• Tidak ada hasil yang ditemukan

Huraian Ringkas Kalimah Nafi Isbat Dan Penerangan Ringkas Fardhu Ain ( NEW Update)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Huraian Ringkas Kalimah Nafi Isbat Dan Penerangan Ringkas Fardhu Ain ( NEW Update)"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

Pa

ge

1

1. KALIMAH NAFI ISBAT (KALIMAH TAUHID)

Setiap mukallaf WAJIB MENAFIKAN “dewa-dewa”, berhala atau apa sahaja yang disembah oleh orang kafir sebagai “tuhan” atau

َﻪَﻟِﺇ

” bagi mereka. Tidak ada ayat al-Quran atau hadith yang mengiktiraf “dewa-dewa” atau berhala sebagai “tuhan” atau

َﻪَﻟِﺇ

” bagi orang kafir.

Perlu diketahui, menurut adat, berhala bukannya tuhan. Berhala yang disembah oleh orang kafir BUKANNYA tuhan bagi penyembahnya. Berhala itu hanyalah sembahan mereka, BUKANNYA tuhan mereka. Tuhan bagi semua manusia, Islam atau bukan Islam adalah adalah Allah. Tuhan pada adat ialah "TUKANG”. Tuhan yang dimaksudkan oleh akal dan syara’ “TIDAK SAMA” dengan tuhan yang maksudkan oleh adat. Oleh kerana itu dalam Islam.

Tuhan hanya wujud berdasarkan hukum akal dan hukum syara’. Dalilnya ialah, ayat pertama di dalam al-Quran dan ayat pertama surah al-Fatihah yang bermaksud :

“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

“Segala puji bagi Allah, tuhan yang menjadikan sekalian alam”.

Lihat dalil tambahan iaitu, dialog antara Fir’aun dan tukang sikat anaknya (Mashitah). Fir’aun bertanya kepada Mashitah, “adakah Tuhan selain aku? Mashitah menjawab, “Ya, Tuhanmu dan Tuhanku ialah

ْﷲ

”.

Sesungguhnya, tuhan bagi sekalian manusia (sama ada Islam atau kafir) hanya Allah, kerana firman-Nya dalam surah an-Nas, ayat ke-1 dan 3, yang bermaksud :

Kata olehmu, aku berlindung kepada tuhan (yang menjadikan)

sekalian manusia”

“Tuhan sekalian manusia”

1

1

(2)

Pa

ge

2

Walaupun demikian, semasa kita mengucapkan kalimah agung

ْﷲ ﱠﻻِﺇ َﻪَﻟِﺇ َﻻ

yang bermaksud “tiada tuhan melainkan Allah”, kita DITEGAH MENAFIKAN “TUHAN” seperti berhala yang diakui oleh orang kafir pada adat. Dalam Bahasa Arab, ada 7 makna kalimah ”La”

(

ﻻ َ◌)

atau "TIADA”. 2 Kalimah

(

َﻻ )

disini BUKAN BERMAKSUD MENAFIKAN “tuhan” selain Allah. Apabila dinafikan juga, ia bermaksud membandingkan Allah dengan makhluk sedangkan Allah Maha Suci daripada banding. Kenapa bermaksud membandingkan Allah?

Fahamkan dalil akal dan dalil syara’ berkaitan yang akan dinyatakan. Iktikad MENAFIKAN “TUHAN” seperti berhala sebenarnya bercanggah dengan dalil akal dan bercanggah dengan makna mengesakan Allah dalam hukum syara’. Lihat hadith Nabi yang berbunyi :

“Mai yafriku bainan naafi wal isbati fakod kafaro” dan

“Mallam yufarriku bainan nafi wal isbati fakod kafaro.”

3

Yang bermaksud :

“Sesiapa yang MENCERAIKAN antara nafi dan isbat, bahawasanya kafir.”

“Sesiapa yang TIADA MENCERAIKAN antara nafi dan isbat, bahawasanya kafir.” Sesiapa yang menceraikan dan tidak menceraikan antara nafi dan isbat sebenarnya melambangkan makrifat yang tidak sempurna, masih syak, masih zon dan masih waham. Keterangannya akan dinyatakan selepas ini.

Justeru, kalimah tauhid

ُ◌

ْﷲ ﱠﻻِﺇ َﻪَﻟِﺇ َﻻ

wajib diucapkan dengan makrifat yang sempurna, tanpa syak, tanpa zon dan tanpa waham, yakni sekurang-kurangnya had mai’yah.

