• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 4 KEHENDAK-KEHENDAK PENYENARAIAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "BAB 4 KEHENDAK-KEHENDAK PENYENARAIAN"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

Bab 4 Halaman 4 - 1 Sebagaimana pada 8 Disember 2020

KRITERIA DAN KELAYAKAN PENYENARAIAN

BAB 4 – KEHENDAK-KEHENDAK PENYENARAIAN

Kriteria dan Kelayakan Penyenaraian

1. Untuk disenaraikan, LFX mesti berpuas hati bahawa instrumen kewangan adalah sesuai untuk disenaraikan pada LFX.

Sesuai untuk penyenaraian 2. Dalam menentukan kesesuaian instrumen kewangan untuk penyenaraian, LFX

akan berpandukan objektif amnya untuk mencapai keseimbangan yang baik antara usaha memberikan penerbit yang sesuai akses kepada pasaran modal pada kesempatan yang terawal mungkin, sementara memberi pelabur cukup perlindungan dan maklumat dengan secukupnya dan tepat pada masanya untuk membolehkan mereka membuat keputusan berdasarkan maklumat tentang nilai dan merit instrumen kewangan itu.

Objektif am

3. Untuk mana-mana instrumen kewangan yang akan disenaraikan, LFX akan biasanya menghendaki supaya kriteria dan kelayakan berikut dipenuhi:

(a) kedudukan perundangan penerbit hendaklah mematuhi undang-undang dan peraturan yang kepadanya penerbit adalah tertakluk, berhubung dengan penubuhannya dan juga operasinya;

(b) kedudukan perundangan instrumen kewangan mesti mematuhi undang- undang dan peraturan yang kepadanya instrumen kewangan itu adalah tertakluk;

(c) instrumen kewangan mesti dalam jenis mata wang Dolar Amerika Syarikat, Euro, yen Jepun atau apa-apa mata wang lain sebagaimana yang dibenarkan oleh LFX;

(d) instrumen kewangan mesti boleh dipindah milik dengan bebas tetapi mungkin tertakluk kepada sekatan pindah milik tertentu sebagaimana yang dibenarkan oleh LFX. Instrumen kewangan separa berbayar boleh dianggap sebagai memenuhi syarat boleh pindah milik, dengan syarat bahawa LFX berpuas hati bahawa pelabur telah diberikan semua maklumat yang wajar untuk membolehkan urus niaga instrumen kewangan tersebut diadakan dengan terbuka dan sepatutnya;

(e) (i) jika tiada satu pun instrumen kewangan kelas tertentunya disenaraikan pada LFX, permohonan untuk penyenaraian mesti berkaitan dengan semua instrumen kewangan kelas itu, sama ada telah pun diterbitkan atau dicadangkan untuk diterbitkan; atau (ii) jika instrumen kewangan kelas tertentunya telah pun disenaraikan

pada LFX, permohonan untuk penyenaraian mesti berkaitan dengan semua instrumen kewangan lanjut kelas itu yang dicadangkan untuk diterbitkan;

(f) jika instrumen kewangan boleh ditukar kepada instrumen kewangan lain, LFX mesti berpuas hati bahawa pelabur akan boleh mendapatkan maklumat yang perlu untuk membentuk pendapat berhubung dengan nilai instrumen kewangan sandaran. Perkara ini biasanya bermaksud bahawa instrumen kewangan sandaran mesti sama ada disenaraikan pada LFX

Kriteria dan kelayakan biasa

(2)

KRITERIA DAN KELAYAKAN PENYENARAIAN

atau pada bursa saham lain yang boleh diterima oleh LFX; dan

(g) kaedah penyenaraian yang dicadangkan mesti boleh diterima oleh LFX, dengan mengambil kira jenis, bilangan dan pengagihan instrumen kewangan itu.

4. Dalam hal instrumen kewangan yang diterbitkan oleh sesuatu kerajaan atau sesuatu negeri atau pihak berkuasa wilayah dan tempatannya atau oleh badan antarabangsa awam, LFX boleh mengetepikan atau mengubah suai mana-mana kehendak Kaedah-kaedah ini sehingga apa-apa takat sebagaimana yang didapati sesuai oleh LFX.

