• Tidak ada hasil yang ditemukan

Perhubungan Antara Stail Kepemimpinan Ketua Bidang dengan Kepuasan Kerja Guru-Guru Mata Pelajaran Teknik dan Vokasional

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Perhubungan Antara Stail Kepemimpinan Ketua Bidang dengan Kepuasan Kerja Guru-Guru Mata Pelajaran Teknik dan Vokasional"

Copied!
25
0
0

Teks penuh

(1)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PERHUBUNGAN ANTARA STAIL KEPEMIMPINAN KETUA BIDANG DENGAN KEPUASAN KERJA GURU-GURU MATA PELAJARAN

TEKNIK DAN VOKASIONAL

ABD. AZIZ BIN OSMAN

(2)

PERHUBUNGAN ANTARA STAlL KEPEMIMPINAN KETUA BIOANG DENGAN KEPUASAN KERJA GURU-GURU MAT A PELAJARAN

TEKNIK DAN VOKASIONAL

Oleh

ABO. AZIZ BIN OSMAN

Kertas Projek ini kemukakan sebagai memenuhi syarat keperluan bagi mendapatkan Master Sains di Fakulti Pengajian Pendidikan

Universiti Putra Malaysia Jun 1999

(3)

DEDIKASI

Sejuta pengorbanan sebutir kemenangan Kuabadikan ini khas buat,

Ibu, kekanda, semua adindaku . . . .

Isteri tercinta serta puteri tersayang Siti Ayuni . . .

Di atas sebuah pengorbanan, dorangan dan doa kalian . . . kajayaan ini dapat digengami dan milik kita yang abadi..

(4)

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Bersyukur saya ke hadarat lIJahi yang telah melimpahkan rah mat dan hidayahNya kerana dengan izinNya maka saya dapat menyempurnakan laporan kertas projek ini dengan jayanya. Segala apa juga kejadian sarna ada selepas, sekarang atau yang mendatang adalah kehendak (Jan ketentuanNya jua. Segala yang baik itu datang dari Allah dan yang sebaliknya adalah dari kesilapan, kedaifan dan kelamahan saya.

Pertama saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pensyarah penyelia say a Prof. Madya Dr. Abd. Patah bin Malek di atas segala bimbingan, tunjuk ajar dan teguran yang membina dari awal hinggalah kertas projek ini dapat disempurnakan.

Penghargaan juga say a tujukan kepada semua ternan-ternan yang telah membantu sarna ada secara langsung atau secara tidak langsung khasnya kepada En. Norshamsul Azlan, En. Hairuddin, En. Mat Kamal dan En. Awaluddin serta kepada semua respond en yang telibat di dalam kajian ini yang telah banyak membantu menjayakan kertas projek ini dan saya ucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga ke atas segala jasa kalian.

(5)

Akhirnya kepada ibu, kakak, adik-adik, isteri dan anak yang tersayang pengorbanan, jasa dan doa kalian tidak akan dilupakan hingga ke akhir hayat. T anpa bantuan dan sokongan anda kertas perojek ini tentunya tidak dapat disempurnakan. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa dan budi anda semua. Amin .. .

(6)

KANDUNGAN MUKA SURAT

PEN GHAR GAAN ---i i i S E NARAI JAD UAL ---vii i

S E NARAI SING KA T AN ---x

AE3STRA� --- xi

AE3S T RAe --- xi i i E3AE3 PENG ENALAN KAJ IAN ---1

Latar E3elakang Masalah ---6

Pernyataan Masalah ---8 Kepentingan �ajian ---1 0 Objektif �ajian ---11 Persoalan �ajian ---12 Limitasi �ajian ---1 3 Definisi Operasional ---1 4 I I SORA TAN LITERA TUR ---1 7 Teori dan �onsep Kepuasan �erja ---1 7 �onsep �epem i mpi nan ---27

Stail �epem i mpina n ---29

Pendekatan Dalam �epemimpinan ---32

Kajian-kajian E3erkaitan ---36

Rum usa n ---44

(7)

