• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 PENGENALAN

Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah adalah unsur penting dalam pengajaran bahasa. Istilah pentaksiran digunakan dalam menyatakan pelaksanan pengujian bahasa. Pelajar bahasa menguji pencapaian bahasanya pada setiap masa terutama semasa mereka bertutur. Mereka boleh menilai perkara yang dituturkan sama ada menepati kehendak pendengar. Ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan di bilik darjah, guru perlu mendapatkan maklumat tentang pencapaian murid-muridnya untuk mengukur pencapaian murid melalui penilaian berterusan. Penilaian hendaklah dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P & P), bukannya semata-mata dijalankan melalui ujian dan peperiksaan sahaja. Ia merupakan satu proses pengumpulan maklumat berkenaan dengan kemajuan dan prestasi pelajar. Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan penekanan kepada empat konsep utama iaitu pentaksiran, pengujian, penilaian dan perkaitan dan perbezaan antara pentaksiran, pengujian dan penilaian. Maka, guru harus lebih memahami keempat-empat konsep tersebut.

Rajah

1 : Konsep Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Pentaksiran Bahasa Melayu

Sekolah Rendah Pentaksiran Bahasa Melayu

Sekolah Rendah

Pentaksiran

Pentaksiran PengujianPengujian PenilaianPenilaian

Perkaitan Dan Perbezaan

Antara Pentaksiran, Pengujian dan

Penilaian Perkaitan Dan

Perbezaan Antara Pentaksiran, Pengujian dan

(2)

2.0 PENTAKSIRAN

Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya melakukan penghakiman tentang sesuatu produk pendidikan. Maklumat yang diperolehi haruslah meliputi hal-hal berkaitan topik, bukti dan prestasi. Manakala, penghakiman pula melibatkan hal-hal seperti pertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan. Produk pendidikan pula melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai. Terdapat beberapa aspek utama dalam pentaksiran, antaranya ialah :

1. Instrumen

2. Kumpulan yang ditaksir 3. Respon

4. Kumpulan yang menaksir 5. Skor

(3)

3.0 PENGUJIAN

pentaksiran tertentu. Rajah di bawah akan menunjukkan lima kaedah yang sesuai digunakan ketika melakukan pentaksiran, iaitu :

Rajah 2 : Kaedah Pentaksiran

Mengikut R. M Gagne dalam bukunya The Conditions Of Learning, pengujian ialah suatu cara yang sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku seseorang individu. Di dalam sesebuah kelas, pengujian ini digunakan untuk mengukur perubahan tingkah laku yang berkaitan dengan aktiviti pembelajaran pelajar-pelajar. Ia merupakan sebagai sesuatu alat pengukuran dengan tujuan mendapat maklumat tentang pencapaian pelajar-pelajar daripada pelbagai bidang kognitif, psikomotor ataupun afektif. Dalam pengujian bahasa, pelajar dan guru bahasa memerlukan data yang boleh digunakan bagi merancang pengajaran dan pembelajaran terutama setelah dikenal pasti daerah kelemahan yang memerlukan perhatian.

Kaedah Pentaksiran

Kaedah Pentaksiran

Kaedah Portfolio

Kaedah Portfolio

Kaedah Pertimbangan

Profesional Kaedah Pertimbangan

Profesional

Kaedah Pemerhatian

Kaedah Pemerhatian Kaedah

Penulisan Kaedah Penulisan

(4)

4.0 PENILAIAN

Pengujian memerlukan pelajar menunjukkan secara eksplisit, seperti menjawab secara lisan atau bertulis atau mendemontrasikan, perubahan tingkah laku berkaitan dengan perkara-perkara yang telah dipelajarinya. Oleh itu, di dalam proses pengujian, pemerhatian dan ujian formal biasanya digunakan sebagai alat pengukuran. Proses pengujian biasanya dimulakan dari peringkat persediaan, diikuti dengan peringkat pelaksanaan dan diakhiri dalam peringkat pemeriksaan. Ia dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu sebelum, semasa dan selepas sesuatu pengajaran. Melalui proses pengujian ini, seseorang guru akan mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah berjaya menguasai kemahiran atau memperolehi ilmu pengetahuan yang telah dipelajari.