Instrumen kewangan yang diterbitkan oleh kerajaan

5. Walau apa pun peruntukan lain dalam Kaedah-kaedah ini, hendaklah diambil maklum bahawa LFX mengekalkan budi bicara untuk menerima atau menolak permohonan untuk penyenaraian, berpandukan objektif yang dinyatakan dalam Kaedah 2 Bab ini, dan bahawa:

(a) kepatuhan kepada kriteria dan kelayakan biasa mungkin tidaklah dengan sendirinya memastikan kesesuaian sesuatu instrumen kewangan tertentu untuk penyenaraian; atau

(b) ketidakpatuhan kepada kriteria dan kelayakan biasa mungkin tidaklah dengan sendirinya menghilangkan kelayakan sesuatu instrumen kewangan tertentu.

Oleh itu, Penganjur Penyenaraian dan bakal penerbit boleh, pada bila-bila masa, menghubungi LFX untuk bertanya dan mendapatkan panduan yang tidak rasmi dan yang sulit tentang kelayakan sesuatu instrumen kewangan tertentu.

Budi bicara LFX

(3)

Bab 4 Halaman 4 - 3 Sebagaimana pada 8 Disember 2020

PENYENARAIAN KEDUA

Penyenaraian Kedua

6. Penyenaraian apa-apa instrumen kewangan pada LFX boleh diadakan dalam bentuk penyenaraian kedua, yang dengannya instrumen kewangan itu adalah, atau akan, disenaraikan pada bursa lain yang disetujui oleh LFX akan merupakan Bursa Utama.

Bursa Utama

7. Berkenaan dengan obligasi selepas penyenaraian, jika terdapat apa-apa percanggahan antara kehendak LFX dan kehendak Bursa Utama, kehendak Bursa Utama hendaklah mengatasi kehendak LFX, dengan syarat bahawa LFX hendaklah diberitahu dengan serta-merta mengenai, dan menerima, percanggahan tersebut.

Percanggahan

8. Penerbit hendaklah memberitahu LFX dengan serta-merta jika:

(a) instrumen kewangannya yang juga disenaraikan pada LFX terhenti disenaraikan pada Bursa Utama atau ia dikenakan tindakan tatatertib oleh Bursa Utama;

(b) terdapat apa-apa petunjuk bahawa mana-mana kejadian yang dinyatakan dalam perenggan (a) di atas akan berlaku; atau

(c) terdapat apa-apa perubahan material dalam kaedah-kaedah penyenaraian Bursa Utama sebagaimana yang terpakai untuk penerbit.

Perlu

memberitahu LFX

9. Jika terdapat apa-apa perubahan dalam hal keadaan yang berkaitan dengan Bursa Utama atau penyenaraian instrumen kewangan pada Bursa Utama, termasuk hal keadaan yang dinyatakan dalam Kaedah 8 Bab ini, LFX boleh membuat keputusan mengenai status penyenaraian instrumen kewangan itu pada LFX dan tindakan lanjut yang sepatutnya diambil oleh penerbit.

LFX boleh membuat keputusan

(4)

PROSEDUR PERMOHONAN

Prosedur Permohonan

10. Semua permohonan untuk penyenaraian hendaklah dikemukakan kepada LFX melalui suatu Penganjur Penyenaraian.

Permohonan melalui Penganjur Penyenaraian 11. Permohonan untuk penyenaraian instrumen kewangan hendaklah

mengandungi dokumen berikut:

(a) suatu surat rasmi permohonan yang ditandatangani oleh Penganjur Penyenaraian atau seorang pegawai Penganjur Penyenaraian yang diberi kuasa dengan sewajarnya dan seorang pegawai penerbit pemohon yang diberi kuasa dengan sewajarnya. Surat permohonan itu mesti mengandungi maklumat berikut:

(i) amaun dan perihalan instrumen kewangan itu;

(ii) kaedah penyenaraian yang dicadangkan;

(iii) sama ada penyenaraian itu diniatkan untuk menjadi penyenaraian utama atau kedua;

(iv) sama ada instrumen kewangan itu diniatkan untuk menjadi sama, dalam semua hal, dengan sesuatu kelas instrumen kewangan yang sedia ada;

(v) perincian dokumen hak milik untuk instrumen kewangan itu; dan (vi) apa-apa maklumat lain yang didapati perlu dizahirkan kepada LFX,

dengan mengambil kira kehendak LFX.

