• Tidak ada hasil yang ditemukan

POLISI OPERASI STOKIS/e-STOKIS

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "POLISI OPERASI STOKIS/e-STOKIS"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

POLISI OPERASI STOKIS/e-STOKIS

1. PENGENALAN

1.1. Definisi Stokis/e-Stokis

Stokis/e-Stokis adalah salah satu saluran pengedaran dan jualan rangkaian produk Gano Excel kepada pelanggan/pengedar Gano Excel selain daripada Ibu Pejabat Gano Excel dan Pusat Perkhidmatan Gano Excel. Stokis/e-Stokis merupakan usahawan/pengedar Gano Excel yang berdaftar dengan syarikat dan mengeluarkan sejumlah modal untuk membeli produk-produk Gano Excel seterusnya menjualnya kembali kepada pelanggan/pengedar Gano Excel yang lain.

Stokis menjalankan operasinya menggunakan sistem luar talian (offline) dalam transaksi harian dan bulanannya.

Transaksi harian Stokis meliputi aktiviti jual beli antara pelanggan/pengedar Gano Excel dengan Stokis dimana Stokis harus menulis bil tunai bagi setiap pembelian oleh pelanggan/pengedar Gano Excel. Bil tunai tersebut perlu diberikan sebagai bukti pembelian oleh pelanggan/pengedar Gano Excel.

Transaksi bulanan Stokis meliputi aktiviti menghantar Laporan Ringkasan Stokis yang mengandungi Ringkasan Jualan, Ringkasan Invois, Salinan Asal Bil Tunai (putih) dan Borang Permohonan Pengedar (jika ada) kepada pihak syarikat setiap bulan tanpa gagal.

Manakala e-Stokis pula menjalankan operasinya menggunakan sistem dalam talian (online) dalam transaksi hariannya yang meliputi aktiviti :-

a) Memasukkan data pembelian oleh pelanggan/pengedar Gano Excel ke dalam sistem pangkalan data secara masa nyata (real time) dan mencetak bil tunai tersebut untuk diberikan sebagai bukti pembelian oleh pelanggan/pengedar Gano Excel.

b) Mendaftarkan Permohonan Pengedar oleh pelanggan/pengedar Gano Excel ke dalam sistem pangkalan data secara masa nyata (real time) tanpa perlu mengisi Borang Permohonan Pengedar secara bertulis.

e-Stokis tidak perlu lagi menghantar Laporan Ringkasan Stokis yang mengandungi Ringkasan Jualan, Ringkasan Invois, Salinan Asal Bil Tunai (putih) dan Borang Permohonan Pengedar (kecuali ada yang disebabkan oleh masalah teknikal sistem dalam talian) kepada pihak syarikat setiap bulan kerana ia secara automatik telah direkodkan ke dalam sistem pangkalan data secara masa nyata (real time) semasa transaksi dijalankan.

(2)

1.2. Tujuan Polisi Operasi Stokis/e-Stokis

Polisi ini dirangka untuk memberikan satu garis panduan yang jelas tentang pengoperasian Stokis/e-Stokis dimana ia bertujuan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan/pengedar Gano Excel seterusnya dapat menjalinkan hubungan perniagaan jangka panjang antara syarikat dengan pelanggan/pengedar Gano Excel.

2. FUNGSI DAN PERANAN STOKIS/e-STOKIS

2.1. Usahawan yang Berdikari

Setiap Stokis/e-Stokis, anda adalah usahawan/pengedar Gano Excel yang berdikari tanpa terikat kepada perhubungan seperti agensi atau pekerja/staf Gano Excel. Kejayaan perniagaan Stokis/e-Stokis dalam meningkatkan jualan dan mengembangkan jaringan rakan niaga kumpulan sendiri adalah terletak pada daya usaha dan inisiatif Stokis/e-Stokis sendiri.

2.2. Pembekal Produk dan Pemberi Perkhidmatan

Setiap Stokis/e-Stokis hanya dibenarkan menjual produk Gano Excel sahaja disamping memberikan perkhidmatan yang diperlukan oleh pelanggan/pengedar Gano Excel. Stokis/ e-Stokis perlu memastikan bekalan stok produk mencukupi dan kemudahan perkhidmatan berjalan dengan lancar.

2.3. Penyampai Maklumat

Stokis/e-Stokis perlu menyampaikan maklumat yang tepat tentang syarikat, produk dan pelan pemasaran serta sebarang promosi yang dijalankan oleh pihak syarikat kepada pelanggan/pengedar Gano Excel dengan jujur dan ikhlas. Stokis/e-Stokis perlu sentiasa menghubungi syarikat dan membaca Info Stokis atau apa sahaja media hebahan info yang diberikan untuk mendapatkan maklumat yang terkini tentang syarikat.

2.4. Pelaksana Mesyuarat

Stokis/e-Stokis haruslah berkeupayaan dalam memberi penerangan tentang syarikat, produk, pelan pemasaran dan motivasi. Stokis/e-Stokis juga perlu sentiasa melengkapkan pengetahuan ini dari semasa ke semasa dan dikehendaki menghadiri semua program yang dianjurkan oleh pihak syarikat.

2.5. Pemimpin

Stokis/e-Stokis adalah pemimpin di sesuatu kawasan dan ini membuka peluang yang lebih luas kepada Stokis/e-Stokis untuk menembusi pasaran tersebut dengan lebih menyeluruh di samping bertindak sebagai tapak pelancaran untuk para pengedar Gano Excel yang lain.

