• Tidak ada hasil yang ditemukan

NOTA PENTAKSIRAN PAI SEKOLAH RENDAH

N/A
N/A
Arif Hakimi

Academic year: 2022

Membagikan "NOTA PENTAKSIRAN PAI SEKOLAH RENDAH"

Copied!
109
0
0

Teks penuh

(1)

PIMK2033R

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 1-3, BLIK 2250

JALAN USAHAWAN 1 63000 CYBERJAYA

Berkuat kuasa mulai November 2015 Kemas Kini Ogos 2017

PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPAS IJAZAH

MOD KURSUS DALAM CUTI (KDC)

(2)

2

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

November 2016

Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa- apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.

KANDUNGAN

MUKA SURAT

(3)

3

Falsafah Pendidikan Kebangsaan ii

Falsafah Pendidikan Guru Ii

Notis Hak Pengarang Iii

Kandungan iv – vii

Panduan Pelajar viii – ix

Pengenalan X

Agihan Tajuk xi - xiv

UNIT 1 KONSEP ASAS PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM 1 1.1 Konsep Pengujian, Pengukuran, Penilaian dan Pentaksiran

1.2 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

1.3 Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA)

1.4 Jadual Tindakan Pelaksanaan Ujian PAFA (SR)

UNIT 2 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

26 2.1 Pentaksiran Berasaskan Sekolah

2.2 Penilaian Perkara Asas Fardu ’Ain (PAFA)

2.3 Dokumen Standard Prestasi 2.4 Kerangka Standard Prestasi

UNIT 3 JENIS DAN BENTUK PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN

ISLAM 42

3.1 Jenis-jenis pentaksiran 40

3.2 Bentuk-bentuk pentaksiran 3.3 Pentaksiran mengikut bidang

(4)

4 UNIT 4

PEMBINAAN JSU DAN ITEM UJIAN 71

4.1 Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) 4.2 Item Ujian

4.3 Peraturan Pemarkahan 4.4 PenyeIarasan dan integriti

UNIT 5 ANALISIS ITEM DAN PENSKORAN DALAM PENDIDIKAN

ISLAM 90

5.1 Statistik Asas 5.2 Indeks Kesukaran 5.3 Indeks Diskriminasi

5.4 Kesahan dan Kebolehpercayaan Item UNIT 6

PELAPORAN UJIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM 111

6.1 Tujuan Pelaporan

6.2 Kaedah Pelaporan 6.3 Bentuk Pelaporan

6.4 Contoh Pelaporan Rujukan

Panel Simbol

PANDUAN PELAJAR

(5)

5 PENGENALAN

Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu pelajar menguruskan pembelajaran agar lebih berkesan. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan matlamat dan gaya pembelajaran terkini.

PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI

Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran yang akan ditempuhi. Pembelajaran arah kendiri berkesan jika pelajar dapat menentukan sasaran yang hendak dicapai. Ianya dibentuk agar pelajar mempunyai autonomi dan bertanggung jawab ke atas pembelajaran sendiri.

SASARAN KURSUS

Pelajar Program Diploma Pendidikan Lepas Ijazah (PDPLI) yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)

Berdasarkan standard IPG KPM dan MQA pelajar perlu mengumpulkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Bagi kursus PDPLI SR/SM yang dilaksanakan dalam mod Kursus Dalam Cuti (KDC), diperuntukan 60% daripada Jumlah Pembelajaran Pelajar adalah bersemuka, manakala 40% adalah Jumlah Pembelajaran Pelajar pembelajaran kendiri.

SUSUNAN UNIT MODUL

Modul ini ditulis dalam susunan Unit. Setiap unit mempunyai lima eleman asas yang konsisten:

1. Hasil Pembelajaran Unit 2. Sinopsis

3. Kandungan Unit

4. Penulisan berkaitan kandungan unit 5. Refleksi/ Latihan

Pelajar boleh berbincang dengan pensyarah atau rakan pelajar melalui email atau alat media yang sesuai jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.

IKON

(6)

6

Pelajar akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian pelajar agar pada sekali imbas pelajar akan tahu apa yang harus dibuat.

PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN

Pelajar juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus.

Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.

Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam RMK yang pelajar pelajari secara interaksi bersemuka dan modul.

PENGENALAN

(7)

7

Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat menguasai ilmu berkaitan pentaksiran dalam Pendidikan Islam untuk diaplikasikan daalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah.

Hasil Pembelajaran

1. Menjelaskan konsep dan tujuan pentaksiran dalam Pendidikan Islam Sekolah Rendah dengan merujuk kepada pelbagai sumber.

2. Menganalisis secara terperinci bidang-bidang pembelajaran berasaskan standard prestasi.

3. Menghuraikan jenis dan bentuk pentaksiran mengikut Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Islam.

4. Membina jadual spesifikasi ujian (JSU), item ujian dan peraturan pemarkahan mengikut aras taksonomi Bloom secara berkumpulan.

5. Menghuraikan kaedah analisis item dan pelaporan dalam pentaksiran Pendidikan Islam mengikut kaedah yang ditetapkan.

(8)

8 AGIHAN TAJUK

Panduan Kepada Pengguna

Modul ini dibina berdasarkan Ringkasan Maklumat Kursus (RMK). Sejumlah 60% dari tajuk tertentu dalam RMK diajar kepada pelajar melalui interaksi bersemuka dan 40%

lagi diajar melalui modul. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk interaksi bersemuka dan pembelajaran melalui modul.

TAJUK/ TOPIK JUMLAH JAM

PEMBELAJARAN

MODUL 40%

(18j)

BERSEMUKA 60%

(27j) 1. Konsep Asas Pentaksiran Pendidikan

Islam :

• Konsep Pengujian, Pengukuran, Penilaian dan Pentaksiran.

• Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

• Perkara Asas fardhu Ain (PAFA).

• Tujuan Pentaksiran

• Ciri-ciri Pentaksiran - Kesahan

- Kebolehpercayaan - Keobjektifan - Kebolehtadbiran.

6 2 4

2. Pentaksiran dalam Kurikulum Pendidikan Islam :

• Bidang Pembelajaran - Penguasaan Ilmu - Penguasaan Kemahiran - Penghayatan dan Amalan

• Pernyataan Standard Prestasi - Band

- Standard - Deskriptor - Evidens

• Tahap Kemahiran Aras 1-6 - Ilmu,

- Amali - Amalan - Iltizam - Penghayatan - Pentabiatan.

9 4 5

(9)

9

TAJUK/ TOPIK JUMLAH JAM

PEMBELAJARAN

MODUL 40%

(18j)

BERSEMUKA 60%

(27j) 3. JENIS DAN BENTUK PENTAKSIRAN DALAM

PENDIDIKAN ISLAM :

• Jenis-jenis pentaksiran - formatif

- sumatif

• Bentuk-bentuk pentaksiran - lisan

- tulisan - pemerhatian - atas talian.

• Pentaksiran mengikut bidang.

- al-Quran - al-Hadis - Aqidah - Ibadah - Sirah - Adab - Jawi

9 4 5

4. Pembinaan JSU dan Item Ujian :

• Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) - kepentingan

- komponen

- langkah penyediaan.

• Item Ujian

- item objektif - item struktur - item esei.

• Peraturan Pemarkahan

• PenyeIarasan dan integriti.

9 3 6

5. Analisis Item dan Penskoran Pentaksiran Pendidikan Islam

• Statistik Asas - skor mentah - min, median, mod - sisihan piawai

• Indeks Kesukaran

• Indeks Diskriminasi

• Kesahan dan Kebolehpercayaan Item

6 3 3

(10)

10

TAJUK/ TOPIK JUMLAH JAM

PEMBELAJARAN

MODUL 40%

(18j)

BERSEMUKA 60%

(27j) 6. Pelaporan Ujian dalam Pendidikan Islam

• Tujuan Pelaporan - prestasi murid,

- prestasi matapelajaran.

• Kaedah Pelaporan

• Bentuk Pelaporan

• Contoh Pelaporan - manual, - atas talian.

6 2 4

JUMLAH 45 JAM 18 JAM 27 JAM

(11)

11

UNIT 1 KONSEP ASAS PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM HASIL PEMBELAJARAN UNIT

SINOPSIS

Kursus ini membincangkan konsep asas pentaksiran Pendidikan Islam yang meliputi pengujian, pengukuran, penilaian dan pentaksiran.