(b) dua (2) salinan Dokumen Penyenaraian;

(c) perisytiharan oleh penerbit pemohon yang sebahagian besarnya dalam bentuk yang dinyatakan dalam Jadual C, ditandatangani oleh seorang pegawai penerbit pemohon yang diberi kuasa dengan sewajarnya;

(d) perisytiharan oleh Penganjur Penyenaraian yang sebahagian besarnya dalam bentuk yang dinyatakan dalam Jadual D, ditandatangani oleh Penganjur Penyenaraian atau seorang pegawai Penganjur Penyenaraian yang diberi kuasa dengan sewajarnya;

(e) dokumen sokongan seperti berikut:

(i) satu salinan diperakui perlembagaan penerbit pemohon;

(ii) penyata kewangan tahunan teraudit penerbit pemohon bagi setiap tempoh yang membentuk sebahagian daripada rekod kewangan penerbit yang terkandung dalam Dokumen Penyenaraian;

(iii) apa-apa penyata kewangan interim penerbit pemohon yang relevan;

(iv) dalam hal sekuriti hutang, satu salinan diperakui surat ikatan amanah atau dokumen lain yang menjamin atau membentuk sekuriti hutang itu;

Dokumen yang perlu dikemukakan

(5)

Bab 4 Halaman 4 - 5 Sebagaimana pada 8 Disember 2020

PROSEDUR PERMOHONAN

(v) dalam hal penyenaraian kedua, prospektus terkini atau dokumen serupa lain yang disenaraikan dengan Bursa Utama cadangan penerbit pemohon;

(vi) jika perkara tersebut dikehendaki oleh undang-undang yang kepadanya penerbit pemohon adalah tertakluk, satu salinan diperakui ketetapan yang diluluskan dalam mesyuarat agung yang membenarkan penerbitan instrumen kewangan itu;

(vii) jika instrumen kewangan itu digambarkan sebagai berdasarkan prinsip-prinsip Syariah, satu perakuan atau pengendorsan daripada sesuatu majlis atau badan Syariah pilihan penerbit pemohon;

(viii) apa-apa perakuan atau pengendorsan yang perlu lain oleh badan, pihak berkuasa atau persatuan yang berkaitan, yang memperakui atau mengendorskan mana-mana representasi yang dibuat berkaitan dengan penerbit dan instrumen kewangan itu;

(ix) satu salinan apa-apa dokumen hak milik sementara dan apa-apa dokumen hak milik definitif berkenaan dengan instrumen kewangan itu;

(x) dokumen dan rekod ketekunan wajar penerbit pemohon termasuk yang diperoleh semasa proses ketekunan wajar pelanggan menurut Garis Panduan mengenai Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Penentangan Pembiayaan Keganasan – Pasaran Modal dan Sektor Perniagaan Lain yang diterbitkan oleh Lembaga; dan

(xi) satu senarai semakan yang menunjukkan kepatuhan kepada peruntukan yang relevan Kaedah-kaedah ini, dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh LFX.

12. Walau apa pun di atas, dalam pemprosesan permohonan, LFX boleh meminta apa-apa maklumat atau dokumen lain daripada penerbit pemohon.

Maklumat atau dokumen lain 13. Semua maklumat dan dokumen yang dikemukakan kepada LFX dalam

permohonan itu hendaklah menjadi harta LFX.

(6)

DOKUMEN PENYENARAIAN

Dokumen Penyenaraian

14. Dokumen penyenaraian mesti mengandungi semua maklumat yang, dengan mengambil kira jenis tertentu penerbit dan instrumen kewangan, perlu untuk membolehkan sesuatu pelabur membuat penilaian berdasarkan maklumat tentang aktiviti, aset dan liabiliti, kedudukan kewangan, pengurusan dan prospek penerbit, dan tentang keuntungan dan kerugiannya, dan tentang obligasi dan hak, kuasa dan keistimewaan instrumen kewangan tersebut.

