• Tidak ada hasil yang ditemukan

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH"

Copied!
55
0
0

Teks penuh

(1)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMAHIRAN HIDUP ASAS

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

(2)
(3)

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

PENDIDIKAN KHAS

(MASALAH PEMBELAJARAN)

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

KEMAHIRAN HIDUP ASAS

TAHUN ENAM

(4)

HakCiptaTerpelihara.

Tidakdibenarkanmengeluarulangmana-manabahagianartikel,

ilustrasi

da

nisi

kandunganbukuinidalamapajuabentukdandengancaraapajuasamaadasecaraelektronik,

fotokopi,

mekanik,

rakamanataucara

lain

sebelummendapatkebenaranbertulisdaripadaPengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, KementerianPendidikan Malaysia, Aras 4-5,

Blok E9, Parcel E, KompleksPentadbiranKerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

(5)

RUKUN NEGARA

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

PENDAHULUAN 1 MATLAMAT

OBJEKTIF

STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG 2 KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD 3 KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM (EMK) 4 FOKUS MATA PELAJARAN : KEMAHIRAN HIDUP ASAS 6 KOMPONEN MASAKAN

KOMPONEN JAHITAN

KOMPONEN PERKEBUNAN 7 KOMPONEN PENTERNAKAN HAIWAN

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 8 RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI) 9 PENTAKSIRAN SEKOLAH

PENTAKSIRAN RUJUKAN STANDARD 10 TAFSIRAN UMUM DAN TAFSIRAN MATA PELAJARAN 11 PELAKSANAAN PdP DAN PENTAKSIRAN SEKOLAH 12 DOKUMEN STANDARD KURIKULUM & PENTAKSIRAN KEMAHIRAN HIDUP ASAS ( MASAKAN ) 16 – 22 DOKUMEN STANDARD KURIKULUM & PENTAKSIRAN KEMAHIRAN HIDUP ASAS ( JAHITAN ) 24 – 34 DOKUMEN STANDARD KURIKULUM & PENTAKSIRAN KEMAHIRAN HIDUP ASAS ( PERKEBUNAN ) 36 – 42 DOKUMEN STANDARD KURIKULUM & PENTAKSIRAN KEMAHIRAN HIDUP ASAS ( PENTERNAKAN ) 44 – 50

(6)

1

PENDAHULUAN

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) lebih berfokus kepada penguasaan kemahiran bagi memenuhi keperluan individu, tidak terlalu menekankan akademik dan tidak membebankan murid. Ini selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.

Bagi memenuhi keperluan individu, proses pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran dibentuk secara fleksibel dan ini bertepatan dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan “ guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik

pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas”.

KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dibina dengan hasrat pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat

diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga menyediakan pendidikan berkualiti untuk murid bermasalah pembelajaran supaya mereka menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berjaya dalam kehidupan.

MATLAMAT

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) digubal dengan matlamat untuk mengembangkan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu serta bersesuaian dengan tahap kefungsian murid. Perkembangan ini juga meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

OBJEKTIF

KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) bertujuan membimbing murid agar berupaya;

i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna serta menjadi warganegara yang berguna

ii. mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat berdikari dalam kehidupan seharian

(7)

2

iii. memperoleh kemahiran dan keterampilan ke arah kehidupan berkerjaya

iv. mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri dengan sempurna

v. menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila masyarakat majmuk

vi. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian bagi yang beragama Islam

vii. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian viii. melibatkan diri dalam aktiviti riadah

ix. menghargai keindahan alam dan warisan budaya

x. menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi seiring dengan perkembangan semasa

STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG

Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang dibina bagi membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan berketerampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Domain bagi setiap tunjang adalah: i. Komunikasi

ii. Kerohanian, Sikap dan Nilai iii. Kemanusiaan

iv. Sains dan Teknologi

v. Perkembangan Fizikal dan Estetika vi. Keterampilan Diri

(8)

3

KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Standard Kandungan

Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Standard Pembelajaran

Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap Standard Kandungan.

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

Kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yang seimbang, berdaya tahan, bersifat ingin tahu, berprinsip,

bermaklumat, dan patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir, berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan. Kemahiran abad ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu setiap murid akan mempunyai kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, identiti sosial, pengetahuan dan kemahiran berfikir.

Kemahiran berfikir telah ditekankan di dalam kurikulum sejak tahun 1994 dengan memperkenalkan Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK). Kemahiran berfikir ini menekan kepada pemikiran dari aras rendah sehingga aras tinggi. Bermula pada tahun 2011, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah memberi penekanan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. KBAT adalah merujuk kepada kemahiran mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta seperti Jadual 1.

(9)

4

KBAT Penerangan

Mengaplikasi Menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan nilai dalam situasi berlainan untuk melaksanakan sesuatu perkara

Menganalisis Mencerakinkan maklumat kepada bahagian kecil untuk memahami dengan lebih mendalam serta hubung kait antara bahagian berkenaan

Menilai Membuat pertimbangan dan keputusan menggunakan pengetahuan, pengalaman, kemahiran, dan nilai serta memberi justifikasi

Mencipta menghasilkan idea atau produk atau kaedah yang kreatif dan inovatif

Jadual 1: Penerangan KBAT

Kemahiran ini ditulis secara eksplisit di dalam setiap kurikulum mata pelajaran.

KBAT boleh diaplikasikan di dalam bililik darjah melalui aktiviti berbentuk menaakul, pembelajaran inkuiri, penyelesaian masalah dan projek. Guru dan murid perlu menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan Thinking Hats serta penyoalan aras tinggi di dalam dan di luar bilik darjah untuk menggalakkan murid berfikir. Murid diberi tanggungjawab di atas pembelajaran mereka.