Apakah maksud menceraikan dan tiada menceraikan oleh hadith itu? Lihat keterangan ringkas berikut :

2

Antara maksud atau makna kalimah ”La” ( َﻻ َ◌ ) ialah menafikan, membandingkan, mensucikan dan mengesakan. Apakah maksud atau makna yang lain?

3

(3)

Pa

ge

3

Hadith : makna

tidak menceraikan

Hadith : makna

menceraikan

Mula-mula dinafikannya

َﻪَﻟِﺇ

kemudian diisbatkannya

ْﷲ

. Sesungguhnya, penafian seperti ini adalah menafikan

ُ ْﷲ

, kerana makna bagi

َﻪَﻟِﺇ

ialah

ُ ْﷲ

dan menurut hadith itu, hukumnya kafir. 4

Mula-mula dinafikannya “tuhan” selain Allah seperti berhala, kemudian diisbatkannya pula

ْﷲ

. Menurut hadith di atas, hukumnya kafir. Keterangan lanjut dinyatakan seperti di bawah ini. Lihat dan fahamkan makna kalimah "TIADA” atau

(

َﻻ)

pada Jadual 1 di bawah

Jadual 1

Bil Ayat Maksudnya sebenarnya ialah

1 Tiada yang mendapat 21A dalam SPM melainkan Nor Amalina.

Kita pernah melihat atau mendengar bahawa, "ada orang lain” yang mendapat hampir 21A atau lebih dalam peperiksaan SPM lain yang setara.

2 Tiada yang datang ke tempat ini melainkan engkau.

Kita pernah melihat atau mendengar bahawa, pernah "ada orang lain” yang datang ke situ dan "wujud tempat lain” yang seumpamanya.

3

Tiada yang mati dalam kemalangan itu melainkan semuanya selamat.

Kita pernah melihat atau mendengar bahawa, "ada orang lain” yang telah mati dalam kemalangan yang seumpamanya..

4

Tiada orang yang amanah melainkan Ali.

Kita pernah melihat atau mendengar bahawa, "ada orang lain” yang amanah dan yang TIDAK amanah. 5

Tiada yang membaca buku ini melainkan Ahmad.

Kita pernah melihat atau mendengar bahawa, "ada orang lain” yang pandai dan tidak pandai membaca. 6

Tiada yang boleh menerangkan "halnya” melainkan yang faham.

Kita pernah melihat atau mendengar bahawa, sebenar-benarnya "ada orang lain” yang faham dan boleh menerangkannya.

Supaya lebih JELAS, lihat dan fahamkan maksud kalimah pada Jadual 2 berikut

Kalimah 1

TIADA tuhan yang disembah (oleh penganut Hindu) MELAINKAN berhala.

Kalimah 2

TIADA tuhan yang disembah (oleh orang mukmin) MELAINKAN Allah.

4

(4)

Pa

ge

4

Jadual 2 Maksud Kalimah Bil Tiada Tuhan Yang Disembah (Oleh

Penganut Hindu) Melainkan Berhala

Tiada Tuhan Yang Disembah (Oleh Orang Mukmin) Melainkan Allah 1 Wujud berhala yang lain, selain berhala yang disebutkan. Wujud tuhan yang lain, selain "Allah” yang disebutkan.

2

Kita pernah melihat berhala lain selain berhala yang disembah oleh penganut agama Hindu.

Kita pernah melihat tuhan selain Allah yang disembah oleh penganut agama Islam.

3

Kita pernah melihat atau mendengar agama lain selain agama Hindu.

Kita pernah melihat atau mendengar agama lain selain agama Islam.

4

Kita pernah melihat penganut agama lain menyembah berhala yang lain selain penganut agama Hindu.

Kita pernah melihat penganut agama lain menyembah Allah selain

penganut agama Islam.

5

Kita yakin bahawasanya berhala penganut Hindu mempunyai persamaan dengan berhala yang disembah oleh bukan penganut agama Hindu.

Kita yakin bahawasanya Allah

mempunyai persamaan dengan "tuhan selain Allah” yang disembah oleh bukan penganut Islam.

6

Kita yakin bahawa berhala dan penganut agama Hindu itu mempunyai kelemahan.

Kita yakin bahawa Allah dan penganut agama Islam itu mempunyai

kelemahan.