2.6. Perantara

Stokis/e-Stokis perlu bertindak menjadi perantara antara pihak syarikat dengan pelanggan/pengedar Gano Excel dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan adil

(3)

dan saksama. Jika berlakunya sesuatu masalah yang serius, Stokis/e-Stokis perlulah merujuk kepada pihak syarikat.

2.7. Wakil Syarikat Gano Excel

Setiap tindakan yang dilakukan oleh Stokis/e-Stokis mencerminkan imej Gano Excel. Maka setiap Stokis/e-Stokis harus menerap dan mengamalkan konsep perniagaan yang jujur, amanah dan berintegriti demi menjaga nama baik kedua-dua pihak.

3. KEPENTINGAN KEWUJUDAN STOKIS/e-STOKIS

3.1. Menyediakan kemudahan pembelian produk dan pemberian perkhidmatan kepada semua

pelanggan/pengedar Gano Excel tanpa mengira jaringan rakan niaga kumpulan sendiri atau kumpulan tertentu.

3.2. Menjadi saluran penyampaian maklumat yang tepat tentang syarikat, produk, pelan

pemasaran dan maklumat terkini.

3.3. Menjadi pengantara antara syarikat dengan pelanggan/pengedar Gano Excel.

3.4. Menjadi pemimpin dan membina jaringan rakan niaga kumpulan sendiri di samping memberi

perkhidmatan kepada semua pelanggan/pengedar Gano Excel yang lain.

4. PROSEDUR DAN KRITERIA MEMOHON STOKIS/e-STOKIS

4.1. Pemohon sudah didaftarkan sebagai pengedar Gano Excel yang sah.

4.2. Mempunyai Jualan Peribadi 200 PPV sebulan untuk 3 bulan berturut-turut.

4.3. Stokis sedia ada layak untuk memohon menjadi e-Stokis tanpa perlu menyediakan modal

permulaan tetapi tertakluk kepada syarat dan terma Pembekuan Akaun Stokis/e-Stokis serta Stokis tersebut wajib menyelesaikan/melunaskan hutang tertunggak dengan syarikat dan menggantikan semula stok produk yang negatif (jika ada) terlebih dahulu.

4.4. Pemilik Stokis/e-Stokis adalah pemilik tunggal dan tidak boleh berkongsi modal.

4.5. Hak Stokis/e-Stokis hanya sah ke atas penama sahaja. Ini bermakna penama

bertanggungjawab sepenuhnya ke atas Stokis/e-Stokisnya.

4.6. Modal permulaan menjadi Stokis/e-Stokis adalah sebanyak RM5,000.00 (Ringgit Malaysia

Lima Ribu) sahaja untuk tempahan produk yang merangkumi semua jenis produk yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat.

(4)

4.7. Komisen jualan sebanyak 6% akan diberi kepada Stokis manakala komisen jualan sebanyak

10% akan diberikan kepada e-Stokis. Pengiraan jumlah komisen jualan yang diberi adalah berdasarkan kepada jumlah jualan PV bulanan Stokis/e-Stokis pada setiap bulan.

4.8. Walau bagaimanapun, pihak syarikat berhak menolak atau menerima mana-mana

permohonan untuk menjadi Stokis/e-Stokis mengikut budi bicara pihak syarikat.

5. KRITERIA PENJAMIN KEPADA STOKIS/e-STOKIS

5.1. Pemohon Stokis/e-Stokis perlu mengemukakan seorang pengedar Gano Excel yang

berpangkat Crown Diamond Director (CDD) dan ke atas sebagai penjaminnya.

5.2. Tanggungjawab penjamin adalah seperti :-

a) Memerhati, mengajar dan memantau segala operasi Stokis/e-Stokis. b) Membantu mempromosikan Stokis/e-Stokis.

c) Membantu Stokis/e-Stokis membangunkan jaringan rakan niaga kumpulannya.

d) Sekiranya Stokis/e-Stokis berhutang atau mempunyai stok produk yang negatif dengan syarikat dan tidak mampu untuk membayar balik atau menyelesaikan stok produk yang negatif tersebut, penjamin dikehendaki bertanggungjawab sepenuhnya untuk melunaskan hutang atau menyelesaikan stok produk yang negatif tersebut dalam masa sebulan.

e) Apabila Stokis/e-Stokis melanggar mana-mana Peraturan Perniagaan Pengedar Gano Excel atau Polisi Operasi Stokis/e-Stokis, penjamin dikehendaki memberikan teguran dan nasihat kepada Stokis/e-Stokis berkenaan agar mematuhi segala Peraturan Perniagaan Pengedar Gano Excel dan Polisi Operasi Stokis/e-Stokis yang telah ditetapkan.

f) Stokis/e-Stokis yang gagal untuk membayar gantirugi yang dialami oleh pelanggan/pengedar Gano Excel akibat daripada tindakan Stokis/e-Stokis sendiri, penjamin akan dipertanggungjawabkan dan menanggung segala liabiliti tersebut.

g) Penjamin tidak terhad untuk menjadi penjamin kepada satu Stokis/e-Stokis sahaja. Penjamin boleh menjadi penjamin kepada lebih daripada satu Stokis/e-Stokis. Namun begitu, sekiranya Stokis/e-Stokis ditamatkan perjanjian dan operasinya oleh pihak syarikat atas kesalahan pelanggaran mana-mana Peraturan Perniagaan Pengedar Gano Excel atau Polisi Operasi Stokis/e-Stokis, penjamin tersebut tidak boleh lagi menjadi penjamin kepada Stokis/e-Stokis yang seterusnya.

