• Tidak ada hasil yang ditemukan

Peristiwa 13 Mei 1969

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Peristiwa 13 Mei 1969"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

Peristiwa 13 Mei 1969 Pengenalan

Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan terhadap politik , ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba - tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab-sebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang kepada peristiwa 13 Mei . Selain itu kesan peninggalan penjajah Inggeris juga boleh dilihat sebagai punca kepada peristiwa tersebut. Amalan diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah banyak merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu.

Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak meninggalkan kesan yang negetif terrhadap masyarakat Melayu khasnya dan golongan bumiputera amnya. Pengenalan ekonomi mengikut ras umpamanya adalah bukti yang jelas kepada persoalan ini.Keadaan ini merupakan suatu kesan yang nyata selepas penjajahan British.Dasar ekonomi baru yang dirancangkan oleh kerajaan pada 1971 merupakan satu usaha bertujuan untuk mengimbangi kembali kedudukan ekonomi dan hubungan antara kaum di Malaysia.

Punca-Punca Yang Membawa Kepada Peristiwa 13 Mei 1969 1. Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun

Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina.

2. Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris

Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang.1 Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri . Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang

(2)

3. Latar belakang pendidikan yang berbeza

Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melyu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India .4 Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar sahaja.

4. Pertelingkahan Parti Politik

Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah turut serta dalam pilihan raya . Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu tidak akan menyertai pilihan raya itu .Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang .

Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan, 5 maka PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO dan orang-orang Melayu . Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa, malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggung orang-orang Melayu. Sedangkan segala-galanya telah dipersetujuinya sebelum ini . Setelah gagal dalam pilihan raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen Perpadauan Malaysia (KPM) dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak. KPM juga telah menyebarkan cogan kata "Malaysia hak orang Malaysia " (Malaysian Malaysia) dengan tujuan supaya hak istimewa orang Melayu atau bumiputera dihapuskan .

5. Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu

PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan . Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan . Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia " , isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu.

Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina .

(3)

6. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara

Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei . Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara.10 Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi. Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu . Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan , Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan . Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin Ismail.

Kesimpulan

Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan kaum yang menggariskan sempadan - sempadan yang harus diteliti dan dipelihara oleh semua pihak, malah ia turut memaparkan rahsia-rahsia pembinaan negarabangsa yang mencakupi bidang-bidang politik, sosial dan ekonomi serta betapa pentingnya integrasi nasional. Andaikata petanda-petanda yang diperolehi itu gagal dimenafaatkan sudah tentu cita-cita untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara maju dan makmur akan menjadi bayangan sahaja.

http://tatiuc.edu.my/syahrul/peristiwa_13_mei.htm

PENGAJARAN PERISTIWA 13 MEI

Rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 adalah peristiwa tragis yang terburuk dialami oleh Malaysia dan peristiwa itu hampir-hampir memusnahkan negara ini. Dengan kebijaksanaan pemimpin dan semangat setia kawan rakyat, bencana itu telah dapat ditangani dan negara kembali pulih seperti sediakala. Banyak pengajaran yang boleh dipelajari daripada bencana itu. Antara yang terpenting ialah mustahaknya memperkukuhkan perasaan muhibah dan ikatan perpaduan antara kaum demi kestabilan politik dan keselamatan Malaysia yang berbilang kaum ini.

Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu titik tolak ke arah kebaikan kepada negara kita kerana selepas sahaja peristiwa tersebut berlaku semua pihak mulai sedar dan saling bekerjasama membentuk perpaduan yang lebih jitu seperti yang dapat kita saksikan kini. Apa yang perlu dilakukan oleh rakyat Malaysia ialah terus mendukung aspirasi nasional tanpa mengira apa pun fahaman politik dan saling membantu antara satu sama lain ke arah Malaysia yang lebih adil. Dasar-dasar yang dirangka

(4)

oleh kerajaan pula haruslah didokong dan diberi sokongan yang sewajarnya agar ia berjaya mencapai matlamatnya.

Tercetusnya rusuhan kaum atau etnik pada 13 Mei 1969 mengejutkan rakyat dan negara. Perpaduan yang disangkakan kukuh hasil muafakat antara tiga kaum terbesar iaitu orang Melayu, Cina dan India semasa menggubal perlembagaan negara jelas bersifat sementara.[1] Ia gagal menanamkan sifat tolak ansur yang berkekalan. Peristiwa ini telah menyedarkan dan memaksa pemimpin-pemimpin negara meneliti isu perpaduan dengan lebih serius. Hasil penelitian itu, tindakan jangka pendek dan jangka panjang telah diambil untuk memulihkan dengan segera keamanan dan memupuk kembali bibit-bibit perpaduan yang telah goyah.

