• Tidak ada hasil yang ditemukan

TAIPING BANDAR WARISAN DI NEGERI PERAK, MALAYSIA. Absah Binti Md Yusof 1 Nor Ashida Binti Rodzan 2 Niza Asyadi Bin Hamzah 3

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "TAIPING BANDAR WARISAN DI NEGERI PERAK, MALAYSIA. Absah Binti Md Yusof 1 Nor Ashida Binti Rodzan 2 Niza Asyadi Bin Hamzah 3"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

TAIPING BANDAR WARISAN DI NEGERI PERAK, MALAYSIA Absah Binti Md Yusof1

Nor Ashida Binti Rodzan2 Niza Asyadi Bin Hamzah3

absahkktaiping@gmail.com1 Kolej Komuniti Taiping ashida.kkts@gmail.com2 Kolej Komuniti Taiping ebeniza@gmail.com3 Kolej Komuniti RTC Gopeng

Abstrak

Taiping terletak di Daerah Larut,Matang dan Selama di Negeri Perak. Terdapat bangunan-bangunan peninggalan penjajah yang masih utuh dan masih digunakan sehingga kini. Kini, Taiping menjadi destinasi pelancongan kerana terdapat tempat-tempat peninggalan sejarah dan ada yang masih digunakan sehingga sekarang. Di antara bangunan dan tempat yang masih digunapakai sehingga sekarang ialah Pejabat Daerah Dan Tanah Larut Matang Dan Selama, Bangunan Muzium Taiping, Bangunan Penjara Taiping, Bangunan Hospital Taiping, Bukit Larut/Maxwell Hill, dan Stesen Keretapi Taiping. Taiping menjadi tumpuan pelancong disebabkan tempat-tempat peninggalan penjajah yang masih digunakan sehingga kini serta bangunan yang masih dijaga dengan rapi.

Kata kunci: Taiping Bandar Warisan, Bangunan Warisan.

THE FIRST ETERNAL SPACE AN IDENTITY OF THE TAIPING’S HISTORIC TOWN IN PERAK, MALAYSIA

Absah Binti Md Yusof1 Nor Ashida Binti Rodzan2 Niza Asyadi Bin Hamzah3

absahkktaiping@gmail.com1 Kolej Komuniti Taiping ashida.kkts@gmail.com2 Kolej Komuniti Taiping ebeniza@gmail.com3 Kolej Komuniti RTC Gopeng

Abstrak

This paper discourses the imperative roles of the first eternal space in characterising an identity of the Taiping’s historic town in Malaysia. In general, notions of eternal space denote as people integrated with socio – cultural activities in an urban setting. Eternal space constitutes the physical, cultural and human perceptual components an it conveys a place meaning by conducting routine activities in the everyday life. Taiping was an ex – mining town erected in the 18th century when tin industries flourished in the Malay States. The heydays urbanisation in Taiping inherited rich historical background, varieties of historic buildings and monuments, integral colonial urban planning as well as heritage townscapes. On the contrary, the utmost critical issue fronting in Taiping was the physical characters deterioration. Hitherto, the physical space’s alteration has caused to declining of place meanings and the changing of social – cultural identity. The finding reveal the first eternal space contributes to a placemaking and identity formation to Taiping’s historic town. In short, cultural spaces conservation is essentials in protecting the living heritage and socio – cultural phenomenon.

(2)

1.0 PENDAHULUAN

1.1. PENGENALAN BANDAR TAIPING

Bandar Taiping merupakan sebuah bandar yang terletak di Daerah Larut Matang dan Selama di Negeri Perak Darul Ridzuan, Malaysia. Taiping terletak di koordinat 4.8° Utara dan 104.7° Timur. Menerima hujan yang paling kerap di Malaysia menjadikannya bandar yang paling lembab di Malaysia.Taiping terletak di atas muka bumi yang tinggi terutamanya di bahagian Bukit Larut. Gunung Hijau (1,448 meter) adalah gunung paling tinggi di Taiping. Hujan yang diterima ialah jenis hujan bukit yang datang dari Banjaran Bintang di sebelah Timur.

(3)

1.2 PETA NEGERI PERAK(DAERAH)

Kedudukan Bandar Taiping di daerah Larut Matang di Negeri Perak, Malaysia.

1.3 PETA MALAYSIA

(4)

2.0 OBJEKTIF

Di antara objektif penulisan ini ialah:

i. Memberi pengetahuan tempat-tempat peninggalan penjajah yang terdapat di Bandar Warisan Taiping.

ii. Memberi pengetahuan bangunan-bangunan peninggalan penjajah yang masih digunapakai sehingga kini.

