• Tidak ada hasil yang ditemukan

RAWATAN PHYTOSANITARY DI SINAGAMA: PERKONGSIAN PENGALAMAN DAN CABARAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "RAWATAN PHYTOSANITARY DI SINAGAMA: PERKONGSIAN PENGALAMAN DAN CABARAN"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

RAWATAN PHYTOSANITARY DI SINAGAMA: PERKONGSIAN PENGALAMAN DAN CABARAN 

Sofian Ibrahim, Jamilah Karim, Mohd Sidek Othman, Ahsanulkhaliqin Abdul Wahab, Ahmad Zainuri Mohd  Dzomir, Zainon  Othman, Hasan Sham & Mohd Khairul Azfar Ramli 

Abstrak 

Setelah  lebih  22  tahun  membantu  dalam  proses  pensterilan  dan  nyahcemar  produk‐produk  seperti  peralatan  perubatan,  rempah  ratus,  makanan  serta  herba,  Sinagama  dengan  kerjasama  SSDL,  BAB,  MARDI  dan  Jabatan  Pertanian  Malaysia  telah  mengorak  langkah  setapak  lagi  ke  hadapan  untuk  membantu  peladang  buah‐buahan  tempatan  melakukan  proses  rawatan  phytosanitary  ke  atas  hasil  tanaman  mereka  supaya  dapat  dieksport  ke  Amerika  Syarikat.  Laporan  ini  disediakan  bagi  membincangkan  cabaran‐cabaran  yang  perlu  ditempuhi  oleh  Sinagama  sepanjang proses pendaftaran dan mendapatkan persijilan dari United States Department of Agriculture  (USDA). Antara cabaran‐cabaran tersebut adalah keperluan Dos Sinaran Minimum, Pemetaan Dos, Sistem Kawalan  Biologi  Loji  Sinagama,  Rekod  Latihan  Kakitangan,  Prosedur  Kerja  dan  Keperluan  Asas  Pegawai  Plant  Health  Inspection  Service  (APHIS).  Kesemua  cabaran  ini  telah  ditempuh  oleh  Sinagama  dalam  merealisasikan  hasrat  negara dalam membantu  sektor pertanian. 

Abstract 

After more than 22 years involved in  sterilization and decontamination of products like medical devices, foods and  herbs,  Sinagama  with  the  cooperation  of  SSDL,  BAB,  MARDI  and  Malaysia  Department  of  Agriculture  has  make  another step ahead by helping the local fruits  farmers on phytosanitary treatment in order to help them exporting  their crops to United States. This report was prepared to discuss the challenges that have been faced by Sinagama  during registration and certification process from United States Department of Agriculture (USDA). The challenges  that Sinagama have to faced include Minimum Irradiation Dose, Dose Mapping Process, Biological Control, Training  Records, Working Procedures and requirements that needed by Plant Health Inspection Service (APHIS) Officer. All  these  challenged  has  been  faced  by  Sinagama  in order  to  make  sure  the  ambition of  our  nation  to  help  farming  sector become reality. 

Kata kunci: Pensterilan, Nyahcemar, Phytosanitary, Sinagama, USDA 

 

1. Pengenalan

Loji MINTec-Sinagama (Sinagama) merupakan nama yang tidak asing lagi dikalangan warga Agensi Nuklear Malaysia dan pengusaha-pengusaha industri kecil serta sederhana. Bermula dari tahun 1989 sehingga kini, Sinagama telah membantu banyak pengusaha dari dalam mahu pun luar negara dalam proses pensterilan dan nyahcemar produk-produk keluaran perusahaan mereka. Bagi memastikan proses-proses yang dijalankan di Sinagama ini terjamin kualiti dan mutu kerjanya, pihak pengurusan Agensi Nuklear Malaysia telah bersetuju supaya loji ini dilengkapi dengan sistem persijilan ISO 9001:2008 dan ISO 13485:2003.

Kini, setelah lebih 22 tahun membantu dalam proses pensterilan dan nyahcemar produk-produk seperti peralatan perubatan, rempah ratus, makanan serta herba, Sinagama dengan kerjasama SSDL, BAB, MARDI, FAMA dan Jabatan Pertanian Malaysia telah mengorak langkah setapak

(2)

lagi ke hadapan untuk membantu para peladang buah-buahan tempatan melalui proses rawatan phytosanitary ke atas hasil tanaman mereka supaya buah-buahan ini dapat dieksport ke Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, sebelum buah-buahan tersebut boleh dieksport, ladang tanaman, rumah pembungkusan dan loji kemudahan penyinaran dikehendaki berdaftar dibawah United States Department of Agriculture (USDA). Oleh itu, laporan ini disediakan untuk membincangkan cabaran-cabaran yang ditempuhi oleh loji kemudahan penyinaran Sinagama sahaja sepanjang proses percubaan untuk mendaftar dan mendapatkan persijilan USDA.