1.1 Konsep Pengujian, Pengukuran, Penilaian dan Pentaksiran.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

1. KANDUNGAN UNIT 1: Konsep Asas Pentaksiran Pendidikan Islam :

1.1 Konsep Pengujian, Pengukuran, Penilaian dan Pentaksiran.

1.2 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 1.3 Perkara Asas fardhu Ain (PAFA).

1.4 Tujuan Pentaksiran 1.5 Ciri-ciri Pentaksiran

- Kesahan

- Kebolehpercayaan - Keobjektifan - Kebolehtadbiran.

Di akhir topik ini, pelajar dapat :

1. Mengenalpasti dan menghuraikan konsep dan tujuan pengujian, pengukuran, penilaian dan pentaksiran.

2. Menganalisis ciri-ciri kesahan, kebolehpercayaan, keobjektifan dan kebolehtadbiran

(12)

12

Pendahuluan

Penilaian memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Contohnya sebelum anda dianugerahi Ijazah Perguruan, anda akan diuji dan dinilai dari aspek teori dan amali. Kita sebagai guru juga sentiasa menanya soalan-soalan seperti :Sejauh manakah pelajar kita bersedia untuk pelajaran berikut? Sejauh manakah pelajar mencapai kehendak-kehendak minima kursus tersebut? Apakah jenis-jenis kesukaran pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar?

Untuk menjawab soalan-soalan tersebut, kita harus mengumpul maklumat sesuai tentang pelajar. Akan tetapi pernahkah anda bertanya bagaimana ini boleh dilakukan?

Pengukuran, pengujian dan penilaian amat berbeza dan ramai di antara kita kurang dapat menghuraikan perbezaannya. Dalam tajuk ini, kita akan membincangkan perbezaan antara pengukuran, pengujian dan penilaian.

1.1 Pentaksiran ,pengukuran, pengujian dan penilaian 1.1.1 Pentaksiran

Pentaksiran di bilik darjah bermaksud proses mengumpulkan dan menafsirkan maklumat tentang pelajar untuk membuat keputusan-keputusan yang dapat meningkatkan pembelajaran dan pengajaran.

Tujuan umum penaksiran di bilik darjah ialah untuk mengintegrasikan pengukuran dan penilaian dengan pengajaran sehingga meningkatkan mutu pembelajaran dan pembelajaran. Tujuan ini adalah berbeza daripada tujuan amalan pengukuran dan penilaian tradisional, di mana tujuan ujian dan peperiksaan adalah sekadar untuk mengetahui “ apa “ yang berjaya dicapai oleh pelajar dan menetapkan gred pencapaian. Lantas ujian dan peperiksaan hanya penting diadakan di akhir sesuatu unit pelajaran atau di penghujung semester. Akan tetapi penaksiran di bilik

(13)

13

darjah adalah untuk mendapat maklumat bagi mengukuhkan pembelajaran dan pengajaran. Untuk itu mengumpulkan maklumat perlu dilakukan dalam setiap langkah penagajaran, iaitu sebelum, semasa dan di akhir pengajaran. Rumusannya ialah penaksiran di bilik darjah bertujuan membantu guru untuk mengukur dan menilai kedua- dua aspek pembelajaran dan pengajaran iaitu produk dan proses pembelajaran dan pengajaran.

Untuk menterjemahkan tujuan tersebut secara konkrit dalam amalan di bilik darjah proses penaksiran perlu dirancang, dilaksanakan dan dinilaikan dengan teliti.

Semasa merancangkannya guru perlu memberi pertimbangan sama ada usaha itu dapat menghasilkan jawapan yang positif kepada soalan-soalan berikut ;

1. Adakah proses penaksiran yang dirancangkan bertujuan utuk memperbaiki prestasi pelajar dan tidak sekadar untuk mengaudit tingkat pencapaian ? 2. Adakah proses penaksiran itu berpotensi mengukur dan menilai sesuatu

prestasi secara meluas dan mendalam ?

3. Adakah penaksiran itu mampu mengesan perubahan dan kemajuan pencapaian ?

4.Adakah maklumat yang dikumpulkan dapat digunakan untuk mengenalpasti kelemahan-kelemahan pembelajaran dan pengajaran secara konkrit ?

Selain dari itu, Pentaksiran di bilik darjah dikenali juga sebagai proses mengumpulkan maklumat tentang pembelajaran dan pengajaran secara berterusan. Proses ini melibatkan dua aktiviti yang dikenali sebagai Pengukuran dan Penilaian.

1.1.2 Pengujian

Pengujian adalah satu alat atau prosedur bagi mengukur satu sampel tingkah laku. Ia terdiri daripada satu set terpiawai soalan-soalan atau tugasan yang berkehendakkan murid memberi satu set tindakbalas. Calon ujian mungkin diminta menyelesaikan sesuatu masalah seperti mendefinisikan sesuatu perkataan, menyusun ayat-ayat al- Qur’an, menyatakan dalil atau hujjah sesuatu kenyataan dan sebagainya. Ujian merupakan alat pengukuran yang membenarkan kita mengukur pencapaian pelajar khususnya dalam bentuk markah. Pengujian menjelaskan tentang berapa baguskah prestasi individu tertentu.

Maksud terpiawai ialah semua prosedur telah dinyatakan awal dan semua pelajar dalam sesuatu kumpulan diuji dengan soalan atau masalah yang sama dan dengan cara yang sama di samping mendapat arahan yang sama. Skor atau markah yang diperolehi hasil daripada jawapan kepada sesuatu ujian adalah sebagai indikator numerik tentang

(14)

14

prestasi pelajar. Markat dalam bentuk numerik diperlukan kerana ketepatannya selain analisis boleh dilaksanakan dan ini akan membantu dalam membuat sesuatu keputusan.

Berikut adalah antara tujuan pengujian:

a) Mengesan pencapaian hasil pembelajaran yang telah diperolehi.

b) Mengesan kemajuan yang telah dicapai tentang pencapaian hasil-hasil pembelajaran yang lain.

c) Mengesan masalah-masalah yang dihadapi oleh calon ujian.

Proses pengujian biasanya dimulakan dari peringkat persediaan soalan, kemudian peringkat pelaksanaan dan seterusnya peringkat pemeriksaan. Melalui proses pengujian guru dapat mengesan sejauh mana murid dapat menguasai satu-satu kemahiran yang telah dipelajari.

Proses pembelajaran murid tidak berakhir dengan menamatkan pelajaran oleh para guru sahaja, malah di akhir sesuatu ujian pihak guru seharusnya mengetahui sejauh mana sesuatu pelajaran itu telah diterima oleh pelajar mereka. Justeru, penilaian sangat penting dalam konteks pembelajaran.

1.1.3 Pengukuran

Pengukuran merupakan suatu proses mendapatkan penjelasan secara numerik untuk menentukan setakat manakah individu mempunyai ciri-ciri tertentu yang disukat dengan menggunakan alat. Dalam pendidikan, pengukuran mengukur secara kuantitatif peringkat atau tahap pencapaian pembelajaran murid dan keberkesanan pengajaran guru. Pada lazimnya, guru menggunakan alat pengukuran yang mungkin terdiri daripada ujian, soal selidik, senarai semak, inventori atau sesuatu skala. Pengukuran adalah terhad kepada huraian kuantitatif dan tidak termasuk huraian kualitatif atau membuat keputusan. Ia tidak bersifat mutlak, bergantung kepada keobjektifan, kesahan dan kebolehpercayaan alat ukur.

Fungsi pengukuran adalah seperti berikut :

a) Mengesan hasil-hasil pembelajaran yang telah dicapai.

b) Mengesan jenis-jenis kemahiran yang diperolehi.

c) Mengesan kemajuan-kemajuan yang telah dicapai dalam aspek-aspek pembelajaran yang lain.

d) Mengesan jenis-jenis masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid

(15)

15 e) Bagi mendapatkan maklumat untuk :

i. Bimbingan.

ii. Kecekapan guru.

iii. Rekod prestasi dan profil murid, khususnya sebagai maklum balas kepada murid dan ibu bapa.

