• Tidak ada hasil yang ditemukan

A. JENIS-JENIS KERTAS KERJA DAN CIRI-CIRI KERTAS KERJA YANG BAIK DAN BERMUTU.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "A. JENIS-JENIS KERTAS KERJA DAN CIRI-CIRI KERTAS KERJA YANG BAIK DAN BERMUTU."

Copied!
23
0
0

Teks penuh

(1)

A. JENIS-JENIS KERTAS KERJA DAN CIRI-CIRI KERTAS KERJA YANG BAIK DAN BERMUTU.

i) DEFINISI KERTAS KERJA

Kertas kerja tidak dapat diberikan definisi atau takrifan yang tepat pada asasnya. Kendati pun begitu, kajian menunjukan kertas kerja ditulis dengan tujuan untuk mengutarakan penghujahan tentang alasan dan bukti yang boleh diberikan untuk mendapatkan kelulusan untuk peruntukan kewangan (funding) atau kelulusan menjalankan sesutau projek dan sebagainya. Kertas kerja adalah salah satu elemen daripada bentuk komunikasi bertulis. Jadi, kertas kerja juga boleh diistilahkan sebagai hasil penulisan yang merangkumi cetusan idea untuk dibentangkan kepada khayalak ramai dan pihak-pihak yang disasarkan. Kertas kerja juga boleh diertikan sebagai catatan ataupun penulisan yang dikemukakan kepada orang ramai.

Dalam bidang akademia pula, penulisan ‘kertas kerja’ (academic working paper) lebih tertumpu kepada penghujahan balas kepada sesuatu penemuan atau keputusan daripada sesuatu penyelidikan. Penghujahan sebegini selalunya ialah reaksi atau pendapat daripada seseorang yang berpengetahuan dalam sesuatu bidang tertentu bagi menyatakan penerimaan atau penolakan, persetujuan atau bangkangan terhadap penemuan atau hasil penyelidikan orang lain.

Kertas kerja yang dibentangkan kepada pihak tertentu yang akan meneliti penghasilan kertas kerja bagi memberi kata putus yang sesuai. Khalayak juga perlu membaca kertas kerja tersebut untuk mendapatkan maklumat berkaitan idea yang hendak disampaikan. Khalayak boleh terdiri daripada kumpulan kecil seperti jawatankuasa projek ataupun kumpulan besar seperti peserta seminar dan persidangan. Dalam keadaan tertentu kertas kerja juga boleh dibentangkan kepada khalayak dalam bentuk lisan. Namun begitu, komunikasi lisan tersebut hanya berperanan menyampaikan maklumat yang memang telah disediakan dalam kertas kerja tersebut atau dengan kata lain menerangkan apa yang terkandung dalam kertas kerja itu. Perkara perdana ialah kertas kerja itu sendiri.

Tuntasnya, kerja kerja boleh disimpulkan sebagai usaha sesuatu pihak dalam mendapatkan persetujuan daripada pihak atasan bagi mengimplimentasikan sesuatu perkara yang dikehendaki dengan efektif sekali. Iztiharnya, kertas kerja mendukung fungsi yang cukup penting dalam pelaksanaan sesuatu kerja mahupun perkara dengan persetujuan dan pertolongan pihak yang disasarkan yang bertujuan penulisannya.

▸ Baca selengkapnya: kertas kerja hari graduasi tahun 6

(2)

ii) JENIS-JENIS KERTAS KERJA

Terdapat beberapa jenis kertas kerja yang diguna pakai untuk urusan tertentu, seperti kertas kerja perniagaan, kertas kerja lawatan, kertas kerja program, kertas kerja perkhemahan, kertas kerja hari keluarga, kertas kerja sukan, kertas kerja projek dan sebagainya.Namun begitu terdapat 2 jenis kertas kerja pada umumnya, iaitu, kertas kerja seminar dan kertas kerja projek. Mari kita bersama-sama diagnosis apa yang terkandung dalam kertas kerja projek dan kertas kerja seminar dengan lebih mendalam dalam helaian ini.

Kertas kerja projek dibentangkan dalam perkara-perkara seperti perancangan sesuatu projek, kajian dan penyelidikan bagi sesebuah jabatan, syarikat atau institusi tertentu. Kertas kerja projek dikemukakan kepada pihak tertentu untuk mendapat kelulusan. Penulis kertas kerja ini akan merencanakan idea bagi menjalankan sesuatu kajian atau projek. Berbanding dengan kertas kerja seminar, kertas kerja ini juga bersifat formal tetapi menggunakan laras bahasa umum yang lebih mudah difahami.

Dengan penulisan kertas kerja ini, pembaca atau pihak yang berkenaan akan mendapat gambaran lengkap tentang bagaimana sesuatu projek atau kajian itu dapat dijalankan dengan jayanya. Semua perkara yang berkaitan projek itu akan dijelaskan dalam kertas kerja. Kemungkinan halangan serta kekangan yang akan dihadapi dalam projek tersebut juga dikemukakan untuk mendapat maklum balas bagaimana halangan dan kekangan itu dapat diatasi.

Sementalahan itu, kertas kerja seminar pula kertas kerja tentang sesuatu perkara untuk dikemukakan kepada sesebuah kumpulan atau orang ramai dalam sesuatu bengkel atau seminar. Penulis akan mengemukakan idea, pandangan, kajian, penyelidikan dan sebagainya kepada khalayak dengan tujuan untuk memberi panduan bagi menerokai bidang-bidang baharu, memberi penerangan tentang sesuatu perkara, memberi penjelasan tentang sesuatu idea, atau mencadangkan tindakan-tindakan tertentu terhadap sesuatu fenomena. Khalayaknya ialah mereka yang hadir dalam pembentangan yang dijalankan atau yang membaca kertas kerja tersebut. Khalayak biasanya mereka yang memang berminat dengan perkara/tajuk yang disampaikan ataupun mempunyai pengalaman dan pengetahuan perkara yang diperkatakan.

Oleh itu, mereka hadir atau membaca kertas kerja ingin mengetahui perkara tersebut dengan lebih mendalam lebih-lebih lagi jika perkara yang ingin disampaikan itu ialah penemuan baharu dalam bidang berkenaan. Biasanya kertas kerja ini bersifat formal

(3)

dan menggunakan laras bahasa akademik. Kadang-kadang kertas kerja tersebut kemudiannya diterbitkan dalam jurnal untuk menjadi bahan bacaan bacaan dan rujukan. Bergantung kepada tujuan dan khalayak, kertas kerja seminar perlu ditulis menggunakan laras bahasa mengikut bidang yang diperkatakan supaya lebih jelas dan mudah difahami.

