangsa dalam pelbagai aspek sama ada dari aspek politik dan pentadbiran, perundangan, pendidikan dan sebagainya. Penyelarasan bahasa adalah amat penting bagi membentuk satu unsur dan tujuan dalam sesebuah negara untuk mencapai sesebuah negara bangsa yang unggul. Bahasa yang digunakan juga adalah merupakan

4 Mohamad Rodzi, Pembinaan Negara Bangsa Malaysia: Peranan Pendidikan Sejarah dan Dasar Pendidikan Kebangsaan dalam (Jebat) 36, Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2009, Hlm., 93.

(3)

kepada sesebuah identiti negara bangsa. Untuk menjamin agar bahasa Melayu kekal menjadi bahasa kebangsaan negara, maka Akta Bahasa Kebangsaan 1967 telah diperkenalkan. Pelaksanaan dasar bahasa ini adalah penting bagi menyelaraskan penggunaan bahasa kebangsaan dalam urusan pentadbiran awam, bidang kehakiman, bidang perundangan, bidang pendidikan seperti di sekolah rendah dan menengah dan institusi pengajian tinggi.6

Sejak negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, proses kearah pembentukan negara bangsa melalui bahasa sering menjadi polemik dan mempunyai cabarannya yang tersendiri. Walaupun bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi persekutuan, tetapi kenyataannya adalah agak sukar bagi negara untuk mencapai kata sepakat akan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Pengiktirafan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah menimbulkan pelbagai isu, reaksi dan cabaran daripada bahasa Inggeris yang merupakan bahasa rasmi dunia serta terdapat juga beberapa pihak yang agak kurang senang terhadap pengiktirafan ini.7 Perkara ini telah menghantui negara sejak ia

diumumkan dan menjadi sebuah isu yang kontroversial sehingga kini. Ini menunjukkan bahawa Malaysia masih lagi menghadapi kecelaruan identiti terutama kearah pembentukan negara bangsa yang sempurna.

Jadi, dapatlah dikatakan bahawa dalam mencapai sebuah negara yang unggul, negara perlulah melalui proses pembinaan negara bangsa yang mempunyai pelbagai unsur penting didalamnya seperti bahasa yang menjadi salah satu perkara penting yang tidak boleh dipandang enteng oleh semua pihak. Walaupun terdapat pelbagai cabaran dalam mencari identiti kearah pembentukan negara bangsa melalui bahasa ini, pelbagai pihak terutamanya pihak pemerintah dan masyarakat perlu berusaha sedaya upaya dalam mempertahankan bahasa kebangsaan dan meyakinkan masyarakat mengenai kepentingan bahasa kebangsaan dalam proses pembinaan negara bangsa Malaysia yang unggul.

3.0 PERJUANGAN DALAM MEMARTABATKAN BAHASA KEBANGSAAN

6 Chew Fong Peng, 2006, hlm., 140.

(4)

Dalam menggerakkan usaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan sebagai salah satu daripada unsur penting kearah pembinaan negara bangsa, sudah pastilah semangat dan kesedaran awal terhadap perkara ini perlu dititik beratkan. Perjuangan awal dalam memartabatkan bahasa kebangsaan telah muncul sejak awal pembentukan negara bangsa Malaysia. Perjuangan ini telah dipelopori oleh golongan atau individu tertentu, pertubuhan atau persatuan atau kelompok masyarakat yang telah mempunyai kesedaran untuk memartabatkan bahasa kebangsaan agar ia terus subur dan dapat dipertahankan walau terdapat pelbagai cabaran yang menghantuinya. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di negara ini telah disepakati dalam perjanjian kemerdekaan dan seharusnya tidak ada apa yang harus dikhawatirkan lagi.8

Perjuangan dalam memartabatkan bahasa kebangsaan ini dimulai dengan peranan kerajaan itu sendiri. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada 1959 telah mengadakan sebuah kerjasama bahasa antara Malaysia dengan Indonesia melalui Perjanjian Persahabatan dengan mengambil kira perkembangan pesat bahasa Indonesia selepas republik itu mencapai kemerdekaan pada 17 Ogos 1945 berbanding Malaysia yang mencapai kemerdekaan yang agak lambat iaitu pada 1957 selain terdapat tentangan dalaman dalam merealisasikan hasrat ini. Oleh itu, Malaysia telah merujuk Indonesia yang dilihat lebih maju dari segi kebahasaan demi memartabatkan bahasa Melayu di Malaysia. Tun Abdul Razak yang memegang jawatan Timbalan Perrdana Menteri ketika itu telah menandatangani perjanjian ini dengan Ir. H. Djuanda yang memegang jawatan Perdana Menteri Indonesia. Untuk itu, mahasiswa Malaysia telah dihantar ke Universiti Indonesia untuk mengikuti pengajian dalam bidang bahasa dan kesusasteraan.9 Jadi, jelas menunjukkan bahawa kerjasama

Malaysia Indonesia telah dilaksanakan bagi memperjuangkan penggunaan bahasa kebangsaan berpandukan negara Indonesia yang dilihat lebih matang dalam soal bahasa ini demi mengukuhkan pembinaan negara bangsa melalui bahasa.

Selain itu, kerajaan melalui dasar bahasa telah melindungi dan memelihara bahasa kebangsaan. Dasar bahasa dibentuk bagi menjadikan bahasa kebangsaan sebagai alat perpaduan bangsa atau negara, untuk menyelesaikan masalah kecekapan komunikasi di peringkat pentadbiran negara serta untuk menjadikan bahasa kebangsaan sebagai alat kemajuan bangsa atau negara. Dalam kaedah politik ini,

8 Chew Fong Peng, 2006, hlm., 140.

(5)

dapatlah dilihat bahawa semangat nasionalisme Melayu memainkan peranan penting dalam usaha untuk memperjuangkan bahasa kebangsaan bagi menggantikan bahasa inggeris selepas negara mencapai kemerdekaan.10

Perjuangan untuk memartabatkan bahasa melayu dalam konteks dasar bahasa adalah seperti bahasa kebangsaan hendaklah digunakan sebagai bahasa tujuan rasmi kerajaan, bahasa Melayu dijadikan mata pelajaran wajib lulus untuk peperiksaan PMR dan SPM, Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama institusi pengajian tinggi dan sebagainya. Inilah antara isi kandungan yang terkandung dalam dasar bahasa di Malaysia sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1967 sehingga kepada Akta Pendidikan 1996 bagi memperjuangkan bahasa kebangsaan di negara ini.

