• Tidak ada hasil yang ditemukan

POLISI OPERASI e-stokis

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "POLISI OPERASI e-stokis"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

POLISI OPERASI e-STOKIS

1. PENGENALAN

1.1. Definisi e-Stokis

e-Stokis adalah salah satu saluran pengedaran dan jualan rangkaian produk Gano Excel kepada pelanggan/pengedar Gano Excel selain daripada Ibu Pejabat Gano Excel dan Pusat Perkhidmatan Gano Excel. e-Stokis merupakan usahawan/pengedar Gano Excel yang berdaftar dengan syarikat dan mengeluarkan sejumlah modal untuk membeli produk-produk Gano Excel seterusnya menjualnya kembali kepada pelanggan/pengedar Gano Excel yang lain.

e-Stokis menjalankan operasinya menggunakan sistem dalam talian (online) dalam transaksi hariannya yang meliputi aktiviti :-

a) Memasukkan data pembelian oleh pelanggan/pengedar Gano Excel ke dalam sistem pangkalan data secara masa nyata (real time) dan mencetak bil tunai tersebut untuk diberikan sebagai bukti pembelian oleh pelanggan/pengedar Gano Excel.

b) Mendaftarkan Permohonan Pengedar oleh pelanggan/pengedar Gano Excel ke dalam sistem pangkalan data secara masa nyata (real time) tanpa perlu mengisi Borang Permohonan Pengedar secara bertulis.

Segala transaksi yang dilakukan oleh e-Stokis direkodkan ke dalam sistem pangkalan data secara masa nyata (real time) semasa transaksi dijalankan.

1.2. Tujuan Polisi Operasi e-Stokis

Polisi ini dirangka untuk memberikan satu garis panduan yang jelas tentang pengoperasian e-Stokis dimana ia bertujuan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan/pengedar Gano Excel seterusnya dapat menjalinkan hubungan perniagaan jangka panjang antara syarikat dengan pelanggan/pengedar Gano Excel.

2. FUNGSI DAN PERANAN e-STOKIS

2.1. Usahawan yang Berdikari

Setiap e-Stokis, anda adalah usahawan/pengedar Gano Excel yang berdikari tanpa terikat kepada perhubungan seperti agensi atau pekerja/staf Gano Excel. Kejayaan perniagaan e- Stokis dalam meningkatkan jualan dan mengembangkan jaringan rakan niaga kumpulan sendiri adalah terletak pada daya usaha dan inisiatif e-Stokis sendiri.

(2)

2.2. Pembekal Produk dan Pemberi Perkhidmatan

Setiap e-Stokis hanya dibenarkan menjual produk Gano Excel sahaja disamping memberikan perkhidmatan yang diperlukan oleh pelanggan/pengedar Gano Excel. e-Stokis perlu memastikan bekalan stok produk mencukupi dan kemudahan perkhidmatan berjalan dengan lancar.

2.3. Penyampai Maklumat

e-Stokis perlu menyampaikan maklumat yang tepat tentang syarikat, produk dan pelan pemasaran serta sebarang promosi yang dijalankan oleh pihak syarikat kepada pelanggan/pengedar Gano Excel dengan jujur dan ikhlas. e-Stokis perlu sentiasa menghubungi syarikat dan membaca Info Stokis / risalah Gano Love You / e-Buletin / WhatsApp Group atau apa sahaja media hebahan info yang diberikan untuk mendapatkan maklumat yang terkini dari syarikat.

2.4. Pelaksana Mesyuarat

e-Stokis haruslah berkeupayaan dalam memberi penerangan tentang syarikat, produk, pelan pemasaran dan motivasi. e-Stokis juga perlu sentiasa melengkapkan pengetahuan ini dari semasa ke semasa dan dikehendaki menghadiri semua program yang dianjurkan oleh pihak syarikat.

2.5. Pemimpin

e-Stokis adalah pemimpin di sesuatu kawasan dan ini membuka peluang yang lebih luas kepada e-Stokis untuk menembusi pasaran tersebut dengan lebih menyeluruh di samping bertindak sebagai tapak pelancaran untuk para pengedar Gano Excel yang lain.

2.6. Perantara

e-Stokis perlu bertindak menjadi perantara antara pihak syarikat dengan pelanggan/pengedar Gano Excel dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan adil dan saksama. Jika berlakunya sesuatu masalah yang serius, e-Stokis perlulah merujuk kepada pihak syarikat.

