• Tidak ada hasil yang ditemukan

Panduan Penulisan Laporan Penyelidikan I

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Panduan Penulisan Laporan Penyelidikan I"

Copied!
68
0
0

Teks penuh

(1)

BAB 1

PANDUAN PENYELIDIKAN

1.1 PENGENALAN

Institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) merupakan

wadah utama pengeluaran modal insan Kementerian Kesihatan Malaysia

yang bernaung di bawah Bahagian Pengurusan Latihan (BPL) sejak sekian

lama. Perubahan untuk pembangunan dan kepentingan dasar latihan telah

membawa ILKKM ke mercu yang lebih cemerlang. Pusat Kecemerlangan

Penyelidikan yang berpusat di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sg.

Buloh telah diwujudkan bagi membudayakan nilai-nilai akademik dalam

kalangan para pengajar ILKKM. Kewujudan ini adalah bersesuaian dengan

persaingan sihat di antara institusi-institusi latihan dan pengajian tinggi yang

lain di Malaysia.

1.2 DASAR PENYELIDIKAN ILKKM

Selari dengan objektif utama BPL dalam menyediakan latihan Anggota Sains

Kesihatan Bersekutu (ASKB) di kolej-kolej latihan, pembangunan para

pengajar amat dititik beratkan terutamanya dalam bidang penyelidikan dan

penulisan ilmiah. Panduan ini disediakan bagi membantu para pengajar

menjalankan penyelidikan dan seterusnya menghasilkan penulisan ilmiah

sebagai salah satu kaedah meningkatkan kompetensi para pengajar.

(2)

1.3 STRATEGI PELAKSANAAN DASAR PENYELIDIKAN ILKKM

Bahagian Pengurusan Latihan (BPL) melalui Pusat Kecemerlangan

Penyelidikan KSKB Sg. Buloh telah mewajibkan setiap kolej latihan untuk

menjalankan penyelidikan dan menghasilkan penulisan ilmiah

sekurang-kurangnya dua penyelidikan bagi setiap tahun.

1.4 OBJEKTIF DASAR PENYELIDIKAN ILKKM

1.4.1 Meningkatkan prestasi cemerlang ILKKM sebagai institusi latihan

Anggota Sains Kesihatan Bersekutu utama di Malaysia.

1.4.2 Memperkasa dan membudayakan penyelidikan yang kreatif dan

inovatif.

1.4.3 Mempertingkatkan penyelidikan usahasama antara disiplin dan

pelbagai bidang di dalam dan luar negara.

1.4.4 Mempergiat dan memperkukuhkan jalinan kerjasama serta kolaborasi

di antara institusi latihan dan masyarakat.

1.5 SKOP PENYELIDIKAN

Skop penyelidikan utama melibatkan penyelidikan dalam: 1) Sains

Diagnostik Perubatan (bagi para pengajar Radiografi dan Juru Teknologi

Makmal Perubatan); 2) dan Sains Kesihatan Gunaan (bagi para pengajar

Pembantu Farmasi, Radioterapi, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran

dan Pembantu Kesihatan Awam); 3) Sains Jagaan Kesihatan (bagi para

pengajar Jururawat, Pembantu Perubatan, Jururawat Pergigian,

Juruteknologi Pergigian, Jururawat Masyarakat dan Pembantu Pembedahan

(3)

Pergigian); dan 4) Sains Rehabilitasi (bagi para pengajar Jurupulih

Perubatan Anggota dan Jurupulih Perubatan Carakerja).

1.6 BIDANG PENYELIDIKAN

Bidang-bidang penyelidikan yang digalakan adalah seperti berikut:

a. Pengajar Kursus Pengkhususan (Mengikut program)

1.4.5 Rapi - Perawatan Rapi

1.4.6 Koronari - Perawatan Jantung

1.4.7 Paediatrik - Perawatan Kanak-kanak

1.4.8 Oftalmik - Perawatan Mata

1.4.9 Perioperatif - Perawatan Perioperatif

1.4.10 Renal - Perawatan buah pinggang

1.4.11 Neonate - Perawatan kanak kanak

1.4.12 Ongkologi - Perawatan kanser

1.4.13 Kebidanan - Kebidanan

1.4.14 Otorinolaringology (ORL) - Perawatan hidung, tekak dan

kerongkong

1.4.15 Neurosains – Perawatan saraf

1.4.16 Kesihatan Awam

1.4.17 Kawalan Infeksi - Perawatan kawalan Infeksi

1.4.18 Penyiasatan dan undangundang - Perundangan

1.4.19 Kesihatan Persekitaran - Kesihatan dan keselamatan

persekitaran

1.4.20 Farmaseutikal steril - Sediaan steril

1.4.21 HV/AIDS Kaunseling - Kaunseling methadone & Hiv/Aids

(4)

b. Pengajar Subjek Umum:

i. Psikologi & Sosiologi

ii. Promosi kesihatan

c. Pengajar Jururawat:

i. Anestesia

ii. Kebidanan

iii. Kecemasan

iv. Kesihatan Awam

v. Perawatan Gerontology

vi. Perawatan Koronari

vii. Perawatan Neonatal

viii. Perawatan Oftalmik

ix. Perawatan Onkologi

x. Perawatan Ortopedik

xi. Perawatan Pediatrik

xii. Perawatan Peroperatif

xiii. Perawatan Psikiatri

xiv. Perawatan Rapi

xv. Perawatan Neurosains (saraf)

xvi. Pengurusan Diabetis

xvii. Perubatan Sukan

xviii. Perawatan Otorinolaringologi

xix. Forensik

(5)

xx. Perawatan Perianestesia

xxi. Kawalan Infeksi

xxii. Perawatan Rehabilitasi

xxiii. Penjagaan Kesihatan Primer

xxiv. Gastrointestinal Endoscopy

d. Pengajar Jurupulih Perubatan Anggota:

i. Pengurusan dan rehabilitasi pesakit kritikal/ jagaan intensif

ii. Pengurusan dan rehabilitasi kes surgikal

iii. Pengurusan kes medikal

iv. Rehabilitasi pulmonari

v. Rehabilitasi kardiak

vi. Rehabilitasi kecederaan sukan

vii. Specialized Technique Muskuloskeletal

viii. Kinesiotaping

ix. Pengurusan sakit

x. Hydrotherapeutic exercise

xi. Pengurusan dan rehabilitasi kelecuran

xii. Perawatan terapi ultra-violet bagi kondisi kulit

xiii. Pengurusan Incontinence

xiv. Pengurusan Lymphoedema

xv. Pengurusan fisioterapi sebelum dan selepas bersalin

xvi. Pengurusan pesakit pembedahan ginekologi/sakit tuan

xvii. Rehabilitasi pediatrik neurologi

(6)

xviii. Rehabilitasi pediatrik kardiorespiratori

xix. Rehabilitasi pediatrik muskuloskeletal

xx. Rehabilitasi stroke

xxi. Pengurusan dan rehabilitasi neurologi

xxii. Pengurusan dan Rehabilitasi pesakit Spinal

xxiii. Pengurusan dan rehabilitasi traumatic brain injury

xxiv. Rehabilitasi Geriatrik Muskuloskeletal

xxv. Rehabilitasi Geriatrik Neurologi

xxvi. Rehabilitasi Geriatrik Kardiorespiratori

b. Pengajar Jurupulih Perubatan Carakerja:

i. Driving Rehabilitation

ii. Work & Vocational Rehabilitation

iii. Neurology Rehabilitation

iv. Stroke Rehabilitation

v. Spinal Rehabilitation

vi. Cardiac Rehabilitation

vii. Cognitive Rehabilitation

viii. Gerontology

ix. Oncology Rehabilitation

x. Palliative Care

xi. Sensory Integration

xii. Psychiatric & Mental Health

xiii. Religiosity, Spirituality, Mindfulness, and Mental Health

xiv. Child Psychiatric

(7)

xv. Low Vision Rehabilitation

xvi. Special Education

xvii. Assistive Technology

xviii. Orthosis& Prosthesis

xix. Pressure Garment & Burn Management

xx. Environmental Modification & Accessibility For Special Needs

xxi. Supported Employment

xxii. Activity of Daily Living/Functional Activities

xxiii. Lifestyle Redesign

xxiv. Occupational Science

xxv. Occupational Health & Safety

c. Pengajar Penolong Pegawai Farmasi:

i. Medication Error

ii. Penggunaan Ubat-ubatan

d. Pengajar Penolong Pegawai Perubatan:

i. Anestesia

ii. Kecemasan

iii. Gastrointestinal Endoscopy

iv. Pengurusan Personel Kesihatan

v. Penjagaan Kesihatan Primer

vi. Perawatan Gerontology

vii. Perawatan Koronari

viii. Perawatan Oftalmik

(8)

ix. Perawatan Onkologi

x. Perawatan Ortopedik

xi. Perawatan Peroperatif

xii. Perawatan Psikiatri

xiii. Perawatan Rapi

xiv. Perawatan Renal

xv. Pengurusan Diabetis

xvi. Perubatan Sukan

xvii. Perawatan Otorinolaringologi

xviii. Perubatan Forensic

xix. Perawatan Perianestesia

e. Pengajar Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dan Pembantu

Kesihatan Awam:

i. Disease Control & Prevention

ii. Food Safety

iii. Vektor

iv. Environmental Law

v. Waste Management

vi. Water Quality & Engineering

vii. Waste Water

viii. Health & Safety

f. Pengajar Radiografi:

i. Digital Radiography/Computed radiography

(9)

ii. Computed Tomography (CT) Scan.

