PANDUAN PELAKSANAAN
INSTRUMEN PENENTU PENGUASAAN
MEMBACA DAN MENULIS
(IPP2M)
DAN
INSTRUMEN PENENTU PENGUASAAN
KEMAHIRAN ASAS MATEMATIK
(IPPKAM)
PROGRAM PEMULIHAN KHAS
TAHAP 2
(TAHUN 4, 5, 6)
SK & SJK
EDISI 2019
BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN 2 2.0 MATLAMAT 3 3.0 OBJEKTIF 3 4.0 KUMPULAN SASARAN 3 5.0 PENTADBIR INSTRUMEN 4-5 6.0 STRATEGI PELAKSANAAN 6.1 JADUAL PELAKSANAAN 66.2 BAHAN MUAT TURUN 7
7.0 SENARAI SEMAK KEMAHIRAN PEMULIHAN DALAM ITEM SOALAN
7.1 IPP2M 8
7.2 IPPKAM 9-10
8.0 SENARAI SEMAK SOALAN & ITEM DALAM BORANG SKOR
8.1 IPP2M 11
8.2 IPPKAM 12-13
9.0 PANDUAN PENGSKORAN 14-16
10.0 BORANG PELAPORAN PENTAKSIRAN INDIVIDU (BPPI)
10.1 IPP2M 17
10.2 IPPKAM 18-21
11.0 PENEMPATAN 21
1.0 PENGENALAN
Program Pemulihan Khas telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) semenjak tahun 1960-an bagi membantu murid-murid di sekolah rendah yang menghadapi masalah khusus dalam pembelajaran iaitu menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M). Melalui Transformasi Pendidikan, Program Literasi dan Numerasi (LINUS) diperkenalkan pada bulan Ogos 2009 sebagai sebahagian daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Objektif Program LINUS adalah untuk memastikan 100% murid boleh menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas mengikuti 3 tahun pendidikan rendah (Tahap I) di sekolah rendah kecuali murid berkeperluan khas sebelum mereka melangkah ke Tahap 2 (Tahun 4, 5 & 6)
Selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan
Pemulihan Khas Kebangsaan Bil. 1/2015 pada 7 Julai 2015 untuk menggunakan Instrumen Penentu Penguasaan Membaca dan Menulis (IPP2M) dan Instrumen Penentu Penguasaan Kemahiran Asas Matematik (IPPKAM) bagi murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 & 6) SK, IPP2M & IPPKAM Edisi 2019 dihasilkan untuk mula digunakan pada tahun 2018. Instrumen ini dibina hasil kerjasama Bahagian-Bahagian KPM dan JPN. Tujuan utama pelaksanaan instrumen ini adalah untuk memastikan murid Tahap 2 yang tidak menguasai kemahiran asas 3M supaya pentaksiran bersesuaian dapat dijalankan.
IPP2M dibina berdasarkan 32 kemahiran Bahasa Melayu yang terdapat di dalam Buku Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M) terbitan Jabatan Pendidikan Khas, KPM (2003). Manakala IPPKAM dibina berdasarkan 22 Kemahiran Asas Matematik yang terdapat dalam Buku Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M) terbitan Jabatan Pendidikan Khas, KPM (2003).
2.0 MATLAMAT
Matlamat secara umumnya adalah untuk meningkatkan penguasaan kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira) dalam kalangan Murid Pemulihan Khas Tahap 2.
3.0 OBJEKTIF
Diakhir pengajaran dan pembelajaran murid akan dapat: 1. Menguasai 32 kemahiran pemulihan khas Bahasa Melayu. 2. Menguasai 22 Kemahiran Asas Matematik.
