• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENCAWANG ELEKTRIK1

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PENCAWANG ELEKTRIK1"

Copied!
30
0
0

Teks penuh

(1)

1.0

PENGENALAN

1.1 Am

Pencawang Elektrik sistem pembahagian merupakan punca bekalan dimana nilai voltan diubah daripada voltan tinggi seperti 33kV, 22kV, 11kV dan 6.6kV ke voltan rendah iaitu 433/250V. Ia juga adalah punca beban diagihkan kepada pengguna.

Tenaga Nasional Berhad Distribution (TNBD) menggunakan sistem voltan 33/0.433kV, 22/0.433kV, 11/0.433kV dan 6.6/0.433kV bagi pencawang elektrik untuk dibekalkan kepada pengguna voltan rendah walaupun ada pengguna-pengguna besar yang dibekalkan terus dari Pencawang Masuk Utama (PMU), Pencawang Pengagihan Utama (PPU) atau Stesen Suis Utama (SSU).

(2)

2.0

DEFINASI

2.1 Definasi Am

Pencawang elektrik pembahagian adalah penempatan dan pemasangan beberapa perkakasan atau radas elektrik seperti alat pensuisan voltan tinggi, pengubah tiga fasa, kabel voltan tinggi, kabel voltan rendah dan papan pengagihan voltan rendah, pengecas bateri dan lain lain lagi yang digunakan untuk mengarahkan pengaliran tenaga elektrik dalam sistem kuasa dan memastikan keselamatan sistem dengan menyediakan satu skim perlindungan. Pencawang Elektrik, secara asas mengandungi satu atau beberapa litar pendatang (in-coming) dan keluar (out-going) yang dikawal oleh alat pensuisan voltan tinggi dan bertemu disatu atau lebih sistem basbar yang sama.

Secara amnya, pencawang elektrik adalah poin dalam sistem pembahagian dimana:

 Beberapa perkakasan atau radas elektrik dipasang dan digunakan untuk mengarah pengaliran tenaga elektrik dalam sistem kuasa.

 Kepastian keselamatan pada sistem tersebut dengan menyediakan satu skim perlindungan otomatik.

 Satu atau beberapa litar pendatang dan keluar bertemu pada satu atau lebih sistem basbar dan dikawal oleh alat pensuisan voltan tinggi yang kemudiannya dikendalikan untuk penyuisan.

 Nilai voltan diubah dan dikawal.

(3)

2.2 Mengikut Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 Dari Akta Bekalan Elektrik 447 1990

"Pencawang ertinya mana-mana premis atau bahagiannya yang terkepung yang mempunyai radas sama ada untuk mengubah atau menurunkan tenaga kepada atau daripada voltan tinggi (selain daripada mengubah atau menurunkan tenaga semata-mata bagi pengendalian peranti pensuisan atau peralatan), atau untuk pensuisan, pengawalan atau pengawalseliaan tenaga pada voltan tinggi dan yang cukup besar untuk membolehkan orang masuk selepas radas diletakkan pada tempat itu, dan termasuk radas di dalamnya.

(4)

3.0 Kriteria Bagi Pemilihan Pembinaan Pencawang

3.1 Pencawang elektik dibina atas sesab-sebab tertentu dan kriteria bagi pemilihan pembinaan pencawang adalah seperti berikut:

 Keperluan dan jenis pengguna seperti kampung, taman perumahan, hotel, industri kecil atau besar dll.

 Memperkukuhkan sistem pembahagian voltan tinggi atau voltan rendah

 Lokasi fizikal pencawang

 Kos

 Jenis pencawang dan alatsuis yang akan digunakan

 Keadaan beban dan pengagihan beban dalam jangka masa panjang

 Bekalan untuk pencawang

 Komponen dan Alat kawalan sepert SCADA, RTU, Kapasitor Bank dll

3.2 Kriteria tersebut diatas boleh di bahagikan seperti berikut:

KEPERLUAN PENCAWANG

JENIS PENCAWANG

Pengguna Voltan Rendah P/E Atas Tiang. P/E Berbangunan, P/E Luar Berpagar, P/E Padat

Kendalian Penyuisan Menggunakan Unit Gegelang Utama P/E Berbangunan, P/E Luar Berpagar, P/E Compact Sistem Perlindungan Menggunakan Pemutus Litar –

P/E Berbangunan, Alat Kawalan Otomatik

Seperti SCADA

Menggunakan Unit Gegelang Utama Atau Pemutus Litar – P/E Berbangun

(5)

4.1 Kategori pencawang

Kategori pencawang yang terdapat dalam sistem pembahagian TNB adalah seperti berikut:

a. Pencawang Masuk Utama - PMU

Punca penyambungan antara sistem penghantaran dan pembahagian dimana nilai voltan sistem penghantaran di rendahkan untuk sistem pembahagian.