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

Dalam KBSR terdapat beberapa elemen merentas kurikulum telah diperkenalkan seperti Bahasa, Pendidikan Alam Sekitar, Patriotisme, Kemahiran Berfikir, Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial, Pencegahan Rasuah, Pendidikan Pengguna dan Keselamatan Jalanraya. Elemen Merentas Kurikulum dalam KBSR dikekalkan dan ditambah dengan memperkenalkan elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Kreativiti dan Inovasi

Kreativiti dan inovasi adalah dua perkara yang berkaitan. Secara umum, kreativiti merujuk kepada tindakan penghasilan idea, pendekatan atau tindakan baru. Inovasi pula ialah proses menjana idea dan mengaplikasikan idea kreatif dalam konteks tertentu. Elemen kreativiti dan inovasi merupakan salah satu elemen yang diberi penekanan dalam KSSR untuk menyediakan murid dalam menangani cabaran abad ke-21. Kreativiti dan inovasi murid perlu dipupuk dan dibangunkan ke tahap optimum supaya mereka berkeupayaan menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti, dan seterusnya menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan warganegara Malaysia pada masa hadapan. Bagi mencapai

(10)

5

matlamat ini penulisan standard pembelajaran bagi mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Suaian) yang berkaitan dengan pemupukan kreativiti dan inovasi dinyatakan secara tersurat. Walau bagaimanapun guru juga digalakkan menerapkan elemen kreativiti dan inovasi di mana-mana topik yang difikirkan sesuai jika elemen ini tidak dinyatakan secara tersurat. Guru haruslah menyediakan aktiviti yang meningkatkan minat dan kreativiti. Murid pula perlu dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan alat yang membolehkan mereka membangunkan kreativiti dan memupuk sikap dan personaliti individu kreatif.

Keusahawanan

Dalam Model Baru Ekonomi, antara ciri Malaysia pada tahun 2020 adalah inovatif dan keusahawanan. Penerapan elemen keusahawanan dalam KSSR bertujuan membentuk ciri dan amalan keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan murid. Ciri dan amalan keusahawanan ini boleh dibentuk dengan:

Mengamalkan sikap keusahawanan;

Mengaplikasikan pemikiran keusahawanan;

Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran pengurusan perniagaan;

Memformulasikan konsep, proses atau produk keusahawanan; dan

Mengamalkan nilai, moral dan etika baik dalam keusahawanan.

Semua ciri dan amalan ini dilaksanakan bersesuaian dengan tahap kebolehan murid sekolah rendah.

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Teknologi merupakan satu wadah yang berkesan untuk memperkukuhkan pembelajaran sesuatu mata pelajaran. Penggunaan teknologi seperti televisyen, radio, komputer, Internet, perisian komputer, perisian kursus dan antara muka berkomputer menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Animasi dan simulasi berkomputer membantu dalam mempelajari konsep yang sukar dan abstrak, dan boleh dipersembahkan dalam bentuk perisian kursus atau laman web. Elemen TMK merupakan satu elemen yang diberi penekanan dalam KSSR. Terdapat tiga pendekatan dalam menggunakan TMK iaitu:

Belajar mengenai TMK Belajar melalui TMK Belajar dengan TMK

(11)

6

FOKUS MATA PELAJARAN

Mata Pelajaran : Kemahiran Hidup Asas

Mata pelajaran Kemahiran Hidup Asas disusun mengikut 4 komponen:

I. Masakan II. Jahitan III. Perkebunan

IV. Penternakan Haiwan

Komponen: Masakan I. Matlamat

Komponen Masakan didedahkan kepada murid-murid berkeperluan khas dengan matlamat memberi pendedahan tentang pengetahuan asas, kemahiran dan nilai yang berkaitan dengan bidang memasak. Komponen ini bertujuan melatih murid supaya berkemahiran dan mampu berdikari untuk diaplikasi dalam kehidupan.

II. Objektif

i. mengamalkan langkah-langkah keselamatan di bilik masakan

ii. mengetahui dan mengamalkan penjagaan kebersihan

iii. mengenal alatan masakan dan fungsinya

iv. mengenal dan mengetahui cara menyimpan bahan mentah

v. menyedia dan mengaplikasi pengetahuan masakan ke dalam kehidupan sebenar

Komponen: Jahitan I. Matlamat

Komponen Jahitan memberi penekanan kepada kemahiran dan pengetahuan asas dalam bidang jahitan. Latihan dan kemahiran pengetahuan asas jahitan merupakan perkara yang perlu diajar bertujuan melatih murid supaya berkemahiran dan mampu berdikari untuk diaplikasi dalam kehidupan.

II. Objektif

i. mengamalkan langkah-langkah keselamatan di bilik jahitan

ii. mengetahui dan mengamalkan penjagaan kebersihan

(12)

7

iv. mengetahui mata jahitan asas dan fungsinya

v. menyedia dan mengaplikasi pengetahuan jahitan ke dalam kehidupan sebenar

Komponen: Perkebunan I. Matlamat

Komponen Perkebunan merupakan satu keperluan asas yang memberi fokus kepada perkembangan motor kasar, motor halus dan pengamatan murid. Latihan dan kemahiran dalam bidang perkebunan yang diajar melalui aktiviti hands on bertujuan melatih murid supaya berkemahiran dan mampu berdikari untuk diaplikasi dalam kehidupan.

II. Objektif

i. mengamalkan langkah-langkah keselamatan sebelum, semasa dan selepas melakukan aktiviti perkebunan

ii. menambah pengetahuan dan kemahiran asas perkebunan.

iii. mempraktikkan cara-cara penanaman yang betul iv. berdikari dan mampu menjalankan aktiviti

perkebunan mengikut kemampuan diri sendiri.

v. mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran perkebunan yang diperolehi di dalam kehidupan seharian.

Komponen Penternakan Haiwan I. Matlamat

Komponen Penternakan Haiwan adalah salah satu cabang kemahiran yang dapat memberi pengetahuan asas tentang ilmu-ilmu penternakan, memupuk minat murid dalam bidang penternakan dan memberi peluang kepada murid-murid menunjuk bakat dan kebolehan serta mampu menjadikan kemahiran ini punca pendapatan dalam kehidupan mereka kelak.

II. Objektif

i. memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran asas dalam bidang penternakan

ii. menjalani latihan awal penternakan, kemahiran berdikari dan membina keyakinan murid

iii. meningkatkan kefahaman tentang amalan keselamatan, kebersihan, alatan penternakan, pemeliharaan, perumahan dan penjagaan haiwan

(13)

8

iv. menyediakan murid-murid yang berada di Program Pendidikan Khas Integrasi ke arah membina kerjaya dalam bidang penternakan

v. mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran pemeliharaan haiwan yang diperolehi di dalam kehidupan seharian.

III. Pelaksanaan Modul Kemahiran Hidup Asas

Modul Pengajaran Kemahiran Hidup

Modul pengajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup diperlukan untuk membantu guru menjalankan pengajaran dengan lebih berkesan. Guru boleh mengubahsuai atau membina modul yang bersesuaian mengikut keperluan. Penglibatan murid yang aktif dapat meningkatkan pencapaian prestasi murid.