Rujukan: Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas 2012, Bahagian Pendidikan Khas
4.0 KUMPULAN SASARAN
Murid Pemulihan Khas
1. Murid Tahun 4, 5 dan 6
1.1 Murid yang memperolehi skor 0 – 39 dalam Ujian IPP2M 1.2 Murid yang memperolehi skor 0 – 59 dalam Ujian IPPKAM.
5.0 PENTADBIR INSTRUMEN
5.1 SEKOLAH
5.1.1 Pelaksanaan di sekolah rendah seluruh negara.
5.2 GURU
5.2.1 Bilangan murid pemulihan khas hendaklah tidak melebihi 15 orang dalam satu-satu masa PdPc guru dan sekurang-kurang 5 orang. 5.2.2 Instrumen dijalankan berpandukan Panduan Pelaksanaan IPP2M dan
IPPKAM Tahap 2 yang berkuatkuasa.
5.2.4 Proses pelaksanaan ujian ini boleh dibantu oleh Guru Pemulihan Khas LINUS dan guru mata pelajaran yang terlibat.
5.2.5 Guru hendaklah menerangkan arahan-arahan soalan secara ringkas. 5.2.6 Guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik
boleh mencalonkan murid mereka melalui keputusan mesyuarat pengurusan kuriklulum, atau pemulihan khas sekolah.
5.2.7 Ujian dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mengikut ketetapan jadual pelaksanaan. Sebagai contoh cadangan pelaksanaan:-
Bil Ujian 1 Tarikh Soalan
1 Peringkat 1 1 Mei 2018 1 – 15
2 Peringkat 2 3 Mei 2018 16 - 30
3 Peringkat 3 7 Mei 2018 31 - 40
4 Peringkat 4 9 Mei 2018 41 - 50
5.2.8 Selesai penandaan, guru yang bertanggungjawab hendaklah melengkapkan keputusan ujian ke softcopy excel borang skor IPP2M & IPPKAM yang telah dimuat naik dalam portal KPM.
5.2.9 Borang Pelaporan Penguasaan Individu (BPPI) serta Headcount
Pencapaian mesti dilengkapkan, dicetak dan difailkan.
5.2.10 Keputusan prestasi setiap ujian hendaklah dibentangkan dalam mesyuarat pengurusan sekolah untuk perhatian dan tindakan susulan.
5.3 PEMANTAUAN
5.3.1 Pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akan menjalankan
5.4 PENTADBIRAN
5.4.1 IPP2M dan IPPKAM
5.4.1.1 Tempoh masa pelaksanaan adalah selama 1 jam 30 minit dan boleh dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. 5.4.1.2 Item soalan dibina mengandungi 32 kemahiran pemulihan
Bahasa Melayu.
5.4.1.3 Item soalan dibina berdasarkan 22 Kemahiran Asas Matematik.
5.4.1.4 Headcount Pencapaian IPP2M dan IPPKAM hendaklah dilengkapkan seawal minggu pertama Januari dan berakhir minggu ke 2 Oktober. Guru perlu membentang dan
mengemukakan prestasi pencapaian di peringkat
mesyuarat pengurusan kurikulum untuk tindakan susulan. 5.4.1.5 Ujian ditadbir oleh guru pemulihan khas di waktu PdPc
mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik, Program Pemulihan Khas dan boleh dibantu oleh Guru Pemulihan Khas LINUS dan guru mata pelajaran yang terlibat
mengikut kesesuaian jadual waktu semasa ujian
dilaksanakan.
5.4.1.6 Borang Pelaporan Penguasaan Individu (BPPI) Bahasa Melayu dan Matematik hendaklah dilengkapkan mengikut peringkat-peringkat soalan yang telah dijalankan.
5.4.1.7 Borang skor IPP2M dan IPPKAM dalam bentuk softcopy excel hendaklah diisi apabila selesai semua soalan dijawab.
6.0 STRATEGI PELAKSANAAN 6.1 JADUAL PELAKSANAAN
BIL AKTIVITI TEMPOH PELAKSANAAN TINDAKAN
1 Pelaksanaan Ujian Awal IPP2M & IPPKAM. Pengesanan dan
penempatan murid Tahap 2.
Minggu 2 dan 3 - (2 minggu)
Januari
Sekolah. (Pemantauan PPD & JPN) 2 Ujian Diagnostik – Mengesan aras
kelemahan dan kekuatan murid.
