• Tidak ada hasil yang ditemukan

LATIHAN ILMIAH DAN PELABURAN EMAS

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "LATIHAN ILMIAH DAN PELABURAN EMAS"

Copied!
132
0
0

Teks penuh

(1)

EMAS SEBAGAI SATU ALTERNATIF PELABURAN:

KAJIAN TERHADAP SYILING KIJANG EMAS DI SMI-Q

RESOURCES SDN. BHD.

MOHD AIDID BIN MD SAID

JABATAN SYARIAH DAN PENGURUSAN

BAHAGIAN PENGAJIAN SYARIAH

AKADEMI PENGAJIAN ISLAM

UNIVERSITI MALAYA

(2)
(3)

EMAS SEBAGAI SATU ALTERNATIF PELABURAN:

KAJIAN TERHADAP SYILING KIJANG EMAS DI SMI-Q

RESOURCES SDN. BHD.

MOHD AIDID BIN MD SAID

JABATAN SYARIAH DAN PENGURUSAN

BAHAGIAN PENGAJIAN SYARIAH

AKADEMI PENGAJIAN ISLAM

UNIVERSITI MALAYA

(4)

EMAS SEBAGAI SATU ALTERNATIF PELABURAN:

KAJIAN TERHADAP SYILING KIJANG EMAS DI SMI-Q

RESOURCES SDN. BHD.

MOHD AIDID BIN MD SAID

KERTAS PROJEK INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI

SEBAHAGIAN DARIPADA KEPERLUAN IJAZAH SARJANA

MUDA SYARIAH SESI 2006/2007.

PENYELIA,

TARIKH

(5)
(6)

Abstrak

Pelaburan emas dikatakan lebih stabil berbanding portfolio pelaburan yang sedia ada seperti saham dan bon. Beberapa perbezaan dapat dilihat di antara portfolio pelaburan

emas dan portfolio pelaburan yang sedia ada seperti risiko pelaburan, proses, potensi dan sebagainya. Pelaburan emas dianggap sebagai satu alternatif kepada pelaburan sedia ada. Ia bemula daripada idea mantan Perdana Menteri Malaysia keempat iaitu Tun Dr.

Mahathir Mohamad untuk melaksanakan mata wang dinar emas. Kajian ini membincangkan tentang pelaburan emas dan ia tertumpu kepada sejenis syiling emas

bullion Malaysia iaitu syiling Kijang Emas. Kajian dijalankan terhadap sebuah syarikat yang menjadi peniaga syiling tersebut dan broker terhadap pelaburan ini iaitu syarikat SMI-Q Resources Sdn. Bhd. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa pelaburan emas

(7)

Penghargaan

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada tuhan sekalian alam kerana memberi keizinan dan kesempatan serta kekuatan untuk menyiapkan kertas projek ini dalam masa yang ditetapkan. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi

Muhammad S.A.W. Semoga Allah S.W.T berkati usaha ini.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada mak tercinta Noorma bt. Rejab dan abah yang disayangi Haji Md Said bin Razak yang berada di Gurun, Kedah. Tanpa doa restu mak dan abah maka tidak anaknda berada di sini. Mak dan abah telah banyak berkorban wang

dan masa untuk memastikan anaknda mendapat pendidikan yang sempurna. Jasa kalian berdua tidak akan anaknda lupa dan semoga seluruh hidup kalian diberkati Allah dunia

dan akhirat. Tidak lupa juga kepada adik-beradik iaitu kak, abang, atie, alip, ikin dan Iskandar yang telah banyak membantu.

Begitu juga penghargaan yang tinggi kepada Encik Kamaruzaman bin Noordin iaitu pensyarah di Jabatan Syariah dan Pengurusan selaku penyelia bagi kertas projek ini.

(8)

berjaya pada masa hadapan. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada kakitangan APIUM amnya dan semua pensyarah serta kakitangan Jabatan Syariah & Pengurusan,

terutamanya Ketua Jabatan iaitu Prof. Madya Ab. Mumin bin Ab. Ghani di atas bantuan secara langsung dan tidak langsung.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada syarikat SMI-Q Resouces Sdn.Bhd. kerana sudi memberi kerjasama untuk menjalankan kajian yang berkaitan. Khasnya ditujukan

penghargaan ini kepada Encik Wan Mohammed iaitu Pengerusi Eksekutif syarikat SMI-Q Sdn. Bhd serta Puan Salmy Edawati Yaacob yang merupakan Pensyarah di Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Salam mesra ditujukan kepada sahabat perjuangan dari Jabatan Syariah & Pengurusan

dan sahabat-sahabat lain di APIUM, terutamanya Ruzanna yang sangat banyak membantu dari pelbagai aspek serta memberi semangat dan dorongan yang tidak putus-putus. Semoga Allah memberkati hidupmu. Begitu juga kawan-kawan rumah sewa di

Seksyen 14, Petaling Jaya iaitu Pokku, Gedek, Daong, Ensem, Hadri, Mamy, Bangah, Yazid, Ehsan, Nuat dan Shahril. Kehadiran semua menambahkan kecerian hidup ini.

Segala sumbangan dan bantuan hanya Allah yang mampu membalasnya.

(9)

KEDAH.

Dedikasi

Maha suci Allah,

Selautan syukur aku dambakan,

Limpahan rahmatMu tiada tandingan

Tiada daya dan upaya melainkan dari Mu….

Buat emak dan abahku,

Terima kasih di atas segala limpahan,

Kasih sayangmu yang tiada tandingan,

Semuanya demi anak ini….

Untuk semua abang, kakak dan adik-adikku,

Aku tidak mungkin melupakan,

Segala budi, bantuan dan sokongan,

Dalam menghadapi segala perit dugaan…

Untuk teman teristimewa,

Yang tidak jemu memberi dorongan,

Yang mengingatkan aku tentang kedewasaan,

Terima kasih di atas segala sokonganmu….

(10)

Ikatan ukhuwwah ini banyak mengajar,

Erti kebahagian dan kekecewaan,

Semoga kita sama-sama menuju

kejayaan yang dinanti-nantikan...

SENARAI JADUAL

Bil. Tajuk Halaman

1 Syiling bullion emas antarabangsa mengikut kronologi

57

2

Harga Harian Syiling Kijang

Emas pada 25 September 2006 58

3 Spefikasi Lengkap syiling Kijang Emas 60

4 Transaksi urusniaga syiling Kijang Emas pada Oktober 2006 (Secara tunai)

(11)

SENARAI RAJAH

3 Pergerakan harga jualan syiling Kijang Emas 1 auns secara bulanan sepanjang

(12)

SENARAI KEPENDEKAN

Ab. = Abdul

APIUM = Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

AS = Amerika Syarikat

Bhd. = Berhad

BNM = Bank Negara Malaysia

BPA = Bilateral Payment Arrangement

Cth: = Contoh

Dr. = Doktor

Ed. = Edisi

H. = Hijrah

h. = halaman

Ibid. = Ibidem

ICT = Information Communication Technology

IGD = Islamic Gold Dinar

KEGC = Kijang Emas Gold Coin

KLCC = Kuala Lumpur City Centre

M. = Masihi

(13)

MPA = Multiple Payment Arrangement

NGO = Non Government Organization

OIC = Organization of Islamic conference

Op.cit. = Opere citato

PPP = Program Pembangunan Pelaburan

R&D = Researh & Development

RM = Ringgit Malaysia

S.A.W = Sallahu ‘alaihi wasallam

s.m = sebelum masihi

S.W.T = Subhnahu wa Ta’ala

Sdn. = Sendirian

terj. = terjemahan

t.t = tanpa tarikh

UMNO = United Malayan NewOrganization

(14)

KAEDAH TRANSLITERASI

Senarai panduan transliterasi adalah seperti berikut :

(15)

ه ha’ h

ي ya’ y

ة ta’ marbutah h

2. Huruf Vokal

Vokal Huruf Arab Huruf Latin

Pendek

) fathah

( a

(dhammah) u

(kasrah) i

Panjang

آ a

ْوُا u

ْيِا i

Diftong

ْوَا aw

ْيَا ay

ّي iy/i

(16)

Nota : Istilah atau perkataan yang berasal daripada perkataan Bahasa Arab tetapi telah menjadi sebutan umum Bahasa Malaysia adalah dieja mengikut perkataan Bahasa

Malaysia melainkan jika ia ditulis mengikut sebutan Bahasa Arab.