Apakah maksud yang anda faham daripada Jadual 1 dan Jadual 2 di atas? Adakah keenam-enam maksud ayat itui SALAH? Jawapannya “TIDAK”. Itulah sebenarnya salah satu daripada maksud-maksud kalimah `LA” iaitu membuat BANDING bagi Allah. Semua contoh kalimah "TIADA” di atas menunjukkan WUJUD yang setara, WUJUD yang seumpama, WUJUD suatu yang boleh dijadikan perbandingan bagi Allah, WUJUD kelemahan dan sebagainya.

Oleh sebab itu, MAHA SUCI ALLAH DARIPADA SUATU PERBANDINGAN kerana Allah itu :

ءﻲﺷ ﻪﻠﺛﻣﻛ ﺱﻳﻟ

Oleh sebab itu, lafaz perkataan "TIADA” pada kalimah "Tiada tuhan yang disembah (oleh penganut Hindu) melainkan berhala” sebenar-benarnya secara tidak sedar atau “tanpa niat” telah mengakui bahawasanya:

(5)

Pa

ge

5

2) Kita pernah melihat berhala lain selain berhala yang disembah oleh penganut agama Hindu.

3) Kita pernah melihat atau mendengar agama lain selain agama Hindu.

4) Kita pernah melihat penganut agama lain menyembah berhala yang lain selain penganut agama Hindu.

5) Kita yakin bahawasanya berhala penganut Hindu mempunyai persamaan dengan berhala yang disembah oleh bukan penganut agama Hindu.

6) Kita yakin bahawa berhala dan penganut agama Hindu itu mempunyai kelemahan.

Oleh sebab itu, kalimah `LA” dalam kalimah

ُ◌

ْﷲ ﱠﻻِﺇ َﻪَﻟِﺇ َﻻ

BUKAN bermaksud MENAFIKAN tuhan selain Allah seperti berhala atau sebarang benda yang disembah oleh orang kafir kerana ianya membawa makna, ada yang SETARA dengan Allah, ada yang seumpama-Nya, ada BANDING bag Allah dan sebagainya yang membatalkan makna esa. Makna sebenar bagi kalimah itu adalah sama dengan ayat Allah yang berbunyi :

Al-Baqarah : 163









Yang maksudnya ialah “Tiada Tuhan melainkan Dia (yakni Allah).

MUSTAHIL ALLAH MENAFIKAN ADA TUHAN SELAIN DIA, YANG MENJADIKAN SEKALIAN ALAM atau menafikan ada tuhan yang SETARA dengan-Nya atau menafikan berhala yang disembah oleh orang kafir. Amat-amat mustahil KERANA PENAFIAN ITU SEBENARNYA MELETAKKAN ALLAH SAMA TARAF DENGAN MAKHLUK dan mungkin tanpa sedar telah MENGHINA ALLAH. Maka amat-amat mustahil. dan TIDAK DITERIMA oleh orang YANG BERAKAL melainkan orang yang JAHIL lagi SYIRIK kepada ALLAH. Kenapa membawa maksud mungkin tanpa sedar atau “tanpa niat? Kita sama-sama fahamkan contoh tambahan ini.

(6)

Pa

ge

6

Katalah anda ditakdirkan bekerja sebagai penyelia dan penilai di Jabatan U suatu negeri. Skop tugas anda ialah menyelia, menilai dan memberi cadangan penambahbaikan kerja-kerja tukang kebun dan Ketua Jabatan U. Skop kerja Ketua Jabatan U ialah mentadbir Jabatan U. Bilik rehat Ketua Jabatan U ialah sebuah bilik berhawa dingin sesuai dengan pangkatnya.

Skop kerja tukang kebun pula ialah menyiram bunga di kawasan yang terdedah dengan cahaya panas dan hujan, menanam bunga, mencambahkan bunga, membuang bunga-bunga yang sudah tidak sesuai dan sebagainya. Tempat berehatnya ialah di sebuah bilik khas yang sesuai.

Ditakdirkan semasa anda datang melaksanakan arahan, Ketua Jabatan U melaksanakan cadangan mewajibkan semua pekerja memakai blazer atau kot semasa menjalankan tugas, termasuklah tukang kebun yang terbaik dan paling beradab bernama Tulus bin Ikhlas. Ketua Jabatan U bercadang demikian untuk menjadikannya sebagai identiti jabatannya. Apakah agaknya jawapan tukang kebun dan apakah agaknya laporan anda?