2. Cabaran

Pada pandangan pihak USDA, loji kemudahan penyinaran haruslah berupaya untuk membuktikan yang kakitangan dan peralatan penyinarannya mampu untuk menyinarkan dos minimum secara selamat, tepat dan konsisten kepada semua komponen komoditi. Oleh yang demikian, untuk mendaftarkan Sinagama sebagai kemudahan yang berupaya menjalankan proses rawatan phytosanitary, Sinagama dikehendaki mematuhi beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh pihak USDA. Antara syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak USDA adalah seperti berikut; 2.1. Keperluan Persijilan

Untuk melayakkan Sinagama memperolehi kebenaran melakukan proses rawatan phytosanitary melalui kaedah penyinaran, Sinagama terlebih dahulu perlu mendapatkan Sijil Kelulusan daripada USDA, United States of Agriculture’s Animal and Plant Health Inspection Service (APHIS), Plant Protection Quarantine (PPQ) dan The Centre of Plant Health Science and Technology (CPHST). Kemudian, Sinagama dikehendaki pula mematuhi Perjanjian Kepatuhan (Compliance Agreement) bersama pihak APHIS dan National Plant Protection Organization (NPPO). Perjanjian Kepatuhan ini akan memberikan kebenaran kepada pihak APHIS dan NPPO untuk melakukan pemeriksaan Preclearance ke atas loji Sinagama; meliputi pencahayaan yang sesuai, carta pemeriksaan kualiti dan pengurusan produk mulai dari saat penerimaan, penyinaran dan penyerahan semula produk.

2.2. Lesen Loji Sinagama

Sehingga kini, Sinagama beroperasi dibawah lesen yang diberikan kepada Agensi Nuklear Malaysia oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA). Lesen setebal 34 muka surat dalam bahasa Melayu perlu diterjemahkan ke bahasa Inggeris. Kemudian, salinan tersebut telah disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah.

2.3. Dose Sinaran Minimum

Dos sinaran bagi kebanyakan produk yang dihantar ke Sinagama bagi tujuan rawatan nyahcemar dan pensterilan adalah dari julat 5- 25 kGy. Bagi kaedah rawatan phytosanitary, dos sinaran minimum yang diperlukan bagi menghapuskan atau merencatkan perkembangan serangga

(3)

perosak adalah 400 Gy manakala dos maksimumnya adalah 1 kGy. Jadual 1 dibawah menunjukkan dos sinaran minimum yang disarankan oleh USDA bagi menghapus serangga-serangga perosak daripada pelbagai spesies. Kegagalan Loji Sinagama untuk menyinarkan buah rambutan pada julat dose 400-1000 Gy akan menyebabkan kegagalan dalam mendapatkan persijilan daripada USDA.

_________________________________________________________________ Scientific name Common name Dose (gray)

________________________________________________________________

Anastrepha ludens... Mexican fruit fly... 70

Anastrepha obliqua...…….. West Indian fruit fly……….. 70

Anastrepha serpentina... Sapote fruit fly... 100

Anastrepha suspensa... Caribbean fruit fly……….... 70

Bactrocera jarvisi... Jarvis fruit fly... 100

Bactrocera tryoni... Queensland fruit fly……... 100

Brevipalpus chilensis... False red spider mite…….... 300

Conotrachelus nenuphar... Plum curculio... 92

Croptophlebia ombrodelta... Litchi fruit moth... 250

Cryptophlebia illepida... Koa seedworm... 250

Cylas formicarius elegantulus……... Sweet potato weevil... 150

Cydia pomonella... Codling moth... 200

Euscepes postfasciatus... West Indian sweetpotato 150

weevil. Grapholita molesta... Oriental fruit moth... 200

Omphisa anastomosalis... Sweetpotato vine borer….... 150

Rhagoletis pomonella... Apple maggot... 60

Sternochetus mangiferae………..…... Mango seed weevil……... 300

(Fabricus). Fruit flies of the family Tephritidae not listed above……….... 150

Plant pests of the class Insecta not listed above, except 400 pupae and adults of the order Lepidoptera.