iii. Breast Imaging

iv. Ultrasound (US)

v. Magnetic Resonance Imaging (MRI)

vi. Cardiovascular Study

vii. Angiography

viii. Digital image processing (DIP)

ix. Trauma Radiography

x. Intervention study

xi. Radionuclide Imaging

xii. PET Scan/Spect

g. Pengajar Radioterapi:

i. Teknik Radioterapi

ii. Jagaan Pesakit dan Kumpulan Sokongan Pesakit Radioterapi

iii. Peralatan Radioterapi

iv. Pendidikan Kesihatan Berkenaan Radioterapi

h. Pengajar Jururawat Pergigian, Pengajar Juru Teknologi Makmal

Perubatan, Pengajar Jururawat Masyarakat, Pengajar Juruteknologi

Pergigian dan Pengajar Pembantu Pembedahan Pergigian:

bidang-bidang lain yang berkaitan dengan program masing-masing

(10)

1.7 PROSEDUR PENGURUSAN PENYELIDIKAN

Prosedur utama penyelidikan yang perlu dilakukan oleh setiap kumpulan

pengajar yang menjalankan penyelidikan meliputi perkara berikut:

1) Penyediaan proposal

2) Pemilihan peringkat Research Interest Group (RIG) program/kolej

3) Penambahbaikan proposal

4) Penyerahan proposal

5) Semakan panel akademik Research Management Centre (RMC)

6) Maklumbalas pengesahan

7) Pendaftaran NMRR (National Medical Research Registry)

8) Pengumpulan data dan pelaksanaan penyelidikan

9) Penulisan laporan penyelidikan

10) Submisi abstrak untuk klasifikasi kluster

11) Pembentangan peringkat RMC

12) Maklumbalas RMC

13) Pemilihan dan submisi panel penyelidikan pakar

Setiap kumpulan pengajar yang terlibat dalam penyelidikan dianggap

sebagai penyelidik bersama dan diketuai oleh ketua program

masing-masing. Kumpulan penyelidik tersebut disebut sebagai RIG, iaitu Research

Interest Group. Pusat Kecemerlangan Penyelidikan ILKKM yang berpusat di

KSKB Sg Buloh disebut sebagai RMC, iaitu Research Management Centre.

1.8 PENYEDIAAN PROPOSAL

Proposal yang disediakan oleh para pengajar boleh menggunakan samada

Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia. Proposal boleh disediakan secara

individu atau berkumpulan dengan merujuk Panduan Penulisan Penyelidikan

ILKKM.

(11)

1.9 PEMILIHAN PERINGKAT RESEARCH INTEREST GROUP (RIG) PROGRAM/KOLEJ

Proposal yang telah disediakan mestilah mendapat pengesahan Ketua

Program/Pengarah melalui RIG peringkat program/kolej bagi memastikan

penyelidikan adalah sesuai dengan bidang dan skop penyelidikan ILKKM.

1.10 PENAMBAHBAIKAN PROPOSAL

Proposal yang telah disemak dan dipersetujui oleh RIG perlulah

ditambahbaik sebelum dihantar ke RMC berpusat di KSKB Sg Buloh bagi

memastikan kepatuhan format dan piawaian.

1.11 PENYERAHAN PROPOSAL

Proposal boleh dihantar ke RMC sepanjang tahun dan akan diberi masa dua

minggu hingga satu bulan untuk mendapat kelulusan Panel Akademik RMC

sebelum didaftarkan dibawah NMRR dan pengesahan etika penyelidikan.

1.12 SEMAKAN PANEL AKADEMIK RMC

Semakan Panel Akademik RMC menitikberatkan hal-hal berikut:

a) Tajuk yang bersesuaian.

b) Justifikasi penyelidikan yang jelas.

c) Objektif umum dan khusus yang jelas.

d) Hipotesis yang jelas.

e) Populasi penyelidikan dinyatakan bersama pengiraan sampel yang

spesifik.

(12)

f) Rekabentuk penyelidikan dinyatakan secara jelas.

g) Latarbelakang tempat kajian dinyatakan secara spesifik.

h) Rakan penyelidik dinyatakan sekiranya ada dan diperlukan di

kawasan penyelidikan.

i) Kesesuaian kriteria inklusif dan eksklusif.

j) Carta alir kaedah penyelidikan yang terperinci dan jelas.

k) Tiada isu etika yang major dalam penyelidikan.

l) Memenuhi keperluan penulisan proposal seperti dalam panduan

penulisan proposal.

1.13 MAKLUMBALAS PENGESAHAN

Maklumbalas akan diterima dalam masa dua hingga sebulan selepas

penghantaran proposal setelah penyelidik mematuhi garis panduan yang

ditetapkan. Maklum balas akan disampaikan samada secara bertulis, atas

talian atau melalui makluman awal telefon

1.14 PENDAFTARAN NATIONAL MEDICAL RESEARCH REGISTRY (NMRR)

Pendaftaran NMRR hendaklah dilakukan sebaik sahaja mendapat

maklumbalas pengesahan samada secara bertulis, atas talian atau melalui

makluman awal telefon. Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian di

alamat URL https://www.nmrr.gov.my oleh ketua penyelidik.

1.15 PENGUMPULAN DATA DAN PELAKSANAAN PENYELIDIKAN

Tempoh masa penyelidikan tidak dihadkan dan para penyelidik boleh

memulakan penulisan laporan semasa dan setelah penyelidikan dilakukan.

(13)

1.16 PENULISAN LAPORAN PENYELIDIKAN

Penulisan laporan penyelidikan perlu disediakan secara lengkap dengan

merujuk kepada Panduan Penulisan Penyelidikan. Penulisan yang tidak

memenuhi syarat minima penulisan tidak akan dipertimbangkan untuk

sebarang pengesahan mata Continuous Professional Development.

1.17 PENYERAHAN ABSTRAK UNTUK KLASIFIKASI KLUSTER

Abstrak boleh dihantar kepada RMC sepanjang tahun. Abstrak yang dihantar

perlulah menerima pengesahan penerimaan secara bertulis bagi

mengelakkan kehilangan dokumen. RMC akan bermesyuarat untuk

menentukan klasifikasi mengikut kluster pada atau sebelum bulan Jun setiap

tahun.

1.18 PEMBENTANGAN PERINGKAT RMC

Kumpulan penyelidik akan membentangkan hasil penyelidikan

masing-masing di peringkat RMC mengikut tarikh yang ditentukan berdasarkan

kluster penyelidikan masing-masing.

1.19 MAKLUMBALAS RMC

Penyelidikan yang berkualiti akan diterima oleh RMC dan akan dimaklumkan

seminggu selepas pembentangan. Kumpulan penyelidik terlibat perlu

menyediakan laporan lengkap penyelidikan dan seterusnya dihantar ke RMC

untuk penilaian oleh panel penyelidikan pakar bagi penambahbaikan dalam

memenuhi piawaian penulisan Institute for Scientific Information (ISI).

(14)

1.20 PEMILIHAN DAN PENGESAHAN PANEL PENYELIDIKAN PAKAR

Panel Penyelidikan Pakar akan memberi nilai kepada penulisan penyelidikan

yang telah terpilih melalui kritikan dan penambahbaikan. Penyelidikan yang

memenuhi piawaian akan dihantar ke jurnal terpilih untuk diterbitkan setelah

penambahbaikan dilakukan.

1.21 PLAGIARISM

Penulisan plagiat adalah dilarang sama sekali. RMC bertanggungjawab

memastikan penulisan laporan lengkap penyelidikan tidak mempunyai

sebarang unsur plagiarism sebelum pemilihan dan pengesahan panel

penyelidikan pakar dijalankan.