Sebagaai tukang kebun, sudah pasti En. Tulus Ikhlas keberatan memakai blazer kerana tidak sesuai. Dengan hati yang tulus dia pasti berkata, “ini satu cadangan yang kurang bijak dan memalukan” kerana didalam fikirannya, blazer atau kot melambangkan status pekerjaan. Justeru dia berasa TIDAK LAYAK untuk memakai blazer semasa bekerja ditengah panas matahari. Anda sebagai penyelia, yang datang memakai blazer sudah tentu menulis laporan, TIDAK SETUJU dengan arahan Ketua Jabatan U. Tukang kebun perlu dikecualikan. Sekiranya Ketua Jabatan U meneruskan cadangannya dengan apa jua alasan seperti “TIADA NIAT” menyinggung perasaan orang atau “tanpa niat”, tetapi tukang kebun yang menurut fitrah tetap dapat merasakan maksud tersirat yang kurang baik iaitu “kurang bijak dan memalukan”.

(7)

Pa

ge

7

Itulah dalil akal yang menunjukkan bahawasanya, jika seseorang melafazkan

ُ ْﷲ ﱠﻻِﺇ َﻪَﻟِﺇ َﻻ

atau berzikir dengan kalimah

ُ ْﷲ

dan "MENAFIKAN” tuhan selain Allah, sebenar-benarnya mungkin secara tanpa sedar atau “TANPA NIAT” TELAH MEMBATALKAN MAKNA ESA kerana bercanggah dengan ayat Qul seperti di dalam surah al-Ikhlas. 5 Lihat semula maksud membatalkan makna esa dalam siapaALLAH.blogspot.com.

Jadi, apakah sebenarnya yang dimaksudkan oleh hadith :

“Sesiapa yang MENCERAIKAN antara nafi dan isbat, bahawasanya kafir.”

“Sesiapa yang TIADA MENCERAIKAN antara nafi dan isbat, bahawasanya kafir.”

Fahamkan semula maksud menceraikan dan tiada menceraikan seperti kerangan ringkas berikut :

Hadith : makna

tidak menceraikan

Hadith : makna

menceraikan

Mula-mula dinafikannya

َﻪَﻟِﺇ

kemudian diisbatkannya

ْﷲ

. Sesungguhnya, penafian seperti ini adalah menafikan

ُ ْﷲ

, kerana makna bagi

َﻪَﻟِﺇ

ialah

ُ ْﷲ

dan menurut hadith itu, hukumnya kafir. 6

Mula-mula dinafikannya “tuhan” selain Allah seperti berhala, kemudian diisbatkannya pula

ْﷲ

.

Menurut hadith di atas, hukumnya kafir..

Keterangan seperti ini. Lihat dan fahamkan kalimah berikut :

“TIADA yang menerangi alam semesta (bumi) MELAINKAN matahari”

Adakah maksud ”TIADA” pada semua kalimah sebelum ini sama dengan maksud ”TIADA” pada kalimah di atas? Orang yang menurut fitrah, pasti menjawab, TIDAK. Kenapa? Kerana :

1. Kita tidak pernah melihat ada objek kedua yang setara dengan matahari.

5

Sesungguhnya setiap perkataan (lidah), perbuatan (anggota) dan iktikad (hati) mukallaf wajib mengatakan bahawasanya Allah Ta’ala ESA

6

(8)

Pa

ge

8

2. Kita tidak pernah mendengar bahawa ada objek lain yang mungkin setara dengan matahari.

3. Kita tidak menafikan bulan, bintang dan sebagainya yang menerangi sebahagian alam.

4. Yakin dan tahkiq dalam hati bahawasanya hanya matahari yang menerangi alam semesta.

5. Suci daripada syak, zon atau waham bahawa "tiada yang menerangi alam semesta (bumi) melainkan matahari” kerana cahaya objek lain TIDAK layak sama sekali dibandingkan dengan cahaya matahari.