(5)

6. REKA BENTUK/KEMUDAHAN STOKIS/e-STOKIS

6.1. Operasi Stokis/e-Stokis digalakkan untuk :-

a) Dijalankan di dalam premis sama ada kedai atau rumah.

b) Mempunyai kaunter jualan (jika di kedai) dan rak pameran produk.

c) Mempunyai ruang yang bersih dan selamat untuk menyimpan stok produk. d) Mempunyai bilik mesyuarat di tempat operasi.

e) Mempunyai kad nama perniagaan (business card) dan cop Stokis Gano Excel.

6.2. Stokis/e-Stokis diwajibkan mempunyai kemudahan telefon dan faksimili untuk memudahkan

segala urusan.

6.3. e-Stokis perlu mempunyai :-

a) Talian internet yang stabil untuk membolehkan e-Stokis log masuk ke sistem pangkalan data e-Stokis secara dalam talian (online).

b) Sebuah komputer peribadi (desktop) atau komputer riba (laptop). c) Sebuah pencetak untuk mencetak bil tunai (pilihan).

6.4. Stokis/e-Stokis dinasihati menyediakan papan kenyataan bagi memaparkan pengumuman

dan informasi terbaru syarikat seperti jadual aktiviti, promosi, info produk dan lain-lain.

7. OPERASI DAN PENGENDALIAN STOKIS/e-STOKIS

7.1. Stokis/e-Stokis perlu mematuhi waktu operasi seperti yang telah ditetapkan oleh syarikat iaitu

dari 9.00 pagi – 6.00 petang setiap hari.

7.2. Tempahan dan Pembayaran :-

a) Pembelian produk oleh Stokis/e-Stokis secara tempahan terus ke Ibu Pejabat Gano Excel (untuk Semenanjung Malaysia) atau Pusat Perkhidmatan Gano Excel Kota Kinabalu (untuk Sabah dan Sarawak) akan dihantar ke Stokis/e-Stokis.

b) Pusat Perkhidmatan Gano Excel Kota Bharu, Kuala Lumpur, Subang Jaya dan Johor Bahru hanya membenarkan pembelian produk oleh Stokis/e-Stokis secara datang terus (walk-in) sahaja.

(6)

c) Masa tempahan :- 9.00 pagi – 12.00 tengahari (Isnin hingga Jumaat). 9.00 pagi – 11.00 pagi (Sabtu).

d) Tempahan produk hanya boleh dibuat pada hari bekerja sahaja (tidak termasuk cuti umum) seperti yang dinyatakan pada waktu di atas. Tempahan produk yang dibuat selain dari hari dan waktu yang dinyatakan, penghantaran produk akan dibuat pada hari berikutnya.

e) Penghantaran dan penerimaan produk mengambil masa 3 hari bekerja (minimum) dari tarikh tempahan (tidak termasuk hari cuti umum dan kes kecemasan).

f) Semua urusniaga di antara Stokis/e-Stokis dengan pihak syarikat digalakkan menggunakan tunai (cek syarikat dan baucar syarikat dianggap sebagai tunai). Urusniaga yang menggunakan kad kredit pula akan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak 2%.

g) Pembayaran tempahan produk boleh dibuat secara tunai, cek syarikat atau baucar syarikat secara terus di Bahagian Jualan Gano Excel, Pusat Perkhidmatan Gano Excel atau melalui akaun bank Gano Excel dengan cara :-

i. Guna Borang Tempahan yang disediakan oleh syarikat.

ii. Borang Tempahan diserahkan kepada pegawai yang berkenaan di Bahagian Jualan Gano Excel.

iii. Tulis nama, kod, nombor telefon dan nombor faksimili Stokis/e-Stokis.

iv. Jumlah pembayaran mesti cukup atau lebih (bayaran yang lebih akan dikreditkan untuk tempahan yang seterusnya).

v. Cek syarikat dan baucar syarikat perlu sampai ke Bahagian Jualan Gano Excel terlebih dahulu sebelum tempahan produk boleh dilakukan.

h) Akaun bank syarikat adalah seperti berikut :-

i. Malayan Banking Berhad (Maybank) No. Akaun : 0020 9030 7023

ii. Bank Simpanan Nasional (BSN) No. Akaun : 0210 0298 4822 9583

i) Syarikat hanya akan menghantar produk yang ditempah selepas menerima slip/resit bayaran daripada Stokis/e-Stokis.

(7)

j) Bagi pembayaran yang menggunakan cek syarikat atau baucar syarikat, Stokis/e-Stokis harus mematuhi prosedur tuntutan seperti berikut :-

i. Tuntutan yang dibuat oleh penama cek syarikat atau baucar syarikat ;

- Penama wajib menulis nama, nombor kad pengenalan dan menurunkan tandatangannya di belakang cek syarikat atau baucar syarikat.

- Penama dikehendaki menunjukkan kad pengenalan kepada Stokis/e-Stokis untuk pengesahan.

- Stokis/e-Stokis sendiri harus membuat pengesahan dengan menggunakan cop Stokis/e-Stokis dan menandatanganinya di belakang cek syarikat atau baucar syarikat tersebut.

ii. Tuntutan dibuat oleh wakil kepada penama cek syarikat atau baucar syarikat ;

- Penama wajib menulis nama, nombor kad pengenalan dan menurunkan tandatangannya di belakang cek syarikat atau baucar syarikat.

- Wakil kepada penama tersebut dikehendaki menunjukkan kad pengenalan kepada Stokis/e-Stokis untuk pengesahan.