Terdapat empat tujuan utama pengujian, iaitu :

1. Mengesan hasil pembelajaran yang telah dicapai

2. Mengesan kemajuan yang telah diperoleh tentang pencapaian hasil-hasil pembelajaran yang lain

3. Ujian penempatan akan menentukan kemahiran dan penguasaan sedia ada murid sebelum pengajaran

4. Ujian diagnostik menentukan punca masalah pembelajaran dan dengan itu membantu guru menentukan teknik pemulihan yang perlu digunakan.

(5)

information for judging decision alternatives’. Di mana, ia adalah proses menentukan, mendapatkan dan memeberi maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan menegenai tindakan selanjutnya. Terry D. TenBrink (1974:8) pula menyatakan bahawa penilaian adalah suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.

Penilaian merupakan satu proses atau aktiviti yang bersistematik untuk memperoleh maklumat kuantitatif yang berguna dalam menentukan sesuatu prestasi. Ia adalah satu proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seseorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum. Pentafsiran penilaian berdasarkan data kuantitatif dan penghuraian kualitatif. Ia boleh dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu sesi pengajaran guru. Ia boleh diajalankan berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik atau kepada keseluruhan kurikulum.

Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) semakan 2003 dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (mulai 2011), penilaian merupakan satu proses untuk menguji, mengukur dan membuat pertimbangan tentang kebolehan atau kemahiran dan kefahaman murid berdasarkan objektif pengajaran dan pembelajaran. Dalam program KBSR, Terdapat tiga jenis aktiviti penilaian seperi yang digambarkan di dalam jadual di bawah:

Jenis Aktiviti

Penilaian Huraian

Penilaian Mengesan Penguasaan

 Penilaian ini dijalankan ketika guru berada di dalam bilik

(6)

murid dalam sesuatu kemahiran yang sedang diajarkan, supaya kelemahan itu dapat dibetulkan dengan serta merta.

Penilian Mengesan Kemajuan

 Gaya penilian ini dilakukan selepas beberapa kemahiran

dalam sesuatu topik telah selesai diajarkan. Penilaian ini bertujuan untuk mengesan kemajuan murid tentang kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari supaya dapat menentukan siapa yang memerlukan aktiviti pengayaan dan pemulihan.

Penilaian Mengesan Pencapaian

 Penilaian ini dijalankan selepas guru telah mengajar

beberapa topik pelajaran, biasanya dalam tempoh satu penggal. Tujuan penilaian ini diadakan adalah untuk mengesan pencapaian murid dalam beberapa topik pelajaran untuk menentukan kedudukan murid-murid dalam kumpulan masing-masing.

Terdapat juga beberapa kepentingan penilaian ujian di dalam bilik darjah, antaranya ialah:

i. Mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada pelajar-pelajar dalam perkara yang hendak diajar.

ii. Menolong guru-guru mengetahui sejauh manakah pelajar-pelajar mereka telah dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah disampaikan.

iii. Membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan teman-teman sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah.

iv. Menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang amat lemah dalam pencapaian mereka.

(7)

5.0 PERKAITAN ANTARA PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

vi. Membolehkan pelajar mengetahui kelemahan-kelemahan mereka dalam sesuatu kemahiran atau bidang itu dan segera pula memperbaikinya.