2.7. Wakil Syarikat Gano Excel

Setiap tindakan yang dilakukan oleh e-Stokis mencerminkan imej Gano Excel. Maka setiap e-Stokis harus menerap dan mengamalkan konsep perniagaan yang jujur, amanah dan berintegriti demi menjaga nama baik kedua-dua pihak.

3. KEPENTINGAN KEWUJUDAN e-STOKIS

3.1. Menyediakan kemudahan pembelian produk dan pemberian perkhidmatan kepada semua pelanggan/pengedar Gano Excel tanpa mengira jaringan rakan niaga kumpulan sendiri atau kumpulan tertentu.

(3)

3.2. Menjadi saluran penyampaian maklumat yang tepat tentang syarikat, produk, pelan pemasaran dan maklumat terkini.

3.3. Menjadi pengantara antara syarikat dengan pelanggan/pengedar Gano Excel.

3.4. Menjadi pemimpin dan membina jaringan rakan niaga kumpulan sendiri di samping memberi perkhidmatan kepada semua pelanggan/pengedar Gano Excel yang lain.

4. PROSEDUR DAN KRITERIA MEMOHON e-STOKIS

4.1. Pemohon perlu menjadi pengedar Gano Excel yang berdaftar.

4.2. Pemilik e-Stokis adalah pemilik tunggal dan tidak boleh berkongsi modal.

4.3. Hak e-Stokis hanya sah ke atas penama sahaja. Ini bermakna penama bertanggungjawab sepenuhnya ke atas e-Stokisnya.

4.4. Modal permulaan menjadi e-Stokis adalah sebanyak RM5,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Ribu) sahaja untuk tempahan produk yang merangkumi semua jenis produk yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat. Namun dalam kes tertentu, modal permulaan boleh bergantung kepada kelulusan dan kebenaran daripada Pihak Pengurusan Atasan syarikat.

4.5. Komisen jualan sebanyak 10% akan diberikan kepada e-Stokis. Pengiraan jumlah komisen jualan yang diberi adalah berdasarkan kepada jumlah jualan PV bulanan e-Stokis pada setiap bulan.

4.6. Walau bagaimanapun, pihak syarikat berhak menolak atau menerima mana-mana permohonan untuk menjadi e-Stokis mengikut budi bicara pihak syarikat.

5. KRITERIA PENJAMIN KEPADA e-STOKIS

5.1. Pemohon e-Stokis perlu mengemukakan seorang pengedar Gano Excel yang berpangkat sekurang-kurangnya Pearl Ambassador dan ke atas sebagai penjaminnya.

5.2. Tanggungjawab penjamin adalah seperti :-

a) Memerhati, mengajar dan memantau segala operasi e-Stokis.

b) Membantu mempromosikan e-Stokis.

c) Membantu e-Stokis membangunkan jaringan rakan niaga kumpulannya (jika perlu).

(4)

d) Sekiranya e-Stokis berhutang atau mempunyai stok produk yang negatif dengan syarikat dan tidak mampu untuk membayar balik atau menyelesaikan stok produk yang negatif tersebut, penjamin dikehendaki bertanggungjawab sepenuhnya untuk melunaskan hutang atau menyelesaikan stok produk yang negatif tersebut dalam masa sebulan.

e) Apabila e-Stokis melanggar mana-mana Peraturan Perniagaan Pengedar Gano Excel atau Polisi Operasi e-Stokis, penjamin dikehendaki memberikan teguran dan nasihat kepada e-Stokis berkenaan agar mematuhi segala Peraturan Perniagaan Pengedar Gano Excel dan Polisi Operasi e-Stokis yang telah ditetapkan.

f) e-Stokis yang gagal untuk membayar gantirugi yang dialami oleh pelanggan/pengedar Gano Excel akibat daripada tindakan e-Stokis sendiri, penjamin akan dipertanggungjawabkan dan menanggung segala liabiliti tersebut.

g) Penjamin tidak terhad untuk menjadi penjamin kepada satu e-Stokis sahaja. Penjamin boleh menjadi penjamin kepada lebih daripada satu e-Stokis. Namun begitu, sekiranya e- Stokis ditamatkan perjanjian dan operasinya oleh pihak syarikat atas kesalahan pelanggaran mana-mana Peraturan Perniagaan Pengedar Gano Excel atau Polisi Operasi e-Stokis, penjamin tersebut tidak boleh lagi menjadi penjamin kepada e-Stokis yang seterusnya.