Pengukuran dalam bidang pendidikan biasanya dijalankan dalam dua tahap. Tahap- tahap ini adalah seperti berikut (Sharifah Alwiah Alsagoff, 1986):

a) Menempatkan pangkatan murid mengikut pencapaian mereka seperti memilih 10 orang murid yang terbaik daripada satu darjah dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Untuk ini, guru memerlukan alat pengukuran yang dapat membeza dan menempatkan kedudukan murid dari segi kebolehan Pendidikan Islam. Untuk pengukuran di tahap ini, guru tidak perlu mengetahui sebanyak mana pengetahuan Pendidikan Islam bagi setiap 10 orang murid terbaik itu atau perbezaan kebolehan Pendidikan Islam bagi 10 orang murid yang terpilih berbanding dengan murid-murid lain. Skala yang digunakan di tahap ini ialah skala urutan sahaja (skala ordinal).

b) Di tahap kedua, khususnya untuk kegunaan analisa perangkaan. Pengukuran jenis ini menggunakan skala selang. Guru harus menyediakan ujian yang memberi unit markah yang sama besarnya (seperti 100% dan di tahap 1%

adalah sama berat nilainya). Dari maklumat seperti ini, kesemua murid bukan sahaja dapat diberi pangkatan, malahan perbezaan antara murid dapat dikira.

1.1.4 Penilaian

Penilaian ditakrifkan sebagai proses sistematik yang digunakan untuk mengumpul, menganalisis dan menginterpretasi maklumat perubahan tingkahlaku berdasarkan data kuantitatif dan kualitatif. Ia melibatkan proses menentu, mendapat dan memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya.

Dalam konteks pendidikan, penilaian adalah suatu sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya, seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan.

Tujuan Penilaian dilaksanakan untuk mendapatkan gambaran tentang kemajuan pembelajaran murid di samping memberi maklum balas tentang keberkesanan pengajaran guru.

(16)

16

Pentaksiran Penila

ian

Penilaian

Penilaian

Pengukuran

Pengukuran Pengujian

Melalui penilaian, guru dapat :

a) mengesan perkembangan murid secara menyeluruh;

b) mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa;

c) mengetahui keberkesanan pengajarannya;

d) merancang dan mengubahsuai pengajarannya; dan

e) menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta-merta.

Penilaian yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya. Di samping itu kekuatan murid yang telah menguasai pula diperkukuh dan diperkaya. Melalui aktiviti tindakan susulan yang berkesan guru dapat membantu murid meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang dalam penilaian di peringkat pusat.

Proses penilaian melibatkan melibatkan tiga langkah berikut:

a) Mendapatkan maklumat melalui cara mengukur.

b) Menetapkan suatu kriteria bagi pengukuran.

c) Membuat sesuatu pentaksiran atau pertimbangan tentang hasil pengukuran.

Prosedur penilaian mengandungi aspek-aspek pengujian, pengukuran, penganalisaan dan penyimpulan. Berikut adalah lima prosedur penilaian secara ringkas:

a) Peringkat persediaan ujian.

b) Peringkat pentadbiran ujian.

c) Peringkat pemeriksaan dan pengukuran.

d) Peringkat analisis.

e) Peringkat interpretasi dan tindakan.

Dari segi konsep, penilaian merupakan konsep yang paling luas dan gambarannya boleh dilihat seperti rajah berikut:

(17)

17

Rajah 1.1 Perhubungan di antara penilaian, pengukuran, pengujian dan pentaksiran.

1.2 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Pentaksiran Berasaskan Sekolah atau singkatannya PBS ialah satu pentaksiran yang

bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan kurikulum kebangsaan Malaysia. Pentaksiran ini merupakan sesuatu yang agak baharu dalam pendidikan di Malaysia, yang selaras dengan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Ia memainkan peranan penting bagi tujuan melahirkan murid-murid yang seimbang dalam pelbagai aspek.

Pentaksiran adalah komponen penting dalam pendidikan kerana ia memberi maklumat mengenai perkembangan murid kepada guru, ibubapa dan murid itu sendiri. Hasil pentaksiran boleh membantu guru menilai kaedah pengajaran dan aktiviti yang dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Kementerian prihatin terhadap dakwaan bahawa sistem pendidikan Negara terlalu berpaksikan peperiksaan. Justeru, Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 Disember 2010 telah bersetuju supaya Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Pendidikan.

PBS merupakan satu usaha untuk membangunkan modal insan secara holistik melalui penekanan terhadap penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif dan pengamalan nilai, etika serta moral yang tinggi seperti tercatat di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), Pelan Integriti Nasional (PIN) dan seperti yang dihasratkan dalam Misi Nasional.

(18)

18

PBS mula dilaksanakan di Sekolah Rendah pada tahun 2011 dan diperkenalkan di peringkat Sekolah Menengah pada tahun 2012. Justeru pada tahun 2016 murid-murid sekolah rendah akan menduduki UPSR yang telah ditambahbaik. Pada tahun 2014 pula PMR akan dilaksanakan sepenuhnya dalam bentuk PBS.

Komponen Pentaksiran

Komponen PBS terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik.

Kategori akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala kategori bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Kedua-dua kategori ini memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah.

(19)

19 1.2.1 Pentaksiran Sekolah

Pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru sekolah yang berkenaan.

1. Pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan

pembelajaran(P&P). Contoh instrumen yang boleh digunakan ialah lembaran kerja,pemerhatian,kuiz,senarai semak,laporan tugasan,tugasan rumah dan ujian.

2. Pentaksiran sumatif dijalankan pada akhir setiap unit pembelajaran, penggal, bulan dan tahun.

Pentaksiran Sumatif berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning).

1.2.2 Pentaksiran Pusat

Pentaksiran yang ditadbir, diperiksa, direkoddi peringkat sekolaholeh guru berdasarkanperaturan pentaksiran, instrumen pentaksiran, tugasan, garis panduan, peraturan penskoran dan penggredan dikeluarkan oleh LP dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran.Pelaporan dikeluarkan LP.

1.2.3 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

Pentaksiran yang ditadbir, direkod dan dilaporkan di peringkat sekolaholeh guru berdasarkan penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktivitisukan, kokurikulum dan ekstra kurikulum. Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan(SEGAK) dan Body Mass Index(BMI) dilaksanakan untuk menilai dan melaporkan aktiviti fizikal murid.

(20)

20 1.2.4 Pentaksiran Psikometrik

Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah dan/atau pusat untuk mengukur kebolehan (innate abilitydanacquired ability),kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid. Pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran.

Band, Penilaian Gred Baharu

Dalam PBS pencapaian murid dilaporkan berdasarkan band dan bukan lagi sebagai skor mentah seperti 81% atau pun gred A,B,C,D. Di Band 1, murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi maklum balas terhadap perkara yang asas contohnya bagi Matematik murid

di Band 1 mampu mengenal angka 1,2,3 ....

Di Band 2, murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari contohnya murid tahu dan faham nilai angka seperti 24 lebih banyak dari 10 dan 55 kg lebih berat daripada 48 kg.

Di Band 3, murid boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi. Bagi matematik Band 3 menunjukkan murid telah menguasai operasi mudah tambah, tolak, darab dan bahagi.

Murid yang telah mencapai Band 3 dianggap telah menguasai kemahiran asas dalam subjek tersebut.

Di Band 4, murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, seperti tertib atau melaksanakan sesuatu mengikut prosedur dan secara sistematik seperti menyelesaikan operasi tolak dengan mendahulukan rumah ’sa’.

(21)

21

Di Band 5, murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab pada situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif. Bagi matematik murid yang mencapai Band 5 mampu menyelesaikan masalah seperti Berapa biji telurkah yang boleh dibeli oleh Ali dengan wang RM10.00 jika sebiji telur berharga 20 sen?

Dan akhir sekali, di Band 6, murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal. Di Band 6 murid boleh membuat keputusan dalam masalah seperti membuat pilihan di antara kemeja biru yang berharga RM30.00 tetapi diberi diskaun 50% dan baju tawaran terbaik (best buy) yang sama kualiti dengan harga RM20.00.

Band 3 boleh disamatarafkan dengan gred lulus. Justeru guru perlu merangka aktiviti pemulihan bagi membantu murid mencapai Band minima 3.

PBS memberi autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran berdasarkan kesediaan murid. PBS membantu guru dan murid mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid semasa pengajaran dan pembelajaran berjalan. Sehubungan dengan itu guru bolehlah menyesuaikan aktiviti pengayaan atau pemulihan mengikut keperluan murid.

Wajar diingat bahawa PBS tidak membandingkan murid dengan murid lain. Sebaliknya kejayaan murid diukur bersandarkan Standard yang harus dicapai di sesuatu tahap pembelajaran. Adalah diharapkan dengan cara ini tekanan ke atas murid dan guru dapat dikurangkan kerana murid tidak dibandingkan dengan kumpulan yang lebih cerdas atau terpaksa menunggu rakan lain yang belum menguasai sepenuhnya sesuatu kemahiran yang diajar untuk maju. Sekiranya dilaksanakan dengan baik dan terancang PBS bakal mewujudkan persekitaran yang harmonis dalam kelas untuk untuk perkembangan individu.