Jadual 1: Dos Sinaran Minimum Bagi Menghapuskan Serangga Tertentu Yang Diperakui Oleh APHIS

2.4. Pemetaan Dos

Rawatan phytosanitary ke atas buah rambutan yang dijalankan di Sinagama agak unik dan berlainan daripada kaedah yang telah digunapakai oleh Sinagama sebelum ini. Berdasarkan komen dan perbincangan bersama pihak USDA, mereka telah mencadangkan kepada Sinagama untuk melakukan proses pemetaan dose ke atas alat penyinaran dan produk mengikut kaedah yang dibangunkan oleh pihak USDA. Melalui kaedah tersebut, penggunaan dosimeter dari 120 unit per tote telah dikurangkan kepada 27 unit sahaja. Bacaan bagi kesemua dose sinaran tersebut kemudiannya akan dimasukkan ke dalam software yang dibekalkan oleh pihak USDA, di mana kesemua maklumat yang diperlukan oleh Bahagian Kawalan Kualiti Sinagama akan diperolehi dengan pantas dan tepat. Penambahan prosedur yang melibatkan proses rawatan phytosanitary dalam dua prosedur sedia ada pada Manual Kualiti Sinagama, iaitu SP13 (Irradiator Dose mapping) dan SP14 (Product Dose Mapping) telah dilaksanakan. Adalah penting untuk ditekankan bahawa penambahan prosedur pada SP13 dan SP14 ini masih

(4)

mematuhi Standard ISO/ASTM 51204-2002(E) atau Standard terkini ISO/ASTM, Practice for the Application of Dosimetry in the Characterization of a Gamma Irradiation Facility for Food Processing.

2.4.1. Pemetaan Dos Alat Penyinaran

Proses pemetaan dose ke atas alat penyinaran dijalankan dengan bantuan dari Makmal Standard Dosimetri Sekunder (SSDL). Sinagama telah menggunakan 1 daripada 2 rak punca sinarannya untuk membolehkan dos sinaran serendah 400 Gy diperolehi. Aktiviti ini dilakukan bagi mematuhi prosedur kerja Manual Kualiti Sinagama, SP13 (Irradiator Dose Mapping), di mana proses pemetaan dos ke atas alat penyinar ini perlu dilakukan sekiranya berlaku:

i. sebarang manipulasi ke atas punca sinaran; termasuk penambahan atau pengalihan pensil Co-60 dari ataupun antara rak

ii. sebarang perubahan besar pada struktur alat penyinar dan iii. sekiranya terdapat arahan rasmi dari pihak pengurusan.

2.4.2. Pemetaan Dos Produk

Setelah berjaya menjalankan aktiviti pemetaan dos ke atas alat penyinaran, pemetaan dos ke atas produk buah-buahan perlu dilakukan. Berdasarkan prosedur kerja Manual Kualiti Sinagama, SP14, sesuatu produk itu perlu menjalani proses pemetaan dos apabila terdapatnya keadaan seperti yang berikut:

i. Produk yang pertama kali dihantar untuk diproses

ii. Apabila terdapatnya perubahan pada cara pembungkusan (kotak), yang akan mempengaruhi ketumpatan tote

iii. Apabila terdapatnya perubahan pada sistem alat penyinaran, yang mana akan memberi kesan ke atas pengagihan dos dan prestasi alat

iv. Bagi tujuan seliaan atau arahan rasmi dari pihak pengurusan

Rumusan bagi corak pengisian produk (product loading pattern) dan pemetaan dos produk akan diberikan kepada pelanggan sebagai rujukan.

2.5. Kawalan Biologi

Untuk memastikan Loji Sinagama bebas dari serangga-serangga yang dikhuatiri boleh merosakkan buah-buahan, penambahan prosedur telah dilakukan dalam prosedur SP07 (Work Environment). Antaranya adalah keperluan bagi proses ‘fogging’. Proses tersebut perlu dilakukan sekurang-kurangnya sehari sebelum ketibaan buah-buahan dari loji pembungkusan. Proses ini dilakukan bagi memastikan sebarang potensi ancaman daripada serangga-serangga yang sedia ada di Loji Sinagama.

(5)

Turut ditambah pada prosedur tersebut adalah proses yang melibatkan kerja-kerja naik taraf di Loji Sinagama Antaranya pemasangan perangkap serangga, jaring halus disekeliling bumbung bangunan, pemasangan tirai plastic dan langsir udara (air curtain) pada pintu keluar dan masuk barang serta penutupan pintu utama Sinagama.

