• Tidak ada hasil yang ditemukan

Keberkesanan pembelajaran berbantukan ko. doc

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Keberkesanan pembelajaran berbantukan ko. doc"

Copied!
57
0
0

Teks penuh

(1)

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Perbincangan dalam bab ini lebih tertumpu kepada makluman awal tentang kajian yang akan merangkumi dan menghuraikan beberapa perkara seperti latar belakang kajian, permasalahan kajian, objektif kajian, soalan kajian, kepentingan kajian dan batasan kajian termasuklah tentang penggunaan media/bahan pengajaran dan pembelajaran terancang berbantukan komputer untuk mengajar murid membaca dengan lebih mudah dan cepat.

(2)

Laporan akhbar Berita Harian keluaran 27 November 2007 menyatakan kira-kira 100,000 murid Tahun Satu tidak dapat menguasai 3M. Jumlah ini mewakili 23 peratus keseluruhan murid Tahun Satu. Laporan ini menggusarkan kita tentang kadar keciciran bakal berlaku pada peringkat peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Persekolahan Malaysia (SPM) kelak.

Ini adalah satu fenomena yang amat membimbangkan kerana pemerolehan utama ilmu itu adalah melalui pembacaan. Ini bermaksud untuk meneruskan pembelajaran yang menyeronokkan dan berkesan, kemahiran membaca mesti dikuasai murid terlebih dahulu. Untuk menunjukkan betapa seriusnya kerajaan menangani masalah ini, maka Program LINUS (Saringan Literasi dan Numerasi) khususnya Literasi Bahasa Melayu telah diperkenalkan apabila Program KIA2M tidak mencapai sasaran yang diharapkan walaupun begitu banyak dana yang diperlukan untuk melaksanakan kedua-dua program ini.

Antara faktor yang mungkin menyebabkan fenomena ini ialah kebanyakan murid yang memasuki tahun satu belum mengenal huruf dan ada yang tidak mengikuti kelas prasekolah atau tadika. Ini menyukarkan guru-guru Bahasa Melayu untuk memulakan pengajaran Bahasa Melayu mengikut sukatan yang sepatutnya.

(3)

berdasarkan perisian yang terpilih difikirkan bertepatan dengan objektif kajian ini. Ini dijangka akan membuatkan murid lebih tertarik dan menunjukkan minat untuk belajar. Dengan demikian, penggunaan bahan bantu mengajar yang berkesan membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan sempurna dan mencapai matlamatnya.

1.2 Latar Belakang Kajian

Kepentingan kemahiran membaca bukan sahaja penting untuk tujuan akademik tetapi juga untuk tujuan kemahiran-kemahiran berbahasa yang lain. Marohaini Yusoff (1989) telah merumuskan proses membaca seperti berikut:

a) Perlakuan membaca adalah perlakuan yang kompleks dan tidak dapat diperhatikan. Cuma dua komponen kemahiran utama yang dipersetujui wujud dalam kemahiran membaca iaitu kemahiran mengenal atau mengecam perkataan dan kemahiran memahami apa yang dibaca.

b) Sesuatu perlakuan membaca mesti dapat menghasilkan pemahaman selain pengecaman dan penyebutan perkataan-perkataan. Maksudnya, untuk menjadi pembaca yang berkesan, seseorang itu tidak perlu dapat menyebut perkataan dengan betul dan lancar asalkan dia tahu makna perkataan-perkataan yang dibacanya.

c) Semasa membaca, seseorang itu perlu berfikir, merasai, dan membayangkan apa yang dibaca.

d) Seseorang murid itu mempunyai tujuan, jangkaan, pengetahuan, dan pengalaman lalu yang akan mempengaruhi apa yang akan dibacanya.

Dalam sesuatu proses bacaan, terdapat susun atur tugasan seperti berikut:

(4)

iii. menterjemahkan makna perkataan itu dengan mengaitkannya dengan apa yang sedia ada di kepala.

iv. mengumpul dan mencantumkan idea, perkataan,dan ayat sehingga menjadi sebuah idea yang kengkap.

v. mencuba menghuraikan idea kepada orang lain.

