• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN"

Copied!
36
0
0

Teks penuh

(1)

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Janakuasa atau Genset atau Generator Set berfungsi menukar tenaga mekanikal kepada tenaga elektrikal. Janakuasa biasanya digunakan untuk dua tujuan utama iaitu sebagai tunggu sedia (stand-by) dan berterusan. Generator ini berfungsi sebagai menukarkan tenaga mekanik kepada tenaga elektrik atau sebagai sumber elektrik.

Boleh juga digunakan untuk AC atau DC. Generator bukan sahaja digunakan untuk menyalakan lampu sahaja, malah ia juga membantu manusia dalam kegunaan harian sebagai contoh ketika berada di kawasan yang tidak mempunyai bekalan elektrik atau kawasan yang jauh dari sumber bekalan elektrik. Generator sangat terkenal di kalangan manusia kerana kegunaannya sebagai tenaga elektrik yang boleh dikendlikan hanya menggunakan bahan bakar sahaja.

Dengan adanya generator ini, maka perniagaan perniagaan yang besar atau kecil seperti pasar malam, kedai kedai serbaneka dan pasar pasar kecil dapat menggunakannya sebagai sumber elektrik sementara apabila berlakunya gangguan bekalan elektrik atau dapat juga menggunakannya di kawasan yang tidak mempunyai bekalan elektrik.

Kebiasaannya generator yang sedia ada akan menghasilkan bunyi yang bising dan akan menyebabkan berlakunya pencemaran alam sekitar. Oleh kerana itu, ahli kumpulan kami akan mencipta satu produk yang dapat menyelesaikan masalah-masalah ini. Produk yang akan kami cipta ini diberi nama sebagai “Green AC Generator”.

(2)

1.1 OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif bagi kajian ini ialah:

i. Menghasilkan sebuah sumber bekalan elektrik ketika berlakunya bencana alam atau bekalan elektrik terputus.

ii. Merka bentuk sebuah sumber bekalan tenaga elektrik yang mudah alih iii. Menghasilkan generator yang mesra alam dan bebas pencemaran iv. Memanjangkan jangka hayat bateri

1.2 SKOP

Skop kajian adalah batasan dan had yang telah direkabentuk bagi produk yang hendak dibina. Ia amat penting bagi memastikan produk yang dicipta dapat memenuhi setiap objektif yang telah ditetapkan.

Skop yang pertama bagi produk Green AC Generator ini ialah sistem ini dapat menghasilkan 12volt tenaga elektrk.

Seterusnya, generator ini akan berfungsi dengan menggunakan 20 biji neodymium mangnet. Neodymium magnet ialah antara magnet yang mempunyai kemagnetan yang paling kuat. Oleh itu, magnet ini akan membantu untuk menghasilkan tenaga elektrik dengan lebih lancar.

(3)

Generator yang dihasilkan ini dapat dijadikan sumber tenaga eletrik mudah alih dan mesra alam.

1.3 PENYATAAN MASALAH

Terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh pengguna di negara ini. Antaranya, sumber tenaga elektrik yang kerap terputus ketika berlakunya kecemasan atau bencana alam. Pengguna menghadapi kesukaran untuk mencari tenaga elektrik ketika berlakunya situasi tersebut.

Selain itu, generator yang sedia ada memerlukan kos yang tinggi dari segi pembelian ataupun dari segi penyelenggaraannya.

Seterusnya, generator sedia ada telah menyebabkan berlakunya pencemaran alam sekitar. Antara pencemaran alam sekitar yang berlaku ialah pencemaran bunyi dan juga pencemaran udara. Ini akan menyebabkan berlakunya global yang tidak stabil.

Generator sedia ada tidak mempunyai sifat mudah alih kerana ia berat dan mempunyai saiz yang besar.

(4)

2 BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Kajian literatur merupakan satu proses kajian ilmiah dan kajian terdahulu yang dijalankan terhadap ssesuatu produk yang sedia ada. Kajian yang dijalankan adalah untuk mengkaji elemen-elemen dan bahan-bahan yang digunakan serta langkah-langka kerja yang telah dijalankan.

