• Tidak ada hasil yang ditemukan

Faqs Kimia Spm t5 2016

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Faqs Kimia Spm t5 2016"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

MILIK ABADI : ………..………

Tin

gkat

(2)

Soalan Lazim dalam SPM Jawapan Piawai 1) Apakah yang dimaksudkan dengan kadar

tindak balas? • ... adalah perubahan dalam kuantiti bahan tindak balas atau hasil tindak balas per unit masa (definisi umum)

• Cth.: ... adalah isipadu gas karbon dioksida yang dibebaskan dalam tempoh sesaat (khusus)

2) Nyatakan 2 cara yang berbeza untuk mengukur kadar tindak balas bagi tindak balas kimia.

• Jenis penentuan kadar tindak balas;

1. Kadar tindak balas purata (kadar dalam tempoh masa yang tertentu)

2. Kadar tindak balas pada masa tertentu (kadar khusus pada suatu masa dinyatakan)

3) Apakah yang dinyatakan dengan teori

perlanggaran? • Menurut teori perlanggaran, untuk tindak balas yang akan berlaku, zarah bahan tindak balas mesti:

 berlanggar antara satu sama lain pada orientasi yang betul,  mencapai jumlah tenaga yang menyamai tenaga pengaktifan.

4) Apakah itu tenaga pengaktifan? • ...ialah tenaga minimum dalam sistem tindak balas yang mesti diatasi oleh tenaga yang dikumpul oleh zarah-zarah yang berlanggar untuk berlakunya tindak balas kimia itu.

5) Apakah perlanggaran berkesan ? • Perlanggaran zarah-zarah dengan orientasi yang betul dan

tenaga dihasilkan dapat mengatasi tenaga pengaktifan sistem.

6) Nyatakan faktor-faktor yang

mempengaruhi kadar tindak balas kimia. • Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas; 1. Saiz bahan tindak balas (pepejal)

2. Kepekatan bahan tindak balas (larutan) 3. Suhu bahan tindak balas

4. Kehadiran mangkin

5. Tekanan bahan tindak balas (gas)

7) Terangkan bagaimana jumlah luas

permukaan (saiz bahan tindak balas) boleh meningkatkan kadar tindak balas

berdasarkan teori perlanggaran. (Spesifik : tindak balas antara kalsium karbonat dan larutan asid hidroklorik )

• Apabila saiz bahan tindak balas pepejal adalah lebih kecil. • Jumlah luas permukaan yang terdedah kepada perlanggaran

meningkat.

• Frekuensi perlanggaran antara zarah kalsium karbonat dan ion hidrogen (zarah2 bertindak balas) meningkat.

• Ini meningkatkan frekuensi perlanggaran berkesan antara zarah. • Oleh itu, kadar tindak balas meningkat.

8) Terangkan bagaimana kepekatan larutan boleh meningkatkan kadar tindak balas berdasarkan teori perlanggaran.

(Spesifik : tindak balas antara kepingan zink dan larutan asid hidroklorik pekat)

• Apabila kepekatan larutan bertambah, bilangan zarah per unit isipadu bertambah.

• Zarah mempunyai lebih banyak peluang untuk berlanggar dengan lebih kerap.

• Frekuensi perlanggaran antara atom zink dan ion hidrogen (zarah2 bertindak balas) meningkat.

• Frekuensi perlanggaran berkesan antara zarah bertambah. • Oleh itu, kadar tindak balas meningkat.

9) Jelaskan bagaimana suhu boleh meningkatkan kadar tindak balas berdasarkan teori perlanggaran. (Spesifik : tindak balas antara larutan natrium tiosulfat dengan larutan asid sulfurik)

• Apabila suhu bahan tindak balas bertambah, tenaga kinetik zarah bertambah.

• Zarah bergerak dan berlanggar dengan lebih kerap. • Frekuensi perlanggaran antara ion thiosulpahte dan ion

hidrogen meningkat.

• Frekuensi perlanggaran berkesan antara zarah meningkat. • Oleh itu, kadar tindak balas meningkat.