I I I METADOLOGI PENYELlDIKAN ---45

Reka Bentuk Penyelidikan ---45

Pemboleh ubah-pemboleh ubah ---47

Pengukuran Pembolehubah---48

Instru men Kajian ---5 1 Responden ---52

Kajian Rintis ---52

Pentadbiran Soal Selidik ---53

Analisis Data ---55

IV DAPA T AN KAJ IAN ---56

Data Maklumat Responden ---57

Kepuasan Kerja Guru-guru ---68

Hubungan Demografi Guru Dengan Kepuasan Kerja Guru---70

Stail Kepemimpinan Ketua Bidang Teknik dan Vokasional---76

Hubungan Stail Kepemimpinan Ketua Bidang Dengan Kepuasan Kerja Guru-guru T eknik dan vokasional---77

(8)

V PERBINCANGAN DAN CADANGAN ---80

Pengenalan ---80

Perbincan gan ---80

Rumusan ---88

Cadangan ---89

BIB L lOG RAF 1---92

LAMPI RAN-LAMPI RAN A. Senarai Sekolah-sekolah Menengah di daerah Kuala Langat - Sepang ---100

B. Soal Selid ik ---1 02 c. Surat Kebenaran ---111

Vita ---115

(9)

SENARAI JADUAL

Tajuk Jadual Muka Surat

Jadual 1 Taburan Responden Mengikut Jantina 57 Jadual 2 Taburan Responden Berdasarkan U mur 58 Jadual 3 Taburan Responden Berdasarkan Kelulusan 59

Akdeamik Tertinggi

Jadual 4 Taburan Responden Berdasaekan kelulusan 60 Iktisas

Jadual 5 T aburan Responden Berdasarkan 62 Pengalaman Mengajar.

Jadual 6 T aburan Responden Berdasarkan 63 Pengalaman Mengajar Teknik & Vokasional

Jadual 7 Taburan Responden Berdasarkan 65 Pegkhususan Oi Maktab Perguruan

Jadual 8 Taburan Responden Berdasarkan 67 Pengkhususan Oi Universiti

Jadual 9 T aburan Responden Berdasarkan Kursus 68 Yang Pernah Oihadiri

Jadual 1 0 Min-min Kepuasan Kerja Guru-guru 70

(10)

Jadual 1 1 Min Kepuasan Kerja Guru-guru Berdasarkan 72 Jantina

Jadual 1 2 Min Kepuasan Kerja Guru-guru Berdasarkan 74 Kelulusan Akedamik

Jadual 1 3 Min Kepuasan Kerja Guru-guru Berdasarkan 75 Pengalaman Berkursus

Jadual 1 4 Stail Kepemimpinan Ketua Bidang Teknik 77 dan Vokasional Oi Oaerah Kuala Langat

-Sepang.

Jadual 1 5 Hubungan Antara Stail Kepemimpinan 79 Oengan Kepuasan Kerja Guru-guru

(11)

SENARAI SINGKA TAN

FPN = Falsafah Pendidikan Negara

HSC = High School of Certificate

KH = Kemahiran Hidup

KHB = Kemahiran Hidup Bersepadu

MCE = Malaysia Certificate of Education

SPM = Sijil Pelajarn Malaysia

SPMV = Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional)

SPVM = Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia

STP = Sijil Tinggi Persekolahan

STPM = Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia

(12)

Abstrak projek penyelidikan yang dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia sebagai memenuhi sebahagian dari keperluan untuk

mendapatkan Ijazah Sarjana Sains

PERHUBUNGAN STAlL KEPEMIMPINAN KETUA BIDANG DENGAN KEPUASAN KERJA GURU-GURU MATA PELAJARAN TEKNIK DAN

VOKASIONAL

OLEH

ABO. AZIZ BIN OSMAN JUN 1 999

Penyelia Prof. Madya Dr. Abd. Patah bin Abd. Malek. Fakulti Pengajian Pendidikan

Kajian ini bertujuan untuk melihat jenis-jenis stail kepemimpinan yang digunapakai oleh Ketua Bidang - Ketua Bidang Teknik dan Vokasional di daerah Kuala Langat - Sepang dan seterusnya melihat perhubungan stail kepemimpinan Ketua Bidang Teknik dan Vokasional dengan kepuasan kerja guru-guru yang mengajar mata pelajaran teknik dan vokasional di daerah Kuala Langat - Sepang Selangor Darul Ehsan.

Seramai 9 orang Ketua Bidang Teknik dan Vokasional serta 64 orang guru yang mengajar mata pelajaran teknik dan vokasional yang melibatkan 9 buah sekolah di seluruh daerah Kuala Langat - Sepang telah terlibat di dalam kajian ini. Borang-borang soal selidik dari kesemua responden berkenaan merangkumi perlatan "Job Descriptive Index (JDI)" bagi membolehkan data

(13)

penting berkenaan demografi, stail kepemimpinan dan kepuasan kerja dapat diperolehi.