- Stokis/e-Stokis sendiri harus membuat pengesahan dengan menggunakan cop Stokis/e-Stokis dan menandatanganinya di belakang cek syarikat atau baucar syarikat tersebut.

7.3. Penghantaran dan Penerimaan Produk :-

a) Penghantaran melalui Courier Service secara PERCUMA akan diberikan bagi tempahan produk berikut :-

i. 1 karton Gano Café 3 in 1; ATAU ii. 1 karton Gano Schokolade; ATAU

iii. 1 karton GanoCafe Tongkat Ali Ginseng; ATAU iv. 1 karton GanoCafe Mocha; ATAU

v. 1 karton GanoC’real Spirulina Oats; ATAU vi. 1 karton Ganocafe Classic; ATAU

(8)

viii. Mana-mana tempahan produk-produk lain yang nilainya sama atau melebihi RM500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus sahaja).

b) Caj penghantaran akan dikenakan (mengikut kadar semasa) sekiranya tempahan produk yang dibuat adalah kurang dari nilai minimum seperti yang tertulis di klausa 7.3 a) di atas. c) Penghantaran produk akan dibuat oleh Ibu Pejabat Gano Excel ke alamat Stokis/e-Stokis (untuk Semenanjung Malaysia sahaja) dan Pusat Perkhidmatan Gano Excel Kota Kinabalu ke alamat Stokis/e-Stokis (untuk Sabah dan Sarawak sahaja).

d) Stokis/e-Stokis boleh menghantar tempahan produk yang dibuat ke alamat yang diminta oleh Stokis/e-Stokis tetapi terhad untuk penghantaran dalam Semenanjung Malaysia sahaja bagi Stokis/e-Stokis Semenanjung Malaysia dan terhad untuk pengantaran dalam Sabah dan Sarawak sahaja bagi Stokis/e-Stokis Sabah dan Sarawak. Stokis/e-Stokis perlu mengasingkan tempahan produk dan alamat penghantaran dalam Invois Stokis (SIV) yang berbeza semasa tempahan produk dibuat.

e) Stokis/e-Stokis harus memeriksa keadaan fizikal pembungkusan dan memastikan pelekat QA dalam keadaan yang baik sejurus sahaja menerima produk yang dihantar daripada pihak syarikat untuk memastikan produk tidak terusik dan berada dalam keadaan yang baik dan selamat.

f) Sekiranya berlaku sebarang kesilapan, kehilangan, kekurangan atau kerosakan dalam penghantaran produk, Stokis/e-Stokis perlu menghubungi dan melaporkan aduan ke Bahagian Logistik dalam tempoh 24 jam dari masa penerimaan produk untuk memaklumkan berkenaan :-

i. Jika kuantiti barangan yang dihantar tidak tepat (lebih atau kurang atau tiada). ii. Jika barangan rosak (kemek, pecah, hilang dan lain-lain).

iii. Jika berlaku perbezaan jenis produk yang ditempah dan diterima.

Sebarang laporan aduan selepas daripada tempoh 24 jam dari masa penerimaan produk tersebut tidak akan dilayan.

g) Sebarang kerugian yang wujud akibat kecuaian daripada pihak Stokis/e-Stokis dalam urusan penerimaan penghantaran produk atau kegagalan melaporkan aduan dalam tempoh 24 jam dari masa penerimaan produk adalah menjadi tanggungan Stokis/ e-Stokis sendiri.

7.4. Pembelian Barangan oleh Pelanggan/Pengedar Gano Excel :-

a) Stokis perlu menulis dan mengeluarkan bil tunai yang dibekalkan oleh syarikat kepada pelanggan/pengedar Gano Excel yang membuat pembelian produk manakala e-Stokis

(9)

perlu mencetak/mengeluarkan bil tunai daripada sistem pangkalan data e-Stokis sebagai bukti pembelian. e-Stokis boleh memuat turun bil tunai dari sistem pangkalan data e-Stokis dan menghantarnya kepada pelanggan/pengedar Gano Excel melalui email atau aplikasi WhatsApp. Kegagalan mengeluarkan bil tunai syarikat oleh Stokis/e-Stokis kepada pelanggan/pengedar Gano Excel adalah salah mengikut Tatatertib Stokis/ e-Stokis.

b) Stokis/e-Stokis perlu memastikan bahawa bil tunai hanya boleh dikeluarkan selepas produk dijual kepada pelanggan/pengedar Gano Excel dan tidak dibenarkan sama sekali mengeluarkan bil tunai semata-mata tanpa menjual produk.

c) Stokis/e-Stokis perlu memastikan bil tunai lengkap dengan butiran yang betul (tulisan besar dan jelas) bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan kesilapan seperti :-

i. Nama pengedar dan nama penaja. ii. Kod ahli pengedar dan kod ahli penaja. iii. Tarikh pembelian produk.

iv. Kuantiti produk yang dibeli, harga yang dibayar dan PV yang diperolehi. v. Tandatangan pelanggan/pengedar Gano Excel dan Stokis/e-Stokis.

d) Stokis perlu menghantar lampiran bil tunai (putih) bersama Laporan Ringkasan Stokis kepada syarikat sebelum atau pada 30 haribulan (pada bulan semasa) setiap bulan dan mesti sampai di syarikat sebelum atau pada 5 haribulan (selepas bulan semasa) setiap bulan, manakala lampiran salinan bil tunai (hijau) perlu diberi kepada pelanggan/ pengedar Gano Excel dan lampiran salinan bil tunai (kuning) disimpan oleh Stokis untuk rujukan.

