• Tidak ada hasil yang ditemukan

Format Log Book ST

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Format Log Book ST"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

Buku log perlulah mengikut format yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia. Buku log hendaklah mengandungi latar belakang syarikat tempat kerja dengan berpandukan butir-butir

berikut:-• Nama syarikat.

• Alamat.

• Kelas Pendaftaran dengan Suruhanjaya Tenaga Malaysia (jika ada).

• Nama kakitangan yang Berkompeten.

• Kelas Pendaftaran dengan PKK (jika ada).

• Gambar-gambar kedudukan syarikat.

• Skematik, jenis-jenis papan suis utama, papan suis, gambarajah dan yang sebagainya yang terdapat dipepasangan yang dikendalikan/diawasi.

Bagi kerja-kerja penyelenggaraan berjadual atau tidak berjadual dan pembaikan, laporan perlu disediakan sebagaimana garis panduan

berikut:-• Tarikh:

• Masa Mula:

• Masa selesai:

• Tugas.

• Penyelenggaraan yang berjadual/tidak berjadual.

• Pembaikan sesuatu kerosakan yang tidak dijangka.

Jika penyelenggaraan yang berjadual/tidak berjadual sila selaraskan jadual penyelenggaraan dan

nyatakan:-• Tempat kerja-bilik atau kawasan terlibat.

• Butir-butir kerja yang dijalankan.

(2)

• Teori teknikal yang berhubung kait dengan penyelenggaraan.

• Peraturan-peraturan keselamatan yang diamalkan.

• Masalah-masalah teknikal atau bukan teknikal yang dialami semasa penyelenggaraan.

• Lukisan-lukisan skematik yang berkaitan pepasangan yang diselenggarakan.

• Rajah-rajah dan gambar-gambar yang berkaitan.

• Lain-lain keterangan.

Jika pembaikan sesuatu kerosakan biasa/kerosakan yang tidak dijangka, sila

nyatakan:-• Tempat kerja-bilik atau kawasan yang terlibat.

• Samada kerosakan baru atau kerosakan berulang.

• Butir-butir kerja yang dijalankan.

• Sebab berlakunya kerosakan.

• Teori teknikal yang berhubung kait dengan kerosakan.

• Peraturan-peraturan keselamatan yang diamalkan.

• Masalah-masalah teknikal atau bukan teknikal yang dialami semasa pembaikan.

• Lukisan-lukisan skematik yang berkaitan pepasangan yang dibaiki.

• Rajah-rajah dan gambar-gambar yang berkaitan.

• Ulasan-ulasan dan pendapat ke atas kerosakan dan bagaimana cara bagi mengatasinya supaya tidak berulang lagi.

• Lain-lain keterangan.

Calon-calon perlu menyertakan bersama-sama skematik pepasangan. Di akhir setiap kerja yang dijalankan perlu disahkan oleh orang yang berkompeten.

• Tandatangan Orang Kompeten.

(3)

Panduan Buku Log

Buku Log adalah buku catatan untuk ‘merakam’ kerja – kerja yang telah kita lakukan. Untuk memduduki ujian kompentensi PW1, PW4, AO, A4, BO, B4, kita perlu menyediakan buku log kerana ini merupakan salah satu syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Tenaga (ST). Kolum F ( PENGAKUAN – iv ) Borang Permohonan Peperiksaan Kekompetenan elektrik ada menyebutkan perkara ini.

Buku Log bukan sahaja untuk rujukan kita pada masa – masa akan datang tetapi juga untuk menunjukkan sejauh mana pengalaman dan pemahaman kita tentag kerja – kerja yang telah kita buat. Maka, setiap Buku Log perlu ditulis dengan kemas.

Sebagai contoh, saya akan ulas di sini penyediaan Buku Log untuk Penjaga Jentera Elektrik. Jika anda adalah pelatih / penuntut di mana – mana pusat latihan kemahiran seperti IKM atau ILP, anda memang telah disediakan Buku Log. Bagi calon persendirian, mungkin artikel ini boleh membantu. Pada beberapa muka surat pertama, tuliskan biodata seperti Nama, No.KP, Pengalaman kerja dan kategori ujian. Contoh : Kategori ujian :- AO.

Masukkan latar belakang pendidikan. Untuk Penjaga Jentera Elektrik, anda sekurang – kurangnya tamat tingkatan 5.

Anda juga perlu menulis tentang kemahiran – kemahiran dalam ketukangan elektrik seperti pendawaian, penyelanggaraan motor elektrik, pengujian dan lain – lain.

Untuk menambah keyakinan para panel, mungkin ada baiknya jika anda tuliskan pengalaman – pengalaman kerja yang lalu

Contoh : Julai 2004 – Dis 2004 Syarikat : Kilang Padi.

Tugas / kerja : ( nyatakan tugas seperti menjaga kelengkapan elektrik dsb)

Alasan mengapa anda perlu nyatakan tugas / kerja kerana, tidak semua tempat kerja memberikan pengalaman untuk anda. Jika anda berkerja sebagai Pendawai Elektrik mungkin anda tidak melakukan kerja – kerja penyelanggaraan MSB. Tetapi pengalaman kerja penyelanggaraan MSB anda boleh dapat di tempat lain jika anda di bawah seliaan seorang Penjaga Jentera Elektrik Kompeten.