Menurut pihak USDA, buah-buahan yang dihantar ke Sinagama hendaklah diasingkan antara yang belum dan yang telah dirawat bagi menjamin kualiti buah-buahan terus terpelihara. Perkara ini tidak menjadi masalah kepada pihak SInagama kerana kaedah pengasingan antara produk yang belum dan telah dirawat sememangnya telah diamalkan sebelum ini bagi memenuhi tuntutan ISO 9001:2008 di bawah klausa 6.3 (Infrastruktur) dan 7.5.5 (Penjagaan Produk Pelanggan). Ketiadaan kemudahan simpanan sejuk di Sinagama menyebabkan buah-buahan yang telah dirawat akan diserahkan semula kepada pelanggan secepat yang mungkin untuk mengelakkannya dari rosak.

2.6. Rekod Latihan Kakitangan Utama

Sebagai salah satu syarat lagi untuk mendapatkan persijilan dalam rawatan phytosanitary dari USDA, rekod latihan bagi kakitangan yang bertanggungjawab untuk menggendalikan perkhidmatan rawatan phytosanitary ini hendaklah disediakan. Kakitangan-kakitangan berkenaan juga dikehendaki sentiasa menjalani latihan yang berkaitan dengan tugasan mereka dari semasa ke semasa bagi memastikan mereka semua berkelayakan dan berkebolehan. Memandangkan Loji Sinagama telah pun mempunyai persijilan ISO 9001:2008 dan ISO 13485:2003, perkara yang berkaitan dengan latihan dan rekodnya tidak menjadi masalah kerana perkara ini telah dilaksanakan bagi mematuhi tuntutan pada klausa 6.2 iaitu Tenaga Kerja.

2.7. Prosedur yang Didokumenkan

Salah satu syarat utama untuk mendapatkan kelulusan menjalankan rawatan phytosanitary bagi pengeksportan buah-buahan ke Amerika Syarikat adalah, penyediaan dokumen SOP yang lengkap oleh kemudahan penyinaran. SOP tersebut haruslah meliputi setiap proses, pengendalian dan penjagaan produk. Memandangkan Loji Sinagama telah agak lama mempunyai persijilan ISO 9001:2008 dan ISO 13485:2003, kesemua prosedur kerjanya telah didokumenkan dengan lengkap dalam Manual Kualiti. Walau bagaimanapun, sedikit penambahan yang berkaitan prosedur penerimaan dan pelepasan barang serta dosimetri perlu dilakukan bagi memastikan Manual Kualiti tersebut mematuhi syarat yang dikenakan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat. Manual Kualiti Sinagama akan dilihat dari semasa ke semasa oleh NPPO/APHIS setiap kali mereka menjalankan pemeriksaan untuk memastikan Sinagama mematuhi Perjanjian Kepatuhan, jadual rawatan dan peraturan yang digunapakai.

(6)

3. Pensijilan Semula

Tidak seperti pensijilan semula ISO 9001:2008 dan ISO 13485:2003 yang dilakukan pada setiap 3 tahun, pensijilan semula bagi proses rawatan phytosanitary ini hanya perlu dilaksanakan apabila perkara-perkara berikut berlaku :-

i. Pertukaran pada pengurusan pusat kemudahan penyinaran, yang mana pihak Pengurus Program APHIS IS berpendapat perubahan tersebut boleh memberi kesan terhadap proses rawatan phytosanitary yang dijalankan.

ii. Perubahan pada struktur bangunan pusat kemudahan penyinaran iii. Perubahan pada operasi pusat kemudahan penyinaran

iv. Perubahan pada sumber/punca sinaran.

4. Keperluan lain bagi Loji Sinagama

Selain dari syarat-syarat dikenakan diatas, Loji Sinagama juga diwajibkan untuk menuruti beberapa tuntutan sampingan daripada pihak USDA. Bagi mereka, tuntutan ini amat perlu dalam memastikan operasi rawatan adalah selamat dan berkesan. Antara tuntutan-tuntutan mereka adalah:-

4.1. Ruang Pejabat

Sinagama dikehendaki menyediakan satu bilik di kawasan yang selamat sebagai pejabat sementara pegawai APHIS. Bilik yang lengkap kerusi dan meja ini hendaklah sentiasa bersih, berhawa dingin, mempunyai sumber pencahayaan yang baik, mempunyai talian telefon dan internet. Bagi memenuhi tuntutan ini, pihak Pengurusan Sinagama telah bersetuju untuk menempatkan pegawai APHIS di makmal Dosimetri.

4.2. Bilik Kawalan

Bilik kawalan bagi mana-mana loji penyinaran merupakan tempat larangan bagi individu yang tiada kaitan dengan kerja-kerja penyinaran termasuklah bilik kawalan bagi Loji Sinagama. Walau bagaimanapun, untuk memastikan Loji Sinagama mendapat pengiktirafan menjalankan proses rawatan phytosanitary ke atas buah rambutan, kelonggaran untuk keluar dan masuk ke Bilik Kawalan hendaklah diberikan kepada pegawai APHIS atas alasan untuk memudahkan mereka membuat verifikasi ke atas data penyinaran.