6. REKA BENTUK/KEMUDAHAN e-STOKIS

6.1. Operasi e-Stokis digalakkan untuk :-

a) Dijalankan di dalam premis sama ada kedai atau rumah.

b) Mempunyai kaunter jualan (jika di kedai) dan rak pameran produk.

c) Mempunyai ruang yang bersih dan selamat untuk menyimpan stok produk.

d) Mempunyai bilik mesyuarat di tempat operasi.

e) Mempunyai kad nama perniagaan (business card) dan cop e-Stokis Gano Excel.

6.2. e-Stokis perlu mempunyai :-

a) Telefon pintar / Tablet / peranti mudah alih

b) Talian internet yang stabil untuk membolehkan e-Stokis log masuk ke sistem pangkalan data e-Stokis secara dalam talian (online).

c) Sebuah komputer peribadi (desktop) atau komputer riba (laptop) – (optional/pilihan)

(5)

d) Sebuah pencetak untuk mencetak bil tunai (optional/pilihan).

6.3. e-Stokis dinasihati untuk menyediakan papan kenyataan bagi memaparkan pengumuman dan informasi terbaru syarikat seperti jadual aktiviti, promosi, info produk dan lain-lain.

7. OPERASI DAN PENGENDALIAN e-STOKIS

7.1. e-Stokis perlu mematuhi waktu operasi seperti yang telah ditetapkan oleh syarikat iaitu dari 9.00 pagi – 6.00 petang (Isnin – Jumaat) dan 9.00 pagi – 1.00 petang (Sabtu). Namun, e- stokis mempunyai masa urusniaga yang fleksibel selain dari waktu yang ditetapkan oleh pihak syarikat.

7.2. Tempahan dan Pembayaran :-

a) Pembelian produk oleh e-Stokis secara tempahan terus ke Ibu Pejabat Gano Excel (untuk Semenanjung Malaysia) atau Pusat Perkhidmatan Gano Excel Kota Kinabalu (untuk Sabah dan Sarawak) akan dihantar ke e-Stokis.

b) Pusat Perkhidmatan Gano Excel hanya membenarkan pembelian produk oleh e-Stokis secara datang terus (walk-in) sahaja.

c) Masa tempahan :- 9.00 pagi – 12.00 tengahari (Isnin hingga Jumaat).

9.00 pagi – 11.00 pagi (Sabtu).

d) Tempahan produk hanya boleh dibuat pada hari bekerja sahaja (tidak termasuk cuti umum) seperti yang dinyatakan pada waktu di atas. Tempahan produk yang dibuat selain dari hari dan waktu yang dinyatakan, penghantaran produk akan dibuat pada hari berikutnya.

e) Penghantaran dan penerimaan produk mengambil masa 3 - 5 hari bekerja (minimum) dari tarikh tempahan (tidak termasuk hari cuti umum dan kes kecemasan).

f) e-Stokis boleh melakukan Parcel Track di laman sesawang www.ganoexcel.com.my bagi mengesan keberadaan produk yang dipesan dari pihak syarikat.

g) Semua urusniaga di antara e-Stokis dengan pihak syarikat digalakkan menggunakan tunai (cek syarikat dan baucar syarikat dianggap sebagai tunai). Urusniaga yang menggunakan kad kredit pula akan dikenakan caj perkhidmatan (tertakluk kepada caj perkhidmatan semasa).

(6)

h) Pembayaran tempahan produk boleh dibuat secara tunai, cek syarikat atau baucar syarikat secara terus di Bahagian Jualan Ibu Pejabat Gano Excel, Pusat Perkhidmatan Gano Excel atau melalui akaun bank Gano Excel dengan cara :-

i. Guna Borang Tempahan yang disediakan oleh syarikat.

ii. Borang Tempahan diserahkan kepada pegawai yang berkenaan di Bahagian Jualan Ibu Pejabat Gano Excel.

iii. Tulis nama, kod, nombor telefon atau nombor faksimili (jika ada) e-Stokis.

iv. Jumlah pembayaran mesti cukup atau lebih (bayaran yang lebih akan dikreditkan untuk tempahan yang seterusnya).

v. Cek syarikat dan baucar syarikat perlu sampai ke Bahagian Jualan Ibu Pejabat Gano Excel terlebih dahulu sebelum tempahan produk boleh dilakukan.

i) Akaun bank syarikat adalah seperti berikut :-

i. Malayan Banking Berhad (Maybank) No. Akaun : 0020 9030 7023

ii. Bank Simpanan Nasional (BSN) No. Akaun : 0210 0298 4822 9583

j) Syarikat hanya akan menghantar produk yang ditempah selepas menerima slip/resit bayaran daripada e-Stokis.

k) Bagi pembayaran yang menggunakan cek syarikat atau baucar syarikat, e-Stokis harus mematuhi prosedur tuntutan seperti berikut :-

i. Tuntutan yang dibuat oleh penama cek syarikat atau baucar syarikat ;

- Penama wajib menulis nama, nombor kad pengenalan dan menurunkan tandatangannya di belakang cek syarikat atau baucar syarikat.