Maklumat dalam Dokumen Penyenaraian

15. Semua Dokumen Penyenaraian mesti mengandungi, di tempat yang mudah dilihat, pernyataan berikut:

“Labuan International Financial Exchange Inc. tidak bertanggungjawab terhadap kandungan dokumen ini, tidak membuat apa-apa representasi mengenai ketepatan atau kesempurnaannya dan menafikan dengan nyata apa-apa liabiliti sekalipun terhadap apa-apa kerugian dengan apa cara sekalipun yang timbul daripada, atau yang bergantung pada, mana-mana bahagian kandungan dokumen ini”.

“Pelabur dinasihati supaya membaca dan memahami kandungan dokumen ini sebelum melabur. Jika berasa ragu-ragu, pelabur sepatutnya berunding dengan penasihatnya”.

Pernyataan dalam Dokumen

Penyenaraian

16. Suatu Dokumen Penyenaraian tambahan mesti dikemukakan kepada LFX jika, pada bila-bila masa selepas Dokumen Penyenaraian telah diluluskan oleh LFX dan sebelum urus niaga dalam instrumen kewangan yang relevan bermula, penerbit menyedari bahawa:

(a) terdapat perubahan yang signifikan dalam apa-apa perkara yang terkandung dalam Dokumen Penyenaraian; atau

(b) sesuatu perkara yang signifikan telah timbul, yang berkenaan dengannya pemasukan maklumat akan dikehendaki supaya disebut dalam Dokumen Penyenaraian jika ia telah timbul pada masa penyediaannya.

Dokumen Penyenaraian Tambahan

17. Dokumen Penyenaraian tambahan itu mesti dikemukakan kepada LFX bersama dengan suatu aku janji yang bertulis dan ditandatangani oleh Penganjur Penyenaraian bahawa kandungan Dokumen Penyenaraian tambahan mematuhi semua kehendak LFX.

Aku janji oleh Penganjur Penyenaraian

18. Dokumen Penyenaraian atau mana-mana tambahan kepadanya tidak boleh diterbitkan sehingga sesuatu kelulusan rasmi khusus bagi penerbitan telah diperoleh daripada LFX. Dalam apa-apa hal keadaan pun, kelulusan oleh LFX bagi penerbitan tidak boleh ditafsirkan sebagai kelulusan LFX bagi kandungan Dokumen Penyenaraian.

Kelulusan untuk penerbitan

19. Dokumen Penyenaraian atau mana-mana tambahan kepadanya yang telah diluluskan oleh LFX bagi penerbitan mesti diterbitkan:

(a) oleh penerbit, dengan menjadikannya tersedia dalam bentuk tercetak dan secara percuma untuk orang awam dan dalam bilangan yang cukup untuk memenuhi permintaan awam di:

(i) LFX; dan

Penerbitan Dokumen Penyenaraian

(7)

Bab 4 Halaman 4 - 7 Sebagaimana pada 8 Disember 2020

DOKUMEN PENYENARAIAN

(ii) pejabat berdaftar penerbit atau tempat lain yang boleh diterima oleh LFX selama suatu tempoh masa yang munasabah; dan/atau

(b) dengan notis terdahulu kepada LFX, dengan memaparkannya pada suatu laman web yang boleh diakses secara am oleh orang awam dengan percuma.

(8)

PERANAN PENGANJUR PENYENARAIAN

Peranan Penganjur Penyenaraian

20. Setiap penerbit pemohon dan penerbit mesti mempunyai suatu Penganjur Penyenaraian pada setiap masa.

21. Sesuatu penerbit pemohon mesti melantik suatu Penganjur Penyenaraian berkaitan dengan permohonan untuk penyenaraian setiap kelas instrumen kewangan. Penganjur Penyenaraian tersebut hendaklah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa permohonan yang lengkap dan sewajarnya dibuat, dan hendaklah menjadi saluran komunikasi utama penerbit pemohon dengan LFX semasa proses permohonan.