Ujian Pengamatan – Mengenal &
mengesan tindakbalas pancaindera.
Minggu 2 dan 3 - (2 minggu)
Januari
Sekolah. (Pemantauan PPD & JPN) 3 Penetapan murid pemulihan khas
(Tahun 4, 5 dan 6) Minggu 4 - (1 minggu) Januari Sekolah. (Pemantauan PPD & JPN) 4 Kutipan Data 1 (berakhir 31 Januari) 1 – 15 Februari
Rumusan selesai 28 Februari
JPN ke BPKhas
5 Pelaksanaan Ujian 1 Minggu 1 dan 2 - (2 minggu)
Mei
Sekolah. (Pemantauan PPD & JPN) 6 Pengisian Data Ujian 1
(Borang Skor)
Minggu 3 dan 4 - (2 minggu)
Mei
Sekolah. (Pemantauan PPD & JPN) 7 Analisis & Rumusan Data Ujian 1 Minggu 1 - (1 minggu)
Jun
PPD dan JPN
8 Penyatuan dan Penyemakan Data
Ujian 1 Minggu 2 - (1 minggu) Jun JPN 9 Kutipan Data 2 (berakhir 30 Jun) 1 – 15 Julai
Rumusan selesai 31 Julai
JPN ke BPKhas
10 Pelaksanaan Ujian 2 Minggu 1 dan 2 - (2 minggu)
September
Sekolah. (Pemantauan PPD & JPN) 11 Pengisian Data Ujian 2
(Borang Skor)
Minggu 3 dan 4 - (2 minggu)
September
Sekolah. (Pemantauan PPD & JPN) 12 Analisis & Rumusan Data Ujian 2 Minggu 1 - (1 minggu)
Oktober
PPD dan JPN
13 Penyatuan dan Penyemakan Data
Ujian 2 Minggu 2 - (1 minggu) Oktober JPN 14 Kutipan Data 3 (berakhir 31 Oktober) 1 – 15 November
Rumusan selesai 30 November
JPN ke BPKhas
6.2 BAHAN-BAHAN MUAT TURUN
Bahan-bahan boleh dimuat turun dari portal rasmi Bahagian Pendidikan Khas di laman sesawang, Kementerian Pendidikan Malaysia:
(http://www.moe.gov.my/index.php/my/pendidikan-khas/program-pemulihan-khas)
1. Manual Am Pentadbiran Pelaksanaan Ujian IPP2M & IPPKAM
2. Instrumen Penentu Penguasaan Membaca Dan Menulis (IPP2M) Edisi 2016 2.1 IPP2M : SK & SJK - Bahan Guru
2.2 IPP2M : SK & SJK - Bahan Murid 2.3 Borang Skor IPP2M
2.4 Borang Pelaporan Pelepasan Individu (BPPI) IPP2M 2.5 Headcount Pencapaian IPP2M
3. Instrumen Penentu Penguasaan Kemahiran Asas Matematik (IPPKAM) Edisi 2016
3.1 IPPKAM : SK - Bahan Guru
3.2 IPPKAM : SK - Bahan Murid
3.3 IPPKAM : SJKC - Bahan Guru
3.4 IPPKAM : SJKC - Bahan Murid
3.5 IPPKAM : SJKT - Bahan Guru
3.6 IPPKAM : SJKT - Bahan Murid
3.7 Borang Skor IPPKAM
3.8 Borang Pelaporan Pelepasan Individu (BPPI) IPPKAM 3.9 Headcount Pencapaian IPPKAM
7.0 SENARAI SEMAK KEMAHIRAN PEMULIHAN DALAM ITEM SOALAN 7.1 IPP2M
Bil Kemahiran Pemulihan Item soalan
1. Huruf
(a) Huruf Vokal a, e, i, o, u
(b) Huruf Kecil m, p, c, g
(c) Huruf Besar T, K, N, J
2 Suku Kata
(a) Suku Kata Terbuka kv bi, pi, su, ba, ke (b) Perkataan vkv, kvkv, kvkvkv ibu, lori, kelapa 3 Perkataan dan Suku Kata
Tertutup
(a) Perkataan vkvk, kvkvk, kvkkv, kvkvkvk , kvkkvkvk
adik, pokok, kunci, basikal, rambutan (b) Perkataan dan suku kata
tertutup kvkvk, , kvkkv, kvkkvk
kipas, baldi, landak 4 Perkataan yang mengandungi
suku kata tertutup “ng” Perkataan vkvkk, kvkkvkk, kvkkkv, kvkkkvk
udang, kambing, mangga, tongkat 5 Perkataan Diftong dan Vokal
Berganding
pisau, paip, kerbau, tupai 6 Perkataan Digraf dan Konsonan
Bergabung
khemah, nyamuk, singa, syiling 7 (a) Menyusun perkataan
menjadi ayat yang betul
1. Raket badminton abang Misbun telah patah. 2. Emak membeli buah belimbing di pasar. 3. Teropong Ah Choi baharu dan mahal. (b) Membina ayat berpandukan
gambar dan frasa.