10) Definisikan istilah mangkin. • ... adalah bahan yang boleh mengubah kadar tindak balas kimia

(3)

11) Terangkan bagaimana pemangkin boleh meningkatkan kadar tindak balas berdasarkan teori perlanggaran. (Spesifik : tindak balas penguraian hidrogen peroksida dengan menggunakan serbuk mangan(IV) oksida)

• Apabila mangkin positif digunakan, ia menyediakan laluan alternatif dengan tenaga pengaktifan yang lebih rendah. • Lebih banyak molekul2 hidrogen peroksida berlanggar dan dapat

mengatasi tenaga pengaktifan baru yang lebih rendah. • Ini meningkatkan frekunsi perlanggaran berkesan antara

molekul2 hidrogen peroksida (zarah bertindak balas). • Oleh itu, kadar tindak balas meningkat.

Mangkin tidak meningkatkan frekuensi perlanggaran antara zarah-zarah yang bertindak balas dan tidak meningkatkan kuantiti hasil.

12) Jika graf tindak balas antara pita magnesium dan larutan asid sulfurik 0.1 mol dm -3 diperoleh seperti dalam graf berikut (dilabelkan sebagai X), cadangkan bagaimana untuk mendapatkan graf Y dengan kecerunan yang lebih tinggi?

• Graf Y boleh diperoleh dengan;

1. gunakan serbuk magnesium (saiz lebih kecil) 2. gunakan asid sulfurik 2.0 mol dm-3 (lebih pekat) 3. panaskan campuran bahan tindak balas (suhu tinggi) 4. tambahkan kuprum(II) sulfat (kehadiran mangkin)

13) Nyatakan secara ringkas, bagaimana pengetahuan tentang faktor-faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas digunakan dalam kehidupan seharian manusia.

• Aplikasi daripada pengetahuan kadar tindak balas ; 1. Menyimpan makanan di dalam peti sejuk 2. Masak makanan dalam saiz yang lebih kecil 3. Gunakan serbuk besi dalam proses Haber

4. Gunakan vanadium(V) oksida dalam proses Sentuh

Soalan Lazim dalam SPM Jawapan Piawai

14) Apakah itu sebatian hidrokarbon ? • … ialah sebatian (organik) yang mengandungi hanya atom karbon dan atom hidrogen sahaja dalam molekulnya.

15) Apakah hidrokarbon tepu dan hidrokarbon tak tepu?

Nyatakan satu contoh bagi setiap daripada mereka.

• Hidrokarbon tepu adalah sebatian hidrokarbon yang

mengandungi hanya ikatan kovalen tunggal dalam molekulnya. Contoh: etana.

• Hidrokarbon tak tepu adalah sebatian hidrokarbon yang mengandungi ikatan kovalen berganda (ganda dua atau tiga) (antara atom-atom karbon) dalam molekul itu.

Contoh: etena.

16) Nyatakan kumpulan berfungsi dan formula am bagi setiap siri homolog yang berikut;

(a) Alkana (b) Alkena (c) Alkohol

(d) Asid karboksilik

Siri Homolog Kumpulan berfungsi Formula am

Alkana - CnH2n+2

Alkena Ikatan ganda dua

karbon-karbon, -C=C- CnH2n

Alkohol hidroksil, -C-OH CnH2n+1OH

Asid karboksilik karboksil, -COOH CnH2n+1COOH

17) Apakah itu isomerisme? • ... adalah fenomena di mana dua atau lebih molekul yang mempunyai formula molekul yang sama, tetapi formula struktur yang berbeza.

Isipadu H2 (cm3)

Masa (s) X

(4)

• Semua isomer mempunyai sifat kimia yang sama (kerana mempunyai kumpulan berfungsi yang sama) tetapi sifat-sifat fizik yang berbeza (kerana cara susunan atom berbeza).

18) Terangkan mengapa gas etena boleh menyahwarna warna ungu larutan kalium manganat(VIl) berasid tetapi etana tidak boleh menyahwarnakan larutan tersebut.