Masukkan juga butir – butir Syarikat / tempat kerja seperti nama syarikat, alamat, No. Pepasangan didaftarkan dengan ST ( jika ada ), Kakitangan berkompeten, gambar, peta lokasi dsb.

Setelah anda selesai dengan perkara di atas, tuliskan projek / kerja pertama. Berdasarkan pengalaman, saya cuma menggunakan buku hard cover unutk membuat Buku Log. Tarikh : 1/9/07

Tajuk Projek / kerja : Menukar Motor Pump. Tempat kerja : Loji Penghawa Dingin. Cara Kerja :

1. Asingkan Litar dengan mematikan suis utama litar yang terlibat. 2. Buka sambungan / tamatan motor yang rosak.

(4)

3. Asingkan motor dari pump.

4. Periksa keadaan motor gantian sebelum dipasangkan.

5. Uji arah pusingan dengan bekalan sebenar ( 3 fasa / 420 V / 50 Hz ). Pusingan Kipas motor mestilah mengikut arah jam.

6. Pasang motor gantian mengikut tanda dan warna kabel.

7. Hidupkan suis utama dan hidupkan sistem Penyejuk Udara Hotel. Langkah – langkah keselamatan :

1. Penandaan pada kabel dan / atau motor sebaik- baiknya dilakukan untuk mengelekkan kekeliruan.

2. Pakai pakaian yang sesuai dan kasut yang berdaya tebatan yang tinggi.

3. Pastikan penyambung / pendua ( Coupling ) separas di antara motor dan dan pump. 4. Bolt dan nut diikat dengan kuat.

5. Lakukan pengujian arah putaran motor.

6. Periksa keadaan fius- fius, mcb, mccb yang terlibat sebelum dihidupkan. Peralatan / Bahan :

1. Test pen. 2. Multi Meter.

3. Spaner mengikut kesesuaian. 4. Pemutar skru (+/-)

5. Puller.

6. Motor gantian. 7. Fius 36 A. Analisis :

1. Setelah bekalan mengalami ganguan di Loji Penghawa Dingin, Chiller gagal beroperasi.

2. Perpandukan Papan Alamat, kerja – kerja bermula dengan pemeriksaan dan di ketuai oleh Ketua Jurutera. Didapati Chilled Water Pump telah rosak berkemungkinan daripada bearing yang haus / longar.

Berpandukan contoh di atas, kita dapat menulis pengalaman dengan ringkas tapi padat.

Anda seharusnya menyediakan sekurang – kurangnya 10 projek untuk dimasukkan dalam Buku Log.

antara skop Penjaga Jentera Elektrik AO adalah : 1. Penyelanggaraan MSB. 2. Penyelanggaraan ACB. 3. Pengujian. 4. Pembuman. 5. Motor elektrik. 6. Faktor kuasa. 7. Bekalan 3 fasa. 8. Pendawaian. 9. Pendawaian Bawah. 10. Bekalan ac / dc.

(5)

Buku Log adalah buku catatan untuk ‘merakam’ kerja – kerja yang telah kita lakukan. Untuk

memduduki ujian kompentensi PW1, PW4, AO, A4, BO, B4, kita perlu menyediakan buku log kerana ini merupakan salah satu syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Tenaga (ST). Kolum F ( PENGAKUAN – iv ) Borang Permohonan Peperiksaan Kekompetenan

elektrik ada menyebutkan perkara ini.

Buku Log bukan sahaja untuk rujukan kita pada masa – masa akan datang tetapi juga untuk menunjukkan sejauh mana pengalaman dan pemahaman kita tentag kerja – kerja yang telah kita buat. Maka, setiap Buku Log perlu ditulis dengan kemas.

Sebagai contoh, saya akan ulas di sini penyediaan Buku Log untuk Penjaga Jentera Elektrik. Jika anda adalah pelatih / penuntut di mana – mana pusat latihan kemahiran seperti IKM atau ILP, anda memang telah disediakan Buku Log. Bagi calon persendirian, mungkin artikel ini boleh membantu.

Pada beberapa muka surat pertama, tuliskan biodata seperti Nama, No.KP, Pengalaman kerja dan kategori ujian. Contoh : Kategori ujian :- AO.

Masukkan latar belakang pendidikan. Untuk Penjaga Jentera Elektrik, anda sekurang – kurangnya tamat tingkatan 5.

Anda juga perlu menulis tentang kemahiran – kemahiran dalam ketukangan elektrik seperti pendawaian, penyelanggaraan motor elektrik, pengujian dan lain – lain.

Untuk menambah keyakinan para panel, mungkin ada baiknya jika anda tuliskan pengalaman – pengalaman kerja yang lalu Contoh : Julai 2004 – Dis 2004

Syarikat : Kilang Padi.