 275kV/132kV/33kV/11kV  132kV/33kV/11kV

 132kV/11kV

b. Pencawang Pembahagian Utama - PPU

Punca penyambungan sistem pembahagian 33kV dan 11KV atau 22kV dan 11kV (di negri Perak dan Johor sahaja) dimana nilai voltan 33kV atau 22kV di rendahkan untuk rangkaian 11kV. Keupayaan pengubah yang biasa digunakan ialah 7.5 MVA, 15 MVA dan 30 MVA.

 33kV/11kV  22kV/11kV c. Stesen Suis Utama - SSU

Stesen Suis Utama adalah pengumpulan dan pemasangan pemutus litar voltan tinggi 33kV, 22kV atau 11kV sahaja tanpa pengubah yang diwujudkan bagi tujuan:

 membekal pengguna besar 33kV, 22kV atau 11kV.  Mengukuh rangkaian 33kV, 22kV atau 11kV. d. Pencawang Elektrik – P/E

Pencawang Elektrik adalah punca dimana nilai voltan 33kV, 22kV dan 11kV direndahkan kepada 433/250 V bagi membekalkan tenaga elektrik

(6)

kepada pengguna kecil dan domestik melalui sesalur talian atas atau kabel voltan rendah.

Keupayaan pengubah yang biasa di gunakan ialah 100 KVA, 300 KVA, 500 KVA, 750 KVA dan 1000 KVA.

Alat pensuisan yang biasa digunakan dalam pencawang elektriki adaiah Unit Gegelang Utama (Ring Main Unit)

(7)

5.0

KATEGORI PENCAWANG

5.1 Keluasan Tanah Dan Bangunan Pencawang

Berikut adalah keluasan tanah dan saiz bangunan pencawang yang biasa diguna pakai dalam sistem pembahagian.

Bil Kategori Pencawang

Jenis Keluasan Tanah Saiz Bangunan 1 PPU Berbangunan Atau Gas Insulated Substation 46.0m x 46.0m Mengikut kesesuian setempat 2 PPU Berbangunan Satu tingkat 3 PPU Berbangunan Dua tingkat 4 SSU Berbangunan 31.0 m x 31.0m 24.0m x 9.1m 5 P/Elektrik Berbangunan Satu Chamber 14.63m x 14.63m 7.67m x 5.72m 6 P/Elektrik Berbangunan Dua Chamber 17.68m x 14.63m 10.67m x 5.72m 7 P/Elektrik Padat 5.0m x 5.0m 2.5m x 2.5m

6.0

JENIS DAN REKABENTUK PENCAWANG PEMBAHAGIAN

(8)

Komponen-komponen asas terpasang dalam Pencawang Elektrik :

Kepungan Bangunan, Pagar, Kiosk Terlitup Logam atau Tiang

Alat Pensuisan Voltan Tinggi Pemutus Litar, Unit Gegelang Utama, & Voltan Rendah Pengasing, Papan Pengagihan Voltan

Rendah, Fius

Alatubah 3 Fasa

Kabel Voltan Tinggi Dan Voltan Rendah

Sistem Perlindungan Geganti, Fius

Sistem Pembumian Letrod Bumi, Penangkap Kilat

Alat Pemadam Api CO2

Capacitor Bank Memperbaiki Faktor Kuasa Sistem Bekalan Arus TerusDC 110V, 48V dan 30V

Arahan Pertolongan Cemas

Tikar Getah Dalam Pencawang Berbangunan

6.2 Jenis Pencawang Elektrik

Jenis dan rekabentuk pencawang elektrik yang terdapat dalam sistem pembahagian TNB adalah seperti berikut:

(9)

Bil Jenis Pencawang

1 P/E Berbangunan

- Berasingan

- Bersama bangunan lain

2 P/E Luar Berpagar

3 P/E Atas Tiang

- Dua Tiang - Empat Tiang

4 P/E Padat

6.3 Rekabentuk Pencawang Berbangunan 11/0.433kv

Pencawang berbangunan biasanya di dirikan dalam taman perumahan dan kilang. Satu kebaikan pencawang ini ialah semua perkakasan terdapat di dalam bangunan konkrit yang dipagarkan, maka selamat kepada orang awam dan haiwan.