- Penama dikehendaki menunjukkan kad pengenalan kepada e-Stokis untuk pengesahan.

- e-Stokis sendiri harus membuat pengesahan dengan menggunakan cop e-Stokis (jika ada) dan/atau menandatanganinya di belakang cek syarikat atau baucar syarikat tersebut.

ii. Tuntutan dibuat oleh wakil kepada penama cek syarikat atau baucar syarikat ;

(7)

- Penama wajib menulis nama, nombor kad pengenalan dan menurunkan tandatangannya di belakang cek syarikat atau baucar syarikat.

- Wakil kepada penama tersebut dikehendaki menunjukkan kad pengenalan kepada e-Stokis untuk pengesahan.

- e-Stokis sendiri harus membuat pengesahan dengan menggunakan cop e-Stokis (jika ada) dan/atau menandatanganinya di belakang cek syarikat atau baucar syarikat tersebut.

7.3. Penghantaran dan Penerimaan Produk :-

a) Penghantaran melalui Courier Service secara PERCUMA akan diberikan bagi tempahan produk berikut :-

i. 1 karton Gano Café 3 in 1; ATAU

ii. 1 karton Ganolicious KopiGANO 3in1; ATAU

iii. 1 karton Ganolicious GANOGOLD: ATAU

iv. 1 karton Gano Schokolade; ATAU

v. 1 karton GanoCafe Tongkat Ali Ginseng; ATAU

vi. 1 karton GanoCafe Mocha; ATAU

vii. 1 karton GanoC’real Spirulina Oats; ATAU viii. 1 karton Ganocafe Classic; ATAU

ix. 1 karton GE Clean; ATAU

x. 1 karton Oleaf Cool Tea Latte; ATAU

xi. Mana-mana tempahan produk-produk lain yang nilainya sama atau melebihi RM500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus sahaja).

b) Caj penghantaran akan dikenakan (mengikut kadar semasa) sekiranya tempahan produk yang dibuat adalah kurang dari nilai minimum seperti yang tertulis di klausa 7.3 a) di atas.

c) Penghantaran produk akan dibuat oleh Ibu Pejabat Gano Excel ke alamat e-Stokis (untuk Semenanjung Malaysia sahaja) dan Pusat Perkhidmatan Gano Excel Kota Kinabalu ke alamat e-Stokis (untuk Sabah dan Sarawak sahaja).

(8)

d) e-Stokis boleh menghantar tempahan produk yang dibuat ke alamat yang diminta oleh e- Stokis tetapi terhad untuk penghantaran dalam Semenanjung Malaysia sahaja bagi e- Stokis Semenanjung Malaysia dan terhad untuk pengantaran dalam Sabah dan Sarawak sahaja bagi e-Stokis Sabah dan Sarawak. e-Stokis perlu mengasingkan tempahan produk dan alamat penghantaran dalam Invois Stokis (SIV) yang berbeza semasa tempahan produk dibuat.

e) e-Stokis harus memeriksa keadaan fizikal pembungkusan dan memastikan pelekat QA dalam keadaan yang baik sejurus sahaja menerima produk yang dihantar daripada pihak syarikat untuk memastikan produk tidak terusik dan berada dalam keadaan yang baik dan selamat.

f) Sekiranya berlaku sebarang kesilapan, kehilangan, kekurangan atau kerosakan dalam penghantaran produk, e-Stokis perlu menghubungi dan melaporkan aduan ke Bahagian Logistik dalam tempoh 24 jam dari masa penerimaan produk untuk memaklumkan berkenaan :-

i. Jika kuantiti barangan yang dihantar tidak tepat (lebih atau kurang atau tiada).

ii. Jika barangan rosak (kemek, pecah, hilang dan lain-lain).

iii. Jika berlaku perbezaan jenis produk yang ditempah dan diterima.