Penganjur Penyenaraian dan permohonan untuk penyenaraian

21A. Dalam menunaikan peranannya di bawah Kaedah 21 Bab ini, Penganjur Penyenaraian hendaklah –

(a) menjalankan usaha ketekunan wajar yang perlu terhadap penerbit pemohon termasuk ketekunan wajar pelanggan sebagaimana yang ditetapkan dalam Garis Panduan mengenai Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Penentangan Pembiayaan Keganasan – Pasaran Modal dan Sektor Perniagaan Lain yang diterbitkan oleh Lembaga; dan

(b) memuaskan hatinya bahawa ketekunan wajar yang dilakukan adalah sesuai dan cukup untuk penerbit pemohon dan permohonan untuk penyenaraian itu; dan

(c) berpuas hati bahawa semua isu material yang timbul daripada usaha ketekunan wajar telah ditangani atau selainnya tidak menjejaskan kewajaran dan kesesuaian penerbit pemohon untuk penyenaraian.

Ketekunan wajar

22. Jika permohonan untuk penyenaraian berjaya, Penganjur Penyenaraian yang disebut dalam Kaedah 21 Bab ini hendaklah menjadi Penganjur Penyenaraian untuk penyenaraian instrumen kewangan itu bagi maksud LFX. Penganjur Penyenaraian tersebut hendaklah berkewajipan, dan bertanggungjawab kepada LFX, untuk memastikan bahawa penerbit mematuhi semua kehendak LFX berhubung dengan penyenaraian instrumen kewangan, dan hendaklah menjadi saluran komunikasi utama penerbit dengan LFX semasa tempoh penyenaraian dan jika perlu, selepas itu.

Penganjur Penyenaraian dan penyenaraian

23. Penganjur Penyenaraian mesti memastikan bahawa penerbit pemohon atau penerbit menerima panduan dan nasihat yang baik, wajar dan saksama tentang kehendak LFX.

Penganjur Penyenaraian perlu memberikan panduan dan nasihat 24. Tanpa menjejaskan keluasan peruntukan terdahulu, Penganjur Penyenaraian:

(a) hendaklah mengemukakan, bagi pihak penerbit pemohon atau penerbit, kepada LFX atau mana-mana pihak lain, semua maklumat dan dokumen yang dikehendaki oleh LFX supaya dikemukakan kepada LFX atau mana- mana pihak lain oleh penerbit pemohon atau penerbit;

(b) hendaklah memastikan bahawa penerbit membuat pembayaran fi penyenaraian yang disebut dalam Kaedah 26 Bab ini dengan sewajarnya dan tepat pada masanya; dan

(c) hendaklah memberitahu LFX dengan serta-merta apabila ia menyedari

Tanggungjawab khusus Penganjur Penyenaraian

(9)

Bab 4 Halaman 4 - 9 Sebagaimana pada 8 Disember 2020

PERANAN PENGANJUR PENYENARAIAN

apa-apa perkara atau isu material yang mungkin memudaratkan status penyenaraian penerbit atau instrumen kewangannya, termasuk apa-apa pelanggaran Kaedah-kaedah ini atau undang-undang dan peraturan yang berkaitan.

25. Walau apa pun di atas, LFX boleh berkomunikasi secara terus dengan penerbit pemohon penerbit, atau sesuatu penasihat penerbit pemohon atau penerbit selain daripada Penganjur Penyenaraian, mengenai apa-apa perkara yang berkaitan dengan penyenaraian itu. Sekiranya komunikasi tersebut dibuat, penerbit mesti memastikan bahawa Penganjur Penyenaraian diberitahu mengenai perkara itu secepat yang dapat dilaksanakan selepas itu. Tidak ada apa-apa jua dalam kaedah ini akan membebaskan Penganjur Penyenaraian daripada tanggungjawab dan obligasinya sebagaimana yang dinyatakan dalam Kaedah-kaedah ini.

Komunikasi terus dengan penerbit

(10)

FI

Fi

26. Penerbit yang instrumen kewangannya disenaraikan pada senarai rasmi LFX dikehendaki supaya membayar fi penyenaraian permulaan dan tahunan mengikut kadar sebagaimana yang akan ditentukan oleh LFX dari semasa ke semasa.