Borang-borang soal selidik diedarkan dengan dua cara iaitu penghantaran melalui pos dan pengedaran terus kepada responden. Seterusnya data-data yang telah dikumpul diproses menggunakan "Statistical Package For The Sosial Science (SPSS)".

Kajian ini telah menunjukkan keempat-empat corak atau stail kepemimpinan iaitu mengarah, menyokong, partisipatif dan beroreintasikan kejayaan tetah digunapakai oleh ketua-ketua bidang Teknik dan Vokasional di daerah Kuala Langat - Sepang.

Dari kempat-empat stail kepemimpinan itu, stail kepemimpinan yang bercorak beroreintasikan kejayaan adal ah yang paling disukai oleh guru-guru mata pelajaran teknik dan vokasional, diikuti oleh stail kepemimpinan bercorak menyokong dan seterusnya stail kepemimpinan bercorak partisipatif. Manakala stail kepemimpinan yang paling tidak disukai ialah stail kepeimpinan yang bercorak mengarah (veto).

Kajian ini juga mendapati ada h ubungan yang signifikan antara kepuasan kerja guru-guru mata pelajaran teknik dan vokasional dengan stail kepemimpinan ketua bidang yang bercorak menyokong, partisipatif dan yang beroreintasikan kejayaan tetapi tiada hubungan yang signifikan ke atas kepemimpinan yang bercorak mengarah (veto).

(14)

Abstract of project paper submitted to the Senate of Universiti Putra Malaysi as partial fulfilment of the requirements for the degree of Master of

Science

RELATIONSHIP BETWEEN LEADERSHIP STYLES WITH THE TECHNICAL AND VOCATIONAL TEACHERS' JOB SATISFACTION IN THE SECONDARY

SCHOOLS.

By

ABO. AZIZ BIN OSMAN JUN 1 999

Supervisor Assoc. Professor Dr. Abd. Patah bin Abd. Malek Faculty Education Studies

The objective of this research was to observe styles of leaderships practiced by Panels of Vocational and Technique in the Kuala Langat - Sepang districts. The study was also to determine the relationship between leadership styles practiced by Vocational and Technique Panels and Vocational and Technical teachers' job satisfaction in the districts.

Nine Vocational & Technique panel members and 64 vocational and technical teachers from nine schools in Kuala Langat -Sepang were involved in this reseach. The survey forms used included the Job Descriptive Index (JOI) instrument to measure job satisfaction. The survey also collected data pertaining to demography and leadership styles.

(15)

Abstract of project paper submitted to the Senate of Universiti Putra Malaysi as partial fulfilment of the requirements for the degree of Master of

Science

RELATIONSHIP BETWEEN LEADERSHIP STYLES TECHINIQUE AND VOCATIONAL PANELS WITH THE TECHNICAL AND VOCATIONAL

TEACHERS' JOB SATISFACTION

By

ABO. AZIZ BIN OSMAN JUN 1 999

Supervisor Assoc. Professor Dr. Abd. Patah bin Abd. Malek Faculty Education Studies

The objective of this research was to observe styles of leaderships practiced by Panels of Vocational and Technique in the Kuala Langat - Sepang districts. The study was also to determine the relationship between leadership styles practiced by Vocational and Technique Panels and Vocational and Technical teachers' job satisfaction in the districts.

N ine Vocational & Technique panel members and 64 vocational and technical teachers from nine schools in Kuala Langat -Sepang were involved in this reseach. The survey forms used included the Job Descriptive Index (JDI) instrument to measure job satisfaction. The survey also collected data pertaining to demography and leadership styles.

(16)

The survey forms were distributed in two ways; via mail and direct to the respondents. Data were processed using the SPSS program (Statistical Package F or The Social Science).

This study showed that four leadership styles --- autocratic (veto), supportive, partiCipate and goal-achieving --- have been practiced by the Vocational and Technique Panels.

Among the four styles, the style goal achieving leadership style was the most popular among the vocational and technical teachers, followed by the supportive and the participative leadership style; while the least popular was the autocratic leadship style.

This study also showed that significant relationship existed between the vocational and techn ical teachers' job satisfaction and the supportive, partisipative and goal achieving leadership styles; and a non-significant relationship for the autocratic leadership.

