CORAK DIDIKAN DAN CARA MENDISIPLINKAN ANAK-ANAK
FARAH ATIQA ADYANI (A 142295)
1
Pembentukan keperibadian kanak-kanak dapat dipengaruhi oleh corak didikan yang digunakan ibu bapa. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Masahiro Toda dan rekan-rekannya (2008) dari Osaka University Graduate School of Medicine, Jepun, terhadap corak didikan dalam membesarkan anak dengan gaya hidup sihat mahasiswa universiti diperoleh bahawa terdapat hubungan antara corak didikan yang digunakan dalam membesarkan anak dengan gaya hidup sihat. Corak didikan yang digunakan ibu bapa dalam mendidik anak-anak dapat saja berbeza antara orang tua satu dengan yang lain. Perbezaan ini dapat disebabkan kerana pengaruh ekonomi, sosial, dan budaya. Secara umum, Diana Baumrind membahagikan corak didikan ibu paba terhadap anak-anak menjadi tiga jenis, iaitu authoritative, authoritarian, dan permissive (Pereira, et. al. 2008).
Ibu bapa dengan corak didikan yang authoritative akan terlihat sebagai seseorang yang menuntut, tetapi merupakan orang yang tegas dalam mengawal kanak-kanak dalam lingkungan yang hangat dan penuh dengan cinta. Selain itu, remaja yang mengingat ibu bapa mereka dengan corak didikan authoritative memiliki kemampuan yang sangat baik dalam bidang akademik dan memiliki minat yang sangat sedikit terhadap penggunaan dadah (Heaven et. al. 2010). Dari seluruh corak didikan orang tua, corak didikan
authoritative menunjukkan corak didikan yang paling baik. Corak didikan ini dikatakan memiliki kemampuan untuk memberikan dorongan kepada kanak-kanak kerana dapat mengenal pasti keperibadian dan keperluan kanak-kanak tanpa menjejaskan kewajipan ibu bapa. Sementara itu, orang tua dengan corak didikan authoritative juga sangat peka terhadap kemampuan anak-anak mereka. Penelitian lain menambahkan bahawa remaja yang tumbuh dengan corak didikan authoritative cenderung untuk berpedoman kepada ibu bapa mereka dibandingkan dengan rekan sebaya ketika suatu massa mereka harus membuat keputusan. Lebih lanjut, orang tua dengan corak didikan authoritative cenderung untuk mendorong anak mereka lebih berfikir secara verbal, sama baik dengan penilaian non verbal, dengan melibatkan diri mereka dalam aktiviti yang dilakukan anak-anak mereka seperti mengerjakan tugas sekolah dan bermain. Ini akan secara semula jadi meningkatkan jumlah waktu berkualiti yang dihabiskan bersama anak-anak, yang akhirnya meningkatkan ikatan emosional dan kekuatan hubungan antara anak dengan orang tua (Cai Lian Tam et. al. 2012).
memutuskan masalah tersebut (Mussen, Conger, & Kagan 1969).
Ibu bapa dengan corak didikan permissive menggabungkan beberapa cara untuk mengawal atau meluluskan permintaan kanak-kanak yang relatif sangat tinggi, memiliki kepercayaan diri, senang menyelidik, dan control diri terhadap kanak-kanak (Craig 1979). Corak didikan permissive mendidik kanak-kanak untuk lebih aktif, ramah, mesra, kreatif, mandiri, dan memiliki ketegasan sosial. Ibu bapa dengan corak didikan permissive
dianggap gagal untuk dapat mendorong kanak-kanak dalam mengembangkan tanggung jawab. Dalam pengambilan keputusan, ibu bapa dengan corak didikan permissive
menganggap remaja lebih aktif dan berpengaruh dalam merumuskan masalah, yang mana lebih berfokus pada kanak-kanak berbanding ibu bapa (Mussen, Conger, & Kagan 1969). Corak didikan permissive, segan untuk membuat panduan yang tegas, longgar dalam memberikan hukuman terhadap pelanggaran yang dilakukan kanak-kanak, dan mendorong kanak-kanak untuk menunjukkan idea-idea dan mewujudkan harapan mereka sendiri, walaupun nantinya beberapa pelanggaran akan muncul. Ibu bapa dengan corak didikan
permissive memiliki kanak-kanak yang pengacau, agresif, dan tidak tersekat laku. Ibu bapa dengan corak didikan permissive cenderung untuk lebih permissive kepada anak lelaki dari pada perempuan, khususnya toleransi terhadap tingkah laku yang agresif (Gardner 1982).