Bacaan adalah sebahagian daripada kemahiran bahasa (language arts) iaitu yang bermula daripada mendengar, bertutur, membaca, dan seterusnya menulis. Melalui pembacaan, ia dapat membantu manusia berkomunikasi dan berhubung sesama mereka melalui sistem lambang-lambang tulisan yang mereka cipta.

Selain daripada itu, membaca bukan hanya melibatkan proses mekanis tetapi juga melibatkan proses kognitif atau berfikir pada semua peringkat membaca seperti mengecam, mendiskriminasi, dan memaham. Oleh itu kecerdasan seseorang akan mempengaruhi kemajuannya dalam membaca. Ini bermakna kepentingan kemahiran membaca adalah sangat besar.

(5)

Kemahiran membaca dalam kajian yang akan dilakukan ini adalah untuk meningkatkan kemahiran membaca suku kata terbuka dalam kalangan murid-murid Tahun 2 Linus menggunakan pengajaran dan pembelajaran terancang berbantukan komputer. Dalam kajian-kajian terdahulu menunjukkan perkaedahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai membantu meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan pelajar.

1.3 Pernyataan Masalah

Kemahiran membaca adalah teras kepada penguasaan mata pelajaran yang lain. Apabila seseorang murid tidak boleh membaca dengan lancar, selalunya mereka tidak berminat untuk mengikuti mata pelajaran yang lain. Ini bermakna penguasaan kemahiran membaca dapat membantu murid-murid untuk menguasai semua mata pelajaran yang dipelajari.

Kajian yang akan dijalankan adalah melibatkan enam orang murid Tahun 2 dalam sebuah kelas di sekolah rendah. Berikut adalah masalah yang dihadapi murid-murid Tahun 2 tersebut :

a. Murid lemah membaca suku kata terbuka.

b. Murid sukar untuk membunyikan terus perkataan-perkataan yang telah dieja.

(6)

berfikir, belajar, dan mengingati bacaan. Murid juga kurang berminat untuk belajar membaca kerana faktor persekitaran seperti keluarga dan rakan sebaya yang kurang minat untuk membaca. Selain itu, faktor lain yang mempengaruhi ialah pengajaran guru yang kurang menggunakan bahan bantu yang lebih efektif. Oleh yang demikian, diharap melalui kajian yang akan dijalankan dapat membantu pembelajaran yang lebih menyeronokkan. Ini bererti bahawa guru perlu memainkan peranan yang penting dalam memastikan penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuaidan berkesan. Dengan itu, salah satu cara yang difikirkan sesuai untuk mengatasi masalah murid tidak menguasai kemahiran asas membaca ialah melalui pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer.

1.4 Tujuan Kajian

Secara umumnya kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana penggunaan berbantukan komputer membantu dalam pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid-murid Tahun 2 LINUS di sekolah kebangsaan Tebobon di daerah Kota Kinabalu.

1.5 Objektif Kajian

Objektif kajian ini ialah:

a. Apakah aspek kelemahan murid-murid Tahun Dua dalam membunyikan suku kata terbuka.

(7)

mengatasi kelemahan membaca dalam kalangan murid Tahun Dua.

c. Mengenal pasti kesan penggunaan media/bahan pengajaran dan pembelajaran terancang berbantukan komputer yang boleh membantu memupuk minat membaca murid-murid Tahun Dua di sekolah tersebut.

1.6 Soalan Kajian

Soalan kajian adalah bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan kaedah tertentu untuk mengajar kemahiran membaca dalam kalangan murid-murid Tahun 2 Linus. Dapatan daripada analisis ini diharapkan dapat memberi jawapan kepada persoalan-persoalan berikutnya. Berikut adalah beberapa persoalan kajian yang perlu diambil perhatian dalam melaksanakan kajian ini

:-a. Apakah kelemahan murid dalam kemahiran membaca?

b. Sejauh manakah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer mengatasi masalah tidak boleh membaca dalam kalangan murid Tahun Dua?

c. Apakah media atau bahan pengajaran dan pembelajaran yang dipilih itu sesuai untuk mengatasi kelemahan murid dalam kemahiran membaca?

1.7 Kepentingan Kajian

(8)

dikuasai oleh kanak-kanak kerana melalui pembacaan mereka dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam pelajaran, meluaskan pengetahuan, mencari dan mengumpul maklumat-maklumat yang diperlukan dan lain-lain lagi. Guru memainkan peranan penting dalam mengajar kanak-kanak kemahiran membaca.