• Etena merupakan hidrokarbon tak tepu ; ia mengandungi ikatan karbon-karbon ganda dua.

• Oleh itu, ia boleh mengalami tindak balas penambahan / pengoksidaan dengan larutan manganate(VII) berasid. • Etana adalah hidrokarbon tepu ; mengandungi ikatan tunggal

sahaja.

• Oleh itu ia tidak boleh menjalani tindak balas penambahan.

19) Selain larutan kalium manganat (VII), nyatakan bahan kimia lain yang boleh digunakan untuk membezakan antara dua cecair tidak berwarna heksana dan heksena. Nyatakan juga pemerhatiannya.

1. Air bromin, Br2(aq)

Heksena menyahwarnakan warna perang air bromin. 2. Larutan kalium dikromat (VI) berasid, K2Cr2O7(aq)/H+

Hexena menukarkan warna jingga larutan dikromat(VI) ke hijau.

20) Kedua-dua heksana dan hexena mempunyai enam atom karbon per molekul, tetapi hexena terbakar dengan nyalaan api yang lebih hitam. Terangkan mengapa.

• Ini kerana hexena mengandungi peratusan jisim atom karbon per molekul yang lebih tinggi berbanding dengan haxana. • % atom C dalam heksana, C6H14 = 83.72%

• % atom C dalam heksena, C6H12 = 85.71%

21) Pentana dan propana adalah ahli keluarga alkana. Terangkan mengapa takat lebur pentana adalah lebih tinggi daripada propana.

• Saiz molekul pentana adalah lebih besar daripada propana. • Daya van der Waals antara molekul dalam pentana lebih kuat. • Ia memerlukan tenaga haba yang lebih tinggi untuk mengatasi

daya tarikan yang lebih kukuh antara molekul.

22) Nyatakan 5 ciri-ciri sesuatu siri homolog

sebatian karbon. 1. Ahli diwakili oleh formula am yang sama. 2. Ahli berikutnya dalam siri adalah berbeza dengan -CH2 dengan

jisim molar 14

3. Sifat-sifat fizik ahli berubah secara beransur-ansur mengikut bilangan atom C yang meningkat.

4. Sifat-sifat kimia ahli adalah sama kerana mereka mempunyai kumpulan berfungsi yang sama.

5. Ahli-ahli boleh disediakan dengan kaedah yang sama.

23) Nyatakan nama tindak balas bagi penghasilan bahan-bahan berikut: a) Etena menghasilkan etana b) Etena menghasilkan haloetana c) Etena menghasilkan etanol d) Etena menghasilkan kloroetana e) Etanol menghasilkan etena

f) Etanol hasilkan karbon dioksida + air g) Etanol menghasilkan asid etanoik g) Etanol + etanoik hasilkan etil etanoat +

air

• Nama tindak balas; a) penghidrogenan

b) penukargantian oleh halogen dalam sinar uv c) penghidratan d) penghalogenan / pengklorinan e) pendehidratan f) pembakaran g) pengoksidaan h) pengesteran

24) Huraikan satu ujian untuk membezakan

antara heksana dan heksena. 1) Tuang 3 cm

3 cecair heksana ke dalam sebuah tabung uji. 2) Tambah 3 titik air bromin dalam 1,1,1-trikloroetana ke dalam

heksana dalam tabung uji tersebut lalu ditutup dengan gabus. 3) Goncang campuran dengan sempurna.

4) Rekod perubahan warna larutan dalam tabung uji itu. 5) Ulangi Langkah 1-4 menggunakan cecair heksena. Keputusan:

Hexena menyahwarnakan air bromin yang perang. Heksana tidak mengubah warna perang air bromin.