Rajah 3 : Perkaitan antara Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian

Berdasarkan rajah di atas, kita dapati ketiga-tiga konsep berkenaan mempunyai perkaitan rapat dalam proses mendapatkan tahap keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan atau objektif sesuatu penghakiman produk P&P membabitkan ketiga-tiga aspek berkenaan. Perkaitan antara pentaksiran, pengujian dan penilian ditunjukkan melalui enam aspek iaitu definisi, tujuan, cara, masa, liputan dan keputusan. Enam aspek ini adalah seperti jadual di bawah :

Aspek Pentaksiran Pengujian Penilaian Perkaitan

1. Definisi Proses untuk menentukan

Sabagai alat pengukuran

Proses untuk menentukan

Peranan ketiga-tiga konsep Penilaian

(8)

peringkat

2. Tujuan Melakukan

pengelasan

3. Cara Dijalankan

(9)

4. Masa Dijalankan

5. Liputan Terhad kepada sesuatu hungga ke ciri terbesar untuk penilaian yang meliputi

keseluruhan kurikulum

(10)

6.0 PERBEZAAN ANTARA PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

Perkara Pentaksiran Pengujian Penilaian

1. Pengertian Proses menentukan

peringkat

2. Tujuan Membuat

perbandingan

3. Kegunaan Untuk pengelasan,

(11)

7.0 JENIS- JENIS UJIAN

dan untuk penyelidikan.

kelemahan dan membuat ramalan.

4. Bentuk Ujian bertulis

dengan markah dan

5. Masa Selepas beberapa

pelajaran

Selepas sesuatu atau beberapa pelajaran

Sebelum, semasa dan selepas satu atau beberapa

(12)

pendidikan. Berbagai-bagai jenis ujian dapat digunakan dengan berkesan sekiranya dirancang dengan baik dan sesuai pula dengan kemahiran yang hendak diuji. Dalam pengajaran pembelajaran bahasa KBSR dan KSSR, penguasaan murid-murid terhadap kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis perlu diuji dengan menggunakan pelbagai jenis ujian dan teknik pembinaan item ujian yang sesuai. Terdapat dua jenis ujian yang baiasa digunakan iaitu :

1. Ujian Kertas – Pensel

Ujian kertas pensel melibatkan kemahiran penggunaan perkataan dalam bahasa. Murid perlu menguasai kemahiran membaca arahan dan kefahaman soalan serta kemahiran menulis dengan menggunakan alat tulis. Kecuali ujian lisan dan amali, kebanyakan ujian yang diadakan dalam bilik darjah adalah dalam bentuk ujian kertas-pensel. Ujian ini sangat sesuai digunakan untuk menguji kefahaman dan penguasaan kemahiran, khasnya dalam bidang kognitif. Ujian jenis ini bukan sahaja sesuai ditadbirkan secara rasmi, tetapi juga boleh digunakan untuk menguji bidang secara meluas. Terdapat dua jenis ujian kertas-pensel yang biasa digunakan dalam sekolah iaitu:

A. Ujian Objektif

Ujian objektif terdiri daripada soalan-soalan yang hanya memerlukan jawapan pendek atau memberi respon kepada gerak balas–gerak balas yang merupakan jawapan-jawapan soalan disediakan terlebih dahulu. Item jenis ujian objektif ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau yang paling baik. Antara item ujian ini termasuklah item jawapan pendek, item jenis padanan, item jenis aneka pilihan dan kloz. Pada amnya, ujian objektif ini boleh disediakan dalam dua bentuk, iaitu Item Respon Bebas dan Item Respon Tetap.

Item Respon Bebas

Menggunakan soalan yang memerlukan jawapan ringkas sahaja. Contoh:

a) Apakah lawan bagi perkataan rajin? (malas)

b) Apakah makna simpulan bahasa kaki ayam? (tidak memakai kasut)

(13)

Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan betul atau paling tepat. Jawapan mungkin dipilih daripada dua atau lebih pilihan. Item-item itu ialah format salah-betul, padanan dan aneka pilihan.