e) Lampiran bil tunai (putih) tidak boleh mempunyai sebarang kesan pembetulan, kesan pangkah atau tanda-tanda lain. Bil tunai seumpama ini perlu dibatalkan kerana pihak syarikat tidak akan menerima sebarang transaksi ke atas bil tunai yang mempunyai sebarang pembetulan.

f) Lampiran bil tunai (putih) yang hendak dibatalkan perlulah dipalang dan ditulis “BATAL” oleh Stokis kemudian menghantar semua lampiran bil tunai (putih) termasuk bil tunai yang dibatalkan mengikut turutan nombor bil tunai (putih) tanpa gagal kepada syarikat. g) Kes kehilangan bil tunai perlu dilaporkan kepada Bahagian Pemprosesan Data dengan

(10)

h) Tempoh bertenang pembelian produk antara Stokis/e-Stokis dengan pelanggan/pengedar Gano Excel (tiada kaitan dengan syarikat) adalah 10 hari dari tarikh pembelian produk.

i) Stokis/e-Stokis akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang kesilapan dan kecuaian yang berpunca dari pihak Stokis/e-Stokis sendiri.

7.5. Pemulangan Barangan oleh Stokis/e-Stokis kepada Syarikat :-

a) Semua produk yang telah dijual kepada Stokis/e-Stokis dan telah dikeluarkan Invois Stokis (SIV) daripada syarikat tidak boleh dikembalikan semula kepada syarikat kecuali produk tersebut didapati sudah luput tarikh, rosak, kemek, pecah, diusik yang bukan disebabkan kesilapan dan kecuaian pihak Stokis/e-Stokis dan masih dalam tempoh bertenang boleh dikembalikan semula kepada syarikat untuk tindakan lanjut.

b) Produk yang dihuraikan di atas boleh ditukar dengan pihak syarikat dimana Stokis/ e-Stokis perlu melaporkan aduan ke Bahagian Logistik dalam tempoh bertenang seperti berikut :-

i. 10 hari bagi produk yang tahan lama. ii. 5 hari bagi produk sensitif (G’Beaute).

c) Aduan selepas dari tempoh bertenang seperti yang tertulis di klausa 7.5 b) di atas dari tarikh Invois Stokis (SIV) dikeluarkan tidak akan dilayan.

d) Stokis/e-Stokis bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kecuaian yang berpunca daripada Stokis/e-Stokis sendiri.

7.6. Pemulangan Barangan oleh Pengedar kepada Stokis/e-Stokis :-

a) Semua produk yang telah dijual kepada pelanggan/pengedar Gano Excel dan telah dikeluarkan bil tunai daripada Stokis/e-Stokis tidak boleh dikembalikan semula kepada Stokis/e-Stokis kecuali produk tersebut didapati sudah luput tarikh, rosak, kemek, pecah, diusik yang bukan disebabkan kesilapan dan kecuaian pihak pelanggan/pengedar Gano Excel dan masih dalam tempoh bertenang boleh dikembalikan semula kepada Stokis/ e-Stokis untuk tindakan lanjut.

(11)

b) Produk yang dihuraikan di atas boleh ditukar dengan pihak Stokis/e-Stokis dimana Stokis/e-Stokis perlu melaporkan aduan ke Bahagian Logistik dalam tempoh bertenang seperti berikut :-

i. 10 hari bagi produk yang tahan lama. ii. 5 hari bagi produk sensitif (G’Beaute).

c) Aduan selepas dari tempoh bertenang seperti yang tertulis di klausa 7.6 b) di atas dari tarikh bil tunai dikeluarkan tidak akan dilayan.

d) Tempoh bertenang Stokis/e-Stokis dengan pelanggan/pengedar Gano Excel tiada kaitan dengan pihak syarikat.

e) Stokis/e-Stokis akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kesilapan dan kecuaian yang berpunca daripada Stokis/e-Stokis sendiri.

7.7. Laporan Ringkasan Stokis (Stokis sahaja) :-

a) Bagi memastikan tiada kelewatan berlaku lagi penghantaran Laporan Ringkasan Stokis, pihak Stokis perlu merancang penghantarannya dengan mengambil kira hari cuti umum dan kes kecemasan.

b) Laporan Ringkasan Stokis yang lengkap (termasuk Ringkasan Jualan, Ringkasan Invois, Bil Tunai (putih) dan dokumen lain yang berkaitan) mestilah dihantar kepada pihak syarikat selewat-lewatnya sebelum atau pada 30 haribulan (bulan semasa) setiap bulan dimana tarikh pengeposan akan dijadikan bukti penghantaran dan mesti sampai ke syarikat selewat-lewatnya sebelum atau pada 6.00 petang 5 haribulan (bulan hadapannya) setiap bulan dimana tarikh serahan akan dijadikan bukti penerimaan.

c) Penghantaran Laporan Ringkasan Stokis yang lewat akan diberikan Surat Amaran. Syarikat berhak mengenakan caj penalti/denda kepada Stokis yang menerima Surat Amaran kali keempat dan seterusnya.

d) Penghantaran Laporan Ringkasan Stokis haruslah dibuat dengan lebih awal bagi mengelakkan sebarang kelewatan yang boleh menjejaskan pengiraan bonus. Sekiranya pengiraan bonus pengedar tertunda akibat kelewatan tersebut, Stokis perlu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas tuntutan gantirugi yang dibuat oleh pengedar. e) Laporan Ringkasan Stokis yang dihantar kepada syarikat perlulah lengkap dengan :-

i. Nama, kod Stokis dan kod ahli Stokis ditulis di penjuru kanan laporan (untuk helaian pertama sahaja).