Selain itu, perjuangan dalam memartabatkan bahasa kebangsaan dapat dilihat melalui penubuhan institusi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Perkara ini telah dinyatakan dalam Seksyen 5 Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 (Disemak 1978), Pindaan dan Perluasan 1995 dan Akta A 930 (PIPP 2006-2010). Peranan DBP adalah jelas untuk memperkasa dan memartabatkan bahasa kebangsaan agar ia terus subur di negara ini seperti menerbitkan bahan bacaan dalam bahasa kebangsaan dan menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan dengan betul. DBP misalnya telah melaksanakan program pemerkasaan di semua peringkat lapisan masyarakat. Hal ini dapat dilihat apabila DBP telah bekerjasama dengan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan membentuk Jawatankuasa Memperkasakan Bahasa Melayu bagi melihat proses pengajaran dan pembelajaran disekolah-sekolah untuk memartabatkan bahasa kebangsaan.11

Kerjasama DBP dengan KPM juga terserlah apabila kurikulum Bahasa Melayu telah diperkenalkan pada tahun 2003 bagi mensasarkan murid dapat menguasai kemahiran asas mendengar, membaca dan menulis dalam bahasa Melayu dengan baik di peringkat sekolah rendah dan menengah. Dalam pada itu, kurikulum bahasa Melayu juga berperanan sebagai wadah untuk memartabatkan bahasa Melayu melalui sastera apabila pelbagai pertandingan seperti pertandingan menulis esei, cerpen, puisi

10 Chew Fong Peng, 2006, hlm., 141

(6)

dan sebagainya dilaksanakan bagi memberi kesedaran terhadap nilai murni melalui bahasa kebangsaan. Sukatan-sukatan yang berbentuk patriotisme, kenegaraan dan nilai murni juga telah dilaksanakan dalam memenuhi program kurikulum ini agar proses untuk meningkatkan semangat nasionalisme dapat dituai sejak bangku sekolah lagi. Jadi, jelaslah bahawa peranan DBP dilihat mampu memartabatkan bahasa kebangsaan agar ia terus menjadi alat penyatuan dan identiti bangsa atau negara ini.12

Pertubuhan atau persatuan yang memainkan peranan penting dalam perjuangan memartabatkan bahasa kebangsaan. Misalnya, Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) telah menggesa supaya sekolah rendah jenis kebangsaan Inggeris menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi darjah satu dan dua disamping menambah bilangan waktu mata pelajaran bahasa Melayu. Selain itu, PENA juga menggesa calon SPM wajib mengambil ujian lisan untuk lulus bahasa kebangsaan pada 1971. Di samping itu, PENA menggesa maktab perguruan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pangantar dan pelajar haruslah mampu menguasai dan mengajar dalam bahasa Melayu. Di peringkat universiti pula, PENA menggesa agar bahasa Melayu digunakan di dalam Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia. Jadi, jelaslah bahawa PENA juga memainkan peranan penting dalam memperjuangkan untuk memartabatkan bahasa kebangsaan di Malaysia agar ia terus subur dalam proses pembinaan negara bangsa Malaysia.13

4.0 BAHASA KEBANGSAAN DALAM PENDIDIKAN

Dasar bahasa pendidikan ialah dasar yang dipegang dalam menggunakan bahasa sebagai bahasa pengantar di sekolah.14 Bidang pendidikan meliputi semua program

yang dijalankan di semua institusi pendidikan dari yang paling rendah, iaitu peringkat

12 A. Aziz Deraman, 2009, hlm., 13-14

13 Mukhtaruddin Mohd Din, Pembinaan Bahasa Melayu: Perancangan bahasa di Malaysia, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka,1982, hlm., 5

(7)

tadika hinggalah kepada yang paling tinggi, iaitu peringkat universiti. Setelah Laporan Jawatankuasa Razak diterbitkan pada April 1956 dan digunakan oleh kerajaan sebagai asas Dasar Pendidikan Kebangsaan Malaysia. Majlis Perundagan Persekutuan telah meluluskan cadangan tersebut dan kemudiannya dikenali sebagai Ordinan Pendidikan 1957. Dasar Pendidikan Persekutuan Tanah Melayu ditakrifkan di bawah Seksyen 3 Ordinan Pendidikan, (halaman 11) iaitu Dasar Pendidikan Persekutuan adalah untuk mengasaskan satu sistem kebangsaan yang diterima oleh rakyat secara menyeluruh yang boleh memenuhi keperluan dan mempromosikan budaya, ekonomi, sosial dan pembangunan politik sebagai sebuah negara dengan tujuan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dengan memelihara pertumbuhan bahasa dan budaya rakyat selain kaum Melayu yang tinggal di dalam negara.15 Maka, dengan

wujudnya Ordinan Pendidikan 1957 ini, idea sekolah kebangsaan telah diketepikan dan kanak-kanak dalam komuniti di Malaysia akan terus mendapat pendidikan asas di sekolah vernacular yang berbeza. Pada tahun 1957, Ordinan Pendidikan 1957 menjadi batu asas untuk dasar pendidikan kebangsaan di Malaya. Ordinan terbaharu ini merupakan pertimbangan berasaskan perkiraan kerjasama perkauman.16 Pertimbangan

dan kerjasama adalah lebih baik daripada mengambil pendirian yang tidak fleksibel mengikut kaum.

Selepas tiga tahun merdeka iaitu pada tahun 1960, Kerajaan Malaya telah merangka sebuah jawatankuasa yang diberi nama sebagai Jawatankuasa Penyemak Dasar Pelajaran 1960 (Education Review Committee 1960).17 Peranannya adalah

untuk menyemak semula sistem pendidikan di negara ini. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Dato’ Abdul Rahman bin Haji Talib yang menjadi Menteri Pelajaran pada waktu itu. Oleh sebab itu, jawatankuasa ini lebih dikenali sebagai Jawatankuasa Rahman Talib. Selain itu, jawatankuasa ini mendapati bahawa hampir separuh daripada pelajar sekolah rendah terdiri daripada mereka yang belajar di sekolah Melayu. Maka, cadangan telah diberikan agar penggunaan bahasa kebangsaan dijadikan sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara, yang bukan sahaja diwujudkan dari peringkat sekolah rendah sehingga sekolah menengah. Walaupun Jawatankuasa Rahman Talib ingin menjadikan bahasa Melayu sebagai 15 Asmah Haji Omar, Dasar Bahasa Kebangsaan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2015, hlm., 132.