2.2 SISTEM JANAAN GENERATOR

Sistem janaan generator ialah sebuah komponen yang menjana tenaga elektrik dari bahan api . Penggunaan bahan api sebagai sumber tenaga untuk menghidupkan sistem tersebut , generator akan mengubah tenaga bahan api kepada tenaga elektrik melalui pembakaran bahan api untuk menghasilkan tenaga kinetik lalu ditukarkan kepada tenaga elektrik.

Cara kerja generator adalah melalui pergerakan medan magnet yang ada di rotor.

Medan magnet tersebut dihasilkan dengan cara memberikan tegangan DC (Direct Current) pada kumparan penguat medan yang ada di rotor yang dapat dihasilkan melalui penguat sendiri atau melalui penguat terpisah. Sumber tegangan DC sendiri dapat didapati dari accumulator. Pemotong medan magnet akan menggunakan bahan konduktur untuk memotong medan magnet yang ada, kerana apabila tidak memotong maka prinsip kerja generator tidak akan menghasilkan tenaga elektrik

(5)

2.3 ALAT-ALAT YANG DIGUNAKAN

2.3.1 MAGNET

Rajah 2.2.1.1 : Neodymium Magnet

Magnet ialah kemampuan suatu benda untuk menarik benda-benda lain yang berada disekitarnya. Magnet dapat dibuat dari bahan besi, baja, dan campuran logam lain. Magnet mempunyai dua kutub yang berbaza iaitu kutub utara dan kutub selatan.

Di kutub-kutub inimempunyai kekuatan sifat kemagnetan yang paling besar. Jika dua kutub yang sama atau sejenis (selatan-selatan/utara-utara) bertemu maka akan magnet tersebut akan saling tarik menarik, akan berlaku sebaliknya jika kutub yang bertemu tidak sejenis (selatan-utara/utara-selatan) maka magnet tersebut akan saling tarik menarik. Bahagian kutub ini adalah salah satu ciri khas yang terus melekat atau tidak dapat dipisahkan dari suatu magnet. Seandainya kita memotong sebuah magnet, maka setiap potongan tersebut akan membentuk kutub-kutub magnet yang baru.

(6)

2.3.1.1 SIFAT MAGNET

Magnet mempunyai kemampuan untuk menarik benda lain yang berada sekitarnya. Namun, kemampuan magnet ini hanya dapat menarik benda-benda tertentu saja. Tidak semua jenis benda yang ada disekitarnya dapat ditarik oleh magnet. Inilah yang dimaksudkan sifat magnet, iaitu mampu menarik benda-benda tertentu sahaja di sekitarnya.

Magnet hanya mampu menarik benda-benda di sekitarnya sahaja tetapi, tidak semua jenis benda yang dapat ditarik walaupun berada di sekitarnya. Medan magnet akan membentuk daya magnet. Semakin dekat sesuatu benda dengan magnet, maka medan magnetnya akan semakin rapat. Pada keadaan ini, daya magnet akan menjadi semakin besar, dan begitulah seterusnya. Selain itu, magnet juga akan menjadi lemah apabila selalu jatuh ataupun terbakar.

Daya yang terdapat pada sesuatu magnet ini juga boleh menembus sesuatu objek.

Semakin kuat daya magnet, semakin tebal benda yang boleh ditembus oleh daya tersebut.

2.3.1.2 JENIS-JENIS MAGNET

Antara jenis magnet ialah magnet alam. Magnet alam ialah salah satu jenis magnet yang sudah mempunyai sifat kemagnetan secara alami, yang bermaksud tidak ada campur tangan oleh manusia. Sebagai contoh Gunung Ida di Magnesia yang mampu menarik sesuatu benda disekitarnya. Seterusnya ialah magnet buatan. Magnet buatan ialah salah satu jenis magnet yang dibuat oleh manusia, magnet buatan ini diperbuat dari bahan-bahan magnetik kuat seperti besi dan baja.

(7)

2.3.1.3 KELEBIHAN

Antara kelebihan magnet ialah dapat mengambil objek-objek yang diperbuat dari logam. Objek-objek yang dapat ditarik kuat oleh magnet adalah objek yang diperbuat daripada logam seperti besi, baja, dan nikel. Dengan adanya sifat itu, magnet digunakan pada beberapa peralatan untuk mempermudahkan mengambil atau menarik sesuatu objek yang diperbuat daripada logam. Antara peralatan yang menggunakan magnet ialah gunting dan alat pengangkut besi tua.