(4)

CIRI –CIRI KERTAS KERJA YANG BAIK

Penghasilan kertas kerja yang bitara dihiasi beberapa ciri yang mendukung peranan yang cukup penting. Kriteria-kriteria ini diperlukan dalam penulisan kertas kerja yang tidak boleh disangkal dan ditolak oleh pihak yang dikemukakan tersebut. Antara ciri-ciri yang dapat memberi jiwa kepada penghasilan kertas kerja yang cemerlang telah diselitkan di bawah.

Ciri yang perdana ialah penggunaan bahasa yang baik. Penggunaan bahasa yang baik, tepat dan sesuai dalam penulisan kertas kerja akan dapat menyerlahkan keintelektualan kita. Struktur ayat yang dipilih hendaklah betul dan gramatis. Penggunaan imbuhan pula perlulah sesuai dengan ayat yang dihasilkan. Semetalahan itu, pemilihan kosa kata juga haruslah tepat dengan teks kertas kerja yang dihasilkan. Laras bahasa yang baik membolehkan orang yang ditujukan kertas kerja dapat memahami kertas kerja tanpa sebarang kemusyikillan. Penggunaan bahasa yang tidak berapa sesuai dengan konteks akan implikasi yang buruk kerana pihak yang membaca kertas kerja kemungkinan besar akan menolak permintaan dikehendaki. Mereka juga tidak akan dapat menggarap maklumat yang terkandung dalam kertas kerja yang dihasilkan. Jadi, sebelum menghasilkan kertas kerja yang baik kita haruslah menguasai dengan sepenuhnya apa yang ingin disampaikan supaya penghasilan kertas kerja kita dapat difahami dan seterusnya dapat dipertimbangkan oleh pihak yang ditujukan. Penulis haruslah menekankan perkara yang penting dalam kertas kerjanya tanpa memutar belitkan perkara yang asas supaya pembaca mudah memahami kehendak penulis tanpa kemaslahatan. Pelahiran ayat-ayat yang meliputi kejelasan, kekhususan, kesesuaian dan ketepatan dapat menghasilkan kertas kerja yang berilmiah. Kertas kerja yang dihasilkan perlulah padat, ringkas dan tepat dengan penyelitan maklumat yang dikehendaki. Hal ini dikatakan demikian kerana kertas kerja acap kali meliputi banyak maklumat untuk disampaikan. Maklumat yang diselitkan dapat memberikan gambaran sebenar kepada pembaca tentang perkara yang ingin dinyatakan oleh pengarang dengan mudah. Jadi, pengarang haruslah memantapkan penukilan kertas kerjanya dengan maklumat yang jelas menggunakan bahasa yang sesuai supaya dapat difahami oleh pembaca tanpa sebarang kemusykilan. Kertas kerja haruslah meliputi maklumat pendek dan ringkas tanpa melibatkan penjelasan yang panjang lebar supaya pembaca tidak mudah berasa bosan dan tidak mampu memahami isi yang terkandung dalam penulisan kertas kerja pengarang. Merenung isu ini dengan lebih mendalam pengarang juga tidak harus meninggalkan maklumat yang amat sedikit dan penjelasan yang amat pendek sehinggakan

(5)

pembaca menghadapi kesulitan bagi memahami kertas kerja yang dihasilkan oleh penulis serta menyalahtafsirkannya. Hal ini jelas akan membawa implikasi buruk kepada penghasil kertas kerja jadi, si penulis haruslah sentiasa menanamkan dalam diri sanubarinya supaya setiap maklumat yang dinyatakannya haruslah dirungkaikan dengan mendalam dan jelas tanpa diulang-ulang serta padat, jelas dan ringkas seiiring dengan tujuan sebenar penghasilan kertas kerja.

Seterusnya pula, penggunaan laras bahasa yang betul dalam penghasilan kertas kerja yang menyerlahkan sifat kecemerlangan. Laras bahasa membawa pengertian, variasi bahasa yang merangkumi elemen-elemen spesifik untuk digunakan dalam bidang-bidang tertentu. Hal yang dimaksudkan ini mempunyai perkaitan dalam pemilihan kata, frasa ayat, khayalak dan bidang yang diperkatakan. Sebenarnya, sesuatu kertas kerja itu menggunakan laras bahasa formal. Kendati pun begitu, perkara ini berbeza mengikut jenis kertas kerja yang dihasilkan. Kertas kerja yang dihasilakn berdasarkan bidang dipengaruhi oleh khayalak ataupun sasaran sesuatu kertas kerja itu disampaikan. Laras bahasa yang betul dapat membolehkan khayalak dapat memahami isi yang dihuraikan oleh penulis dengan mudah sekali. Mereka juga akan memaparkan minat mereka untuk meneliti lagi kertas kerja yang dihasilkan dan bukan sekadar membaca begitu sahaja. Jikalau kertas kerja itu bertujuan untuk meneroka bidang-bidang pengetahuan yang baru, penulisan kertas kerja berbentuk tinjauan dengan laras bahasa yang sesuai harus digunakan. Penulisan yang berbentuk deskriptif pula sesuai digunakan bagi kertas kerja yang bertujuan untuk memberi penerangan. Untuk memberi penjelasan terperinci terhadap sesuatu kejadian yang berlaku, kertas kerja berbentuk penjelasan perlu digunakan. Jadi, sebelum memberi jiwa kepada sesuatu kertas kerja pengarang haruslah menyisipkan dalam mindanya supaya membuat kajian terlebih dahulu tentang khayalaknya agar mesejnya dapat diterima tanpa sebarang kesulitan.

Ciri yang seterusnya yang mendukung peranan yang penting bagi menghasilkan kertas kerja yang baik ialah, keutuhan wacana dalam pulisanan kertas kerja. Wacana boleh diertikan sebagai kesatuan bahasa yang lengkap dengan koheren dan kohesi tinggi yang mempunyai kaitan antara satu sama lain. Maklumat-maklumat dalam kertas kerja perlu disusun dengan rapi dan bertepatan dengan persoalan yang diungkitkan denggan penggunaan kata-kata yang betul, struktur sintaktik, kolokasi leksikal, keteraturan struktur teks, struktur topik yang betul mengikut perenggan dan genre yang sesuai berdasarkan wacana yang betul. Penghasilan kertas kerja perlulah dipersembahkan dengan cekap sekali dengan selitan maklumat yang tepat mengenai kertas kerja yang dihasilkan mengikut penggunaan bahasa, kognisi dan interaksi supaya kertas kerja yang cemerlang dapat dicerminkan. Kesinambungan antara satu maklumat dengan yang lain akan menunjukkan

(6)

satu pola atau keseluruhan kertas kerja bagi membolehkan pembaca dapat menggarap maklumat kertas kerja dengan baik sekali. Iztiharnya, unsur wacana amat penting dalam penyampaian kertas kerja yang menerbitkan kebitaraan.

