• Tidak ada hasil yang ditemukan

Idea Tun Dr Mahathir

Dalam dokumen LATIHAN ILMIAH DAN PELABURAN EMAS (Halaman 44-49)

BAB SATU

BAB SATU PENGENALAN

III) Metode Komparatif

2.3 PERKEMBANGAN PENGGUNAAN WANG EMAS MASA KIN

2.3.1 Idea Tun Dr Mahathir

Tun Dr. Mahathir iaitu bekas Perdana Menteri Malaysia keempat merupakan pencetus terhadap idea pelaksanaan dinar emas pada hari. Walaupun beliau hanya mewakili sebuah negara yang kecil di rantau Asia, namun beliau sungguh berani

19Ibid.

20 Ab. Mumin Ab. Ghani & Salmy Edawati Yaacob (2006), op.cit., h. 205. 21Ibid.

untuk bersuara dan menyatakan pandangannya di peringkat antarabangsa. Antara agenda besar yang beliau perjuangkan sebelum meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ialah untuk mengubah sistem kewangan dunia yang berasaskan mata wang kertas kepada mata wang emas.

Dinar emas menjadi pilihan dan perhatian Tun Dr. Mahathir kerana beliau melihat bahawa sistem kewangan sekarang gagal menangkis serangan dari spekulator mata wang sehingga menyebabkan nilai mata wang jatuh mendadak.22 Selain itu dinar

emas juga merupakan mata wang sejagat yang mampu menyatu padukan negara- negara Islam di seluruh dunia.23

Penggunaan wang emas iaitu dinar emas dalam sistem kewangan bukanlah suatu perkara yang baru dikaji. Ini kerana idea tersebut muncul sejak awal 80 an lagi.24 Ini

mungkin kerana beliau sedar bahawa sistem kewangan yang diguna pakai sekarang akan memberi impak negatif kepada umat Islam. Hal ini dinyatakan beliau dalam ucapannya semasa merasmikan kursus agama anjuran Biro Agama UMNO Malaysia pada 27 November 1981, beliau berkata:25

22 Dr. M Tunggu OIC Kerana Penggunaan Dinar Emas, Utusan Online,

http:/www.utusan.com.my/utusan.asp?

y=2002&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm, dilayari pada 29 Jun 2002.

23 Pastikan Dinar Tidak Gugat Ringgit, Utusan Online, http:/www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?

y=2002&dt=0130&pub=utusan_malaysia&sec=dalam_negeri&pg=dn_02.htm&arc=hive, dilayari pada 30 Januari 2002.

24 Salmy Edawati Yaacob @ Muhamed Yaacob (2005), op.cit., h. 143.

25 Zuhaimy Hj. Ismail (2003), Kembalinya Dinar Emas dan Dirham Perak: Mata Wang Umat Islam. Johor:

Sistem kewangan dunia yang digunakan sekarang yang bergantung bukan lagi kepada penggunaan emas dan perak tetapi wang kertas dan cek ini bukanlah daripada sistem Islam. Dari sistem inilah wujudnya bank, penukaran wang, surat-janji, pengadilan janji-janji perdagangan, pelaburan, eksport import, insurans dan lain-lain lagi. Sistem ini menguasai seluruh dunia sehingga kita tidak dapat tidak mesti menggunakannya”.

Seperti yang diketahui umum bahawa krisis mata wang telah melanda negara-negara Asia termasuk Malaysia dan sebahagian besar negara-negara dunia yang lain pada tahun 1997. Peristiwa tersebut telah meningkatkan lagi kefahaman Tun Dr. Mahathir mengenai isu kelemahan sistem mata wang sekarang.26 Seterusnya pada tahun 1999,

semasa memberi perutusan sempena Hari Raya Aidilfitri, beliau telah memperkatakan tentang mata wang kertas yang tidak mempunyai nilai intristik sehingga mampu mendedahkan umat Islam kepada mainan spekulasi kuasa barat.27 Maka pada

pertengahan tahun 2000, cadangan untuk merealisasikan penggunaan dinar emas dalam sistem kewangan mula dibincangkan oleh segelintir pemikir ekonomi Islam di Malaysia dan juga di negara-negara lain.28

Pada Jun 2001 pula, ketika berucap di Simposium al-Baraka (Kuala Lumpur), beliau telah melemparkan idea untuk menggunakan dinar emas sebagai mata wang perdagangan antarabangsa dan simpanan negara tetapi dalam bentuk emas bukan

26Ibid., h. 6.