16 Alis Puteh, Kelangsungan Bahasa Melayu dalam Sistem Pendidikan Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2015, hlm., 104.

(8)

bahasa pengantar hingga ke peringkat universiti, namun keadaan pada ketika itu telah menyebabkan bahasa Melayu belum luas digunakan dalam bidang ilmu, terutama sekali dalam sains dan teknologi. Hal ini telah menyebabkan bahasa Inggeris dijadikan sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah Inggeris yang sedia ada, khususnya yang mendapat bantuan daripada kerajaan. Kesannya, terdapat dua bahasa pengantar iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang dipertahankan untuk menjadi salah satu daripada dua bahasa rasmi negara.

Melalui perakuan-perakuan yang terdapat dalam Jawatankuasa Rahman Talib, maka sekolah-sekolah menengah kebangsaan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Sekolah rendah Inggeris beransur-ansur menjadi sekolah jenis kebangsaan. Oleh hal yang demikian, berlakunya penukaran bahasa pengantar daripada bahasa Inggeris kepada bahasa kebangsaan bermula dengan satu atau dua mata pelajaran dalam bahasa Melayu dari Darjah 1, ditambah satu atau dua lagi pada Darjah 2, sehingga Darjah 6 semua mata pelajaran diajar dalam bahasa Melayu.18

Proses ini kemudiannya berlaku pada peringkat sekolah menengah dengan kaedah yang sama, apabila murid-murid sekolah rendah mula memasuki sekolah menengah. Sekolah Jenis Kebangsaan pula layak menerima peruntukan daripada kerajaan, dengan syarat sukatan pelajaran kerajaan dipatuhi. Jawatankuasa juga mencadangkan penarikan balik bantuan kewangan daripada Sekolah Menengah Cina yang ingin meneruskan bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar mereka. Mana-mana aliran yang dipilih oleh pelajar-pelajar dari sekolah Cina, sama ada aliran Inggeris atau Melayu, mereka harus menempuhi kelas peralihan (Remove Class) dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu selama 3 tahun sebelum mereka boleh mengambil Sijil Rendah Pelajaran dalam aliran bahasa yang dipilih.19

Cadangan-cadangan ini dibuat adalah berdasarkan faktor yang ingin mengurangkan jurang bahasa dan perbezaan kaum kerana kaedah ini merupakan paling sesuai untuk memantapkan perpaduan kaum. Sekolah-sekolah kebangsaan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, manakala Sekolah Jenis Kebangsaan menggunakan bahasa Inggeris, Cina atau Tamil sebagai bahasa pengantar. Sebagai contoh, terdapat sebanyak 60 buah sekolah menengah Cina swasta

18 Jeniri Amir, Bahasa Negara dan Bangsa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2009, hlm., 140.

(9)

yang menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar.20 Dengan itu,

jawatankuasa ini menetapkan kesemua sekolah, tidak kira swasta atau bantuan kerajaan, kebangsaan atau jenis kebangsaan mesti mematuhi satu kurikulum dan sukatan kandungan umum yang sama rata. Matlamat ini adalah untuk mempromosikan perpaduan melalui sekolah, semua aktiviti, penggubalan kurikulum, pengurusan peperiksaan dan pemilihan buku teks disatukan di bawah Kementerian Pelajaran. Sehingga tahun 1960, tugasan utama menyediakan dan mengeluarkan kandungan sukatan yang sama untuk kesemua sekolah telah disiapkan. Kesemua jenis sekolah diperkenalkan dengan peperiksaan awam dan sekolah-sekolah menengah mesti mengendalikan peperiksaan awam dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sahaja. Pada tahun 1960, objektif utama dasar pendidikan di Malaysia adalah untuk menyatukan kanak-kanak berbilang bangsa di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan yang bahasa Melayunya menjadi bahasa pengantar utama.21 Kesemua

sekolah rendah berpengantar bahasa Inggeris dalam negara pula perlu menukarkannya kepada bahasa Melayu.

Seterusnya, dasar pendidikan kebangsaan telah menubuhkan Akta Pelajaran 1961 yang digubal berdasarkan Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Matlamat utama penubuhan Akta Pelajaran 1961 adalah bertujuan untuk menjadikan bahasa kebangsaan sebagai pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan. Dasar ini telah menggubal pendidikan melalui satu sukatan kandungan yang sama, diperkuat melalui satu bahasa umum yang akan menggalakkan pertumbuhan kesamarataan dan pembangunan nilai-nilai utama yang dikongsi bersama.22 Kesannya

telah membawa kepada kemunculan satu budaya umum yang akan memberikan asas pada ikatan sosial dan perpaduan. Selain itu, Akta Pelajaran 1961 telah mengawal sistem pendidikan di Malaysia yang pada ketika itu menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. Akta Pelajaran 1961 telah memberikan kuasa kepada Menteri Pelajaran yang bertujuan untuk membuat keputusan atas kesemua dasar yang berkaitan pelajaran, termasuklah arah dan objektif pendidikan, juga jumlah serta peruntukan untuk anugerah-anugerah kewangan, berkuasa untuk menutup sekolah dan berkuasa atas segala hal pelajaran berkaitan sekolah, pengurusan, pentadbir dan pekerja,

20 Asraf, Manifesto Budaya, Pupus Bahasa, Pupuslah Bangsa, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996, hlm., 54.

21 Idris Aman, Aksen Bahasa Kebangsaan: Realiti Identiti Integrasi, Bangi, 2011, hlm., 89.

(10)

lembaga penasihat pelajaran, pendaftaran guru dan undang-undang kecil peperiksaan awam.23

Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di institusi-institusi pendidikan diperteguhkan lagi apabila dalam tahun 1971, kerajaan membuat semakan semula dasar yang disyorkan oleh Jawatankuasa Rahman Talib. Tinjauan dilakukan dengan tujuan supaya perkembangan pendidikan dalam tahun-tahun 1971 sehingga 1975 selari dengan matlamat Rancangan Malaysia Pertama, dan juga dengan yang berikutnya iaitu Rancangan Malaysia Kedua. Matlamat utama penyemakan sistem pendidikan 1971 adalah bertujuan untuk membangunkan dan menguatkan sistem pendidikan kebangsaan bagi menyokong perancangan untuk perpaduan kebangsaan, menyeimbangkan pendidikan, peluang dan bahan antara bandar dengan luar bandar, melaksanakan dasar bahasa serta memperbaik sistem pendidikan dari aspek kuantitatif dan kualitatif pada semua peringkat untuk menyumbang kepada pembangunan ekonomi, sosial, budaya dan politik.24 Matlamat tersebut telah membawa perubahan

daripada sekolah jenis kebangsaan kepada sekolah kebangsaan. Hal ini telah menyebabkan pertukaran pertama dilancarkan pada Januari 1968 dengan pertukaran sekolah rendah Inggeris menjadi sekolah kebangsaan.