Seterusnya ialah sebagai penunjuk arah. Magnet dapat digunakan untuk menunjukkan arah kerana kutub-kutub magnet akan menunjukkan arah utara dan selatan. Alat yang memanfaatkan sifat magnet tersebut ialah kompas. Kompas adalah alat penunjuk arah mata angin. Di dalam kompas terdapat magnet berbentuk jarum yang akan menunjukkan arah utara dan selatan. Sehingga dapat digunakan untuk menunjukkan arah mata angin. Selalunya kompas ini digunakan oleh pelaut, pendaki gunung, dan juruterbang untuk membantu menunjukkan jalan.

Selain itu, magnet juga digunakan untuk membantu dalam perubahan tenaga.

Terdapat beberapa peralatan elektrik yang menggunakan magnet seperti televisyen dan juga radio. Meskipun magnet tersebut tidak kelihatan, beberapa peralatan tersebut menggunakan magnet pada bahagian speaker. Fungsi magnet pada speaker adalah untuk mengubah tenaga elektrik kepada tenaga bunyi.

(8)

2.3.2 TRANSFORMER

Transformer adalah suatu alat yang mengubah voltan arus ulang alik. Difahamkan bahawa arus ulang alik (a.u) ialah arus elektrik yang arah alirannya berubah-ubah secara berterusan. Manakala arus terus (a.t.) ialah arus elektrik yang mengalir dalam satu arah sahaja. Transformer terdiri daripada satu teras besi lembut yang dililit dawai berpenebat di setiap sisi teras itu.

Rajah 2.2.2.1 : Transformers

Transformer ialah arus ulang alik yang mengalir melalui gegelung primer atau input yang menghasilkan perubahan medan magnet. Perubahan medan magnet itu akan mengaruh voltan ulang alik dalam gegelung output, iaitu gegelung sekunder.Terdapat dua jenis transformer, iaitu Transformer Injak Naik dan juga Transformer Injak Turun. Kedua-duanya mempunyai sifat yang sedikit berbeza.

Persamaan bagi transformer injak naik dan injak turun ialah kedua-duanya mempunyai gegelung primer dan gegelung sekunder. Seterusnya, kedua-duanya juga

(9)

beroperasi dengan menggunakan arus ulang alik. Akhir sekali, kedua-duanya mempunyai gegelung yang dililit pada satu teras besi lembut

Perbezaan bagi transformer injak naik dan injak turun ialah bilangan lilitan pada gegelung primer berbanding gegelung sekunder. Seterusnya, transformer injak naik mempunyai lebih banyak bilangan lilitan pada gegelung sekunder. Selain itu, transformer injak turun mempunyai lebih banyak bilangan lilitan pada gegelung primer.

Perbezaan yang kedua ialah voltan output. Voltan output bagi transformer injak naik adalah lebih tinggi daripada voltan input. Voltan output bagi transformer injak turun adalah lebih rendah daripada voltan input.

(10)

2.3.3 KIPAS CPU

Rajah 2.2.3.1 : Kipas CPU

Fungsi utama dari sebuah kipas komputer adalah mengeluarkan panas dan menggantinya dengan udara segar ke dalam sistem. Kipas pendingin ini telah dirancang agar sesuai ditempatkan pada “motherboard” atau “hard disk drive”. Ada sekitar tiga atau empat bilah kipas pada CPU. Ada juga komputer yang telah dirancang khusus sudah mempunyai kipas lebihan yang ditampalkam pada casing komputer yang diperbuat dari alumunium, namun demikian kipas tersebut tidaklah cukup untuk mengurangkan panas yang dihasilkan oleh CPU sehingga tetap harus dipasang kipas pendingin CPU. Oleh karena itu kipas pendingin untuk CPU direka bentuk dan telah terbukti mampu mengurangkan panas yang dihasilkan oleh CPU walaupun komputer beroperasi dalam jangka waktu yang lama.

(11)

2.3.4 DINAMO

i. Dinamo basikal menghasilkan voltan 6 volt - 12 volt.

ii. Arus elektrik yang dihasilkan oleh dinamo ialah arus ulang alik (AU/AC).

iii. Tenaga elektrik yang dihasilkan oleh dinamo ialah hasil daripada aruhan kemagnetan.

iv. Bahagian Dinamo Basikal

(12)

v. Prinsip Kendalian Dinamo

1) Tiga bahagian dinamo : magnet kekal, teras besi dan gegelung wayar.