Modul Pembelajaran Kemahiran Hidup

Modul pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup disediakan untuk kegunaan murid. Modul ini mengandungi lembaran kerja, senarai semak untuk menguji kefahaman dan penguasaan murid bagi mencapai Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pengurusan Kehidupan, guru boleh mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai kehendak Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Antaranya adalah:

Inkuiri

Analisis Tugasan Belajar Melalui Bermain Pengajaran Bertema

Pendekatan Kolaborasi (kumpulan pelbagai disiplin) Konstruktivisme Multi Sensori Pembelajaran Kontekstual Pembelajaran Interaktif Pembelajaran Koperatif Simulasi Pembelajaran Masteri

(14)

9

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

Definisi Rancangan Pendidikan Individu :

Rancangan Pendidikan Individu(RPI) adalah satu dokumen bertulis yang menjelaskan matlamat perancangan pendidikan yang dirancang untuk setiap murid berkeperluan khas dan dijadikan panduan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan boleh menyatakan tahap pencapaian murid.

(Buku Panduan Rancangan Pendidikan (RPI) Individu Murid-Murid Berkeperluan Khas, 2000)

RPI ialah suatu program pengajaran berasaskan penilaian pelbagai disiplin yang disediakan bagi memenuhi keperluan murid pendidikan khas. RPI dirancang khusus bagi individu murid, dan dokumentasi dilakukan tentang segala pengubahsuaian dan penerapan ke atas program pembelajaran dan perkhidmatan yang disediakan. Justeru, RPI memaklumkan ibubapa dan pihak sekolah tentang keperluan individu murid dan bagaimana keperluan tersebut dirancang untuk dipenuhi. Bagi mencapai tujuan tersebut, perlu ada kerjasama dan kolaborasi antara pihak sekolah, ibubapa, dan murid itu sendiri, dengan dibantu oleh pegawai pendidikan peringkat negeri dan daerah, dan individu dari agensi atau khidmat sokongan lain.

RPI memperincikan antara lain:

i. Tahap prestasi sedia ada murid

ii. Perancangan akademik dan bukan akademik

iii. Matlamat pendidikan tahunan yang boleh dicapai murid iv. Objektif pendidikan yang boleh diukur

v. Objektif, prosedur dan urutan pentaksiran bagi mengenalpasti perkembangan dalam pencapaian

vi. Perkhidmatan yang diperlukan oleh murid

vii. Perancangan, jangkamasa dan tarikh sesuatu perkhidmatan dapat disediakan untuk murid, dan

viii. Perancangan dan persediaan bagi membantu dan membimbing murid berinteraksi dengan persekitaran mereka.

PENTAKSIRAN SEKOLAH

Pentaksiran Sekolah (PS) adalah salah satu komponen utama dalam PdP kerana ia berperanan mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam PdP. PS dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula dengan perancangan, pembinaan item dan instrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau

(15)

10

penskoran, perekodan hingga pelaporan. PS penting untuk menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang. PS merupakan aktiviti berterusan yang menuntut komitmen yang tinggi, dan hala tuju yang jelas daripada guru dan pihak sekolah untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum. PS mempunyai ciri-ciri berikut:

Holistik iaitu mampu memberi maklumat menyeluruh tentang penguasaan, pengetahuan, kemahiran, dan pengamalan nilai murni;

Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan PdP;

Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan kesediaan murid; dan

Merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan standard kurikulum.

PS boleh dilaksanakan secara:

Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan PdP. Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit pembelajaran, semester atau tahun.

Pentaksiran Rujukan Standard

Standard Prestasi diguna untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran, serta prestasi seseorang murid. Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan. Pentaksiran sedemikian tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain. Prestasi murid dilaporkan dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan murid dalam pembelajaran. Murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah berupaya mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif. Maklumat yang diperolehi membolehkan pihak yang bertanggungjawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing.

Tahap Penguasaan (TP) merujuk kepada aras penguasaan tertentu yang disusun secara hierarki, dan diguna bagi tujuan pelaporan.

(16)

11

Jadual 1 menyenaraikan maksud dan tafsiran umum tentang setiap TP. Jadual 2 pula menyediakan tafsiran tentang TP yang diguna pakai dalam mentafsir prestasi murid bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Asas (KHA).

Tafsiran Umum TAHAP

PENGUASAAN MAKSUD TAFSIRAN UMUM

1 Tahu Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.

2 Tahu dan Faham

Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.

3 Tahu, Faham dan Boleh Buat

Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.

TAHAP

PENGUASAAN MAKSUD TAFSIRAN UMUM

4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan

Beradab

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.

5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan

Beradab Terpuji

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal, dan bersikap positif.

6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan

Beradab Mithali

Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif, serta boleh dicontohi.

(17)

12

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

1 Mengetahui pengetahuan dan kemahiran asas Kemahiran Hidup Asas.

2 Memahami pengetahuan dan kemahiran asas dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Asas

serta dapat menjelaskan kefahaman tersebut dengan apa-apa cara.

3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Asas

untuk melaksanakan tugasan pada suatu situasi.

4 Menganalisis pengetahuan dan kemahiran dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Asas

untuk diaplikasikan dalam melaksanakan tugasan pada suatu situasi dengan cara yang bersistematik.

5 Menganalisis dan mensintesis pengetahuan dan

kemahiran dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Asas untuk diaplikasikan dalam melaksanakan satu tugasan atau situasi baru secara tekal, bersistematik dan bersikap positif.

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

6 Menganalisis dan mensintesis pengetahuan dan

kemahiran dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Asas untuk diaplikasikan dalam merekacipta, menilai atau mengkonsepsikan sesuatu yang baharu dengan kreatif dan inovatif dalam melaksanakan sesuatu tugasan.

Jadual 2: Tafsiran Tahap Penguasaan bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Asas (KHA)

PELAKSANAAN PdP DAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

Setiap guru perlu melaksanakan proses PdP dalam bilik darjah dengan merujuk kepada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Kebijaksanaan guru adalah perlu dalam merancang dan melaksanakan PdP secara berkesan dan bersesuaian. Pada waktu yang sama, guru perlu mentaksir dan menentukan tahap keupayaan murid berdasarkan Standard Prestasi yang telah disusun mengikut kelompok standard kandungan dan standard pembelajaran. Guru seharusnya memberi peluang kepada setiap

(18)

13

muridnya untuk mencapai tahap keupayaan yang lebih baik dengan melaksanakan proses bimbingan dan pengukuhan.