(5)

25) Tuliskan persamaan kimia bagi setiap tindak balas berikut ;

a) Penghidrogenan etena b) Penghidratan propena c) Pembrominan etena d) Etena + KMnO4 (aq) berasid e) Pempolimeran etena

f) Ethanol + asid propanoik pekat g) Ethanol + K2Cr2O7 (aq) berasid h) Asid etanoik + pita Mg i) Asid propanoik + CaCO3

Persamaan kimia melibatkan sebatian karbon; a) C2H4 + H2  C2H6 b) C3H6 + H2O(g) C3H7OH c) C2H4 + Br2  C2H4Br2 d) C2H4 + H2O + [O]  C2H4(OH)2 e) n C2H4  -[- C2H4 -]n- f) C2H5OH  C2H4 + H2O g) C2H5OH + 2[O]  CH3COOH + H2O h) CH3COOH + Mg  (CH3COO)2Mg + H2

i) 2 C2H5COOH + CaCO3  (C2H5COO)2Ca + H2O + CO2

26) Terangkan proses pembekuan susu getah

(lateks) apabila asid formik ditambah. • Zarah getah diperbuat daripada molekul getah rantai panjang yang diliputi oleh lapisan membran protein. Membran protein

ini bercas negatif dan menyebabkan zarah getah menolak antara satu sama lain.

• Apabila asid cair seperti asid metanoik (asid formik)

ditambahkan, ion hidrogen, H+ daripada asid meneutralkan cas

negatif pada membran protein.

• Oleh itu, zarah getah menjadi neutral dan tidak lagi menolak antara satu sama lain. Zarah getah berlanggar antara satu sama lain dan memecahkan membran protein yang nipis itu.

• Molekul getah (polimer) di dalamnya dibebaskan.

• Molekul getah bergerak bebas dan mendekati untuk bergabung antara satu sama lain lalu menggumpal.

• Ini membolehkan susu getah untuk membeku (memejal).

27) Terangkan bagaimana untuk mencegah pembekuan susu getah. Terangkan bagaimana ia berfungsi.

• Larutan alkali seperti ammonia akueus, NH3 (ak) biasanya ditambah kepada susu getah untuk mengekalkan susu getah dalam keadaan cecair.

• Larutan ammonia, NH3 (ak) mengandungi ion hidroksida, OH- yang meneutralkan asid yang dihasilkan oleh bakteria.

• Ini membantu zarah getah kekal bercas negatif pada membran protein dan mencegah lateks dari membeku.

Soalan Lazim dalam SPM Jawapan Piawai

28) Apakah yang dimaksudkan dengan pengoksidaan dan penurunan berdasarkan penerimaan atau kehilangan oksigen?

• Pengoksidaan melibatkan penerimaan oksigen. • Penurunan melibatkan kehilangan oksigen.

29) Apakah maksud pengoksidaan dan penurunan berdasarkan pemindahan elektron?

• Pengoksidaan adalah proses kehilangan elektron. ( OIL ) • Penurunan adalah proses mendapat elektron. ( RIG )

30) Apakah itu pengoksidaan dan penurunan berdasarkan perubahan nombor

pengoksidaan ?

• Pengoksidaan berlaku apabila nombor pengoksidaan bertambah. • Penurunan berlaku apabila nombor pengoksidaanberkurang.

31) Apakah itu tindak balas redoks ? • … ialah tindak balas kimia yang melibatkan proses pengoksidaan

dan penurunan yang berlangsung secara serentak.

Kaji dan tulis semula!

(6)

32) Apakah maksud agen pengoksidaan dan agen penurunan berdasarkan pemindahan elektron?

Nyatakan satu contoh agen pengoksidaan dan agen penurunan.

• Agen pengoksidaan adalah bahan kimia / reagen yang menerima elektron dan ia sendiri menjalani proses penurunan.

Contoh : air klorin, larutan KMnO4 berasid.

• Ajen penurunan adalah bahan kimia / reagen yang kehilangan elektron dan ia sendiri menjalani proses pengoksidaan. Contoh: magnesium, larutan kalium iodida

33) Tentukan sama ada tindak balas antara asid hidroklorik dan natrium hidroksida adalah tindak balas redoks.

Jelaskan jawapan anda berdasarkan perubahan nombor pengoksidaan .

• Tidak.

• Peneutralan bukan tindak balas redoks.