2) Gegelung wayar dibuat daripada lilitan wayar kuprum.

3) Dinamo dikendalikan atas prinsip aruhan magnet.

4) Magnet di dalam dinamo basikal berputar dalam satu arah. Aruhan medan magnet menghasilkan arus elektrik pada gegelung wayar.

5) Teras besi mengembangkan medan magnet

(13)

2.3.5 SOLAR

Dalam sistem lengkap solar sistem mempunyai tiga alat. Antaranya ialah solar panel. Solar panel adalah untuk menukarkan cahaya matahari kepada tenaga elektrik.

Seterusnya ialah solar controller. Solar ini pada asanya adalah untuk melindungi bateri daipada terlebih dicas dan ia juga berfungsi untuk melindungi peralatn lain dalam solar tersebut. Akhir sekali ialah bateri. Bateri berfungsi sebagai menyimpan tenaga yang dihasilkan.

Rajah 2.2.5.1 : Solar

(14)

2.3.5.1 KELEBIHAN

Antara kelebihan solar ialah tidak menyebabkan berlakunya pencemaran. Tenaga suria ini tidak melepaskan karbon dioksida, sulfur dioksida, nitrogen oksida atau merkuri ke atmosphere. Seterusnya, ia juga tidak membakar bahan bakar. Selain itu, dapat menjimatkan dari segi bil elektrik kerana kurang menggunakan bekalan elektrik.

Akhir sekali, sistem solar ini tidak ada menghasilkan bunyi yang bising.

2.3.5.2 KEKURANGAN

Solar juga mempunyai kekurangannya tersendiri. Antara kelemahan yang terdapat pada solar ialah mempunyai harga yang mahal dan mempunyai kos penyelenggaraan yang agak tinggi. Seterusnya ialah perubahan iklim. Walaupun panel suria ini dapat digunakan pada iklim yang berbeza, namun jumlah jam matahari akan menentukan jumlah panel yang diperlukan watt yang dihasilkan. Solar ini juga akan memakan ruang atap rumah yang akan menyebabkan berlakunya kecacatan pada atap tersebut. Akhir sekali, panel suria ini tidak berfungsi selama 24 jam. Ianya hanya akan berfungsi dengan kehadiran matahari sahaja. Pada belah malam pula, pengguna haruslah menggunakan tenaga yang tersimpan atau dari sumber yang lain.

(15)

2.3.6 SEL BASAH

Rajah 2.2.6.1 : Sel Basah

Kelebihan

i. Sel basah biasanya menghasilkan voltan 6.0 volt, 12 Volt dan 24 volt.

ii. Sel basah boleh dicas semula dengan alat pengecas bateri.

iii. Sel basah lebih dikenali sebagai bateri.

iv. Sel basah digunakan di dalam kenderaan seperti motor, kereta, lori dan bas.

v. Boleh dicas semula.

vi. Bahagian sel basah

(16)

A = Plat positif (plumbum peroksida) , B= Terminal positif , C = Penyelang , D = Plat negatif (plumbum) ,

E = Elektrolit (Asid Sulfurik Cair), F= Terminal Negatif

Sel asid plumbum terdiri daripada :

1. Plumbum peroksida – elektrod positif.

2. Plumbum – elektrod negatif.

3. Asid sulfurik – elektrolit (bahan kimia dalam sel yang dapat hasilkan tenaga elektrik semasa tindakbalas kimia.

Kekurangan

i. Sel basah mempunyai sifat yang berat dan mempunyai harga yang mahal.

ii. Kemungkinan besar air bateri yang terdapat di dalam sel basah ini mudah tertumpah

iii. Penggunaan sel basah ini mermerlukan permeriksaan yang berkala

(17)