(22)

22 1.3 Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA)

Perkara Asas Fardu Ain (PAFA) ialah beberapa perkara yang terpenting dari Fardu Ain yang berkaitan dengannya, yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam. PAFA hendak dipastikan supaya tiap-tiap murid/pelajar benar-benar mengetahui, memahami dan boleh mengamalkannya dengan cara yang betul dan sempurna sebagaimana yang ditetapkan oleh syarak.

1.3 1 Tujuan PAFA

Mengenalpasti murid/pelajar yang lemah dalam kefahaman dan amalan Perkara Asas Fardu Ain, kemudian membimbing sehingga mereka dengan sendirinya faham dan dapat mengamalkan dengan betul dan sempurna.

Mempastikan tidak terdapat sebarang keciciran dalam Perkara Asas Fardu Ain.

Dengan perkataan lain, menentukan kejayaan 100%.

Menimbulkan dan menyuburkan keinsafan dan kerelaan yang positif untuk menghayati amalan kehidupan sehari-hari.

1.3.2 Peraturan PAFA

Penilaian Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) dijalankan dalam ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pelaksanaan Peraturan

Tujuan

Penilaian PAFA Sek.Rendah Pelaksanaa n

Peraturan Tujuan

Penilaian PAFA Sek.Rendah

(23)

23

Penilaian Perkara Asas Fardu Ain (PAFA) dikendalikan sepenuhnya oleh sekolah.

Penilaian dijalankan sendiri oleh guru mata pelajaran Pendidikan Islam di kelas masing-masing sebagai proses penilaian biasa dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Penilaian dijalankan secara lisan dan amali mengikut sebagaimana yang telah ditetapkan.

Soalan dan jawapan penilaian adalah sebagaimana yang telah ditetapkan dalam laman web ini. Soalan dan jawapan tersebut tidak rahsia. Murid-murid hendaklah diberitahu lebih awal.

Tempuh penilaian bermula dari hari pertama pada penggal pertama persekolahan dalam tahun peperiksaan berkenaan, dan berakhir sebulan sebelum tarikh peperiksaan bertulis dijalankan.

Sepanjang tempuh penilaian tersebut, murid hendaklah diberi masa, peluang dan bimbingan yang secukupnya untuk mengulang, memperbetulkan dan memperbaiki kesalahan dan kelemahan sehingga mereka dengan sendirinya faham dan dapat mengamalkan sesuatu kelemahan dengan jaya, betul dan sempurna.

Pencapaian murid hendaklah dicatat dari masa ke semasa secara kemaskini dalam Borang Individu dan Borang Berkelompok. Catatan tersebut adalah rekod bagi proses dan keputusan penilaian yang dicapai oleh murid/pelajar.

Suatu penyetaraan akan dijalankan oleh Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri/ Bahagian/ Daerah sebagai sebahagian dari tugas penyeliaan harian biasa. Penyetaraan adalah untuk tujuan pengesahan dan pelaporan penilaian.

(24)

24

Pencapaian LULUS dalam sesuatu KOD/TAJUK ialah apabila murid faham dan dapat mengamalkan kemahiran sekurang-kurangnya pada tahap keupayaan yang PALING MINIMUM sekira-kira 'SAH' di segi Syara'.

Murid /Pelajar diakui LULUS dalam keseluruhan penilaian Perkara Asas fardu Ain apabila mereka berjaya memahami dan mengamalkan semua KOD/TAJUK soalan yang ditetapkan.

Pihak sekolah hendaklah melaporkan keputusan penilaian kepada Lembaga Peperiksaan Kementerian Penidikan menurut prosedur biasa yang ditetapkan.

Kementerian Pendidikan akan melaporkan pernyataan 'LULUS' atau 'GAGAL' dalam keputusan atau sijil peperiksaan. Pernyataan tersebut tidak mengubah atau menjejaskan sistem penggredan dan aggregat keputusan peperiksaan yang sedang berjalan sekarang.

1.3.3 Pelaksanaan PAFA

Pelaksanaan PAFA adalah berdasarkan kepada surat pekeliling berikut:

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/1994 :

Penilaian Perkara Asas Fardu ’Ain (PAFA) Dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bertarikh 12 Mac 1994 bersamaan 29 Ramadhan 1414H.

Surat Pekeliling Ikhtisas ini adalah untuk memaklumkan bahawa Perkara Asas Fardu ’Ain akan dinilai dan dilaporkan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), dan Peperiksaan Sijil Pelajaran

(25)

25

Malaysia (SPM), mulai Sesi 1994/1995. Perkara Asas Fardu ’Ain tersebut adalah seperti berikut :

Bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) ialah :

(a) Mengucap Dua Kalimah Syahadah (b) Rukun Iman

(c) Rukun Islam (d) Beristinjak

(e) Membersihkan diri, pakaian dan tempat daripada najis (f) Berwuduk

(g) Mandi Wajib

(h) Solat Fardu, termasuk Azan, Iqamah, menjawb Azan dan Iqamah, serta Doa selepas Azan dan Iqamah

(i) Puasa : Dalam aspek niat, perkara-perkara yang membatalkan puasa dan hikmat

(j) Adab terhadap ibu bapa (k) Ihsan

● SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 17/2002 :

PELAKSANAAN PENILAIAN PERKARA ASAS FARDHU AIN (PAFA) DI SEKOLAH KEBANGSAAN DAN SEKOLAH MENENGAH bertarikh 3 Disember 2002.

Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan bahawa Penilaian PAFA yang sedang dilaksanakan di sekolah mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1994 : Penilaian Perkara Asas Fardhu ’Ain (PAFA) Dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bertarikh 12 Mac 1994 telah disemak semula. Penilaian PAFA Semakan ini akan dilaksanakan serentak dengan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR/KBSM Semakan bermula sesi Persekolahan 2003.

Bagi menyelaras pelaksanaan dan menentukan keberkesanan penilaian tersebut, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan tiga buah buku panduan berikut:

(26)

26

2.1 Buku Panduan dan Rekod Pencapaian Penilaian Perkara Asas Fadhu Ain (PAFA) UPSR;

2.2 Buku Panduan dan Rekod Pencapaian Penilaian Perkara Asas Fadhu Ain (PAFA) UPSR/PMR/SPM; dan

2.3 Buku Panduan dan Rekod Pencapaian Penilaian Perkara Asas Fadhu Ain (PAFA) PANDUAN GURU.

Setiap murid Islam dan Guru Pendidikan Islam harus memiliki buku berkaitan. Sekiranya murid berpindah ke sekolah lain mereka hendaklah membawa bersama buku tersebut dan menyerahkan kepada guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam dikelasnya. Murid dan guru boleh membeli buku tersebut di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau cawangan-cawangannya. Setiap sekolah hendaklah memiliki sekurangkurangnya satu set buku-buku tersebut sebagai rujukan.

Soalan yang akan ditanya semasa penilaian PAFA adalah tidak rahsia. Semua murid mesti lulus 100% kod-kod yang telah ditetapkan. Guru boleh menilai keupayaan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan pada bila-bila masa setelah murid bersedia. Guru bertanggungjawab membimbing secara berterusan dan mempastikan mereka menguasai setiap kod yang ditentukan.

Surat Pekeliling Ikhtisas ini hendaklah dibaca bersama dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1994 : Penilaian Perkara Asas Fardhu ’Ain (PAFA) Dalam Ujian

Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bertarikh 12 Mac 1994.

APA YANG HENDAK DICAPAI OLEH PAFA?

Melalui P&P, perkara yang hendak dicapai oleh setiap murid/pelajar ialah:

1. Boleh mengucap Dua kalimah syahadah dengan betul serta mengetahui dan memahami maknanya.

2. Mengingat dan memahami Rukun Islam dan Rukun Iman.

(27)

27

3. Mengetahui, memahami dan boleh mengamalkan cara menyucikan tubuh badan, pakaian, tempat daripada najis, berwuduk, mandi wajib dan tayammum.

4. Boleh mendidikan solat fardu dan yang berkaitan dengannya seperti azan, iqamah, menjawab azan dan iqamah serta do’anya.