Fi penyenaraian

(11)

Bab 4 Halaman 4 - 11 Sebagaimana pada 8 Disember 2020

OBLIGASI SELEPAS PENYENARAIAN

Obligasi Selepas Penyenaraian

27. Penerbit hendaklah memastikan bahawa orang awam, LFX dan pemegang instrumen kewangan diberitahu dengan serta-merta mengenai apa-apa maklumat yang berkaitan dengan penerbit dan instrumen kewangan itu yang:

(a) perlu untuk membolehkan penilaian kedudukan penerbit dan instrumen kewangan itu;

(b) perlu untuk mengelakkan pembentukan pasaran palsu untuk instrumen kewangan itu; dan

(c) mungkin dengan munasabahnya dijangkakan akan menjejaskan secara material aktiviti pasaran untuk, dan harga, instrumen kewangan itu.

Dasar penzahiran awam

28. Penerbit hendaklah menghantar kepada LFX, empat (4) salinan penyata kewangan tahunannya dan apa-apa penyata kewangan interim yang diterbitkan oleh penerbit.

Penyata kewangan

29. Tanpa mengurangkan keluasan Kaedah 27 Bab ini, penerbit hendaklah memberitahu LFX dengan serta-merta:

(a) mengenai apa-apa perubahan dalam hak yang terikat dengan mana-mana kelas instrumen kewangan tersenarai atau yang terikat dengan apa-apa instrumen kewangan yang kepadanya mana-mana instrumen kewangan tersenarai boleh ditukar, untuk penyebaran oleh LFX;

(b) mengenai apa-apa pembelian, penebusan atau pembatalan oleh penerbit berkenaan dengan instrumen kewangannya yang disenaraikan pada LFX, untuk penyebaran oleh LFX;

(c) mengenai apa-apa pengubahan yang dicadangkan terhadap perlembagaan atau lembaga pengarah penerbit; dan

(d) mengenai:

(i) penyampaian apa-apa petisyen penggulungan, atau permohonan yang sama dengannya di negara pemerbadanan atau penubuhan lain, atau pembuatan apa-apa perintah penggulungan atau pelantikan suatu penyelesai sementara berkenaan dengan penerbit, syarikat pemegangannya atau mana-mana subsidiari utama;

(ii) kelulusan apa-apa ketetapan oleh penerbit, syarikat pemegangannya atau mana-mana subsidiari utama bahawa ia akan digulung secara penggulungan sukarela anggota atau pemiutang atau cara yang sama dengannya;

(iii) pengambilan milikan atau penjualan oleh mana-mana penerima gadai janji berkenaan dengan sebahagian daripada aset penerbit yang nilai agregatnya merupakan suatu amaun melebihi 15%

daripada nilai buku aset bersih sedia ada penerbit; atau

(iv) pembuatan apa-apa penghakiman, perisytiharan atau perintah oleh mana-mana mahkamah atau tribunal yang mempunyai bidang kuasa

Penzahiran kepada LFX

(12)

OBLIGASI SELEPAS PENYENARAIAN

berwibawa sama ada pada mula-mulanya atau atas rayuan, yang mungkin memudaratkan penikmatan penerbit berkenaan dengan mana-mana bahagian daripada asetnya yang nilai agregatnya merupakan suatu amaun melebihi 15% daripada nilai buku aset ketara bersih disatukan penerbit.

30. Tambahan lagi, penerbit hendaklah mengemukakan kepada LFX:

(a) salinan pengumuman atau iklan yang hal perkaranya melibatkan suatu perubahan dalam, atau berkaitan dengan atau mempengaruhi, pengaturan berkenaan dengan perdagangan instrumen kewangannya yang disenaraikan pada LFX;

(b) empat (4) salinan semua pekeliling kepada pemegang instrumen kewangannya yang disenaraikan pada LFX, pada masa yang sama seperti masa pekeliling diterbitkan; dan

(c) empat (4) salinan semua ketetapan pemegang instrumen kewangan yang disenaraikan pada LFX, dengan seberapa segera yang mungkin selepas ia dibuat, dan empat (4) salinan notis mesyuarat, bentuk proksi, notis melalui iklan kepada pemegang instrumen kewangan, laporan, pengumuman atau dokumen lain yang serupa pada masa yang sama seperti masa ia diterbitkan.