1.22 PENERBITAN

Penulisan yang lengkap dan terpilih akan diterbitkan dalam Jurnal ILKKM.

1.23 PENGIKTIRAFAN

Nilai tambah akan diberikan kepada pengajar yang terlibat, di dalam laporan

prestasi pengajar berkaitan Continuous Professional Development (CPD),

Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT), Anugerah Perkhidmatan

Cemerlang (APC) dan pencalonan bagi Tokoh Pengajar untuk tahun

tersebut.

(15)

BAB 2

FORMAT PENULISAN ILMIAH

2.1 KERTAS DAN SAIZ

Hanya kertas 80 gram berwarna putih dan bermutu tinggi dan bersaiz A4

(210 mm x 297 mm) yang dibenarkan penggunaanya.

2.2 PENAIPAN

2.2.1 Jenis Huruf dan saiz

Hendaklah menggunakan huruf Arial / Times New Roman pada keseluruhan

penulisan. Saiz yang dibenarkan ialah 12 poin.

2.2.2 Tajuk

Semua tajuk (kecuali subtajuk) hendaklah ditaip dengan HURUF BESAR

tebal (bold) di tengah-tengah antara jidar kiri dengan jidar kanan.

2.2.3 Santak Teks (Alignment)

Teks hendaklah ditaip santak kiri dan kanan (Justify).

2.2.4 Selang Baris

(16)

Teks am manuskrip hendaklah ditaip selang satu setengah baris (1½). Bagi

memulakan perenggan baru, baris pertama hendaklah ditaip selang satu

baris di bawah ayat terakhir perenggan sebelumnya.

Teks bagi perkara berikut hendaklah ditaip selang satu baris:

a. Pengakuan

b. Penghargaan

c. Abstrak

d. Abstract

e. Kandungan

f. Senarai Jadual dan Ilustrasi

g. Rujukan

2.2.5 Perenggan

Perenggan yang pertama bagi setiap tajuk hendaklah dimulakan santak kiri

bagi penulisan. Ensotan (tab) bagi memulakan perenggan seterusnya ialah

12.5mm dari jidar kiri.

2.3 KETERANGAN PADA KULIT

2.3.1 Kuit Depan

Maklumat hendaklah dicetak dengan HURUF BESAR berwarna emas

berukuran 18 poin bagi semua tesis dan mengikut susunan seperti berikut:

Tajuk tesis

Disusun dalam bentuk piramid terbalik – 60 mm dari birai atas

(17)

Nama penuh pengajar (kumpulan penyelidik) Seperti dalam kad pengenalan/pasport

KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU SUNGAI BULOH Nama Kolej – 60 mm dari birai bawah

2.3.2 Tulang Belakang

Maklumat pada tulang belakang hendaklah di cetak dengan HURUF BESAR

berwarna emas berukuran 18 poin mengikut susunan seperti berikut:

Nama Penulis

Ditaip 60 mm dari birai atas

Diploma

Singkatan diploma dalam Bahasa Melayu

Tahun tesis diserahkan 2013

KSKB SG BULOH

Singkatan nama Kolej di taip 60 mm dari birai bawah

(18)

2.4 JIDAR (MARGIN)

2.4.1 Ukuran

Format pada page setup adalah seperti berikut:

Jidar atas : 30 mm dari birai atas

Jidar bawah : 25 mm dari birai bawah

Jidar kiri : 40 mm dari birai kiri

Jidar kanan : 25 mm dari birai kanan

Peringatan

i. Semua permulaan tajuk bab kecuali rujukan dan lampiran hendaklah

ditaip 50 mm dari birai atas.

ii. Ruang letak jadual dan ilustrasi termasuk keterangan, mestilah

mengikut keperluan 2.4.1

iii. Perenggan terakhir dalam sesuatu halaman hendaklah mengandungi

sekurang-kurangnya dua baris teks bercetak. Jika kurang daripada

dua baris, teks tersebut hendaklah dipindahkan ke halaman

berikutnya sebagai perenggan baru.

iv. Perkataan terakhir pada baris terakhir sesuatu halaman tidak boleh

menggunakan tanda sengkang.

v. Sesuatu halaman baru hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya

satu baris teks.

(19)

2.5 PENOMBORAN HALAMAN

2.5.1 Nombor Halaman

Nombor halaman hendaklah berada di sudut atas sebelah kanan. Gunakan

jenis huruf yang sama seperti huruf teks tanpa hiasan.

2.5.2 Jenis Nombor Rumi

Halaman permulaan (bermula dari halaman judul) hendaklah dinomborkan

dengan angka kecil Roman secara berturut-turut: i, ii, iii dan seterusnya.

Nombor halaman teks hendaklah menggunakan angka 1, 2, 3, dan

seterusnya. Bagi pecahan subtajuk, hanya sehingga dua titik perpuluhan

sahaja. Subtajuk seterusnya menggunakan abjad (a, b, c) dan subtajuk di

bawahnya menggunakan angka.

2.6 SUSUNAN DAN KANDUNGAN

2.6.1 Tertib

Susunan dan kandungan tesis hendaklah mengikut tertib seperti berikut:

HALAMAN JUDUL

PENGAKUAN

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT (Terjemahan Abstrak)

KANDUNGAN

(20)

SENARAI JADUAL

SENARAI ILUSTRASI

SENARAI SIMBOL/SINGKATAN/TATANAMA/ISTILAH

SENARAI KES

SENARAI STATUT/STATUTE ( BERKAITAN AKTA/UNDANG-

UNDANG)

TEKS

RUJUKAN

LAMPIRAN

2.7 HALAMAN JUDUL

Halaman ini hendaklah mengandungi maklumat yang ditaip selang satu baris

menggunakan HURUF BESAR dan mengikut susunan seperti berikut

(contoh di lampiran A1)

2.7.1 Judul Tesis

Judul tesis hendaklah ditaip dalam bentuk piramid terbalik – 60 mm dari birai

atas.

2.7.2 Nama Penuh Penyelidik

Nama penuh hendaklah ditaip seperti dalam kad pengenalan/pasport.

(21)

2.7.3 Tujuan Tesis Dikemukakan

Penyelidik hendaklah menaip satu daripada ungkapan berikut atau

mana-mana yang berkaitan.

TESIS YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMPEROLEHI

...

TESIS YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN

DARIPADA SYARAT MEMPEROLEHI

...

Nama Program

...

Nama Kolej

KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU SUNGAI BULOH

Tahun penyerahan naskah akhir tesis

Tahun penyerahan hendaklah ditaip selang dua baris selepas nama kolej

dan 40 mm dari birai bawah.

2.8 PENGAKUAN

Pengakuan hendaklah dimulakan pada halaman baru selepas halaman judul,

dan ditaip ditengah-tengah halaman tersebut.

(22)

2.9 PENGHARGAAN

Perkataan PENGHARGAAN dan teksnya hendaklah ditaip santap tengah

dan 30 mm dari birai atas. Penghargaan kepada sebarang bantuan yang

telah diberi oleh orang perseorangan atau pertubuhan dalam penyelididkan

tesis penyelidik hendaklah dirakamkan.

2.10 ABSTRAK DAN TERJEMAHANNYA

Abstrak dan terjemahannya hendaklah ditaip dalam satu perenggan, selang

satu baris pada halaman berasingan dan dimulakan pada halaman baru

selepas halaman penghargaan. Perkataan ABSTRAK hendaklah ditaip

santah tengah dan 30 mm dari birai atas. Panjang abstrak hendaklah antara

200 hingga 300 patah perkataan.

Abstrak hendaklah merangkumi maklumat berikut:

i. Permasalah/Persoalan kajian

ii. Tujuan kajian

iii. Kawasan kajian (sekiranya berkaitan)

iv. Perkaedahan kajian

v. Hasil kajian (penemuan baru seperti teori, istilah, teknologi,

tafsiran, produk, atau penilian yang dinyatakan dengan tepat)

vi. Sumbangan terhadap bidang ilmu

vii. Implikasi kepada Dasar (jika berkaitan)

(23)

Abstrak tidak boleh mengandungi maklumat berikut:

i. Tambahan, pembetulan, atau sebarang maklumat yang tidak

dapat di dalam tesis

ii. Jadual, ilustrasi dan rujukan langsung kepadanya

iii. Pemerihalan terperinci tentang eksperimen, organisma, kaedah

piawai, teknik dan alat

iv. Rujukan dan sorotan susastera/karya

Tesis dalam Bahasa Melayu, abstraknya hendaklah dalam Bahasa Melayu

danndiikuti dengan terjemahannya, dalam Bahasa Inggeris berserta judul

yang diterjemahkan.