Standard Pembelajaran merangkumi perkara yang perlu dipelajari dan disampaikan dalam PdP. Standard Prestasi pula mengandungi panduan untuk mentaksir murid mengikut tahap penguasaan seperti yang dihasratkan. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran mengintegrasikan standard kurikulum dan pentaksiran sekolah dalam satu dokumen.

Beberapa kaedah pentaksiran dalam bilik darjah yang boleh dijalankan adalah:

Pemerhatian: Kaedah ini sesuai untuk menilai individu dari aspek kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni. Kaedah pemerhatian adalah untuk menilai proses yang dilakukan murid, bukan hasil akhir yang diperoleh.

Ujian: Ujian boleh dijalankan dalam bentuk kertas pensel atau lisan. Ujian kertas pensel boleh disediakan dalam bentuk soalan objektif atau subjektif. Contoh ujian lisan adalah kuiz.

Persembahan secara lisan: Persembahan secara lisan adalah penting untuk menilai kemahiran bertutur, keyakinan diri dan pengetahuan murid tentang kemahiran yang dipelajari.

Senarai semak: Senarai semak merupakan laporan individu tentang penguasaan elemen-elemen yang diuji dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Elemen yang diuji dalam sains adalah pengetahuan, kemahiran serta sikap saintifik dan nilai murni.

Portfolio: Portfolio adalah kompilasi hasil kerja murid secara individu atau kumpulan. Contoh portfolio adalah buku skrap dan folio.

Esei: Esei mempamerkan tentang kemahiran murid untuk menyampaikan maklumat secara saintifik dan sistematik.

(19)
(20)

16

1. KESELAMATAN

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk ….)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk…..)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh ……)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

1.1 Mematuhi jadual tugas di ruang kerja

1.1.1 Menyenaraikan tugasan di ruang kerja

1.1.2 Menyediakan jadual tugas di ruang kerja

1.1.3 Mempraktikkan tugasan di ruang kerja

1 Menyebut atau menunjuk menggunakan bahasa badan tugasan di ruang kerja 2 Menyenaraikan sekurang-kurangnya

empat tugasan di ruang kerja

3 Merancang jadual tugas di ruang kerja 4 Menghasilkan jadual tugas di ruang kerja 5 Mempraktikkan tugasan di ruang kerja 6 Mengamalkan tugasan di ruang kerja

(21)

17

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk ….)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk…..)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh ……)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

1.2 Menggunakan alat pemadam api

1.2.1 Menamakan komponen alat pemadam api i. picu ii. silinder iii. pemicit iv. pemancut 1.2.2 Menyatakan fungsi

komponen alat pemadam api: i. picu ii. silinder iii. pemicit iv. pemancut 1.2.3 Menyatakankan cara

memadam api menggunakan alat pemadam api

1.2.4 Menggunakan alat pemadam api

1 Menyebut atau menunjuk menggunakan bahasa badan alat pemadam api

2 Menamakan sekurang-kurangnya tiga komponen alat pemadam api

3 Menyatakan fungsi sekurang-kurangnya tiga komponen alat pemadam api 4

Menyatakan langkah-langkah memadam api menggunakan alat pemadam api dengan betul

5

Menjalankan simulasi cara menggunakan alat pemadam api dengan teknik yang betul

6 Menggunakan alat pemadam api dengan teknik yang betul dan selamat

(22)

18

STANDARD KANDUNGAN Murid dibimbing untuk...

STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya untuk...

STANDARD PRESTASI (Murid boleh...) TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN 2.1 Mengetahui peralatan memasak

2.1.1 Menyenaraikan alatan asas i. menyukat

ii. memotong iii. memasak iv. menghidang

2.1.2 Menjelaskan fungsi alatan asas

i. menyukat ii. memotong iii. memasak iv. menghidang

1 Menyebut atau menunjuk dengan

menggunakan bahasa badan setiap satu daripada alatan asas untuk menyukat, memotong, memasak dan menghidang 2 Menamakan sekurang-kurangnya dua fungsi

alatan asas

3 Menyenaraikan tiga alatan asas untuk menyukat,memotong,memasak dan menghidang

4 Menerangkan cara penggunaan alatan asas 5 Menunjuk cara penggunaan alatan asas

menggunakan teknik yang betul

6 Menyatakan peralatan lain yang sesuai digunakan untuk memasak

(23)

19

STANDARD KANDUNGAN (Murid dibimbing untuk...)

STANDARD PEMBELAJARAN (Murid berupaya untuk...)

STANDARD PRESTASI (Murid boleh...) TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

3.1 Memahamijenis bahan masakan

3.2 Memahamicara menyimpan bahan masakan

3.1.1 Membezakan antara bahan masakan kering dan bahan masakan basah

3.1.2 Menerangkan kegunaan bahan masakan

i. bahan kering ii. bahan basah

3.2.1 Menerangkan ciri-ciri bahan masakan yang

i. baik ii. rosak

3.2.2 Membezakan antara bahan masakan yang

baik dan bahan masakan yang rosak

1

Menyebut atau menunjuk dengan menggunakan bahasa badan tiga bahan masakan kering dan basah

2 Membezakan sekurang-kurangnya tiga bahan masakan kering dan basah

3 Menerangkan tiga kegunaan bahan masakan kering dan basah

4 Menerangkan dua ciri-ciri bahan masakan yang baik dan rosak

5 Membezakan tiga bahan masakan yang baik dan rosak

6 Mengaplikasi cara penyimpanan bahan masakan

(24)

20

menyimpan bahan masakan

i. bahan kering ii. bahan basah

(25)

21

4.PENYEDIAAN DAN PENYAJIAN HIDANGAN STANDARD KANDUNGAN

Murid dibimbing untuk...

STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya untuk...

STANDARD PRESTASI (Murid boleh...) TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN 4.1 Menyediakan hidangan minum petang

4.1.1 Mengenal menu minum petang

4.1.2 Menyenaraikan menu minum petang 4.1.3 Menyediakan dan

memasak hidangan minum petang seperti

cucur, tauhu sumbat atau pisang goreng.

4.1.4 Menghias hidangan minum petang 4.1.5 Menghidang minum

petang

1 Menyebut atau menunjuk dengan menggunakan bahasa badan menu hidangan petang

2 Menamakan menu hidangan petang

3 Menyatakan langkah-langkah penyediaan minum petang yang di pilih

4 Menyediakan minum petang mengikut prosedur 5 Menghias minum petang mengikut kreativiti 6 Menghidang minum petang mengikut adab dan

(26)

22

5. PROJEK JUALAN

STANDARD KANDUNGAN Murid dibimbing untuk...

STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya untuk...

STANDARD PRESTASI (Murid boleh...) TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN 5.1 Pembungkusan hasil masakan

5.2 Menjual hasil masakan

5.1.1 Mengenal jenis pembungkus 5.1.2 Membungkus hasil masakan 5.2.1 Mempamerkan bahan jualan

5.2.2 Menjalankan aktiviti jual beli

1 Menyebut atau menunjuk dengan menggunakan bahasa badan dua jenis pembungkus

2 Membungkus dua hasil masakan

3 Melekatkan harga pada dua hasil masakan 4 Mempamerkan bahan jualan dengan kemas dan

tersusun

5 Menjalankan aktiviti jual beli 6 Merekod hasil jualan

(27)
(28)

24

TAJUK 1: KESELAMATAN

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk ….)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk…..)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh ……)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

1.1 Mematuhi jadual tugas di ruang kerja

1.1.1 Menyenaraikan tugasan di ruang kerja

1.1.2 Menyediakan jadual tugas di ruang kerja

1.1.3 Mempraktikkan tugasan di ruang kerja

1 Menyebut atau menunjuk menggunakan bahasa badan tugasan di ruang kerja 2 Menyenaraikan sekurang-kurangnya

empat tugasan di ruang kerja

3 Merancang jadual tugas di ruang kerja 4 Menghasilkan jadual tugas di ruang

kerja

5 Mempraktikkan tugasan di ruang kerja 6 Mengamalkan tugasan di ruang kerja

(29)

25

(Murid dibimbing untuk ….) (Murid berupaya untuk…..) TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

1.2 Menggunakan alat pemadam api 1.2.1 Menamakan komponen alat pemadam api i. picu ii. silinder iii. pemicit iv. pemancut 1.2.2 Menyatakan fungsi

komponen alat pemadam api: i. picu

ii. silinder iii. pemicit iv. pemancut

1 Menyebut atau menunjuk menggunakan bahasa badan alat pemadam api

2 Menamakan sekurang-kurangnya tiga komponen alat pemadam api

3 Menyatakan fungsi sekurang-kurangnya tiga komponen alat pemadam api 4

Menyatakan langkah-langkah memadam api menggunakan alat pemadam api dengan betul 5

Menjalankan simulasi cara menggunakan alat pemadam api dengan teknik yang betul

6 Menggunakan alat pemadam api dengan teknik yang betul dan selamat

(30)

26

(Murid dibimbing untuk ….) (Murid berupaya untuk…..) TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

1.2.3 Menyatakan cara memadam api menggunakan alat pemadam api

1.2.4 Menggunakan alat pemadam api

(31)

27

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk ….)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk…..)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh ……)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

2.1 Mengetahui alatan dan bahan jahitan

2.1.1 Mengenal alatan dan bahan jahitan seperti pembaris lurus, pembaris L, pensel penanda dan kapur penanda 2.1.2 Menamakan alatan dan

bahan jahitan seperti pembaris lurus, pembaris L, pensel penanda dan kapur penanda

2.1.3 Menyatakan fungsi alatan dan bahan jahitan seperti pembaris lurus, pembaris L, pensel penanda dan kapur penanda

1

Menyebut atau menunjuk dengan menggunakan bahasa badan alatan dan bahan jahitan

2 Menamakan sekurang-kurangnya 3 alatan dan bahan jahitan

3 Memilih dan menyatakan alatan dan bahan jahitan yang dipelajari

4 Menyatakan fungsi alatan dan bahan jahitan

5 Mengingat dan menyenaraikan fungsi alatan dan bahan jahitan.

6 Membuat simulasi cara penggunaan alatan dan bahan jahitan.

(32)

28

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk ….)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk…..)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh ……)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

3.1 Mengetahui mata jahitan asas

3.2 Mengetahui fungsi mata jahitan asas

3.1.1 Mengenal dan menamakan jahitan Sembat

3.1.2 Mengenal dan menamakan jahitan Silang Pangkah 3.2.1 Menyatakan fungsi jahitan Sembat

3.2.2 Menyatakan fungsi jahitan Silang Pangkah

1

Menyebut atau menunjuk dengan menggunakan bahasa badan mata jahitan yang diketahui atau dipelajari 2 Menamakan jahitan Sembat dan jahitan

Silang Pangkah

3 Melakar jahitan Sembat dan jahitan Silang Pangkah

4 Menyatakan fungsi jahitan Sembat dan jahitan Silang Pangkah

5

Memberi contoh artikel mudah yang dihasilkan dengan menggunakan jahitan Sembat dan jahitan Silang Pangkah.

(33)

29

(Murid dibimbing untuk ….) (Murid berupaya untuk…..) TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

6

Menerangkan kepada rakan fungsi mata jahitan asas yang terdapat pada artikel mudah.

(34)

30

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk ….)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk…..)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh ……)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

4.1 Menggunakan alatan dan bahan jahitan asas

4.1.1 Mengukur dan menanda fabrik

4.1.2 Menggunting fabrik mengikut ukuran yang ditanda

4.1.3 Mencantum fabrik dengan menggunakan jahitan Jelujur Halus

4.1.4 Menjahit jahitan Sembat pada fabrik

4.1.5 Menjahit jahitan Silang Pangkah pada fabrik

1

Menyebut atau menunjuk dengan menggunakan bahasa badan kegunaan alatan dan bahan jahitan

2 Mengukur dan menanda fabrik dengan teknik yang betul

3 Menggunting fabrik mengikut ukuran yang ditanda

4 Mencantum fabrik dengan

menggunakan jahitan jelujur halus. 5

Menjahit fabrik dengan menggunakan jahitan Jelujur Halus, jahitan Sembat dan jahitan Silang Pangkah

6

Menjahit fabrik dengan menggunakan jahitan Jelujur Halus, jahitan Sembat dan jahitan Silang Pangkah secara kemas dan kreatif.

(35)

31

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk ….)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk…..)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh ……)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

5.1 Menghasilkan artikel mudah seperti bekas pensel, uncang atau sarung bantal

5.1.1 Menjahit bekas pensel, uncang atau sarung bantal dengan menggunakan mata jahitan asas seperti jahitan Jelujur Kasar, jahitan Jelujur Halus, jahitan Silang

Pangkah dan jahitan Sembat

1

Menjahit bekas pensel, uncang atau sarung bantal dengan menggunakan satu jahitan asas.