1. Bapa membaca surat khabar di ruang tamu. 2. Tina menanam pokok bunga di dalam pasu.
8 Bacaan dan Pemahaman 1. Bilakah mereka pergi berkelah?
Mereka pergi berkelah pada hari Sabtu. 2. Di manakah keluarga Sani berkelah? Keluarga Sani berkelah di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson.
3. Siapakah yang membawa pelampung? Adik yang membawa pelampung. 4. Apakah aktiviti yang boleh dilakukan di pantai?
7.2 IPPKAM
Bil Kemahiran Pemulihan Item soalan
1 Nombor Bulat Hingga 10 9
2 Nombor Bulat Hingga 20 15
3 Nombor Bulat HIngga 100 41
4 Nombor Bulat Hingga 1000 200
5 Melengkap turutan nombor 0, 5, 10, 15, 20, 25, 30, 35, 40
6 Melengkap turutan nombor 100, 90, 80, 70, 60
7 Menyusun nombor 14, 37, 52, 60, 83
8 Menulis angka 27
9 Nilai tempat puluh
10 Nilai digit 200
11 Nilai nombor 2 puluh 3 sa
12 Nilai digit 30 + 4
13 Tambah dalam lingkungan 10 2
14 Tambah dalam lingkungan 18 13
15 Tambah dalam lingkungan 100 tanpa
mengumpul semula 48
16 Tambah dalam lingkungan 100 tanpa
mengumpul semula 96
17 Tambah dalam lingkungan 100 dengan
mengumpul semula 52
18 Tolak dalam lingkungan10 3
19 Tolak dalam lingkungan18 17
20 Tolak dalam lingkungan100 tanpa mengumpul
semula 30
21 Tolak dalam lingkungan100 tanpa mengumpul
semula 11
22 Tolak dalam lingkungan100 dengan mengumpul
semula 18
23 Operasi Darab - Ayat Matematik 4 X 3 = 12
24 Sifir 2 7 X 2 = 14
25 Sifir 6 8 X 6 = 48
26 Sifir 6 10 X 6 = 60
27 Operasi Darab - Ayat Matematik 5 + 5 + 5 = 15
3 X 5 = 15
Bil Kemahiran Pemulihan Item soalan
29 Operasi Bahagi - Ayat Matematik
30 Operasi Bahagi - Bentuk lazim 2
31 Operasi Bahagi - Ayat Matematik 32 ÷ 4 = 8
32 Operasi Bahagi - Ayat Matematik 45 ÷ 9 = 5
33 Wang syiling 10 sen
34 Nilai wang RM 5.20
35 Hasil tambah wang RM 8
36 Hasil tambah wang 90 sen
37 Menulis masa 8.00 / 8
38 Melukis jarum jam
39 Menulis bilangan hari 31
40 Mengira jumlah hari Rabu
41 Penyelesaian Masalah 29 42 Penyelesaian Masalah 43 43 Penyelesaian Masalah 15 44 Penyelesaian Masalah 5 45 Penyelesaian Masalah 19 46 Penyelesaian Masalah 13 47 Penyelesaian Masalah 18 48 Penyelesaian Masalah 7 49 Penyelesaian Masalah 2
50 Penyelesaian Masalah 6 petang
O O O O O O O O O
8.0 SENARAI SEMAK SOALAN & ITEM DALAM BORANG SKOR 8.1 IPP2M Bahagian No. Soalan Arahan Bilangan Item dalam soalan Mesti Menguasai (MM) Tidak Mesti Menguasai (TMM) 1
1a Tulis huruf vokal berdasarkan
gambar 5 (MM) -
1b
Tuliskan huruf awal dengan menggunakan huruf kecil
berdasarkan gambar
4 (MM) -
1c
Tuliskan huruf awal dengan menggunakan huruf besar
berdasarkan gambar.