Pengemukaan dokumen

31. Penerbit hendaklah menjawab dengan segera apa-apa pertanyaan yang dibuat oleh LFX mengenai pergerakan luar biasa dalam harga atau jumlah perdagangan instrumen kewangan tersenarainya, atau apa-apa perkara lain, dengan memberikan maklumat relevan sebagaimana yang boleh didapati oleh penerbit atau, jika wajar, dengan mengeluarkan suatu pernyataan yang membawa maksud bahawa penerbit tidak menyedari apa-apa perkara atau perkembangan yang adalah atau mungkin relevan dengan pergerakan harga atau jumlah perdagangan yang luar biasa itu bagi instrumen kewangan tersenarainya.

Siasatan oleh LFX

32. LFX berhak menghendaki penerbit supaya memberikan maklumat lanjut, dan mengenakan obligasi berterusan tambahan ke atas penerbit, jika ia mendapati bahawa hal keadaan mewajarkannya.

Obligasi tambahan

33. Penerbit tidak boleh melibatkan diri, atau dengan sengaja membantu mana- mana orang lain melibatkan diri, dalam apa-apa urus niaga orang dalam berhubung dengan apa-apa instrumen kewangan yang disenaraikan pada LFX.

Bagi maksud Kaedah ini:

(a) “urus niaga orang dalam” bermaksud urus niaga instrumen kewangan oleh orang dalam semasa memiliki maklumat sensitif harga yang tidak disiarkan dengan niat untuk mendapat keuntungan atau mengelakkan kerugian dan termasuklah memberikan maklumat tersebut kepada orang lain untuk tujuan yang sama;

(b) “orang dalam” bermaksud -

(i) mana-mana pengarah, rakan kongsi am, pegawai, pekerja atau anggota kakitangan mana-mana penerbit; dan

Urus niaga orang dalam

(13)

Bab 4 Halaman 4 - 13 Sebagaimana pada 8 Disember 2020

OBLIGASI SELEPAS PENYENARAIAN

(ii) mana-mana orang lain, yang melalui perhubungan dengan Ejen Perdagangan, bermaksud bahawa dia memiliki atau mempunyai akses kepada maklumat sensitif harga yang tidak disiarkan; dan (c) “maklumat sensitif harga yang tidak disiarkan” bermaksud apa-apa

maklumat berhubung dengan instrumen kewangan yang tidak diketahui secara umum oleh orang yang pada kebiasaannya atau yang akan mungkin berdagang atau berniaga dalam instrumen kewangan itu tetapi yang, jika diketahui, akan mungkin memberikan kesan material ke atas harga atau aspek perdagangan lain instrumen kewangan tersebut.

34. Penerbit hendaklah memastikan kesamarataan layanan untuk semua pemegang instrumen kewangan yang disenaraikan pada LFX yang sama kelasnya.

Kesamarataan layanan

35. Jika instrumen kewangan juga disenaraikan pada bursa yang lain, penerbit mesti memastikan bahawa maklumat atau dokumen sama yang diberikan atau dikemukakan kepada bursa lain tersebut, diberikan atau dikemukakan kepada LFX.

Bursa lain

(14)

PENCELAAN, PENGGANTUNGAN DAN NYAHSENARAI

Pencelaan, Penggantungan dan Nyahsenarai

36. Jika LFX berpendapat bahawa sesuatu penerbit telah melanggar mana-mana peruntukan dalam Kaedah-kaedah ini, LFX boleh melakukan satu atau lebih daripada perkara berikut:

(a) mencela penerbit, yang boleh termasuk suatu notis pencelaan bertulis rasmi yang disampaikan kepada penerbit dan kehendak bahawa penerbit memberikan penjelasan bertulis mengenai tindakannya kepada LFX dan suatu aku janji untuk membetulkan pelanggaran itu dengan serta-merta;

(b) menerbitkan hakikat bahawa penerbit telah dicela; dan

(c) menggantung perdagangan dan/atau menyahsenarai semua atau mana- mana instrumen kewangan penerbit sebagaimana yang diperuntukkan dalam Kaedah 37 Bab ini.

