• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kertas Kerja Larian 1 Malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kertas Kerja Larian 1 Malaysia"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

KERTAS KERJA LARIAN 1 MALAYSIA SK BANDAR TASIK KESUMA, BERANANG. 1.0 PENGENALAN

Program Larian 1 Malaysia dirancang untuk dilaksanakan sebagai menyahut seruan Gagasan 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak. Tujuan konsep ini diperkenalkan adalah untuk melahirkan Bangsa Malaysia yang lebih berdaya tahan. Konsep ini bertepatan dengan cita rasa dan realiti rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan ia sejajar dengan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip Rukun Negara.

1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. ‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’

Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Negara ini adalah negara untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan

Warga SK Bandar Tasik Kesuma sememangnya terdiri daripada 3 kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Maka program ini dirancang untuk memupuk perpaduan antara kaum di sekolah ini khasnya dan masyarakat setempat umumnya. Diharapkan program Larian 1 Malaysia ini dapat memantapkan dan mengeratkan lagi silaturahim antara warga SKBTK dengan masyarakat setempat.

(2)

1. Meningkatkan penghayatan murid pelbagai kaum dan agama terhadap aspek perpaduan nasional.

2. Melahirkan murid yang cergas dan cerdas agar kelak menjadi rakyat yang boleh menyumbang ke arah kemajuan negara.

3. Menanam rasa penerimaan terhadap rakan-rakan yang terdiri daripada pelbagai kaum, berbeza amalan dan kebudayaan.

4. Memberi peluang kepada semua murid menyertai aktiviti yang dianjurkan tanpa mengira bangsa dan agama.

3.0 OBJEKTIF

1. Murid menyedari pentingnya perpaduan antara kaum dalam membina negara Malaysia yang aman dan makmur.

2. Murid merasai pengalaman bergaul / berkomunikasi dengan rakan-rakan mereka yang berbilang kaum dan agama.

3. Murid dapat memahami dan menghayati konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri.

4. Murid menyedari kepentingan menjaga kesihatan agar mereka menjadi warga Malaysia yang cergas dan cerdas.

4.0 TENTATIF PROGRAM

(3)

SK BANDAR TASIK KESUMA, BERANANG

TARIKH : 26 JUN 2010

HARI : SABTU

MASA : 7.45 PAGI

TEMPAT : DATARAN PERHIMPUNAN DAN KAWASAN PERUMAHAN BANDAR TASIK KESUMA.

7.45 pagi : Murid Mengambil Tempat

Aktiviti Memanaskan Badan dan Regangan 8.00 pagi : Larian Bermula

10.00 pagi : Murid Rehat

10.30 pagi : Murid Berkumpul Semula di Dataran Perhimpunan Ucapan Aluan Pengerusi Majlis

Bacaan Doa

Ucapan Guru Besar – Tn. Hj. Abd. Shukor b Ujang Ucapan YDP PIBG – En. Norazman b Ahmad Kalam Penyampaian Hadiah

11.30 pagi : Bersurai

5.0 JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM

(4)

PENGERUSI : EN. NORAZMI B MD ISA

TIM. PENGERUSI : PN. HJH. HALIMAH BT MD JOHAN NAIB PENGERUSI 1 : PN. HASNIZAR BT KHARUDIN NAIB PENGERUSI 2 : EN. MOHD ZAKI B ABD RAHMAN

SETIAUSAHA : PN. NOOR AFZAN BT ABDUL MUTALIB BENDAHARI : PN. NORHAYATI BT ARIFFIN

PELEPAS

Guru Besar – Tn. Hj Abd Shukor b Ujang YDP PIBG – En. Norazman b Ahmad Kalam

PENGACARA MAJLIS BACAAN DOA

Pn. Suriati Sapuan En. Mohd Roslan Abd Rahim

BUKU PROGRAM P/A SISTEM

Pn. Noor Afzan Abdul Mutalib En. Abd Manab Alwi

HADIAH JAMUAN TETAMU

Pn. Rohaya Yussuf (K) Pn. Najmiyah Mansor (K) Pn. Norhamiza Hassan Pn. Noraini Yusofe Pn. Zulina Mat Tasim Pn. Noorny Aliza Mat Ali Pn. Suzana Mokhtar Rudin Pn. Azlina Jais

Pn. Salina Abd Latib Pn. Kyairani Mustafa

PERSIAPAN TEMPAT BACK DROP

En. Mohd Yusri Abd Hamid(K) Pn. Jamilah Mohd Yusof (K) En. Mohd Naim Abd Ghani Pn. Rosnamilah Ahmad

MAKANAN & MINUMAN MURID PENGURUS PEMENANG

Pn. Latifah Abd Latif (K) Pn. Junaidah Samsudin (K) Pn. Siti Laila Morsidek Pn. Norlia Samsuri

(5)

Pn. Hazura Abd Rahim Pn. Noor Malisa Md Said Pn. Aida Rahayu Dalail Pn. Norlizana Kamaruzaman