5. Menghayati ibadat puasa, memahami hikmahnya dan perkara-perkara yang membatalkan puasa.,

6. Mengetahui dan menghayati akhlak yang mulia yang berasaskan ‘ihsan’ dan bermula dari ‘birru al-walidain’.

7. Memahami dan meyakini sistem kekeluargaan Islam dalam pembentukan ummah yang kuat dan teguh.

1.3.4 Struktur Pelaksanaan PAFA Sekolah Rendah:

• Tahun 1 : Jun – Oktober

• Tahun 2 – 5 : Januari – Oktober

• Tahun 6 (UPSR): Januari – Julai

Kemaskini Borang Berkelompok:

• Mac

• Jun

(28)

28

Jadual Tindakan Pelaksanaan Ujian PAFA (SR)

Agihan Kod PAFA (SR)

TAHUN KOD DINILAI TAJUK

1

01 Mengucap Dua Kalimah Syahadah 02 Rukun Islam

03 Rukun Iman 04 Beristinjak

05 Membersihkan diri, pakaian dan tempat dari najis

2

06 Cara Berwudhuk

07 Cara Bertayammum (SM) 08 Cara Mandi Wajib

09 Azan dan iqamah serta jawapan dan doa selepasnya 10 Solat Fardhu

3

11 Solat Jenazah (SM)

12 Puasa

Bil Tindakan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Julai Ogos Sept OKt Catat an

1 Memastikan murid memiliki buku panduan penilaian PAFA

√ √ √ √

2 Penyediaan Fail PAFA

(borang berkelompok) √ √

3 Pelaksanaan PAFA 3.1 Tahun 1 3.2 Tahun 2-5 3.3 Tahun 6

√ √

√ √

√ √

4 Kemaskini borang

berkelompok √ √

5 Menghantar keputusan penuh PAFA/ Disket ke Unit/

Bahagian Peperiksaan (JPN)

6 Mengemaskini rekod pencapaian individu murid yang akan berpindah sekolah baru (sekiranya ada)

√ √ √ √ √ √ √ √ √ √

7 Penyetaraan daripada Kementerian/JPN/

Bahagian/ Daerah

Mengikut taqwim pihak berkenaan

(29)

29

13 Adab Terhadap Ibu bapa

15 Ihsan

16 Kewajipan Menutup Aurat (SM) 17 Batas Pergaulan Dalam Islam (SM)

4

01 Mengucap dua kalimah syahadah 02 Rukun Islam

03 Rukun Iman 04 Beristinjak

05 Membersihkan diri, pakaian dan tempat dari najis 06 Cara Berwuduk

07 Cara Bertayammum (SM) 08 Cara mandi wajib

09 Azan dan Iqamah serta jawapan dan doa selepasnya

5

10 Solat Fardhu

11 Solat Jenazah (SM)

12 Puasa

13 Adab terhadap ibu bapa 14 Perkahwinan (SM)

15 Ihsan

16 Kewajipan menutup aurat (SM) 17 Batas pergaulan dalam Islam (SM)

15 Ihsan

1.4 Ciri-ciri Pentaksiran

1.4.1 Kesahan

Apakah yang anda faham dengan istilah “kesahan”? Kesahan merujuk kepada takat mana suatu ujian boleh mengukur apa yang sepatut diukur, iaitu, takat mana ujian itu memenuhi objektifnya. Kita akan tanya soalan, “ Adakah ujian itu mengukur apa yang ia sepatutnya diukur?”

Apakah sebenarnya kesahan? Pertama, ia merujuk kepada kesesuaian interpretasi keputusan sesuatu ujian atau alat penilaian untuk satu-satu kumpulan individu, bukan alat itu sendiri. Kedua, ia merupakan suatu anggaran darjah. Ia paling sesuai dianggap dalam bentuk kategori-kategori yang menentukan darjah, seperti kesahan tinggi, kesahan sederhana dan kesahan rendah. Ketiga, ia spesifik terhadap kegunaan tertentu atau interpretasi. Tiada ujian yang sah untuk semua tujuan. Sebagai contoh, keputusan-keputusan suatu ujian matematik mungkin mempunyai darjah kesahan yang tinggi dalam menentukan kemahiran komputer, satu darjah kesahan yang rendah untuk penaakulan matematik dan darjah kesahan yang sederhana untuk meramalkan kejayaan dalam seni atau muzik.

(30)

30 Jenis Jenis Kesahan Ujian

Pada asasnya, terdapat lima jenis kesahan ujian. Antara berikut adalah:

(i) Kesahan muka (ii) Kesahan kandungan (iii) Kesahan ramalan (iv) Kesahan serentak (v) Kesahan konstruk

Bolehkah anda membezakan antara setiap jenis kesahan ujian? Ia penting untuk mengetahui apakah jenis kesahan dan cara-cara yang boleh digunakan untuk mempastikan setiap jenis kesahan.

(i) Kesahan Muka

Kesahan muka merujuk kepada apa yang kerap diperlihatkan atau digunakan sebagai bentuk pengujian. Untuk mempastikan kesahan muka, item-item ujian harus disemak oleh pakar dalam bidang yang diuji. Satu format ujian yang biasa dan bentuk serupa digunakan.

(ii) Kesahan Kandungan

Ini adalah proses menentukan setakat mana satu set tugasan ujian menyediakan sampel relevan dan mewakili sampel domin tugasan yang mana interpretasi skor ujian dibuat. Bagaimana ini boleh dilakukan?

Dalam ujian bilik darjah, domin pencapaian tugasan-tugasan ditentukan oleh pengajaran dan pembentukan ujian melibatkan (a) menentukan dengan jelas domin item/tugasan- tugasan yang relevan untuk diuji dan (b) membina atau memilih satu set yang mewakili item/ tugasan ujian. Oleh itu, untuk memperoleh satu ukuran hasil pembelajaran yang sah, kita beralih dari pengajaran (apa yang telah diajar) kepada domin pencapaian (apa yang patut diuji) dan akhirnya ujian itu sendiri ( satu sampel mewakili item/tugasan relevan).

Justeru, kesahan kandungan berlaku semasa pembentukan ujian. Ia dapat dicapai dengan penyediaan spesifikasi ujian yang terperinci dan kemudian membina satu ujian yang menepati spesifikasi tersebut. Adakah anda setuju?

(31)

31 (ii) Kesahan Ramalan

Apakah kesahan ramalan? Bolehkah anda mengingat kembali jika skor ssuatu ujian yang dibina oleh anda dapat meramal pencapaian atau prestasi pelajar pada masa hadapan? Satu ujian yang mempunyai kesahan ramalan boleh meramal watak atau perubahan seseorang pada masa hadapan. Sebagai contoh, seorang pelajar matrikulasi yang berjaya dalam peperiksaan SPM/STPM akan juga berjaya dalam peperiksaan matrikulasinya nanti.

Dalam cara ini, ujian yang mempunyai kesahan ramalan boleh digunakan untuk memilih calon untuk sesuatu jawatan dan meramal prestasi akademik pelajar masa hadapan atau kejayaan dalam kerjaya mereka. Untuk memperoleh kesahan ramalan yang tinggi dalam suatu ujian, item-item harus benar-benar menguji kebolehan-kebolehan yang relevan kepada kemampuan, kemahiran atau kelayakan yang diperlukan dalam sesuatu bidang kerja masa hadapan.

(iv) Kesahan Serentak

Apakah kesahan serentak? Pernahkah anda menghadapi situasi di mana anda membina item-item ujian yang merangkumi aspek-aspek tertentu seperti terdapat dalam latihan harian pelajar, dan anda kemudian dapati bahawa pencapaian ujian mereka hampir serupa dengan latihan-latihan harian? Jika keadaan sebegini, ujian tersebut boleh dikatakan sebagai mempunyai kesahan serentak yang tinggi. Mengapa?

Ini kerana item-item ujian dapat mengesahkan pengukuran suatu ciri atau menunjukkan ketekalan dalam pengukuran. Contoh lain termasuklah kesahan serentak yang tinggi untuk ujian Matematiks dan Sains tetapi kesahan serentak yang rendah untuk ujian Matematiks dan Bahasa Inggeris.

(v) Kesahan Konstruk

Untuk memahami kesahan konstruk, anda harus terlebih dahulu memahami maksud konstruk. Satu konstruk didefinisikan sebagai kualiti psikologi yang menerangkan beberapa aspek tingkah laku. Contoh-contoh konstruk termasuklah kreativiti, kecerdasan, motivasi, keikhlasan, ketabahan, keresahan, kebolehan penaakulan, pemahaman membaca dan watak.

Kesahan konstruk didefinisikan sebagai proses menentukan takat mana prestasi ujian

(32)

32

seseorang pelajar boleh diinterpretasi berdasarkan satu atau lebih konstruk psikologikal. Ia merupakan suatu darjah di mana seseorang boleh membuat inferens beberapa konstruk dalam suatu teori psikologikal daripada skor ujian.