2.11 PENAIPAN BAB

BAB I hendaklah menggunakan angka roman, ditaip 50 mm dari birai atas

dan ditengah-tengah antara jidar kiri dengan jidar kanan.

Tajuk bab hendaklah dimulakan selang tiga (1.5 x 2 langkau) baris dibawah

perkataan BAB I, dan terletak ditengah-tengah antara jidar kiri dan jidar

kanan.

Subtajuk atau kandungan bab dimulakan selang dua baris di bawah tajuk

bab dan hendaklah memenuhi keperluan jidar.

Penomboran subtajuk sehingga 2 tempat perpuluhan sahaja (sehingga tahap

ketiga sahaja). Penomboran bagi subtajuk selanjutnya hendaklah dimulakan

dengan a, b, c...bagi tahap keempat i, ii, iii,... bagi tahap kelima dan tiada

penomboran bagi tahap selanjutnya.

(24)

RUJUKAN

Chua, Y.P. (2011). Kaedah Penyelidikan – Buku 1 (2nd Ed.). Malaysia:

McGraw-Hill Education.

Mohd Majid Konting. (2009). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noraini Idris. (2010). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Malaysia: McGraw-

Hill Education.

Sidek Mohd Noah. (2002). Reka bentuk Penyelidikan : Falsafah, Teori dan

Praktis. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Yahaya Mahamood. (1992). Statistik Inferensi untuk Sains Tingkahlaku.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (2012). Panduan Penulisan Tesis Edisi

Keempat: Pusat Pengajian Siswazah

(25)

LAMPIRAN A1 Contoh muka hadapan tesis

(26)

LAMPIRAN A3

Contoh isi kandungan

BAB PERKARA

1

PENGENALAN 1.1 Pengenalan

1.2 Latar belakang Kajian

1.3 Kenyataan Masalah

1.4 Persoalan Kajian

1.5 Kepentingan Kajian

1.6 Limitasi kajian (untuk kertas cadangan sahaja, contoh : terhad

pada kawasan kolej)

1.7 Objektif kajian

• Objektif Umum

• Objektif spesifik

1.8 Hipotesis

• Hipotesis Penyelidikan

• Hipotesis Null

1.9 Definisi terma dan konseptual

2 LITERATURE REVIEW / KAJIAN KEPUSTAKAAN

(27)

3

METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan

3.2 Latar belakang tempat Kajian

3.3 Reka bentuk kajian

3.4 Populasi kajian

3.5 Persampelan

3.6 Kaedah mengumpul data

3.7 Kaedah Analisa data

3.8 Kajian rintis

3.9 Etika Kajian

3.10 Tempoh Kajian

4

DAPATAN / HASIL KAJIAN 4.1 Pendahuluan

4.2 Analisis demografi respondan

5

PERBINCANGAN 5.1 Pengenalan

5.2 Perbincangan dapatan

5.3 Limitasi kajian (metodologi, sampel)

6

KESIMPULAN DAN CADANGAN 6.1 Pengenalan

6.2 Kesimpulan

6.3 Cadangan

RUJUKAN LAMPIRAN

Carta Ghant

(28)

• Borang persetujuan responden / surat kebenaran menjalankan kajian

• Borang soal selidik/temu bual/ senarai semak pemerhatian

(29)

LAMPIRAN A3

GARIS PANDUAN PROJEK PENYELIDIKAN BAB 1

PENGENALAN 1.1 Pengenalan

Pengenalan merupakan bahagian yang memuatkan mengenai masalah kajian dan kepentingan untuk kajian dilaksanakan. Ia memberi maklumat awal mengenai tujuan kajian, persoalan dan hipotesis kajian serta menyatakan definisi operasional bagi pengukuran pemboleh ubah kajian.

1.2 Latar belakang Kajian

Penulisan latar belakang adalah dalam bentuk PERENGGAN dan menyentuh perkara-perkara berikut :

1. Aspek berkaitan tajuk kajian yang dipilih.

2. Perihal subjek yang ingin dikaji – (what, where, when),ciri-ciri

pengkajian yang lepas.

3. Latar belakang kajian yang baik adalah dengan disokong oleh

LITERTURE REVIEW yang akan dibincangkan dalam BAB 2.

CONTOH:

Tajuk : TAHAP PENGETAHUAN PELATIH PENOLONG PEGAWAI FARMASI KSKB SG. BULOH MENGENAI AMALAN PEMAKANAN YANG SIHAT

(30)

Tajuk kajian ini adalah berkenaan dengan tahap pengetahuan pelatih

penolong Pelatih Penolong Pegawai Farmasi KSKB Sg. Buloh

mengenai amalan pemakanan yang sihat. Menurut Nasir (1992),

pemakanan yang sihat adalah dengan memastikan makanan seimbang

diperoleh ketika bersarapan, makan tengah hari dan makan malam.

Menurut beliau lagi seseorang perlu memastikan bahawa mereka

mendapat bekalan makanan yang mencukupi daripada kumpulan

vitamin, karbohidrat, protein dan zat besi.

* GAYA PENULISAN LATAR BELAKANG BOLEH DIPELBAGAIKAN

MENGIKUT KESESUAIAN TOPIK KAJIAN DAN TIDAK TERHAD

SEPERTI CONTOH DI ATAS.

1.3 Kenyataan Masalah

Kenyataan / Pernyataan masalah merupakan penerangan yang berkisar

tentang permasalahan tajuk yang akan dikaji.

Persoalan yang perlu dititikberatkan oleh pelatih semasa merangka

KENYATAAN MASALAH :

• Adakah perkara itu wajar dikenalpasti?

• Bagaimanakah cara menulis kenyataan masalah supaya pembaca dapat meyakini perkara itu penting untuk dikaji?

• Adakah perkara yang dikaji menyumbang kepada perkara baru?

(31)

• Adakah penyelidik sebelum ini pernah mengkaji masalah yang sama? Jika YA, apakah aspek yang belum diteliti oleh beliau?

• Adakah perkara tersebut relevan dengan bidang anda?

Berikut merupakan isi kandungan yang perlu ada di dalam sub topik ini :

Masalah yang dihadapi dalam suasana persekitaran, ATAU kurang kajian yang dijalankan di kawasan tersebut ATAU banyak kajian yang telah dilakukan, belum ada tajuk yang menyentuh topik yang akan dikaji.

Pernyataan / kenyataan masalah yang baik perlu disertakan dengan sokongan literature review.

Contoh :

Kebanyakan pelatih kurang mengambil tahu tentang amalan

pemakanan yang sihat. Mereka tidak mengambil kira kandungan

nutrient yang diperlukan oleh badan. Melalui pemerhatian yang dibuat,

didapati mereka hanya mengambil makanan mengikut selera mereka

dan sekadar untuk mengisi perut shaja.

….. masih tiada kajian yang dilakukan sebelum ini. Dan pengkaji

berminat untuk membuat kajian.

1.4 Persoalan Kajian

Persoalan kajian ditulis dalam bentuk soalan yang dikemukakan berkaitan

dengan tajuk. Ia perlu merangkumi perkara yang berikut :

(32)

Perlu mengandungi objektif yang jelas.

Pembinaan persoalan kajian untuk membimbing pengkaji bagi membentuk objektif yang jelas.

Persoalan yang dibangkitkan mesti dapat diukur.

Sekurang-kurangnya TIGA (3) persoalan kajian (bergantung kepada tajuk).

Contoh :

1. Adakah Pelatih Penolong Pegawai Farmasi KSKB Sg. Buloh tahu mengenai amalan pemakanan yang sihat ?

2. Apakah tahap kekerapan pengambilan makanan yang sihat dikalangan pelatih KSKB Sg. Buloh ?

1.5 Kepentingan Kajian

Menyatakan kepentingan/relevan kajian kepada masyarakat / aplikasi kepada jabatan / KKM / pembuat dasar dan individu.

Contoh :

- Meningkatkan kesedaran pelatih KSKB SG.Buloh yang rendah

mengenai amalan pemakanan yang sihat.

- Mengurangkan risiko penyakit seperti diabetes, jantung, hipertensi

dan penyakit yang berkaitan dengan pemakanan dewasa ini.

- Memberi dedahan kepada pelatih tentang amalan pemakanan yang

sihat

(33)

1.6 Limitasi kajian

- Nyatakan masalah yang mungkin berlaku / batasan kepada kajian

anda.

Cth :- Masa terhad, kos, responden tidak mencukupi, objektif kajian terhad dsb.