Pengajaran “Peristiwa 13 Mei 1969 ” .

Pergaduhan kaum antara orang melayu dan orang cina tercetus pada 13 Mei 1969 merupakan kemuncak semangat perkauman yang kuat dan tidak dapat dibendungkan lagi.Tragedi tersebut berlaku sebaik sahaja keputusan pilihanraya tahun 1969 selesai diumunkan. 13 Mei 1969 tidak akan berulang lagi kerana membahayakan keamanan, negara dan perpaduan masyarakat Malaysia. Antara lima (5) pengajaran yang boleh dijadikan iktibar oleh rakyat malaysia ialah :

1. Kehilangan Nyawa dan Harta Benda

Peristiwa 13 Mei 1969 ini sebenarnya tidak menghasilkan sebarang faedah kepada berlakunya perpecahan dan perbalahan antara kaum Melayu dan kaum Cina yang mengakibatkan kerosakan harta benda yang besar malah yang paling malang ialah nyawa yang terkorban, kejadian seperti ini menggalakan kesan dan pengajaran yang pahit dan getir kepada saudara mara dan kaum keluarga yang terlibat.

2. Perintah Berkurung

Selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 , kerajaan terpaksa mengeluarkan Perintah Berkurung yang disebabkan oleh kekacauan dan pecahbelah antara kaum . Ini bertujuan untuk mengawal keselamatan rakyat dan mengembalikan kestabilan negara ketika itu. Ini membawa kesan yang buruk terhadap suasana persekitaran dan pergaulan yang kurang harmoni antara kaum kerana ianya menyekat aktiviti yang bebas untuk mencari punca pendapatan seperti menjalankan perniagaan , susah berinteraksi dan saling berhubungan antara kaum .Selain itu , segala aktiviti harian masyarakat tersekat.

(5)

3. Keuntungan Kepada Musuh-Musuh Negara

Peristiwa 13 Mei 1969 ini telah menguntungkan kepada musuh-musuh negara yang sentiasa mengambil kesempatan dan peluang untuk memecah-belahkan rakyat dan ingin menakluk Malaysia sebagai taklukan dan jajahan negaranya .Pengalaman yang perlu diteladani daripada peristiwa ini ialah keadaan negara yang menjadi tidak aman , huru-hara dan rakyat yang berbilang kaum berpecah-belah akibat daripada rasa tidak berpuashati dengan isu-isu yang sensitif terutama isu perkauman .Antara contoh-contoh yang boleh dijadikan panduan kepada negara ialah kejatuhan empayar Melayu Melaka di tangan penjajah portugis pada tahun 1511 begitu juga dengan pencerobohan dan penaklukan tanah kepunyaan negara Arab khususnya di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat Jordon oleh kuasa Israel , dan penindasan secara kejam terhadap rakyat Palestin setelah berjaya mencerobohi bumi Arab ini .

4. Perpaduan Nasional

Tragedi Peristiwa 13 Mei 1969 ini memberi kepada kita pengajaran dan kerajaan telah mengadakan dasar perpaduan antara kaum dan masyarakat sekeliling untuk dijadikan panduan dan pegangan masyarakat yang berbilang kaum bagi menjalankan hidup secara aman dan sentiasa bersifat berbaik sangka antara satu sama lain .Kesedaran penting di kalangan rakyat bahawa sikap hormat-menghormati , bertolak-ansur , bertoleransi dan menjauhi sifat-sifat yang terkeji seperti berdengki , beriri hati dan menanam sifat curiga di antara kaum . Dengan terdapat pelbagai jenis kaum , agama , budaya dan pegangan agama di Malaysia maka Peristiwa 13 Mei 1969 ini pasti berulang sekiranya tiada kesedaran tentang isu-isu sensitif yang timbul seperti hak kedudukan istimewa kaum Melayu yang merupakan penduduk asal bagi negara ini . Oleh itu kaum-kaum lain yang tinggal di negara ini perlu menghormati kedudukan istimewa kaum Melayu dan mewujudkan suasana yang harmoni di kalangan masyarakat . Pendek kata tanggungjawab perpaduan adalah tanggungjawab semua pihak.