Sebarang laporan aduan selepas daripada tempoh 24 jam dari masa penerimaan produk tersebut tidak akan dilayan.

g) Sebarang kerugian yang wujud akibat kecuaian daripada pihak e-Stokis dalam urusan penerimaan penghantaran produk atau kegagalan melaporkan aduan dalam tempoh 24 jam dari masa penerimaan produk adalah menjadi tanggungan e-Stokis sendiri.

7.4. Pembelian Barangan oleh Pelanggan/Pengedar Gano Excel :-

a) e-Stokis perlu mencetak/mengeluarkan bil tunai daripada sistem pangkalan data e-Stokis sebagai bukti pembelian. e-Stokis boleh memuat turun bil tunai dari sistem pangkalan data e-Stokis dan menghantarnya kepada pelanggan/pengedar Gano Excel melalui email atau aplikasi WhatsApp. Kegagalan mengeluarkan bil tunai syarikat oleh e-Stokis kepada pelanggan/pengedar Gano Excel adalah salah mengikut Tatatertib e-Stokis.

b) e-Stokis perlu memastikan bahawa bil tunai hanya boleh dikeluarkan selepas produk dijual kepada pelanggan/pengedar Gano Excel dan tidak dibenarkan sama sekali mengeluarkan bil tunai semata-mata tanpa menjual produk.

c) Tempoh bertenang pembelian produk antara e-Stokis dengan pelanggan/pengedar Gano Excel (tiada kaitan dengan syarikat) adalah 10 hari dari tarikh pembelian produk.

(9)

d) e-Stokis akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang kesilapan dan kecuaian yang berpunca dari pihak e-Stokis sendiri.

7.5. Pemulangan Barangan oleh e-Stokis kepada Syarikat :-

a) Semua produk yang telah dijual kepada e-Stokis dan telah dikeluarkan Invois Stokis (SIV) daripada syarikat tidak boleh dikembalikan semula kepada syarikat kecuali produk tersebut didapati sudah luput tarikh, rosak, kemek, pecah, diusik yang bukan disebabkan kesilapan dan kecuaian pihak e-Stokis dan masih dalam tempoh bertenang boleh dikembalikan semula kepada syarikat untuk tindakan lanjut.

b) Produk yang dihuraikan di atas boleh ditukar dengan pihak syarikat dimana e-Stokis perlu melaporkan aduan ke Bahagian Logistik dalam tempoh bertenang seperti berikut :-

i. 10 hari bagi produk yang tahan lama.

ii. 5 hari bagi produk sensitif (G’Beaute).

c) Aduan selepas dari tempoh bertenang seperti yang tertulis di klausa 7.5 b) di atas dari tarikh Invois Stokis (SIV) dikeluarkan tidak akan dilayan.

d) e-Stokis bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kecuaian yang berpunca daripada e- Stokis sendiri.

7.6. Pemulangan Barangan oleh Pengedar kepada e-Stokis :-

a) Semua produk yang telah dijual kepada pelanggan/pengedar Gano Excel dan telah dikeluarkan bil tunai daripada e-Stokis tidak boleh dikembalikan semula kepada e-Stokis kecuali produk tersebut didapati sudah luput tarikh, rosak, kemek, pecah, diusik yang bukan disebabkan kesilapan dan kecuaian pihak pelanggan/pengedar Gano Excel dan masih dalam tempoh bertenang boleh dikembalikan semula kepada e-Stokis untuk tindakan lanjut.

b) Produk yang dihuraikan di atas boleh ditukar dengan pihak Stokis/e-Stokis dimana e- Stokis perlu melaporkan aduan ke Bahagian Logistik dalam tempoh bertenang seperti berikut :-

i. 10 hari bagi produk yang tahan lama.

ii. 5 hari bagi produk sensitif (G’Beaute).

c) Aduan selepas dari tempoh bertenang seperti yang tertulis di klausa 7.6 b) di atas dari tarikh bil tunai dikeluarkan tidak akan dilayan.

(10)

d) Tempoh bertenang e-Stokis dengan pelanggan/pengedar Gano Excel tiada kaitan dengan pihak syarikat.

e) e-Stokis akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kesilapan dan kecuaian yang berpunca daripada e-Stokis sendiri.