1.7 Objektif kajian

- Objektif Umum – selari dengan tajuk kajian

- Objektif spesifik – selari dengan persoalan kajian

- Peringatan : di akhir kajian anda, kesemua objektif mesti dicapai 1.8 Hipotesis

- Ramalan pengkaji terhadap keputusan kajian

- Dalam bentuk pernyataan, bukan soalan

- Harus boleh diuji dan dinyatakan mengikut masalah kajian

- Ada Hipotesis ditulis berdasarkan objektif umum

- Nyatakan Hipotesis berdasarkan kepada setiap objektif khusus

- Hipotesis Penyelidikan - Ha

- Hipotesis Null - Ho

Contoh :

Hipotesis 1: Ha1 : …..

Ho2 : …..

(34)

Hipotesis 2: Ha2 : …..

Ho3: …...

- Di bahagian perbincangan perlu dinyatakan setiap hipotesis

null ditolak atau diterima. 1.9 Definisi terma

Definisi terma merupakan definisi yang diolah pengkaji melalui pemahaman

dan kehendak kajian tanpa merujuk dari sebarang rujukan yang ada. ATAU

mengikut konsep (idea) yang di bawa oleh pengkaji.

Berikut merupakan contoh berkaitan dengan definisi terma:

- Pengajar – seorang pegawai berkelayakan yang dilantik oleh KKM. - Tekanan – perasaan tertekan yang dialami oleh individu.

- Pengetahuan – paras kepintaran mengikut kecerdasan ilmu.

(35)

BAB 2

LITERATURE REVIEW / KAJIAN KEPUSTAKAAN

2.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan kajian lepas yang berkaitan dengan topik kajian yang dilakukan oleh pengkaji. Pengkaji bukan sahaja melaporkan hasil kajian lepas, tetapi membuat perbincangan secara kritikal dan logikal. Literatur haruslah merupakan kajian dan dokumen berkaitan dengan kajian dalam tempoh 10 TAHUN terkini.

2.2 Kandungan

- Ditulis bagi mendapatkan bukti untuk menyokong dan

menguatkan kajian anda melalui penulisan/karya penulis melalui jurnal, buku teks, internet, dsb.

- Mesti disertakan rujukan dalam teks dan pastikan selari

dengan senarai rujukan anda.

- Rujukan dari minimum 15 rujukan dalan lingkungan 10 tahun

kebelakangan.

Contoh :-

Menurut Douglas (1998) menjalankan kajian terhadap 943 orang atlet

university di Connecticut dan mendapati bahawa wanita mempunyai

pengetahuan pemakanan yang lebih baik berbanding lelaki. Namun

begitu, lelaki mempunyai amalan pemakanan yang lebih baik

(36)

berbanding wanita. Kajian Thatcher dan Rhea (2003) pula mendapati

bahawa media massa, keluarga dan rakan sebaya merupakan

pengaruh utama terhadap stail pemakanan pelajar. Menurut

Kementerian Kesihatan tahun (2006) mendapati bahawa amalan gaya

hidup masyarakat di negara ini menyebabkan banyak masalah

kesihatan yang kronik. Apabila masyarakat terdedah dengan faktor

risiko yang lebih menjurus kepada amalan gaya hidup akan

mengundang kepada penyakit berbahaya seperti jantung, kencing

manis, angin ahmar, kanser, darah tinggi, kegagalan buah pinggang,

kerosakan paru- paru dan penyakit tulang.

Menurut Kyriacou dan Sutcliffe (1978) pemakanan mempengaruhi

fizikal dan penampilan seseorang. Menurut Rahman (1999) pula,

pemakanan memberi kesan kepada kesihatan seseorang. Pemakanan

mempengaruhi tumbesaran, memberi kesan kepada kesihatan mental

dan fizikal seterusnya mempengaruhi penampilan seseorang. Beliau

menyatakan bahawa diet diketahui dapat memberikan kesan yang

penting terhadap kesihatan oleh itu dengan mempengaruhi diet,

manusia dapat mencegah terjadinya penyakit kronik. Kenyataan

Blades (2001) disokong oleh Cook-Cottone dan Keca (2005),

menyatakan bahawa amalan pemakanan yang tidak seimbang

merupakan suatu penyakit jiwa seperti penyakit aneroxia nervosa dan

bulimia. Pengambilan diet yang seimbang dan sesuai membolehkan

manusia mendapatkan amaun nutrien yang yang diperlukan oleh

badan dengan secukupnya (UNESCO, 2004).

(37)

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan reka bentuk kajian (sama ada kajian

eksperimental, bukan eksperimental atau kuasi-eksperimental) dan kaedah yang digunakan untuk memungut data (temu bual, soal selidik, dan pemerhatian). Subjek kajian, prosedur kajian, kaedah pengumpulan data dan analisis data juga disertakan.

3.2 Latar belakang tempat Kajian

- Menyatakan di mana kajian dilakukan

- Tempat kajian adalah tempat pengajian / pejabat/ sekolah /

awam

Contoh:-

Kajian dilakukan di sekitar kawasan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu

Sungai Buloh yang terletak bersebelahan dengan Hospital Sungai

Buloh, Selangor. Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh

merupakan salah sebuah institusi pendidikan paramedik di bawah

Kementerian Kesihatan Malaysia. Terdapat beberapa program di kolej

ini dan kajian ini hanya dilakukan ke atas pelatih Program penolong

Pegawai farmasi.

3.3 Reka bentuk kajian

(38)

- Nyatakan jenis reka bentuk kajian dilakukan sama ada

berbentuk kualitatif atau kuantitatif, eksperimental atau bukan eksperimental.

- Nyatakan bagaimana kajian dilakukan

Contoh :-

Kajian ini dijalankan bagi memperoleh maklumat dengan

mengedarkan borang soal selidik ke atas 50 orang diambil secara

rawak dari pelatih pen. pegawai farmasi KSKB Sg.Buloh. Menurut

Babbie (1990), kajian jenis tinjauan dan soal selidik dapat

menyumbang maklumat yang maksimum melalui soalan – soalan yang

dikemukakan kepada responden.

Kajian kualitatif digunakan untuk menjawab pengujian hipotesis kajian.

Reka bentuk ini dipilih kerana ia merupakan metodologi pengumpulan

maklumat yang mudah, berkesan, ekonomi dan praktikal, di mana

setiap maklumat diperoleh daripada borang soal selidik yang diedarkan

kepada responden.

Kelebihan kaedah ini ialah responden tidak memerlukan masa yang

lama untuk menjawab soalan yang dikemukakan. Manakala, data

hanya akan diambil sekali sahaja sepanjang tempoh kajian ini dan tidak

melibatkan tempoh masa yang panjang oleh pengkaji.

(39)

3.5 Populasi kajian

Merupakan penerangan berkenaan sampel dan lokasi serta populasi yang terlibat.

Contoh :-

Penyelidik telah memilih Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sg. Buloh,

Selangor sebagai tempat untuk menjalankan kajian ini. Populasi

kajian adalah di kalangan pelatih penolong pegawai farmasi KSKB Sg.

Buloh sebagai responden untuk mendapatkan maklumat dalam kajian

tahap pengetahuan mengenai amalan pemakanan yang sihat dalam

kalangan pelatih penolong pegawai farmasi kerana maklumat yang

diperoleh akan menjawab persoalan yang dikaji oleh penyelidik.

Populasi juga menentukan sejauh mana dan sebanyak mana data dan

maklumat perlu dikumpulkan dan dianalisis (Mohd Majid Konting, 1990)

3.6 Pensampelan

- Nyatakan bagaimana kaedah persampelan dibuat.

- Menggunakan pensampelan apa?? Kebarangkalian atau

bukan kebarangkalian.

- Nyatakan jenis pensampelan dilakukan.

Contoh :-

Pensampelan yang dilakukan adalah menggunakan persampelan

(40)

kebarangkalian. Penyelidik telah memilih seramai 50 orang responden

Pelatih Penolong Pegawai Farmasi KSKB Sg. Buloh sebagai sampel

untuk kajian bagi mewakili keseluruhan Pelatih Penolong Pegawai

Farmasi KSKB Sg. Buloh. Pensampelan dilakukan menggunakan

persampelan rawak mudah dimana pelatih dipilih mengikut senarai

nama.

3.7 Kaedah mengumpul data

- Nyatakan bagaimana data dipungut (menggunakan kaedah

apa soal selidik, temu bual atau pemerhatian)

- Nyatakan pembahagian untuk setiap kaedah yang digunakan.

- Nyatakan soalan yang disoal adalah untuk mengenalpasti

objektif tertentu.