Pertukaran ini dimulai dengan beberapa peringkat, iaitu dimulai dengan lima mata pelajaran diajar dalam bahasa Melayu dari Darjah 1 hingga Darjah 3 di sekolah Inggeris. Kelas aliran Melayu juga dimulakan di sekolah menengah vokasional pada tahun 1968 dan sekolah menengah teknik pada tahun 1970. Pada tahun 1973, semua subjek Sastera di Tingkatan 1 pada peringkat pendidikan menengah diajar dalam bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Inggeris.25 Pada tahun 1975, semua

kanak-kanak Cina dan India yang bermula enam tahun pendidikan rendah dan telah dimasukkan ke kelas peralihan dalam pengantar bahasa Melayu. Pada tahun 1976, semua subjek Sastera, Sains dan subjek teknikal di Tingkatan 1 diajar dalam bahasa Melayu di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Inggeris dan semua subjek Sastera di Tingkatan 4 turut diajarkan dalam bahasa Melayu. Pada tahun 1978, aliran sastera di

23 Asmah Haji Omar, Penyelidikan, Pengajaran dan Pemupukan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2004, hlm., 68.

24 Yahya Othman, et.al, Pemerkasaan Pendidikan Bahasa Melayu dari Teori ke Praktik, Utusan Publications, Kuala Lumpur, 2009, hlm., 105.

(11)

Tingkatan 6 diajar dalam bahasa Melayu di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Inggeris. Pada tahun 1980, kesemua kursus untuk tahun satu dalam bidang Sastera dan Kemanusiaan diajar dalam bahasa Melayu di universiti-universiti di Malaysia. Pada tahun 1983, semua kursus tahun satu bagi aliran sains diajar dalam bahasa Melayu di universiti.

Universiti pertama yang menerima bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ialah Universiti Malaya (UM). Universiti ini menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.26 Di Jabatan Pengajian Melayu di universiti ini, ada kursus yang diajar

dalam bahasa Inggeris, dan juga ada yang diajar dalam bahasa Melayu. Selepas Universiti Malaya berpindah dari Singapura ke Kuala Lumpur, semua kursus yang diajar di Jabatan Pengajian Melayu ditukar kepada Bahasa Melayu. Mulai tahun 1969, universiti kedua telah dibangunkan iaitu Universiti Sains Malaysia (USM). Pada mulanya, universiti ini sama seperti Universiti Malaya yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam pentadbiran dan pengajaran. Pada tahun 1970, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah ditubuhkan dan sesuai dengan konsep ‘kebangsaan’ yang terdapat dalam namanya dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar dalam hal ehwal pentadbiran, dan sebagai bahasa utama dalam bidang pengajaran.27 Kemudiannya, pada tahun 1972 Universiti

Pertanian Malaysia (UPM) telah ditubuhkan dengan menggunakan bahasa kebangsaan dalam bidang pentadbiran, dan sebagai bahasa pengantar utama dalam pengajaran kursus-kursusnya. Dasar yang dilaksanakannya sesuai dengan dasar yang ditentukan oleh kerajaan .

Pada tahun 1970, secara rasminya bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar di Universiti Malaya. Hal ini bermakna bahasa Melayu digunakan dalam majlis rasmi, pentadbiran, pengajaran dan peperiksaan. Dalam menyampaikan kuliah dan tutorial serta seminar, bahasa Melayu telah dilaksanakan untuk tahun-tahun berikutnya di sebahagian jabatan. Jabatan Pengajian Bahasa Melayu di Fakulti Sastera menggunakan bahasa Melayu sebagai satu-satunya bahasa pengantar sejak tahun 1959. Objektif utama Dasar Bahasa Universiti Malaya adalah untuk membolehkan

26 Asmah Haji Omar, Languange And Language Situation In South East Asia: With a Focus On Malaysia, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2003, hlm., 56.

(12)

pelajar menghadiri kuliah dan menjawab peperiksaan dalam bahasa Melayu.28

Kesemua kursus diberikan dalam bahasa Melayu melainkan kursus-kursus seperti bahasa Arab, Cina, Tamil, Sanskrit dan seumpamanya. Dasar Bahasa Universiti Malaya juga mengiktiraf bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dalam kurikulum universiti dan sebagai bahasa penting dalam peristilahan Sains.

Di Semenanjung Malaysia dan Sabah, sekolah rendah kebangsaan yang dahulunya dikenali sebagai Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) telah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sejak tahun 1975. Di Sarawak, program pertukaran bahasa di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) dimulakan pada tahun 1977 bermula dengan darjah 1. Program pertukaran bahasa ini membolehkan kanak-kanak daripada kaum yang berbeza untuk bergaul antara satu sama lain dan menerima pendidikan dalam satu suasana pembelajaran yang berpengantar sama.29 Pada peringkat menengah rendah, program pertukaran bahasa

bagi Tingkatan 1 dilaksanakan pada tahun 1976, diikuti oleh Tingkatan 2 pada tahun 1977 dan Tingkatan pada tahun 1978. Kesannya, pada tahun 1975 telah tertubuhnya Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Inggeris. Pada tahun 1970, kelas peralihan hanya dijalankan dalam bahasa Melayu untuk kanak-kanak dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan India. Pada penghujung Tingkatan 3, pelajar-pelajar menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) atau LCE yang dibuat dalam kedua-dua bahasa, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Sejak tahun 1978, hanya peperiksaan SRP dibuat di Sabah dan Sarawak, sementara itu, SRP mula diperkenalkan di Sarawak pada tahun 1977.