(10)

Panduan Kejuruteraan Bil 157/2001 melalui Arahan Kejuruteraan Bil 143/2001 yang dikeluarkan oleh jabatan kejuruteraan TNBD memberi garis panduan untuk seragamkan rekabentuk pencawang berbangunan satu chamber dan dua chamber di semua negri.

Mengikut panduan tersebut, ciri-ciri rekabentuk asas utama yang perlu diikuti adalah seperti berikut:

▫ Saiz/ dimensi pencawang ▫ Foundation pencawang

▫ Reinforced Concrete (RC) Floor Loading Factors Pencawang ▫ Bilik Alatubah

▫ Bilik Alatsuis

▫ Bumbung jenis RC Flat Roof ▫ Dinding Pencawang

▫ Damp proof Course (DPC) untuk ground beam ▫ Pintu & Tingkap

▫ Pagar dan Pintu Pagar ▫ Warna dan logo

▫ Peparit (trenches) dan checkered plate ▫ pendawaian dan pepasangan pencawang

6.4 Saiz Bangunan / Dimensi

Jenis Pencawang

Keperluan Rekabentuk Dua Chamber Satu Chamber Keperluan Tanah 60 kaki X 50 kaki

18,290mm X 15240mm

50 kaki X 50 kaki 15240mm X 15240mm Saiz Bangunan 18.75 kaki X 35.17 kaki

5720mm X 10,270mm

18.75 kaki X 25.17 kaki 5720mm X 76700mm

(11)

Foundation

Foundation untuk pencawang bergantung pada keadaan tanah dan jika keadaan tidak bersesuian, piling harus dilakukan.

Faktor Beban Lantai RC (Reinforced Floor Loading factors)

Beban berikut harsus diikuti semasa merekabentuk lantai RC pencawang

Bilik Perkakasan Mass/weight

Alatubah Alatubah 5000kg

Alat Pensuisan VCB atau UGU

VCB – setiap panel Panjang -1800mm Lebar - 600mm Tinggi - 2300mm 1000kg/panel (6 panel VCB/UGU dalam satu bilik)

Kriteria rekabentuk – 10KN/m2

Piawaian yang harus diikuti ialah Code of Practice CP 3 Chapter V Part 2 1972 dan BS 6399 Part 1, 1984 atau lain yang di luluskan oleh TNB

Bilik Alatubah

Lantai bilik mesti menahan keberatan alatubah.Sekiranya keadaan tanah tidak sesuai, tapak alatubah mesti di bina dengan cerucuk (piling) atau cross beam.

Bilik Alat Pensuisan

Bilik alat pensuisan dipasang dengan pemutus litar hampagas atau unit gegelang utama dimana dimensinya ialah panjang 1800mm. lebar 600mm dan tinggi 2300mm dengan jisim atau massa 1000kg. Bilik alat pensuisan biasanya dapat dipasang dengan 6 pemutus litar hampagas / unit gegelang utama. Bumbung

Bumbung pencawang adalah rata dan konkritnya tidak kalis air dan tidak retak. Dinding

(12)

Bata untuk dinding adalah jenis ‘well-burnt red clay bricks’ dengan campuran simen pasir mortar. Tebal dinding sekeliling ialah 230mm termasuk dinding penghadang antara bilik pensuisan dan bilik alatubah.

Pintu & Tingkap

Semua pintu dan tingkap mesti diperbuat dari bahan tersebut  Anodized Brown Aluminum

 Composite – Fibre Reinforced Plastic

 Mild Steel (untuk kes tertentu di mana kecurian dan kerosakan harta benda awam berlaku)

Jenis Fibre Reinforced Plastic adalah bahan pilihan dan semua tingkap mesti dipasang dengan ‘anti vermin netting’ diluar.

Gate & Pagar

Ketinggian gate dan pagar ialah 2.135m atau 7 kaki dan pagar diperbuat dari besi bergalvani ‘chain-link’ berukuran 63mm X 63mm saiz SWG 10

Cat

Semua warna cat mesti lah mengikut warna korporat TNB dan jika warna lain perlu digunakan untuk sesuian keadaan sekitar, kosnya ditanggung oleh pemaju.