Tambahan lagi, ketekalan penulisan juga terdapat dalam ciri-ciri kertas kerja yang baik. Ketekalan penulisan bermaksud penulisan yang tanpa kesalahan ejaan dan konsisten. Kesalahan ejaan akan menunjukan penulis sebagai seorang yang tidak teliti dan tidak memberi perhatian yang serius terhadap kertas kerja yang dihasilkan. Jadi, pengarang haruslah membuat penyemakan terakhir supaya kerta skerja yang dihasilkan tidak ada sebarang kesalahan ejaan. Penulis juga harus memastikan kertas kerjanya kemas ditaip dengan saiz tulisan yang sesuai dan dapat dibaca oleh pembaca. Penghasilan ayat juga haruslah menepati segala peraturan sintaksis dan semantik yang mantap supaya pembaca dapat merujuk kertas kerja yang dihasilkan tanpa sebarang rungutan.

Lebih-lebih lagi, penulis juga perlulah memberikan penomboran yang sesuai kepada tajuk-tajuk yang dipilih. Hal ini ditekankan kerana dalam sesuatu pembentangna kertas kerja terdapat pecahan tajuk yang harus dinyatakan. Tajuk-tajuk ini bersinambungan antara satu sama lain dan penomboran yang sesuai sangat diperlukan. Senarai tajuk yang dipilih memerlukan kronologi yang tepat tanpa menggabungjalinkan setiap tajuk tanpa disenaraikan. Hal ini akan menyusahkan pembaca dan mereka kemungkinanbesar tidak akan dapat memahami isi yang dihasilkan oleh penulis. Penomboran yang tepat juga akan memudahkan bahagian-bahagian dalam kertas kerja mudah dirujuk. Tajuk-tajuk yang kecil juga harus sesuai dengan pemilihan tajuk-tajuk besar. Jadi, penyusunan tajuk dengan sistem penomboran yang sesuai diterapkan dalam penghasilan kertas kerja yang baik. Ciri yang seterusnya pula, maklumat yang lengkap tentang tajuk kertas kerja yang dipilih. Sebenarnya, kertas kerja yang dihasilkan haruslah dapat memenuhi segala kehendak pembaca dan haruslah dapat menjawab segala persoalan yang bermain di minda pembaca. Jadi, penulis haruslah menjalankan kajian yang telus dan lengkap bagi merencanakn segala maklumat yang diperlukan supaya maklumat yang penting tidak ditinggalkan. Oleh sebab kertas kerja mengandungi banyak maklumat, dapatkan maklumat-maklumat awal yang berkaitan untuk dimasukkan dalam draf kertas kerja. Hal ini akan memudahkan penulis dan penghasilan mereka akan berjalan dengan lancar. Semasa menghasilkan sesuatu kertas kerja, khususnya kertas kerja projek penulis perlulah sentiasa berbincang dengan rakan-rakan atau pihak-pihak yang berkaitan supaya penulis boleh mendapatkan idea tambahan. . Penulis juga harus mendapatkan bantuan pihak lebih pakar dalam hal ini bagi melakukan semakan terlebih dahulu sebelum menyerahkan kertas kerja

(7)

kepada pembaca untuk dianalisis. Perbincangan dengan pihak-pihak lain dalam mendapatkan idea tambahan. Dengan ini kertas kerja yang penulis hasilkan itu benar-benar mengandungi maklumat yang lengkap Pendapat yang dikemukakan oleh pihak lain juga akan menjadi faktor terpenting dalam melengkapkan kertas kerja yang dihasilkan supaya penulis tidak tertinggal sebarang informasi yang penting. Maklumat banyak yang terkandung dalam kertas kerja juga harus disusun dengan rapi.

Kertas kerja juga haruslah mempunyai kepanjangan yang sesuai dengan menepati tujuan, perkara yang diperkatakan, khalayak, peruntukan kewangan dan sebagainya. Khalayak merupakan elemen yang penting dalam penghasilan kertas kerja. Pertimbangan yang sewajarnya perlu diberi terhadap khalayak khususnya kepada khalayak langsung kerana golongan inilah yang akan mencuba memahami idea yang hendak kita sampaikan dalam kertas kerja tersebut sebelum diluluskan. Panjang sesuatu kertas kerja haruslah bersesuaian dengan jenis kertas kerja yang dipilih. Penulis harus mengetahui jumlah helaian yang dikehendaki sesuai bagi tajuk kertas kerja supaya jumlah muka suratnya ataupun kepanjangan kertas kerja tidak melebihi ataupun tidak terlalu kurang. Penjelasan yang terperinci dengan maklumat-maklumat yang ringkas dan tepat sangat diperlukan dalam satu-satu kertas kerja. Jika kertas kerja terlalu panjang panulis boleh menyertakan maklumat-maklumat yang berkaitan dalam halamna lampiran. Hal ini juga membolehkan pembaca mudah merujuk lampiran yang disertakan. Perkara ini dapat menyebabkan kertas kerja yang dihasilakn tidak panjang lebar dan ketebalannya pula sesuai dengan kehendak kertas kerja.

i. Mengenal pasti audiens sasaran

Kenal pasti kumpulan sasaran yang akan menjadi pembaca kertas kertas tersebut. Siapakah khalayak langsung dan siapakah pula pembaca umum kertas kerja tersebut. Pertimbangan yang sewajarnya perlu diberi terhadap kedua-dua kumpulan tersebut khususnya kepada khalayak langsung kerana golongan inilah yang akan mencuba memahami idea yang hendak kita sampaikan dalam kertas kerja tersebut sebelum diluluskan.

(8)

ii. Mengenal pasti bentuk penulisan Tujuan penulisan kertas kerja akan menentukan bentuk penulisan yang perlu digunakan. Jika kertas kerja itu bertujuan untuk meneroka bidang-bidang pengetahuan yang baru, penulisan kertas kerja berbentuk tinjauan sesuai digunakan. Penulisan yang berbentuk deskriptif pula sesuai digunakan bagi kertas kerja yang bertujuan untuk memberi penerangan. Untuk memberi penjelasan terperinci terhadap sesuatu kejadian yang berlaku, kertas kerja berbentuk penjelasan perlu digunakan. Manakala bagi kertas kerja yang bertujuan untuk mencadangkan tindakan-tindakan tertentu tulislah kertas

kerja yang berbentuk perumusan.

iii. Mengenal pasti bahasa yang digunakan Anda perlu mematuhi peraturan tatabahasa dan gaya penulisan yang betul semasa menghasilkan kertas kerja. Gaya penulisan yang baik perlu memenuhi ciri-ciri seperti berikut:

- Keseragaman

Ejaan, tanda baca dan cara menulis petikan hendaklah sentiasa tekal dalam sesebuah

kertas kerja.