(12)

ii. Stokis perlu menandatangani setiap helaian laporan dan mengecopnya dengan cop Stokis.

iii. Lampiran bil tunai (putih) haruslah mengikut susunan nombor bil tunai (termasuk bil tunai yang dibatalkan), ditebuk lubang dan diikat ketika penghantaran.

iv. Memastikan transaksi invois dan jualan yang telah dimasukkan dalam bulan sebelumnya tidak dimasukkan sekali lagi pada bulan semasa.

v. Memastikan kuantiti dan PV produk dimasukkan dalam ruangan yang betul.

vi. Memastikan jumlah belian stok produk dan jualan produk pada setiap helaian hendaklah dibawa ke hadapan helaian yang seterusnya.

vii. Baki stok produk pada bulan semasa hendaklah dibawa ke bulan hadapan dan ditulis dalam Laporan Ringkasan Stokis pada bulan berikutnya.

f) Syarikat tidak akan menerima dan akan menolak sebarang penambahan PV jualan setelah Laporan Ringkasan Stokis dihantar.

g) Stokis wajib menghantar Laporan Ringkasan Stokis kepada syarikat pada bulan semasa apabila adanya transaksi jual beli.

7.8. Penukaran Alamat Stokis/e-Stokis :-

a) Stokis/e-Stokis tidak dibenarkan sewang-wenangnya menukar alamat dan operasinya. Stokis/e-Stokis wajib mendapatkan kebenaran daripada pihak syarikat terlebih dahulu jika mahu menukar alamat dan operasinya.

b) Proses penukaran alamat Stokis/e-Stokis hanya boleh diluluskan sekiranya :-

i. Permohonan penukaran alamat dan operasi adalah di kawasan yang sama atau kawasan yang belum ada lagi Stokis/e-Stokis.

ii. Borang Penukaran Alamat Stokis/e-Stokis diisi dengan jelas, lengkap dan tepat. iii. Penukaran dibuat dengan alasan yang munasabah.

c) Syarikat berhak membuat keputusan untuk membenarkan atau tidak membenarkan penukaran alamat dan operasi Stokis/e-Stokis berdasarkan pertimbangan yang wajar oleh syarikat. Stokis/e-Stokis hanya boleh berpindah ke alamat dan operasi barunya setelah pihak syarikat membenarkan penukaran alamat dan operasi dibuat.

(13)

7.9. Pemindahan atau Pertukaran Hak Milik Stokis/e-Stokis :-

a) Pemindahan atau pertukaran hak milik Stokis/e-Stokis tidak dibenarkan sama sekali di Gano Excel.

b) Stokis/e-Stokis lama perlu memohon untuk menamatkan operasinya dengan mengikut Prosedur Penamatan Perjanjian Stokis/e-Stokis dan pemilik baru perlu memohon mengikut Prosedur Kriteria Memohon Stokis/e-Stokis baru.

c) Namun begitu, pihak syarikat mempunyai hak untuk menimbangkan dan meluluskan permohonan pemindahan atau pertukaran hak milik antara Stokis/e-Stokis lama dengan yang baru dalam situasi yang difikirkan perlu.

d) Sekiranya pemindahan atau pertukaran hak milik Stokis/e-Stokis lama kepada Stokis/ e-Stokis baru, Stokis/e-Stokis baru akan mengambil alih kesemua transaksi dan liabiliti Stokis/e-Stokis lama.

7.10. Hal-hal lain :-

a) Stokis/e-Stokis perlu sentiasa mempamerkan semua jenis produk keluaran Gano Excel, barangan promosi di lokasi operasinya serta senarai harga produk terbaru untuk rujukan pelanggan/pengedar Gano Excel

b) Setiap produk Gano Excel mempunyai ‘Batch Number’ (Nombor Giliran Kelompok) yang tercetak padanya. Stokis/e-Stokis perlu menjual dahulu produk yang mempunyai ‘Batch Number’ lebih awal (dengan menggunakan konsep ‘First In First Out’).

c) Stokis/e-Stokis hendaklah sentiasa memastikan baki stok produk di tempat operasi adalah sama dengan jumlah yang dicatat dalam Ringkasan Invois (untuk Stokis) dan Sistem Pengkalan Data (untuk e-Stokis).

d) Waktu operasi Stokis/e-Stokis hendaklah ditetapkan dan sekurang-kurangnya 8 jam untuk memudahkan urusan perniagaan dengan pelanggan/pengedar Gano Excel.

e) Stokis/e-Stokis yang ingin melaksanakan sebarang promosi atau aktiviti sendiri haruslah membuat permohonan secara bertulis kepada Bahagian Pemasaran untuk mendapat kelulusan sebelum ianya boleh dilaksanakan.

f) Bagi melayakkan nama Stokis/e-Stokis disenaraikan dalam Buletin Gano Excel Entrepreneur, Stokis/e-Stokis mestilah mengekalkan jualan minimum 1,000 PV dan ke atas setiap bulan pada bulan semasa.

g) Nama Stokis/e-Stokis akan dikeluarkan dari senarai dalam Buletin Gano Excel Entrepreneur sekiranya jualan Stokis/e-Stokis adalah kurang daripada 1,000 PV setiap bulan pada bulan semasa.