(17)

BAB1

PENGENALAN KAJIAN

Malaysia merupakan salah sebuah negara membangun yang paling berjaya terutama di dalam aspek ekonomi. Dengan wawasan untuk menjadi negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020, beberapa strategi yang menjurus kepada hasrat untuk merealisasikan impian mumi itu telah disusun. Pendidikan dilihat sebagai salah satu senjata yang paling penting di dalam memainkan peranan ke arah melahirkan generasi akan datang yang akan mendukung dan mentadbir negara adalah intelektual, rohani dan jasmani. Ini telah dijelaskan melalui Falsafah Pendidikan Negara (FPN), dan untuk merealisasikan hasrat FPN itu guru­ guru adalah sumber tenaga yang paling penting. Tanpa kerja keras dan komitmen guru tentunya FPN hanya tinggal dokumen tidak berharga.

Tidak dapat dinafikan dengan cara apa sekalipun, guru merupakan tenaga profesional yang akan melaksanakan segala dasar yang telah digariskan samada melalui dasar Pendidikan Negara (DPN) mahupun Falsafah Pendidikan Negara itu sendiri.

(18)

2

Menurut Anwar Ibrahim (1 988), pihak Kementerian Pendidikan dan bahagian perancangan mengharapkan agar guru sentiasa mempunyai cita-cita yang luhur dan tinggi dalam membina masyarakat yang

bertamadun tinggi (madani).

Untuk merealisasikan hasrat murni tersebut, guru perlu sentiasa berusaha melengkapkan diri dengan meningkatkan ilmu pengetahuan, kemah iran dan kecekapan yang selaras dengan kehendak profesionalnya. Dan di antara faktor yang akan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan seseorang itu ialah kepuasan kerja (Ahmad Saman, 1 986). Kenyataan ini dikuatkan lagi dengan pendapat Elton Mayo (dalam Jaafar Muhamad, 1 988) yang menyatakan pekerja yang berpuas hati di dalam kerjanya akan dapat meningkatkan produktivitinya.

Ramai penulis dan pengkaji yang sependapat dengan kenyataan­ kenyataan di atas, di antaranya ialah Mohd Ghazali Idris (1 993) yang menyatakan bahawa pekerja yang mempunyai tahap kepuasan d i dalam pekerjaannya adalah juga mempunyai motivasi yang tinggi dalam meningkatkan produktivitinya seterusnya menjurus kepada pencapaian

(19)

3

objektif seperti yang dikehendaki di dalam organisasi di mana pekerja itu bekerja.

Steers et al (1 988) pula menyatakan, kepuasan kerja adalah salah satu faktor yang sangat penting dalam mempengaruhi prestasi pekerja untuk meningkatkan produktiviti sekaligus akan mendorong untuk pencapaian objektif dan matlamat sesebuah organisasi. Menurut Schultz ( 1 982) pekerja yang kepuasan kerjanya rendah boleh mendorong pengeluaran (produktiviti) yang juga rendah, sering berlaku ketidakhadiran bertugas, kerap bertukar kerja serta kadar penentangan di dalam organisasi yang tinggi.

T ahap kepuasan kerja seseorang adalah dipengaruhi oleh beberapa faktor dan di antaranya ialah faktor pengurusan sesebuah organisasi. Menurut Meadows (1 980), kepuasan kerja di kalangan pekerja boleh ditingkatkan dengan dasar-dasar pentadbiran yang baik. Ronen (1 978) pula berpendapat kepuasan bekerja berkait rapat dengan penyelia yang baik manakala menurut Martin ( 1 98 1 ) kerjasama yang padu dari rakan sejawat dan pihak pentadbiran dapat melahirkan rasa kepuasan bekerja yang tinggi di kalangan kakitangan sesebuah organisasi itu. Ini bermakna, faktor pengurusan, persekitaran tempat kerja serta komitmen dari rakan sejawat merupakan di antara faktor yang mendorong kepada

(20)

4

tahap kepuasan kerja di kalangan kakitangan di dalam sesebuah organisasi. Organisasi sekolah adalah merangkumi perhubungan interpesonal dan iklim organisasi tersebut (Rahimah, 1980).

