Maklumat hubungan:
Dr. Lee Yew Kong
Jabatan Perubatan Rawatan Utama, Fakulti Perubatan Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia
Emel: [email protected] Laman web: http://dmit.um.edu.my/
Perlukah
saya memulakan
Insulin? DMIT GROUP
Apakah kebimbangan anda?
Penghidap diabetes jenis 2 yang dinasihatkan untuk memulakan insulin mungkin mempunyai perkara-perkara yang
membimbangkan; antaranya seperti berikut:
Introduction
Pengenalan
Buku ini milik:
1
2
3
4
5
Info mengenai diabetes dan insulin Mengenai pilihan rawatan
Ketahui apa yang penting bagi anda
Adakah anda memerlukan lebih sokongan?
Membuat keputusan anda
Kandungan
Buku ini adalah untuk anda sekiranya anda menghidap penyakit
Buku ini akan membantu anda dalam membuat pilihan yang
Salam sejahtera!
The Decision Making in Insulin Therapy Research Group Jabatan Perubatan Rawatan Utama
Universiti Malaya Malaysia ...
...
...
...
...
3 6 10
11
12
Maklumat hubungan:
Utama
Fakulti Perubatan Universiti Malaya Malaysia Emel:
Kandungan dibentuk oleh:
DMIT Group -
Dibiayai oleh: Geran Penyelidikan Universiti Malaya
Format:
Guide ©2000
Konflik kepentingan: Tiada
©DMIT Group Cetakan pertama 2012 Cetakan kedua 2014 Reka bentuk & susun atur:
ISBN: 978-967-99923-2-8
Buku ini akan membantu anda dalam menangani beberapa perkara
Mengapakah anda
memerlukan
rawatan insulin?
Doktor menasihatkan anda untuk memulakan rawatan insulin
kerana paras gula anda kekal tinggi walaupun setelah
mengambil ubat-ubatan, menjaga pemakanan dan bersenam. Ini adalah kerana organ pankreas anda tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi. Ini
biasanya berlaku selepas 5 hingga 10 tahun anda menghidap
diabetes.
Pengambilan ubat pil diabetes membantu meningkatkan paras insulin dalam badan.
Walaubagaimanapun ianya tidak dapat berfungsi sekiranya badan tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi. Oleh sebab itu anda memerlukan rawatan insulin.
Bagaimanakah anda memulakan rawatan insulin?
Adalah penting untuk anda memahami lebih lanjut tentang penggunaan insulin sebelum membuat keputusan. Insulin disuntik dengan menggunakan ‘pen insulin’. Pen insulin mempunyai jarum yang halus. Kebanyakkan pengguna mengalami sedikit sahaja rasa sakit semasa suntikan.
Kebiasaanya, satu suntikan insulin pada waktu malam sudah memadai bagi kebanyakan pengguna. Anda boleh menetapkan dos insulin yang diperlukan dengan memutar dail pada pen insulin. Insulin boleh disuntik pada kulit di bahagian perut atau luar paha.
Rawatan insulin boleh dipadankan dalam rutin harian anda. Anda disarankan untuk terus mengambil ubat, menjaga pemakanan dan bersenam seperti biasa. Pen insulin boleh dibawa ke mana sahaja tanpa memerlukan bekas simpanan khas.
Apa itu insulin?
Pernahkah anda tertanya apa itu insulin dan di mana ia dihasilkan?
Insulin ialah sejenis hormon yang dihasilkan oleh badan bagi membantu mengeluarkan gula dari darah dan menyimpannya ke dalam otot dan lemak.
Penghidap diabetes mempunyai paras gula dalam darah yang tinggi kerana badan mereka tidak dapat:
mencukupi dengan baik
Adakah paras gula anda dalam keadaan terkawal?
Anda boleh mengetahui kawalan paras gula anda dengan memeriksa:
paras HbA1c
(HbA1c boleh memberi maklumat tentang kawalan paras gula anda sepanjang tiga bulan yang lalu)
Mengenai rawatan insulin
* Nilai sasaran bagi paras gula adalah berbeza bagi setiap individu. Anda boleh berbincang dengan doktor/
jururawat mengenai nilai sasaran anda. (Diadaptasi daripada Panduan Amalan Klinikal 2009, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Paras HbA1c terbaru anda: %
Sasaran HbA1c anda: %
Paras gula yang tinggi boleh memberi kesan jangka masa pendek dan panjang kepada anda.