Peparit dan Plat Berpetak

Semua peparit dalam pencawang mesti di tutup dengan plat berpetak 6mm tebal untuk peparit 600mm dan 9mm tebal untuk peparit 1200mm. Plat penutup dipotong dengan ukuran 610mm lebar dengan lubang pengangkat. Setiap plat di kimpal dengan 2 nombor 150 panjang 25X25 MS Angle Iron sebagai ‘stopper’.

Pendawaian

Pendawaian fasa tunggal dengan konduit PVK termasuk Main Switch, ELCB, MCB dan papan pengagihan termasuk pembumian berasingan.

(13)
(14)
(15)
(16)

6.4 Rekabentuk Pencawang Luar Berpagar 11/0.433kv

Pembinaan Pencawang Elektrik Luar berpagar lebih berekonomi kalau dibandingkan dengan pembinaan P/E Berbangunan kerana kos untuk mendirikan bangunan tidak perlu.

Pencawang ini biasanya di bina untuk projek memperkukuhkan sistem, kilang atau bekalan elektrik luar bandar.

Perkakasan dan radas yang dipasang terdedah pada keadaan cuaca kerana pencawang luar tidak berbumbung dan dikepung dengan pagar, oleh itu perkakasan atau radas yang dipasang adalah jenis pemasang luar (outdoor) dan mempunyai kadaran IP (Ingress Protection) tertentu. Pada lazimnya bumbung dibina untuk alat pensuisan voltan tinggi.

6.4.1 Ukuran Pencawang

Ukuran piawaian Pencawang Luar TNB ialah:

Bil Ukuran Tanah Ukuran Pagar

1

Jika keluasan tanah yang diperolehi - 762cm x 609.6cm (25' x 20'),

609.6cm x 457.2cm (20'x 15')

2

Jika keluasan tanah yang diperolehi - 762cm x 762cm (25' x 25'),

762cm x 762cm (25' x 25'),

6.4.2 Kedudukan Alatubah

Kapasiti alatubah yang lazim digunakan dalam pencawang luar ialah ialah 300kVA, 500kVA, 750kVA dan 1000kVA dan diletakkkan diatas tapak konkri yang dibina dipenjuru pencawang. Kedudukan nya di 152.4 cm atau 5 kaki dari tengah tapak yang hendak dibina ke pagar.

Nisbah campuran konkrit tapak tersebut adalah 1:2:4

1bahagian pasir + 2 bahagian simen + 4 bahagian batu kecil Saiz tapak alatubah 11/0.433adalah seperti berikut:

(17)

Bil Keupayaan Alatubah

Ukuran Tapak Dalam Tanah

1 300 KVA 3 kaki X 4 kaki X 1.5 kaki 1 kaki 2 500 & 750 KVA 4 kaki X 5 kaki X 1.5 kaki 1 kaki 3 1000 KVA 4 kaki X 6 kaki X 1.5 kaki 1 kaki 4 33/0.433 kV 4 kaki X 7 kaki X 4 kaki 3 kaki 6.4.3 Kedudukan Perkakasuis

Perkakasuis ditempatkan dipenjuru pagar betentangan dengan pintu bagi memudahkan pengendaliannya.

Ruang lapang berukuran 81.3cm (2' 8") mesti diberi diantara perkakasuis dan pagar supaya kerja penyelenggaraan dapat dijalankan dengan senang.

6.4.4 Kedudukan Peti Pembekal

Peti Pembekal biasanya ditempatkan disudut depan pagar dan pintunya adalah selari dengan pagar supaya kerja penukaran fius voltan rendah dapat dijalankan tanpa memasuki pintu pencawang.

6.4.5 Pagar Pencawang

Tujuan menegakkan pagar ialah untuk mengelakkan orang awam dan haiwan yang tidak. mempunyai kebenaran untuk memasuki pencawang. Ini ialah kerana pengunaan perkakasan voltan tinggi di dalam sesuatu pencawang. 6.4.6 Senarai Alat-Alat

i. 4 x batang besi sesiku untuk 4 penjuru

Ukuran 51mm x 51mm x 6.4mm x 304mm (2" x 2" x ¼ “x 10') ii. 4 x batang besi sesiku untuk tiang tengah