- Kebolehbacaan

Pilihlah perkataan, istilah, laras dan wacana yang sesuai dengan latar belakang

pengetahuan dan pendidikan khalayak.

- Memenuhi kehendak pembaca

Gaya bahasa yang digunakan hendaklah bersahaja tetapi jelas agar pembaca dapat memahami kertas kerja yang hendak dikemukakan dengan cepat dan tepat.

iv. Mengenal pasti teknik penulisan

Bagi kertas kerja seminar, hendaklah ditaip langkau dua baris. Petikan yang terdapat dalam kertas kerja tersebut hendaklah ditaip lagkau sebaris dan dibubuh inden di kiri dan kanan. Panjang setiap kertas kerja seminar, seelok-eloknya tidak melebihi 4000 patah kata. Manakala bagi kertas kerja projek, hendaklah ditaip langkau sebaris. Panjang kertas kerja bergantung kepada keperluan satu-satu projek. Jika kertas kerja tersebut mengandungi banyak bahagian, sediakan lampiran untuk memperincikan butirannya.

(9)

Kenal pasti bahagian-bahagian yang perlu ada dalam kertas kerja yang anda akan hasilkan. Misalnya, bahagian sinopsis ialah ringkasan atau abstrak keseluruhan kertas kerja itu. Bahagian ini penting sebagai gambaran umum terhadap intisari utama kertas kerja. Lazimnya bahagian ini tidak melebihi 200 patah kata.

Bahagian pengenalan merupakan bahagian yang menerangkan latar belakang terhadap kandungan kertas kerja. Bahagian ini ditulis biasanya tidak melebihi 2 muka surat. Manakala bahagian isi pula merupakan bahagian yang sangat penting dalam sesuatu kertas kerja. Bahagian ini mengandungi huraian tajuk, keterangan, penjelasan dan sebagainya yang dipecahkan kepada beberapa bahagian atau tajuk kecil.

Akhir sekali ialah bahagian kesimpulan atau penutup yang merumuskan kandungan kertas kertas kerja. Saranan dan cadangan juga boleh dimasukkan dalam bahagian ini. Selain itu, kertas kerja juga mengandungi lampiran yang memuatkan bibiliografi, data-data, gambar rajah, glosari dan sebagainya.

vi. Mendapatkan maklumat penting yang berkaitan Oleh sebab kertas kerja mengandungi banyak maklumat, dapatkan maklumat-maklumat awal yang berkaitan untuk dimasukkan dalam draf kertas kerja. Hal ini akan memudahkan penulis dan penghasilan mereka akan berjalan dengan lancar. Bagi kertas kerja seminar, buatlah rujukan kepustakaan atau berbincang dengan pakar manakala bagi kertas kerja projek anda perlu berhubung dengan pihak yang berkaiatan untuk

mandapatkan maklumat tersebut.

b. Semasa Menulis

Setelah anda merangka kertas kerja dan mengumpulkan maklumat-maklumat awal yang diperlukan dalam kertas kerja itu, anda boleh mula menulis. Dari semasa ke semasa,

anda perlu lakukan perkara berikut:

i. Perbincangan dengan pihak-pihak lain dalam mendapatkan idea tambahan. Semasa menghasilkan sesuatu kertas kerja, khususnya kertas kerja projek penulis perlulah sentiasa berbincang dengan rakan-rakan atau pihak-pihak yang berkaitan supaya penulis boleh mendapatkan idea tambahan. Dengan ini kertas kerja yang akan anda hasilkan itu benar-benar mengandungi maklumat yang lengkap. Anda juga boleh

(10)

menambah atau menggugurkan bahagian-bahagian tertentu supaya kertas kerja itu lengkap, ringkas dan padat. Selain itu, susunan bahagian-bahagian tertentu dalam kertas kerja dapat dibuat dengan teratur dan kemas.

ii. Gunakan laras dan wacana yang betul Konsep komunikasi tulisan perlu difahami oleh seseorang penulis kertas kerja. Penggunaan laras dan wacana yang betul akan menjadikan komunikasi lebih berkesan. Ini termasuk penggunaan istilah-istilah yang tepat, ayat yang gramatis, gaya bahasa yang sesuai, di samping keberkesanan kertas kerja sebagai sebuah wacana yang utuh perlu diberi perhatian. Tautan (kohesi) dan runtutan (koheren) yang terdapat dalam kertas kerja akan memudahkan pembaca mengikuti aliran pemikiran yang cuba

disampaikan oleh penulis.

c. Selepas menulis

Selepas kertas kerja siap ditulis, pastikan usaha menyemak dilakukan dengan teliti. Dengan melakukan penyemakan anda dapat memperbaiki bahagian-bahagian yang mungkin terdapat kesilapan terutama dari segi ejaan dan tatabahasanya. Anda juga boleh memperkemas isi kandungan kertas kerja sebelum dikemukakan atau dibentangkan. Mintalah bantuan rakan-rakan atau pihak-pihak tertentu untuk membuat semakan. Setelah anda benar-benar berpuas hati, barulah kertas kerja itu dikemukakan untuk kelulusan atau dibentangkan. Buatlah salinan untuk simpanan anda.

(11)

ENIS-JENIS KERTAS KERJA

Jenis kertas kerja dikelompokkan dalam lima jenis, yaitu: 1. Program Pemeriksaan (Audit Program)

Program pemeriksaan merupakan daftar prosedur pemeriksaan untuk pemeriksaan elemen-elemen tertentu. Dalam program pemeriksaan, auditor menyebutkan pemeriksaan yang harus diikuti dalam memverifikasi tiap elemen yang tercantum dalam laporan keuangan, tanggal dan paraf pelaksana prosedur pemeriksaan serta penunjukan indeks kertas kerja yang dihasilkan. Program pemeriksaan ini berfungsi sebagai suatu alat yang bermanfaat untuk menetapkan jadwal pelaksanaan dan pengawasan pekerjaan

pemeriksaan.

2. Working Trial Balance

Working trial balance merupakan suatu daftar saldo rekening buku besar pada akhir

(12)

dan klasifikasi ulang, serta saldo-saldo setelah dikoreksi. Working trial balance merupakan dasar untuk pemeriksaan kertas kerja secara individual dan merupakan ringkasan semua data yang diperoleh selama pemeriksaan. Contoh neraca saldo pemeriksaan dapat dilihat NERACA SALDO:

3. Ringkasan Jurnal Penyesuaian dan Pengklasifikasian

Pada pemeriksaan, auditor biasanya menemukan kesalahan dalam laporan keuangan. Oleh sebab itu auditor membuat daftar jurnal penyesuaian yang akan diusulkan pada klien. Di samping itu, auditor juga membuat jurnal pengklasifikasian kembali

(reclasification entries) untuk tujuan penyajian laporan keuangan yang wajar.