2.3.7 WAYAR ELEKTRIK

i. Wayar kuprum beranemal

 Digunakan untuk membuat gegelung elektrik

ii. Teras tunggal

 Digunakan dalam bidang elektronik

 Mampu mengalirkan elektrik kuasa sangat rendah iii. Teras kembar

 Digunakan untuk alat elektrik kuasa rendah seperti lampu dan peti suara

 Untuk membuat sambungan ke punca negatif dan positif atau wayar hidup dan wayar neutral sahaja

iv. Kabel teras tiga

 Digunakan untuk menyambung alatan elektrik berkuasa tinggi

 Untuk membuat sambungan ke punca hidup, neutral dan bumi

(18)

I = Wayar kuprum beranemal II = Wayar teras tunggal III = Wayar teras kembar IV = Kabel teras tiga

(19)

3 BAB 3

METADOLOGI

3.1 PENGENALAN

Metadologi lebih merujuk kepada perancangan projek dari segi pemilihan nama, pengenalan, pentraktif masalah, kajian perlaksanaan, rekabentuk permulaan dan rekabentuk terperinci yang telah dijadualkan jangka masanya. Selain itu, metadologi berperanan untuk memastikan supaya objektif serta skop kerja dapat dicapai dalam menyiapkan sesuatu projek.

Pemilihan tajuk merupakan langkah yang paling awal untuk ditempuhi sebelum memulakan kerja-kerja yang berkaitan dengan projek yang akan dilaksanakan. Tajuk projek yang dipilih perlulah bersesuaian dengan taraf diploma kerana ianya merupakan satu projek akhir sepanjang pengajian dalam kursus Diploma Kejuruteraan Mekanikal ini.

Di samping itu, pemilihan projek yang bersesuaian dapat membantu daya pemikiran yang kreatif dan inovatif di samping ia melambangkan taraf pemikiran seseorang individu dan setinggi mana taraf pengetahuan individu tersebut dalam aspek-aspek melibatkan mekanikal am.

Seterusnya, rangka kerja atau carta alir diperlukan bagi perlaksanaan kerja akan lebih teratur dan lebih sistematik. Ia dapat membantu dalam penghsilan kerja tanpa berlakunya sebarang masalah dan dapat menjimatkan kos perbelanjaan serta masa.

(20)

3.2 CARTA ALIR PROJEK

Rajah 3.1 Carta Alir Projek

PERMASALAHAN

PENCAMBAHAN IDEA

PENGREKODKAN PENGUBAHSUAIAN

PENGUJIAN PEMBANTUAN

PROTOTAIP PEMBUATAN PEMILIHAN BAHAN PEMILIHAN IDEA

MEMASANG MAGNET

MENYAMBUNG LITAR MENAMBAH DINAMO MEMASANG BATERI

MENGUJI

MENAMBAH SOLAR MEMBUAT LITAR

(21)

3.3 KONSEP KERJA PRIME (PRIME CONCEPT)

Topik ini membincangkan tentang percambahan idea untuk menghasilkan projek ini daripada kajian yang telah dikaji. Daripada idea yang telah disenaraikan, sebulat suara menyokong dan memilih konsep yang pertama sebagai cetusan projek akhir kerana ia adalah idea yang terbaik serta mempunyai struktur yang hampir sempurna dan lebih sistematik daripada konsep-konsep yang telah disenaraikan. Idea ini dibincangkan dengan penyelaras projek dan bersetuju serta memberi kebenaran untuk menghasilkan projek yang disokong padu oleh setiap individu dalam kumpulan.

Projek yang dihasilkan ini diolah dari suatu pemerhatian di sekeliling. Di mana generator sedia ada mempunyai banyak kelemahan dan penggunaan bekalan elektrik yang terbatas apabila berlakunya kebanjiran. Dari situ, tercetusnya idea untuk mencipta suatu produk atau mengubahsuai produk yang sedia ada bagi mengendalikan setiap masalah yang dihadapi bagi pengguna serta memudahkan orang ramai dalam mendapatkan bekalan elektrik secara terus.

Dari hasil perbincangan, dimana projek ini ingin menggunakan magnet sebagai satu komponen yang paling penting dalam menjayakan projek ini. Namun bagaimanapun, dengan penggunaan magnet ini, terhasil satu arus yang tidak stabil.