37. LFX boleh, pada bila-bila masa, menggantung urus niaga, atau menyahsenarai, mana-mana instrumen kewangan, dalam hal keadaan, dan tertakluk kepada syarat-syarat, sebagaimana yang difikirkan patut oleh LFX, jika:

(a) LFX berfikir bahawa ia perlu untuk perlindungan pelabur atau pengekalan suatu pasaran yang teratur;

(b) penerbit gagal, dengan cara yang difikirkan oleh LFX sebagai material, mematuhi mana-mana kehendak LFX; atau

(c) LFX berfikir bahawa instrumen kewangan itu tidak lagi sesuai untuk penyenaraian.

Penggantungan dan nyahsenarai

38. Penerbit boleh mendapatkan penggantungan urus niaga instrumen kewangannya, dengan membuat permintaan bertulis untuk penggantungan yang disokong dengan sewajarnya oleh sebab khusus, kepada LFX.

Penggantungan sukarela

39. Jika urus niaga instrumen kewangan telah digantung, LFX boleh menarik balik penggantungan bila-bila dan atas apa-apa terma yang difikirkannya wajar.

Sesuatu penggantungan biasanya tidak akan ditarik balik melainkan:

(a) penggantungan itu adalah atas permintaan penerbit, penerbit telah mengumumkan sebab penggantungan, dan, jika wajar, pengaturan masa yang dijangkakan bagi penarikan balik penggantungan itu; atau

(b) penggantungan itu telah dikenakan oleh LFX, penerbit telah memenuhi syarat-syarat untuk penarikan balik penggantungan itu sebagaimana yang dikenakan oleh LFX.

Penarikan balik penggantungan

40. Jika sesuatu penggantungan terus berlaku selama suatu tempoh yang berpanjangan tanpa penerbit mengambil tindakan yang mencukupi untuk mendapatkan penyenaraian semula, LFX boleh menyahsenarai instrumen kewangan itu, dengan syarat bahawa ia memberitahu penerbit secara bertulis terlebih dahulu mengenai niatnya untuk menyahsenarai pada sesuatu tarikh yang ditentukan.

Penggantungan yang

berpanjangan

Referensi

Dokumen terkait

Tujuan dari program pengabdian ini adalah memberikan pengetahuan dan ketrampilan pada guru-guru MIM Tegalampel agar dapat mengidentifikasi jenis-jenis materi OSN

mudhārabah di BRISyariah Kantor Cabang Banjarmasin. Nasabah menerima bilyet deposito, bilyet ini berfungsi sebagai bukti kepemilikan deposito mudhārabah di BRISyariah

(g) tidak terlibat dalam apa-apa transaksi dengan Perbadanan tersebut dalam hal keadaan yang ditentukan oleh Bursa, atau kini bukan seorang rakan kongsi, pengarah atau

Sebut harga, pesanan atau apa-apa petunjuk minat hanya boleh dimasukkan ke dalam sistem perdagangan LFX oleh Ejen Perdagangan, dan mana-mana pelabur atau penerbit yang ingin

pemegang syer mengawal ertinya mana-mana orang yang, atau sekumpulan orang yang secara kolektif, berhak untuk menjalankan, atau mengawal penjalanan, lebih daripada 33%

● Perintah pelucuthakkan atau pelepasan apa-apa yg dilucuthak hendaklah dibuat oleh mahkamah sebelum pedakwaan dimulakan, dan perintah pelucuthakkan hendaklah dibuat jika

(1) Penyata kewangan tahunan teraudit penerbit asing yang mempunyai penyenaraian utama mesti disertakan dengan suatu akuan berkanun yang ditandatangani oleh pengarah atau orang

(g) tidak terlibat dalam apa-apa transaksi dengan Perbadanan tersebut dalam hal kedaan yang ditentukan oleh Bursa, atau kini bukan seorang rakan kongsi, pengarah atau