4. Daftar Pendukung

Dalam melaksanakan pemeriksaan, auditor memverifikasi elemen-elemen yang terdapat dalam laporan keuangan. Untuk itu auditor membuat kertas kerja yang bermacam-macam untuk mendukung informasi yang dikumpulkan. Dalam tiap elemen yang diperiksanya, auditor mencantumkan metode verifikasi, pernyataan yang timbul, serta jawaban atas pertanyaan itu.

5. Daftar Utama

Semua informasi yang dicatat dalam daftar pendukung diringkas dalam daftar utama. Daftar utama ini merupakan ringkasan dari rekening-rekening yang saling berkaitan atau dengan kata lain daftar utama digunakan untuk menghubungkan rekening buku besar yang sejenis yang disajikan dalam laporan keuangan dalam satu pos.

Kolom-kolom yang ada dalam daftar utama adalah sama dengan kolom-kolom yang ada dalam working trial balance. Jumlah tiap kolom dalam daftar utama dimasukkan pada kolom yang sama dalam working trial balance. Contoh peringkasan dalam daftar utama adalah : daftar utama kas merupakan penggabungan dari kas ditangan, kas dibank dan kas kecil.

KETERKAITAN ANTAR KERTAS KERJA

Kertas kerja yang disebutkan di atas tidak berdiri sendiri-sendiri, atau mereka saling

(13)

dapat digambarkan sebagai berikut:

MEMBUAT KERTAS KERJA

Pembuatan kertas kerja oleh auditor memperhatikan hal- hal sebagai berikut: 1. Judul

Tiap kertas kerja harus berisi nama klien, judul yang menerangkan isi kertas kerja, serta tanggal neraca atau periode pemeriksaan.

2. Nomor Indeks

Tiap kertas kerja harus diberi nomor indeks, misalnya A-8, B-9 dll, untuk tujuan identifikasi. Selain itu pemberian tanda silang atau tanda lain pada data asal dan data tujuan sangat diperlukan untuk memudahkan arus informasi.

3. Tanda Tick

Tanda tick merupakan simbol auditor yang memberikan keterangan pada kertas kerja. Tiap simbol harus diberi keterangan tertulis tentang pekerjaan yang telah dilakukan.

4. Tanda Tangan dan Tanggal

Tanda tangan pada kertas kerja berguna untuk mengetahui penanggung jawab pemeriksaan. Sedangkan tanggal menunjukkan waktu di buat kertas kerja atau diperolehnya informasi.

SUSUNAN KERTAS KERJA

Untuk mempermudah penelaahan kertas kerja yang dibuat oleh asisten maupun staff auditor, berbagai jenis kertas kerja tersebut harus disajikan dalam susunan yang sistematis. Adapun susunan yang umumnya dilakukan adalah:

1. Draf Laporan Pemeriksaan

2. Laporan Keuangan yang telah diperiksa 3. Ringkasan informasi bagi penelaah 4. Program pemeriksaan

(14)

6. Ringkasan jurnal penyesuaian 7. Working Trial Balance

8. Daftar utama 9. Daftar pendukung

Penelaahan kertas kerj a umumnya dilakukan dalam dua tahap. Tahap pertama penelaahan dilakukan jika pekerjaan pemeriksaan pada suatu sekmen tertentu sudah selesai. Penelaahan; pada tahap ini meliputi pekerj aan yang dilakukan, bukti yang diperoleh, dan kesimpulan yang; diperoleh pembuat kertas kerja. Sedangkan, tahap kedua dilakukan bila semua pekerjaan! lapangan sudah diselesaikan.

PENGARSIPAN KERTAS KERJA

Pengarsipan kertas kerja yang diperoleh dari pemeriksaan dibagi dua yaitu: 1. Arsip Permanen (Permanent file)

Arsip permanen berisi data/informasi yang diperkirakan akan berguna bagi auditor untuk pemeriksaan yang akan datang untuk klien yang sama.

2. Arsip Sekarang/kini (current file)

Arsip ini berisi informasi yang berkaitan dengan pelaksanaan pemeriksaan saat ini. Arsip permanen berisi informasi sbb:

1. Copy anggaran dasar/anggaran rumah tangga perusahaan 2. Bagan pedoman rekening dan prosedurnya

3. Bagan organisasi

4. Tata letak pabrik, proses produksi dan produk utama 5. Saham dan surat berharga yang diterbitkan

6. Copy kontrak jangka panjang (leasing, dana pension, dll)

7. Jadwal amortisasi hutang jangka panjang dan depresiasi aktiva tetap 8. Ringkasan mengenai prinsip akuntansi yang dipakai klien

Pembentukan arsip permanen berguna untuk:

(15)

2. Memberi ringkasan informasi pada staff pemeriksa yang baru pertama memeriksa laporan keuangan klien tersebut

3. Menghindari pembuatan kertas kerja yang sama pada pemeriksaan mendatang About these ads

Kertas Kerja Seminar

Kertas kerja seminar ialah kertas kerja tentang sesuatu perkara untuk dikemukakan kepada sesebuah kumpulan atau orang ramai dalam sesuatu bengkel atau seminar. Penulis akan mengemukakan idea, pandangan, kajian, penyelidikan dan sebagainya kepada khalayak dengan tujuan untuk memberi panduan bagi menerokai bidang-bidang baharu, memberi penerangan tentang sesuatu perkara, memberi penjelasan tentang sesuatu idea, atau mencadangkan tindakan-tindakan tertentu terhadap sesuatu

fenomena. Khalayaknya ialah mereka yang hadir dalam pembentangan yang dijalankan atau yang membaca kertas kerja tersebut. Khalayak biasanya mereka yang memang berminat dengan perkara/tajuk yang disampaikan ataupun mempunyai pengalaman dan pengetahuan perkara yang diperkatakan. Oleh itu, mereka hadir atau membaca kertas kerja ingin mengetahui perkara tersebut dengan lebih mendalam lebih-lebih lagi jika perkara yang ingin disampaikan itu ialah penemuan baharu dalam bidang berkenaan. Biasanya kertas kerja ini bersifat formal dan menggunakan laras bahasa akademik. Kadang-kadang kertas kerja tersebut kemudiannya diterbitkan dalam jurnal untuk menjadi bahan bacaan bacaan dan rujukan. Bergantung kepada tujuan dan khalayak, kertas kerja seminar perlu ditulis menggunakan laras bahasa mengikut bidang yang

(16)

diperkatakan supaya lebih jelas dan mudah difahami.

