• Tidak ada hasil yang ditemukan

CIRI CIRI VIDEO PEMBELAJARAN YANG BERKES

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "CIRI CIRI VIDEO PEMBELAJARAN YANG BERKES"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

CIRI-CIRI VIDEO PEMBELAJARAN YANG BERKESAN SERTA PERANANNYA DALAM PENDIDIKAN

Nurul Fatiha bt. Che Jamin @ Abd Hamid Fakulti Pengajian Pendidikan

Universiti Putra Malaysia ABSTRAK

Biasanya pemilihan alat bahan bantu mengajar mempunyai hubungkait dengan strategi pemusatan bahan. Media pembelajaran seperti video yang terdiri daripada gabungan pelbagai multimedia telah terbukti dapat meningkatkan minat dan sikap pelajar terhadap proses pembelajaran. Artikel ini mengupas mengenai peranan video dalam pendidikan. Selain daripada itu, artikel ini juga mengupas mengenai isu-isu berkaitan penggunaan video termasuklah masalah yang dihadapi dalam pengaplikasian media ini dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Sebagai kesimpulan, artikel ini menekankan kepentingan aplikasi video dalam pendidikan disamping beberapa kaedah yang boleh digunakan supaya objektif pembelajaran dapat dicapai.

PENGENALAN

Video pembelajaran merupakan salah satu media yang dapat membantu guru dalam menyampaikan pengajaran. Video pembelajaran boleh didefinisikan sebagai gabungan bunyi dan visual yang direkod ke dalam pita video dan dimainkan melalui kaca TV (Tomalin, 1986). Televisyen dan pita video telah berjaya menjadi suatu media dalam pendidikan tidak formal dan formal. Ianya telah dikaji dengan luasnya oleh penyelidik. Hasil kajian membuktikan bahawa kebanyakan kaedah pengajaran menggunakan televisyen dan pita video adalah lebih berkesan berbanding dengan kaedah pengajaran tradisional.

(2)

menggunakan video televisyen adalah lebih berjaya dalam pengubahan sikap mereka terhadap konsep kerjasama daripada pelajar yang tidak didedahkan kepada pembelajaran melalui televisyen. Oleh hal yang demikian, video merupakan salah satu media yang boleh digunakan untuk meluaskan pengalaman pelajar.

PERANAN VIDEO DALAM PENDIDIKAN

Penggunaan video sebagai bahan bantu mengajar memberikan satu pengalaman baru kepada sebilangan pelajar. Media video dan televisyen dapat membawa pelajar ke mana-mana sahaja, terutama sekali jika tempat atau peristiwa yang ditayangkan itu terlalu jauh untuk dilawati, atau merbahaya. Dengan penayangan video, pelajar dapat merasa seolah-olah mereka berada atau turut serta dalam suasana yang digambarkan.

Sebagai contoh, proses penjanaan elektrik dapat ditunjukkan kepada pelajar melalui video. Ianya dapat membantu pelajar membayangkan cara kerja stesen janakuasa elektrik di samping memberi pengalaman kepada para pelajar secara visual. Menurut Norizan (2002) di dalam Norhaziana (2005), beliau menyatakan bahawa sesuatu media berbentuk simulasi adalah perisian yang memberi gambaran situasi sesuatu keadaan. Pengguna akan seolah-olah berada di tempat kejadian dan boleh bertindak balas terhadap keadaan tersebut.

Video juga dapat membantu dalam mengubah sikap seseorang pelajar. Seringkali video digunakan sebagai agen pemujuk dan ianya lebih berkesan jika dibandingkan dengan kaedah syarahan. Sebagai contoh dalam mengajar pelajar mengenai gula dalam diet. Contoh yang menunjukkan kesan daripada

mengambil makanan yang mengandungi terlalu banyak gula dapat membantu pelajar mengubah sikap untuk mengurangkan pengambilan gula dalam diet mereka.

(3)

Seiring dengan perkembangan multimedia dalam pendidikan, video telah menjadi salah satu media yang popular dikalangan pendidik. Gabungan elemen mutimedia seperti teks, grafik, dan audio terbukti dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Antara isu yang berkaitan dengan aplikasi video dalam pendidikan ialah kebaikan penggunaan video dalam pengajaran dan pembelajaran, di mana ianya dapat meransang deria penglihatan dan

pendengaran. Selain daripada itu, pengukuhan pembelajaran dapat dilakukan melaui ’gerak perlahan’ dan pegun. Pengalaman luar yang sukar juga dapat dibawa masuk ke dalam kelas.