7.7. Penukaran Alamat e-Stokis :-

a) e-Stokis tidak dibenarkan sewang-wenangnya menukar alamat dan operasinya. e-Stokis wajib mendapatkan kebenaran daripada pihak syarikat terlebih dahulu jika mahu menukar alamat dan operasinya.

b) Proses penukaran alamat e-Stokis hanya boleh diluluskan sekiranya :-

i. Permohonan penukaran alamat dan operasi adalah di kawasan yang sama atau kawasan yang belum ada lagi e-Stokis.

ii. Borang Penukaran Alamat e-Stokis diisi dengan jelas, lengkap dan tepat.

iii. Penukaran dibuat dengan alasan yang munasabah.

c) Syarikat berhak membuat keputusan untuk membenarkan atau tidak membenarkan penukaran alamat dan operasi e-Stokis berdasarkan pertimbangan yang wajar oleh syarikat. e-Stokis hanya boleh berpindah ke alamat dan operasi barunya setelah pihak syarikat membenarkan penukaran alamat dan operasi dibuat.

7.8. Pemindahan atau Pertukaran Hak Milik e-Stokis :-

a) Pemindahan atau pertukaran hak milik e-Stokis tidak dibenarkan sama sekali di Gano Excel.

b) e-Stokis lama perlu memohon untuk menamatkan operasinya dengan mengikut Prosedur Penamatan Perjanjian e-Stokis dan pemilik baru perlu memohon mengikut Prosedur Kriteria Memohon e-Stokis baru.

c) Namun begitu, pihak syarikat mempunyai hak untuk menimbangkan dan meluluskan permohonan pemindahan atau pertukaran hak milik antara e-Stokis lama dengan yang baru dalam situasi yang difikirkan perlu.

d) Sekiranya pemindahan atau pertukaran hak milik e-Stokis lama kepada e-Stokis baru, e- Stokis baru akan mengambil alih kesemua transaksi dan liabiliti e-Stokis lama.

(11)

7.9. Hal-hal lain :-

a) e-Stokis perlu sentiasa mempamerkan semua jenis produk keluaran Gano Excel, barangan promosi di lokasi operasinya serta senarai harga produk terbaru untuk rujukan pelanggan/pengedar Gano Excel

b) Setiap produk Gano Excel mempunyai ‘Batch Number’ (Nombor Giliran Kelompok) yang tercetak padanya. e-Stokis perlu menjual dahulu produk yang mempunyai ‘Batch Number’ lebih awal (dengan menggunakan konsep ‘First In First Out’).

c) e-Stokis hendaklah sentiasa memastikan baki stok produk di tempat operasi adalah sama dengan jumlah yang dicatat dalam Sistem Pangkalan Data.

d) Waktu operasi e-Stokis hendaklah ditetapkan dan sekurang-kurangnya 8 jam untuk memudahkan urusan perniagaan dengan pelanggan/pengedar Gano Excel.

e) e-Stokis yang ingin melaksanakan sebarang promosi atau aktiviti sendiri haruslah membuat permohonan secara bertulis kepada Bahagian Pemasaran untuk mendapat kelulusan sebelum ianya boleh dilaksanakan.

f) Bagi melayakkan nama e-Stokis disenaraikan dalam e-Buletin Gano Excel Entrepreneur, e-Stokis mestilah mengekalkan jualan minimum 1,000 PV dan ke sekurang-kurangnya sekali (1 kali) dalam masa 3 bulan berturut-turut.

g) e-Stokis wajib memastikan bahawa nombor telefon dan kawasan operasi e-Stokis yang dipaparkan dalam buletin adalah betul. Sila hubungi Bahagian Pemasaran syarikat jika ada sebarang perubahan atau pembetulan.

h) e-Stokis wajib menjaga kebersihan dan susun atur serta mengemaskini sudut jualan dan sudut info.

8. TATATERTIB e-STOKIS

8.1. e-Stokis akan dikenakan tindakan tatatertib sekiranya didapati melanggar mana-mana Peraturan Perniagaan Pengedar Gano Excel dan Polisi Operasi e-Stokis termasuklah perkara-perkara seperti berikut :-

a) Cubaan menipu dalam mana-mana transaksi kepada pelanggan/pengedar Gano Excel dan syarikat.

b) Sengaja mencuri atau mengalihkan PV pembelian produk oleh pengedar Gano Excel untuk kegunaan dan kepentingan e-Stokis sendiri.

(12)

c) Terlibat dalam aktiviti manipulasi harga dan transaksi menjual produk dengan harga murah daripada harga ahli.

d) Sengaja mencuri atau mengalihkan tajaan pengedar baru daripada penajanya untuk kegunaan dan kepentingan e-Stokis sendiri.

e) Apa saja aktiviti yang dipercayai atau boleh menjejaskan imej dan reputasi serta mendatangkan kerugian kepada syarikat.