DAFTAR ISI

KANDUNGAN HALAMAN

PRELIMINARI

Abstrak i

Penghargaan ii

Dedikasi iv

Senarai Jadual v

Senarai Rajah vi

Senarai Kependekan vii

Kaedah Translitertasi ix

Daftar Isi xii

(17)

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN 1

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN 2

1.3 KEPENTINGAN KAJIAN 4

2.2 SEJARAH PENGGUNAAN WANG EMAS

2.2.1 Zaman Sebelum Kedatangan Islam 17

2.2.2 Kemunculan Mata Wang Islam 19

2.3 PERKEMBANGAN PENGGUNAAN WANG EMAS MASA KINI

2.3.1 Idea Tun Dr. Mahathir 22

2.3.2 Pandangan Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri

Nor Mohamed Yakcop 27

2.4 PANDANGAN ISLAM TEHADAP PENGGUNAAN WANG EMAS

(18)

2.4.2 Dalil al-Sunnah 32

2.4.3 Pandangan Ulama’ dan Pemikir Islam 37

2.5 KESIMPULAN 42

BAB TIGA

EMAS SEBAGAI INSTRUMEN PELABURAN

3.1 PENDAHULUAN 44

3.2 CIRI ISTIMEWA EMAS

3.2.1 Komoditi Berharga 45

3.2.2 Mempunyai Nilai Instristik 46

3.2.3 Satu Aset Yang Bebas 47

3.2.4 Tahan Lasak 48

3.2.5 Urusniaga Antarabangsa Yang Mudah 48

3.2.6 Bebas Dari Inflasi 49

3.3 PELABURAN EMAS 49

3.4 SIJIL SIMPANAN EMAS

(19)

3.4.2 E-Gold 53

3.4.3 E-Qirad 54

3.4.4 E-Money 56

3.4.5 Gold Money 56

3.5 SYILING KIJANG EMAS

3.5.1 Apa Itu Syiling Kijang Emas 56

3.5.2 Spesifikasi 59

4.2 SYARIKAT SMI-Q RESOURCES SDN. BHD.

4.2.1 Latar Belakang Syarikat 67

4.2.2 Produk & Perkhidmatan Yang Disediakan 69

4.2.3 Peranan SMI-Q Dalam Pelaburan Emas 71

4.3 SYILING KIJANG EMAS SEBAGAI ALTERNATIF PELABURAN

4.3.1 Prestasi Syiling Kijang Emas Sebagai Instrumen Pelaburan 72

4.3.2 Operasi Pelaburan Syiling Kijang Emas 77

4.4 TRANSAKSI URUSNIAGA SYILING KIJANG EMAS 83

(20)

BAB LIMA

PENUTUP

5.1 RUMUSAN 88

5.2 SARANAN 93

SENARAI BIBLIOGRAFI

(21)
(22)

BAB SATU PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Pada satu peringkat dalam hidup, setiap orang mengimpikan untuk mengumpulkan harta yang akan membolehkan segala kemewahan dinikmati dan bagi memenuhi segala

keinginan. Impian sebegini mungkin menjadi kenyataan bagi sesetengah orang sama ada dengan mewarisi wang atau harta yang banyak tinggalan keluarga ataupun melalui usaha

sendiri iaitu dengan bekerja.

Namun begitu pengumpulan harta bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan

pengetahuan, perancangan dan usaha yang banyak. Usaha-usaha pengumpulan harta ini merupakan aktiviti pelaburan. Pelaburan ialah jumlah wang iaitu modal dan sebagainya

(23)

mendapat keuntungan berlipat kali ganda.1 Namun ahli ekonomi menggunakan perkataan

pelaburan ini khusus untuk pembelian barang-barang modal fizikal yang baru seperti

mesin tetapi bukan untuk kewangan seperti saham atau bon.2 Aktiviti pelaburan

merupakan cabang-cabang di dalam sistem kewangan yang wujud di Malaysia. Sejak dahulu lagi pelbagai bentuk pelaburan dijalankan oleh sektor-sektor ekonomi Contohnya

seperti membeli rumah, hartanah, aset kewangan, pembinaan dan pelbagai portfolio lain seperti amanah saham, sekuriti, bon dan sebagainya.

Apabila menyebut tentang pelaburan, perkara yang sering terlintas dalam minda setiap orang ialah saham. Sebenarnya terdapat pelbagai lagi instrumen atau alat pelaburan yang

wujud. Pelaburan yang pelbagai akan memberikan pelabur manfaat yang pelbagai juga. Ada pelaburan yang berjangka pendek iaitu kurang dari setahun dan juga pelaburan

melebihi satu tahun bagi yang berjangka panjang.

Tanpa disedari wujud satu bentuk pelaburan yang pada asalnya menjadi kegunaan

masyarakat dalam kehidupan harian. Ia menjadi perhiasan yang sinonim dengan kaum wanita. Perhiasan yang penulis maksudkan ialah emas. Pada hari ini emas bukan sahaja

menjadi perhiasan semata-mata malah telah dijadikan instrumen pelaburan yang lebih stabil berbanding instrumen pelaburan yang lain. Penulis akan mengupas berkenaan pelaburan emas tersebut dalam kajian ini.

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

1Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 741.

(24)

Pada masa kini segala bentuk aktiviti ekonomi seperti perniagaan, pelaburan dan

sebagainya tidak dapat lari dari menempuh pelbagai rintangan dan risiko kerana semuanya terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dengan cabaran globalisasi. Cabaran globalisasi pada masa kini amatlah sengit dan ini memerlukan penyelidikan dan

pembangunan atau R&D (Researh & Development) yang berterusan dalam semua bidang. Selain itu keadaan ekonomi juga tidak menentu dan memberi risiko yang besar

terhadap aktiviti ekonomi. Tambahan pula nilai mata wang kertas yang menjadi mata wang dunia tidak stabil nilainya. Segala aktiviti ekonomi termasuk pelaburan bergantung kepada nilai wang kertas sebagai pengukur nilai.

Atas dasar itulah Bank Negara Malaysia menyediakan alternatif dalam baru bidang

pelaburan iaitu pelaburan emas. Oleh itu dalam kajian ini penulis akan menghuraikan berkenaan pelaburan emas ini. Pelaburan emas merupakan satu alternatif baru kepada portfolio atau instrumen pelaburan yang sedia ada. Ia dikatakan mempunyai potensi yang

besar dan mampu memberikan pulangan yang lumayan kepada para pelabur. Ini kerana nilai emas adalah sentiasa stabil dan kukuh berbanding portfolio pelaburan yang lain.

Disebabkan kestabilan nilainya itu maka ia mampu mengimbangi risiko dalam portfolio pelaburan yang lain seperti pasaran saham.

(25)

Kijang Emas ini bukan sahaja menyediakan pilihan baru kepada orang ramai untuk melabur malah ia dapat memperkenalkan Malaysia di mata dunia.

1.3 KEPENTINGAN KAJIAN

1) Mendedahkan aktiviti sebuah syarikat bumiputera iaitu SMI-Q Resources Sdn. Bhd. yang menjalankan pelaburan emas dalam usaha menyelamatkan emas

sebagai aset pegangan umat Islam.

2) Kajian ini juga penting untuk dijadikan sebagai bahan rujukan dan sumber

maklumat berkaitan pelaburan emas terutamanya dalam bidang akademik.

(26)

1.4 SKOP KAJIAN

Ruang lingkup kajian ini adalah tertumpu kepada potensi pelaburan emas sebagai

alternatif kepada pelaburan yang sedia ada. Kajian ini menumpukan kepada syiling bullion emas Malaysia iaitu syiling Kijang Emas yang merupakan instrumen pelaburan emas di Malaysia selain daripada dinar emas.

Justeru itu penulis akan membuat kajian terhadap sebuah syarikat yang menjadi peniaga

(27)

1.5 OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif yang ingin penulis capai melalui kajian ini ialah:

i. Mengetahui sejarah awal penggunaan emas sebagai mata wang pada zaman kegemilangan Islam dan juga perkembangannya pada hari ini dan melihat pandangan ulama’ serta pemikir Islam terhadap penggunaan wang emas.

ii. Memahami bentuk-bentuk pelaburan emas yang sudah dijalankan di Malaysia.

(28)

iv. Memahami operasi pelaburan emas yang dilakukan oleh syarikat SMI-Q Resources Sdn. Bhd. dan melihat prestasi syiling Kijang Emas sebagai instrumen

pelaburan emas.

1.6 METODOLOGI KAJIAN

Dalam kajian yang penulis lakukan ini terdapat beberapa metode kajian yang penulis gunakan. Metode-metode yang penulis gunakan adalah selaras dengan saranan metodologi penyelidikan. Metode-metode tersebut adalah seperti beikut:

1) Metode Pengumpulan Data

Bagi mendapatkan maklumat dan data dari sumber tertentu, penulis telah menggunakan beberapa bentuk metode pengumpulan data yang sesuai dengan kajian

yang dijalankan. Terdapat 2 bentuk metode pengumpulan data yang digunakan iaitu:

(29)

Metode ini merupakan satu bentuk kajian awal yang paling kerap penulis lakukan.

Data dan maklumat diperolehi melalui pelbagai sumber. Antaranya ialah melalui buku, jurnal, akhbar, kertas kerja, tesis, artikel dan sebagainya. Sumber-sumber ini bukan sahaja berbahasa Melayu tetapi termasuk juga bahasa Inggeris dan

bahasa Arab.

Bahan-bahan tersebut diperolehi secara langsung dan juga tidak langsung dari

beberapa buah perpustakaan di Universiti Malaya iaitu:

1) Perpustakaan Utama, Universiti Malaya.

2) Perpustakaan Pengajian Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

3) Perpustakaan Za’ba, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Malaya.