Kemahiran membaca adalah satu proses kognitif yang kompleks. Oleh itu faktor-faktor yang mempengaruhi kemahiran membaca juga adalah rumit dan saling mempengaruhi. Kesedaran tentang faktor-faktor yang mempengaruhi bacaan ini akan dapat membantu guru merancang pengajaran bacaan untuk murid-muridnya. Menurut Marohaini Yusoff (1999) dalam Ahmad Rizal Madan (2007), faktor yang mempengaruhi bacaan terbahagi kepada dua kategori besar, iaitu:

a) faktor yang ada pada diri murid atau pembaca b) faktor yang ada pada bahan bacaan.

Beberapa kepentingan kajian diutarakan untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan-persoalan kajian. Hasil daripada kajian nanti diharap dapat membuktikan keberkesanan penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer yang boleh diaplikasikan oleh guru-guru lain dalam pengajaran mereka. Di samping itu, kajian ini juga diharap akan dapat meningkatkan motivasi dan minat murid untuk belajar. Apabila minat murid bertambah maka sekali gus, motivasi mereka untuk menguasai kemahiran membaca akan turut meningkat.

(9)

Hasil dapatan kajian ini juga dapat menyediakan maklumat penting kepada guru-guru khususnya guru-guru Bahasa Malaysia dan Guru Pemulihan Khas di sekolah ini dan membantu mereka mengajar kemahiran membaca dengan lebih berkesan. Dengan maklumat dan hasil dapatan yang diperoleh menerusi kajian ini akan membantu mereka yang terbabit untuk menggalakkan murid-murid agar lebih suka membaca dan seterusnya membantu mengurangkan jumlah murid LINUS di sekolah ini.

1.8 Batasan Kajian

Kajian dijalankan di sebuah sekolah kebangsaan di daerah Kota Kinabalu iaitu Sekolah Kebangsaan Tebobon.

Jadual 1.1 : Profil Kajian

Lokasi Sekolah Kebangsaan

Responden Murid-murid Tahun 2

Bilangan 6 orang ( 4 lelaki dan 2 perempuan)

Ciri-ciri Responden

- Tidak boleh membaca - Hanya mengenal huruf abjad

(10)

daripada 4 orang lelaki dan 2 orang perempuan. Kesemua murid mempunyai masalah yang sama iaitu masih belum boleh membaca. Murid hanya mengenal huruf besar dan huruf kecil sahaja walaupun sudah berada dalam tahun dua.

1.9 Definisi Pemboleh ubah

1.9.1 Kaedah

Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) memberi definisi kaedah sebagai cara atau peraturan membuat sesuatu. Kaedah juga bermaksud cara mengajar. Kajian ini menggunakan definisi cara mengajar.

1.9.2 Kesan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), kesan bermaksud pengaruh (pada pemikiran, sikap, watak dan sebagainya) yang timbul akibat daripada menyaksikan (mendengar atau membaca) sesuatu. Kesan yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah kebolehan murid membaca selepas mengikuti pembelajaran menggunakan media/bahan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer.

1.9.3 LINUS

(11)

Program ini mula dilaksanakan pada tahun 2010 melibatkan murid Tahun 1 di sekolah rendah (Kohort Pertama). Sehingga kini program ini masih dijalankan. Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah dipertanggungjawabkan untuk menerajui usaha mengatasi masalah literasi dan numerasi dalam kalangan murid sekolah rendah. Manakala perlaksanaannya adalah di peringkat sekolah. Kajian ini mengaitkan LINUS dengan 6 orang murid di sebuah sekolah rendah sebagai responden yang masih lagi belum menguasai asas literasi.

1.9.4 Media

Media berasal daripada perkataan Itali yang bermaksud perantara. Istilah media seringkali dikaitkan dengan wahana penyebaran maklumat. Menurut Sharifah Alawiyah Alsagoff (1979) media ialah apa-apa juga alat atau perkakas yang biasanya digunakan untuk menyampaikan maklumat dalam kehidupan manusia. Media juga merupakan alat yang dapat membantu guru meningkatkan proses pengajaran dengan menawarkan pengalaman sebenar yang tidak dapat diperoleh melalui cara lain. Manakala menurut Heinich dan rakan-rakan (1981), dalam Norasiah Abdullah dan rakan-rakan (2009), media ialah penyampai atau pembawa maklumat antara punca dengan penerima seperti televisyen, radio, gambar, internet, risalah, foto dan perisian komputer. Media memudahkan proses komunikasi antara penghantar dan penerima.