2

Menjahit bekas pensel, uncang atau sarung bantal dengan menggunakan sekurang-kurangnya dua jahitan asas. 3

Menjahit bekas pensel, uncang atau sarung bantal dengan menggunakan tiga jahitan asas.

4

Menjahit bekas pensel, uncang atau sarung bantal dengan menggunakan empat jahitan asas.

5

Menghasilkan bekas pensel, uncang atau sarung bantal dengan

menggunakan empat jahitan asas dengan kemas.

(36)

32

(Murid dibimbing untuk ….) (Murid berupaya untuk…..)

(Murid boleh ……)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

6

Menghasilkan bekas pensel, uncang atau sarung bantal menggunakan pelbagai jahitan dengan kemas dan kreatif.

(37)

33

(Murid dibimbing untuk ….) (Murid berupaya untuk…..)

(Murid boleh ……)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

5.2 Menghias artikel mudah seperti bekas pensel, uncang atau sarung bantal

5.2.1 Menghias bekas pensel, uncang atau sarung bantal dengan menggunakan bahan seperti reben, renda atau manik

1

Menghias bekas pensel, uncang atau sarung bantal dengan melekatkan dua bahan.

2

Menghias bekas pensel, uncang sarung bantal dengan melekatkan bahan hiasan dengan kemas 3

Menjahit bahan hiasan pada bekas pensel, uncang atau sarung bantal dengan ringkas.

4

Menjahit bahan hiasan pada bekas pensel, uncang atau sarung bantal dengan kemas.

5

Menjahit pelbagai bahan hiasan pada bekas pensel, uncang atau sarung bantal dengan kemas

6

Menjahit pelbagai bahan hiasan pada bekas pensel, uncang atau sarung bantal dengan kemas dan kreatif.

(38)

34

TAJUK 6: PROJEK JUALAN STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk ….)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk…..)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh ……)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

6.1 Menjual hasil jahitan 6.1.1 Mempamerkan hasil jualan 6.1.2 Menjalankan aktiviti jual beli

1

Menyebut atau menunjuk dengan menggunakan bahasa badan tanda harga pada hasil jahitan

2 Menentukan harga pada hasil jahitan 3 Menyusun dan meletakkan tanda harga

pada hasil jahitan dengan kemas 4 Mempamerkan hasil jahitan dengan

teratur

5 Menjalankan aktiviti jual beli 6 Merekodkan hasil jualan

(39)
(40)

36

1. KESELAMATAN

STANDARD KANDUNGAN (Murid dibimbing untuk...)

STANDARD PEMBELAJARAN (Murid berupaya untuk...)

STANDARD PRESTASI (Murid boleh…) TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

1.1 Mematuhi jadual tugas di ruang kerja

1.1.1 Menyenaraikan tugasan di ruang kerja

1.1.2 Menyediakan jadual tugas di ruang kerja

1.1.3 Mempraktikkan tugasan di ruang kerja

1 Menyebut atau menunjuk menggunakan bahasa badan tugasan di ruang kerja

2 Menyenaraikan sekurang-kurangnya empat tugasan di ruang kerja

3 Merancang tugasan di ruang kerja 4 Menghasilkan jadual tugas di ruang kerja 5 Mempraktikkan tugasan di ruang kerja

6 Mengamalkan tugasan di ruang kerja dengan selamat

(41)

37

1. KESELAMATAN

STANDARD KANDUNGAN (Murid dibimbing untuk...)

STANDARD PEMBELAJARAN (Murid berupaya untuk...)

STANDARD PRESTASI (Murid boleh...) TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN 1.2 Menggunakan alat pemadam api

1.2.1 Menamakan komponen alat pemadam api :

i. picu ii. silinder iii. pemicit iv. pemancut

1.2.2 Menyatakan fungsi komponen alat pemadam api :

i. picu ii. silinder iii. pemicit iv. pemancut

1.2.3 Menyatakan cara memadam api menggunakan alat pemadam api 1.2.4 Menggunakan alat pemadam api

1

Menyebut atau menunjuk menggunakan bahasa badan alat pemadam api

2 Menamakan sekurang-kurangnya tiga komponen alat pemadam api

3 Menyatakan fungsi sekurang-kurangnya tiga komponen alat pemadam api

4

Menyatakan langkah-langkah memadam api menggunakan alat pemadam api dengan betul

5 Menjalankan simulasi cara menggunakan alat pemadam api dengan teknik yang betul 6 Menggunakan alat pemadam api dengan

(42)

38

STANDARD KANDUNGAN (Murid dibimbing untuk...)

STANDARD PEMBELAJARAN (Murid berupaya untuk...)

STANDARD PRESTASI (Murid boleh…) TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN 2.1 Mengetahui alatan berkebun 2.2 Mengaplikasi penggunaan alatan berkebun 2.3 Mengaplikasi cara menyimpan alatan berkebun

2.1.1 Mengenal dan menamakan alatan berkebun iaitu:

i. kotak semaian ii. pencakar tangan iii. sekop

iv. sekateur

2.1.2 Menyatakan fungsi alatan berkebun

2.2.1 Menggunakan alatan berkebun dengan selamat

i. kotak semaian ii. pencakar tangan iii. sekop

iv. sekateur 2.3.1 Menyusun atur alatan

berkebun mengikut jenis

1

Menyebut atau menunjuk dengan

menggunakan bahasa badan, alat-alat untuk berkebun

2 Menamakan tiga alatan berkebun berserta fungsi

3 Menyusun atur alatan berkebun mengikut jenis

4 Menerangkan cara menggunakan alatan berkebun dengan betul

5 Menggunakan alatan berkebun dengan betul 6

Mengamalkan cara mengguna dan menyusun atur alatan berkebun mengikut jenis dengan betul dan selamat

(43)

39

3. PENYEDIAAN BAHAN TANAMAN STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk...)

STANDARD PEMBELAJARAN (Murid berupaya untuk...)

STANDARD PRESTASI (Murid boleh…) TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

3.1 Mengetahui jenis biji benih

3.2 Mengetahui cara menyemai biji benih

3.1.1 Mengenal dan menamakan jenis- jenis biji benih

i. kasar ii. halus

3.2.1 Menyatakan cara menyemai biji benih :

i. kasar ii. halus

1 Menyebut atau menunjuk dengan bahasa badan, jenis-jenis biji benih

2 Menamakan jenis-jenis biji benih

3 Menyenaraikan benih-benih jenis kasar dan halus

4 Membezakan benih-benih jenis kasar dan halus

5 Menyatakan cara menyemai biji benih kasar dan halus

6 Bercerita tentang cara menyemai biji benih kasar dan halus

(44)

40

4. PENANAMAN

STANDARD KANDUNGAN (Murid dibimbing untuk...)