II) Kajian Lapangan

Kajian lapangan juga dinamakan sebagai kajian luar kerana penulis perlu turun ke

medan kajian dan cuba mendapatkan maklumat daripada responden atau pihak yang tertentu. Kaedah atau metode yang penulis gunakan dalam kajian lapangan

(30)

a) Metode Temubual

Selain daripada metode kajian perpustakaan, metode temubual ini juga adalah penting bagi menyiapkan kajian berkaitan pelaburan emas ini. Ini

kerana perkara tersebut adalah masih baru, oleh itu maklumat serta pandangan daripada pihak yang berkaitan dan pakar dalam bidang

ekonomi, kewangan dan pelaburan khususnya adalah sangat penting dan berharga. Antara individu yang telah penulis temubual untuk mendapatkan data dan maklumat ialah Encik Wan Muhammed Wan Zain iaitu

Pengerusi Eksekutif syarikat SMI-Q Resources Sdn. Bhd dan Puan Salmy Edawati Yaacob iaitu pensyarah di Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian

Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

2) Metode Analisis Data

Setelah memperolehi data dan maklumat yang dikehendaki dan mencukupi melalui

metode kajian perpustakaan dan metode temubual tersebut, maka penulis mengolah dan menyusun data dan maklumat tersebut untuk menjadi sebuah kertas kerja yang lengkap. Pengolahan dan penyusunan tersebut dilakukan dengan beberapa metode

yang lain iaitu:

(31)

Iaitu satu cara menganalisis data dengan membuat kesimpulan atau pembuktian

maklumat yang bersifat khusus untuk merumuskan kesimpulan yang berbentuk umum. Metode ini penulis gunakan untuk menilai kelebihan pelaburan emas bagi melihat sejauh mana pelaburan emas itu memberi kebaikan kepada para pelabur.

II) Metode Deduktif.

Ianya merupakan satu cara untuk menghuraikan sesuatu masalah dengan cara

terperinci. Data-data yang bersifat umum dihuraikan dan dijelaskan secara khusus bagi mendapatkan hasil kajian yang benar. Penulis menilai kelebihan menyertai pelaburan melalui syiling Kijang emas berdasarkan keistimewaan pelaburan emas

secara umum.

III) Metode Komparatif

Metode ini di lakukan dengan membuat perbandingan antara satu kenyataan

(32)

persamaan dan perbezaan di antara platform pelaburan yang sedia ada dengan pelaburan emas yang masih baru.

1.7 KAJIAN LEPAS

Sebelum memulakan kajian ini penulis telah melihat terlebih dahulu kajian yang telah ditulis oleh penulis-penulis sebelum ini. Melalui pemerhatian penulis, kajian mengenai

pelaburan emas secara khusus masih belum dilakukan. Begitu juga mengenai syiling bullion atau syiling emas.

Ini mungkin kerana perkara ini masih baru. Namun kajian yang mempunyai serba sedikit kaitan dengan pelaburan emas ialah kajian mengenai mata wang emas atau dinar emas.

Antara kajian lepas yang berkaitan dinar emas ialah:

1. Latihan Ilmiah oleh Mohd Azrul Bin Yusoff, Jabatan Syariah dan Pengurusan,

Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya pada tahun 2003 yang bertajuk “Wang Kertas dan Dinar Emas: Kajian Perbandingan”. Beliau menulis tentang

perkembangan penggunaan mata wang, ciri-ciri istimewa emas dan perbandingannya dengan wang kertas. Fokus utama kajian tersebut ialah mengenai kelebihan dinar emas dijadikan mata wang berbanding wang kertas.3

Penemuan penulis melalui kajian ini ialah wang dinar dan wang kertas masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan. Walaubagaimanapun wang dinar

3 Mohd Azrul bin Yusuf (2002), ”Wang Kertas dan Dinar Emas: Kajian Perbandingan.” (Kertas Projek,

(33)

dilihat sebagai mata wang terbaik. Namun penggunaannya perlulah beriringan dengan dengan wang kertas supaya lompang-lompang yang wujud dapat

ditampung demi kestabilan sistem ekonomi dunia.

2. Latihan Ilmiah yang bertajuk “Penggunaan Dinar Emas: Prospek dan Cabaran

Pelaksanaannya Pada Masa Kini”. Kajian ini ditulis oleh Normawati Ibrahim, Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya,

tahun 2005. Beliau membuat kajian berkenaan prospek atau peluang untuk merealisasikan penggunaan dinar emas di Malaysia. Beliau juga ada menyentuh sejarah kemunculan wang emas iaitu dari zaman sebelum Islam dan semasa

negara yang telah lama mengaut keuntungan daripada sistem wang fiat.

3. Disertasi (Master Syariah) oleh Khairullah Haji Mokhtar, Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya pada tahun 2004 yang bertajuk “Sistem Mata Wang Dinar: Prospek Pelaksanaan Masa Kini”. Beliau

menulis tentang prospek pelaksanaan sistem mata wang dinar di peringkat domestik dan antarabangsa. Selain itu beliau menghuraikan alternatif yang sudah

4 Normawati Bt. Ibrahim (2005), ”Penggunaan Dinar Emas: Prospek & Cabaran Pelaksanaan Pada Masa

(34)

disediakan dan akan diwujudkan bagi tujuan pelaksanaannya. Beliau juga mengkaji cabaran-cabaran terhadap pelaksanaan mata wang dinar. Penemuan

beliau daipada kajian ini ialah prospek pelaksanaan mata wang dinar dalam masa yang terdekat adalah cerah kerana segala prasarana yang diperlukan sudah sedia ada. Selain itu komitmen padu daripada kerajaan seperti penganjuran seminar

adalah sangat membantu.

4. Disertasi (Master Syariah) oleh Salmy Edawati Yaacob @ Mohamed Yaacob, Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

pada tahun 2005 yang bertajuk “Penggunaan Dinar Emas: Prospek dan Cabaran Pelaksanaannya Pada Masa Kini. Kajian beliau ini adalah mengenai kemampuan pelaksanaan dinar emas di Malaysia. Beliau juga menilai kelemahan sistem mata

wang sekarang sehingga memaksa pihak-pihak tertentu untuk menilai kembali penggunaan dinar emas. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa Malaysia berada di

hadapan dalam usaha memperkenalkan penggunaan dinar emas atau IGD(Islamic Gold Dinar). Kemungkinan pelaksanaan secara menyeluruh di Malaysia adalah sesuatu yang akan menjadi realiti suatu hari nanti kerana pelbagai usaha telah

dirancang dan dijalankan oleh pihak kerajaan mahupun NGO (badan bukan kerajaan).

(35)

perspektif Islam dan sebagainya. Maka melalui kajian ini diharap dapat menjadi rujukan memberi dan maklumat mengenai pelaburan emas.

1.8 SISTEMATIKA KAJIAN

Bab Satu: Dalam bab satu, penulis menyatakan mengenai pendahuluan, latar belakang kajian, kepentingan kajian dan skop kajian dijalankan. Selain itu perkara yang turut disentuh ialah objektif kajian ini dijalankan serta metodologi yang penulis gunakan untuk

mejayakan kajian ini. Ulasan terhadap kajian-kajian lepas juga turut dinyatakan dalam bab pertama ini.

Bab Dua: Sejarah penggunaan wang emas iaitu sebelum dan selepas kedatangan Islam dihuraikan dalam bab yang kedua. Perkara yang turut ditulis ialah perkembangan

penggunaan wang emas pada masa ini iaitu idea Tun Dr. Mahathir dan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. Seterusnya penulis menghuraikan pandangan Islam terhadap

(36)

al-Sunnah. Pandangan ulama’ dan pemikir Islam juga turut diselitkan. Kemudian penulis membuat kesimpulan. Melalui bab ini penulis dapat mencapai objektif untuk mengetahui

sejarah awal penggunaan emas sebagai mata wang pada zaman kegemilangan Islam dan juga perkembangannya pada hari ini serta melihat pandangan ulama’ serta pemikir Islam terhadap penggunaan wang emas.

Bab Tiga: Dalam bab tiga, penulis menumpukan penulisan terhadap emas yang

dijadikan sebagai instrumen pelaburan. Perkara yang dihuraikan ialah ciri-ciri istimewa emas iaitu komoditi berharga, mempunyai nilai instristik dan aset yang bebas. Kemudian adalah berkaitan pelaburan emas dan juga sijil simpanan emas iaitu dinar, gold,

e-qirad, e-money dan goldmoney. Seterusnya adalah huraian mengenai syiling Kijang Emas. Seterusnya penulis membuat kesimpulan keseluruhan. Objektif yang dapat dicapai

melalui bab ini ialah mengenalpasti kelebihan dan keistimewaan logam emas yang menjadikannya berpotensi sebagai instrumen pelaburan pada masa kini serta memahami bentuk-bentuk pelaburan emas yang sudah dijalankan di Malaysia.

Bab Empat: Analisis terhadap syiling Kijang Emas dinyatakan dalam bab keempat.

Perkara yang dihuraikan ialah latar belakang syarikat SMI-Q Resources Sdn. Bhd., produk dan perkhidmatan yang ditawarkan serta peranan syarikat dalam pelaburan emas. Selain itu perkara utama yang penulis sampaikan ialah prestasi syiling Kijang Emas

(37)

ialah memahami operasi pelaburan emas yang dilakukan oleh syarikat SMI-Q Resources Sdn. Bhd. dan melihat prestasi C sebagai instrumen pelaburan emas.

Bab Lima: Bab lima adalah bahagian penutup. Penulis menyatakan rumusan terhadap keseluruhan kajian ini. Selain itu juga penulis memberi saranan atau cadangan dalam bab

ini.