b. Kertas Kerja Projek

Manakala kertas kerja projek pula dikemukakan untuk urusan-urusan seperti

perancangan sesuatu projek, kajian dan penyelidikan bagi sesebuah jabatan, syarikat atau institusi tertentu. Kertas kerja projek dikemukakan kepada pihak tertentu untuk mendapat kelulusan. Penulis kertas kerja ini akan mengemukakan idea bagaimana sesuatu projek / kajian itu dapat dijalankan. Berbanding dengan kertas kerja seminar, kertas kerja ini juga bersifat formal tetapi menggunakan laras bahasa umum yang lebih mudah difahami. Dengan penulisan kertas kerja ini, pembaca atau pihak yang

berkenaan akan mendapat gambaran lengkap tentang bagaimana sesuatu projek / kajian itu dapat dijalankan dengan jayanya. Semua perkara yang berkaitan projek itu akan dijelaskan dalam kertas kerja. Kemungkinan halangan/kekangan yang akan dihadapi dalam projek tersebut juga dikemukakan untuk mendapat maklum balas bagaimana halangan / kekangan itu dapat diatasi. Bergantung kepada tujuan penulisannya, kertas kerja ini dapat dibahagikan kepada beberapa jenis, antaranya ialah:

- Kertas kerja perniagaan - Kertas kerja lawatan - Kertas kerja program - Kertas kerja perkhemahan - Kertas kerja hari keluarga - Kertas kerja sukan

3.4 Format Menulis Kertas Kerja [A]

Untuk menghasilkan kertas kerja terdapat pelbagai kaedah dan format yang boleh digunakan. Sebenarnya format penulisan kertas kerja bergantung kepada beberapa faktor/perkara antara lain ialah apa tujuannya, siapa khalayaknya, bagaimana penyampaiannya, apakah isi kandungannya dan lain-lain. Walau bagaimanapun terdapat format umum yang boleh dikuti oleh penulis sebagai panduan menyediakan kertas kerja. Bagi penulisan sesuatu kertas kerja, apa yang penting ialah ketekalan bentuk penulisannnya. Antara format umum penulsan kerja kerja:

a. Format Kertas Kerja Seminar • Tajuk

• Nama / Nama-nama pembentang kertas kerja • Nama institusi

• Abstrak (Sinopsis/Ringkasan) • Pengenalan

(17)

• Sorotan kajian • Metodologi

• Analisis data / Dapatan • Rujukan

• Lampiran

b. Format Kertas Kerja Projek • Tajuk

• Latar belakang / Rasional • Objektif / Matlamat

• Jangka masa yang diperlukan • Kumpulan sasaran

• Andaian-andaian halangan • Anggaran belanjawan • Penubuhan jawatankuasa • Menentukan jadual tugas • Pelaksanaannya

Walaupun terdapat format umum penulisan kertas kerja yang boleh menjadi rujukan, sebagaimana yang telah dinyatakan, anda perlu melakukan penyesuaian supaya kertas kerja yang dihasilkan benar-benar menepati tujuan dan dapat mencapai objektifnya. Ingatlah bahawa penulisan perlu teliti dan lengkap dengan semua maklumat yang diperlukan.

3.5 Ciri-ciri Penulisan Kertas Kerja Yang Baik [A]

Untuk mencapai matlamat penulisannya, kertas kerja perlu memenuhi beberapa kriteria dan ciri-ciri penulisan tertentu. Antara lain, ciri-ciri penulisan kertas kerja yang baik ialah:

i. Penggunaan bahasa yang baik.

Penggunaan bahasa yang baik dan tepat sangat penting dalam penulisan kertas kerja. Struktur ayat yang betul dan gramatis, pemakaian imbuhan perkataan yang tepat dan pemilihan kosa kata sesuai mengikut kmonteks dan situasi perlu diberi perhatian oleh penulis. Penggunaan bahasa yang tidak jelas akan menimbulkan kesukaran kepada pembaca untuk memahami apa yang ingin dimaksudkan. Tahap penguasaan yang baik membolehkan penulis melahirkan apa yang sebenarnya ingin disampaikan. Jika tidak berkemungkinan pembaca akan menyalahtafsirkan mesej sebenar yang terkandung dalam kertas kerja tersebut. Dalam penggunaan bahasa, penulis perlu memikirkan pemilihan kata dan ayat yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

• Kejelasan • Kekhususan • Ketepatan • Kesesuaian

(18)

ii. Ringkas, tepat dan padat.

Kertas kerja banyak mengandungi maklumat. Maklumat perlu dijelaskan oleh penulis menggunakan bahasa yang sesuai supaya mudah difahami oleh pembaca dengan jelas. Jika penjelasan yang diberikan oleh penulis terlalu panjang maka pembaca sukar untuk memahami maksud yang ingin disampaikan. Begitu juga sebaliknya, jika penjelasan terlalu ringkas sukar untuk pembaca memahami apa yang ingin disampaikan atau berkemungkinan pembaca akan membuat tafsiran yang berbeza daripada maksud sebenar penulis. Setiap maklumat harus diolah dengan jelas tanpa diulang-ulang. Kertas kerja yang dihasilkan perlu ringkas, tepat dan padat sesuai dengan tujuan penghasilan kertas kerja tersebut.

iii. Penggunaan laras yang betul

Laras bahasa ialah variasi bahasa yang mempunyai cirri-ciri khusus dalam

penggunaannya mengikut bidang. Hal ini termasuk pemilihan kata, frasa, ayat, khalayak dan bidang yang diperkatakan. Walaupun pada umumnya penulisan kertas kerja

menggunakan laras bahasa formal, namun dalam penghasilan kertas kerja tertentu penggunaan laras yang betul amat penting. Semasa menghasilkan kertas kerja seminar misalnya, penggunaan laras yang tepat mengikut bidang akan memudahkan khalayak memahami maksud yang ingin disampaikan oleh penulis. Manakala bagi kertas kerja projek pula, laras bahasa umum sering digunakan. Oleh sebab itu, penulis juga perlu membuat pertimbangan tentang khalayaknya sebelum menulis.

iv. Keutuhan wacana dalam tulisan.

Wacana merupakan satu satuan bahasa terlengkap dengan koheren dan kohesi tinggi yang berkesinambungan. Oleh sebab banyak maklumat yang terdapat dalam kertas kerja, maklumat itu perlu disusun sesuai dengan urutannya supaya idea yang ingin disampaikan dapat dipersembahkan secara teratur. Pertalian antara satu maklumat dengan yang lain akan menampakkan satu pola atau keseluruhan kertas kerja. Dengan itu pembaca akan mudah memahami idea yang ingin disampaikan. Selain itu, pemilihan kata dan susunan ayat yang digunakan dalam kertas kerja juga akan memperlihatkan kertas kerja itu sebagai satu kesatuan yang utuh.

v. Ketekalan penulisan.