B. Ujian Subjektif

Ujian subjektif pula dikenali sebagai ujian esei iaitu ujian yang memerlukan murid memberi jawapan dalam bentuk perkataan atau karangan dengan tulisan sendiri. Jawapan tersebut boleh dinyatakan dalam ayat, perenggan atau karangan yang lengkap. Ciri utama ujian subjektif ialah memberi kebebasan murid menjawab soalan, iaiatu murid bebas memilih, merancang dan menyusun isi jawapan mengikut pendapat dan idea sendiri. Soalan jenis subjektif terbahagi kepada beberapa pecahan seperti berikut:

i. Item jenis struktur ii. Item jenis esei iii. Pembinaan ujian

2. Bentuk Ujian Bukan Bertulis

a) Ujian Lisan

Ujian jenis ini sesuai dijalankan secara individu, khasnya bagi mata pelajaran Bahasa, Agama Islam dan Pendidikan Moral. Penilaian menggunakan ujian lisan boleh dijalankan dengan penggunaan teknik perbincangan dan temu bual. Bagi teknik ini, tajuk dan tema yang dipilih hendaklah sesuai dengan kebolehan, jantina dan tempat tinggal murid serta dijauhi daripada isu-isu yang sensetif dari segi agama, budaya dan sosial. Ia juga boleh disediakan dengan menggunakan pernyataan ringkas dan jelas, gambar atau ilustrasi yang menarik dan boleh merangsangkan pemikiran murid.

b) Ujian Bacaan

(14)

8.0 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

Jadual Spesifikasi Ujian atau JSU merupakan aspek penting dalam penyediaan sesuatu ujian. Guru-guru di sekolah seringkali membina soalan-soalan ujian secara spontan dan tidak terancang. Ujian yang tidak mempunyai perancangan biasanya tidak mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Cara yang baik untuk merancang sesuatu ujian adalah dengan menyediakan JSU yang merupakan rancangan persediaan item/soalan. JSU dikenali juga sebagai Test Blue Print dan Test Specification. JSU merupakan matrik dua paksi iaitu paksi “Kandungan” (menegak) dan paksi “Aras Kemahiran” (melintang).

Jadual Spesifikasi ujian (JSU) yang dulu dikenali sebagai Jadual Penentuan Ujian (JPU), adalah satu senarai objektif pengajaran dan aras pemahaman yang hendak diuji dan menjadi satu panduan untuk menghasilkan satu set soalan yang mempunyai item-item soalan. Ia juga menghurai aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta memberi panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan.

Kebiasaannya Jadual Spesifikasi Ujian mempunyai maklumat seperti berikut:

i. Kandungan ujian yang berupa topik-topik pelajaran.

ii. Aras kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan.

iii. Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajarkan.

iv. Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus dan lain-lain.

v. Bilangan item mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran.

vi. Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20% - 80%.

Terdapat beberapa fungsi Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). Anataranya ialah:

1. Ujian dapat dibina secara terancang dan sistematik.

2. Sebagai panduan kepada penggubal soalan agar memudahkan membina soalan. 3. Menentukan bidang atau topik-topik dan objektif pengajaran yang perlu diuji. 4. Menentukan bidang / topik-topik dan pemberatan yang akan diberi.

5. Menentukan aras soalan dan bilangannya.

(15)

9.0 PENUTUP

7. Menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.

8. Membolehkan perbandingan dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain. 9. Membolehkan ujian dibina oleh penggubal-penggubal lain.

Terdapat beberapa Kepentingan JSU. Anataranya ialah:

1. Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan. 2. Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.

3. Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran.

4. Menentukan perimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran yang diuji. 5. Kertas ujian dapat digubal secara sistematik.

6. Kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran adalah terjamin. 7. Memberi panduan untuk membentuk format ujian.

8. Memberi panduan untuk membentuk soalan.

9. Menstabilkan taraf serta aras kesukaran ujian dari tahun ke tahun. 10.Mengambil kira bilangan masa yg diperuntukkan untuk sesuatu topik. 11.Membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yg lain.

12.Taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang dan ujian meliputi keseluruhan sukatan pelajaran.

13.Menjadikan soalan-soalan Bahasa Melayu lebih menarik.