(38)

BAB DUA

SEJARAH & PERKEMBANGAN WANG EMAS

2.1 PENDAHULUAN

Krisis kewangan yang melanda Asia sekitar tahun 1997 telah membuka mata banyak

negara terutamanya negara-negara yang mengalami krisis tersebut. Nilai mata wang Malaysia juga turut menerima kesan yang teruk disebabkan krisis tersebut sehingga Ringgit Malaysia berada pada kadar pertukaran RM 2.50 berbanding USD 1.

Hal ini sangat berbeza keadaannya jika dibandingkan dengan penghujung tahun 1996

(39)

hampir 8.5% dan jumlah perdagangan antarabangsa Malaysia melebihi USD 158 bilion dan ini menjadikan Malaysia antara 18 negara pengeksport terbesar di dunia.5

Disebabkan krisis tersebutlah Malaysia mengorak langkah untuk mewujudkan satu alternatif yang terbaik bagi mengelakkan perkara tersebut terus menular dan menjadi

semakin teruk. Maka bekas Perdana Menteri Malaysia keempat iaitu Tun Dr. Mahathir mencadangkan penggunaan dinar emas. Beliau sedar bahawa sejarah telah membuktikan

wang emas mempunyai banyak kelebihan dan telah digunakan sejak zaman sebelum kedatangan Islam lagi.

2.2 SEJARAH PENGGUNAAN WANG EMAS

2.2.1 Zaman Sebelum Kedatangan Islam

Sejarah penggunaan wang emas bermula sejak abad keenam s.m lagi di samping wang perak.6 Orang pertama yang dikatakan menempa wang emas dan perak ialah

Croesus iaitu Raja Lydia (560-546 s.m) yang merupakan sebuah negara-kota di bahagian barat Aratolia. Kemudian wang daripada kedua-dua jenis logam tersebut

telah banyak ditempa di wilayah-wilayah yang dikuasai oleh orang Greek. Selain untuk tujuan perniagaan dan perdagangan, ia juga adalah sebagai lambang kemegahan dan kebanggaan mereka. Pada bahagian sisi wang tersebut diukir gambar

binatang seperti singa, burung hantu. Kura-kura, helang dan lain-lain. Selain itu juga gambar dewa-dewa mereka yang disembah turut dijadikan hiasan pada wang tersebut. 5 Mahathir Mohammad (2000), The Malaysian Currency Crisis How and Why It Happen. Subang Jaya:

Pelanduk Publication (M) Sdn. Bhd., h. 10.

6 Adilah Hazaami Adnan (2003), “Sistem Mata Wang Dinar dan Wang Fiat: Kajian Perbandingan” (Kertas

(40)

Keadaan wang emas dan perak tersebut berterusan dan tidak berubah sehingga

muncul zaman Alexender the Great. Beliau mengekalkan berat dan ukiran yang sama serta dihiasi dewa-dewa seperti Zeus, Heracles dan Athena.7 Setelah beliau mati, tidak

banyak wang emas dan perak ditempa.

Kemudian muncul syiling emas yang bernama denarius yang ditempa oleh empayar

Rom semasa pemerintahan Caesar.8 Selepas itu empayar Rom berpecah kepada dua

iaitu Rom barat yang berpusat di Rome dan Rom timur yang berpusat di Constantinople.9 Empayar Rom timur juga dikenali sebagai empayar Byzantium.

Apabila empayar Rom barat hancur, hanya wang emas yang ditempa di empayar Byzantium sahaja menjadi mata wang paling utama di Eropah iaitu kira-kira seribu

tahun. Ia dihiasi gambar maharaja memakai mahkota atau baju besi dan bertopi besi. Dikatakan juga maharaja tersebut memegang salib atau topi besinya dihiasi salib. Wang emas tersebut dikenali sebagai solidus.

Penggunaan wang emas serta wang perak di Iraq, Iran dan daerah-daerah di bawah

kekuasaan Parsi sebelum Islam juga sudah lama iaitu selepas diperkenalkan di Lydia pada abad keenam s.m. Wang emas dikenali dengan nama deric manakala wang perak bernama siglos. Gambar maharaja duduk melutut sambil memegang busur

panah di tangan kanan dan lembing di sebelah kanan menghiasi bahagian depan wang tersebut manakala bahagian belakang dibiarkan kosong.

(41)

Sejarah juga menunjukkan bahawa Semenanjung Tanah Arab semasa zaman jahiliyah

menggunakan wang emas dan perak untuk menjalankan aktiviti perdagangan dan perniagaan mereka. Namun begitu mereka tidak mempunyai atau menempa wang emas tersebut sendiri. Pada abad keenam dan ketujuh masihi, mereka menggunakan

mata wang syiling yang dikeluarkan dan digunakan oleh empayar Rom iaitu dari wilayah-wilayah empayar Byzantium yang berjiran dengan mereka.10 Pada kedua-dua

sisi wang emas tersebut tertera gambar dan lambang maharaja mereka. Namun begitu masyarakat Quraish mempunyai timbangan tersendiri iaitu “dinar” bagi emas dan “dirham” bagi perak11.

2.2.2 Kemunculan Mata Wang Islam

Dinar emas dan dirham perak merupakan mata wang yang dikenali sebagai mata wang umat Islam. Pada zaman permulaan pemerintahan Islam iaitu zaman Rasulullah

S.A.W, masyarakat Arab di Semenanjung Tanah Arab masih lagi menggunakan wang dinar dan dirham dari wilayah Byzantium dalam urusan perniagaan dan perdagangan

mereka. Baginda S.A.W tidak pernah membantah penggunaan mata wang oleh masyarakat Arab tersebut bahkan Baginda mengiktirafnya sebagai mata wang utama

10 Ab. Mumin Ab. Ghani & Salmy Edawati Yaacob (2006), “Dinar Emas: Prospek Pelaksanaannya

Malaysia” dalam Ab. Mumin Ab. Ghani & Fadillah Mansor (ed.), Dinamisme Kewangan Islam Di Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Syariah Pengurusan, APIUM, h. 204.

11 Normawati Bt. Ibrahim (2005), ”Penggunaan Dinar Emas: Prospek & Cabaran Pelaksanaan Pada Masa

(42)

negara Islam ketika itu.12 Ini bermaksud bahawa Rasulullah S.A.W mengekalkan

gambar dan lambang raja mereka pada kedua-dua sisi syiling emas tersebut.

Selepas kewafatan Rasulullah S.A.W, pemerintahan kerajaan Islam diteruskan oleh

khulafa` al-Rasyidin. Penggunaan dinar emas dan dirham perak diteruskan. Khalifah yang pertama iaitu Sayydina Abu Bakr as-Siddiq tidak merubah apa-apa keadaan mata wang tersebut. Keadaannya masih sama iaitu terdapat gambar dan lambang

maharaja Rom pada kedua-dua sisi syiling emas tersebut. Ia terus digunakan dalam pelbagai urusan muamalah dan juga dijadikan medium pembayaran zakat.

Semasa pemerintahan Sayydina ’Umar dan Uthman pula mereka menambah kalimah ’Alhamdulillah, Muhammad Rasulullah, La ilaha illa Allah wahdah dan Allahuakbar’ dengan mengekalkan keadaan asalnya.13 Tindakan mereka berdua ini

boleh dikatakan sebagai usaha untuk mewujudkan dan menempa mata wang Islam yang tersendiri serta bebas daripada pengaruh empayar Rom.

Usaha tersebut diteruskan lagi oleh Mua’wiyah bin Abi Sufyan, iaitu pengasas kerajaan Umawi yang berpusat di Damsyiq, Syria. Beliau membuat beberapa perubahan lain bagi mata wang tersebut. Beliau menempa dinar emas dengan gambar

khalifah sedang menyandang pedang. Tindakan beliau tesebut mendatangkan ilham

12 Al-Maqrizi (1967), Syuzur al-‘Uqud Fi Dhikr al-Nuqud. Muhammad Bahr al-‘Ulum (ed), Najaf:

Mansyurat al-Maktabah al-Haidariyyah Wa Matba’atuha, h. 6.

13 Ugi Soharto (2002), ”Dinar Sebagai Asas Pengukuhan Sistem Kewangan Islam di Malaysia” (Kertas

(43)

kepada khalifah selepasnya iaitu khalifah ’Abdul Malik Marwan (654-864) untuk mencipta dinar emas Islam.14

Zaman pemerintahan beliau merupakan kemuncak penempaan mata wang Islam yang sepenuhnya.15 Pada bahagian belakang dinar emas tersebut, ditulis kata-kata

“bismillahi La ilaha illa Allah Muhammad wahdahu rasul al-Allah” dalam bahasa Arab.16 Seterusnya khalifah Abdul Malik Marwan turut membuang segala lambang

dan gambar yang tidak bercirikan Islam. Contohnya hiasan salib pada mahkota atau

topi besi maharaja Rom telah dibuang.