(7)

4.3. Keperluan Keselamatan Dan Kesihatan

Salah satu tuntutan pihak APHIS kepada Loji Sinagama adalah melibatkan beberapa alatan yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan para kakitangan di loji ini. Tuntutan tersebut tidak menjadi beban kepada Sinagama kerana perkara ini adalah selari dengan tuntutan Persijilan ISO 9001:2008 dan ISO 13485:2005 pada klausa 6.3 (Infrastruktur) dan 6.4 (Persekitaran Kerja). Bagi kakitangan APHIS yang bertugas di Loji Sinagama sepanjang masa proses rawatan phytosanitary ke atas buah rambutan, pihak pengurusan Sinagama telah bersetuju untuk meminjamkan dosimeter pen bagi pengukuran dos dedahan yang diterima oleh kakitangan tersebut.

5. Kesimpulan

Secara keseluruhan, kebanyakan syarat-syarat yang dikenakan oleh USDA ke atas MINTec-Sinagama adalah tidak begitu membebankan. Kebanyakan syarat-syarat tersebut telah dipatuhi oleh Sinagama bersesuaian dengan tuntutan persijilan ISO 9001:2008 dan 13485:2003. Walau bagaimanapun, setiap kakitangan Sinagama tidak harus merasa selesa dengan keadaan ini kerana sebarang kesilapan atau kecuaian akan mengakibatkan kegagalan Sinagama dalam mendapatkan pengiktirafan dari pihak USDA.

6. Penghargaan

Ucapan setinggi-tinggi terima kasih ke atas semua kakitangan Sinagama , SSDL, BAB, MARDI, Jabatan Pertanian dan FAMA kerana telah membantu didalam penyediaan kertas kerja ini.

7. Rujukan

1. Quality Manual, MINTec-SINAGAMA, Malaysian Nuclear Agency.

2. Irradiation Operation Work Plan, 2006, United States Dept of Agriculture Animal and Plant Health Inspection Service Plant Protection and Quarantine (APHIS)

3. Zulkifli Kamaruzzaman, Asna Booty Othman & Chan Ah Kiow, 2002, “Irradiation from A Phytosanitary Treatment Perspective”, Kuala Lumpur, Malaysia.

4. Zainon Othman & Muhammad Lebai Juri, 2000, “The Potential Of food Irradiation In Malaysia”, Malaysian Nuclear Agency, Bangi, Malaysia.

(8)

5. Chan. A. K., 1999, “Response to the Model Protocol for the Use of Irradiation as a Quarantine Treatment for the Export and Import of Fresh Fruits and Vegetables for ASEAN”, Kuala Lumpur, Malaysia.

6. Vijaysegaran et. Al., 1990, “Gamma Irradiation as a Quarantine Treatment of Carambola, Papaya, Mango and Guava”, Kuala Lumpur, Malaysia.

Referensi

Dokumen terkait

container yang terdiri dari inner capsule, outer capsule terbuat dari bahan stainless steel seperti yang ditunjukkan pada Gambar. 10

Pohon yang ditanam oleh siswa SD Negeri Cidahu adalah pohon belimbing (Gambar 1b) yang dinamai “Dragon Ball” dan pohon mangga yang dinamai “Refiliana” oleh

Kurangnya konsep yang terdapat di buku panduan yang digunakan oleh siswa dalam mata pelajaran Ilmu Pengetahuan Alam kelas IV.5 Dari permasalahan yang ada, perlu dilakukan

2) Kawasan sempadan sungai sebagaimana dimaksud pada ayat (1) huruf a adalah kawasan sepanjang kanan kiri sungai, termasuk sungai buatan, kanal, dan saluran irigasi

Pertanyaan penelitian yang muncul dalam penelitian ini adalah bagaimanakah pencapaian pe- serta didik dalam menyelesaikan tes kemampuan li- terasi matematika, penerapan

Simulasi sistem dinamik membantu industri dalam memprediksi jika terjadi peningkatan pesanan produk, sehingga industri dapat segera mengidentifikasi kebutuhan jumlah

Dalam penelitian ini tujuan yang ingin dicapai yaitu untuk menentukan besarnya momen gaya dan nilai konsumsi energi pada pekerja bongkar es balok, untuk

Pendidikan pada abad ini memiliki peran yang sangat penting karena dunia pendidikan dituntut untuk mampu menjamin peserta didik memiliki keterampilan belajar dan