Untuk menghasilkan kertas kerja yang baik, bentuk penulisan harus dipersembahkan dalam bentuk yang tekal dan konsisten terutama dari segi ejaan. Ejaan perkataan sama yang berbeza-beza dalam satu kertas kerja memperlihatkan ketidaktelitian penulis khususnya dalam membuat penyemakan terakhir. Selain itu, bahagian subtajuk yang terdapat dalam kertas kerja perlu ditulis dalam format yang sama terutama daripada segi membuat indent atau jarak tepi. Ketekalan bentuk akan memudahkan pembaca

membuat rujukan dan kertas kerja tersebut akan kelihatan kemas.

vi. Penomboran yang sesuai.

Penomboran juga penting dalam penulisan kertas kerja kerana terdapat beberapa tajuk kecil yang perlu ada dalam satu kertas kerja. Penulis perlu menyusun maklumat dengan susunan yang sesuai dan memberikan penomboran. Penulis perlu memikirkan

(19)

disenaraikan. Begitu juga pecahan-pecahan bagi tajuk kecil tersebut. Berilah penomboran yang sesuai supaya bahagian-bahagain tertentu mudah dirujuk.

vii. Maklumat yang lengkap.

Kertas kerja biasanya mengandungi maklumat yang banyak terutama bagi kertas kerja projek. Oleh sebab itu, penulis digalakkan untuk membuat rujukan atau semakan dengan pihak-pihak tertentu supaya maklumat yang diperlukan tidak tertinggal. Pandangan daripada pihak-pihak lain akan dapat melengkapkan lgi kertas kerja yang kita sediakan. Kertas kerja yang telah lengkap sepatutnya dapat menjawab persoalan-persoalan yang berkaitan. Jika maklumat yang perlu tidak terdapat dalam kertas kerja mungkin penulis perlu melakukan penambahbaikan agar kertas kerja yang akan dikemukakan mendapat kelulusan.

viii. Kepanjangan yang sesuai.

Sesebuah kertas kerja yang baik tidak semestinya panjang. Bergantung kepada tujuan, khalayak, perkara yang diperkatakan, peruntukan kewangan dan sebagainya, penulis boleh merangka kepanjangan yang sesuai bagi kertas kerja tersebut. Bagi tajuk-tajuk tertentu, kertas kerja yang disediakan tidak perlu panjang kerana khalayak mudah memahaminya sedangkan mungkin untuk tajuk-tajuk yang lain penulis perlu memberi penjelasan yang lebih terperinci. Panjang atau pendek sesuatu kertas kerja bergantung kepada jenis kertas kerja dan tujuannya.

Untuk mengelakkan kertas kerja yang dihasilkan menjadi terlalu panjang, penulis perlu menggunakan halaman lampiran untuk menyampaikan maklumat tambahan yang mungkin diperlukan untuk menjelaskan tentang sesuatu perkara yang dinyatakan dalam kertas kerja tersebut. Bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu kertas kerja mungkin boleh dikemukakan dalam bentuk lampiran. Dengan ini, kertas kerja yang dihasilkan tidak terlalu panjang atau tebal.

Contohnya, kertas kerja untuk dibentangkan dalamsesuatu seminar dengan kertas kerja untukmembentangkan cadangan bagi sesuatu projek atau kajianperlu diberi penekanan yang berbeza.

(20)

Kertas kerja adalah salah satu elemen daripada bentuk komunikasi bertulis. Jadi, kertas kerja boleh diistilahkan sebagai hasil penulisan yang merangkumi cetusan idea untuk dibentangkan kepada khayalak ramai dan pihak-pihak yang disasarkan. Kertas kerja juga boleh

Oleh sebab itu kertas kerja bermaksud hasil penulisan yang mengandungi idea untuk dikemukakan kepada khalayak atau pihak-pihak tertentu.

Khalayak perlu membaca kertas kerja tersebut untuk mendapatkan maklumat berkaitan idea yang hendak disampaikan. Khalayak boleh terdiri daripada kumpulan kecil seperti jawatankuasa projek ataupun kumpulan besar seperti peserta seminar dan persidangan. Dalam keadaan tertentu kertas kerja juga boleh dibentangkan kepada khalayak dalam bentuk lisan. Namun begitu, komunikasi lisan tersebut hanya berperanan menyampaikan maklumat yang memang telah disediakan dalam kertas kerja tersebut atau dengan kata lain menerangkan apa yang terkandung dalam kertas kerja itu. Apa yang lebih penting ialah hasil penulisan kertas kerja itu sendiri.

Kertas kerja ialah hasil usaha tentang sesuatu yang dicatat atau dituliskan untuk dikemukakan kepada sesebuah kumpulan atau orang ramai dalam sesuatu bengkel atau seminar.

Kertas kerja juga dibentangkan untuk urusan-urusan lain seperti perancangan sesuatu projek , kajian dan penyelidikan bagi sesebuah jabatan, syarikat atau institusi tertentu.

Oleh itu, draf kertas kerja perlulah terlebih dahuludiserahkan kepada pihak tertentu untuk disemak denganteliti bagi memastikan cadangan-cadangan yangdikemukakan boleh diluluskan atau sebaliknya.

Ini bermakna kertas kerja hendaklah disediakan denganbaik dan teliti khususnya untuk projek-projek yangmemerlukan perbelanjaan yang besar.

(21)
(22)

APA ITU KERTAS KERJA PERNIAGAAN?

Pengenalan

Selepas mengenal pasti dan memilih satu peluang perniagaan yang sesuai, usahawan perlu membuat perancangan yang teratur supaya perniagaan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan dan sumber-sumber perniagaan dapat digunakan dengan lebih cekap. Selepas memilih satu peluang perniagaan, langkah seterusnya ialah menyediakan sebuah rancangan atau pelan perniagaan yang lengkap. Apakah yang dimaksudkan dengan rancangan perniagaan? Rancangan perniagaan adalah sebuah dokumen bertulis yang menerangkan perkara yang berkaitan dengan perniagaan yang hendak dilaksanakan. Dokumen tersebut mengandungi maklumat yang berkaitan dengan produk atau perkhidmatan yang hendak ditawarkan serta perancangan terperinci mengenai aspek pemasaran, pengurusan, operasi dan rancangan kewangan perniagaan. Rancangan perniagaan sering juga dikenali sebagai kertas projek atau kertas kerja.