Contoh :

Maklumat ini diperolehi dengan cara mengedarkan borang – borang

soal selidik kepada responden yang terpilih. Terdapat 3 bahagian

soalan yang dikemukakan dalam borang soal selidik yang digunakan

dalam kajian ini iaitu merangkumi bahagian A, B dan C. Setiap

bahagian soalan dalam borang soal selidik mempunyai soalan – soalan

berlainan tetapi skop perkaitannya saling berkait di antara satu sama

lain.

Bahagian A

Bahagian ini mengandungi soalan yang berhubung kait dengan latar

belakang responden. Tujuannya adalah untuk memperolehi maklumat

mengenai demografi seperti jantina, umur, dan kaum yang boleh

(41)

mempengaruhi amalan pemakanan yang sihat oleh responden.

Bahagian B

Bahagian ini adalah item-item mengenai amalan pelajar mengamalkan

pemakanan yang sihat. Bahagian ini mengandungi 12 pernyataan yang

perlu dijawab oleh responden. Bahagian ini mengandungi soalan –

soalan yang berkaitan dengan objektif yang dikaji iaitu mengenai

pengetahuan dalam mengamalkan pemakanan yang sihat. Soalan

dalam bahagian ini adalah berbentuk skala likert. Melalui kenyataan Mohamad Najib (1999), dalam skala likert, subjek atau responden

dikehendaki menandakan jawapan mereka tentang sesuatu kenyataan

berdasarkan satu skala dari satu ekstrem kepada ekstrem yang lain,

contohnya ‘sangat tidak setuju’ kepada ‘sangat setuju’. Jadual dibawah

menunujukkan skala likert yang digunakan dalam kajian ini.

Jadual 3.1 : Skala Likert ( Mohamad Najib, 1999 )

Bahagian C

Bahagian ini mengandungi soalan-soalan mengenai kekerapan

pengambilan makanan oleh pelatih penolong pegawai farmasi KSKB

Sg. Buloh. Pelatih dikehendaki menjawab soalan berdasarkan

kepada…..

Setuju Sangat

Setuju

Skor 1 2 3 4

(42)

3.8 Kaedah Analisa data

- Nyatakan kaedah analisis data yang akan dilakukan nanti.

Contoh:-

Analisis data kajian akan dilakukakan setelah semua maklumat yang

berkaitan dengan objektif kajian diperolehi. Data atau maklumat yang

diperoleh akan di analisis menggunakan Microsoft excel 2.0.

3.9 Kajian rintis

- Nyatakan jumlah responden terlibat dalam kajian rintis.

Contoh:-

Kajian rintis dijalankan bertujuan untuk menguji kesahan dan

kebolehpercayaan item- item dalam soal selidik yang dipilih sebelum

kajian dijalankan. Sampel bagi kajian rintis yang akan dijalankan ialah

seramai 10 orang yang terdiri daripada pelatih Penolong Pegawai

Farmasi KSKB Sg. Buloh. Responden yang telah dipilih untuk kajian

rintis dipilih secara rawak dan tidak akan terlibat semasa kajian

sebenar dijalankan

3.10 Etika Kajian

- Nyatakan apakah etika yang diterapkan dalam penyelidikan

anda dari aspek kerahsiaan, budaya , agama dsb

(43)

3.11 Tempoh Kajian

- Nyatakan tempoh kajian yang anda perlukan semasa

melakukan kajian

- Nyatakan pembaca boleh merujuk carta gantt di bahagian

lampiran.

BAB 4 DAPATAN

- Menunjukkan respons bagi setiap soalan anda – tunjukkan

frekuensi

- Persembahkan data yang telah dianalisis dalam bentuk yang

mudah difahami , cth : jadual, carta pie, carta bar

- Di bawah setiap rajah di nyatakan dengan ringkas nila data

dalam bentuk peratusan atau nilai setiap data yang diperoleh - Tajuk jadual diletakkan dibahagikan atas jadual dan tajuk

rajah dibahagikan bawah rajah

Contoh :-

4.1 Pendahuluan

Setelah sebanyak 50 soal selidik diedarkan kepada Pelatih Penolong

Pegawai Farmasi Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh, penyelidik

telah mendapatkan hasil maklumat daripada responden tentang tahap

pengetahuan mengenai amalan pemakanan yang sihat dalam kalangan

Pelatih Penolong Pegawai Farmasi Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai

Buloh, Selangor. Di dalam bab ini, penyelidik menganalisis data yang terdiri

(44)

daripada 3 bahagian iaitu Bahagian A (latar belakang responden), bahagian

B (tahap pengetahuan mengenai amalan pemakanan sihat), bahagian C

(kekerapan pengambilan makanan oleh pelatih).

4.2 Analisis demografi responden

Jadual 4.2.1: Bilangan responden dan peratusan responden mengikut

jantina

JANTINA BILANGAN

RESPONDEN

PERATUSAN RESPONDEN (%)

LELAKI 6 32

PEREMPUAN 34 68

JUMLAH 50 100

(45)

Rajah 4.2.1: Peratusan responden mengikut jantina

Rajah 4.2.1 menunjukkan peratusan responden mengikut jantina. Majoriti

responden adalah responden perempuan iaitu 68% (34 orang) dan 32% (16

orang) adalah terdiri daripada responden lelaki.

(Dibawah setiap rajah di nyatakan dengan ringkas nilai data dalam bentuk peratusan atau nilai setiap data yang diperolehi tanpa

menyatakan perbincangan)

Jadual 4.2.2 : Bilangan responden dan peratusan responden mengikut umur

JANTINA BILANGAN

RESPONDEN

PERATUSAN RESPONDEN (%)

18 – 20 tahun 16 32

(46)

21 – 23 tahun 25 50

24 – 26 tahun 9 18

JUMLAH 50 100

Rajah 4.2.2 : Bilangan responden mengikut umur

(47)

Jadual 4.2.2 dan Rajah 4.2.2 menunjukkan seramai 25 orang (50%)

responden yang berumur 21- 23 tahun. Seramai 16 orang (32%) responden

yang berumur 18- 20 tahun dan 9 orang (18%) responden berumur 24-26

tahun. Analisis data menunjukkan majoriti responden berumur 21- 23 tahun.

4.3 Analisis tahap pengetahuan mengenai amalan pemakanan yang sihat

Bahagian ini membincangkan jawapan yang diberikan oleh responden

terhadap tahap pengetahuan mengenai amalan pemakanan yang sihat

dalam kalangan Pelatih Penolong Pegawai Farmasi KSKB Sg. Buloh. Tahap

pengetahuan responden dianalisis berdasarkan soalan berkaitan cara

pengambilan makanan yang sihat. Keputusan kajian akan ditunjukkan dalam

bentuk skor min.

Pengiraan min sampel adalah seperti formula berikut:

MIN SAMPEL= Jumlah skor setiap responden

Jumlah responden

Jadual 4.3.1 : Pembahagian skor markah mengikut tahap pengetahuan

SKOR MARKAH TAHAP PENGETAHUAN

12 - 30 RENDAH

31 - 48 TINGGI

(48)

Min= Jumlah skor setiap responden

Jumlah responden

Min= 1800

50

Min= 36.00

Keputusan menunjukkan tahap pengetahuan bagi keseluruhan responden

adalah berada pada tahap tinggi iaitu dengan nilai min 36.

Jadual 4.3.2: Bilangan dan peratusan responden berkenaan tahap

pengetahuan amalan pemakanan yang sihat

SKOR MARKAH

BILANGAN RESPONDEN

PERATUSAN RESPONDEN

(%)

TAHAP PENGETAHUAN

12 - 30 7 14 RENDAH

31 - 48 43 86 TINGGI

(49)

Rajah 4.3.1: Tahap pengetahuan responden mengenai amalan

pemakanan yang sihat

Jadual 4.3.2 dan Rajah 4.3.1 menunjukkan tahap pengetahuan

responden mengenai amalan pemakanan yang sihat pada tahap

pengetahuan yang rendah adalah seramai 7 orang iaitu sebanyak

14%. Manakala 43 orang (86%) responden mempunyai tahap

pengetahuan yang tinggi.

(50)

BAB 5 PERBINCANGAN 5.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan hasil kajian yang berkaitan dengan persoalan dan hipotesis kajian. Ia membandingkan hasil kajian yang dilaksanakan oleh pengkaji dengan hasil kajian lepas. Ia juga membentangkan dapatan utama, kesimpulan kajian dan implikasinya. Berdasarkan hasil kajian utama, pengkaji mencadangkan kajian yang sesuai dilaksanakan pada masa depan. Di akhir bab ini pengkaji menulis penutup laporan penyelidikan.