(12)

penyampaian maklumat kepada murid dipengaruhi rangsangan daripada media yang digunakan.

1.9.5 Pembelajaran

Pembelajaran ialah proses memperoleh ilmu pengetahuan atau kemahiran dan berlaku perubahan tingkah laku (Mok Soon Sang: 2009). Pembelajaran ini merujuk kepada perubahan positif yang akan berlaku kepada murid-murid iaitu boleh membaca dengan lancar.

Menurut Morgan dan King (1975) dalam Mahmood Nazar Mohamed (1990), pembelajaran ditakrifkan sebagai sebarang perubahan tingkah laku yang agak kekal akibat pengalaman yang diperolehi oleh seseorang atau akibat latihan yang dijalaninya.

1.9.6 Pengajaran

Pengajaran merupakan organisasi yang dirancang dan diolah oleh guru untuk meyampaikan pemahaman tentang maklumat atau pengetahuan tertentu kepada pelajarnya dalam suasana yang dipanggil bilik darjah (Arbak 1985).

Manakala bagi Ee Ah Meng (1989) menyatakan bahawa pengajaran sebagai satu sains iaitu sistem aktiviti-aktiviti yang ditujukan kepada murid-murid dengan bertujuan membawa perubahan tingkah laku di kalangan mereka.

(13)

pengajaran sebagai suatu proses komunikasi walaupun tidak semua aktiviti pengajaran merupakan komunikasi antara guru dengan pelajar.

1.9.7 Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK)

Dalam Chua Siew Geok (2002), Sander (1987) telah menyatakan bahawa PPBK merupakan suatu situasi pembelajaran di mana pelajar-pelajar berinteraksi dan dibimbing komputer melalui satu proses pembelajaran yang terancang untuk mencapai matlamat pembelajaran tertentu. Manakala Moursund (1980) pula menyatakan PBK ini adalah untuk menyampaikan pengajaran kepada pelajar-pelajar, di mana berlaku interaksi antara sistem komputer dengan pelajar-pelajar untuk membantu mereka tentang bahan yang dipelajari.

Secara umumnya, PPBK ini mengandungi nota, soalan dan ulangkaji. Kebolehan komputer dalam mengintegrasikan unsur-unsur video, bunyi, teks dan grafik untuk membentuk perisian ini. Ini sudah tentu membawa makna besar dalam bidang pengajaran dan pembelajaran, khusunya dalam bidang pendidikan. Dengan kata lain PPBK ini merujuk kepada penggunaan alat pengarangan yang mengabungkan media video, bunyi, teks, animasi dan grafik bagi tujuan menyampaikan maklumat dengan cara yang bermutu serta berkesan.

(14)

1.9.8 Peningkatan

Peningkatan didefinisikan sebagai perbuatan, usaha untuk meningkatkan atau mempertingkatkan (Kamus Dewan Edisi Keempat: 2007). Melalui kajian ini peningkatan lebih menjurus kepada perbuatan meningkatkan tahap pencapaian pelajar.

1.9.9 Sikap

Sikap bermaksud perbuatan atau pandangan yang berdasarkan sesuatu pendapat (fikiran). Sikap dalam kajian ini bermaksud kecenderungan murid untuk membaca. Kecenderangan ini seterusnya akan membawa suatu keseronokan dan penerokaan kepada pelbagai perkara baharu. Menurut Sarnoff (dalam Sarwono, 2000) sikap didefinisikan sebagai kesediaan untuk bereaksi (disposition to react) secara positif (favorably) atau secara negatif (unfavorably) terhadap rangsangan-rangsangan tertentu.

1.9.10 Terancang

Definisi terancang ialah sudah dirancang, sudah disediakan rancangannya, dan mengikut asas-asas yang telah ditentukan (Kamus Dewan Edisi Keempat: 2007). Dalam kajian ini berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran terancang iaitu salah satu jenis modul pelajaran berprogram yang menekankan pembelajaran secara individu berdasarkan kebolehan masing-masing. Guru adalah sebagai pembimbing.