Pada tahun 77 H, beliau telah membuat beberapa perubahan lagi dan mengeluarkan dinar emas yang berlainan dari yang sebelumnya. Bukan hiasan salib sahaja yang dibuang malah beliau membuang terus gambar maharaja Rom tersebut dan digantikan

dengan kalimah Syahadah “La ilaha illa Allah Wahdahu la syarikalah”.17 Selain itu

dinyatakan juga tempat dan tarikh tempaan dibuat. Pada bahagian belakang pula

diukir sebahagian ayat-ayat suci al-Quran iaitu dari surah al-Ikhlas (Allahu ahad Allah Samad lam yalid walam yulad) dan dikelilingi sebahagian surah al-Taubah,

ayat 33 (Muhammad rasul Allah arsalahu bi al-huda wa dini al-haq liyuzhirahu ’ala al-dini kullih).18 Tempaan dirham perak juga sama seperti dinar emas.

14 Normawati Bt. Ibrahim (2005), op.cit., h. 53.

15 Salmy Edawati Yaacob @ Muhamed Yaacob (2005), “Dinar Emas: Kajian Kemungkinan

Pelaksanaannya di Malaysia” (Disertasi Syariah, Jabatan Syariah & Pengurusan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya), h. 58.

16 Adilah Hazaami Adnan (2003), op.cit., h. 41. 17Ibid., h. 42.

(44)

Perubahan yang beliau lakukan tidak hanya pada luaran sahaja. Perubahan terakhir beliau ke atas mata wang Islam tersebut ialah terhadap piawaiannya. Berat asal wang

emas dari Byzantium ialah 4.55 gram manakala berat selepas perubahan peringkat pertama ialah antara 4.35-4.50 gram. Bagi perubahan yang terakhir tersebut beratnya dikurangkan lagi kepada 4.25 gram.19

Pada zaman pemerintahan kerajaan ’Uthmaniyyah pula iaitu pada tahun 955 H

bersamaan 1534 M, sistem mata wang standard berkembar emas dan perak atau standard bimetalisme digunakan.20 Sistem tersebut berkekalan sehingga tercetus

perang dunia pertama pada tahun 1914, apabila Turki yang merupakan ibu negara

kerajaan `Uthmaniyyah telah mengumumkan penggunaan mata wang kertas untuk menggantikan mata wang yang berasaskan emas dan perak.21 Selepas itu mata wang

kertas tersebut digunakan oleh semua negara sebagai mata wang utama sehinggalah hari ini.

2.3 PERKEMBANGAN PENGGUNAAN WANG EMAS MASA KINI

2.3.1 Idea Tun Dr. Mahathir

Tun Dr. Mahathir iaitu bekas Perdana Menteri Malaysia keempat merupakan

pencetus terhadap idea pelaksanaan dinar emas pada hari. Walaupun beliau hanya mewakili sebuah negara yang kecil di rantau Asia, namun beliau sungguh berani

19Ibid.

(45)

untuk bersuara dan menyatakan pandangannya di peringkat antarabangsa. Antara agenda besar yang beliau perjuangkan sebelum meletakkan jawatan sebagai Perdana

Menteri ialah untuk mengubah sistem kewangan dunia yang berasaskan mata wang kertas kepada mata wang emas.

Dinar emas menjadi pilihan dan perhatian Tun Dr. Mahathir kerana beliau melihat bahawa sistem kewangan sekarang gagal menangkis serangan dari spekulator mata

wang sehingga menyebabkan nilai mata wang jatuh mendadak.22 Selain itu dinar

emas juga merupakan mata wang sejagat yang mampu menyatu padukan negara-negara Islam di seluruh dunia.23

Penggunaan wang emas iaitu dinar emas dalam sistem kewangan bukanlah suatu

perkara yang baru dikaji. Ini kerana idea tersebut muncul sejak awal 80 an lagi.24 Ini

mungkin kerana beliau sedar bahawa sistem kewangan yang diguna pakai sekarang akan memberi impak negatif kepada umat Islam. Hal ini dinyatakan beliau dalam

ucapannya semasa merasmikan kursus agama anjuran Biro Agama UMNO Malaysia pada 27 November 1981, beliau berkata:25

22 Dr. M Tunggu OIC Kerana Penggunaan Dinar Emas, Utusan Online,

http:/www.utusan.com.my/utusan.asp?

y=2002&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm, dilayari pada 29 Jun 2002.

23 Pastikan Dinar Tidak Gugat Ringgit, Utusan Online, http:/www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?

y=2002&dt=0130&pub=utusan_malaysia&sec=dalam_negeri&pg=dn_02.htm&arc=hive, dilayari pada 30 Januari 2002.

24 Salmy Edawati Yaacob @ Muhamed Yaacob (2005), op.cit., h. 143.

25 Zuhaimy Hj. Ismail (2003), Kembalinya Dinar Emas dan Dirham Perak: Mata Wang Umat Islam. Johor:

(46)

Sistem kewangan dunia yang digunakan sekarang yang bergantung bukan lagi kepada penggunaan emas dan perak tetapi wang kertas dan cek ini bukanlah daripada sistem Islam. Dari sistem inilah wujudnya bank, penukaran wang, surat-janji, pengadilan janji-janji perdagangan, pelaburan, eksport import, insurans dan lain-lain lagi. Sistem ini menguasai seluruh dunia sehingga kita tidak dapat tidak mesti menggunakannya”.

Seperti yang diketahui umum bahawa krisis mata wang telah melanda negara-negara Asia termasuk Malaysia dan sebahagian besar negara-negara dunia yang lain pada

tahun 1997. Peristiwa tersebut telah meningkatkan lagi kefahaman Tun Dr. Mahathir mengenai isu kelemahan sistem mata wang sekarang.26 Seterusnya pada tahun 1999,

semasa memberi perutusan sempena Hari Raya Aidilfitri, beliau telah memperkatakan tentang mata wang kertas yang tidak mempunyai nilai intristik sehingga mampu mendedahkan umat Islam kepada mainan spekulasi kuasa barat.27 Maka pada

pertengahan tahun 2000, cadangan untuk merealisasikan penggunaan dinar emas dalam sistem kewangan mula dibincangkan oleh segelintir pemikir ekonomi Islam di

Malaysia dan juga di negara-negara lain.28

Pada Jun 2001 pula, ketika berucap di Simposium al-Baraka (Kuala Lumpur), beliau

telah melemparkan idea untuk menggunakan dinar emas sebagai mata wang perdagangan antarabangsa dan simpanan negara tetapi dalam bentuk emas bukan

26Ibid., h. 6.

(47)

kertas.29 Kemudian pada bulan Julai tahun yang sama, Sheikh Dr. Abdal Qadir

al-Sufi30 bersama dengan ketua Murabitun31 iaitu ’Umar Ibrahim Vadillo telah bertemu

dengan Tun Dr. Mahathir dan pertemuan tersebut talah menguatkan lagi keazaman beliau untuk melaksanakan mata wang emas.32

Malaysia mendahului negara Islam yang lain kerana telah mempunyai mekanisme pelaksanaan dinar emas tersendiri. Pada permulaannya, beliau mencadangkan

penggunaan dinar emas hanya untuk perdagangan antarabangsa kerana perdagangan antarabangsa memerlukan penetapan kadar mata wang antara negara-negara yang berdagang.33 Tun Dr. Mahathir berharap agar negara-negara lain turut serta dalam

usaha menobatkan mata wang emas jika Malaysia berjaya merealisasikannya.34

Tun Dr. Mahathir sentiasa mengambil kesempatan dan peluang yang ada untuk mempromosikan idea beliau tersebut ke seluruh negara Islam dan juga negara barat. Semasa melakukan lawatan ke negara-negara tersebut, beliau telah mengadakan

seminar dan berdialog untuk meyakinkan masyarakat dunia mengenai kelebihan mata wang emas.35 Ketika ditemuramah oleh televisyen al-Jazeera pada awal tahun 2002,

beliau menyatakan pendirian beliau dan apabila ditanya sama ada idea beliau tersebut boleh menjadi kenyataan atau tidak, beliau menegaskan:36

29 Zuhaimy Hj. Ismail (2003), op.cit., h. 5.

30 Beliau telah membuat kajian pada tahun 1981 berkenaan kelemahan sistem mata wang kertas yang

menjadi punca amalan riba secara besar-besaran oleh masyarakat dunia.

31 Murabitun merupakan sebuah pergerakan Islam sedunia. 32 Zuhaimy Hj. Ismail (2003), op.cit., h. 6.

33 Salmy Edawati Yaacob @ Muhamed Yaacob (2005), op.cit., h. 148.

34 Malaysia Mendahului Usaha Memartabatkan Ekonomi Islam, Utusan Online, op.cit. 35 Salmy Edawati Yaacob @ Muhamed Yaacob (2005), op.cit., h. 149.

(48)

This is not a dream, it can be realised. An Islamic dinar is a gold dinar with its own value. We must use this dinar for overseas trade. When we conduct overseas trade, we should pay with Islamic dinar. For those who want to use the dinar as gold, they can do so because gold has its own value unlike paper money.”