5.2 Perbincangan dapatan

- Hasil dapatan yang telah dipersembahkan dalam bab 4 perlu

dibincangkan di bahagian ini.

- Perbincangan mestilah merujuk kepada objektif kajian.

Kebiasaannya data demografi tidak dibincangkan dalam topik ini dan hanya dipersembahkan dan dinyatakan dalam

dapatan kajian sahaja (Bab 4) melainkan data demografi terlibat dalam objektif kajian.

- Anda mesti meletakan nombor jadual atau rajah sebagai

rujukan untuk perbincangan anda.

- Perbincangan boleh diletakkan LR untuk menguatkan

huraian perbincangan anda dan seterusnya menyokong hasil dapatan anda.

- Nyatakan samaada hasil perbincangan itu menolak atau

menerima hipotisis Null

(51)

Contoh :-

Berdasarkan dapatan kajian yang diterangkan di dalam Bab 4 mendapati

pengetahuan mengenai amalan pemakanan yang sihat oleh responden

berada pada tahap yang tinggi. Ini dibuktikan daripada rajah 4.3.1 dan rajah

4.2.2 yang mendapati 43 orang (86%) responden mendapat skor markah di

antara 31-48 (65%-100%). Ini menunjukkan kebanyakan pelatih mempunyai

pengetahuan mengenai amalan pemakanan yang sihat.

Hasil kajian ini disokong oleh dapatan kajian yang telah dilakukan oleh

Razaki Fauzi (2000) yang mendapati 98.6% responden berada pada tahap

yang tinggi. Ini menunjukkan hampir kesemua pelatih mempunyai

pengetahuan yang tinggi terhadap amalan pemakanan yang sihat.

Hasil kajian ini telah menolak hipotesis Null yang pertama iaitu tahap

pengetahuan pelatih Penolong Pegawai Farmasi KSKB Sg. Buloh mengenai

amalan pemakanan yang sihat berada pada tahap rendah.

BAB 6

KESIMPULAN DAN CADANGAN

6.1 Pengenalan

Bab ini menerangkan Manfaat yang diperoleh daripada kajian. Implikasi

penemuan. Kepentingan kepada organisasi profesion, masyarakat dan

lain-lain. Sebarang cadangan untuk penyelidikan masa depan dan aspek

(52)

metodologi yang boleh ditingkatkan.

6.2 Kesimpulan

- Nyatakan kesimpulan hasil keseluruhan keputusan yang

telah anda dapat.

- Nyatakan sekali lagi Hipotesis penyelidikan diterima atau

ditolak.

Kesimpulan daripada penyelidikan yang telah dilakukan menunjukkan

bahawa tahap pengetahuan mengenai amalan pemakanan yang sihat

adalah berada di tahap yang tinggi. Manakala, tahap amalan pemakanan

yang sihat yang diamalkan melalui kekerapan pengambilan makanan yang

sihat juga adalah berada di tahap yang tinggi.

Secara keseluruhan, hasil kajian ini telah menolak hipotesis penyelidikan

iaitu tahap pengetahuan pelatih Penolong Pegawai Farmasi KSKB Sg.

Buloh mengenai amalan pemakanan yang sihat berada pada tahap rendah.

6.3 Cadangan

Berdasarkan kajian ini, bakal pengkaji boleh menjadikan kajian ini sebagai

rujukan untuk kajian seterusnya. Selain itu, bakal pengkaji boleh membuat

kajian yang lebih mendalam tentang amalan pemakanan yang sihat. Bakal

pengkaji juga boleh meluaskan lagi skop dan sampel kajian bagi

mendapatkan keputusan kajian yang lebih tepat seperti menambah jumlah

sampel pengkaji. Selain itu, bakal pengkaji perlulah mempelbagaikan

kaedah kajian, tidak hanya memfokuskan kepada kajian soal selidik.

(53)

Adakalanya tidak semua jawapan yang diberikan oleh responden adalah

tepat dan tidak mencapai objektif kajian. Pengkaji akan datang boleh

mempelbagaikan instrumen kajian kepada bentuk pemerhatian dan temu

bual terhadap responden.

RUJUKAN

4. Tulis senarai rujukan menggunakan kaedah yang betul. Semua rujukan yang diambil perlu diletakkan senarai rujukan.

(menggunakan APA style)

Contoh :

Abdul Said Ambotang & Muhamad Hisyam Mohd Hashim. (2000). Hubungan

iklim kerja dan stres dalam pengurusan bilik darjah dalam kalangan

guru prasekolah. Journal of Techno-social. 69-81.

Asmawati Desa. (2004). Psikologi untuk golongan profesional. (2nd Ed.). Malaysia: McGraw Hill.

Chua, Y. P. (2011). Kaedah penyelidikan. (2nd Ed.). Malaysia: McGraw Hill.

Capel, S. A. (1987). The Incidence of and influences on stress and burnout in

secondary school teachers. British Journal of Education Psychology,

57, 279-288.

(54)

Schaufeli, W. B., & Greenglass, E. R. (2001). Introduction to special issue on

burnout and health. Psychol Health. 16: 501-10.

Van Dierendonk, D., Shaufeli, W., & Bunk, B. P. (2001). Burnout and inequity

among human service profesional: a longitudinal study. Journal

Occupational Health Psychology, 6: 43-52.

Zafir Mohamed Makhbul & Fazilah Mohamad Hasun. (2008). Hubungan

persekitaran stesen kerja dan aduan berkenaan tubuh badan

(Somataic Complaints): Implikasi terhadap pengurusan sumber

manusia. IJMS 15 (1), 181-199.

Author, A. A., & Author, B. B. (Date of publication). Title of article. Title of

Online Periodical, volume number (issue number if available).

Retrieved from. http://www.someaddress.com/full/url/

(55)

LAMPIRAN

- Perkara yang biasanya diletakkan di bahagian lampiran adalah

Carta Ghant

• Borang persetujuan responden / surat kebenaran menjalankan kajian

• Borang soal selidik/temu bual/ senarai semak pemerhatian

Contoh

(56)

kajian lepas

3 Penghantar

an proposal

/

4 Kerja

lapangan

-Mengumpul

Maklumat

/ / / / / /

5 Pengendalia

n data

/ /

6 Dokumentas

i

/ / /

7

Penghantar

an laporan

lengkap

penyelidikan

/

(57)

Lampiran 2

Borang soal selidik

BORANG SOAL SELIDIK

Segala maklumat yang diberikan akan dirahsiakan.

KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI AMALAN PEMAKANAN YANG SIHAT DALAM KALANGAN PELATIH PENOLONG PEGAWAI

FARMASI KSKB SG. BULOH

BAHAGIAN A: LATAR BELAKANG RESPON <- data demografik Tandakan () diruang yang berkenaan.

1. Jantina: Lelaki Perempuan

2. Umur:

18 – 20 tahun 27 tahun dan ke atas 21 – 23 tahun

24 – 26 tahun

3. Kaum:

Melayu India Cina Lain-lain

(58)

BAHAGIAN B ( Cara pengambilan makanan oleh pelatih) - objektif 1

Arahan: Sila bulatkan nombor yang sesuai dengan jawapan anda bagi

kenyataan di bawah, berdasarkan skala likert yang telah diberi

1. Sangat Tidak Setuju

2. Tidak Setuju

3. Setuju

4. Sangat Setuju

Bil Pernyataan Pilihan Jawapan

1 Saya lebih mengutamakan makanan

seimbang setiap kali makan 1 2 3 4

2 Saya lebihkan memakan buah-buahan

dan sayur-sayuran 1 2 3 4

3 Saya mengamalkan adab pemakanan

yang sedikit tetapi kerap 1 2 3 4

4 Mengambil sarapan pagi sebagai satu

amalan dalam kehidupan 1 2 3 4

5 Sentiasa mengutamakan penyediaan

makanan yang bersih adalah satu

kemestian

1 2 3 4

6 Sentiasa mengambil makanan berserat

tinggi membantu proses penghadaman

yang baik

1 2 3 4

(59)

7 Saya minum susu rendah lemak

berbanding susu penuh krim 1 2 3 4

8 Saya membaca kandungan bahan-bahan

pada label makanan sebelum

membelinya

1 2 3 4

9 Saya lebih kerap minum air kosong

berbanding air bergula 1 2 3 4

10 Saya membuang kulit ayam (lemak) dan

hanya memakan dagingnya 1 2 3 4

11 Pengambilan karbohidrat yang tinggi

boleh menyebabkan penyakit 1 2 3 4

12 Makan pada lewat malam lebih banyak

mendatangkan kemudaratan 1 2 3 4

(60)

LAMPIRAN A4

BORANG PENILAIAN PROPOSAL/TESIS

NAMA:... KOLEJ:... TAJUK:...