6. Jika dinafikan juga objek lain, sesungguhnya orang yang menafikan itu TIDAK MENGENAL MATAHARI.

7. Sesungguhnya kalimah "TIADA” itu BUKAN MENAFIKAN cahaya bintang atau planet lain.

Justeru, kalimat “tiada yang menerangi alam semesta (bumi) melainkan matahari” menunjukkan bahawa dengan sesungguhnya, kita tidak pernah melihat, tidak pernah mendengar bahawa, ada matahari kedua, yang menerangi muka bumi atau alam semesta. Kita tidak menafikan benda-benda lain yang menerangi rumah, jalanraya dan sebagainya kerana, cahayanya TIDAK LAYAK sama sekali, untuk dibandingkan dengan cahaya matahari. Lihat Jadual 3 berikut :

Lihat dan fahamkan kalimah itu dengan kalimah nafi isbat seperti pada Jadual 3 : Jadual 3 : Fahamkan Maksud Dalil Akal

Bil TIADA yang menerangi muka bumi MELAINKAN matahari

TIADA tuhan (yang menjadikan sekalian alam ) MELAINKAN Allah 1 Tidak pernah ada objek kedua yang setara dengan matahari. Tidak pernah ada tuhan kedua yang setara dengan Allah.

2

Tidak pernah didengar bahawa ada objek lain yang mungkin setara dengan matahari.

Tidak pernah di dengar bahawa ada tuhan lain yang mungkin setara dengan Allah. 3

Kita tidak menafikan bulan, bintang dan sebagainya yang menerangi sebahagian alam.

Kita tidak menafikan berhala atau apa sahaja yang disembah oleh sebahagian orang kafir. 4

Yakin dan tahkiq dalam hati

bahawasanya hanya matahari yang menerangi alam semesta.

Yakin dan tahkiq dalam hati bahawasanya hanya Allah yang menjadikan alam semesta.

(9)

Pa

ge

9

Bil TIADA yang menerangi muka bumi MELAINKAN matahari

TIADA tuhan (yang menjadikan sekalian alam ) MELAINKAN Allah

5

Suci daripada syak, zon atau waham bahawa "tiada yang menerangi alam semesta (bumi) melainkan matahari” kerana cahaya objek lain TIDAK layak sama sekali dibandingkan dengan cahaya matahari.

Suci daripada syak, zon atau waham bahawa "tiada tuhan yang menjadikan sekalian alam (bumi) melainkan Allah” kerana kuasanya TIDAK layak sama sekali dibandingkan dengan kekuasaan Allah.

6

Jika dinafikan juga objek lain,

sesungguhnya orang yang menafikan itu TIDAK MENGENAL MATAHARI.

Jika dinafikan juga berhala, sesungguhnya orang yang menafikan itu TIDAK MENGENAL ALLAH. 7 Sesungguhnya kalimah "tiada” itu BUKAN MENAFIKAN BINTANG. Sesungguhnya kalimah "La” itu BUKAN MENAFIKAN BERHALA dsb.

Menafikan ”tuhan” selain Allah sebenar-benarnya telah mencampur-adukkan 3 hukum.7 Kenapakah dikatakan mencampur-adukkan 3 hukum? Yang mana hukum adat, akal dan syara’? Mencampur-adukkan 2 atau 3 jenis hukum adalah ditegah. Hukum syara’, akal dan adat, sama sekali TIDAK bercampur hingga hari kiamat. Dalil bahawasanya, ia ditegah dari segi syara’ ialah, hadith di atas.

Dari sudut hukum adat pula, mustahil, kerana “bercampur”. Lihat perumpamaan berikut :

Tiga orang lelaki Malaysia (keturunan Arab, Cina dan India) di

tangkap kerana merompak di Arab Saudi. Mustahil perompak itu

menerima hukuman yang “bercampur” yakni dihukum menurut

undang-undang di 2 atau 3 buah negara. Mustahil pesalah itu dihukum menurut

undang-undang civil seperti yang diamalkan oleh Malaysia. Mustahil

juga, perompak itu dihukum menurut undang-undang komunis di

Negara China. Mustahil juga, perompak itu dihukum menurut

undang-undang Negara India. Meskipun undang-undang-undang-undang semua negara itu

mempunyai persamaan, ia bukanlah makna “bercampur”.

7

Perkataan mentauhidkan Allah TIDAK boleh dicampuradukkan dengan perkataan yang membatalkan makna esa. Tuntutan mengesakan Allah dengan menyebut ُ ْﷲ ﱠﻻِﺇ َﻪَﻟِﺇ َﻻ sama dengan tuntutan memuji Allah dalam solat 5 waktu. Kita diperintahkan oleh Allah supaya memuji-Nya ketika solat. Dalam ertikata lain, semasa memuji Allah dalam solat, JANGAN dicampuradukkan dengan pujian kepada Nabi Muhammad s.a.w. kerana membatalkan makna mengesakan dan mencacatkan salah satu daripada syarat sembahyang (iaitu segala yang HALAL diluar solat adalah HARAM didalam solat kecuali bacaan solat dan membaca al-Qur’an).