Sekali lagi Tun Dr. Mahathir menggunakan pentas yang sesuai untuk mengutarakan idea beliau untuk menggunakan dinar emas dalam perdagangan antarabangsa. Kali ini melalui Persidangan Kemuncak Pertubuhan Negara-negara Islam atau OIC

(Organization of Islamic conference) yang pertama kali diadakan di Malaysia pada Oktober 2003.37 Dalam forum ekonomi Jeddah pada tahun 2004 pula, beliau telah

mencadangkan Arab Saudi menjual minyaknya dengan bayaran emas.38

Malaysia juga mempunyai peluang yang baik untuk melaksanakannya kerana

Malaysia mempunyai hubungan dengan lebih kurang 24 buah negara. Oleh itu Malaysia mempunyai banyak pilihan dan peluang untuk menjalankan perdagangan

dua hala atau BPA (Bilateral Payment Arrangement) dengan menggunakan dinar emas. Namun Tun Dr. Mahathir pernah menegaskan bahawa perlu ada kajian dan penyelidikan yang teliti dan menyeluruh untuk merealisasikannya agar segala

kepincangan dapat diatasi.39

(49)

Kesungguhan Tun Dr. Mahathir dalam usaha mempromosikan penggunaan mata wang emas ini telah menyedarkan ramai pihak dan juga masyarakat bahawa ia

mampu mengembalikan keutuhan umat Islam di seluruh dunia. Usaha dan semangat beliau perlu sentiasa disokong dan didokong serta diteruskan demi memartabatkan kembali ekonomi umat Islam di persada dunia.

2.3.2 Pandangan Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop merupakan pendokong dan penggerak utama kepada saranan, idea dan hasrat Tun Dr. Mahathir untuk merealisasikan pengguanaan mata

wang emas iaitu dinar emas. Menurut beliau, bank pusat bagi setiap negara-negara OIC memainkan peranan yang penting untuk merealisasikan hasrat tersebut iaitu

melalui penjelasan pembayaran dalam perdagangan dua hala atau BPA.40

Penggunaan dinar emas tidak akan mengambil tempat RM (ringgit Malaysia) kerana

saranan tersebut adalah untuk perdagangan antarabangsa sahaja manakala RM terus kekal sebagai mata wang utama Malaysia dan digunakan seperti biasa untuk

urusniaga tempatan.

Beliau menyatakan bahawa penggunaan mata wang emas tersebut bukanlah dalam bentuk fizikal iaitu ketulan-ketulan emas tetapi hanya sebagai piawaian kepada

nilainya, seperti contoh:41

(50)

1 dinar emas bersamaan 1 auns emas dan harga 1 auns emas hari ini ialah USD 290. Maka nilai 1 dinar emas bersamaan USD 290.

Jika mekanisme yang digunakan dalam BPA tersebut berjaya, ia boleh diaplikasikan dalam perdagangan pelbagai hala atau MPA (Multiple Payment Arrangement) pula.42

Ia akan menjadi lebih efektif kerana melibatkan lebih banyak negara. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yakin bahawa dinar emas bukan suatu perkara atau idea yang

mustahil untuk dilaksanakan tetapi ia perlu kepada pelaksanaan yang bijak, idealistik dengan keadaan semasa dan dilaksanakan secara berperingkat, bukannya drastik.43

2.4 PANDANGAN ISLAM TERHADAP PENGGUNAAN WANG EMAS

2.4.1 Dalil Al-Quran

Penggunaan wang emas mempunyai kaitan dengan hukum syara’. Begitu juga dengan wang perak. Perkara ini sangat jelas kerana terdapat dalil di dalam al-Quran yang

menyebut berkenaan penggunaan wang emas dan perak ini. Walaupun tidak banyak ayat atau firman Allah S.W.T yang menyebut tentang pekara ini, namun ia sudah

cukup untuk membuktikan bahawa Islam mengiktiraf emas dan perak sebagai mata wang sejak dahulu hingga sekarang. Berikut ialah beberapa ayat al-Quran berkenaan perkara ini:

(51)

1) Perkara yang pertama adalah berkaitan dengan pembayaran zakat. Firman Allah

Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya sebahagian besar dari orang- orang alim Yahudi dan rahib-rahib Nasrani benar-benar memakan harta orang dengan jalan batil dan mereka menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah. dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, Maka beritahukanlah kepada mereka, (bahwa mereka akan mendapat) siksa yang pedih.

)

Surah al-Taubah (9): 34 (

Perkataan al-dhahab (بهذلا) dan al-fiddah (ةضفلا) dalam ayat di atas bermaksud dinar emas dan dirham perak yang merupakan dua perkara utama dalam pembayaran zakat.

1) Allah S.W.T telah menetapkan kewajipan zakat adalah untuk emas dan perak, kemudian Allah S.W.T menentukan nisab zakat tersebut dengan nisab emas dan

perak. Zakat emas dan perak tersebut menunjukkan bahawa wang tersebut berupa emas dan perak Perkara ini membuktikan bahawa emas dan perak diiktiraf sebagai mata wang Islam.

2) Di dalam surah dan ayat yang sama, Allah S.W.T juga menyebut tentang larangan

penimbunan harta iaitu emas dan perak. Perkataan al-Kanz (زنكككلا) membawa erti menyimpan harta iaitu emas dan perak tanpa mengeluarkan zakat.44 Ia juga

44 Wahbah al-Zuhayli (1997), al-Tafsir al-Wajiz Wa Mu’jam Ma’ani al-Quran al-‘Aziz, c. 2, Damsyik: Dar

(52)

bermaksud harta yang belum dizakati.45 Ini jelas menunjukkan bahawa mata wang

Islam adalah bersandar kepada emas dan perak iaitu dinar dan dirham.

Walaupun begitu Islam tidak menghalang dan melarang umatnya mengumpulkan kekayaan dan sesiapa sahaja boleh memiliki sebanyak mana kekayaan yang dingini

tetapi mestilah dari sumber dan cara yang halal.

3) Firman Allah S.W.T:

Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. yang demikian itu lebih utama dengan 7 perkara iaitu penempaan dinar dan dirham, penetapan berat dan ukuran, penghakiman, hukum-hakam yang berkaitan haji, solat jumaat, hari raya (iaitu raya

(53)

puasa dan raya korban) dan jihad.46 Perkara ini jelas menunjukkan bahawa

penempaan dinar emas dan dirham perak sebagai mata wang adalah diiktiraf oleh

Islam.

4) Seterusnya adalah dalil yang menunjukkan bahawa wang emas dan perak telah digunakan sejak zaman nabi terdahulu lagi. Hal ini dirakamkan Allah S.W.T dalam al-Quran. Firman-Nya:

      

 

Maksudnya:

Dan mereka menjual Yusuf dengan harga yang murah, yaitu beberapa dirham saja, dan mereka merasa tidak tertarik hatinya kepada Yusuf.

(Surah Yusuf (12): 20)

Ayat ini menunjukkan bahawa Nabi Yusuf telah dijual dengan harga yang sangat murah iaitu hanya beberapa dirham sahaja. Ini bermaksud wang emas iaitu dinar

adalah wang utama dalam aktiviti perdagangan mereka pada masa itu kerana mempunyai nilai yang lebih tinggi berbanding dirham dan ia menjadi medium

transaksi utama dalam perdagangan. Ini menunjukkan bahawa penggunaan dinar emas sudah begitu lama dan disebut dalam al-Quran sendiri sebagai bukti peranannya yang besar dalam aktiviti ekonomi ketika itu.

46 Abu ‘Abd Allah Muhammad Ibn Ahmad al-Ansari al-Qurtubi (1999), al-Jami’ li Ahkam al-Quran, j.

(54)

2.4.2 Dalil al-Sunnah

Selain daripada dalil-dalil dalam al-Quran yang menyebut tentang penggunaan emas dan perak, penggunaannya juga disebut di dalam al-sunnah yang merupakan sumber

perundangan Islam yang kedua. Ini juga menjadi bukti bahawa penggunaan emas dan perak sebagai mata wang adalah diiktiraf oleh Islam. Kebanyakan perkara yang

disebut berkaitan penggunaan emas dan perak juga bersangkut paut dengan hukum syara’. Antaranya ialah berkaitan hal pembayaran zakat terhadap emas dan perak sebagai mata wang, diyat dan hukuman potong tangan terhadap pencuri mata wang

sebagai alat pertukaran. Berikut ialah beberapa Hadith Rasulullah S.A.W berkenaan perkara ini:

Diriwayatkan dari Sayyidatina ‘Aisyah r.a bahawasanya nabi SAW mengambil dari setiap dua puluh dinar dan lebih sebanyak separuh dinar dan daripada empat puluh dinar, satu dinar (sebagai zakat).

(Riwayat Ibn Majah)

47 Al-Hafiz Abi Abd. Allah Muhammad b. Yazid al-Qazwini Ibn Majah (t.t.), Sunan Ibn Majah, Kitab

(55)

Hadith di atas menunjukkan bahawa kadar wajib zakat yang nisabnya adalah seperti 20 dinar diwajibkan zakat sebanyak 1/2 dinar manakala bagi 40 dinar pula

diwajibkan zakat sebanyak 1 dinar.

2) Hadith seterusnya adalah berkaitan hal denda kerana membunuh iaitu diyat. Sabda Nabi Muhammad S.A.W:48 pada zaman nabi SAW, dan nabi s.a.w telah mengenakan diyat kepadanya sebanyak dua belas ribu dirham.

(Riwayat Abu Dawud) Penggunaan wang emas dan perak juga termasuk dalam hukuman denda kerana

membunuh iaitu diyat. Kadar yang dikenakan berdasarkan Hadith tersebut ialah 12 ribu dirham bagi wang perak. Bagi wang emas pula adalah sebanyak seribu dinar kerana Nabi S.A.W pernah mengutus surat kepada warga Yaman: 49

48 Abu Dawud Sulayman al-Asy’ath al-Sijistani al-‘Azdi (t.t), Sunan Abi Dawud, Kitab al-Diyat, j. 7, c.

3, no. Hadith 4546. Beirut: Dar al-Fikr.