Anda akan mengalami gejala seperti berikut sekira ianya berlaku:
NILAI SASARAN BAGI PARAS GULA*
Berpuasa Tidak berpuasa
HbA1c
4.4 - 6.1 mmol/L 4.4 - 8.0 mmol/L
<6.5%
Dalam jangka masa panjang, jika paras gula tidak dikawal dengan baik, anda berisiko untuk
mendapat komplikasi seperti:
Apakah yang berlaku apabila paras gula anda tinggi?
Apakah pilihan
anda?
Memulakan rawatan insulin Mengikuti pr
ogram
pemakanan dan senaman yang ketat
Tidak membuat perubahan
Menambahkan jenis ubat pil diabetes yang lain
*Tidak sesuai jika anda sedang mengambil 3 atau 4 jenis (bilangan maksima) ubat pil diabetes yang lain.
Memulakan rawatan suntikan yang lain (bukan insulin) Mendapatkan
rawatan alter
natif
(e.g. pengambilan zat makanan tambahan, herba dan ubat tradisional)
Adakah insulin
mempunyai kesan sampingan?
Insulin mungkin boleh menyebabkan anda mendapat kesan sampingan. Antara kesan sampingan yang biasa dialami adalah
‘hypo’ dan penambahan berat badan.
‘Hypo’ berlaku sekiranya anda melangkau waktu makan, makan terlalu sedikit atau bersenam secara keterlaluan. Anda mungkin akan berasa pening, berpeluh, kesejukkan, keliru, gementar dan lemah.
Jika ini berlaku, anda mesti mengambil makanan manis seperti gula-gula dan minuman manis. Anda boleh mengelakkan
‘hypo’ dengan mengambil makanan mengikut waktu yang ditetapkan. Jika ia kerap berlaku, sila beritahu doktor bagi melaraskan dos insulin yang sesuai untuk anda.
Kadang-kala rawatan insulin boleh
menyebabkan penambahan berat badan.
Ia boleh dielakkan dengan mengurangkan pengambilan makanan berkarbohidrat dan berlemak.
Bagaimanakah anda mengawasi paras gula?
Jika ada menggunakan insulin, adalah penting untuk anda memeriksa paras gula anda sekerap mungkin. Pada permulaan rawatan insulin, anda perlu memeriksa paras gula sekali atau dua kali sehari. Pemeriksaan biasanya dilakukan pada waktu pagi sebelum makan. Alat untuk memeriksa paras gula dipanggil glukometer dan setiap jalur ujian yang digunakan berharga RM1 - RM2.
Untuk membuat
keputusan, anda mungkin mahu mempertimbangkan pilihan-pilihan berikut:
HbA1c Komplikasi
Diabetes Gejala
Diabetes Hipoglisemia
(Paras gula rendah) Sakit Kos Perubahan
berat badan
Tidak membuat perubahan
Mengikuti program pemakanan dan senaman yang ketat
Memulakan rawatan insulin
Menambahkan jenis ubat pil diabetes yang lain
Memulakan rawatan suntikan yang lain
(bukan insulin)
Mendapatkan rawatan alternatif
Tiada perubahan atau bertambah
Mungkin mengakibatkan komplikasi atau komplikasi sedia ada bertambah buruk
Akan kekal sama atau bertambah teruk
Tidak diketahui Tidak Tidak diketahui
Tidak
Ya
Tidak
Ya
Tidak
Tiada kos tambahan
Tiada kos tambahan
Antara RM80 hingga RM190 sebulan (untuk 10 unit sehari)
Antara RM120 hingga RM240 sebulan
RM550 hingga RM600 untuk sebatang pen
Berbeza Tidak diketahui
2 hingga 6 daripada 10 orang mungkin mengalami ‘hypo’;
4 hingga 8 tidak mengalami
1 hingga 2 daripada 10 orang mungkin mengalami ‘hypo’;
8 hingga 9 tidak mengalami
2 hingga 3 daripada 10 orang mungkin mengalami ‘hypo’;
7 hingga 8 tidak mengalami Mungkin bertambah baik
Akan bertambah baik
Mungkin bertambah baik
Mungkin bertambah baik Mungkin mencegah atau
memperlahankan perkembangan komplikasi
Mungkin mencegah atau memperlahankan perkembangan komplikasi
Mungkin mencegah atau memperlahankan perkembangan komplikasi
Boleh mencegah atau memperlahankan perkembangan komplikasi Tiada perubahan atau
berkurangan
Tiada perubahan atau berkurangan
Mungkin bertambah sebanyak 1 hingga 2 kg
Mungkin bertambah sebanyak 0.5 hingga 3 kg
Berkurangan sebanyak 1 hingga 2 kg Berkurangan kira-kira 2%
Bergantung kepada jenis ubat – berkurangan dari
0.5 ke 1.5%
Berkurangan dari 0.5 ke 1%
Tiada bukti Kekurangan bukti Kekurangan bukti Kekurangan bukti Kekurangan bukti
Apakah kelebihan dan kekurangan pilihan anda?