3.0 LATAR BELAKANG TAIPING BANDAR WARISAN

Mengikut Dewan Bahasa Dan Pustaka perkataan warisan adalah bermaksud harta peninggalan, harta pusaka, atau sesuatu yg diwaris. Terdapat pelbagai kaum yang menetap di daerah ini iaitu kaum Melayu, Kaum Cina, Kaum India dan sebagainya. Kependudukan yang pelbagai bangsa ini adalah disebabkan daripada penjajahan Malaysia sebelum ini. Kaum yang berbeza ini tinggal dalam kehidupan yang harmoni. Zaman penjajahn taiping adalah seuatu kawasan yang menjadi tumpuan penjajah adalah disebabkan oleh sumber aslinya seperti bijih timah.

Mengikut sejarah Taiping diambil daripada perkataan bahasa Cina yang bermaksud ‘Aman’ atau “Damai’. Taiping terhasil daripada pergaduhan puak-puak kongsi gelap kaum Cina yang pada masa tersebut melakukan aktiviti perlombongan bijih timah di Larut. Sebelum 1937 Bandar Taiping merupakan ibu negeri yang pertama bagi Negeri Perak., Nama Taiping sebelumnya ialah Klian Pauh. Lian bermaksud lombong. Pauh ialah sejenis buah mangga bersaiz kecil. Taiping dalam bahasa Mandarin bermaksud ‘Aman’ atau ‘ Damai’ tercetus dari pertelingkahan puak-puak pendatang dari Negara China pada masa itu yang melakukan aktiviti perlombongan bijih timah di Daerah Larut. Puak yang bertelingkah ini ialah Ghee Han dan Hai San telah bersepakat untuk menamakan Bandar baru ini sebagai Taiping untuk berdamai. Jika dilihat Taiping merupakan Bandar yang mempunyai banyak warisan daripada peninggalan penjajahan. Ini kerana Bandar Taiping dahulu merupakan ibu negeri Perak sebelum Ipoh.

(5)

Menurut Abdul (2011), Bangunan yang terdapat di Bandar Taiping ianya masih boleh digunakan dan utuh hasil daripada peninggalan pihak British dan pedagang cina.Sehingga kini Taiping mempunyai ciri-ciri yang tersendiri kerana ianya mempunyai tempat-tempat bersejarah sehingga dikenali Taiping Bandar Warisan Negeri Perak. Pada zaman penjajahan Portugis, Belanda dan British di Malaysia, terdapat banyak bangunan dan monument telah dibina di sekitar bandar-bandar utama bagi tujuan kediaman, pentadbiran, pertahanan, pengangkutan dan perniagaan. Peninggalan ini dapat mengimbas kembali era dan detik-detik sejarah yang dialami Negara. Antara peninggalan daripada pihak penjajah semasa era penjajahan mereka yang masih terdapat dan dijaga dengan baik ialah lapangan terbang Negeri Perak yang pertama di Tekah yang berasa di kawasan Bandar Taiping. Jalan Keretapi Taiping ke Port Weld. Walau bagaimanapun sekarang jalan keretapi ini telah di ganti dengan landasan keretapi berkembar elektrik tetapi banginan asal stsen keretapi itu masih ada . Penjara Taiping juga masih berfungi sehingga kini. Terdapat bangunan-bangunan residensi dan pejabat-pejabat kerajaan seperti Muzium Taiping, Bangunan Pejabat Tanah serta tempat untuk beristerihat seperti Bukit larut, dan Taman Tasik Taiping ianya hasil daripada kesan penjajahan Tanah Melayu pada masa itu.

4.0 BANGUNAN-BANGUNAN WARISAN DARIPADA PENINGGALAN

PENJAJAH YANG MASIH DIGUNAPAKAI SEHINGGA KINI DI BANDAR TAIPING

Terdapat bangunan-bangunan yang masih dikekalkan cirri-ciri warisan sejak dari penubuhannya. Bangunan-bangunan ini dibina semasa zaman penjajahan yang digunakan untuk pentadbiran, pengurusan dan sebagainya. Kebanyakan bangunan ini masih lagi digunapakai.