Ukuran 51mm x 51mm x 6.4mm x 304mm. (2" x 2" x ¼ “x 10') iii. 2 x batang besi sesiku untuk palang diantara

(18)

iv. 2 x batang besi sesiku untuk palang di antara tiang

Ukuran 38mm x 38mm x 6.4mm x 4572mm (1 1/2" x 1 1/2" x ¼ “x 15') v. 2 x batang besi sesiku untuk palang pintu

Ukuran 38mm x 38mm x 6.4mm x 622mm (1 1/2" x 1 1/2" x ¼ “x 2 1/2') vi. 2 x batang besi sesiku untuk tiang pintu

Ukuran 38mm x 38mm x 6.4mm x 2438mm (1 1/2" x 1 1/2" x ¼ “x 8') Bahagian pagar yang boleh dibuka untuk memasukan alatubah

Ukuran 3.03m x 1.82m (10’ x 6’) di buat dengan i. 2 batang besi sesiku

Ukuran 38mm x 38mm x 6.4mm x 3040mm. (1 1/2" x 1 1/2" x ¼ “x 10') ii. 2 batang besi sesiku

Ukuran 38mm x 38mm x 6.4mm (1 1/2" x 1 1/2" x ¼ “x 10') iii. 1 batang besi siku untuk tiang Peti Pembekal

Ukuran 51mm x 51mm x 6.4mm x 2438mm (2" x 2" x ¼” x 8') iv. Beberapa batang kayu untuk digunakan sebagai pancang kayu. 6.4.7 Alat-Alat

i. Cangkul ii. Penyodok iii. Tukul besi 2 lb. iv. Tali

v. Alateras spirit vi. Pita Ukuran 6.4.8 Aturcara

i. Bersihkan kawasan pembinaan pencawang ii. Ratakan tanah kawasan pembinaan pencawang

iii. Ukur dan pancang kawasan yang diratakan dengan menggunakan batang kayu dan tali. Ukurannya mengikut saiz pencawang.

(19)

iv. Dengan menggunakan pita ukuran sukat penjuru persegi pencawang untuk menentukan kawasan betul-betul dalam keadaan persegi v. Gali dan menegakkan tiang

vi. Kabel voltan tinggi dan voltan rendah, biasanya direntang selari ditepi pagar bertujuan: mengelakkan kerosakan dari kenderaan berat yang memasuki pencawang. dan menyenangkan kerja penyambungan dimasa hadapan kerana gelungan pada laluan ini membolehkan kabel diubahsuai untuk membuat sambungan baru. vii. Plet tanda "BAHAYA" mesti diletakkan pada setiap sisi pagar P/E. viii. Plet tanda ‘DILARANG MASUK’ diletakkan pada pintu pagar P/E. ix. Nama pencawang di letakkan di bahagian hadapan pagar.

x. Dawai berduri perlu pasang diekeliling atas pagar bagi mengelakkan orang yang tiada bekenaan memanjat dan memasuki pencawang. xi. Setiap penjuru tiang pagar perlu disambungkan dengan pengalir

(20)

6.5 Rekabentuk Pencawang Atas Tiang 11/0.433kV

Pencawang Atas tiang merupakan pencawang yang paling berekonomi untuk di bina sebab tidak memerlukan alat pensuisan voltan tinggi. Ia sesuai dibina untuk bekalan elektrik luar bandar dimana beban setempat tidak terlalu tinggi dan tapak untuk membina pencawang tidak luas. Kalau dibandingkan dengan pencawang luar berpagar.

(21)

i) Keupayaan alatubah Pencawang Atas Tiang dihadkan pada 300 KVA kerana galas beban struktur penyokong perlu dipertimbangkan.

ii) Dimana pembinaan Pencawang Atas Tiang tidak dapat dielakkan, maka tidak melebihi 3 pencawang tersebut boleh didirikan dalam siri. Ini adalah untuk menyenangkan kerja-kerja pensuisan.

iii) Dalam semua keadaan, kelegaan dari paras bumi atau apa-apa objek kekal bersebelahan dengan pencawang di mana orang awam boleh berdiri mestilah sekurang kurangnya 4.0 meter.

iv) Semua pengalir yang tidak bertebat untuk system pembumian mesti di hadang atau ditebatkan sekurang kurangnya 3.0 meter dari paras bumi atau apa-apa objek kekal bersebelahan dengan pencawang di mana orang awam boleh berdiri

v) Semua dawai umbang untuk menyokong tiang mesti dipasang dengan penebat umbang sekurang kurangnya 3.0 Meter dari paras bumi.