Akta Pendidikan 1996 telah menjadi undang-undang utama yang mengawal semua tahap pendidikan sejak tahun 1960. Akta ini juga merupakan satu dasar yang memurnikan peranan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar di sekolah dan juga menyediakan satu kurikulum umum dan peperiksaan awam untuk sekolah-sekolah.30 Akta ini dipinda dari tahun 1995 untuk memperkuat kedudukan bahasa

Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Pembelajaran dalam bahasa Melayu bukan sahaja

28 Asmah Haji Omar, The Linguistic Scenery in Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1992, hlm., 83.

29 Awang Sariyan, Teras Pendidikan Bahasa Melayu, Asas Pegangan Guru, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd., 2004, hlm., 45.

(13)

dibuat di institusi pengajian awam, bahkan juga di institusi pendidikan swasta. Hal ini termasuklah satu pekeliling yang jelas di semua kolej dan universiti swasta untuk menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sebagaimana termaktub dalam Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta. Akta Pendidikan yang dipinda adalah untuk menyumbang kepada perkembangan sosial negara yang menekankan kurikulum dan bahasa umum. Akta ini telah menyebabkan kursus-kursus di institusi pengajian tinggi, khususnya institusi pengajian tinggi awam menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan institusi pengajian tinggi swasta diberikan kebebasan untuk menggunakan bahasa Inggeris.31 Pada tahun 2003, kerajaan mengumumkan

subjek Sains dan Matematik diajarkan dalam bahasa Inggeris di Darjah 1, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah.

5.0 BAHASA KEBANGSAAN DALAM PERUNDANGAN

Pada dasarnya, bahasa Melayu mendapat pengiktirafan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi di Malaysia menerusi undang-undang tertinggi tanah air, iaitu Perlembagaan Persekutuan. Peruntukan Perkara 152 menjelaskan kedudukan bahasa Melayu yang telah diangkat martabatnya di Malaysia. Selain Perlembagaan Persekutuan, penggubalan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 memperkasakan lagi kedudukan bahasa Melayu di negara ini. Pengenalan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 secara jelasnya memperuntukkan tentang bahasa yang perlu digunakan di mahkamah.32 Secara spesifiknya, hal ini dapat dilihat dalam Seksyen 8 Akta Bahasa

Kebangsaan 1963/67 yang memperuntukkan bahawa bahasa Melayu hendaklah digunakan sebagai bahasa mahkamah di Malaysia. Peruntukan ini meletakkan satu

31 Collins, James. T, Malay, World Language: A Short History, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1998, hlm., 78.

(14)

obligasi yang berat terhadap badan kehakiman dalam menjalankan prosiding dalam bahasa Melayu.

Dalam merealisasikan hasrat Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67, terdapat beberapa perkara yang harus diberikan perhatian dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa mahkamah di Malaysia.33 Antaranya, aspek

peristilahan undang-undang yang tepat dalam bahasa Melayu. Undang-undang merupakan suatu bidang yang kaya dengan istilahnya yang tersendiri. Seperti bidang perubatan yang mempunyai istilah saintifiknya yang tersendiri, bidang undang-undang pula mempunyai istilah undang-undang-undang-undangnya. Istilah tersebut adalah dalam bahasa asing seperti bahasa Inggeris, bahasa Latin ataupun bahasa Perancis. Umum mengetahui bahawa kebanyakan istilah undang-undang wujud dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, apabila istilah-istilah tersebut diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, badan kehakiman harus memastikan bahawa istilah yang digunakan adalah tepat dan menepati maksud istilah Inggeris yang asal. Kadangkala, terdapat juga istilah yang tidak pernah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu sebelum ini. Dalam konteks ini, harus dipastikan bahawa kaedah padanan yang betul telah digunakan dalam menterjemahkan istilah Inggeris yang berkenaan.

Di samping itu, perkara yang harus diberikan fokus ialah tatabahasa bahasa Melayu. Sistem ejaan yang betul, tanda baca, kata ganda, kata majmuk, “di” sebagai imbuhan dan kata sendi nama, hukum “diterangkan menerangkan” dan sebagainya seharusnya diambil kira dalam menjalankan prosiding dalam bahasa Melayu.34

Walaupun terdapat segelintir pihak yang memandang isu ini sebagai perkara yang remeh, namun perlu diingat bahawa sebagai negara yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kita seharusnya menekankan pengunaan bahasa Melayu yang menepati hukum bahasa. Sehingga kini, masih terdapat kesalahan tatabahasa yang ketara dalam penghujahan para peguam dan keputusan mahkamah di Malaysia yang perlu diambil tindakan segera. Bukan itu sahaja, malah kebanyakan sumber rujukan undang-undang, khususnya buku-buku rujukan adalah dalam bahasa Inggeris kerana pengaruh sistem undang-undang Inggeris atau common law. Ini menjadi antara cabaran utama pengendalian prosiding undang-undang dalam bahasa Melayu. Sudah

33 Collins, James. T, Wibawa Bahasa Kepiawaian Dan Kepelbagaian, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1999, hlm., 68.

(15)

menjadi kebiasaan bahawa rujukan dalam bidang undang-undang kebanyakannya dalam bahasa Inggeris. Apabila sumber ini wujud dalam bahasa Inggeris, ia menyulitkan para pengamal undang-undang dan anggota kehakiman untuk mengalih bahasa ilmu yang diperoleh ke dalam bahasa Melayu.

Oleh itu, beberapa usaha secara pentadbiran telah dibuat untuk menggunakan bahasa Melayu oleh Jabatan Peguam Negara. Jabatan Peguam Negara telah menubuhkan Seksyen Bahasa Kebangsaan pada 1974 untuk menyediakan dokumen-dokumen dalam bahasa Kebangsaan seperti undang-undang, triti, perjanjian dan borang-borang.35 Selain itu, Jabatan Kehakiman telah mengeluarkan arahan mengenai

penggunaan bahasa Kebangsaan dalam urusan kehakiman di Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi. Di samping itu, Jabatan Kehakiman akan menubuhkan Biro Terjemahan untuk menterjemah keputusan-keputusan mahkamah ke dalam bahasa Melayu. Bagi tujuan tersebut, penggunaan bahasa Melayu yang tepat harus diutamakan kerana mahkamah menjadi sumber rujukan yang penting menerusi keputusan kes yang dibuatnya. Penekanan kepada aspek bahasa Melayu harus dititikberatkan oleh mahkamah agar para pengamal undang-undang sentiasa mengambil inisiatif untuk memantapkan lagi penguasaan bahasa Melayu. Para penyelidik dan penulis juga harus menerbitkan penyelidikan dan penulisannya dalam bahasa Melayu ke arah memperkaya khazanah ilmu undang-undang dalam bahasa Melayu di negara ini. Sokongan, kerjasama dan sumbangan semua pihak yang terlibat dalam bidang perundangan amat penting ke arah melakukan transformasi bahasa di mahkamah-mahkamah Malaysia.