(15)

Kesimpulannya, bab ini berfungsi sebagai dasar atau landasan kepada pelaksanaan kajian yang ingin dilakukan. Sebagai pengkaji, saya telah menyenaraikan elemen-elemen yang perlu diikuti untuk menjalankan kajian ini. Semua elemen mempunyai perkaitan sebagai panduan untuk merancang dan menyempurnakan kajian yang akan dilakukan.

Secara ringkas Bab 1 telah pun membincangkan tentang latar belakang permasalahan

berkaitan dengan tajuk kajian iaitu “Kesan Penggunaan Pengajaran dan Pembelajaran

Terancang Berbantukan Komputer terhadap Kemahiran Membaca Suku Kata Terbuka

Murid-murid Tahun 2 Linus”. Bab ini juga turut membincangkan objektif kajian dan soalan kajian

yang ingin dijawab selain membincangkan skop atau limitasi kajian yang menjelaskan

bahawa kajian ini melihat kesan pengajaran dan pengajaran terancang berbantukan Komputer

terhadap kemahiran membaca Suku Kata Terbuka murid-murid Tahun 2 LINUS sahaja.

Penggunaan istilah dan konsep-konsep yang digunakan dalam kajian ini juga telah

diperjelaskan secara terperinci dalam definisi operasional supaya maksud perkara yang dikaji

mudah difahami. Bab 2 akan membincangkan tinjauan yang dijalankan berdasarkan kajian

lepas.

BAB 2

KAJIAN PUSTAKA

(16)

Bab ini akan membincangkan beberapa aspek utama dalam kajian ini. Aspek yang terangkum termasuklah tentang kemahiran membaca dan penggunaan media/bahan pengajaran dan pembelajaran terancang berbantukan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kajian-kajian berkaitan penggunaan prinsip-prinsip asas teori dan aplikasi teori dalam pengajaran serta model pengajaran turut dibincangkan. Di samping itu, bab ini juga akan menyoroti kajian-kajian lepas yang telah dilaksanakan oleh pengkaji dalam dan luar negara berkaitan dengan meningkatkan pencapaian pelajar menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran khususnya berbantukan komputer.

2.2 Teori dan Konsep Berkaitan

Membaca ialah memerhatikan isi suatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya. Membaca juga bermaksud mengucapkan apa yang tertulis atau tercetak pada buku, papan tanda, dan sebagainya secara lisan yakni dengan kuat (Kamus Dewan Edisi Keempat: 2007). Terdapat beberapa jenis bacaan. Antaranya ialah bacaan mekanis. Bacaan mekanis adalah bacaan kuat yang mementingkan sebutan huruf dan bunyi dengan betul, membaca mengikut intonasi, nada dan tekanan yang betul. Bahan bacaan yang digunakan dalam bacaan mekanis terdiri daripada perkara yang mudah difahami dan tidak membebankan fikiran (Dr. Ali Mahmood dan Rakan-rakan: 2011). Dalam kajian ini melibatkan jenis bacaan mekanis. Tahap kebolehan dan keupayaan murid dalam kemahiran membaca adalah berbeza-beza.

(17)

teori-teori pembelajaran ini, guru akan memahami pelbagai perkara yakni cara murid-muridnya belajar, dan seterusnya menghubungkaitkan prinsip dan hukum pembelajaran dengan kaedah dan teknik mengajar untuk mencapai objektif pelajaran kemahiran membaca dengan berkesan.

Pada asasnya, teori-teori pembelajaran pada masa kini diklasifikasikan kepada empat mazhab yang utama iaitu behavioris, kognitif, sosial, dan humanis. Teori Pembelajaran Behavioris yang berpengaruh ialah Pavlov, Thorndike, dan Skinner. Mereka berpendapat pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Menurut mereka, tingkah laku murid boleh diperhatikan, dikawal, dan diramal. Mereka menekankan bahawa perkaitan gerak balas individu dengan rangsangan adalah suatu proses pembelajaran, demi membentuk suatu tingkah laku yang baharu. Oleh itu, teori pembelajaran ini pula disebut sebagai Teori Rangsangan – Gerak Balas.