STANDARD PEMBELAJARAN (Murid berupaya untuk...)

STANDARD PRESTASI (Murid boleh…) TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN 4.1 Mengetahui jenis tanaman 4.2 Mengaplikasi cara menanam

4.1.1 Mengenal dan menamakan sayuran jenis berdaun seperti kangkung, sawi dan bayam

4.2.1 Menyemai biji benih sayuran jenis berdaun seperti kangkung, sawi dan bayam ke dalam kotak semaian

4.2.2 Memindahkan anak benih sayuran berdaun ke batas tanaman

1

Menyebut dan menunjuk dengan

menggunakan bahasa badan sayuran jenis berdaun

2 Menamakan sekurang-kurangnya dua jenis sayuran berdaun

3 Menyemai biji benih sayuran berdaun 4

Menyemai biji benih sayuran berdaun ke dalam kotak semaian dengan betul

5 Memindahkan anak benih sayuran berdaun ke batas tanaman

6 Mempraktikkan cara menanam sayuran berdaun dengan teknik betul

(45)

41

5. PENJAGAAN TANAMAN STANDARD KANDUNGAN (Murid dibimbing untuk...)

STANDARD PEMBELAJARAN (Murid berupaya untuk...)

STANDARD PRESTASI (Murid boleh…) TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN 5.1 Mengetahui perosak tanaman 5.2 Mengamalkan penjagaan sayuran berdaun

5.1.1 Mengenal dan menamakan

perosak tanaman seperti belalang, ulat beluncas, koya dan siput babi 5.2.1 Menyatakan cara-cara penjagaan tanaman sayuran berdaun iaitu:

i. menyiram ii. merumput iii. penjarangan iv. penyulaman v. membaja

5.2.2 Mengaplikasi cara-cara penjagaan tanaman sayuran berdaun iaitu:

i. menyiram ii. merumput iii. penjarangan iv. penyulaman v. membaja

1 Menyebut atau menunjuk dengan menggunakan bahasa badan, perosak tanaman

2 Menamakan sekurang-kurangnya tiga perosak tanaman

3 Menyatakan sekurang-kurangnya tiga cara penjagaan tanaman sayuran berdaun

4 Menerangkan cara-cara penjagaan tanaman sayuran berdaun dengan betul

5 Menunjuk cara penjagaan tanaman sayuran berdaun dengan tertib

6 Mengamalkan penjagaan tanaman sayuran berdaun dengan tertib

(46)

42

STANDARD KANDUNGAN (Murid dibimbing untuk...)

STANDARD PEMBELAJARAN (Murid berupaya untuk...)

STANDARD PRESTASI (Murid boleh…) TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN 6.1 Memungut hasil tanaman

6.2 Menjual hasil tanaman

6.1.1 Menunjuk cara memungut hasil tanaman

6.1.2 Membersihkan hasil tanaman 6.2.1 Menggred hasil tanaman 6.2.2 Membungkus hasil tanaman 6.2.3 Menjual hasil tanaman

1

Menyebut atau menunjuk dengan menggunakan bahasa badan, cara memungut hasil tanaman

2 Menyatakan cara membersihkan hasil tanaman

3 Mempraktikan cara membersihkan hasil tanaman

4 Mengasingkan hasil tanaman mengikut gred dengan betul

5 Menunjuk cara membungkus hasil tanaman dengan betul

(47)
(48)

44

1. KESELAMATAN

STANDARD KANDUNGAN (Murid dibimbing untuk...)

STANDARD PEMBELAJARAN (Murid berupaya untuk...)

STANDARD PRESTASI (Murid boleh…) TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

1.1 Mematuhi jadual tugas di ruang kerja

1.1.1 Menyenaraikan tugasan di ruang kerja

1.1.2 Menyediakan jadual tugas di ruang kerja

1.1.2 Mempraktikkan tugasan di ruang kerja

1 Menyebut atau menunjuk menggunakan bahasa badan tugasan di ruang kerja 2 Menyenaraikan sekurang-kurangnya empat

tugasan di ruang kerja

3 Merancang tugasan di ruang kerja

4 Menghasilkan jadual tugas di ruang kerja 5 Mempraktikkan tugasan di ruang kerja 6 Mengamalkan tugasan di ruang kerja

(49)

45

STANDARD KANDUNGAN (Murid dibimbing untuk...)

STANDARD PEMBELAJARAN (Murid berupaya untuk...)

STANDARD PRESTASI (Murid boleh...) TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN 1.2 Menggunakan alat pemadam api

1.2.1 Menamakan komponen alat pemadam api :

i. picu ii. silinder iii. pemicit iv. pemancut

1.2.2 Menyatakan fungsi alat pemadam api:

i. picu ii. selinder iii. pemicit iv. pemancut

1.2.3 Menyatakan cara memadam api menggunakan alat pemadam api 1.2.4 Menggunakan alat pemadam api

1

Menyebut atau menunjuk menggunakan bahasa badan, alat pemadam api 2 Menamakan sekurang-kurangnya tiga

komponen alat pemadam api

3 Menyatakan fungsi sekurang-kurangnya tiga komponen alat pemadam api

4

Menyatakan langkah-langkah memadam api menggunakan alat pemadam api dengan betul

5 Menjalankan simulasi cara menggunakan alat pemadam api dengan teknik yang betul 6 Menggunakan alat pemadam api dengan

(50)

46

2. ALATAN PEMELIHARAAN HAIWAN STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk...)

STANDARD PEMBELAJARAN (Murid berupaya untuk...)