Kepentingan Rancangan Perniagaan

Salah satu kepentingan menyediakan rancangan perniagaan ialah untuk menilai sama ada peluang perniagaan yang ingin diterokai berdaya maju atau sebaliknya. Penilaian sesuatu peluang perniagaan perlu diasaskan kepada fakta dan maklumat terkini. Banyak perniagaan gagal selepas beberapa tahun dilaksanakan. Ini disebabkan oleh kegagalan pengusaha menyediakan rancangan perniagaan yang berkesan. Dalam apa jua bidang perniagaan yang ingin diceburi, penyediaan rancangan perniagaan yang lengkap merupakan langkah yang sangat penting. Seringkali dikatakan bahawa jika seseorang berhasrat untuk memulakan sebuah perniagaan tetapi gagal untuk membuat perancangan, sebenarnya dia merancang kegagalannya sendiri dalam perniagaan tersebut. Kepentingan menyediakan rancangan perniagaan secara bertulis atau dalam bentuk dokumen seringkali diabaikan oleh usahawan kecuali apabila diperlukan untuk memohon pembiayaan. Sebab itu dokumen ini sering dikaitkan dengan permohonan pinjaman daripada bank atau institusi kewangan. Keperluan menyediakan dokumen ini dilihat sebagai memenuhi syarat permohonan sahaja. Tanggapan ini menyebabkan kebanyakan usahawan sukar menilai kepentingan dan keperluan menyediakan sebuah rancangan perniagaan. Setelah permohonan mereka diluluskan (atau mungkin ditolak) dokumen tersebut tidak lagi dirujuk untuk melaksanakan projek yang dirancang. Besar kemungkinan ini berlaku kerana dokumen tersebut disediakan oleh pihak lain yang dibayar perkhidmatannya. Oleh yang demikian maklumat yang terkandung dalam rancangan perniagaan berkenaan tidak menggambarkan hasrat sebenar usahawan. Sebaliknya ia cenderung untuk mempengaruhi dan meyakinkan pihak penilai untuk meluluskan permohonan pinjaman atau pembiayaan. Rancangan perniagaan bukan sahaja penting untuk tujuan memohon pembiayaan kewangan tetapi dokumen ini juga disediakan untuk tujuan-tujuan berikut:

 Rancangan perniagaan sebagai pelan atau “peta” yang diperlukan bagi mengendalikan aktiviti perniagaan. Dokumen ini membantu usahawan mengkaji semula atau mengubahsuai aktiviti dan halatuju yang telah ditetapkan semasa memulakan dan mengendalikan perniagaan.

 Sebagai panduan untuk mengurangkan risiko kegagalan perniagaan dengan membuat nggaran dan perkiraan hasil dan kos yang terlibat dalam perniagaan yang dirancang. Oleh itu, usahawan akan mengkaji dan menilai sesebuah rancangan perniagaan (berasaskan maklumat terkini) sebelum membuat keputusan untuk memulakannya. Secara tidak langsung penyediaan rancangan perniagaan memerlukan usahawan mengumpul maklumat terkini dalam pasaran.

 Rancangan perniagaan juga disediakan untuk mengira jumlah modal atau wang yang diperlukan bagi memulakan atau mengembangkan perniagaan. Oleh itu, penyediaan dokumen ini dapat membantu usahawan mengenal pasti jumlah modal permulaan dan sumber pembiayaan yang diperlukan.

(23)

 Penyediaan rancangan perniagaan membantu usahawan memahami dengan mendalam mengenai bidang perniagaan yang bakal diceburi. Usahawan perlu mengetahui setiap aspek pengurusan perniagaan seperti pemasaran, pentadbiran, operasi dan kewangan.

 Rancangan perniagaan juga merupakan dokumen yang boleh digunakan untuk mengawal kegiatan perniagaan. Ini dapat membantu usahawan membandingkan pencapaian sebenar dengan apa yang telah dirancang sebelum ini. Ramai usahawan berasa ragu atau enggan menyediakan rancangan perniagaan kerana beranggapan ianya satu kerja rumit dan remeh, dan beranggapan perniagaan atau projek boleh terus dijalankan tanpa perlu didokumenkan. Walau bagaimanapun, adalah lebih mudah untuk merujuk semula rancangan perniagaan yang ditulis secara teratur (walaupun ringkas) berbanding „perancangan‟ yang bergantung kepada daya ingatan semata-mata.

Pembaca Sasaran Rancangan Perniagaan

Memahami sasaran pembaca rancangan perniagaan adalah penting. Ini bertujuan untuk memastikan rancangan perniagaan yang disediakan dapat meyakinkan pembaca yang disasarkan. Pembaca sasaran merujuk kepada pihak yang akan menggunakan rancangan perniagaan berkenaan untuk tujuan-tujuan khusus. Antara pihak yang disasarkan adalah seperti berikut:

Usahawan

Pembaca atau pengguna utama rancangan perniagaan ialah usahawan. Sebagai pengusaha atau pemilik perniagaan usahawan perlu mengetahui selok-belok projek yang bakal dilaksanakan dengan terperinci. Oleh itu, penyediaan rancangan perniagaan dapat membantu usahawan merancang dan membuat keputusan dengan lebih berkesan. Di samping itu usahawan juga dapat menilai daya maju projek dari aspek pemasaran, pentadbiran, operasi dan kewangan. Pelabur

Usahawan mungkin memerlukan pihak lain untuk melabur dalam projek yang dirancang. Pihak-pihak tertentu seperti pemodal teroka atau pelabur persendirian perlu diyakinkan agar mereka berminat untuk berkongsi keuntungan dengan membuat pelaburan dalam perniagaan tersebut. Lazimnya mereka meneliti rancangan perniagaan untuk menilai sama ada perniagaan tersebut mampu memberi pulangan yang baik terhadap pelaburan yang bakal dibuat.

Bank

Bank dan institusi kewangan lain merupakan pihak yang boleh membantu usahawan memperoleh pembiayaan bagi melaksanakan projek perniagaan yang dirancang. Sebagai pembiaya, bank dan institusi kewangan memerlukan maklumat berhubung kedudukan kewangan perniagaan dari aspek kecairan wang tunai dan keuntungan perniagaan. Kecairan tunai dan keuntungan dapat memastikan kelangsungan perniagaan dan kemampuan perniagaan untuk membayar balik pinjaman yang dipohon. Oleh itu, pihak bank dan institusi kewangan perlu meneliti dan menilai rancangan perniagaan untuk memastikan perniagaan yang dirancang berdaya maju dan berkemampuan untuk membayar balik pinjaman.

Pembekal Kredit

Lazimnya, agak sukar bagi sebuah perniagaan baru untuk mendapatkan kemudahan bekalan bahan secara kredit daripada pembekal. Bagaimanapun, terdapat pembekal yang bersedia untuk menawarkan kemudahan ini jika usahawan dapat meyakinkan mereka tentang kemampuannya untuk membayar balik hutang dalam tempoh yang ditetapkan. Oleh itu, rancangan perniagaan dapat membantu usahawan meyakinkan pembekal mengenai kemampuan perniagaan untuk membayar balik hutang tersebut.

Referensi

Dokumen terkait