Bagi penulis, cara mendisiplinkan anak-anak yang sesuai adalah dengan non-power assertive, iaitu mendisiplinkan anak-anak tanpa menggunakan hukuman fisik yang berlebihan kerana hukuman fisik hanya akan menyisakan rasa sakit pada anak-anak. Ibu bapa menerapkan teknik reward-punishment (ganjaran – hukuman) untuk membentuk moral anak-anak. Ganjaran yang diberikan ibu bapa ketika anak berhasil menyelesaikan sesuatu dengan baik tidak selalunya berupa hadiah dan wang, tetapi dapat berupa pelukan, ciuman atau ekspresi kasih sayang yang lain dan hukuman yang diberikan pabila anak-anak berbuat salah adalah pengurangan kasih sayang. Maksudnya ialah ibu bapa menunjukka sikap ponalakan, kecewa, dan marah ketika anak berbuat salah. Cara pengurangan kemarahan ini cukup membuat anak takut kehilangan kasih sayang dari ibu bapa sehingga berusaha untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama. Dengan cara non-power assertive
ini, ibu bapa akan mengambil masa bersama anak-anak untuk menjelaskan mengenai mengapa ibu bapa ingin anak-anak bersikap baik dan bagaimana kenakalan mereka dapat berbahaya bagi orang lain. Dengan pendekatan ini ibu bapa mengharapkan anak-anak dapat tumbuh dewasa dan matang (Gardner 1982).
Teknik mendisiplinkan anak-anak yang non-power assertive pabila digabungkan dengan corak didikan authoritative dapat membentuk pribadi kanak-kanak yang aktif, ramah, memiliki ketegasan sosial, mandiri, senang berkawan, dan memiliki kecenderungan yang sedikit untuk bersikap bermusuhan dengan orang lain. Namun, ada pula akibat negatif yang dapat muncul dari penerapan teknik ini, iaitu anak-anak terkadang menunjukkan sikap agresif, suka mengatur, dan dalam beberapa kesempatan, anak-anak suka membangkang dan menunjukkan sikap tidak hormat kepada ibu bapa, terutamanya di rumah. Sikap agresif ini sebahagian besarnya muncul kerana kurangnya rasa aman atau tindak balas yang diharapkan anak-anak dari ibu bapa (Mussen, Conger, & Kagan 1969).
3
Cai Lian Tam, Teck Heang Lee, Vashnarekha Kumarasuriar, Wai Mun Har. 2012. Parental Authority, Parent-child Relationship and Gender Differences: A Study of College Students in the MalaysianContext. Australian Journal of Basic and Applied Sciences, 6(2): 182-189
Clemes, H. & Bean, R. 1995. Cara Mendisiplinkan Anak Tanpa Merasa Bersalah. Jakarta: Bina Rupa Aksara.
Craig, G. J. 1979. Child Development. United States of America: Prentice-Hall, Inc.
Gardner, H. 1982. Developmental Psychology: An Introduction. Boston: Little Brown & Company Publisher.
Heaven, P. C., Ciarrochi, J., Leeson, P. 2010. Brief Report Parental Styles And Religious Values Among Teenagers: A 3-Year Prospective Analysis. The Journal of Genetic Psychology. 171(1), 93–99.
Mussen, P. H., Conger, J. J., Kagan, J. 1969. Child Development and Personality Third Edition. New York: Harper & Row Publisher.
Pereira, A. I .F, Canavarro, C., Cardoso, M. F, MendonÇa. 2009. Patterns of Parental
Rearing Style and Children Behaviour Problems Among Portuguese School – Aged Children. J Child Fam Stud, 18:454–464.