(10)

Pa

ge

10

Melaksanakan hukuman kepada pesalah tersebut, menurut

undang-undang Islam di Arab Saudi, bukannya menafikan undang-undang-undang-undang di

Malaysia, China ataupun India.

Itulah dalil akal yang menunjukkan bahawasanya sesiapa yang MENAFIKAN tuhan selain Allah itu, sebenar-benarnya, membatalkan makna mengesakan kerana bercanggah dengan maksud ayat Qul dalam surah al-Ikhlas.

Itulah dalil akal yang menunjukkan bahawasanya, jika seseorang MELAFAZKAN KALIMAH

ُ�ْ ﱠﻻِﺇ َﻪَﻟِﺇ َﻻ

atau BERZIKIR dengan kalimah

ُ ْﷲ

dan "MENAFIKAN” tuhan selain Allah atau menafikan berhala maka sebenar-benarnya secara tidak sedar atau “tanpa niat” telah MEMBATALKAN MAKNA ESA yakni BUKANLAH ORANG YANG MENTAUHIDKAN ALLAH kerana bercanggah dengan ayat ke-163 surah al-Baqarah dan ayat Qul di dalam surah al-Ikhlas.

Diambil daripada itu, sesungguhnya iktikad "menafikan” tuhan selain Allah atau berhala bertentangan dengan Qur’an dan hadith Nabi kerana tidak mempunyai dalil akal yang mentahkiqkannya.

Iktikad "MENAFIKAN” itu sebenarnya membawa maksud seperti berikut : 1. Wujud tuhan yang lain, selain "Allah” yang dilafazkan.

2. Kita pernah melihat tuhan selain Allah yang disembah oleh penganut agama Islam.

3. Kita pernah melihat atau mendengar agama lain selain agama Islam.

4. Kita pernah melihat penganut agama lain menyembah Allah selain penganut agama Islam.

5. Kita yakin bahawasanya Allah mempunyai persamaan dengan "tuhan selain Allah” yang disembah oleh bukan penganut Islam.

6. Kita yakin bahawa Allah dan penganut agama Islam mempunyai kelemahan. 7. Kita telah membandingkan Allah Ta’ala dengan makhluk.

Justeru, dengan penuh keyakinan dan tahkiq, bahawasanya, HANYA matahari yang menerangi bumi (alam semesta). Itulah dalil akal yang menunjukkan bahawasanya, KALIMAH “LA” BUKAN MENAFIKAN ”TUHAN” SELAIN ALLAH.

(11)

Pa

ge

11

Kita tidak pernah mengetahui, tidak pernah melihat dan tidak pernah mendengar, ada ”tuhan” selain Allah yang menjadikan alam semesta (muka bumi).8

Diambil daripada makna, Allah Ta’ala Maha Esa, maka yang WUJUD, yang QIDAM, yang BAQO hingga yang MUTAKALLIMUN, itulah ALLAH, justeru semua maksud kalimah itu adalah serupa dengan maksud,

ْﷲ ﱠﻻِﺇ َﻪَﻟِﺇ َﻻ َ◌

iaitu “tiada tuhan melainkan Allah” Maksud

kalimah tauhid itu adalah sama dengan ayat dalam surah : Al-Baqarah : 163  yang bermaksud “Tiada Tuhan Melainkan Dia yakni Allah”









Mustahil Allah menafikan Diri-Nya Tuhan yang menjadikan sekalian alam. Itulah dalilnya daripada Qur’an bahawasanya Allah MENEGAH kita menafikan selain Dia ketika menyebut kalimah

ْﷲ ﱠﻻِﺇ َﻪَﻟِﺇ َﻻ

atau ketika BERZIKIR dengan kalimah

ُ ْﷲ

Ayat itu bukannya menafikan makhluk atau perbuatan makhluk. Begitulah juga dengan makna sifat 20, iaitu :

”tiada yang wajib WUJUD melainkan Allah” ”tiada yang “QIDAM” melainkan Allah” ”tiada yang KEKAL melainkan Allah” hingga ”tiada yang “MUTAKALLIMUN” melainkan Allah”

Semua kalimah ”LA” atau ”TIADA” pada ayat-ayat itu BUKAN BERMAKSUD

MENAFIKAN kewujudan makhluk, BUKAN BERMAKSUD MENAFIKAN kekalnya makhluk dan sebagainya melainkan, menurut perintah Allah supaya MENTAUHIDKAN-NYA melalui ayat dalam surah al-Ikhlas ”Kata Olehmu Allah Ta’ala ESA









dan menyatakan SUMPAH dan BERSAKSI SUDAH DIKENALNYA ALLAH IAITU ZAT YANG MENJADIKAN DIRINYA.