(16)

REFLEKSI

Umumnya, Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah sememangnya salah satu konsep atau proses yang perlu dilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Setiap guru perlu memahami dan mengetahui tentang tiga konsep utama dalam Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah iaitu Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian. Ketiga-tiga konsep ini penting dijalankan untuk mengukur pencapaian murid di dalam bilik darjah atau di antara kelas serta dapat memperbaiki cara seorang guru melakukan penyampaian pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah. Melalui tugasan ini, sebagai seorang guru saya lebih

memahami tentang kepentingan ketiga-tiga konsep ini. Melalui sumber rujukan daripada beberapa buah buku dan sumber internet yang saya perolehi, telah memudahkan saya mencari maklumat yang berkaitan dan membantu saya lebih memahami tentang ketiga-tiga konsep ini, disamping dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Salah satu maklumat yang penting telah saya perolehi daripada hasil tugasan ini adalah mengenai kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). Memang tidak dinafikan, guru-guru di sekolah kadang-kadang membina soalan-soalan ujian secara spontan dan tidak terancang. Ini menyebabkan ujian yang dijalankan mendapat tindak balas atau keputusan yang tidak tepat dan tidak membantu meningkatkan pencapaian atau prestasi murid. Melalui tugasan ini saya mengetahui cara yang baik untuk merancang sesuatu ujian adalah dengan meneyediakan JSU yang merupakan rancangan persediaan item / soalan agar ujian yang dijalankan mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan. Tugas seorang guru bukan sahaja mendidik pelajar tetapi juga menilai prestasi pelajar dan memperbaiki kelemahan mereka dari segi cara pembelajaran.

(17)

RUJUKAN

RUJUKAN

Abdullah Hassan. (1996). Isu-isu Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1993). Bahasa Melayu Untuk Maktab Perguruan. Kuala Lumpur : Fajar Bakti

Jadual Spesifikasi Ujian. Dicapai pada 15 Februari 2014 daripada http://raznizamohammadbmm.blogspot.com/

Modul BMM 3103 Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Dicapai pada 15 Februari 2014 daripada http://afiqekie.files.wordpress.com/2012/12/09-bahan-bacaan.pdf

(18)

Mok Soon Sang. (2004). Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan Skim Perkhidmatan Guru Bahagian II : Kompetensi Dan Pembelajaran. Subang Jaya, Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Tuan Jah Tuan Yusof & Faridah Nazir. (2012). Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Puchong, Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Referensi

Dokumen terkait

Sesuai dengan hasil analisis data yang diperoleh dari hasil tes keterampilan menulis puisi siswa kelas III Sekolah Dasar Negeri 09 Pontianak Tenggara, maka disimpulkan

Kelayakan konseptual dan operasional “perang- kat instrumen pengembangan kompetensi kon- selor berdasarkan Standar Kompetensi Konselor Indonesia” yang dihasilkan dalam

In this chapter, we explore what metrics will maximize the delivery of business value, support dealing honestly with ambiguity, foster trust and collaboration, and not take away

Hasil pembelian CP (dalam bentuk hardcopy ) yang telah diperiksa KSEI harus diserahkan oleh Arranger atau Agen Penjualan kepada KSEI dengan menggunakan surat pengantar

Sedangkan analisis terhadap skala prioritas alternatif, menunjukkan bahwa urutan alternatif yang paling penting untuk lebih dahulu dilaksanakan, berdasarkan nilai bobot,

Judul Tesis : HUBUNGAN SOSIAL EKONOMI DAN INTAKE ZAT GIZI DENGAN TINGGI BADAN ANAK BARU MASUK SEKOLAH (TBABS) PADA DAERAH ENDEMIS GAKY DI KECAMATAN PARBULUAN

 Warga Negara atau Penduduk atau Institusi Amerika Serikat Pengendali tidak akan mengajukan tuntutan hukum berupa apapun juga (termasuk tuntutan ganti rugi) kepada BPAM dan BPAM

Lapisan tipis klorofil bayam pada penelitian ini memiliki nilai absorbansi yang berbeda dibandingkan dengan hasil pengukuran absorbansi larutan klorofil. Nilai absorbansi yang