STANDARD PRESTASI (Murid boleh...) TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN 2.1 Mengetahui alatan untuk pemeliharaan haiwan kesayangan 2.2 Mengaplikasi kegunaan alatan pemeliharaan haiwan kesayangan

2.1.1 Mengenal dan menamakan alatan pemeliharaan haiwan kesayangan seperti burung dan ayam

i. bekas makanan

ii. bekas minuman iii. bekas najis iv. tempat bertelur v. tempat rehat vi. tempat riadah 2.1.2 Menyatakan fungsi alatan pemeliharaan haiwan

kesayangan seperti burung dan ayam

i. bekas makanan

ii. bekas minuman

iii. bekas najis iv. tempat bertelur

v. tempat rehat

vi. tempat riadah

1 Menyebut atau menunjuk dengan bahasa

badan, alatan untuk pemeliharaan burung

2 Menamakan alatan kelengkapan diri untuk

pemeliharaan burung

3 Menyatakan dua alatan untuk pemeliharaan

burung dan fungsinya

4 Menyediakan dan menggunakan

sekurang-kurangnya empat alatan pemeliharaan burung

5 Menyediakan dan menggunakan alatan

pemeliharaan burung dengan betul

6

Menyediakan dan menggunakan pelbagai alatan pemeliharaan haiwan mengikut kesesuaian

(51)

47

kesayangan seperti burung dan ayam dengan betul

i. bekas makanan

ii. bekas minuman iii. bekas najis iv. tempat bertelur v. tempat rehat vi. tempat riadah

(52)

48

STANDARD KANDUNGAN (Murid dibimbing untuk...)

STANDARD PEMBELAJARAN (Murid berupaya untuk...)

STANDARD PRESTASI (Murid boleh...) TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN 3.1 Mengetahui haiwan kesayangan 3.2 Memahami sifat fizikal dan cara haiwan kesayangan membiak 3.3 Memahami faktor pemilihan haiwan kesayangan 3.1.1 Menyatakan haiwan

kesayangan yang hidup di darat seperti arnab, kucing

atau hamster

3.1.2 Menyatakan haiwan

kesayangan yang hidup di air seperti ikan hiasan

3.2.1 Menyata dan menyenaraikan sifat fizikal haiwan

kesayangan

3.2.2 Mengklasifikasikan haiwan kesayangan mengikut cara membiak iaitu :

i. bertelur

ii. melahirkan anak 3.3.1 Menerangkan faktor

pemilihan haiwan kesayangan yang hendak dipelihara seperti jinak, minat atau saiz

1

Menyebut atau menunjukkan dengan bahasa badan, haiwan kesayangan yang hidup di darat dan di air

2 Menamakan haiwan kesayangan yang

hidup di darat, dan di air

3 Menyatakan sifat fizikal haiwan kesayangan

4 Membezakan sifat fizikal haiwan

kesayangan yang hidup di darat, dan di air

5 Mengelaskan haiwan kesayangan mengikut

cara membiak

6 Bercerita tentang faktor pemilihan haiwan

(53)

49 STANDARD KANDUNGAN (Murid dibimbing untuk...) STANDARD PEMBELAJARAN (Murid berupaya untuk...)

STANDARD PRESTASI (Murid boleh...) TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN 4.1 Mengaplikasikan konsep tempat tinggal haiwan 4.1.1 Menyediakan tempat

tinggal haiwan mengikut jenis haiwan kesayangan yang dipilih

4.1.2 Menyediakan peralatan yang diperlukan dalam setiap tempat tinggal haiwan

kesayangan yang telah dipilih

1 Menyebut atau menunjukkan dengan bahasa badan, tempat tinggal haiwan

2 Menamakan dua jenis tempat tinggal haiwan 3 Menyenaraikan peralatan yang diperlukan

dalam tempat tinggal haiwan 4

Menerangkan ciri-ciri fizikal tempat tinggal haiwan kesayangan dan peralatan yang diperlukan

5 Membina tempat tinggal haiwan kesayangan yang sesuai

6 Membina tempat tinggal haiwan kesayangan yang lengkap dan teratur

(54)

50

STANDARD KANDUNGAN (Murid dibimbing untuk...)

STANDARD PEMBELAJARAN (Murid berupaya untuk...)

STANDARD PRESTASI (Murid boleh...) TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN 5.1 Mengamalkan aspek penjagaan haiwan kesayangan 5.1.1 Menyenaraikan jenis-jenis makanan haiwan kesayangan

i. makanan asli ii. makanan diproses 5.1.2 Menunjuk cara membersih tempat tinggal haiwan kesayangan yang dipilih 5.1.3 Mengamalkan rutin penjagaan haiwan kesayangan

5.1.4 Menerangkan sikap positif pemelihara haiwan terhadap haiwan kesayangan

1 Menyebut atau menunjuk dengan bahasa badan, jenis makanan haiwan kesayangan 2 Menamakan jenis-jenis makanan haiwan

kesayangan

3 Menerangkan cara membersih tempat tinggal haiwan kesayangan

4 Membersih tempat tinggal haiwan kesayangan dengan betul

5 Mengamalkan rutin penjagaan haiwan kesayangan dengan sempurna 6

Bercerita tentang sikap positif pemelihara haiwan yang baik terhadap haiwan

(55)

TERBITAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

ARAS 4-8 BLOK E9

KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA

Tel: 03-8884 2000 Fax: 03-8888 9917 http//www.moe. gov.my/bpk

Referensi

Dokumen terkait

Hasil dari penelitian ini adalah adanya identitas budaya urban yang terlihat dalam Jazz Traffic Festival seperti gaya hidup dan tidak bisa terlepasnya teknologi

Dengan adanya perkembangan teknologi informasi dalam bidang pendidikan, maka pada saat ini sudah dimungkinkan untuk diadakan belajar jarak jauh dengan

Pada hari ini, Jumat tanggal Delapan Bulan Maret Tahun Dua Ribu Tiga Belas, Panitia Pengadaan Barang / Jasa Dilingkungan Bidang Bina Marga Dinas Pekerjaan Umum Provinsi

DIBERI COVER MIKA, WARNA SESUAI PRODI MASING-MASING.. (dengan bantuan logaritma)

Berdasarkan uraian di atas, bagi sekolah swasta yang belum melaksanakan pendidikan dasar yang bebas biaya, dapat diketahui bahwa belum dilaksanakannya pendidikan

Jumlah Saham yang ditawarkan 525.962.624 Saham Biasa Atas Nama dengan Nilai Nominal Rp... HAK MEMESAN EFEK TERLEBIH DAHULU (HMETD) PT LEO INVESTMENTS Tbk

Pengeringan jenis baki atau wadah adalah dengan meletakkan material yang akan dikeringkan pada baki yang lansung berhubungan dengan media pengering. Cara perpindahan panas

(5) Untuk kepentingan pemeriksaan di pengadilan dalam perkara pidana atau perdata, atas permintaan hakim sesuai dengan Hukum Acara Pidana dan Hukum Acara Perdata, Walikota