Konsep Psikoterapi
Psikoterapi (atau terapi) berfokus kepada masalah serius yang dikaitkan dengan intrapsikik, isu yang bersifat dalaman dan peribadi. Ia banyak menangani “recovery of adequancy” . Oleh itu psikoterapi terutama sekali terapi yang bersifat analitikal menekankan bahawa peristiwa lepas daripada peristiwa sekarang, celik akal lebih daripada perubahan dan peranan ahli terapi sebagai pakar.
Matlamat
Matlamat kaunselor ialah mencari jalan supaya dapat meningkatkan mutu cara klien berhubung dengan orang lain. Kepada sesetengah orang, membuat sesuatu keputusan penting amat menyukarkan. Matlamat kaunseling bagi klien sebegini ialah membantunya membuat sesuatu keputusan penting dalam hidupnya. Keputusan muktamad diambil oleh klien sendiri klien mesti memahami dan tahu kenapa dan bagaimana ia mencapai keputusan yang diambil.
Kepentingan
Bimbingan dan Kaunseling membantu murid-murid untuk membantu diri mereka dan untuk memperkembangkan potensi mereka secara optimum dengan menggunakan peluang maksima yang dibekalkan oleh sesuatu persekitaran.
Ia juga membantu murid-murid dalam pengalaman mereka dengan benda-benda dan dunia di sekeliling mereka.
Tambahan pula membantu individu-individu untuk memperkembangkan kebolehan dan kekuatan mereka untuk mencapai efisensi kendiri dan sosial.