Masalah utama dalam aplikasi video di sekolah juga menjadi salah satu isu berkaitan media ini. Antaranya ialah masalah peralatan yang tidak mencukupi kerana kos pengurusan dan kewangan sekolah yang kurang. Masa juga menjadi salah satu masalah yang dibangkitkan di mana peruntukannya untuk sesi pengajaran dan pembelajaran terhad. Masalah guru kurang berkemahiran dalam mengendalikan video semasa proses pengajaran dan pembelajaran juga

menjadi salah satu isu aplikasi media ini.

ciri-ciri video pembelajaran yang

berkesan dan peranannya dalam

pendidikan

kebanyakan kaedah pengajaran menggunakan televisyen dan pita video adalah lebih berkesan berbanding dengan kaedah pengajaran tradisional.

(4)

kajian mendapati bahawa pelajar yang didedahkan kepada pembelajaran menggunakan video televisyen adalah lebih berjaya dalam pengubahan sikap mereka terhadap konsep kerjasama daripada pelajar yang tidak didedahkan kepada pembelajaran melalui televisyen. Oleh hal yang demikian, video merupakan salah satu media yang boleh digunakan untuk meluaskan pengalaman pelajar.

PERANAN VIDEO DALAM PENDIDIKAN

Penggunaan video sebagai bahan bantu mengajar memberikan satu pengalaman baru kepada sebilangan pelajar. Media video dan televisyen dapat membawa pelajar ke mana-mana sahaja, terutama sekali jika tempat atau peristiwa yang ditayangkan itu terlalu jauh untuk dilawati, atau merbahaya. Dengan penayangan video, pelajar dapat merasa seolah-olah mereka berada atau turut serta dalam suasana yang digambarkan.

Sebagai contoh, proses penjanaan elektrik dapat ditunjukkan kepada pelajar melalui video. Ianya dapat membantu pelajar membayangkan cara kerja stesen janakuasa elektrik di samping memberi pengalaman kepada para pelajar secara visual. Menurut Norizan (2002) di dalam Norhaziana (2005), beliau menyatakan bahawa sesuatu media berbentuk simulasi adalah perisian yang memberi gambaran situasi sesuatu keadaan. Pengguna akan seolah-olah berada di tempat kejadian dan boleh bertindak balas terhadap keadaan tersebut.

Video juga dapat membantu dalam mengubah sikap seseorang pelajar. Seringkali video digunakan sebagai agen pemujuk dan ianya lebih berkesan jika dibandingkan dengan kaedah syarahan. Sebagai contoh dalam mengajar pelajar mengenai gula dalam diet. Contoh yang menunjukkan kesan daripada

(5)

ISU-ISU APLIKASI VIDEO DALAM PENDIDIKAN

Seiring dengan perkembangan multimedia dalam pendidikan, video telah menjadi salah satu media yang popular dikalangan pendidik. Gabungan elemen mutimedia seperti teks, grafik, dan audio terbukti dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Antara isu yang berkaitan dengan aplikasi video dalam pendidikan ialah kebaikan penggunaan video dalam pengajaran dan pembelajaran, di mana ianya dapat meransang deria penglihatan dan

pendengaran. Selain daripada itu, pengukuhan pembelajaran dapat dilakukan melaui ’gerak perlahan’ dan pegun. Pengalaman luar yang sukar juga dapat dibawa masuk ke dalam kelas.

Masalah utama dalam aplikasi video di sekolah juga menjadi salah satu isu berkaitan media ini. Antaranya ialah masalah peralatan yang tidak mencukupi kerana kos pengurusan dan kewangan sekolah yang kurang. Masa juga menjadi salah satu masalah yang dibangkitkan di mana peruntukannya untuk sesi pengajaran dan pembelajaran terhad. Masalah guru kurang berkemahiran dalam mengendalikan video semasa proses pengajaran dan pembelajaran juga

menjadi salah satu isu aplikasi media ini.

Isu seterusnya ialah kaedah penggunaan video secara efektif untuk memastikan objektif yang telah ditetapkan tercapai. Sesebuah video perlulah dipratontonkan oleh guru sebelum digunakan dalam pengajaran dan

pembelajaran. Guru perlulah mengadakan aktiviti sebelaum, semasa dan selepas tayangan. Sebelum tayangan bermula, guru boleh berbincang dengan murid tentang pengalaman yang lepas disamping menerangkan istilah atau perkataan baru dan menerangkan kandungan rancangan.

(6)

tayangan, guru perlu memberi peluang kepada pelajar untuk bertanya disamping mengemukakan soalan ringkas kepada kelas. Guru juga perlu membuat ulangan terhadap butiran-butiran yang penting.