Saya tidak mahu:
suntikan
kesan sampingan
(‘hypo’ atau penambahan berat badan)
rawatan insulin mengganggu gaya hidup saya
Tidak Memulakan Rawatan Insulin Memulakan
Rawatan Insulin
Saya mahu:
paras gula saya terkawal
merendahkan risiko komplikasi
mengurangkan gejala diabetes
Apa yang penting bagi anda?
Saya bimbang:
mengenai ketagihan kepada insulin kandungan insulin tidak halal
samada saya amat memerlukan insulin pada tahap ini
diabetes saya mungkin menjadi lebih teruk setelah memulakan rawatan insulin mengenai kos rawatan insulin
pandangan orang lain terhadap saya sekiranya saya mengambil suntikan insulin keluarga saya mungkin tidak bersetuju saya memulakan rawatan insulin
Sejauh manakah pengetahuan anda?
Kini anda telah membaca fakta-fakta yang disediakan, sila jawab soalan-soalan berikut untuk mengetahui sejauh mana pemahaman anda mengenai pilihan-pilihan rawatan yang ada.
Sila pilih SATU jawapan yang sesuai daripada senarai di bawah:
A. Tidak membuat perubahan
B. Mengikuti program pemakanan dan senaman yang ketat
C. Memulakan rawatan insulin
D. Menambahkan jenis ubat pil diabetes yang lain E. Memulakan rawatan suntikan yang lain (bukan insulin)
F. Mendapatkan rawatan alternatif
Soalan-soalan:
1. Apakah rawatan yang paling berkesan untuk menurunkan paras gula?
2. Apakah rawatan yang paling berkesan untuk mengurangkan komplikasi diabetes?
3. Apakah rawatan yang mungkin paling kerap menyebabkan ‘hypo’ (paras gula rendah)?
4. Apakah rawatan yang mungkin menyebabkan penambahan berat badan yang paling banyak?
Selain daripada mengetahui fakta-fakta berkenaan, anda perlu mengetahui apa yang penting bagi anda sebelum membuat keputusan.
Sila tandakan apa yang penting bagi anda. Anda boleh memilih
lebih dari satu.
Adakah anda memerlukan lebih sokongan?
Adalah penting untuk anda mempertimbangkan maklumat yang lain dan sokongan yang anda perlukan sebelum membuat keputusan. Sila tandakan kotak yang sesuai.
Adakah anda faham tentang kelebihan dan kekurangan bagi setiap pilihan rawatan sebelum
membuat keputusan?
Adakah anda jelas tentang kelebihan dan kekurangan yang
paling penting bagi anda?
Adakah anda mendapat sokongan dan nasihat yang cukup daripada doktor atau jururawat anda sebelum
membuat pilihan?
Adakah anda mendapat sokongan yang cukup daripada
keluarga anda sebelum membuat pilihan?
Ya Tidak
Ya Tidak
Ya Tidak
Ya Tidak
Kini anda telah
mengetahui tentang kelebihan dan
kekurangan bagi
setiap pilihan rawatan dan apa yang penting bagi anda.
Jadi, adakah anda bersedia untuk membuat keputusan tentang memulakan
rawatan insulin?
Tidak, saya belum bersedia Ya, saya bersedia
Jika anda belum bersedia, anda boleh datang kemudian dan berbincang dengan doktor atau jururawat mengenai keputusan anda.
Jika anda bersedia, apakah pilihan anda?
Buku ini tidak bertujuan untuk menggantikan sesi konsultasi anda di klinik.
Sila berbincang dengan doktor atau jururawat tentang keputusan anda.
Terima kasih kerana menggunakan buku ini.
Diharap ia dapat membantu anda.
Tidak membuat perubahan
Mengikuti program pemakanan dan senaman yang ketat
Memulakan rawatan insulin
Menambahkan jenis ubat pil diabetes yang lain
Memulakan rawatan suntikan yang lain
(bukan insulin)
Mendapatkan rawatan alternatif