6.0 BAHASA KEBANGSAAN DALAM POLITIK / PENTADBIRAN

Setelah Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, kerajaan berusaha mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini. Usaha kerajaan ketika itu jelas dapat dilihat dalam bidang pentadbiran dengan mengadakan matlamat selepas sepuluh tahun negara mencapai kemerdekaan, iaitu semua urusan rasmi melibatkan penulisan surat, perbicaraan dalam mesyuarat, penulisan minit mesyuarat, penyediaan laporan hendaklah

(16)

dijalankan dalam bahasa Melayu.36 Bermakna, dalam tempoh masa sepuluh tahun

sebelum tarikh tersebut kerajaan perlu melengkapkan kakitangan awam dengan pengetahuan bahasa kebangsaan. Antara tindakan yang diambil oleh kerajaan ialah mengadakan kursus bahasa kebangsaan untuk pegawai dan kakitangan awam. Kursus ini mula diadakan pada tahun 1960 di bawah anjuran Bahagian Pelajaran Lanjutan, Kementerian Pelajaran Tanah Melayu. Ia dijalankan secara teratur dan mempunyai sukatan pelajarannya yang tersendiri. Tujuan utamanya adalah untuk memberi pengetahuan bahasa kebangsaan yang mencukupi kepada pegawai dan kakitangan kerajaan.37 Ini bagi membolehkan pentadbiran negara dijalankan dalam bahasa

kebangsaan. Kelas untuk kursus ini diadakan di sekolah kerajaan pada waktu malam. Sementara itu, guru-guru yang mengajar pula terdiri daripada guru-guru yang mengajar bahasa Melayu sebagai bahasa pertama atau bahasa kedua.

Tunku Abdul Rahman selaku Perdana Menteri pertama ketika itu telah berucap dalam Persidangan Kedua wakilwakil negeri, kementerian, jabatan-jabatan kerajaan dan ahli-ahli JKKP Bulan Bahasa Kebangsaan bertempat di Dewan Tuanku Abd. Rahman, Kuala Lumpur pada 31 Mei 1961. Antara isi kandungan ucapan Tunku ialah beliau mengingatkan supaya pegawai-pegawai kerajaan hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan bukan hanya semasa dalam Minggu dan Bulan Bahasa Kebangsaan sahaja. Katanya lagi, tuduhan yang mengatakan bahawa bahasa Melayu tidak lengkap untuk dijadikan bahasa pentadbiran adalah tidak benar. Hal ini kerana sekiranya bahasa Inggeris dapat digunakan semasa pentadbiran penjajah British dahulu maka tidak ada sebab bahasa Melayu tidak boleh digunakan dalam menjalankan pentadbiran.

Sementara itu, galakkan untuk mempelajari bahasa Melayu tidak hanya terbatas kepada pegawai Melayu sahaja tetapi pegawai-pegawai kerajaan yang bukan berbangsa Melayu turut diberikan peluang untuk mempelajari bahasa kebangsaan secara percuma selama dua tahun. Tunku menegaskan bahawa sesiapa yang tidak mempelajari bahasa kebangsaan akan mengalami kerugian pada masa hadapan. Hal ini kerana pegawai-pegawai yang bersikap tidak endah terhadap kemahiran bahasa Melayu akan berhadapan dengan masalah tidak mendapat kenaikan pangkat dan kenaikan gaji. Jika ditelusi, ini bukan sahaja merupakan satu peringatan kepada

36 Asmah Haji Omar, 1993, hlm., 89.

(17)

pegawai-pegawai kerajaan tentang kepentingan bahasa Melayu tetapi juga merupakan satu tindakan yang tegas dalam usaha kerajaan untuk melaksanakan penggunaan bahasa Melayu dalam pentadbiran.

Namun begitu, langkah pelaksanaan bahasa Melayu dalam bidang pentadbiran bukanlah dijalankan secara sertamerta tetapi kerajaan mengadakan dasar memulakan pelaksanaan penggunaan bahasa tersebut dengan cara beransur-ansur. Ia bertujuan untuk memudahkan penduduk negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum membiasakan diri mereka dengan penggunaan bahasa kebangsaan.38 Perkara ini dapat

dilihat melalui ucapan Yang Berhormat Encik Mohd Khir Johari. Dalam ucapannya di Dewan Bahasa pada 12 Julai 1962, beliau menyebut bahawa kerajaan menggunakan cara pujukan bukan kekerasan sungguhpun kerajaan boleh menggunakan paksaan undang-undang untuk memastikan bahasa kebangsaan bertapak kukuh di negara ini.39

Pada tahun 1964, kelas bahasa kebangsaan telah mengalami perubahan tempat dan waktu kerana pada tahun tersebut ia mula diadakan di pejabat kerajaan pada waktu pejabat. Tujuannya adalah untuk memudahkan para pegawai dan kakitangan kerajaan yang tinggal jauh dari bandar untuk sama-sama mempelajari bahasa kebangsaan.40 Kursus bahasa kebangsaan untuk pegawai dan kakitangan kerajaan ini

boleh dibahagikan kepada tiga peringkat. Setiap peringkat akan mengambil masa selama satu tahun dan setiap hujung tahun akan diadakan peperiksaan. Hanya peserta yang lulus akan dinaikkan ke peringkat yang seterusnya. Terdapat dua bahagian dalam peperiksaan tersebut iaitu bahagian bahasa lisan dan bahasa persuratan. Di peringkat akhir kursus iaitu peringkat ketiga, Sijil Kelayakan Dalam Bahasa Kebangsaan akan diberikan kepada individu yang lulus. Akhirnya, usaha kerajaan ini mula menunjukkan hasil apabila pada awal bulan September 1966 kerajaan Selangor telah memulakan sepenuhnya pelaksanaan bahasa kebangsaan dalam semua urusannya dengan jabatan kerajaan dan syarikat perniagaan.41 Serentak dengan itu juga arahan

dibuat untuk memulangkan balik semua surat dalam bahasa Inggeris yang dikirimkan kepada kerajaan negeri berserta dengan terjemahannya. Ia merupakan antara langkah

38 Asmah Haji Omar, 1993, hlm., 95.

39 Alis Puteh, 2015, hlm., 97.

40 Abdullah Hassan, Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu dan Esei-Esei Lain, Penerbit Fajar Bakti, Shah Alam, 1997, hlm., 78.