Pn. Norliza Yahya Pn. Sanisah Dani

Pn. Ruzita Alias

Pn. Rosiah Manap DOKUMENTASI

Pn. Nor Junaidah Othman Pn. Punithevathy Marappan

DISIPLIN KESELAMATAN / CHECK POINT

Pn. Jeyamalar Muthu(K) En. Mohd Ridzuan Mat Saad (K) Pn. Rosiah Mustafa En. Mohd Khalil Ramli

Pn. Haslinah Mohd Din En. Mohd Zahari Ismail

Pn. Salmah Tahar En. Shahriman Abdullah

Pn. Rozaini Andek Arifin En. Mohd Syafiq Aizat Sujali Pn. Azniza Abdullah En. Abd Raof Zambari

Pn. Aminah Tahir En. Samsul Anuar Mohd Kamil

JURUGAMBAR PERTOLONGAN CEMAS

Pn. Khaliza Jamaludin(K) Pn. Clinie Anak Jonathan Ujang Pn. Norshahida Abu Bakar Ahli PBSM

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

(6)

1 Hadiah – Tempat Pertama - 6 – Tempat Kedua - 6 – Tempat Ketiga - 6 18 X RM 3 = RM 54.00 2 Cenderahati Perasmian RM 18.00

3 Makanan dan Minuman Murid

– RM 2 X 900 orang = RM 1800.00 RM 1800.00

4 Jamuan Guru dan Tetamu

– RM 3 X 120 orang = RM 360 RM 360.00

JUMLAH RM 2232.00

(7)

REFLEKSI

Program yang telah dijalankan pada 26 Jun 2010 berjalan lancar. Walaupun kehadiran murid tidak penuh, tetapi acara tetap berlangsung dengan meriah. Kehadiran ibu bapa juga amat menggalakkan. Dari segi keselamatan, tiada sebarang kecederaan serius yang dilaporkan. Murid-murid yang tidak larat untuk meneruskan larian telah di bawa pulang ke sekolah dengan menaiki kereta oleh guru yang bertugas bahagian keselamatan. Kerjasama daripada semua ajk juga sangat baik. Ibu bapa yang hadir juga secara sukarela telah menghulurkan bantuan dari segi kawalan keselamatan semasa murid berlari dan juga bantuan semasa murid berehat. Ini menunjukkan bahawa matlamat untuk mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dengan masyarakat sekeliling telah tercapai. Diharap kerjasama baik ini akan berterusan bagi setiap majlis yang bakal dianjurkan oleh pihak sekolah.

KEKANGAN

Kehadiran murid didapati tidak mencapai 100%. Ini menyebabkan terdapat lebihan kepada makanan dan minuman yang telah disediakan. Walaubagaimanapun tiada pembaziran berlaku kerana makanan yang berlebih dibungkus dan diagihkan kepada petugas-petugas sukarela. Hasrat sekolah untuk memberi pendedahan tentang program 1 Malaysia juga menjadi tidak menyeluruh kerana ada murid yang tidak hadir. Masalah lain yang dikesan adalah masalah sistem bunyi ( PA Sistem). ‘PA sistem’ didapati mengalami masalah yang menyebabkan acara perasmian dan penyampaian hadiah mengalami sedikit kelam kabut kerana suara tidak kedengaran. Ini mungkin disebabkan oleh keadaan pembesar suara dan mikrofon milik sekolah yang sudah uzur. Untuk majlis akan datang diharap ajk bahagian ‘PA sistem’ dapat meminjam peralatan daripada PKG Semenyih atau sekolah yang berdekatan.

(8)
(9)
(10)

PERINGKAT PERANCANGAN

Mesyuarat AJK PIBG

Taklimat Oleh Guru Besar

Guru-guru mendengar taklimat dari guru besar

(11)

Pendaftaran

(12)

LARIAN

BERMULA

VIP juga turut sama

memanaskan badan

(13)

PERASMIAN DAN PEYAMPAIAN HADIAH

(14)

TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG

Tetamu

Jemputan

(15)

MINIT MESYUARAT PROGRAM LARIAN 1 MALAYSIA

SK BANDAR TASIK KESUMA, BERANANG, SELANGOR DARUL EHSAN

TARIKH : 3 Jun 2010 MASA : 12.30 tgh TEMPAT : Bilik Seminar

(16)

1. Tn. Hj. Abd. Shukor b Ujang 2. Pn. Hjh. Halimah bt Md Johan 3. En. Norazmi b Md Isa

4. Pn. Hasnizar bt Kharudin 5. En. Mohd Zaki b Abd Rahman 6. Pn. Radziah bt Mat Piah

7. Pn. Noor Afzan bt Abdul Mutalib 8. Pn. Suriati bt Sapuan

9. Pn. Khaliza bt Jamaludin 10. Pn. Junaidah bt Samsuddin 11. Pn. Latifah bt Abd Latif

12. Pn. Clinie Anak Jonathan Ujang 13. Pn. Rohaya by Yussuf

14. Pn. Najmiyah bt Mansor 15. Pn. Jeyamalar a/p Muthu 16. Pn. Punithevathy a/p Marappan 17. En. Abdul Manab b Alwi 18. En. Yusri b Abd Hamid

19. En. Mohd Ridzuan b Mat Saad 20. Pn. Jamilah bt Mohd Yusof

1. UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru. Mesyuarat hari ini dihadiri oleh ketua-ketua setiap jawatankuasa kecil.