(56)

نإ

“Sesungguhnya wajib atas warga yang mempergunakan wang emas sebanyak seribu dinar, dan atas warga yang mempergunakan mata wang perak sebanyak dua belas ribu dirham.”

Diriwayatkan daripada Saidatina ‘Aisyah r.a katanya: Rasulullah SAW memotong tangan seseorang pencuri yang mencuri harta sebanyak satu perempat dinar ke atas.

(Riwayat Muslim)

4) Hukum yang mempunyai kaitan dengan pertukaran mata wang iaitu menjadikan

emas dan perak sebagai cara atau mekanisme dalam proses pertukaran. Sabda Nabi S.A.W:51

50 Muhyi al-Din Abi Zakariyya Yahya Ibn Syaraf al-Nawawi (1995), Sahih Muslim Bisyarh al-Nawawi,

Kitab al-Hudud, Bab Had al-Sariqah Wa Nisabuha, j. 18, c. 5, no. Hadith 1684. Beirut: Dar al-Fikr.

51 Muhyi al-Din Abi Zakariyya Yahya Ibn Syaraf al-Nawawi (1995), op. cit., Kitab al-Musaqat Wa

(57)

ثيدح

Diriwayatkan dari Abu Said al-Khudri r.a katanya: Bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Jangan kamu menjual emas dengan emas (mata wang) kecuali sama jumlahnya serta janganlah melebihkan sebahagiannya. Kemudian janganlah kamu menjual perak dengan perak kecuali sama jumlahnya serta janganlah melebihkan sebahagiannya dan janganlah kamu menjualnya dengan cara sebahagiannya secara tunai dan sebahagian lagi ditangguhkan.

(Riwayat al-Nawawi)

(58)

Pada zaman Nabi Muhammad S.A.W, wang emas dan perak merupakan alat transaksi yang utama. Oleh sebab itulah baginda menjadikan sukatan dan timbangan adalah

berdasarkan penduduk Mekah dan Madinah kerana unit sukatan tersebut merupakan standard dalam penggunaan mata wang dalam pelbagai urusan transaksi.

2.4.3 Pandangan Ulama’ dan Pemikir Islam

Pandangan para ulama’ dan pemikir Islam terhadap penggunaan mata wang emas

juga mengukuhkan lagi bukti bahawa penggunaannya diiktiraf di dalam Islam. Di sini penulis memetik beberapa pandangan dan pendapat mereka berhubung perkara ini.

Mereka terdiri daripada ulama’ dan pemikir Islam ynag unggul dan agung iaitu Imam Ghazali, Ibu Taimiyyah, Ibnu Khaldun, Ibnu Rusyd, dan syeikh Yusuf al-Qaradawi.

1) Imam al-Ghazali53

Bagi Imam al-Ghazali pula beliau menyatakan bahawa Allah S.W.T menjadikan emas dan perak sebagai pengadil dan pengantara di antara semua harta, serta menjadi

53 Nama penuh beliau ialah Muhammad Ibn Muhammada Ibn Muhammad Ibn Ahmad Abi Hamid al-Tusi

al-Ghazali. Beliau dilahirkan pada 450 H di Tusi. Al-Hujjah adalah gelaran beliau kerana beliau

mempunyai ilmu yang tinggi dalam pelbagai disiplin ilmu. Kitab termasyur karangannya ialah Ihya ‘Ulum

(59)

pengukur nilai bagi semua harta benda. Hal ini disebut oleh beliau di dalam kitabnya

yang masyur iaitu Ihya ’ulum al-Din. Katanya:54

“Allah menjadikan dinar dan dirham untuk menjadi penilai dan pengantara di kalangan semua manusia sehingga sesuatu barangan dapat dinilaikan oleh alat pertukaran itu. Umpamanya seekor unta yang berharga seratus dinar, sama dengan nilai za’faran55 iaitu seratus dinar. Kedua-dua barangan itu mempunyai nilai yang

sama kerana harganya serupa dan kedua-duanya dijadikan oleh Allah s.w.t di muka bumi ini untuk ditukar ganti oleh manusia dan juga boleh dinilai dengan barangan lain dengan adil. Oleh itu Allah SWT menjadikan barangan tersebut dengan hikmat lain iaitu untuk menjadi alat penyambung kepada barang lain kerana keduanya adalah barangan berharga, bukan tujuan kedua-dua barangan itu sebagai satu barangan seperti terjadi dalam wang”.

Beliau juga menegaskan bahawa sistem barter tidak sesuai kerana sukar untuk

mencari kehendak yang serentak. Oleh itu perlu kepada satu mekanisme yang adil sebagai pengukur dan ia mestilah sesuatu yang kekal. Ini bermaksud bahawa mata

wang emas yang perak adalah yang paling sesuai.56

2) Ibnu Taimiyyah57

54 Al-Ghazali (1993), Ihya ‘Ulum al-Din, j.4, c.2. Beirut: Dar al-Khair, h. 347. 55 Za’faran adalah sejenis bau-bauan yang dijadikan daripada pokok.

56 Al-Ghazali (1993), op.cit., j.3, h. 397.

57 Nama asal Ibnu Taimiyyah ialah Ahmad Taqiyuddin bin ‘Abd. Al-Halim bin ‘Abd al-Salam bin ‘Abd.

(60)

Ibnu Taimiyyah pula mentakrifkan mata wang emas dan perak iaitu dinar dan dirham

merupakan mata wang yang dikenali secara semulajadi dari segi adat dan istilah tanpa merujuk kepada syara’ dan ini membuktikan bahawa kedua-duanya adalah bernilai dan berbeza dengan benda-benda lain.58 Ini menunjukkan bahawa mata wang emas

dan perak adalah diiktiraf oleh Islam kerana kedua-dua logam tersebut mendapat pengiktirafan Allah S.W.T dan Nabi S.A.W.

3) Ibnu Khaldun59

Ibnu Khaldun pula menyatakan di dalam kitab Muqaddimah bahawa mata wang merupakan alat penyimpan nilai kerana Allah S.W.T menciptakan dua logam bernilai

iaitu emas dan perak sebagai pengukur nilai bagi pelbagai barangan yang berharga.60

Beliau juga mengaitkan kepentingan dinar emas dan dirham perak dengan hal-hal

yang berkaitan hukum syara’ seperti zakat, perkahwinan dan hukuman hudud. Menurutnya juga wang mempunyai keistimewaan yang tersendiri dari segi keteguhan nilainya, katanya:

bersamaan bulan September 1328 M. (Lihat Ensiklopedia Islam (1998), j. 5. Kuala Lumpur: Malaysian Encyclopedia Researh Centre Berhad, h. 15-12.).

58 Ibnu Taimiyyah (1999), Majmu’ Fatawa Ibnu Taimiyyah, j. 19. Riyad: Matabi al-Riyad, h. 251. 59 Nama sebenar beliau ialah ‘Abd al-Rahman Ibn Muhammad Khaldun al-Hadrami. Beliau dilahirkan di

Tunis pada tahun 732 H bersamaan 133 M dan berasal daripada keturunan Andalusi Asykili. Ibnu Khaldun banyak menuntut ilmu dengan sebahagian besar ulama’ dari Andalusia yang berhijrah ke Tunis. Beliau meninggal dunia pada tahun 808 H bersamaan 1406 M. (Lihat ‘Abd al-Rahman Ibn Muhammad Khaldun al-Hadrami (1996), Muqaddimah al-‘Allamah Ibnu Khaldun, c.3. Beirut: Dar al-Fikr, h. 3.).

(61)

“Sekiranya dimiliki juga sesuatu bahan yang lain (selain emas dan perak) dalam beberapa ketika tertentu maka keadaan itu bertujuan untuk mendapatkan kedua-duanya (emas dan perak) dengan menggunakan bahan yang lain dalam pasaran ketika kedua-dua bahan itu tidak dapat diperolehi.”61

Ini jelas menunjukkan bahawa pemikiran Ibnu Khaldun lebih maju dan terkedepan daripada pakar-pakar ekonomi barat yang lain kerana beliau menganggap bahawa

mata wang emas dan perak adalah mata wang paling stabil dan relevan untuk setiap masa bagi mengimbangi kestabilan ekonomi.

4) Ibnu Rusyd62

Mata wang emas dan perak menjadi pengukur nilai kepada pelbagai barangan kerana adalah sangat sukar untuk mencari persamaan nilai bagi barangan yang berlainan seperti keadaan yang wujud di dalam sistem barter. Ibnu Rusyd memberi contoh,

apabila sesorang itu menjual kudanya sebagai tukaran untuk mendapatkan pakaian; sekiranya nilai kuda tersebut ialah lima puluh maka perlulah juga nilai pakaian itu

bersamaan dengan lima puluh.63 Ini menunjukkan bahawa beliau berpandangan mata

wang emas adalah sebagai alat pertukaran untuk mendapatkan sesuatu barangan.

61Ibid.