(6)

4.1 PEJABAT DAERAH DAN TANAH LARUT MATANG DAN SELAMA

Bangunan Pejabat Daerah dan Tanah ini telah siap dibina dalam tahun 1897. Bangunan ini terletak di Bandar Taiping. Ianya direka dengan senibina ‘Victorian Neo-Classical’. Bangunan asalnya adalah berbentuk huruf C yang bersimetri bersempena nama Mr. ST Francis Caufield, Jurutera Kanan PWD(Public Work Department). Pada era 1890 an bangunan ini dikenali sebagai ‘New public Office’. Semasa zaman pembinaannya ianya merupakan bangunan yang paling moden dan bangunan ini pernah digunakan sebagai pejabat kerajaan Negeri perak.Dirasmikan oleh Yang Teramat Mulia Sultan Idris Musyidul Shah pada tahun 1987, Sultan Perak pada masa tersebut.. Pada tahun 2012 bangunan ini telah didaftarkan sebagai warisan di bawah akta warisan kebangsaan 2005 (akta 645) Jabatan Warisan Negara.

(7)

4.2 MUZIUM TAIPING Bangunan Muzium Kini

Muzium yang pertama dibina di Semenanjung Malaysia dan yang paling tua. Bagunan Muzium ini terletak berhadapan dengan Penjara Taiping. Bangunanan ini dibina pada tahun 1883 hasil iham daripad Residen British di Perak iaitu Hugh Low. Penjaga Muzium yang pertama adalah Loemard Wray Jr iaitu seorang botani dan geologi. Keunikan bangunan muzium yang berunsurkan senibina Moorish ini merupakan pusat penyelidikan, pengumpulan dan pemeliharaan warisan harta kebudayaan masyarakat tempatan serta sejarah alam semulajadi. Sehingga kini Muzium ini menerima pelancong luar dan dalam negara. Terdapat pelbagai artifak sejarah di dalam bangunan ini yang dipamirkan.

(8)

4.3 PENJARA TAIPING Bangunan Penjara Semasa Zaman Penjajah

(9)

Bangunan Penjara Taiping Kini

Penjara Taiping atau lebih dikenali sebagai ‘Taiping Goal’ dibina dalam tahun 1879 dan merupakan penjara pertama dan tertua di Tanah Melayu. Penjara Taiping terletak di persimpangan Jalan Taming Sari, Jalan Kamunting Lama, Jalan Lumba Kuda dan Jalan Taman Tasik. Ianya ditadbir oleh Jabatan penjara Malaysia.

Pada tahun 1881, warden Punjabi dibawa masuk dan pada tahun 1880, warden Eropah dibawa masuk untuk membantu pengurusan penjara. Malangnya semasa penjajahan Jepun (1942-1945) semua rekod berkaitan penjara dan banduan dimusnahkan.

(10)

4.4 HOSPITAL TAIPING

Bangunan Hospital Taiping Zaman Penjajahan

Bangunan Hospital Taiping Kini

Hospital Taiping terletak ditengah-tengah pusat Bandar Taiping. Berada 80 KM ke Utara daripada Bandaraya Ipoh, 85 KM ke Selatan dari Negeri Pulau Pinang. Merupakan hospital rujukan bagi Daerah larut Matang Dan Selama. Hospital Taiping dibina pada tahun 1880, merupakan hospital tertua di Negara Malaysia. Dikenali sebagai Hospital Yeng Wah. Sebelum Perang Dunia ke II berfungsi sebagai Hospital Negeri. Sekarang merupakan Hospital Pakar ke 2 terbesar di Perak.

(11)

4.5 BUKIT LARUT/MAXWELL HILL

Bukit Larut merupakan anatara salah satu kawasan reakreasi tanah Tinggi di negeri Perak. Bukit Larut atau nama lain ialah Bukit Maxwell dinamakan sempena nama Residen British tahun 1880 pada ketika itu yang bernama George Maxwell. Pada zaman penjajah bukit ini digunakan sebagai tempat untuk berehat buat pegawai-pegawai British di Malaya yang ingin melarikan diri dari kepanasan cuaca tropika pada zaman itu. Pada zaman dahulu jalan ke bukit tersebut tidak bertar seperti sekarang. Mereka perlu berjalan kaki merentas hutan sejauh 13km atau menunggang kuda padi, atau menaiki tandu yang diusung.