Oleh yang demikian, faktor ini akan menyebabkan gangguan dalam penghasilan arus elektrik yang berterusan. Namun, ia tidak dianggap satu beban walhal projek ini diteruskan untuk menghasilkan projek yang dapat mencetus inovasi yang baharu pada khalayak ramai. Dengan harapan, projek ini dapat membantu mengurangkan beban pengguna serta dapat memudahkan pengguna untuk mendapatkan bekalan elektrik apabila berlaku kecemasan dan semasa diperlukan.

(22)

3.3.1 PENYATAAN MASALAH

Cara yang pertama digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik daripada magnet ialah dengan melekatkan magnet pada setiap hujung bilah kipas CPU. Cara menggerakkannya ialah dengan membuat suis tekan dimana terdapat satu lagi magnet yang berlainan kutub dengan kutub magnet yang berada pada bilah kipas. Magnet tersebut berada di bahagian bawah suis tekan. Apabila suis itu ditekan, maka berlakulah penolakan antara magnet, dan kipas akan terus berpusing sehingga suis tekan dinaikkan semula.

Tetapi, terdapat beberapa masalah yang dihadapi dalam idea ini. Antaranya ialah, apabila suis tekan tersebut ditekan, maka berlakulah pergerakan kipas. Malangnya, kipas tersebut tidak berputar pada halaju yang sekata. Selain itu, ia juga menghasilkan arus yang tidak stabil. Oleh yang demikian, akan berlaku beberapa perkara yang tidak diingini seperti gangguan dalam menghasilkan tenaga elektrik yang stabil dan berterusan.

Kaedah yang kedua ialah dengan meletakkan penebat di antara magnet. Oleh itu, kipas akan berputar dengan lancar kerana mempunyai kedudukan magnet yang stabil dan sempurna. Apabila penebat itu diangkat, maka kipas-kipas tersebut akan bergerak serentak dan akan menghasilkan arus elektrik, dan apabila penebat itu diturunkan, kipas itu akan berhenti berputar dan secara automatik aliran elektrik juga terputus.

Malangnya, penebat tersebut mempunyai kelemahan tersendiri. Antaranya, memerlukan empat penebat bagi menghalang dan menghidupkan kipas tersebut. Hal ini akan menyebabkan mengguna ruang yang banyak untuk meletakkan setiap penebat itu. Jika penebat itu dijadikan satu, akan memberi kelemahan pada projek ini seperti kipas tidak dapat diaktifkan satu persatu, malah ia akan diaktifkan serentak kerana penebat tersebut. Akan berlaku pembaziran apabila memerlukan tenaga elektrik yang sedikit.

(23)

Akhir sekali, projek yang akan dihasilkan ini diberi nama iaitu “Green AC Generator” ialah sebuah generator yang mampu menghasilkan tenaga elektrik tanpa menggunakan sebarang bahan api. Ianya juga mesra alam kerana ia tidak menghasilkan sebarang pencemaran dan juga sisa buangan. Generator yang dicipta ini hanya mampu mengeluarkan sebanyak 12v arus ulang alik , dan boleh digunakan pada bila bila masa sahaja . Projek ini dihasilkan dari kipas cpu , sel basah , panel solar , magnet, dinamo yang terdapat pada basikal sebagai sumber caj semula sel basah dan plug 3 pin .

3.3.2 PENYELIDIKAN

Dapatan tentang penyelidikan generator yang sedia ada, memerlukan tenaga manusia yang banyak untuk mengangkat dan mengalihkan generator ini. Generator sedia ada ini juga tidak mesra alam kerana telah menyebabkan pencemaran. Generator ini memerlukan bahan bakar iaitu minyak diesel bagi membantu untuk menghidupkan mesin tersebut. Hal ini akan menyusahkan pengguna kerana kos harga bagi minyak pada zaman sekarang semakin lama semakin meningkat dan akan membebankan pengguna yang menggunakannya untuk tujuan tertentu seperti berniaga pada setiap hari.

Oleh itu, dengan adanya “Green AC Generator” ini dapat memberi kemudahan dan kelebihan bagi pengguna yang memerlukan tenaga elektrik dengan mudah dan cepat. Sebagai contoh, mangsa banjir yang ditempatkan di penempatan banjir dapat menggunakannya apabila diperlukan. Selain itu, ia juga dapat digunakan apabila berlakunya kecemasan seperti di dalam hutan atau pada waktu berlakunya kecemasan.