• Tiada sebarang perubahan nombor pengoksidaan pada mana-mana atom atau zarah dalam bahan atau hasil tindak balas.

34) Tindak balas antara zink dan larutan kuprum(II) sulfat adalah tindak balas redoks. Terangkan mengapa.

• Zink mengalami pengoksidaan kerana atomnya mendermakan 2

elektron untuk membentuk ion zink, Zn2+.

• Ion kuprum(Il), Cu2+ menjalani penurunan kerana ia menerima 2 elektron daripada atom zink untuk membentuk atom kuprum. • Proses-proses pengoksidaan dan penurunan berlaku serentak.

35) Air klorin ditambah kepada larutan kalium iodida di dalam tabung uji. 2 cm3 cecair 1,1,1-trikloroetena ditambah ke dalam tabung uji dan campuran digoncang dengan teliti. Warna 1,1,1-trikloroetena berubah dari tak berwarna kepada ungu. Jelaskan.

• Air klorin adalah agen pengoksidaan.

• Klorin (molekul klorin) mengoksidakan ion iodida kepada iodin. • Kehadiran iodin memberikan warna ungu di lapisan 1,1,1–

trikloroetena (lapisan atas) dari lapisan larutan akueus iodin yang berwarna kuning gelap.

36) Huraikan proses pengaratan pada

sebatang besi . • Permukaan besi di bawah pusat titisan air bertindak sebagai anod (terminal negatif).

• Permukaan besi di pinggir titisan air berfungsi sebagai katod (terminal positif).

• Di anod, atom besi kehilangan elektron untuk membentuk ion ferum(II).

Fe(p) Fe2+(ak) + 2e (pengoksidaan) Ion ferum(Il) larut dalam air.

• Elektron mengalir ke pinggir titisan air (katod) dan diterima oleh molekul oksigen dan air untuk membentuk ion hidroksida. O2(g) + 2 H2O(c) + 4 e  4 OH-(ak) (penurunan)

• Ion-ion Fe2+ bergabung dengan ion OH- membentuk ferum(II) hidroksida.

Fe2+

(ak) + 2 OH-(ak)  Fe(OH)2(p)

• Ferum(II) hidroksida kemudian terus dioksidakan oleh oksigen untuk membentuk ferum(III) oksida terhidrat, Fe2O3.xH2O (bahan coklat dikenali sebagai karat), di mana x ialah integer. Fe(OH)2(p)

𝑜𝑥𝑖𝑑𝑎𝑡𝑖𝑜𝑛

→ Fe2O3.xH2O(p)

37) Apabila besi bersentuhan dengan

magnesium, pengaratan besi dihalang dari berlaku. Terangkan mengapa?

• Magnesium lebih elektropositif daripada besi.

• Magnesium dilarutkan / terkakis membentuk ion magnesium. Mg(p) Mg2+(ak) + 2e

• Ion ferum(II), Fe2+ tidak hadir. Ini bermakna, besi dihalang daripada berkarat.

38) Apabila besi bersentuhan dengan kuprum, pengaratan besi adalah dicepatkan. Terangkan mengapa?

• Besi adalah lebih elektropositif daripada kuprum. • Besi berkarat dengan membentuk ion ferum(II), Fe2+. Fe(s) Fe2+(aq) + 2e

(7)

• Kehadiran kuprum meningkatkan kadar pembentukan ion ferum(II), Fe2+. Hasilnya, pengaratan besi dicepatkan.

Soalan Lazim dalam SPM Jawapan Piawai

39) Apakah tindak balas eksotermik dan tindak balas endotermik?

Nyatakan satu contoh bagi setiap tindak balas.

• Eksotermik adalah tindak balas kimia yang membebaskan haba ke persekitaran.

Contoh : 2 Na(p) + 2 H2O(c) 2 NaOH(ak) + H2(g)

• Endotermik adalah tindak balas kimia yang menyerap haba dari persekitaran.