8.2. e-Stokis tidak boleh berkecimpung dalam mana-mana perniagaan jualan langsung (direct selling), jualan langsung berbilang tingkat (MLM) atau syarikat yang bersaing dengan Gano Excel selagi masih aktif menjadi e-Stokis Gano Excel.

8.3. e-Stokis tidak dibenarkan sama sekali mempamer dan menjual produk/barangan syarikat lain di tempat operasi selain daripada produk Gano Excel sahaja. Mempamer dan menjual produk/barangan syarikat lain adalah satu kesalahan.

8.4. e-Stokis mestilah menyediakan perkhidmatan yang adil, jujur dan bertanggungjawab kepada semua pelanggan/pengedar Gano Excel dengan tidak hanya menumpukan perkhidmatan kepada kumpulan sendiri atau jaringan tertentu sahaja.

8.5. e-Stokis ataupun penjamin mestilah bertanggungjawab melunaskan hutang atau menyelesaikan stok produk yang negatif (jika ada) dalam masa sebulan. Kegagalan e-Stokis ataupun penjamin dalam hal ini boleh dikenakan tindakan tatatertib e-Stokis dan caj penalti/denda sebanyak RM500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus) sahaja.

8.6. e-Stokis yang dikenakan tindakan tatatertib akan dikeluarkan dari senarai e-Stokis dalam e- Buletin Gano Excel Entrepreneur walaupun jualannya melebihi 1,000 PV setiap bulan pada bulan semasa.

8.7. e-Stokis perlu memulakan operasinya mengikut waktu yang tepat serta memastikan setiap produk mencukupi untuk menampung permintaan pelanggan/pengedar Gano Excel di kawasan itu.

8.8. e-Stokis yang menunjukkan komitmen yang rendah dalam perniagaan Gano Excel dan selalu tidak menghadiri program-program yang dianjurkan oleh syarikat boleh dikenakan tindakan tatatertib.

8.9. Syarikat berhak menolak, mengambil, menahan dan memotong bonus, komisen, insentif dan lain-lain faedah e-Stokis dan penjamin yang didapati melanggar tatatertib e-Stokis.

9. PEMBEKUAN AKAUN e-STOKIS

9.1. Pihak syarikat berhak membekukan akaun e-Stokis sekiranya :-

(13)

a) e-Stokis tersebut tidak aktif, iaitu tidak membuat sebarang pembelian produk dengan syarikat selama 3 bulan berturut-turut; ATAU

b) Tiada transaksi jualan selama 3 bulan berturut-turut

9.2. Apabila akaun e-Stokis telah dibekukan oleh syarikat, e-Stokis tidak dibenarkan untuk membeli produk daripada syarikat dan menjual produk kepada pelanggan/pengedar Gano Excel. e-Stokis perlulah mengaktifkan semula akaun e-Stokis untuk berbuat demikian.

9.3. Sekiranya e-Stokis ingin mengaktifkan semula akaunnya, e-Stokis dikehendaki membuat pembelian produk yang bernilai minimum RM3,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ribu) sahaja yang merangkumi setiap jenis produk yang telah ditetapkan oleh syarikat.

10. PROSEDUR PENAMATAN PERJANJIAN e-STOKIS

10.1. e-Stokis boleh memohon untuk menamatkan Perjanjian e-Stokis dengan syarat mengemukakan Surat Permohonan Penamatan Perjanjian e-Stokis kepada pihak syarikat dalam bentuk notis bertulis, 30 hari (sebulan) sebelum tarikh tamat perjanjian.

10.2. Bagi e-Stokis baru, mereka harus beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh menandatangani Perjanjian e-Stokis.

10.3. Syarikat boleh membeli balik produk Gano Excel dengan potongan harga sebanyak 50%

daripada e-Stokis baru (beroperasi kurang daripada 6 bulan) atau dengan potongan harga sebanyak 10% daripada e-Stokis lama (beroperasi lebih daripada 6 bulan) yang memohon untuk menamatkan operasinya dengan mengemukakan alasan yang munasabah mengikut budi bicara syarikat.