(18)

pertama kerajaan dalam usaha mengembangkan bahasa kebangsaan dalam urusan pentadbiran.

7.0 REAKSI DAN CABARAN PENGGUNAAN BAHASA KEBANGSAAN

Dalam proses pembinaan negara bangsa Malaysia yang ideal, terdapat pelbagai cabaran yang tidak dapat dielakkan yang perlu diharungi oleh negara untuk mencapai tujuan tersebut. Dalam usaha untuk menggunakan dan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, terdapat pelbagai reaksi dan cabaran yang sudah kedengaran sejak ia diumumkan dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 lagi. Isu dan cabaran ini berlarutan sehingga kini. Proses untuk memartabatkannya juga mempunyai cabarannya yang tersendiri. Adalah menjadi sesuatu kelaziman bagi negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia dalam menyeragamkan penggunaan bahasa kebangsaan ini. Negara terpaksa berhadapan dengan masalah perpaduan yang agak sukar kerana masyarakat yang berbilang kaum ini. Perbezaan latar belakang, budaya, agama sangat ketara di negara ini yang menyebabkan usaha kearah penyatuan mempunyai cabarannya yang tersendiri.42

Antara isu atau cabaran yang terpaksa ditempuhi dalam reaksi penggunaan bahasa kebangsaan ini adalah seperti apabila kerajaan telah mengumumkan kesamarataan taraf bahasa Melayu dan bahasa Inggeris selepas sepuluh tahun negara mencapai kemerdekaan pada 1957. Pengumuman ini telah mengundang reaksi pelbagai pihak. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa bahasa Melayu akan digugat kedudukannya apabila disamaratakan dengan bahasa Inggeris dalam proses mengembangkan dan memartabatkan bahasa Melayu tersebut. Terdapat beberapa pihak yang melihat kemampuan untuk bahasa Melayu berdiri sama rata dengan bahasa Inggeris adalah rendah yang pada akhirnya akan menimbulkan kesulitan untuk mengembangkannnya. Kurangnya keyakinan akan bahasa kebangsaan di negara mengambil kira faktor penjahahan pihak kolonial yang hanya memberikan jawatan yang terbaik kepada golongan yang mampu berbahasa Inggeris dengan baik. Perkara

(19)

ini secara tidak langsung mempengaruhi masyarakat yang memandang tinggi bahasa tersebut dan meminggirkan bahasa kebangsaan.43

Maka dari itu, hanya golongan yang cekap dalam bahasa Inggeris terutamanya dari kalangan bukan Melayu mendapat faedah dari dasar British ini dan mereka sememangnya menentang penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kerana takut digugat akan kedudukan mereka dalam bidang-bidang tertentu apatah lagi apabila mereka hanya mahir dalam bahasa Inggeris dan tidak mahir dalam bahasa Melayu. Dalam pada itu, ketidaktegasan pihak pemerintah dalam memperluaskan penggunaan bahasa kebangsaan di institusi kerajaan dilihat tidak menarik minat kaum bukan Melayu untuk menggunakan bahasa Melayu berbanding menggunakan bahasa Inggeris. Ini menjadi suatu cabaran buat negara apatah lagi negara sudah mencapai kemerdekaan dan kata sepakat untuk menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kerajaan dan pemerintahan negara. Ketidak tegasan pihak kerajaan ini mendapat kritikan dari pelbagai pihak yang menganggap pihak kerajaan lemah dalam memperkasakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dalam bidang politik dan pemerintahan.44

Reaksi dan cabaran dalam menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan juga menarik perhatian ahli politik. Isu bahasa telahpun dimainkan dalam politik yang sememangnya akan menambahkan lagi cabaran dalam membina negara bangsa yang berjaya melalui bahasa. Pihak parti pemerintah dilihat akan mempertahankan tindakan mereka manakala di pihak pembangkang pula akan berusaha memburukkan pihak lawan untuk mengalahkannya dalam beberapa siri pilihanraya umum. Walaupun perkara ini telah menjadikan bahasa kebangsaan dapat diselamatkan, namun ia akan menegangkan lagi hubungan antara kaum di negara ini. Desakan dan tuntutan bukan Melayu untuk menjadikan bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa kebangsaan semakin kuat kedengaran.

Dalam pilihanraya umum 1959 misalnya kaum bukan Melayu dalam reaksinya telah mempertikaikan mengenai kedudukan bahasa Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan 1957. Kaum Cina masih lagi menentang kenyataan ini dan mendesak supaya parti komponen Parti Perikatan iait MCA untuk memainkan peranan mereka

43 Abdullah Hassan, 1987, hlm., 11.

(20)

untuk menyalurkan perasaan tidak puas hati tersebut. Dari sisi lain, kaum Melayu masih lagi berkeras untuk mempertahankan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa kebangsaan walaupun ada usaha daripada UMNO untuk melembutkan hati bukan Melayu dalam isu ini. PAS juga lantang ingin mempertahankan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan melihat UMNO sedikit demi sedikit memberi muka kepada kaum bukan Melayu yang menyebabkan parti pemerintah itu kehilangan kuasa di Kelantan dan Terengganu dan hampir hilang kuasa di Kedah.45 Ini menunjukkan

bahawa isu bahasa kebangsaan sering dimainkan oleh ahli politik hanya gara-gara ingin mendapat undi. Perkara ini sudah semestinya menjadi cabaran hebat buat negara dalam menangani masalah ini.