4 (MM) -
2
2a Lengkapkan perkataan
dengan suku kata yang diberi. 5 (MM) -
2b Pilih dan tulis perkataan
berdasarkan gambar 3 - (TMM)
3
3a
Lengkapkan suku kata dan tulis semula perkataan 10 item jawapan/ 5 soalan - (TMM) 3b
Lengkapkan suku kata dan
tulis perkataan berdasarkan gambar
3 (MM) -
4 4
Lengkapkan suku kata dan
tulis perkataan berdasarkan gambar 8 item jawapan/ 4 soalan - (TMM) 5 5
Pilih dan isi perkataan yang betul pada tempat kosong yang sesuai
4 (MM) -
6 6 Pilih dan tulis semula ayat yang
sesuai berpandukan gambar 4 (MM) -
7
7a
Susun semula perkataan-perkataan supaya menjadi ayat yang betul
3 (MM) -
7b Bina ayat berpandukan
gambar dan frasa yang diberi. 2 - (TMM)
8 8 Baca petikan di bawah dan
jawab soalan-soalan berikutnya 4 - (TMM)
8 Bahagian 13 Soalan 50 + 9 = 59 item 8 5
8.2 IPPKAM Bahagian No. Soalan Arahan Bilangan Item dalam soalan Mesti Menguasai (MM) Tidak Mesti Menguasai (TMM) Soalan 1 dan 4
1 Bilang dan tulis jumlah 1 (MM) -
2 1 (MM) -
3 1 (MM) -
4 1 (MM) -
Soalan 5 dan 6
5 Lengkapkan turutan nombor
berikut
3 (MM) -
6 2 (MM) -
Soalan 7 dan 12
7 Susun semula nombor
berikut ikut susunan menaik 5 - (TMM)
8 Tulis dalam angka 1 (MM) -
9 Tulis nilai tempat bagi
nombor yang bergaris 1 (MM) -
10 Tulis nilai digit bagi nombor
yang bergaris 1 (MM) -
11 Tulis nilai puluh dan sa
berdasarkan pembilang 2 (MM) -
12 Tulis nilai digit 2 (MM) -
Soalan 13 hingga 17 13 Selesaikan 1 (MM) - 14 1 (MM) - 15 1 (MM) - 16 1 (MM) - 17 1 (TMM) Soalan 18 hingga 22 18 Selesaikan 1 (MM) - 19 1 (MM) - 20 1 (MM) - 21 1 (MM) - 22 1 (MM) - Soalan 23 hingga 26 23 Selesaikan 1 (MM) - 24 1 (MM) - 25 1 (MM) - 26 1 (MM) - Soalan 27dan 28
27 Lengkapkan ayat matematik
berikut
4 (MM) -
28 3 (MM) -
Soalan 29
29 Lukiskan bilangan objek di dalam petak berdasarkan ayat matematik yang diberi
3 - (TMM) Soalan 30 hingga 32 30 Selesaikan 1 - (TMM) 31 1 - (TMM) 32 1 - (TMM)
Bahagian No. Soalan Arahan Bilangan Item dalam soalan Mesti Menguasai (MM) Tidak Mesti Menguasai (TMM) Soalan 33 dan 34
33 Tulis nilai wang berdasarkan gambar 1 (MM) - 34 1 (MM) - Soalan 35 dan 38 35 Kira jumlah 1 (MM) -
36 Kira dan tulis jumlah wang
yang perlu dibayar 1 (MM) -
37 Tuliskan masa berdasarkan
muka jam yang diberi 1 (MM) -
38 Lukis jarum jam dan minit
bagi masa berikut 1 (MM) -
Soalan 39 dan 40
39 Tandakan ( ) pada
jawapan yang betul. Lihat kalendar dan jawab soalan berikut 1 (MM) - 40 1 (MM) - Soalan 41 hingga 50
41 Selesaikan masalah berikut 1 - (TMM)