Bilakah kesahan konstruk penting? Kesahan konstruk penting untuk ujian-ujian yang mengukur ciri-ciri (Konstruk) seperti kecerdasan, motivasi, keasertifan dan sebagainya.

Sebagai contoh, seorang guru ingin membina satu ujian kertas dan pensil untuk mengukur kreativiti. Apabila dibina, ujian akan dianggap sebagai mempunyai kesahan konstruk jika skor ujian adalah berhubungkait dengan penghakiman yang dibuat berasaskan pemerhatian tingkah laku yang dikenal pasti sebagai kreatif. oleh teori psikologi.

Jika keputusan ujian tidak mencerminkan konstruk yang diperlukan, maka ia bukan alat yang sah. Sebagai contoh, satu ujian yang dibina untuk mengukur motivasi intrinsik di kalangan pelajar-pelajar tidak dapat diterima sebagai sah jika item-item didapati tidak mengukur motivasi ektrinsik juga.

Bolehkah anda beza kesemua jenis kesahan ujian? Ia penting untuk kita mengetahui bahawa setiap jenis kesahan mempunyai tujian tertentu dan terdapat faktor-faktor yang mempengaruhi kesahan ujian. Apakah faktor-faktor ini? Bolehkah anda menyenaraikan beberapa daripada faktor-faktor tersebut?

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Kesahan Ujian Antara beberapa faktor- faktor, termasuklah yang berikut:

• Arahan yang kurang jelas;

• Perbendaharaan kata dan struktur ayat sukar difahami;

• Ambiguiti;

• Masa yang diberikan tidak mencukupi;

• Aras kesukaran item ujian tidak sesuai;

• Item-item ujian tidak dibina dengan baik;

• Bilangan item yang tidak mencukupi;

• Susunan jawapan (item objektif) boleh diramalkan

• Kekaburan pernyataan dalam item ujian menyumbang kepada salahtafsiran dan kekeliruan.

(33)

33

Adakah anda tahu tentang implikasi-implikasi kesahan ujian? Kesahan ujian boleh menyediakan bukti konkrit untuk mempastikan takat di mana ujian-ujian boleh membekalkan data relevan untuk membuat keputusan masa hadapan berkait dengan tingkah laku-tingkah laku tertentu. Jika kesahan ujian rendah, ujian adalah tidak bermakna dan keputusan tidak mencerminkan kebolehan yang diuji.

1.4.2 Kebolehpercayaan

Apakah yang anda faham dengan kebolehpercayaan ujian? Untuk mendefinisikan kebolehpercayaan, kita harus tanya soalan ini - Adakah ujian mengukur apa yang ia sepatutnya mengukur dengan tepat dan tekal? Ketekalan pengukuran adalah penting, iaitu bagaimana konsisten skor-skor ujian atau keputusan-keputusan penilaian antara satu pengukuran dengan yang lain.

Secara ringkas, kebolehpercayaan ujian dirujuk kepada ketekalan prestasi pelajar dalam dua ujian yang sama yang ditadbir pada masa yang berlainan. Sebagai contoh, seorang calon memperoleh 80 markah untuk ujian Matematik dan kemudian memperoleh markah yang sama apabila ujian yang sama ditadbirkan selepas seminggu.

Dalam kes ini, ujian dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.

Mari kita memberi perhatian kepada sifat kebolehpercayaan. Pertama, kebolehpercayaan merujuk kepada keputusan yang diperolehi dengan satu instrumen penilaian, bukan kepada instrumen itu. Adalah sesuai untuk menyatakan bahawa kebolehpercayaan “skor ujian” atau “ pengukuran” daripada “ujian” atau “instrumen”

Kedua, satu anggaran kebolehpercayaan sentiasa merujuk kepada ketekalan tertentu.

Skor-skor ujian boleh dipercayai pada tempoh-tempoh masa yang berlainan terhadap sampel soalan yang berlainan, pelbagai pemeriksa dan sebagainya. Ketiga, kebolehpercayaan adalah satu keperluan tetapi bukan satu syarat yang cukup untuk kesahan. Satu ujian yang memberi keputusan yang tidak konsisten tidak mungkin merupakan maklumat sah tentang prestasi yang diukur. Pada satu pihak yang lain, keputusan-keputusan ujian yang konsisten mungkin mengukur sesuatu yang salah atau digunakan dalam cara yang tidak sesuai. Akhirnya, kebolehpercayaan ujian mudah dipengaruhi oleh faktor- faktor seperti emosi, tempat ujian, situasi sekitar, kesihatan, masa dan keselamatan item ujian.

Kaedah-Kaedah menentukan kebolehpercayaan

(34)

34 Secara umumnya, terdapat empat cara, iaitu,

• Uji- Ulang uji (test-retest)

• Cara bentuk setara (equivalent forms method)

• Cara bahagi dua (split half)

• Cara Kuder-Richardson

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Kebolehpercayaan

Beberapa faktor yang mempengaruhi kebolehpercayaan termasuk yang berikut:

• Panjang ujian. Semakin panjang ujian semakin boleh dipercayai ujian tersebut.

Ini kerana ujian yang lebih panjang akan membekalkan satu sampel soalan yang mencukupi tentang tingkah laku yang diukur, dan skor adalah sesuai dan kurang diseleweng oleh faktor-faktor peluang seperti meneka. Tambahan pula, ujian yang lebih panjang cenderong untuk mengurangkan pengaruh tekaan.

Dalam membina ujian, adalah penting untuk mengingati tentang pengaruh penjang ujian. Maka, ingat, jika ujian pendek diperlukan disebabkan had masa atau umur pelajar, anda harus adakah ujian yang lebih kerap.

• Sebaran skor. Semakin tersebar skor, semakin tinggi anggaran kebolehpercayaan. Apakah pandangan anda?

• Kesukaran ujian. Ujian rujukan norma yang terlalu mudah atau terlalu sukar untuk kumpulan ahli yang mengambilnya berkecenderungan menghasilkan skor yang mempunyai kebolehpercayaan yang rendah. Ini kerana kedua-dua ujian yang menghasilkan sebaran skor yang terhad. Untuk ujian yang mudah, skor- skor akan berada rapat sekali pada bahagian atas skala. Manakala, untuk ujian yang sukar, skor-skor berkelompok di bahagian bawah skala. Untuk kedua-dua ujian, perbezaan individu adalah kecil dan tidak boleh dipercayai. Ujian bilik darjah yang direkabentuk untuk mengukur perbezaan di kalangan pelajar harus Jika anda berminat untuk belajar tentang setiap kaedah, anda boleh baca

bahan bacaan yang relevan. Mari kita menyiasat beberapa faktor yang mempengaruhi kebolehpercayaan. Jika anda berminat untuk belajar tentang setiap kaedah, anda boleh baca bahan bacaan yang relevan. Mari kita menyiasat beberapa faktor yang mempengaruhi kebolehpercayaan.

(35)

35

dibina agar skor purata adalah 50% betul dan bezantara skor dari hampir sifir kepada markah penuh. Bolehkah anda cuba dan ingatkan ini?

• Keobjektifan ujian. Merujuk kepada takat mana skor-skor yang diperolehi memberi keputusan yang sama. Apabila item ujian objektif digunakan, skor yang dperolehi tidak dipengaruhi oleh penghakiman atau pendapat pemeriksa. Untuk ujian bilik darjah yang dibina oleh guru-guru, keobjektifan memainkan peranan penting. Dalam pengujian esei, ia bergantung kepada pemeriksa dan pemeriksa yang tidak konsisten akan mempengaruhi kebolehpercayaan pengukuran.

1.4.3 Keobjektifan

Bolehkah anda menerangkan kefahaman anda tentang keobjektifan? Satu ujian yang mempunyai keobjektifan yang tinggi merujuk kepada takat mana pemeriksa memberi markah yang sama kepada kertas jawapan ujian yang berlainan dengan jawapan – jawapan yang sama berdasarkan peraturan memberi markah. Jika keadaan sebegini, ujian tersebut dikatakan sebagai mempunyai keobjektifan yang tinggi.

Ujian objektif dikatakan mempunyai keobjektifan yang tinggi kerana pemeriksaan tidak dipengaruhi oleh faktor-faktor kemahiran dan emosi pemeriksa. Manakala, ujian subjektif mempunyai keobjektifan yang rendah kerana skor yang diberi mungkin akan berbeza daripada seorang pemeriksa dengan yang lain walau pun mereka diberi kertas jawapan yang sama.