Keberkesanan sesebuah organisasi seperti sekolah bergantung kepada stail kepimpinan pihak pengurusan. Pengetua merupakan pentadbir tertinggi yang bertanggungjawab dalam semua aspek pengurusan sekolah. Beberapa Ketua Bidang dilantik untuk tujuan melicinkan operasi pengurusan sekolah khasnya di bidang akademik. Ketua Bidang Teknik dan Vokasional bertanggungjawab ke atas segala urusan yang berkaitan dengan mata pelajaran T eknik dan Vokasional seperti Kemahiran Hidup (untuk peringkat Penilaian Menengah Rendah /

PMR) serta subjek elektif seperti Sains Pertanian, Ekonomi Rumah Tangga (ERT), Ekonomi Asas dan Perdagangan (untuk peringkat Sijil Pelajaran Malaysia - SPM).

House (1 97 1 ) yang terkenal dengan teori 'Path Goal Theory' menyatakan organisasi akan menikmati prestasi kerja kumpulan yang baik sekiranya setiap pekerja diberitahu secara jelas apa yang perlu dilakukan dan apakah ganjaran yang akan diperolehi setimpal dengan prestasi

(21)

cemerlang yang dihasilkan. Menurut teori ini, House membahagikan stail kepemimpinan kepada empat bentuk iaitu:

1 . Kepimpinan Mengarah

2. Kepimpinan Menyokong 3. Kepimpinan Berserta

4. Kepimpinan Berorientasi Kejayaan

Oi dalam ulasannya mengenai teori di atas, Arnold dan Feldman (1 986) menghuraikan bahawa seseorang pemimpin itu boleh mempengaruhi orang bawahannya apabila mereka diberi kepuasan, motivasi, ganjaran yang setimpal dengan pencapaian serta membantu mereka di dalam mencapai objektif organisasi.

Stail kepimpinan mempunyai hubungkait yang dengan kepuasan kerja seorang di sesebuah organisasi. Ini dijelaskan dengan dua kajian mengenainya oleh Isa ( 1 98 1 ) dan Rahimah ( 1 98 1 ).

Setiap guru menghadapi beban tugas yang berbeza begitu juga dengan keperluan-keperluannya. Oleh itu cara penyelesaian masalah juga adalah berbeza. Maslow (1 954) di dalam Teori Tingkat Kepuasannya menyatakan bahawa manusia akan cuba untuk mencapai kepuasannya pada hiraki yang tertentu.

(22)

6

Ghazali (1979) di dalam kajiannya menyatakan bahawa faktor hubungan kemanusiaan merupakan faktor utama terhadap ketidakpuasan bekerja di kalangan guru-guru di Malaysia. Manakala Singh (1984) di dalam kajiannya terhadap guru-guru di negara Nepal merumuskan bahawa kepuasan bekerja di kalangan guru-guru di sana ban yak dipengaruhi oleh pendekatan yang di bawa oleh pengetua.

Bersandarkan kepada fakta-fakta perbincangan di atas, adalah signifikan untuk mengkaji perhubungan stail kepimpinan dengan kepuasan bekerja di kalangan kakitangannya. Oleh itu adalah perlu, kajian dijalankan secara terperinci tentang perhubungan stail kepimpinan dengan kepuasan kerja.

Latar Belakang Masalah

Kejayaan merealisasikan inspirasi untuk melahirkan generasi yang berketrampilan dan kesepaduan dari aspek kerohanian, jasmani, rohani dan intelektual seperti yang telah digariskan menerusi FPN adalah bergantung sepenuhnya kepada kesungguhan dan komitmen guru-guru . Menurut Berliner (1970), guru adalah sumber tenaga manusia yang kuat

(23)

7

pengaruhnya terhadap kaedah penyampaian ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar-pelajar.

Setiap hari guru dibebankan dengan pelbagai tugas di mana guru bukan hanya bertugas di dalam penyampaian ilmu di dalam bilik darjah sahaja malahan juga bertanggungjawab kepada kegiatan ko-kurikulum di luar bilik darjah.

Banyak perubahan kurikulum telah diperkenalkan melalui reformasi pendidikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Perubahan kurikulum ini bertujuan menjadikan proses pendidikan di negara ini semakin kemas dan jitu bagi melahirkan generasi yang bakal mewarisi kepimpinan khususnya menjelang tahun 2020. Perubahan kurikulum ini telah diterima oleh golongan guru dengan pelbagai reaksi samada secara positif atau sebaliknya. Yang jelasnya, tugas guru di sekolah semakin bertambah dan mencabar.