(14)

h) Stokis wajib memastikan bahawa nombor telefon dan kawasan operasi Stokis/e-Stokis yang dipaparkan dalam buletin adalah betul. Sila hubungi Bahagian Pemasaran syarikat jika ada sebarang perubahan atau pembetulan.

i) Stokis/e-Stokis wajib menjaga kebersihan dan susun atur serta mengemaskini sudut jualan dan sudut info.

8. TATATERTIB STOKIS/e-STOKIS

8.1. Stokis/e-Stokis akan dikenakan tindakan tatatertib sekiranya didapati melanggar mana-mana

Peraturan Perniagaan Pengedar Gano Excel dan Polisi Operasi Stokis/e-Stokis termasuklah perkara-perkara seperti berikut :-

a) Tidak menghantar Laporan Ringkasan Stokis kepada syarikat sedangkan berlakunya transaksi jual beli pada bulan semasa.

b) Cubaan menipu dalam mana-mana transaksi kepada pelanggan/pengedar Gano Excel dan syarikat.

c) Sengaja mencuri atau mengalihkan PV pembelian produk oleh pengedar Gano Excel untuk kegunaan dan kepentingan Stokis/e-Stokis sendiri.

d) Terlibat dalam aktiviti manipulasi harga dan transaksi menjual produk dengan harga murah daripada harga ahli.

e) Sengaja mencuri atau mengalihkan tajaan pengedar baru daripada penajanya untuk kegunaan dan kepentingan Stokis/e-Stokis sendiri.

f) Apa saja aktiviti yang dipercayai atau boleh menjejaskan imej dan reputasi serta mendatangkan kerugian kepada syarikat.

8.2. Stokis/e-Stokis tidak boleh berkecimpung dalam mana-mana perniagaan jualan langsung

(direct selling), jualan langsung berbilang tingkat (MLM) atau syarikat yang bersaing dengan Gano Excel selagi masih aktif menjadi Stokis/e-Stokis Gano Excel.

8.3. Stokis/e-Stokis tidak dibenarkan sama sekali mempamer dan menjual produk/barangan

syarikat lain di tempat operasi selain daripada produk Gano Excel sahaja. Mempamer dan menjual produk/barangan syarikat lain adalah satu kesalahan.

8.4. Stokis/e-Stokis mestilah menyediakan perkhidmatan yang adil, jujur dan bertanggungjawab

kepada semua pelanggan/pengedar Gano Excel dengan tidak hanya menumpukan perkhidmatan kepada kumpulan sendiri atau jaringan tertentu sahaja.

(15)

8.5. Stokis/e-Stokis ataupun penjamin mestilah bertanggungjawab melunaskan hutang atau

menyelesaikan stok produk yang negatif (jika ada) dalam masa sebulan. Kegagalan Stokis/e-Stokis ataupun penjamin dalam hal ini boleh dikenakan tindakan tatatertib Stokis/e-Stokis/e-Stokis/e-Stokis dan caj penalti/denda sebanyak RM500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus) sahaja.

8.6. Stokis/e-Stokis yang dikenakan tindakan tatatertib akan dikeluarkan dari senarai Stokis/

e-Stokis dalam Buletin Gano Excel Entrepreneur walaupun jualannya melebihi 1,000 PV setiap bulan pada bulan semasa.

8.7. Stokis/e-Stokis perlu memulakan operasinya mengikut waktu yang tepat serta memastikan

setiap produk mencukupi untuk menampung permintaan pelanggan/pengedar Gano Excel di kawasan itu.

8.8. Stokis/e-Stokis yang menunjukkan komitmen yang rendah dalam perniagaan Gano Excel

dan selalu tidak menghadiri program-program yang dianjurkan oleh syarikat boleh dikenakan tindakan tatatertib.

8.9. Syarikat berhak menolak, mengambil, menahan dan memotong bonus, komisen, insentif dan

lain-lain faedah Stokis/e-Stokis dan penjamin yang didapati melanggar tatatertib Stokis/ e-Stokis.

9. PEMBEKUAN AKAUN STOKIS/e-STOKIS

9.1. Pihak syarikat berhak membekukan akaun Stokis/e-Stokis sekiranya :-

a) Stokis/e-Stokis tersebut tidak aktif, iaitu tidak membuat sebarang pembelian minimum RM500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus) sahaja dengan syarikat selama 3 bulan berturut-turut; ATAU

b) Tiada transaksi jualan selama 3 bulan berturut-turut; ATAU

c) Tidak menghantar Laporan Ringkasan Stokis (untuk Stokis sahaja) selama 3 bulan berturut-turut.

9.2. Apabila akaun Stokis/e-Stokis telah dibekukan oleh syarikat, Stokis/e-Stokis tidak dibenarkan

untuk membeli produk daripada syarikat dan menjual produk kepada pelanggan/pengedar Gano Excel. Stokis/e-Stokis perlulah mengaktifkan semula akaun Stokis/e-Stokis untuk berbuat demikian.

9.3. Sekiranya Stokis/e-Stokis ingin mengaktifkan semula akaunnya, Stokis/e-Stokis dikehendaki

membuat pembelian produk yang bernilai minimum RM3,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ribu) sahaja yang merangkumi setiap jenis produk yang telah ditetapkan oleh syarikat.

(16)

10. PROSEDUR PENAMATAN PERJANJIAN STOKIS/e-STOKIS

10.1. Stokis/e-Stokis boleh memohon untuk menamatkan Perjanjian Stokis/e-Stokis dengan syarat

mengemukakan Surat Permohonan Penamatan Perjanjian Stokis/e-Stokis kepada pihak syarikat dalam bentuk notis bertulis, 30 hari (sebulan) sebelum tarikh tamat perjanjian.