62 Nama penuh Ibnu Rusyd ialah Abu al-Walid Muhammad bin Ahmad dan berketurunan bangsa

Sepanyol. Beliau merupakan ahli falah dan sarjana dalam bidang al-Quran dan Sains Tabi’i (Biologi, Fizaik, Astronomi dan Perubatan). Ibnu Rusyd dilahirkan pada tahun 1126 M di Cordova dan meninggal dunia pada tahun 1198 M. (Lihat Ensiklopedia Islam (1998), j. 5. Kuala Lumpur: Malaysian Encyclopedia Researh Centre Berhad, h. 4-5.).

63 Ibnu Rusyd (1992), Bidayah al-Mujtahid Wa Nihayah al-Muqtasid, j.2. Beirut: Dar Ihya al-Turath

(62)

5) Syeikh Yusuf al-Qaradawi64

Beliau berpendapat bahawa emas dan perak adalah dua jenis logam berharga yang diberi keistimewaan yang banyak oleh Allah SWT dan tiada pada logam lain. Oleh kerana ia sukar didapati maka masyarakat telah menjadikannya sebagai mata wang

utama untuk mengukur nilai sejak dahulu lagi.65

Mata wang emas dan perak dianggap sebagai mata wang syar’i kerana berkait rapat dengan beberapa hukum syara’ sebagaimana hukum riba dan pertukaran.66 Selain itu

ia berhubung rapat dengan hal-hal lain seperti mas kahwin, undang-undang jenayah

seperti penentuan kadar potong tangan bagi pencuri dan pembayaran diyat serta berkaitan dengan dengan hukum zakat.67

64 Dr. Yusuf bin ‘Abdullah al-Qaradawi lahir pad 1926 M d desa Shafth Turab. Beliau dibesarkan oleh bapa

saudaranya selepas bapanya meninggal dunia ketika beliau berusia 2 tahun. Beliau banyak menulis buku, artikel dan menyampaikan ceramah. Beliau telah menyiapkan disertasi berkaitan zakat sehingga mendapat gelaran Doktor. Beliau aktif dalam harakah Islamiah dan merupakan anggota khwanul Muslimin. Pada zaman sekarang beliau banyak menyebarkan tulisannya melalui internet. (Lihat M. ‘Abdul Ghoffar (2003),

Pemikiran Dr. Yusuf al-Qaradawi Dalam Timbangan. Bogor: Pustaka Imam Asy-Syafi’I, h.7.).

65 Yusuf ‘Abd. Allah al-Qaradawi (1999), Fiqh al-Zakat. Beirut: Muassasah al-Risalah, h. 238. 66Ibid.

(63)

2.5 KESIMPULAN

Setelah melihat sorotan sejarah penggunaan mata wang dari zaman sebelum kedatangan Islam dan zaman pemerintahan Islam, jelas bahawa mata wang emas dan perak menjadi mata wang utama. Ini kerana logam emas dan perak adalah kejadian Allah S.W.T yang

sangat istimewa dan mempunyai kelebihan yang tersendiri seperti mempunyai nilai yang stabil.

Penggunaan mata wang kertas terutamanya dolar sebagai mata wang dunia adalah tidak sesuai kerana ia hanya terikat kepada janji pembayaran yang tidak nyata. Ia disebabkan

oleh ketiadaan sandaran yang bernilai. Firman Allah S.W.T:

        

       

        

       

    

Maksudnya:

(64)

dosa bagi kami terhadap orang-orang ummi. Mereka Berkata dusta terhadap Allah, padahal mereka mengetahui.

(Surah Ali-‘Imran (3): 75) Daripada firman Allah S.W.T di atas menunjukkan bahawa kaum yahudi hanya bersikap jujur dan amanah sesama mereka sahaja. mereka mengambil hak serta harta golongan

atau kaum lain selain bangsanya serta menipu, mengeliru dan mengeksploitasi bangsa lain dengan pelbagai cara yang keji tanpa rasa malu dan aib.

Oleh itu umat Islam harus kembali kepada agama Islam dengan melaksanakan cara hidup Islam. Salah satu caranya ialah dengan mengamalkan sistem ekonomi Islam iaitu melalui

penggunaan mata wang emas di samping perak. Ini kerana ia merupakan mata wang yang mendapat pengiktirafan Islam walaupun ia berasal dari kerajaan bukan Islam iaitu Rom dan Parsi. Pelbagai bukti dari al-Quran dan Hadith telah dinyatakan. Ini menunjukkan

(65)
(66)

BAB TIGA

EMAS SEBAGAI INSTRUMEN PELABURAN

3.1 PENDAHULUAN

Mata wang berasaskan emas mempunyai pelbagai kebaikan dan kelebihan jika dibandingkan dengan mata wang kertas yang diamalkan sekarang. Emas telah diakui dan

diyakini sebagai logam yang paling bernilai di dunia sejak dari dulu sehingga ke hari ini. Emas pernah dijadikan mata wang dunia untuk jangkamasa yang lama kerana kestabilan nilai dan mempunyai nilai simpan yang baik berbeza dengan tembaga, besi mahupun

kertas. Ia bukan sahaja mampu menggantikan wang kertas sebagai sistem mata wang dunia bahkan ia juga mempunyai potensi yang baik sebagai instrumen pelaburan yang

menguntungkan.

Nilainya yang stabil dan kukuh menjadikannya sebagai satu alternatif terbaik kepada para

pelabur untuk mempelbagaikan portfolio pelaburan. Ini kerana portfolio pelaburan yang sedia ada seperti saham, bon dan sebagainya mempunyai risiko yang agak tinggi dan

pulangannya juga adalah rendah jika dibandingkan dengan pelaburan emas. Pelaburan berasaskan emas lebih baik daripada pelaburan yang disandarkan pada nilai mata wang kertas kerana ia tidak mengalami kejatuhan nilai yang amat ketara dan nilainya lebih

(67)

Pelaburan emas merupakan satu bentuk pelaburan yang masih baru di Malaysia. Oleh sebab itulah pengetahuan dan kesedaran masyarakat mengenai perkara ini amat kurang.

Namun dari semasa ke semasa maklumat serta infrastruktur berkaitan pelaburan emas semakin bertambah untuk memudahkan dan menarik minat masyarakat untuk menyertai pelaburan ini.

3.2 CIRI ISTIMEWA EMAS

3.2.1 Komoditi Berharga

Secara fitrahnya, emas merupakan sejenis logam yang berharga dan menjadi lambang kemegahan sejak zaman berzaman lagi. Ibn Qayyim al-Jauziyyah mengatakan

bahawa emas adalah “perhiasan dunia, sesuatu yang misteri, kegembiraan bagi jiwa, lambang kemegahan dan rahsia Allah di bumi”.68

Selain itu emas menjadi satu simbol kepercayaan kerana nilainya diakui dan disanjungi oleh semua bangsa. Setiap negara pasti akan menjaga kekayaan emas

masing-masing agar tidak berlaku sebarang aktiviti penyeludupan terhadap komoditi tersebut. Di dalam keadaan bekalan emas adalah terhad pada zaman sekarang, harga emas akan naik tetapi dalam jangka masa yang panjang. Ketahanan emas juga adalah

sangat tinggi kerana ia tidak akan musnah sekiranya ditanam di dalam perut bumi bagi jangka masa yang lama.

68 Normawati Bt. Ibrahim (2005), Penggunaan Dinar Emas: Prospek & Cabaran Pelaksanaan Pada Masa

(68)

Emas berfungsi sebagai penyimpan nilai yang dipercayai dan ia boleh disimpan untuk kegunaan pada masa hadapan.69 Selain itu emas mudah untuk dibawa ke mana-mana

dan mudah dibahagikan.

3.2.2 Mempunyai Nilai Instristik

Emas dikatakan mempunyai nilai instristik jika dibandingkan dengan wang kertas dan

logam yang lain.70 Ini kerana ia mempunyai nilai tersimpan sejak dahulu lagi.

Contohnya satu kilogram emas jika ditanam pada hari ini, hasilnya pada masa hadapan adalah tetap sama iaitu satu kilogram emas walaupun seratus tahun akan

datang. Sebaliknya yang berlaku kepada wang kertas, tempoh tersebut akan menghasilkan faedah atau bunga kepada penyimpan. Emas tidak mempunyai bunga,

malah tidak boleh dimanipulasikan atau dicetak sewenang-wenangnya sehingga menyebabkan riba.

Ketinggian mutu dan harganya tidak perlu dipertikaikan lagi kerana ianya telah diguna pakai berabad-abad yang lalu. Jika tidak kerana emas, maka tidak akan

berlaku penjajahan-penjajahan ke atas negara-negara di muka bumi ini. Oleh kerana ianya sesuatu yang penting maka wujud pelbagai peribahasa-peribahasa yang dikaitkan dengannya. Contohnya : anak emas, warga emas, emas kahwin, emas hitam,

hati emas dan sebagainya. Jadi benarlah apa sahaja yang berkaitan dengan emas

69 Ahamed Kameel Mydin Meera (2004), The Theft of Nations: Returning to Gold, Selangor: Pelanduk

Publications (M) Sdn. Bhd, h. 71.

Gambar

Gambar reka muka syiling
gambar kijang pada bahagian hadapannya dan bunga raya iaitu bunga kebangsaan pada bahagian

Referensi

Dokumen terkait