Selain itu, reaksi dan cabaran yang kedengaran apabila bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi dalam bidang pendidikan. Sejak Penyata Razak 1956 (Ordinan Pelajaran 1957) dan Penyata Rahman Talib 1960 (Akta Pendidikan 1961) diumumkan, pelbagai isu dan cabaran mula timbul dalam reaksi terhadap pengumuman tersebut. Sebelum ini, kaum Cina dan kaum India masing-masing mengambil sukatan pelajaran dari negara asal mereka yang akan menimbulkan masalah kepada negara menyelaraskan penggunaan bahasa kebangsaan dalam pendidikan. Isu telah timbul dalam penggunaan bahasa pengantar di sekolah jenis kebangsaan, sekolah kebangsaan, sekolah menengah kebangsaan dan institusi pengajian tinggi. Persaingan telah timbul antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil.46

Dasar Pelajaran Razak yang diperkenalkan mendapat reaksi buruk kaum bukan Melayu yang menganggap hanya menguntungkan kaum Melayu berbanding kaum lain di negara ini. Pada tahun 1960-an, kaum bukan Melayu menganggap bahawa penggunaan bahasa kebangsaan akan menghapuskan bahasa sekolah aliran Cina dan aliran Tamil dalam menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah. Atas sebab dan desakan ini, Khir Johari selaku Menteri Pelajaran pada waktu ingin mengkaji semula Ordinan Pelajaran 1957 selepas pilihanraya umum 1959 diadakan. Dari sisi lain, Akta Pelajaran 1961 turut mendapat reaksi dari pelbagai pihak. Kaum bukan Melayu terutamanya kaum Cina menganggap bahawa Akta ini merupakan salah satu usaha kerajaan untuk menghapuskan kebudayaan dan bahasa

45 Syarifah Darmia, 2013, hlm., 130.

(21)

serta pelajaran ibunda mereka. Masalah ini diperpanjang menjadi masalah politik apabila parti pembangkang mula memainkan isu ini untuk menuntut hak mereka dan menganggap pihak pemerintah cuba untuk menghapuskan bahasa ibunda mereka. Penentangan terhadap isu ini juga diwarnai dengan demonstrasi yang diadakan di beberapa tempat seperti di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang untuk menuntut kesamarataan bahasa ibunda mereka. Pihak pemerintah juga telah menekankan bahawa bahasa Melayu mesti dijadikan sebagai bahasa yang tunggal dan tidak disamaratakan dengan bahasa lain.47

Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan peristiwa yang sangat menegangkan dan memberi cabaran yang cukup hebat buat kerajaan dalam menangani masalah bahasa antara kaum ini. Peristiwa rusuhan kaum ini memberi pengajaran kepada pihak pemerintah untuk mengatasi segala masalah yang timbul antara kaum. Rusuhan antara kaum ini menjadi kemuncak kepada reaksi dan cabaran dalam pembinaan negara bangsa melalui bahasa kebangsaan. Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilihat merupakan salah satu usaha pihak pemerintah untuk meredakan ketegangan yang ada. Namun, keadaan ini telah mengundang reaksi yang kurang senang pula dalam kalangan kaum Melayu yang merasakan kedudukan bahasa Melayu tergugat dalam perancangan DEB ini.48 Ini menunjukkan bahawa adalah bukan menjadi suatu perkara

yang mudah dalam usaha untuk mengembangkan dan menyelaraskan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam bidang pendidikan yang mempunyai pelbagai cabaran ini.

Secara keseluruhannya, dapatlah dikatakan bahawa proses pembinaan negara bangsa Malaysia melalui bahasa kebangsaan mempunyai cabarannya yang tersendiri. Dalam reaksi terhadap cabaran ini memperlihatkan bagaimana negara menangani masalah ini supaya ianya tidak menjadi lebih buruk. Pelbagai langkah dan usaha boleh dilakukan oleh pelbagai pihak dalam menangani masalah ini untuk membentuk sebuah negara yang berjaya.

47 Abdullah Hassan , Isu-isu Perancangan Bahasa: Pengintelektualan Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987, hlm., 13.

(22)

8.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, Dasar Bahasa Kebangsaan yang menetapkan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu tidak sewajarnya dipandang remeh dan diganggu gugat dengan pelaksanaan program yang melemahkan dasar tersebut. Sebaliknya dasar itu perlu diperkukuh dengan pengisian program dan pelaksanaannya secara tegas dan meluas dalam segenap bidang kehidupan bertamadun di negara ini. Rakyat Malaysia, tanpa mengira asal usul mereka, tidak seharusnya bersikap seperti kebanyakan rakyat Amerika pada hari ini yang jahil tentang dunia luar dan berkeras dengan ekabahasa mereka.49 Malah, mereka menganggap

penguasaan satu bahasa itu merupakan satu perkara yang membanggakan negara dan bukannya satu perkara yang memalukan. Hasrat rakyat Malaysia untuk mahir dalam pelbagai bahasa sewajarnya disokong. Rakyat Malaysia memerlukan satu bahasa kebangsaan dan satu bahasa rasmi, iaitu bahasa Melayu bagi memahami antara satu sama lain pada pelbagai peringkat. Mereka juga perlu memantapkan kemahiran pelbagai bahasa dengan menguasai bahasa Inggeris dan bahasa etnik lain di negara ini. Berdasarkan pendekatan ini, dasar bahasa pengantar dalam

(23)

Referensi

Dokumen terkait

Sesi temuramah dijalankan kepada golongan pengguna yang dljangka akan menggunakan sistem ini. Di antara golongan pengguna tersebut ialah individu yang mempunyai latar

3DGD VDDW GLODNXNDQ DQDOLVLV GRNXPHQ PDND 5HQFDQD 3HODNVDQDDQ 3HPEHODMDUDQ 533 VHFDUD XPXP \DQJ GLGHVDLQ ROHK SHQGLGLN GL 07V 6ZDVWD 7HODGDQ *HEDQJ .DE /DQJNDW WHUNDLW PDWD

Segala puji penulis senantiasa panjatkan atas kehadirat Allah Robbul ‘Izzati yang tiada hentinya mencurahkan rahmat dan hidayah-Nya sehingga dengan segala karunia

Namun maksud utama pendidikan akhlak/moral sama, yaitu menanamkan kepercayaan peserta didik terhadap standar moral untuk kemudian mengekspresikannya menjadi sikap dan tindakan

Film ini memiliki unsur satir di dalamnya bahwa, dimana didalam setiap budaya selalu diajarkan untuk bersosialisasi dari satu orang terhadap orang lainnya, namun didalam

Aspek-aspek yang mempengaruhi kepuasan kerja yang diungkapkan oleh Luthans (2006) meliputi aspek kepuasan terhadap pekerjaan itu sendiri, yakni dimana persyaratan

Valbury Asia Securities or their respective employees and agents makes any representation or warranty or accepts any responsibility or liability as to, or in relation to, the

1) Kapasitas parkir (nyata), yaitu kapasitas yang diterpakai dalam satu satuan waktu atau kapasitas parkir yang disediakan (parkir kolektif) oleh pihak pengelola. 2)