vi) Notis Bahaya dan penghadang panjat dipasang untuk keselamatan.

vii) Pastikan kelegaan antara fasa ke fasa dan antara fasa ke struktur

dawai-dawai lompatan dituruti seperti keperluan asas rekabentuk untuk menyenangkan kerja-kerja menukar fius voltan tinggi dengan menggunakan rod kendalian.

viii) Sambungan piawaian fasa-fasa punca-punca voltan tinggi pengubah dan fasa pada palang bas adalah mustahak. Pastikan punca A pengubah disambung pada palang bas fasa Merah, punca B pengubah disambung pada palang bas fasa Kuning dan punca C pengubah disambung pada palang bas fasa Biru pencawang.

(22)

6.5.2 Senarai Barang-Barang

Dengan berpandukan gambarajah Pencawang Atas Tiang, barang-barang bagi pembinaan pencawang tersebut boleh di senaraikan.

Bilangan Barang

1. 6 M.S. Bolt & Nut 19.05mm x 228.6mm (3/4" x 9") 2. 40 M.S. Bolt & Nut 15.875mm x 63.5mm. (5/8" x 21/2") 3. 4 M.S. Bolt & Nut 15.875mm x 203.2mm (5/8" x 8") 4. 3 M.S. Bolt & Nut 15.875mm x 38.1mm (5/8" x 1 1/2")

5. 12 M.S. Bolt & Nut 12.7mm x 38.1m (1/2" x 1 1/2") 6. 6 Cross By Clip 1/2"

7 10 Kabel socket 200A

8. 30m PVC Copper 35mm (19/064) 9. 51kg. Stay Wire 7/10 S.W.G. 10. 180m Binding wire S.W.G. 16

11. 1 Copper busbar 50.8mm x 6.35mm x 304.8mm (2" x 1/4" )

12. 4 Danger plate

13. 5 liters Aluminum paint 14. 5 liters Anti Corrosive Paint

15. 3 Earth Chamber

16. 10 Hacksaw blade 3304.8mm (12") 17. 2 Paint Brush 25.4mm (I")

18. 2 Paint Brush 51mm (2")

19. 4 bag Simen

20. 51 KG Stay Wire 7/14 S.W.G.

6.5.3 Persiapan Barang Bagi Pembinaan Pencawang

i) 2 tiang besi berukuran 114.3mm x 139.7mm x 168 mm x 10.67m (4 1/2" x 5 1/2" x 6 5/8” x 35'). Pastikan kedua-dua tiang mempunyai lubang untuk menyokong alatubah dan pastiksn ia telah dicat dengan anti karat dan disalut dengan cat aluminium.

(23)

ii) Palang besi alur berukuran 102mm x 5Imm x 6.35mm (4"x 2"x1/4") untuk penebat pin, kabel, penangkap kilat, fius drop-out voltan tinggi, alatubah dan pengalas alatubah.

iii) Pengapit kabel berukuran 5Imm x 6.35 mm (2" x 1/4") 6.5.4 Keselamatan Kerja

Oleh kerana kerja-kerja pembinaan pencawang atas tiang adalah merbahaya, perkara-perkara keselamatan mesti dipatuhui seperti berikut:

 Memakai topi keselamatan sepanjang kerja

 Tangga yang digunakan mesti diikat dihujungnya kepada tiang dan sudut antara tangga dan tiang tidak terlalu besar.

 Tali-tali yang digunakan didalam keadaan baik

 Tali pinggang keselamatan digunakan pada masa menjalankan kerja diatas tiang

 Semua peralatan yang digunakan diatas tiang disimpan dalam beg semasa tidak digunakan

 Tidak seorang pun dibenarkan duduk dibawah kawasan kerja.

 Tali digunakan untuk menaikkan barang-barang atau peralatan dan jangan sekali buang sebarang peralatan.

6.6.5 Penyimpai Penebat pin 11kV

Penyempaian penebat pin 11kV untuk menyokong palang bas mesti dilakukan dengan cara piawaian TNB. Dawai penyempai yang digunakan berukuran 16 S.W.G tembaga.

(24)
(25)
(26)

6.6 Rekabentuk Pencawang Pakaj/Padat 11/0.433k

Pencawang Pakaj/Padat diperkenalkan dalam sisitem TNBD beberapa tahun yang lalu.