Seterusnya, dapat juga digunakan untuk menggantikan bekalan elektrik buat sementara seperti berlakunya bekalan elektrik terputus.

(24)

Pada mulanya, konsep binaan projek “Green AC Generator” ini ingin menggunakan dua buah kipas CPU. Namun bagaimanapun, apabila kipas itu diuji hasilnya tidak memuaskan kerana tidak mengeluarkan volt banyak. Oleh yang demikian, hal ini tidak dapat mencapai objektif bagi projek ini. Kesimpulannya, reka bentuk ini akan diubah semula dengan menanambah jumlah kipas dan memastikan projek ini berjalan dengan lancar dan mencapai setiap objektif.

(25)

3.3.3 PENCIPTAAN

I. Percambahan Idea

Analisis Reka Bentuk Konsep 1

Reka Bentuk Pertama

Rajah 3.2.2.1 : Gambarajah Reka Bentuk Pertama

Reka bentuk pertama menunjukkan terdapat suis tekan yang diletakkan sebagai fungsi untuk menggerakkan dan memberhentikan kipas darida berpusing. Setiap kipas terdapat suis tertekannya tersendiri. Hal ini dapat menjimatkan arus elektrik daripada

(26)

keluar berterusan. Selain itu, kipas tersebut boleh dihidupkan satu persatu mengikut keperluan. Di samping itu, terdapat juga kekurangannya. Antaranya kipas tidak dapat berpusing dengan sekata kerana jarak antara magnet ke magnet mempengaruhinnya.

Selain iyu, arus elektrik yang keluar tidak stabil oleh kerana pergerakan kipas yang tidak sekata. Hal ini akan menyebabkan gangguan kepada arus elektrik.

(27)

Reka Bentuk Kedua

Rajah 3.2.2.2 : Gambarajah Reka Bentuk Kedua

Reka bentuk yang kedua menunjukkan penebat diletakkan diantara magnet dan magnet pada bilah kipas tersebut. Kelebihannya ialah mudah untuk memutuskan penolakan di antara magnet tersebut di setiap kipas. Malangnya, akan berlaku pembaziran apabila penebat itu diangkat dan berlakunya penolakan antara magnet, kedua-dua kipas tersebut akan bergerak serentak secara berterusan. Selain itu, penebat tersebut juga memerlukan ruang yang besar untuk memuatkannya kerana ketebalannya.

(28)

Reka Bentuk Ketiga

Rajah 3.2.2.3 : Gambarajah Reka Bentuk Ketiga

Reka bentuk ketiga menunjukkan susunan kipas yang diatur dengan kemas dan mempunyai penghadang untuk mengerakkan dan memberhentikan kipas tersebut. Di bahagian tengah, terletaknya solar sebagai sumber tambahan untuk mengecas bateri. Selain itu, plug 3 pin ditambah sebagai memudahkan pengguna.

II. Pemilihan Idea

a) Jadual Penilaian Bermatrik

Penilaian dan pemilihan di analisis dengan membandingkan konsep dengan konsep rujukan. Jadual ini dilakukan dengan memberikan mata penilaian kepada setiap jenis konsep untuk menentukan konsep yang terbaik. Kaedah ini dipanggil

(29)

Kaedah Penilaian Bermatrik seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.3.4. Dengan adanya jadual ini dapat memudahkan untuk memilih konsep yang terbaik dan dapat diperbaiki kelemahannya.

Nilai pemarkahan untuk jadual 3.2.4 1- Sangat tidak baik

2- Tidak baik 3- Baik 4- Terbaik 5- Paling baik

KRITERIA REKA BENTUK

REKA BENTUK PERTAMA

REKA BENTUK KEDUA

REKA BENTUK KETIGA

KOS 3 2 4

KETAHANAN 4 3 4

BAHAN 3 3 5

KESELAMATAN 5 5 5

KESTABILAN 2 5 5

JUMLAH 17 18 23

Jadual 3.2.4 : Penilaian Bermatrik

(30)

b) Lukisan Terbantu Komputer

Rajah 3.2.5 : Lakaran Berukuran Milimiter

Rajah 3.2.6 : Kipas

(31)

Rajah 3.2.7 : Suis Pisau

Rajah 3.2.8 : Tapak kipas

(32)