Contoh : NaHCO3(p) + HCI(ak)  NaCI(ak) + H2O(c) + CO2(g)

40) Apakah itu haba pemendakan? • Pembebasan haba apabila 1 mol mendakan garam tak larut

terbentuk daripada ion-ionnya dalam larutan akueus.

41) Apakah itu haba penyesaran logam? • Pembebasan haba apabila 1 mol logam disesarkan daripada larutan garamnya oleh suatu logam yang lebih elektropositif.

42) Apakah itu haba peneutralan? • Pembebasan haba apabila 1 mol air terbentuk daripada tindak balas antara larutan asid dan alkali.

43) Apakah itu haba pembakaran? • Pembebasan haba apabila 1 mol bahan api terbakar lengkap

dalam oksigen (berlebihan) di bawah keadaan piawai.

44) Terangkan mengapa haba pembakaran butanol adalah lebih tinggi daripada etanol.

• Bilangan atom karbon dan atom hidrogen per molekul bagi butanol adalah lebih tinggi daripada etanol.

• Apabila lebih banyak atom karbon dan atom hidrogen dibakar, lebih banyak molekul karbon dioksida dan air terbentuk. • Ini akan menyebabkan lebih banyak ikatan kimia akan dibentuk

dan tenaga haba yang lebih dibebaskan.

45) Terangkan mengapa haba peneutralan antara asid kuat dan alkali kuat adalah sentiasa tetap, iaitu -57 kJmol-1.

• Semua tindak balas peneutralan antara asid kuat dan alkali yang kuat adalah sama.

• Ia hanya melibatkan tindak balas antara ion hidrogen, H+ daripada asid dan ion hidroksida, OH- daripada alkali untuk menghasilkan molekul air, H2O.

H+ + OH-  H

2O

46) Terangkan mengapa haba peneutralan antara asid etanoik dan natrium

hidroksida adalah kurang daripada -57 kJ mol-1.

• Ini adalah kerana asid etanoik adalah asid lemah yang wujud sebagai molekul apabila larut dalam air.

• Molekul ini hanya mengion separa dalam air untuk menghasilkan kepekatan ion hidrogen, H+ yang rendah.

• Sebahagian daripada haba yang dibebaskan semasa tindak balas peneutralan digunakan untuk mengionkan molekul asid yang tinggal untuk menghasilkan ion hidrogen yang lebih banyak. • Oleh itu, nilai H adalah sentiasa kurang daripada -57 kJ mol-1.

Soalan Lazim dalam SPM Jawapan Piawai

47) Apakah itu sabun? • Sabun adalah garam natrium atau kalium bagi asid lemak.

48) Apakah itu proses saponifikasi? • Ia adalah tindak balas hidrolisis beralkali ke atas ester semula jadi untuk menghasilkan molekul sabun.

49) Apakah itu detergen? • Detergen adalah garam natrium bagi asid sulfonik atau asid

benzena sulfonik.

50) Apakah itu air liat? • … ialah air yang mengandungi ion magnesium, Mg2+ atau/dan

(8)

51) Nyatakan fungsi setiap bahan tambah yang berikut dalam bahan pencuci (detergen).

a) Ajen pemutih (contoh: sodium perborat) b) Pencerah optik (pewarna pendarfluor) c) Enzim biologi ( contoh: amilase, lipase,

protease dan selulase ) d) Bahan pewangi

• Fungsi bahan tambahan dalam bahan pencuci .

a) Melunturkan warna kotoran tetapi tidak melunturkan pewarna pada kain berwarna.

b) Menukar beberapa sinaran ultraungu kepada cahaya biru dan menyebabkan kain kelihatan lebih cerah dan lebih putih daripada kuning.

c) Memecahkan dan mengeluarkan kotoran organik seperti protein, lemak, karbohidrat , darah dan minyak.

d) Berikan bahan pencuci dan kain bau yang lebih menarik.

52) Terangkan mengapa tindakan pencucian detergen adalah lebih berkesan daripada sabun dalam air liat.