Oleh yang demikian, bagaimanakah kita boleh cuba mempastikan keobjektifan dalam ujian subjektif? Ini boleh dilakukan dengan menyedia dan membekalkan peraturan memberi markah untuk digunakan oleh semua pemeriksa bagi sesuatu ujian berkenaan. Tambahan pula, pemeriksa boleh dilatih dan moderasi pemarkahan dilaksanakan untuk mengurangkan perbezaan dalam skor yang diberikan oleh mereka.

1.4.4 Kebolehtadbiran.

Apakah yang dimaksudkan dengan kebolehtadbiran sesuatu ujian? Ia sebenarnya merujuk kepada pelaksanaan ujian-ujian dalam bilik darjah atau dewan peperiksaan dengan lancar. Ini bermaksud ujian yang ditadbir harus memenuhi syarat-syarat dan keperluan untuk pengujian. Dalam perkataan lain, ia harus praktikal dan boleh diurus dengan mudah. Adakah anda setuju?

(36)

36

Faktor- Faktor yang mempengaruhi kebolehtadbiran

Apakah antara beberapa faktor yang mempengaruhi kebolehtadbiran? Ia merangkumi perkara-perkara berikut:

• Mudah dalam pentadbiran. Ini bermaksud arahan yang jelas dan mudah serta tempoh masa ujian perlu diberi perhatian. Ia merangkumi penyediaan dewan peperiksaan secara sistematik dan berkesan, pengagihan kertas peperiksaan, pengawasan dan pengumpulan kertas peperiksaan serta kertas jawapan

• Masa yang diperlukan untuk pentadbiran. Jika kita hendakkan pengukuran yang boleh dipercayai dalam bidang yang diliputi, kita perlu tingkatkan masa pengujian kerana kebolehpercayaan berkait secara langsung dengan panjangnya ujian.

• Kos pengujian.

Rumusan

Berdasarkan kepada perbincangan yang panjang berkait dengan pentaksiran,penilaian, pengukuran dan pengujian ini telah membuktikan bahawa pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan tidak akan bermakna jika kesemua pentaksiran dan sebagainya tidak dijalankan dengansebaiknya.

Tugasan Perbincangan

1.Dengan menggunakan jadual, bandingbezakan antara pengujian, pengukuran, penilaian dan pentaksiran.

2.Mengapakah kebolehpercayaan sangat penting dalam sesuatu pentaksiran. Berikan 5 sebab beserta contoh.

3.Bincangkan faktor-Faktor yang Mempengaruhi Kesahan Ujian yang dijalankan oleh Guru Pendidikan Islam.

TUGASAN

(37)

37

UNIT 2 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

HASIL PEMBELAJARAN UNIT

SINOPSIS

Kursus ini membincangkan konsep kaedah pentaksiran terkini dalam Pendidikan Islam dan

PENDAHULUAN

Pentaksiran dalam pendidikan ialah integrasi proses mengumpul maklumat tentang pembelajaran murid, memberi nilai kepada maklumat, menginterpretasi maklumat, membuat inferens, dan membuat keputusan tentang perkara yang perlu dilakukan terhadap murid untuk memperbaiki proses pembelajaran. Proses pengajaran, pembelajaran, dan pentaksiran berlaku secara timbal balik dan bersepadu. Hal ini bermakna seseorang guru membuat pentaksiran untuk mengetahui tahap penguasaan murid ketika mengajar. Di samping itu, guru akan menerapkan nilai-nilai murni dan

KANDUNGAN UNIT 1:

• Bidang Pembelajaran - Penguasaan Ilmu - Penguasaan Kemahiran - Penghayatan dan Amalan

• Pernyataan Standard Prestasi - Band

- Standard - Deskriptor - Evidens

• Tahap Kemahiran Aras 1-6 - Ilmu,

- Amali - Amalan - Iltizam - Penghayatan - Pentabiatan

PENDAHULUAN

Pentaksiran dalam pendidikan ialah integrasi proses mengumpul maklumat tentang pembelajaran murid, memberi nilai kepada maklumat, menginterpretasi maklumat, membuat inferens, dan

membuat keputusan tentang perkara yang perlu dilakukan terhadap murid untuk memperbaiki proses pembelajaran. Proses pengajaran, pembelajaran, dan pentaksiran berlaku secara timbal balik dan bersepadu. Hal ini bermakna seseorang guru membuat pentaksiran untuk mengetahui tahap penguasaan murid ketika mengajar. Di samping itu, guru akan menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak mulia yang bersifat holistik semasa proses tersebut berjalan. Proses pengumpulan maklumat

Di akhir topik ini, pelajar dapat :

1- Menghuraikan kaedah pentaksiran terkini dalam Pendidikan Islam 2. Menganalisis pernyataan standard prestasi dan enam tahap kemahiran

pernyataan standard prestasi dan enam tahap kemahiran.

(38)

38

akhlak mulia yang bersifat holistik semasa proses tersebut berjalan. Proses pengumpulan maklumat pembelajaran murid dilakukan dengan pelbagai cara sama ada secara formal atau tidak formal dengan menggunakan instrumen pentaksiran seperti ujian, soal selidik, amali, kerja kursus dan pemerhatian. Maklumat yang dikumpulkan akan dinilai dan diinterpretasikan supaya keputusan dapat dibuat tentang kebolehan seseorang murid dalam pembelajaran.

2.1 Bidang Pembelajaran

Tumpuan penguasaan pelajar dalam pembelajaran Pendidikan Islam ialah kepada 3 perkara iaitu:

a) Penguasaan Ilmu b) Penguasaan kemahiran

c) Penguasaan amalan dan penghayatan

2.1.1 Penguasaan Ilmu

Murid dapat menguasai pengetahuan dalam setiap kandungan yang dipelajari mengikut keupayaan masing-masing seperti dalam bentuk fakta tentang definisi aqidah, ibadah, rukun, syarat , hukum dan sebagainya.

Bidang Pembelajaran Yang Diuji

DIMENSI PROSES KOGNITIF Kategori & Proses

Kognitif

Nama Alternatif Definisi Dan Contoh

1 MENGINGAT - Mendapat kembali pengetahuan yang berkaitan daripada memori jangka panjang

1.1 MENGECAM Mengenal pasti Mencari pengetahuan dalam ingatan jangka panjang yang konsisten dengan bahan yang dipersembahkan (seperti mengenal pasti tarikh peristiwa penting dalam sejarah A.S) 1.2 MENGINGAT

KEMBALI

Mendapatkan kembali

Mendapatkan kembali pengetahuan berkaitan (seperti mengingat kembali tarikh penting dalam sejarah A.S)

2. PEMAHAMAN - Membina makna daripada mesej pengajaran, termasuk lisan, bertulis dan komunikasi grafik

2.1 PENTAFSIRAN Penjelasan, Parafrasa, Pewakilan, Penterjemahan

Berubah daripada satu bentuk perwakilan (contohnya numerikal) ke bentuk lain (seperti verbal) (contohnya memparafrasakan ucapan dan dokumen penting)

2.2 PENCONTOHAN Mengilustrasikan, Memberikan

Mencari contoh yang khusus atau ilustrasi sesuatu konsep atau prinsip (contoh;

(39)

39

contoh memberikan contoh pelbagai gaya lukisan artistik)

2.3 MENGELASKAN Pengkategorian Penggolongan

Menentukan bahawa sesuatu tergolong dalam sesuatu kategori (contoh konsep atau prinsip) (contohnya mengelaskan kes-kes gangguan mental yang diperhatikan atau diperihalkan)

2.4 MERINGKASKAN Pengabstrakan Generalisasi

Pengabstrakan tema umum atau titik utama (contohnya menulis ringkasan pendek peristiwa yang digambarkan pada pita video) 2.5 MEMBUAT

KESIMPULAN

Menyimpulkan, Penentuluaran, Penentudalaman, Meramalkan

Menghasilkan satu kesimpulan logik daripada maklumat yang disampaikan (contohnya, dalam pembelajaran bahasa asing, membuat kesimpulan prinsip tatabahasa daripada contoh)

2.6 MEMBANDING Mengkontraskan Pemetaan Pemadanan

Mengesan hubungan antara dua idea, objek dan sebagainya (contohnya, membandingkan peristiwa-peristiwa sejarah dengan situasi- situasi kontemporari)