5. Keadilan Ekonomi

Tragedi 13 Mei juga menunjukkan bahawa matlamat perpaduan masyarakat sukar dicapai jika masyarakat Malaysia dalam kemiskinan ianya menjadi lebih sukar jika majoriti kadar kemiskinan penduduk itu hanya pada satu kaum sahaja.Keadaan ekonomi dan demografi penduduk Malaysia menunjukan bahawa majoroti penduduk Bumiputra tinggal di luar bandar kebanyakan adalah berpendapatan rendah dan miskin. Kemiskinan ini akan menjadi isu didalam masyarakat Malaysia,khususnya masyaraka Bumiputra.Untuk mencapai keharmonian hidup adalah sukar.Oleh itu selepas 13 Mei,satu dasar pragmatik yang diberi nama Dasar Ekonomi Baru

(6)

(DEB),telah digubal oleh kerajaan. Dasar ini merupakan satu dasar jangka panjang (1970-1990)yang mempunyai dua objektif utama iaitu :

(i) Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum, (ii) Menyusun semula masyarakat,

Dasar ini tidak bertujuan untuk merampas kekayaan atau hak sesuatu kaum dan memberikan kepada kaum yang lain. Sebaliknya dasar tersebut bertujuan untuk merapatkan jurang perbezaan antara golongan yang miskin dan golongan yang kaya. Objekif yang lain ialah menghapuskan identiti pekerjaan dengan keturunan kaum yang ketara dalam masyarakat Malaysia.

Pembentukan Malaysia yang berteraskan Perpaduan Nasional yang teguh, bersatu padu, maju dan harmoni di mana setiap warga Malaysia harus sama-sama berganding bahu membantu serta menyokong usaha KERAJAAN dalam memupuk perpaduan.

BIBLIOGRAFI :

1. Buku Perintah-Perintah Am dan Arahan Pentadbiran (Hingga 10 hb. Mei 1999) oleh Internatinal Law Book Services 1999.

2. Nota Rukan, Kursus Induksi Untuk Pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam Malaysia, INTAN, Kuala Lumpur, 1991.

3. Dr. Mohd. Rais Abdul Karim, Malaysia Kita, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Percetakan Nasional (M) Bhd., Kuala Lumpur , 1991.

4. Nota Rujukan, Kursus Induksi Untuk Pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam Malaysia, INTAN, Kuala Lumpur, 1991.

5. Dr. Mohd. Rais Abdul Karim, Malaysia Kita, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Percetakan Nasional (M) Bhd., Kuala Lumpur , 1991.

6. Lembaga Pendidikan Undang-Undang Perintah- Peintah Am & Arahan Pentadbiran, International Law Books Services, Kuala Lumpur, 1993.

7. Penasihat Undang-Undang, Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam, MDC Penerbit Pencetak Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, 1995.

8. Ranjit Singh Malhi, Sejarah Kertas 2 STPM, Federal Publication, Kuala Lumpur, 1996.

Referensi

Dokumen terkait

Konverter Kit adalah serangkaian komponen yang digunakan untuk mengubah sistem Bahan Bakar Minyak menjadi Gas pada kendaraan bermotor, yang terdiri dari :. CNG Cylinder &

Potensi dan peluang usaha yang dimiliki dapat dikembangkan untuk menjadi industri rumahan yang maju, namun perlu diingat bahwa harus dilengkapi dengan sistem

Dalam rangka meningkatkan tertib penyelenggaraan pembangunan guna mewujudkan prasarana dan sarana bidang pekerjaan umum yang efisien, efektif, dan

Meskipun begitu, aktivitas bakteriosin pada isolat bakteri asam laktat yang diisolasi dari Kimchi kemasan dan homemade memiliki kemampuan zona hambat yang lebih besar

Proses dan Allen berteori bahwa pendidikan kejuruan akan: (1) Efisien jika lingkungan dimana siswa dilatih merupakan replika lingkungan dimana nanti bekerja; (2) Efektif

Infark miokard merupakan sebuah penyakit yang disebabkan sumbatan disalah satu arteri koronaria yang menyebabkan iskemia kemudian jika iskemia miokard  berlangsung

Kualitas Pelayanan (X) berpengaruh secara signifikan terhadap Kepuasan Wajib Pajak (Y) Temuan penelitian ini menunjukkan bahwa Kualitas Pelayanan memiliki pengaruh yang

Penulis ditempatkan oleh Kepala Sub Bagian Kepegawaian di bagian Administrasi Perusahaan sebagai staff administrasi kepegawaian dan umum yang berhubungan dengan pekerjaan