• Sabun bertindak balas dengan ion magnesium atau kalsium untuk membentuk mendakan tak larut dipanggil sebagai kekat. • Buih tidak terbentuk dan sabun gagal untuk membersihkan. • Detergen bertindak balas dengan ion magnesium atau kalsium

untuk membentuk bahan larut. Ia tidak membentuk kekat.

53) Nyatakan fungsi setiap dari bahan tambah makanan berikut.

a) Pengawet (cth.: natrium nitrit, natrium benzoat)

b) Antioksida (cth.: asid askorbik) a) Perisa (cth.: mono natrium glutamat,

aspartam)

d) Penstabil (cth.: gelatin) e) Pemekat (cth.:gam akasia)

• Fungsi bahan tambah makanan;

a) Untuk melambatkan atau menghalang pertumbuhan

bakteria atau kulat agar makanan dapat disimpan lebih lama. b) Untuk menghalang pengoksidaan yang boleh menyebabkan

lemak menjadi tengik dan buah2an melebam. c) Unutk meningkatkan rasa dan bau makanan dan

mengekalkan rasa sewaktu pemprosesan makanan.

d) Membantu mencampurkan air dan minyak agar membentuk emulsi.

e) Memekatkan makanan agar makanan lebih keras, licin dan kemas teksturnya.

54) Nyatakan fungsi setiap ubat-ubatan moden berikut;

a) Analgesik (cth.: parasetamol, aspirin, kodeina)

b) Antibiotik (cth.: penisilin, streptomisin) a) Ubatan psikoterapeutik (cth.: stimulan,

antidepresen, antipsikotik)

• Fungsi ubatan moden;

a) untuk melegakan kesakitan.

b) untuk merawat jangkitan yang disebabkan bakteria.

c) untuk mengubah pemikiran, perasaan dan tingkah laku yang tidak normal.

Stimulan : Meningkat atau mengekalkan kesiagaan sistem saraf pusat.

Antidepresen : Merawat kemurungan. Antipsikotik : Merawat penyakit psikiatrik. 55) Terangkan mengapa pesakit yang

mengambil penisilin mesti menghabiskan semua ubat tersebut seperti yang ditetapkan kepadanya walaupun dia berasa sembuh lebih awal.

• Untuk memastikan semua bakteria dihapuskan. • Jika tidak, pesakit boleh jatuh sakit semula.

• Bakteria akan menjadi lebih rintang / imiun antibiotik.

• Oleh itu, antibiotik tidak lagi berkesan // Pesakit perlu dapatkan antibiotik lebih kuat untuk melawan jangkitan yang sama.

Selamat Maju Jaya!

Referensi

Dokumen terkait

B Masa tindak balas berkadar terus dengan kepekatan bahan tindak balas C Kadar tindak balas yang paling tinggi berlaku pada masa awal tindak balas D Apabila masa bertindak

Tuliskan persamaan kimia untuk tindak balas peneutralan berikut : (a) Larutan barium hidroksida bertindak balas dengan asid hidroklorik cair

Idea baru tentang susunan zarah-zarah dalam keadaan pepejal akan dinilai. Responden diminta memilih simulasi yang sesuai untuk mewakili susunan zarah- zarah dalam keadaan

5 Thoughtful science pupils is one who can understand scientific ideas and able to communicate using scientific language, can evaluate as well as apply scientific knowledge

Dengan demikian dalam teori akuntansi positif dijelaskan bahwa teori akuntansi merupakan sebuah proses yang didesain menjadi seperangkat azas hipotesis, konseptual

Selain respon tingginya konsumsi ransum, anak itik pada ransum berserat relatif tinggi ini menunjukkan adanya adaptasi anatomi dari saluran pencernaan (label 4). Pada Tabel 4

Hasil penelitian tindakan kelas menggunakan pendekatan PMRI berbantuan miniatur kerajinan lokal pada pembelajaran Matematika kelas IV menunjukkan peningkatan hasil belajar

Penambahan beberapa variabel yang diduga memengaruhi produktivitas tenaga kerja seperti stok modal fisik, stok modal manusia, total perdagangan, dan upah riil, serta penggunaan