Pencawang Pakaj/Padat adalah jenis yang disiap bina dan terdapat perkakasan utama seperti alat pensuisan voltan tinggi, pengubah 3 fasa dan papan pengagihan voltan rendah dipasang siap dalam satu kiosk terlitup logam.

Kebaikan pencawang ini ialah:

 Memerlukan tapak yang kecil dan polisi TNB untuk mengunakan pencawang jenis ini dimana tapak untuk membina pencawang adalah sukar untuk diperolehi.

 Perlindungan dari kecurian dan kerosakkan perkakasan dalam pencawang.

 Perlindungan dari pencemaran udara

 Senang dipasang dan masa untuk membina dan menyiapkan pencawang kurang

Keburukan:

 Keupayaan alatubah adalah terhad kepada 300 KVA, 500KVA, 750 KVA dan 1000KVA sahaja.

 Perlu diganti kesemuanya jika mengalami kerosakan pada salah satu perkakasan.

6.6.1 Rekabentuk

Kiosk terlitup logam kalis cuaca pencawang pkajt/padat direka mengikut piawaian IEC dan terdapat tiga ruang iaitu:

- Ruang Voltan tinggi - Ruang alatubah

(27)

- Ruang papan pengagihan voltan rendah

Ruang voltan tinggi menempatakan alat pensuisan voltan tinggi jenis Unit Gegelang Utama dan terdapat pintu berasingan untuk membuka ruang ini. Ruang alatubah menempatkan alatubah 3 fasa dan ruang papan pengagihan voltan rendah menempatkan papan pengagihan voltan rendah.

6.6.2 Data Teknikal, Ukuran dan Dimensi (Jenis MTM)

Kadaran Kuasa (KVA) 300 500 750 1000

Nisbah Pengubahan (kV) 11 / 0.433 11 / 0.433 11 / 0.433 11 / 0.433 Alatubah Kadar kuasa

(KVA)

300 500 750 1000

Jenis Hermetically Sealaed (Kedap udara) / Minyak Papan

Pengagihan Voltan Rendah

Unit

Pendatang 1 x 800A 1 x 800A 1 x 1600A 1 x 1600A Unit keluar 5 x 400A 5 x 400A 8 x 400A 8 x 400A

UGU (RMU) Jenis SF6 / Minyak

Kiosk

Penutup Mild steel

Tapak Palang saluran keluli (Channel Steel) Berat keseluruhan Kg 2410 3608 4317 5184 Dimensi keseluruhan (mm) Panjang 2840 2840 2840 3398 Lebar 2000 2000 2000 1900 Tinggi 2307 2307 2307 2562

(28)
(29)
(30)

Referensi

Dokumen terkait

Dipakai diode bridge untuk memudahkan pemasangan kabel antara alat ini dan sistem telepon (kabel bisa dipasang terbalik), Resistor digunakan untuk menghambat arus yang keluar

Pada transformator daya yang populer dan ekonomis dalam pemakaian pengubah sadapan berbeban adalah pengaturan pada belitan tegangan tinggi tiga fasa dan terhubung bintang

komponen dan sirkit motor kontrol dengan pemasangan komponen dan sirkit instalasi listrik tegangan rendah fasa tunggal dan fasa tiga yang digunakan untuk penerangan piranti

Tampilan alat bantu SIMANIS SIMANIS sebagai alat bantu monitoring dan pengendali bertujuan agar kegiatan pemasangan PSB Speedy di pelanggan yang meliputi instalasi kabel rumah

Studi Pemasangan Tapping Pada Transformator Distribusi Tiga Phasa (Aplikasi Pada PT. Morawa Elektrik Transbuana).. Repository University of

Metode yang digunakan untuk merencanakan saluran bawah tanah yang andal adalah dengan cara perhitungan nilai beban, pemilihan kabel satu fasa dan tiga fasa, dan pemilihan ukuran dan

Keluaran yang dihasilkan dari motor induski tiga fasa ini terdiri dari sistem elektrik adalah nilai fluks stator dan torsi elektromagnetik sedangkan sistem mekanisnya adalah kecepatan

BGA  Menghitung Total Beban Pemakaian Listrik Existing  Pengukuran Tegangan Ujung Beban Satu Fasa dan Tiga Fasa  Pengukuran Tegangan Transformator Step Down  Pemeriksaan Kabel