• Tidak ada hasil yang ditemukan

SEJARAH PENGGUNAAN WANG EMAS

Dalam dokumen LATIHAN ILMIAH DAN PELABURAN EMAS (Halaman 39-44)

BAB SATU

BAB SATU PENGENALAN

III) Metode Komparatif

2.2 SEJARAH PENGGUNAAN WANG EMAS

2.2.1 Zaman Sebelum Kedatangan Islam

Sejarah penggunaan wang emas bermula sejak abad keenam s.m lagi di samping wang perak.6 Orang pertama yang dikatakan menempa wang emas dan perak ialah

Croesus iaitu Raja Lydia (560-546 s.m) yang merupakan sebuah negara-kota di bahagian barat Aratolia. Kemudian wang daripada kedua-dua jenis logam tersebut telah banyak ditempa di wilayah-wilayah yang dikuasai oleh orang Greek. Selain untuk tujuan perniagaan dan perdagangan, ia juga adalah sebagai lambang kemegahan dan kebanggaan mereka. Pada bahagian sisi wang tersebut diukir gambar binatang seperti singa, burung hantu. Kura-kura, helang dan lain-lain. Selain itu juga gambar dewa-dewa mereka yang disembah turut dijadikan hiasan pada wang tersebut. 5 Mahathir Mohammad (2000), The Malaysian Currency Crisis How and Why It Happen. Subang Jaya:

Pelanduk Publication (M) Sdn. Bhd., h. 10.

6 Adilah Hazaami Adnan (2003), “Sistem Mata Wang Dinar dan Wang Fiat: Kajian Perbandingan” (Kertas

Keadaan wang emas dan perak tersebut berterusan dan tidak berubah sehingga muncul zaman Alexender the Great. Beliau mengekalkan berat dan ukiran yang sama serta dihiasi dewa-dewa seperti Zeus, Heracles dan Athena.7 Setelah beliau mati, tidak

banyak wang emas dan perak ditempa.

Kemudian muncul syiling emas yang bernama denarius yang ditempa oleh empayar Rom semasa pemerintahan Caesar.8 Selepas itu empayar Rom berpecah kepada dua

iaitu Rom barat yang berpusat di Rome dan Rom timur yang berpusat di Constantinople.9 Empayar Rom timur juga dikenali sebagai empayar Byzantium.

Apabila empayar Rom barat hancur, hanya wang emas yang ditempa di empayar Byzantium sahaja menjadi mata wang paling utama di Eropah iaitu kira-kira seribu tahun. Ia dihiasi gambar maharaja memakai mahkota atau baju besi dan bertopi besi. Dikatakan juga maharaja tersebut memegang salib atau topi besinya dihiasi salib. Wang emas tersebut dikenali sebagai solidus.

Penggunaan wang emas serta wang perak di Iraq, Iran dan daerah-daerah di bawah kekuasaan Parsi sebelum Islam juga sudah lama iaitu selepas diperkenalkan di Lydia pada abad keenam s.m. Wang emas dikenali dengan nama deric manakala wang perak bernama siglos. Gambar maharaja duduk melutut sambil memegang busur panah di tangan kanan dan lembing di sebelah kanan menghiasi bahagian depan wang tersebut manakala bahagian belakang dibiarkan kosong.

7Ibid., h. 34. 8Ibid., h. 35. 9Ibid., h. 36.

Sejarah juga menunjukkan bahawa Semenanjung Tanah Arab semasa zaman jahiliyah menggunakan wang emas dan perak untuk menjalankan aktiviti perdagangan dan perniagaan mereka. Namun begitu mereka tidak mempunyai atau menempa wang emas tersebut sendiri. Pada abad keenam dan ketujuh masihi, mereka menggunakan mata wang syiling yang dikeluarkan dan digunakan oleh empayar Rom iaitu dari wilayah-wilayah empayar Byzantium yang berjiran dengan mereka.10 Pada kedua-dua

sisi wang emas tersebut tertera gambar dan lambang maharaja mereka. Namun begitu masyarakat Quraish mempunyai timbangan tersendiri iaitu “dinar” bagi emas dan “dirham” bagi perak11.

2.2.2 Kemunculan Mata Wang Islam

Dinar emas dan dirham perak merupakan mata wang yang dikenali sebagai mata wang umat Islam. Pada zaman permulaan pemerintahan Islam iaitu zaman Rasulullah S.A.W, masyarakat Arab di Semenanjung Tanah Arab masih lagi menggunakan wang dinar dan dirham dari wilayah Byzantium dalam urusan perniagaan dan perdagangan mereka. Baginda S.A.W tidak pernah membantah penggunaan mata wang oleh masyarakat Arab tersebut bahkan Baginda mengiktirafnya sebagai mata wang utama

10 Ab. Mumin Ab. Ghani & Salmy Edawati Yaacob (2006), “Dinar Emas: Prospek Pelaksanaannya

Malaysia” dalam Ab. Mumin Ab. Ghani & Fadillah Mansor (ed.), Dinamisme Kewangan Islam Di Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Syariah Pengurusan, APIUM, h. 204.

11 Normawati Bt. Ibrahim (2005), ”Penggunaan Dinar Emas: Prospek & Cabaran Pelaksanaan Pada Masa

negara Islam ketika itu.12 Ini bermaksud bahawa Rasulullah S.A.W mengekalkan

gambar dan lambang raja mereka pada kedua-dua sisi syiling emas tersebut.