CIRI-CIRI VIDEO PEMBELAJARAN YANG BERKESAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Menurut Mok Soon Sang (1996), peranan utama sesuatu bahan dapat membantu guru untuk menyalurkan ilmu pengetahuan dan menggerakkan aktiviti yang dirancangkan. Manakala pelajar menggunakan bahan pelajaran secara sendiri atau berkumpulan tanpa kehadiran pensyarah. Dalam pembangunan sesebuah video dokumentari pembelajaran yang berkesan, penekanan terhadap beberapa aspek haruslah diberi perhatian yang khusus bagi membolehkan pelajar melakukan aktiviti pembelajaran yang dapat meningkat lagi kefahaman pelajar dalam memahami sesuatu konsep yang ingin disampaikan. Oleh itu, interaksi wujud diantara bahan pelajaran dengan guru serta diantara bahan pelajaran dengan pelajar. Ciri-ciri video dokumentari pendidikan yang berkesan iaitu:

i. Matlamat/ Objektif

Objektif tercapai apabila pengguna dapat menerima aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan video tanpa perasaan prejudis.

Menurut Abdul Rahim (2000), bahan media mestilah mengikuti perkembangan teknologi pendidikan terutama penggunaan media elektronik dalam pengajaran. Menurut Ee Ah Meng (1999), media tersebut dapat memperlihatkan penerokaan teknik-teknik pengajaran yang berkesan dari aspek teknologi pendidikan itu sendiri. Seterusnya pengguna dapat menggunakan teknologi tersebut dengan mudah. Selain itu, penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran perlu peka latar belakang dari aspek kebolehan pelajar yang pelbagai.

(7)

Dengan penggunaan media pembelajaran membantu peningkatan proses pembelajaran pelajar dari aspak kesan bunyi, penggunaan grafik, penggunaan animasi dan penggunaan warna. Sesuatu media mampu membantu proses pembelajaran dan mudah dikawal oleh guru. Latihan yang diberikan mencukupi dan berkaitan isi kandungan dalam media yang digunakan.

Menurut Ee Ah Meng (1999), media dapat meningkatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilihat dari aspek daya penarik bahan yang kuat untuk pelajar yang dapat mengelakkan kebosanan pelajar. Media yang baik melibatkan penglibatan pelajar yang maksimum. Ia dapat menggalakkan penyelidikan serta pembacaan sendiri dikalangan pelajar-pelajar kerana perasaan ingin tahu dapat ditimbulkan. Ia dapat menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan serta menyeronokkan. Seterusnya menggalakkan penyertaan dan penglibatan pelajar dalam pembelajaran

Media yang digunakan bagi proses pengajaran dan pembelajaran dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih luas serta mendalam seterusnya

mempelbagaikan aktiviti pembelajaran. Yusup dan Sharifah Alwiah (1999), penggunaan media dapat menunjukkan secara konkrit kepada pelajar yang lemah sesuatu konsep yang hendak disampaikan.

iii. Kandungan

Kandungan mestilah sesuai dengan pembelajaran kendiri oleh pelajar dan seterusnya dapat dijadikan bahan rujukan dalam menyelesaikan sesuatu

(8)

Kandungan yang baik mengandungi maklumat yang terkini dan seterusnya membantu meningkatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P). Begitu juga dengan bahasa penyampaian mestilah sesuai. Pengolahan kandungan sesuai dan terdapat integrasi maklumat yang tepat dan dikemaskini. Kesimpulan atau penutup mestilah bersesuaian dengan isi yang telah

disampaikan. Seterusnya media tersebut perlu mengandungi pengukuhan yang sesuai.Menurut Ee Ah Meng (1999), media pembelajaran dapat menambahkan

Referensi

Dokumen terkait

Kajian ini mendapati bahawa mikrostruktur separa pepejal yang terdiri daripada fasa pepejal berbentuk sfera dalam matriks cecair berjaya dihasilkan apabila bilet aloi

Kajian ini mendapati bahawa bagi kategori pelajar sederhana dan lemah, pelajar-pelajar dari kumpulan latihan sistematik mendapat skor pencapaian yang signifikan lebih tinggi

Sebagai contoh, kajian yang dijalankan oleh Zamri dan Mohamed (2003a) di kalangan pelajar cemerlang (perempuan) dengan pelajar lemah (perempuan) mendapati bahawa pelajar

Kajian ini mendapati bahawa kegagalan IS berpunca daripada kurangnya kefahaman dalam memahami kriteria IS yang berjaya di samping pembaziran dalam ISD yang tidak ditangani

Dapatan kajian mendapati sikap pelajar lebih menggemari untuk mempelajari bahasa Inggeris daripada bahasa Indonesia dan responden juga mempunyai motivasi belajar bahasa yang

Warner (2003) mendapati bahawa kebanyakan pelajar di dalam kelas pembelajaran berasaskan reka cipta menunjukkan sikap atau ciri-ciri berikut di dalam pembelajaran mereka : (i)

Berdasarkan analisis data yang telah dibuat, pengkaji telah mendapati bahawa dua daripada 3 responden telah berjaya menjawab dengan baik soalan bahagi melibatkan nombor

Kesimpulan Hasil daripada kajian ini telah mendapati bahawa tahap kesediaan dan motivasi pelajar Sarjana Pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia UKM berada pada tahap yang tinggi