2. PENGENALAN PROGRAM

2.1 Program Larian 1Malaysia ini dirancang untuk menyahut seruan Perdana Menteri yang memperkenalkan Konsep 1Malaysia. Program ini juga untuk memberi pendedahan kepada murid maksud 1Malaysia.

2.2 Larian 1Malaysia akan diadakan pada 26 Jun 2010 (Sabtu) dan dirasmikan oleh YDP PIBG, En. Norazman b Ahmad Kalam.

3. PEMBAHAGIAN TUGAS

3.1 Pengacara Majlis – Pn. Suriati Sapuan

Bersedia untuk acara perasmian dan penyampaian hadiah.

3.2Buku Program – Pn. Noor Afzan Abdul Mutalib

Sediakan buku program untuk guru-guru dan tetamu jemputan. 3.3 Abdul Manab Alwi

Pastikan P/A sistem berada dalam keadaan baik dan boleh berfungsi tanpa masalah. 3.4 Hadiah – Pn. Rohaya Yussuf

Tempah medal daripada pembekal biasa. Setiap aliran diperuntukkan 3 pemenang. Jumlah medal yang perlu ditempah ialah 18. Peruntukan hadiah ialah RM54.00. Cenderahati untuk perasmi adalah sebanyak RM 18.00.

(17)

Tempah makanan daripada pihak kantin sekolah. Peruntukan jamuan adalah sebanyak RM 360.00

3.6 Makanan dan Minuman Murid – Pn. Latifah Abd Latif

Tempah makanan daripada pihak kantin sekolah. Peruntukan untuk murid adalah RM2 x 900 orang = RM1800. Makanan dibungkus, minuman diberi dalam cawan setelah murid selesai berlari.

3.7 Persiapan tempat-Yusri Abd Hamid

Sediakan khemah untuk tetamu. Gunakan khemah yang terdapat di stor kokurikulum. Boleh minta bantuan pekerja-pekerja sekolah.

3.8 Back drop – Pn. Jamilah Mohd Yusof Sediakan back drop di pentas perhimpunan.

3.9 Keselamatan dan Check Point – En. Mohd Ridzuan Mat Saad

Laluan yang akan digunakan adalah laluan merentas desa. Tempatkan guru-guru di simpang-simpang yang bahaya dan kawasan sunyi. 2 orang guru perlu meronda menggunakan motosikal.

3.10 Disiplin – Pn. Jeyamalar a/p Muthu

Kawal disiplin murid semasa upacara perasmian dan penyampaian hadiah. 3.11 Pertolongan Cemas – Pn. Clinie Anak Jonathan Ujang

Sediakan peti pertolongan cemas. Boleh dapatkan peti tersebut di bilik kesihatan. Sediakan satu ruang di kantin untuk merawat kecederaan murid, jika ada.

3.12 Dokumentasi- Punithevathy a/p Marappan

Dokumentasi perlu disiapkan dalam tempoh seminggu selepas program berlangsung.

4. HAL-HAL LAIN

4.1 Guru besar berharap program ini akan berjalan dengan lancar.

4.2 Semua ketua bolehlah mengadakan perjumpaan dengan AJK masing-masing untuk pembahagian tugas.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

... ... NOOR AFZAN BT ABDUL MUTALIB HJ. ABD. SHUKOR B UJANG Setiausaha Program Larian 1Malaysia Pengerusi Program Larian

(18)

Referensi

Dokumen terkait

terhadap demokrasi dan proses demokrasi di Malaysia, kecuali pada Pemerintahan Tun Abdul Razak tahun 1972 dan 1973 yang melahirkan demokrasi liberal, dan (4) rezim politik

Bagi pihak seluruh warga Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Universiti Malaysia Pahang, saya ingin mengalu-alukan kedatangan Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul

Penelitian ini dimaksudkan untuk menganalisa terjadinya migrasi Malaysia khususnya migrasi profesional pada masa pemerintahan Najib Tun Razak serta kebijakan yang

Izinkan saya untuk mengakhiri pembahasan ini dengan sebuah ungkapan syukur dan terima kasih kepada Yang Mulia Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Ketua Konferensi

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted

_ _ _2:::....:.4~JA~N=Uji.RI1998 ~__ Kuota untuk pelajar Sabah kekal 40 peratus Dalam Universiti Malaysia Sabah KOTA KINABALV: Menteri Pendidikan Datuk Seri Najib Tun Razak

This means that they are entitled to a loan of up to 110% 8 My Home Scheme Announced by Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak at the tabling of the Supply Bill 2014 in the Parliament