(24)

8

Pernyataan Masalah

Di dalam sesebuah organisasi kepuasan bekerja merupakan salah satu elemen penting di dalam meningkatkan produktiviti sama ada dari aspek kualiti dan kuantiti. Sebaliknya, ketidakpuasan bekerja akan menimbulkan banyak kesan negatif kepada pekerja serta juga kepada organisasi.

Dalam konteks sekolah masa kini, guru-guru di bawah bidang Teknik dan Vokasional merupakan golongan guru yang menghadapi tugas yang paling mencabar. Sebahagian dari guru-guru ini pula menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di bengkel-bengkel khas seperti bengkel kerja kayu, bengkel pertanian, bengkel kerja paip dan sebagainya. Ini bermakna beban tugas guru berkenaan selain mengajar beliau juga perlu sentiasa memastikan keselamatan pel ajar sentiasa terjamin. Beban guru-guru ini tidak berhenti seta kat itu sahaja kerana mereka juga perlu bertanggungjawab kepada keselamatan peralatan termasuk mengawasi stok alatan. Ini berbeza dengan guru-guru mata pelajaran sains umpamanya, yang mempunyai pembantu makmal bagi menyediakan peralatan sebelum P&P dimulakan dan mengemas peralatan selepas P&P berakhir. Kerja-kerja mengurus peralatan dan

(25)

9

bahan termasuk menguruskan stok juga dilakukan oleh pembantu makmal berkenaan.

Usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk meletakan Ketua bidang Teknik & Vokasional dalam usaha untuk mengemaskinikan tugas-tugas penyelenggaraan mata pelajaran tersebut dari semua aspek iaitu pengurusan kurikulum, pengurusan tenaga manusia (guru) serta pengurusan keperluan yang berkaitan dengan bidang Teknik & Vokasional.

Peranan Ketua Bidang, adalah diharapkan dapat mengurangkan tekanan beban tugas guru-guru berkenaan sekaligus juga akan dapat . meningkatkan kepuasan kerja di kalangan guru-guru di bawah pengawasannya. Peranan Ketua Bidang ini banyak merujuk kepada stail kepimpinan yang ditunjukkan meliputi pendekatan menyampaikan arahan. Perhubungan interpersonal dengan guru-gurunya serta faktor-faktor lain seperti kelayakan ikhtisas dan pengalaman kerja. Stail kepemimpinan yang berbeza-beza oleh Ketua Bidang mempunyai hubungan dalm kepuasan kerja guru. Meningkat atau menurunnya kepuasan kerja guru mungkin disebabkan oleh ciri-ciri yang terdapat kepada seorang Ketua Bidang.

Referensi

Dokumen terkait

Pada sistem hukum eropa kontinental pandangan hakim tentang hukum adalah lebih tidak tekhnis, tidak terisolasi dengan kasus tertentu sedang pada sistem hukum anglo

Tabel tersebut menunjukkan bahwa sebagian besar jamaah haji di Kabupaten Jepara merasakan sangat puas terhadap pelayanan KBH, terutama dalam pelayanan bimbingan manasik di tanah

Dapat disimpulkan bahwa tingginya nilai DOM dibandingkan dengan lokasi lain diduga akibat banyaknya kerusakan terumbu karang yang diakibatkan pengeboman dan

Untuk indikator (X1) nilai ekstraskinya adalah 0.832 hal ini berarti bahwa 83.2% varian dari indikator (X1) dapat dijelaskan oleh faktor yang akan terbentuk. Semakin besar

Hasil dari penelitian ini menunujukkan bahwa : (1) umur pelaku mobilitas sangat produktif 21-54 th (2) sulitnya mendapatkan pekerjaan di daerah asal (3) daerah tujuan para

Aptarus mokymo(si) struktūrą, mokytojo ir mokinio sąveiką perimant ugdymo turinį, siekiama išryškinti mokymo proceso mokiniui daromą universalų poveikį, jo įtaką

13 Alternatifnya, proyek dapat mengembangkan pendekatan sendiri untuk memenuhi persyaratan Spesifikasi Teknis PDD – contohnya ketika pendekatan yang disetujui Plan Vivo

Hal ini tentu akan merugikan salah satu pihak jika suatu saat mereka harus berhubungan dengan lembaga pengadilan, misalnya dalam urusan permohonan pengasuhan