(12)

4.6 STESEN KERETAPI TAIPING

Landasan keretapi pertama di Tanah Melayu, nama sebelum Malaysia bermula apabila dibina menghubungkan Taiping dengan Port Weld yang kini dikenali sebagai Kuala Sepetang. Ianya dibuka pada 1 Jun 1885 oleh Residen British Di Perak iaitu Sir Hugh Low pada 1 Jun 1885. Tujuan utama jalan keretapi ini dibina ialah untuk menghubungkan anatara kawasan perlombongan di Larut dengan pelabuhan terdekat Port Weld. Ianya juga memudahkan perjalanan keluar masuk buruh dan pelombong ke tempat pekerjaan. Pembinaan landasan ini menjadikan stesen keretapi Taiping sebagai stesen keretapi pertama di Malaysia. Walaubagaimanapun stesen keretapi ini telah ditukar landasan kepada Perkhidmatan Tren Elektrik(Electric Train Service), pada Julai 2015.Langkah ini diambil oleh kerajaan Malaysia selaras dengan perkembangan teknologi terkini.

(13)

5.0 KESIMPULAN

Bandar Taiping merupakan Bandar Warisan yang mempunyai banyak peninggalan penjajahan dari segi bangunan, tempat rekreasi dan insfrakstuktur. Kebanyakan bangunan-bangunan ini masih dijaga dan digunapakai sehingga sekarang. Disebabkan dengan bangunan-bangunan peninggalan ini yang mempunyai unsur-unsur sejarah di zaman penjajah.Bandar Taiping menjadi tempat tumpuan pelancong di dalam Negara dan di luar Negara. Di harap pihak berwajib iaitu Majlis Perbandaran Taiping dapat menjaga dan memantau peninggalan ini kerana ianya merupakan pemangkinan kepada sektor pelancongan. Menurut Siti Nor Fatimah, Zainal, dan Mohammad Ashraf (2011) Golongan muda hendaklah menjadi pelapis bagi memastikan bahawa bangunan warisan yang terdapat di Malaysia di jaga untuk memastikan ianya berada dalam keadaan yang baik. Semoga Bandar Warisan Taiping menjadi bandar pelancongan yang dikenali.

6.0 RUJUKAN

1. Fatimah, S,N,. Akasah, Z.Z,. Abdul Rahman, M.A., (2011). Masalah Dalam Pemuliharaan Bangunan Warisan Di Malaysia. Universiti Tun Hussin Onn.

2. Ghafar Ahmad (1994). Pengenalan Kepada Bangunan Dan Monumen Lama Di Malaysia. Kertas Kerja Yang Dibentangkan Di Bengkel Menangani Masalah Pemuliharaan Bangunan Lama di Kota Ngah Ibrahim, Taiping, Perak. Malaysia. 3. www.goTaiping.com(2018).Dimuat turun daripada

http://www.gotaiping.com/taiping-heritage/taiping-heritage-trail/

4. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Perak (2002). Rancangan Struktur Negeri Perak (2002-2020).

5. Hussin,A.A (2011). Pemeliharaan dan Pemulihan Warisan di Malaysia. Universiti Sains Malaysia.

Referensi

Dokumen terkait

Nilai kedua variabel lebih besar dari t tabel sehingga dapat disimpulkan bahwa dari hasil analisis, variabel kualitas layanan dan promosi secara bersama-sama

Sesuai dengan Undang-Undang Nomor 25 Tahun 2004 tentang Sistem Perencanaan Pembangunan Nasional, dan Undang-Undang Nomor 32 Tahun 2004 tentang Pemerintah Daerah

Masyarakat yang terlibat dalam sebuah organisasi maupun didalam sebuah komunitas atau kelompok sudah seharusnya mengembangkan pemahaman yang lebih baik tentang

Terlindunginya aplikasi yang berjalan pada DC dari serangan Cyber dengan melakukan konfigurasi kepada perangkat keamanan untuk dilakukan monitoring aktivitas terhadap

Dari segi bentuk kepedulian dan perhatian yang diberikan, didapatkan bahwa JT dan YH melakukan pengawasan lebih untuk kenyamanan dan keamanan S, JT juga selalu

masyayikh. 3) Ketidaktahuan pembeli terhadap adanya cacat ketika akad dan serah terima. Jika dia mengetahuinya ketika akad atau serah terima, maka tidak ada khiyâr

Dari penjelasan yang telah dipaparkan di atas, penulis tertarik untuk mengkaji bagaimana tingkat kesadaran masyarakat tersebut dalam melaksanakan kewajiban

Skenario keempat adalah apakah perubahan suhu yang diterima dilingkungan yang dibuat dapat mempengaruhi kinerja antara node dan dapat mempengaruhi tingkat penggunaan