YA TIDAK KOMEN BAB I – PENDAHULUAN

Pengenalan

Kepentingan kajian

Penyataan masalah (jelas dan difahami)

Penjelasan asas pemilihan tajuk

Ayat difahami dan bersesuaian dengan

objektif

Susun atur ayat/perenggan yang teratur dan

berkait

Penggunaan bahasa yang sesuai

Definisi operasional

Definisi konseptual

Objektif umum

Objektif khusus

Hipotesis

Soalan kajian

(61)

YA TIDAK KOMEN BAB II – KAJIAN KEPUSTAKAAN

Mempunyai petikan kesusteraan yang

berkaitan

Setiap kenyataan mempunyai sumber rujukan

Setiap rujukan dipercayai (telah disemak)

Ayat jelas dan mudah difahami

Gaya penulisan

Kesinambungan ayat dan perenggan

BAB III - METODOLOGI Latar belakang kawasan kajian

Reka bentuk kajian

Saiz sampel

Kaedah persampelan

Kaedah pengumpulan data

Peralatan kajian/instrumen

Perincian instrumen

Kaedah menganalisis data

Gaya penulisan baik

BAB IV – HASIL KAJIAN

Persembahan data yang jelas dan tersusun

Penggunaan carta/jadual/gambar/graf yang

bersesuaian

Bersesuaian dengan objektif

Penerangan selari dengan

(62)

YA TIDAK KOMEN carta/jadual/gambar/graf

Setiap carta/jadual/graf mempunyai tajuk

Kemas dan tersusun

BAB V – PERBINCANGAN

Perbincangan secara keseluruhan hasil kajian

Perkaitan keputusan dengan objektif/hipotesis

kajian

Perkaitan keputusan utama kajian dengan

kajian lepas

Perbincangan masalah/limitasi kajian secara

kritis

Kemas dan tersusun

BAB VI – KESIMPULAN

Rumusan dapatan utama kajian

Fokus kepada keputusan dan fakta

perbincangan utama

Cadangan untuk kajian akan

datang/penambahbaikan

FORMAT PENULISAN KESELURUHAN Halaman judul

Isi kandungan

Abstrak

Format jidar

Font dan saiz tepat

Sistematik dan menarik

(63)

YA TIDAK KOMEN Gaya penulisan (penggunaan tatabahasa dan

ejaan)

KESELURUHAN TESIS Menunjukkan keaslian kajian

Menunjukkan kesungguhan dan kematangan

pemikiran

Hasil kajian yang tinggi dan layak dicetak

Menimbulkan minat pembaca

Sumbangan kepada profesion

(64)

LAMPIRAN A5

BORANG MARKAH PENILIAN PROPOSAL/TESIS

NAMA:... KOLEJ:... TAJUK:...

Max Skor BAB I – PENDAHULUAN

Pengenalan 2

Kepentingan kajian 1

Penyataan masalah (jelas dan difahami) 1

Penjelasan asas pemilihan tajuk 1

Ayat difahami dan bersesuaian dengan objektif 1

Susun atur ayat/perenggan yang teratur dan berkait 1

Penggunaan bahasa yang sesuai 1

Definisi operasional 1

Definisi konseptual 1

Objektif umum 1

Objektif khusus 3

Hipotesis 1

Soalan kajian

JUMLAH 15

BAB II – KAJIAN KEPUSTAKAAN

(65)

Max Skor Mempunyai petikan kesusteraan yang berkaitan 5

Setiap kenyataan mempunyai sumber rujukan 5

Setiap rujukan dipercayai (telah disemak) 2

Ayat jelas dan mudah difahami 1

Gaya penulisan 1

Kesinambungan ayat dan perenggan 1

JUMLAH 15

BAB III - METODOLOGI

Latar belakang kawasan kajian 1

Reka bentuk kajian 1

Saiz sampel 1

Kaedah persampelan 2

Kaedah pengumpulan data 1

Peralatan kajian/instrumen 2

Perincian instrumen 3

Kesahan dan kebolehpercayaan 1

Kaedah menganalisis data 1

Gaya penulisan baik 2

JUMLAH 15

BAB IV – HASIL KAJIAN

Persembahan data yang jelas dan tersusun 3

Penggunaan carta/jadual/gambar/graf yang 2

(66)

Max Skor bersesuaian

Bersesuaian dengan objektif 3

Penerangan selari dengan carta/jadual/gambar/graf 2

Setiap carta/jadual/graf mempunyai tajuk 2

Kemas dan tersusun 3

JUMLAH 15

BAB V – PERBINCANGAN

Perbincangan secara keseluruhan hasil kajian 3

Perkaitan keputusan dengan objektif/hipotesis

kajian

3

Perkaitan keputusan utama kajian dengan kajian

lepas

3

Perbincangan masalah/limitasi kajian secara kritis 3

Kemas dan tersusun 3

JUMLAH 15

BAB VI – KESIMPULAN

Rumusan dapatan utama kajian 4

Fokus kepada keputusan dan fakta perbincangan

utama

3

Cadangan untuk kajian akan

datang/penambahbaikan

3

JUMLAH 10

(67)

Max Skor FORMAT PENULISAN KESELURUHAN

Halaman judul 1

Isi kandungan 1

Abstrak 2

Format jidar 1

Font dan saiz tepat 1

Sistematik dan menarik 2

Gaya penulisan (penggunaan tatabahasa dan

ejaan)

2

JUMLAH 10

KESELURUHAN TESIS

Menunjukkan keaslian kajian 1

Menunjukkan kesungguhan dan kematangan

pemikiran

1

Hasil kajian yang tinggi dan layak dicetak 1

Menimbulkan minat pembaca 1

Sumbangan kepada profesion 1

JUMLAH 5

NAMA & TANDA TANGAN PEMERIKSA:

...

(68)

LAMPIRAN A6

Ahli Jawatankuasa Pusat Kecemerlangan Akademik KSKB Sg. Buloh Yang Terlibat Dalam Penghasilan Panduan Penyelidikan dan Penulisan Ilmiah ILKKM

1. Pn. Hjh.Siti Esah Binti Bahari

2. En. Ariffin Bin Sutan

3. Pn. Mufedah binti Md. Said

4. En. Tee Eng Ong

5. En.Wan Hairuddin Bin Che Wan Mohd Yasin

6. Pn. Musaropah Binti Sapihis

7. En. Chiang Cheng Kooi

8. Pn. Zailani Binti Mohamad

9. Pn. Lailatun Zaharian Binti Mohd Noor

10. En. Mohamad Sani Bin Nawi

11. En. Izny Hanis Bin Zainon

12. Pn. Nor Azlina Binti Abdul Karim

13. Cik Siti Nurul Ain Binti Saipullizan

14. Pengajar Sains Tingkahlaku dan Sains Komunkasi

Referensi

Dokumen terkait

dalam penafsiran atau interpretasi makna terhadap pesan yang disampaikan kepada komunikan oleh komunikator. Uji validitas ini dapat mengungkap latar belakang komunikator lebih

Pajak merupakan sumber utama penerimaan negara.Tanpa pajak, sebagian besar kegiatan negara sulit untuk dapat dilaksanakan.PPh Pasal 22 Impor adalah pajak

Ada tidaknya EPA/DHA dan jenis asam lemak lain yang merupakan penyusun minyak ikan Kembung ditentukan dengan alat GC-MS yang dilengkapi dengan software pustaka basis

Dari hasil penelitian dan pembahasan, maka dapat ditarik kesimpulan bahwa sebagian besar Lansia yang tinggal di Panti werdha menderita kecemasan yaitu sebanyak 51 responden

PD. BPR Bank Pasar Kabupaten Bangli banyak mengalami permasalahan, salah satunya adalah kredit macet.Kredit macet yang tidak ditangani dengan baik akan mengganggu kondisi

Jenis perniagaan yang dijalankan adalah program tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak. Tadika ini bertindak sebagai pusat asuhan dan penjagaan kanak-kanak. Tadika ini terletak di

1. Perilaku manusia memegang peranan penting baik terhadap perkembangan nyamuk vektor malaria maupun perubahan lingkungan yang mengarah kepada terbentuknya breeding

Oleh itu, kajian tinjauan berbentuk kuantitatif menggunakan instrumen soal selidik dilakukan kepada 150 kakitangan di tiga (3) organisasi di Kuala Lumpur untuk mengenalpasti