Rajah 3.2.9 : Contoh Lukisan Terbantu Komputer yang telah siap

c) Pemilihan Bahan

Kos bahan yang digunakan merupakan salah satu faktor yang penting untuk menghasilkan sesebuah produk atau projek yang menggunakan bahan yang banyak tetapi dengan nilai kos yang minimum dan sesuai dengan menggunakan bahan kitar semula sudah mampu untuk menghasilkan produk berkualiti dan memenuhi setiap aspek-aspek penting. Selain daripada nilai kos, komponen yang digunakan yang digunakan juga perlu diselaraskan dengan setiap komponen-komponen yang digunakan pada awal perancangan dan kegunaan komponen tersebut.

(33)

NO BAHAN JUMLAH BAHAN

HARGA SETIAP BAHAN (RM)

JUMLAH (RM)

1 MAGNET 21 5 105

2 BATERI MOTOR 1 30.00 30.00

3 SOLAR 1 25.00 25.00

4 KIPAS CPU 3 11.30 33.90

5 DINAMO 1 28.00 28.00

Jadual 3.2.7 Kos bahan yang digunakan

JUMLAH KESELURUHAN 221.90

(34)

d) Pembuatan

Rajah 3.2.6 : Magnet dilekatkan pada kipas

Sebanyak tujuh biji neodymium magnet dilekatkan pada setiap bilah kipas untuk menguji nilai volt yang akan dihasilkan

(35)

Rajah 3.2.7 : Pengujian dilakukan. Mentol dapat dinyalakan apabila kipas berpusing seperti rajah di atas

Rajah 3.2.8 : Proses pengemasan wayar dimana wayar disorok ke dalam penyedut minuman bagi menampakkan kekemasan dan mengelakkan dari terkena air.

3.3.4 PENGUBAHSUAIAN

Antara pengubahsuaian yang dilakukan terhadap produk ini ialah plug 3 pin ditambah sebagai sumber tenaga keluar sampingan. Hal ini dapat memudahkan lagi pengguna ketika menggunakannya.

(36)

3.3.5 PENILAIAN

Pengujian

 Selesai proses penghasilan projek, pengujian dilakukan dan mendapati projek yang dihasilkan berfungsi seperti yang dirancang. Manakala, terdapat sedikit masalah iaitu arus elektrik yang keluar tidak lancar.

3.4 KESIMPULAN

Kesimpulannya, Green AC Generator ini dapat dihasilkan dengan jayanya atas bantuan penyelia dan juga pensyarah-pensyarah yang terlibat. Projek ini juga memiliki konsep yang hampir sempurna dari segi keselamatan dan cara penggunaannya amat mudah.

Referensi

Dokumen terkait

Dari hasil penelitian ini menunjukkan bahwa terdapat hubungan yang positif antara Alokasi Dana Desa dengan pembangunan desa dan juga terdapat persepsi positif masyarakat

Dari ketiga penelitian tersebut terdapat kesamaan yaitu perencanaan strategis menggunalan metode Enterprise Architecture Planning (EAP) yang menghasilkan arsitektur data, aplikasi,

Landasan teori, dalam bab ini dijelaskan tentang teori pendukung yang digunakan untuk pembahasan dan cara kerja dari rangkaian Teori pendukung itu antara lain tentang

Elektrokardiograf atau EKG adalah suatu alat dengan elektrode yang terpasang di permukaan kulit yang digunakan untuk mengamati aktivitas elektris otot jantung.. Elektokardiogram

Para pengunjung memiliki makna tersendiri mengenai kunjungan wisatanya ke Kampung Sampireun Garut adalah sebuah tempat yang sangat lain daripada yang lain, dimana tempat

yang sedang mengerjakan tugas. Ketidakdisiplinan anak Kelompok A TK Taman Indria Dlingo tersebut terlihat selama kegiatan belajar mengajar di kelas berlangsung dan

Kebutuhan lentur pada analisis ini terdiri dari 2 bagian yaitu kebutuhan tulangan lentur balok dengan menggunakan dimensi dan momen yang berbeda dan kebutuhan

Penelitian ini bertujuan untuk menjelaskan: (1) perencanaan pembelajaran keterampilan membaca pada siswa SMP Negeri 1 Wedi Klaten; (2) pelaksanaan pembelajaran