42 1 - (TMM) 43 1 - (TMM) 44 1 - (TMM) 45 1 - (TMM) 46 1 - (TMM) 47 1 - (TMM) 48 1 - (TMM) 49 1 - (TMM) 50 1 - (TMM) 50 Soalan 67 item 34 16 Jumlah 50 Soalan
10.0 BORANG PELAPORAN PENTAKSIRAN INDIVIDU (BPPI)
11.0 PENEMPATAN
11.1 KEPUTUSAN SKOR IPP2M
1. Bahasa Melayu – Mesti menguasai (MM) semua item soalan 1a, 1b, 1c, 2a, 3b, 5, 6, dan 7a (8 soalan / 32 item)
2. Bahasa Melayu – Tidak mesti menguasai (TMM) ialah item soalan 2b, 3a, 4, 7b, dan 8 (5 soalan / 27 item)
3. Tahap minimum telah menguasai skor ialah 40/50 (MM + TMM) 4. Tahap maksimum telah menguasai ialah skor 50/50 (MM + TMM)
SKOR KETERANGAN
0 - 13
Murid yang mendapat skor ini perlu membuat rujukan terus kepada pegawai perubatan. Murid ini kebarangkalian murid berkeperluan khas (MBK)
Penjelasan: Murid yang tidak menguasai semua kemahiran asas huruf Murid ini perlu mengikuti Program Pemulihan Khas.
14 - 39 Murid ini perlu mengikuti Program Pemulihan Khas.
40 - 50 Murid ini mengikuti Intevensi Bimbingan guru mata pelajaran di Kelas Perdana.
11.2 KEPUTUSAN SKOR IPPKAM
1. Matematik – Mesti menguasai (MM) semua item soalan 1-6, 8-16, 18-28 dan 35-40 (34 soalan / 54 item)
2. Matematik – Tidak mesti menguasai (TMM) ialah item soalan 7, 17, 29-32 dan 41-50 (16 soalan / 13 item)
3. Tahap minimum telah menguasai skor ialah 40/50 (MM + TMM) 4. Tahap maksimum telah menguasai ialah skor 50/50 (MM + TMM)
SKOR KETERANGAN
0 - 21
Murid yang mendapat skor ini perlu membuat rujukan terus kepada pegawai perubatan. Murid ini kebarangkalian murid berkeperluan khas (MBK)
Penjelasan: Murid yang tidak menguasai semua kemahiran asas nombor Murid ini perlu mengikuti Program Pemulihan Khas.
22 - 39 Murid ini perlu mengikuti Program Pemulihan Khas.
40 - 50 Murid ini mengikuti Intevensi Bimbingan guru mata pelajaran di Kelas Perdana.
12.0 PETUNJUK
1. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 2. Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) 3. Program Literasi dan Numerasi (LINUS)
4. Borang Pelaporan Penguasaan Individu (BPPI) 5. Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
6. Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
7. Instrumen Penentu Penguasaan Membaca dan Menulis (IPP2M) 8. Instrumen Penentu Penguasaan Kemahiran Asas Matematik (IPPKAM) 9. Mesti Menguasai (MM)
10. Tidak Mesti Menguasai (TMM) 11. Guru Pemulihan Khas
12. Guru Pemulihan Khas LINUS
13. Guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu