• Tidak ada hasil yang ditemukan

KRISIS POLITIK THAILAND DAN KESAN TERHAD

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KRISIS POLITIK THAILAND DAN KESAN TERHAD"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

KRISIS POLITIK THAILAND DAN PENGAJARAN TERHADAP MALAYSIA

oleh Hisyam Hj Basabah, 19/12/2013

Politik adalah sebuah isu yang kerap kali mencuri perhatian sebahagian besar manusia dan masyarakat kerana politik adalah sebahagian mobilisasi masyarakat yang bertamadun.Adanya politik itu kerana didorong oleh struktur masyarakat yang mempunyai kepentingan hidup berorganiasi. Oleh kerana itu ia menjadi subjek yang sangat penting dan mempengaruhi apa jua perkara yang berlaku di dalam sesebuah negara lebih-lebih lagi dalam struktur antarabangsa yang mana negara menjadi aktor terpenting dalam sistem antarabangsa. Hal ini kerana politik mampu mempengaruhi ekonomi sesebuah negara seperti jatuh bangunnya pendapatan negara, naik turunnya harga barangan dalam pasaran, kedaulatan undang-undang serta mampu mewujudkan polisi-polisi yang berkaitan susun atur kehidupan bermasyarakat dan bernegara.Seperti mana yang dijelaskan oleh Dr Syed Husin Ali, politik berkenaan kuasa, yang mana sejarah telah menyaksikan kuasa dicapai melalui pengundian mahupun pemberontakan1.Melalui penyelidikan, masyarakat di rantau Asia Tenggara mempunyai beberapa

pengalaman berkaitan isu rampasan kuasa ini.Justeru tidak hairan jika sesebuah negara itu khususnya di rantau Asia Tenggara ini kerap kali mengalami krisis politik domestik kerana ia berpunca daripada segelintir ataupun majoriti rakyat yang merasakan kehidupan mereka ditekan oleh sistem pemerintahan sedia ada ataupun mahukan taraf kehidupan yang lebih baiksepertimana yang pernah berlaku di Indonesia, Filipina, Kemboja dan juga Thailand.

Sekiranya ketidakpuasan hati rakyat tidak diperhalusi oleh kerajaan memerintah maka akan terbitlah pemberontakkan yang mampu mengancam kestabilan negara melalui rampasan kuasa yang membawa kejatuhan rejim yang memerintah.Pergolakkan politik yang melanda negara jiran, Thailand sedikit sebanyak memberikan bahang kepada politik Malaysia kerana faktor-faktor serantau yang saling mempengaruhi. Melalui penulisan ini, penulis ingin melihat adakah terdapatnya pengaruh daripada krisis politik Thailand yang mampu mempengaruhi iklim politik Malaysia berdasarkan beberapa fakta kes terdahulu serta pengajaran yang boleh diambil oleh Malaysia agar konflik yang terjadi di Thailand tidak berlaku di negara kita..

(2)

Seperti mana yang kita sedia maklum, Thailand juga mengamalkan konsep pemerintahan yang tidak jauh berbeza dengan sistem pemerintahan Malaysia iaitu raja berpelembagaan yang mana ketua negara bagi Thailand ialah Raja Bhumibol Adulyadev dan ketua negara bagi Malaysia ialah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Manakala ketua kerajaan bagi kedua buah negara adalah Perdana Menteri.Semenjak tujuh tahun kebelakangan ini lebih-lebih lagi selepas era Thaksin Shinawatra, politik Thailand mengalami ketidakstabilan yang berpanjangan sehingga menyaksikan lima orang Perdana Menteri dan dua pemangku Perdana Menteri silih berganti mentadbir Negara Gajah Putih itu. Ia adalah rentetan daripada gerakan rakyat yang menyebabkan regim Thaksin dan partinya Thai Rak Thai digulingkan melalui kudeta tentera yang diketuai oleh Jeneral SonthiBoonyaratglin, Panglima Tentera DiRaja Thailand pada tahun 2006.Penggulingan regim Thaksin berpunca daripada ketidakpuasan hati rakyat akibat pemerintahan korup dan penyelewengan Thaksin dan parti Thai Rak Thai ditambah dengan polisi zalim terhadap masyarakat Islam di Selatan Thai. Oleh itu, kesempatan bagi melakukan rampasan kuasa dilakukan ketika Thaksin menghadiri Persidangan Agung PBB di Amerika Syarikat yang mengakibatkan Thaksin terus hidup dalam buangan kerana menghadapi pelbagai pertuduhan berhubung penyelewengannya ketika berkuasa sebagai Perdana Menteri.Sekiranya beliau pulang ke Thailand, maka Thaksin akan dibicarakan seperti mana yang terjadi terhadap Suharto.

(3)

Politik Thailand terus terusan bergolak hingga kini dengan pertempuran dan demonstrasi antara puak baju merah yang mempertahankan kerajaan Puea Thai dan puak baju kuning di bawah pimpinan Suthep Thaugsuban bekas Timbalan Perdana Menteri di bawah kerajaan Abhisit Vejajiva yang menuntut perletakkan jawatan Yingluck Shinawatra sebagai Perdana Menteri secepat mungkin. Tekanan demi tekanan oleh pihak pembangkang menyebabkan Yingluck mengisyhtiharkan pilihanraya akan dijalankan pada Februari 2014. Dalam masa yang sama, pencabar utama Yingluck, Abhisit Vejajiva kembali ke arus perdana politik Thailand apabila memenangi jawatan Pengerusi Parti Demokrat dan bersedia merebut kerusi Perdana Menteri Thailand semula. Persoalannya kini, adakah pihak pembangkang Thailand mahu mengambil bahagian dalam pilihanraya ataupun memboikot pilihanraya terebut kerana ketidakpuasan hati terhadap sistem pilihanraya Thailand selain tidak bersetuju Yingluck menjadi pemangku Perdana Menteri sehingga tertubuhnya kerajaan baru di Thailand?

(4)

Penulis melihat perkembangan yang berlaku di Thailand ini mampu menjalar ke negara tetangga melalui pemikiran dan ideologi gerakan. Ini kerana, sebagai negara serantau, secara tidak langsung sesebuah gerakan itu akan saling mempengaruhi dan bersifat transnasional sebagai contoh gerakan pelajar di Malaysia 1974 yang terpengaruh dengan gerakan pelajar dari Indonesia dan juga penggulingan Suharto di Indonesia dari tampuk kuasa mempengaruhi gerakan reformasi di negara kita pada tahun 1998. Sekalipun pengaruh seperti ini tidak banyak tetapi barang diingat, dunia hari ini bukan lagi seperti tahun 1990-an atau 1970-an yang mana pada ketika itu akses dunia siber tidak secanggih sekarang. Segala apa sahaja maklumat atau peristiwa yang berlaku di luar negara akan dapat dicapai dalam masa kurang 1 saat, dan bersandarkan perkara ini, penulis berpandangan bahawa gerakan-gerakan di negara jiran mampu disebarkan kalaupun tidak melalui fizikal, ia boleh disebarkan melalui pemikiran, ideologi dan dakyah melalui medium siber.

(5)

Referensi

Dokumen terkait

Tujuan penelitian adalah menyelidiki kejadian penyalahgunaan atau kesalahgunaan obat pada pengobatan sendiri berdasarkan nilai rasionalitas pengobatan dengan pedoman

Then , in the group we will present, not read, the list to each other orally2. We will orally present to each other what eight people say what they wil and will

Temuan penelitian tersebut bahwa untuk membangun kepuasan klien maka kualitas layanan yang diberikan harus bisa diandalkan (reliability), daya tanggap penyaji jasa

It sought to find out how English teachers develop and select materials and strategies for implementing character education in their classroom, how the

Praktik Pengalaman Lapangan (PPL) adalah semua kegiatan kurikuler yang harus dilakukan oleh mahasiswa praktikan, sebagai pelatihan untuk menerapkan teori yang

2) There were 2 of 5 students drew the object arrangement as a lot more isometric drawing, because there are a little bit lines at the same edge are not parallel

Hal ini kemudian berbanding terbalik dengan penelitian yang dilakukan oleh Rai (2015) yang menunjukkan hasil arus kas operasi memiliki kemampuan secara signifikan,