8

(12)

Pa

ge

12

Kita bersumpah dengan sesungguhnya

dan de

ngan sepenuh keyakinan dan tahkiq, bahawasanya

Allah Ta’ala ESA tiada yang seumpama-Nya.

ءﻲﺷ ﻪﻠﺛﻣﻛ ﺱﻳﻟ

yakni

Maka sesungguhnya kalimah

ْﷲ ﱠﻻِﺇ َﻪَﻟِﺇ َﻻ

“Tiada Tuhan Melainkan Allah”

TIDAK SAMA SEKALI

MENAFIKAN ”TUHAN” YANG LAIN, SELAIN ALLAH

kerana membandingkan Allah dengan makhlluk.

Justeru, apabila dinafikan juga kewujudan makhluk, ketika menyebut ”tiada yang wujud melainkan Allah”, atau menafikan makhluk ketika menyebut kalimah ”tiada tuhan melainkan Allah” sesungguhnya, tanpa disedari, “tanpa niat” TELAH MENGAKUI bahawasanya, wujud tuhan selain Allah yang mempunyai kuasa menjadikan, daripada tiada kepada ada dan sebagainya sedangkan “tuhan” yang disembah oleh orang kafir itu TIDAK LAYAK sama sekali dibandingkan dengan Allah. Maka, iktikad yang ”menafikan makhluk” adalah iktikad orang yang syak, zon dan waham, yakni terkeluar daripada iktikad sebenar.

Dalam erti kata lain, hanya orang yang SEMPURNA makrifatnya dan tanpa syak, tanpa ragu-ragu dan tanpa was-was, bahawasanya, tiada yang menjadikan sekalian alam melainkan Allah,9 maka diucapkannya kalimah tauhid, sama seperti yang dinyatakan Allah di dalam Qur’an.

ْﷲ ﱠﻻِﺇ َﻪَﻟِﺇ َﻻ َ◌

yang bermaksud

“Tiada Tuhan (yang menjadikan sekalian alam) melainkan

ْﷲ

”.

Wallohua’lam.

9

Alam semesta TIDAK sama dengan sekalian alam. Alam semesta ialah alam yang zahir pada pancaindera manusia sahaja. Maksud sekalian alam adalah lebih luas iaitu, meliputi alam ghaib.

Referensi

Dokumen terkait

Cakupan peratura Cakupan peraturan pengadaan : d n pengadaan : dari fokus pada ari fokus pada proses pelaks proses pelaksanaan pelelangan atau metode anaan

Enterprise Banking (EB) melakukan reorganisasi dengan penggabungan segmen Perbankan Korporasi, Komersial dan Institusi Keuangan menjadi satu divisi EB. Penyelarasan ulang

Untuk menanggulangi masalah ini langkah pertama di tempuh dengan pemasangan portal dengan di berikan kemungkinan untuk dispensasi agar jangan sampai menghambat

Oleh karena itu dapat dikatakan bahwa pengendalian internal pembelian bahan baku merupakan suatu metode yang meliputi kebijakan dan prosedur pembelian

Dengan media blog setidaknya tersedia fasilitas menyimpan materi pembelajaran e-learning yang murah. Permasalahan yang dihadapi sekarang, fasilitas blog ini tidak

“Pengaruh Partisipasi Penyusunan Anggaran Terhadap Kinerja Aparat Pemerintah Daerah: Budaya Organisasi Dan Komitmen Organisasi Sebagai Variabel Moderating, , Simposium

Hasil penelitian yang dikembangkan oleh Balai Besar Pulp dan Kertas menunjukkan bahwa TKS dapat dibuat pulp dengan kekuatan yang cukup tinggi dan pulp tersebut dapat

Dengan menggunakan kapal selam pembanding dengan ukuran yang hampir sama maka dapat disimpulkan desain propeller high skew 45 o layak digunakan sebagai propeller