2.7 MENJELASKAN Membina model Membina satu model sebab dan akibat sesuatu sistem (seperti menerangkan sebab- sebab kepentingan peristiwa pada abad ke 18 di Perancis)

3

APLIKASI - Menjalankan atau menggunakan prosedur dalam sesuatu keadaan tertentu

3.1 MELAKUKAN Menjalankan Mengaplikasikan satu prosedur bagi satu tugas yang biasa (contohnya, bahagikan satu nombor bulat dengan nombor bulat lain, kedua-duanya dengan pelbagai angka)

3.2 MELAKSANAKAN Menggunakan Menggunakan pengetahuan (selalunya berbentuk prosedur) untuk satu tugas yang bukan rutin. (Contohnya, penggunaan Hukum Newton Kedua dalam situasi di mana ianya sesuai)

4 MENGANALISA - memecahkan sesuatu perkara kepada bahagian-bahagiannya dan menentukan bagaimana bahagian-bahagian berkenaan berkait dengan satu sama lain serta kepada struktur atau tujuan keseluruhan

4.1 MEMBEZAKAN Mendiskriminasi, Membezakan, Memberi

tumpuan, Memilih

Membezakan antara bahagian relevan dengan tidak relevan atau bahagian penting dengan bahagian tidak penting yang dibentangkan (contohnya, bezakan antara nombor yang relevan dan tidak relevan dalam masalah perkataan matematik)

4.2 MENYUSUN Mencari kepaduan,

Mengintegrasikan, Merangka,

Penghuraian, Penstrukturan

Menentukan bagaimana unsur-unsur menepati atau berfungsi dalam sesuatu struktur (contohnya, bukti struktur dalam keterangan sejarah kepada bukti yang menyokong dan menentang penjelasan sejarah tertentu.)

4.3 PENYIFATAN Dekonstriksi Menentukan sudut pandangan, bias, nilai- nilai, atau ada niat yang mendasari bahan yang dibentangkan (contohnya, tentukan pandangan penulis daripada esei dari segi perspektif politik beliau)

(40)

40

5 MENILAI - membuat pertimbangan berdasarkan kriteria dan standard 5.1 MENYEMAK Menyelaras,

Menguji, Mengesan, Memantau

Mengesan ketidakselarasan atau kesilapan dalam proses atau produk. Menentukan sama ada proses atau produk mempunyai ketekalan dalaman; mengesan keberkesanan prosedur semasa ia sedang dilaksanakan. (contohnya, tentukan sekiranya kesimpulan seorang saintis itu mengikuti data yang diperhatikan)

5.2 KRITIKAN Mengadili Mengesan ketidakseragaman antara produk dan kriteria luaran, menentukan sama ada produk yang mempunyai ketekalan luaran;

mengesan kesesuaian sesuatu prosedur untuk tugas atau masalah yang diberikan (contohnya, tentukan yang mana satu antara dua kaedah merupakan cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah yang diberikan)

6 MENCIPTA - menggabungkan elemen bersama-sama untuk membentuk satu

keseluruhan yang koheren atau berfungsi; menyusun semula elemen-elemen ke dalam corak baru

6.1 MENJANA Menghipotesis Tampil dengan alternatif atau hipotesis berdasarkan kriteria (contohnya, hipotesis untuk menjelaskan fenomena yang diperhatikan)

6.2 MERANCANG Mereka bentuk Merangka prosedur untuk menyempurnakan beberapa tugas (contohnya, merancang kertas penyelidikan mengenai topik sejarah yang diberikan)

6.3 MENGHASILKAN Membina Mencipta produk (contohnya, membina habitat untuk tujuan tertentu)

2.1.2 Penguasaan Kemahiran

Objektif bidang Kemahiran psikomotor memberi penekanan kepada perkembangan pergerakan anggota seseorang pelajar secara sistematik. Dalam pengajaran, guru berusaha untuk memastikan pelajar melakukan sesuatu aktiviti atau tindakan yang melibatkan anggota zahir secara teratur dan betul.

Dalam pendidikan Islam, penilaian yang boleh dilakukan dalam bidang penguasaan kemahiran ini dapat ditunjukkan secara khusus melalui pemerhatian terhadap tingkah laku pelajar semasa melaksanakan amali seperti wuduk, solat, tilawah dan hafazan al-Qur’an, tayammum, menyuci najis dan lain-lain. Penguasaan pelajar terhadap kemahiran tersebut biasanya menggunakan alat ukur seperti senarai semak dan borang pemerhatian.

(41)

41

Objektif bidang kemahiran intelektual pula melibatkan kemampuan pelajar, pertama: menggunakan alat-alat berfikir (KBKK) bagi memahami, mengaplikasi, membuat analisis, mensintesis, menyelesaikan masalah serta menilai, dan kedua:

mengaplikasikan kemahiran-kemahiran belajar seperti mencatat nota, mengingat, menghafaz dan lain-lain.

2.1.3 Penguasaan Penghayatan Dan Amalan (Afektif)

Objektif bidang penghayatan dan amalan memberi penekanan kepada perkembangan perasaan, emosi, sikap dan nilai seseorang pelajar. Guru atau pensyarah akan berusaha menerapkan dan mengembangkan perasaan, emosi,sikap dan nilai positif dalam kalangan pelajar melalui pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Satu cara pengelasan objektif aras taksonomi afektif adalah berdasarkan kategori yang dibina oleh Krathwohl.et.al (1964) seperti rajah di bawah:

Taksonomi afektif Krathwohl,et.al (1964) ini menjelaskan satu proses di mana proses penerimaan bermula dengan kesedaran dan keprihatinan seseorang terhadap wujudnya sesuatu rangsangan. Sebagai contoh: Pada akhir pengajaran, pelajar sedar tentang kewujudan malaikat dan tugas-tugasnya dalam melaksanakan perintah Allah s.w.t. terhadap makhlukNya. Kata tugas yang sesuai untuk aras penerimaan ini ialah:

Menamakan

Memberitahu

Mengenal

Memilih

Menerangkan

Gerak balas

(42)

42

Proses penerimaan berbentuk pasif ini diikuti dengan kesanggupan untuk mendengar dan bertindakbalas dengan rangsangan tersebut. Sebagai contoh: Pelajar dapat membezakan antara akhlak yang baik dengan akhlak yang buruk. Kata tugas yang sesuai yang sesuai untuk aras gerak balas antaranya ialah:

menerangkan

membezakan

menyelesaikan

mencadangkan

melaporkan

Menilai

Aras afektif menilai menekankan penilaian dan penghargaan pelajar terhadap sesuatu rangsangan. Pada aras ini pelajar berupaya membuat pertimbangan terhadap sesuatu aktiviti berasaskan nilai kepada diri sendiri. Sebagai contoh: Pelajar dapat menunjukkan tingkah laku yang baik sebagaimana yang dituntut oleh agama Islam. Kata tugas yang sesuai untuk soalan aras penilaian ialah:

menunjukkan

membezakan

mencadangkan

mengamalkan

menyelesaikan

menggunakan Penyusunan

Aras objektif afektif penyusunan menekankan proses penyusunan semula idea, sikap dan kepercayaan seseorang terhadap suatu rangsangan dengan sistem nilai yang sedia ada pada dirinya. Sebagai contoh: Pada akhir pengajaran, pelajar dapat menyatakan nilai-nilai murni yang perlu diterapkan bagi membentuk masyarakat madani. Pada peringkat penyusunan ini idea-idea yang bernilai disusun bagi memastikan ketekalan dan kesesuaiannya antara satu nilai dengan nilai yang lain. Di antara soalan ujian yang sesuai dengan aras penyusunan ialah:

(43)

43

mengenalpasti

mengaitkan

membandingkan

menjelaskan

menyusun

mengubah

menyatukan Perwatakan

Aras tertinggi domain afektif perwatakan menekankan ketekalan tingkah laku dengan sistem nilai yang dianuti oleh seseorang. Sebagai contoh: Pada akhir pelajaran ini pelajar dapat mengamalkan nilai-nilai murni masyarakat madani. Individu yang berada pada peringkat perwatakan mengotakan apa yang dikata. Kita tidak mengharapkan pendidik merubah tingkah laku pelajar melalui pengajaran yang diajar di dalam kelas dalam tempoh kurang setahun. Namun, taksonomi afektif memberi implikasi yang penting bagi merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran pendidik. Antara kata tugas yang sesuai digunakan bagi soalan ujian yang mengukur aras perwatakan ialah;

membezakan

mencadangkan

menunjukkan

menggunakan

menyelesaikan

mengamalkan

Referensi

Dokumen terkait