27 Salmy Edawati Yaacob @ Muhamed Yaacob (2005), op.cit., h. 145. 28Ibid., h. 146.

kertas.29 Kemudian pada bulan Julai tahun yang sama, Sheikh Dr. Abdal Qadir al-

Sufi30 bersama dengan ketua Murabitun31 iaitu ’Umar Ibrahim Vadillo telah bertemu

dengan Tun Dr. Mahathir dan pertemuan tersebut talah menguatkan lagi keazaman beliau untuk melaksanakan mata wang emas.32

Malaysia mendahului negara Islam yang lain kerana telah mempunyai mekanisme pelaksanaan dinar emas tersendiri. Pada permulaannya, beliau mencadangkan penggunaan dinar emas hanya untuk perdagangan antarabangsa kerana perdagangan antarabangsa memerlukan penetapan kadar mata wang antara negara-negara yang berdagang.33 Tun Dr. Mahathir berharap agar negara-negara lain turut serta dalam

usaha menobatkan mata wang emas jika Malaysia berjaya merealisasikannya.34

Tun Dr. Mahathir sentiasa mengambil kesempatan dan peluang yang ada untuk mempromosikan idea beliau tersebut ke seluruh negara Islam dan juga negara barat. Semasa melakukan lawatan ke negara-negara tersebut, beliau telah mengadakan seminar dan berdialog untuk meyakinkan masyarakat dunia mengenai kelebihan mata wang emas.35 Ketika ditemuramah oleh televisyen al-Jazeera pada awal tahun 2002,

beliau menyatakan pendirian beliau dan apabila ditanya sama ada idea beliau tersebut boleh menjadi kenyataan atau tidak, beliau menegaskan:36

29 Zuhaimy Hj. Ismail (2003), op.cit., h. 5.

30 Beliau telah membuat kajian pada tahun 1981 berkenaan kelemahan sistem mata wang kertas yang

menjadi punca amalan riba secara besar-besaran oleh masyarakat dunia.

31 Murabitun merupakan sebuah pergerakan Islam sedunia. 32 Zuhaimy Hj. Ismail (2003), op.cit., h. 6.

33 Salmy Edawati Yaacob @ Muhamed Yaacob (2005), op.cit., h. 148.

34 Malaysia Mendahului Usaha Memartabatkan Ekonomi Islam, Utusan Online, op.cit. 35 Salmy Edawati Yaacob @ Muhamed Yaacob (2005), op.cit., h. 149.

This is not a dream, it can be realised. An Islamic dinar is a gold dinar with its own value. We must use this dinar for overseas trade. When we conduct overseas trade, we should pay with Islamic dinar. For those who want to use the dinar as gold, they can do so because gold has its own value unlike paper money.”

Sekali lagi Tun Dr. Mahathir menggunakan pentas yang sesuai untuk mengutarakan idea beliau untuk menggunakan dinar emas dalam perdagangan antarabangsa. Kali ini melalui Persidangan Kemuncak Pertubuhan Negara-negara Islam atau OIC (Organization of Islamic conference) yang pertama kali diadakan di Malaysia pada Oktober 2003.37 Dalam forum ekonomi Jeddah pada tahun 2004 pula, beliau telah

mencadangkan Arab Saudi menjual minyaknya dengan bayaran emas.38

Malaysia juga mempunyai peluang yang baik untuk melaksanakannya kerana Malaysia mempunyai hubungan dengan lebih kurang 24 buah negara. Oleh itu Malaysia mempunyai banyak pilihan dan peluang untuk menjalankan perdagangan dua hala atau BPA (Bilateral Payment Arrangement) dengan menggunakan dinar emas. Namun Tun Dr. Mahathir pernah menegaskan bahawa perlu ada kajian dan penyelidikan yang teliti dan menyeluruh untuk merealisasikannya agar segala kepincangan dapat diatasi.39

37 Dr. M Tunggu OIC Kerana Penggunaan Dinar Emas, Utusan Online, op.cit. 38 Salmy Edawati Yaacob @ Muhamed Yaacob (2005), op.cit., h. 149. 39 Pastikan Dinar Tidak Gugat Ringgit, Utusan Online, op.cit.

Kesungguhan Tun Dr. Mahathir dalam usaha mempromosikan penggunaan mata wang emas ini telah menyedarkan ramai pihak dan juga masyarakat bahawa ia mampu mengembalikan keutuhan umat Islam di seluruh dunia. Usaha dan semangat beliau perlu sentiasa disokong dan didokong serta diteruskan demi memartabatkan kembali ekonomi umat Islam di persada dunia.

Dalam dokumen LATIHAN ILMIAH DAN PELABURAN EMAS (Halaman 44-49)

Dokumen terkait