Tugas / kerja : ( nyatakan tugas seperti menjaga kelengkapan elektrik dsb)

Alasan mengapa anda perlu nyataka tugas / kerja kerana, tidak semua tempat kerja memberikan pengalaman untuk anda. Jika anda berkerja sebagai Pendawai Elektrik mungkin anda tidak melakukan kerja – kerja penyelanggaraan MSB. Tetapi pengalaman kerja penyelanggaraan MSB anda boleh dapat di tempat lain jika anda di bawah seliaan seorang Penjaga Jentera Elektrik

Kompeten.

Masukkan juga butir – butir Syarikat / tempat kerja seperti nama syarikat, alamat, No.

Pepasangan didaftarkan dengan ST ( jika ada ), Kakitangan berkompeten, gambar, peta lokasi dsb.

Setelah anda selesai dengan perkara di atas, tuliskan projek / kerja pertama. Berdasarkan pengalaman, saya cuma menggunakan buku hard cover unutk membuat Buku Log.

Tarikh : 1/9/07

Tajuk Projek / kerja : Menukar Motor Pump. Tempat kerja : Loji Penghawa Dingin. Cara Kerja :

1. Asingkan Litar dengan mematikan suis utama litar yang terlibat. 2. Buka sambungan / tamatan motor yang rosak.

3. Asingkan motor dari pump.

4. Periksa keadaan motor gantian sebelum dipasangkan.

5. Uji arah pusingan dengan bekalan sebenar ( 3 fasa / 420 V / 50 Hz ). Pusingan Kipas motor mestilah mengikut arah jam.

(6)

7. Hidupkan suis utama dan hidupkan sistem Penyejuk Udara Hotel.

Langkah – langkah keselamatan :

1. Penandaan pada kabel dan / atau motor sebaik- baiknya dilakukan untuk mengelekkan kekeliruan.

2. Pakai pakaian yang sesuai dan kasut yang berdaya tebatan yang tinggi.

3. Pastikan penyambung / pendua ( Coupling ) separas di antara motor dan dan pump. 4. Bolt dan nut diikat dengan kuat.

5. Lakukan pengujian arah putaran motor.

6. Periksa keadaan fius- fius, mcb, mccb yang terlibat sebelum dihidupkan.

Peralatan / Bahan :

1. Test pen. 2. Multi Meter.

3. Spaner mengikut kesesuaian. 4. Pemutar skru (+/-)

5. Puller.

6. Motor gantian. 7. Fius 36 A.

Analisis :

1. Setelah bekalan mengalami ganguan di Loji Penghawa Dingin, Chiller gagal beroperasi. 2. Perpandukan Papan Alamat, kerja – kerja bermula dengan pemeriksaan dan di ketuai oleh Ketua Jurutera. Didapati Chilled Water Pump telah rosak berkemungkinan daripada bearing yang haus / longar.

Berpandukan contoh di atas, kita dapat menulis pengalaman dengan ringkas tapi padat.

Anda seharusnya menyediakan sekurang – kurangnya 10 projek untuk dimasukkan dalam Buku Log.

antara skop Penjaga Jentera Elektrik AO adalah : 1. Penyelanggaraan MSB. 2. Penyelanggaraan ACB. 3. Pengujian. 4. Pembuman. 5. Motor elektrik. 6. Faktor kuasa. 7. Bekalan 3 fasa. 8. Pendawaian. 9. Pendawaian Bawah. 10. Bekalan ac / dc.

Contoh Buku Log dan Cop pengesahan dari juratera kompeten dan penerimaan dari Suruhanjaya Tenaga.

(7)

Referensi

Dokumen terkait

Sistem ini memberikan tingkat pencahayaan pada bidang kerja yang tidak.. merata. Di tempat yang diperlukan untuk melakukan tugas visual

dimaksud dalam huruf a dan huruf b perlu menetapkan Peraturan Bupati tentang Tambahan Penghasilan Berdasarkan Kondisi Kerja dan tempat tugas Pegawai Negeri Sipil

Shopee International Indonesia yang menjadi perusahaan tempat magang penulis dan memberikan banyak pengalaman baru dalam dunia kerja kepada penulis,.. Yesy Marchita Arminozzi

Laporan singkat ini memberikan bukti hasil dari kesetaraan gender di tempat kerja di kawasan Asia-Pasifik dan alasan mengapa, dalam konteks COVID-19, menjadi lebih penting

(Catatan: Jika Pihak 2 tidak sepakat untuk melakukan kerja sama maka Pihak 2 akan tetap memberikan jawaban 2x24 jam beserta alasan yang logis).... Waktu dan tempat penandatanganan

Sistem ini memberikan tingkat pencahayaan pada bidang kerja yang tidak merata. Di tempat yang diperlukan untuk melakukan tugas visual yang memerlukan tingkat pencahayaan

a) Memberikan peluang magang yang besar bagi mahasiswa untuk menambah pengalaman di dunia kerja. b) Melakukan pemisahan tugas sesuai departemen karena pada praktiknya masih

Memberikan upaya perlindungan yang ditujukan agar tenaga kerja dan orang lain di tempat kerja selalu dalam keadaan selamat dan sehat dan agar setiap sumber produksi perlu dipakai dan