10.4. Kos penghantaran pemulangan semula kesemua stok produk/barangan ditanggung sendiri oleh pihak e-Stokis.

10.5. Stok produk/barangan yang dipulangkan mestilah dalam keadaan yang baik, masih boleh digunakan, boleh dijual semula dan belum tamat tempoh sah guna iaitu 7 bulan sebelum tamat tempoh. e-Stokis bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kehilangan produk sebelum tarikh penamatan perjanjian.

10.6. e-Stokis ataupun penjamin mestilah bertanggungjawab melunaskan hutang atau menyelesaikan stok produk yang negatif (jika ada) dalam masa sebulan dari tarikh penamatan perjanjian. Kegagalan e-Stokis ataupun penjamin dalam hal ini boleh dikenakan caj penalti/denda tambahan sebanyak RM500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus) sahaja atau dibawa untuk tindakan undang-undang dan mahkamah.

(14)

10.7. Syarikat berhak membuat keputusan bagi menentukan tarikh pemulangan stok produk/barangan dari e-Stokis.

10.8. Penamatan Perjanjian e-Stokis adalah berdasarkan budi bicara syarikat. Keputusan pihak syarikat adalah muktamad.

11. PINDAAN POLISI OPERASI e-STOKIS

11.1. Syarikat berhak pada sebarang masa dan dari semasa ke semasa meminda, mengubah, menambah atau menggantikan semua atau mana-mana penyataan atau peraturan-peraturan ini dengan mengumumkan atau menerbitkan di dalam e-Buletin Gano Excel Entrepreneur atau Info Stokis atau melalui surat pekeliling atau notis (melalui apa jua bentuk saluran media) dan e-Stokis wajib mematuhi pindaan penyataan atau peraturan-peraturan tersebut.

11.2. Syarikat akan menyimpan satu atau lebih salinan Polisi Operasi e-Stokis ini yang muktamad dan rasmi di Ibu Pejabatnya yang telah dipinda atau digantikan dari semasa ke semasa (yang menjadi dokumen rasmi) dan sekiranya berlaku pertelingkahan mengenai kandungannya atau maksudnya oleh e-Stokis atau penjamin, maka dokumen rasmi tersebut akan dirujuk sebagai teks yang sah.

11.3. e-Stokis dianggap mempunyai pengetahuan dan perlu mengambil perhatian terhadap kesemua penyataan atau peraturan-peraturan yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa seperti tercatat dalam Polisi Operasi e-Stokis ini dan adalah menjadi kewajipan e-Stokis menyemak sendiri penyataan atau peraturan-peraturan yang terkini seperti yang tertera dalam dokumen rasmi Polisi Operasi e-Stokis ini.

Polisi Operasi e-Stokis ini merupakan undang-undang dan peraturan operasi bagi semua e- Stokis Gano Excel di seluruh Malaysia dan berkuatkuasa dengan serta-merta mulai 1 Februari 2021.

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan penetapan pemenang Pokja II (ULP) Kabupaten Ogan Ilir Nomor : 027/009/Thp.XVI/Paket.1/II-ULP OI/2017 Tanggal 17 Nopember 2017 tentang Penetapan Pemenang Pelelangan

Hampir semua data yang diuji coba dengan menggunakan model hasil identifikasi memiliki prosentase rata-rata kesalahan yang lebih kecil daripada menggunakan model

Puji syukur kehadirat Allah SWT yang telah melimpahkan rahmat, taufik serta hidayah- Nya sehingga penulis dapat menyelesaikan skripsi yang berjudul Analisis Data Mining

The number of microorganisms rapidly increased and was comparable with the high activity of the xylanase produced. The value of enzyme activity produced by using auto- clave

Pada hari ini Selasa tanggal Dua Puluh Satu bulan Juni tahun Dua Ribu Enam Belas kami Pokja Pekerjaan Konstruksi Dana Alokasi Khusus (DAK) Dinas Pekerjaan Umum Kabupaten

Sehubungan dengan Hasil Evaluasi Kualifikasi yang telah dilakukan Pokja VIII Unit Layanan Pengadaan Barang/Jasa Kabupaten Maluku Tengah pada tanggal 13 s/d 19 Mei 2016 atas

Sehubungan dengan Evaluasi Penawaran pemilihan penyedia barang/jasa pada Dinas Bina Marga Kota Medan paket pekerjaan Pembangunan Drainase - Pembetonan Drainase Di

• Dari Jabir r.a ia berkata : Rasulullah saw bersabda “janglah kamu menyembelih (untuk qurban) kecuali yang sudah cukup umur (musinnah), kecuali kalau kamu kesulitan, maka