10.2. Bagi Stokis/e-Stokis baru, mereka harus beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh

menandatangani Perjanjian Stokis/e-Stokis.

10.3. Syarikat boleh membeli balik produk Gano Excel dengan potongan harga sebanyak 50%

daripada Stokis/e-Stokis baru (beroperasi kurang daripada 6 bulan) atau dengan potongan harga sebanyak 10% daripada Stokis/e-Stokis lama (beroperasi lebih daripada 6 bulan) yang memohon untuk menamatkan operasinya dengan mengemukakan alasan yang munasabah mengikut budi bicara syarikat.

10.4. Stokis/e-Stokis yang memohon untuk menamatkan Perjanjian Stokis/e-Stokis perlu

mengembalikan semula semua bil tunai (termasuk bil tunai yang rosak atau dibatalkan) dan stok produk/barangan kepada pihak syarikat.

10.5. Kos penghantaran pemulangan semula kesemua stok produk/barangan ditanggung sendiri

oleh pihak Stokis/e-Stokis.

10.6. Stok produk/barangan yang dipulangkan mestilah dalam keadaan yang baik, masih boleh

digunakan, boleh dijual semula dan belum tamat tempoh sah guna iaitu 7 bulan sebelum tamat tempoh. Stokis/e-Stokis bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kehilangan produk sebelum tarikh penamatan perjanjian.

10.7. Stokis/e-Stokis ataupun penjamin mestilah bertanggungjawab melunaskan hutang atau

menyelesaikan stok produk yang negatif (jika ada) dalam masa sebulan dari tarikh penamatan perjanjian. Kegagalan Stokis/e-Stokis ataupun penjamin dalam hal ini boleh dikenakan caj penalti/denda tambahan sebanyak RM500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus) sahaja atau dibawa untuk tindakan undang-undang dan mahkamah.

10.8. Syarikat berhak membuat keputusan bagi menentukan tarikh pemulangan stok

produk/barangan dari Stokis/e-Stokis.

10.9. Penamatan Perjanjian Stokis/e-Stokis adalah berdasarkan budi bicara syarikat. Keputusan

(17)

11. PINDAAN POLISI OPERASI STOKIS/e-STOKIS

11.1. Syarikat berhak pada sebarang masa dan dari semasa ke semasa meminda, mengubah,

menambah atau menggantikan semua atau mana-mana penyataan atau peraturan-peraturan ini dengan mengumumkan atau menerbitkan di dalam Buletin Gano Excel Entrepreneur atau Info Stokis atau melalui surat pekeliling atau notis dan Stokis/e-Stokis wajib mematuhi pindaan penyataan atau peraturan-peraturan tersebut.

11.2. Syarikat akan menyimpan satu atau lebih salinan Polisi Operasi Stokis/e-Stokis ini yang

muktamad dan rasmi di Ibu Pejabatnya yang telah dipinda atau digantikan dari semasa ke semasa (yang menjadi dokumen rasmi) dan sekiranya berlaku pertelingkahan mengenai kandungannya atau maksudnya oleh Stokis/e-Stokis atau penjamin, maka dokumen rasmi tersebut akan dirujuk sebagai teks yang sah.

11.3. Stokis/e-Stokis dianggap mempunyai pengetahuan dan perlu mengambil perhatian terhadap

kesemua penyataan atau peraturan-peraturan yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa seperti tercatat dalam Polisi Operasi Stokis/e-Stokis ini dan adalah menjadi kewajipan Stokis/e-Stokis menyemak sendiri penyataan atau peraturan-peraturan yang terkini seperti yang tertera dalam dokumen rasmi Polisi Operasi Stokis/e-Stokis ini.

Polisi Operasi Stokis/e-Stokis ini merupakan undang-undang dan peraturan operasi bagi semua Stokis/e-Stokis Gano Excel di seluruh Malaysia dan berkuatkuasa dengan serta-merta mulai 1 Januari 2018.

Referensi

Dokumen terkait

Dengan perkembangan teknologi yang sudah cukup pesat masalah ini dapat diatasi menggunakan aplikasi, sehingga semua proses manual yang ada pada Zahra Book dapat

Pada penampang 1D dari hasil pengolahan surfer diketahui sebaran nilai potensial yang semakin tinggi hingga >100 mV pada daerah utara (menjauhi base), nilai

Puji syukur kehadirat Allah SWT yang telah melimpahkan rahmat, taufik serta hidayah- Nya sehingga penulis dapat menyelesaikan skripsi yang berjudul Analisis Data Mining

Dalam pengeluaran dana, bendahara terlebih dahulu menunggu permintaan dana, baik untuk pengeluaran rutin, maupun untuk pembangunan dan pemeliharaan masjid atau untuk

Since the target costing is using value engineering (VE), design for manufacture and assembly (DFMA), and quality function deployment (QFD) as means to lower the cost during

Unit lahan 4,5,6 dan 7 dimna kesesuaian lahan aktual Cukup Sesuai (S2), dengan faktor pembatas umumnya temperatur (suhu rata-rata tahunan) dan hara tersedia

Pengawas Ujian diharap hadir 10 menit sebelum ujian berlangsung (mengambil Soal dan Amplop Hasil Ujian ke Bag. Akademik) dengan tanda tangan bukti pengambilan

Terdapat banyak aplikasi yang dapat diterapkan dari data Landsat, diantaranya adalah untuk pemetaan penutupan lahan, pemetaan penggunaan lahan, pemetaan tanah,