Selepas kewafatan Rasulullah S.A.W, pemerintahan kerajaan Islam diteruskan oleh khulafa` al-Rasyidin. Penggunaan dinar emas dan dirham perak diteruskan. Khalifah yang pertama iaitu Sayydina Abu Bakr as-Siddiq tidak merubah apa-apa keadaan mata wang tersebut. Keadaannya masih sama iaitu terdapat gambar dan lambang maharaja Rom pada kedua-dua sisi syiling emas tersebut. Ia terus digunakan dalam pelbagai urusan muamalah dan juga dijadikan medium pembayaran zakat.

Semasa pemerintahan Sayydina ’Umar dan Uthman pula mereka menambah kalimah ’Alhamdulillah, Muhammad Rasulullah, La ilaha illa Allah wahdah dan Allahuakbar’ dengan mengekalkan keadaan asalnya.13 Tindakan mereka berdua ini

boleh dikatakan sebagai usaha untuk mewujudkan dan menempa mata wang Islam yang tersendiri serta bebas daripada pengaruh empayar Rom.

Usaha tersebut diteruskan lagi oleh Mua’wiyah bin Abi Sufyan, iaitu pengasas kerajaan Umawi yang berpusat di Damsyiq, Syria. Beliau membuat beberapa perubahan lain bagi mata wang tersebut. Beliau menempa dinar emas dengan gambar khalifah sedang menyandang pedang. Tindakan beliau tesebut mendatangkan ilham

12 Al-Maqrizi (1967), Syuzur al-‘Uqud Fi Dhikr al-Nuqud. Muhammad Bahr al-‘Ulum (ed), Najaf:

Mansyurat al-Maktabah al-Haidariyyah Wa Matba’atuha, h. 6.

13 Ugi Soharto (2002), ”Dinar Sebagai Asas Pengukuhan Sistem Kewangan Islam di Malaysia” (Kertas

kepada khalifah selepasnya iaitu khalifah ’Abdul Malik Marwan (654-864) untuk mencipta dinar emas Islam.14

Zaman pemerintahan beliau merupakan kemuncak penempaan mata wang Islam yang sepenuhnya.15 Pada bahagian belakang dinar emas tersebut, ditulis kata-kata

“bismillahi La ilaha illa Allah Muhammad wahdahu rasul al-Allah” dalam bahasa Arab.16 Seterusnya khalifah Abdul Malik Marwan turut membuang segala lambang

dan gambar yang tidak bercirikan Islam. Contohnya hiasan salib pada mahkota atau topi besi maharaja Rom telah dibuang.

Pada tahun 77 H, beliau telah membuat beberapa perubahan lagi dan mengeluarkan dinar emas yang berlainan dari yang sebelumnya. Bukan hiasan salib sahaja yang dibuang malah beliau membuang terus gambar maharaja Rom tersebut dan digantikan dengan kalimah Syahadah “La ilaha illa Allah Wahdahu la syarikalah”.17 Selain itu

dinyatakan juga tempat dan tarikh tempaan dibuat. Pada bahagian belakang pula diukir sebahagian ayat-ayat suci al-Quran iaitu dari surah al-Ikhlas (Allahu ahad Allah Samad lam yalid walam yulad) dan dikelilingi sebahagian surah al-Taubah, ayat 33 (Muhammad rasul Allah arsalahu bi al-huda wa dini al-haq liyuzhirahu ’ala al-dini kullih).18 Tempaan dirham perak juga sama seperti dinar emas.

14 Normawati Bt. Ibrahim (2005), op.cit., h. 53.

15 Salmy Edawati Yaacob @ Muhamed Yaacob (2005), “Dinar Emas: Kajian Kemungkinan

Pelaksanaannya di Malaysia” (Disertasi Syariah, Jabatan Syariah & Pengurusan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya), h. 58.

16 Adilah Hazaami Adnan (2003), op.cit., h. 41. 17Ibid., h. 42.

Perubahan yang beliau lakukan tidak hanya pada luaran sahaja. Perubahan terakhir beliau ke atas mata wang Islam tersebut ialah terhadap piawaiannya. Berat asal wang emas dari Byzantium ialah 4.55 gram manakala berat selepas perubahan peringkat pertama ialah antara 4.35-4.50 gram. Bagi perubahan yang terakhir tersebut beratnya dikurangkan lagi kepada 4.25 gram.19

Pada zaman pemerintahan kerajaan ’Uthmaniyyah pula iaitu pada tahun 955 H bersamaan 1534 M, sistem mata wang standard berkembar emas dan perak atau standard bimetalisme digunakan.20 Sistem tersebut berkekalan sehingga tercetus

perang dunia pertama pada tahun 1914, apabila Turki yang merupakan ibu negara kerajaan `Uthmaniyyah telah mengumumkan penggunaan mata wang kertas untuk menggantikan mata wang yang berasaskan emas dan perak.21 Selepas itu mata wang

kertas tersebut digunakan oleh semua negara sebagai mata wang utama sehinggalah hari ini.

Dalam dokumen LATIHAN ILMIAH DAN PELABURAN EMAS (Halaman 39-44)

Dokumen terkait