(18)

Menurut Omar Zakaria dan Rakan-rakan (2011), Pusat Perkembangan Kurikulum dalam usaha untuk menggalakkan perisian kursus Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) di sekolah-sekolah telah menyenaraikan beberapa kelebihan. Antaranya ialah

:-a. Meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pelajaran;

b. Meningkatkan motivasi pelajar dalam pembelajaran;

c. Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar;

Selain itu, PPBK membolehkan pelajar

:-a. Menggunakan pelbagai media yang dapat merangsang deria-deria mereka;

b. Mengulangi pembelajaran sekerap yang diperlukan;

c. Mengawal perjalanan perisian kursu dn memilih bahagian-bahagian yang difikirkan perlu; dan

d. Memberi maklum balas serta-merta terutama PPBK latih tubi atau penilaian.

(19)

Model Pengajaran Gagne (1981) dalam Omar Zakaria dan Rakan-rakan (2011) banyak dirujuk dalam pembangunan perisian kursus yang melibatkan Sembilan tahap pengajaran. Berikut adalah Model Pengajaran Gagne yang akan digunakan semasa mengajar murid menggunakan perisian yang dipilih untuk kemahiran membaca suku kata terbuka nanti.

Tahap Pembelajaran Keterangan

Mendapatkan perhatian

 Pengajaran mesti dimulakan dengan suatu yang dapat menarik minat atau perhatian pelajar. Sesetengah perisian kursus menggunakan video atau audio yang digabungkan dengan animasi atau grafik yang menarik.

 Dalam kajian ini, pengkaji memilih perisian ‘i-Kelas’, ‘Asas Membaca Bahasa Melayu’, serta ‘Lagu ABC, Vokal dan Suku Kata’.

Memaklumkan objektif kepada pelajar

 Tujuan Pengajaran mestilah dijelaskan kepada pelajar agar mereka lebih bersedia menerima perkara yang akan diajar.

 Tujuan pengajaran dalam kajian ini ialah mengajar murid agar mereka dapat menguasai kemahiran membaca suku kata terbuka.

Mengingat kembali pengetahuan sedia ada

 Pelajar digalakkan mengingat kembali pengetahuan sedia ada. Antara cara yang dilakukan ialah mengajukan soalan ringkas kepada murid.

(20)

mendengar atau menyanyi Lagu ABC, Lagu Vokal, atau Lagu Suku Kata KV berdasarkan perisian lagu yang dipilih agar mereka mengingat kembali kemahiran yang telah dipelajari. Menyampaikan

maklumat

 Maklumat mestilah disampaikan dengan tepat dan ringkas serta menarik dengan menggunakan grafik yang sesuai, animasi, audio dan video. Mengehadkan bilangan isi di dalam satu skrin yang disampaikan agar pelajar mudah memahaminya.

 Perisian yang difikirkan sesuai, dipilih kerana merangkumi maklumat seperti di atas.

Membantu pembelajaran

 Isi dan fakta hendaklah disokong dengan contoh-contoh yang sesuai untuk membantu pemahaman pelajar.

 Dalam perisian yang dipilih, perkataan dan ayat mudah daripada suku kata terbuka yang akan dipelajari disokong dengan gambar, video, audio, grafik, dan animasi yang menarik.

 Selain komputer atau komputer riba (laptop), penggunaan media seperti projektor LCD, skrin, dan pembesar suara juga akan digunakan mengikut keperluan murid.

Memberi latihan  Latihan yang dijalankan sesuai dengan kandungan pelajaran.

 Perisian ‘i-kelas’ dan ‘Asas Membaca Bahasa Melayu’ menyediakan latihan yang sesuai dengan kemahiran yang dipelajari.

Memberi maklum balas

 Perisian kursus PPBK mampu memberi maklum balas serta-merta kepada pelajar.

(21)

sesuatu masa pembelajaran.

 Maklum balas dalam perisian juga berbentuk motivasi dan peneguhan positif. Ini akan memberi semangat untuk terus belajar.

Menilai pencapaian  Pada akhir suatu pengajaran, pelajar biasanya diberikan

ujian untuk menilai pemahaman mereka terhadap apa yang telah dipelajari.

 Perisian yang dipilih memenuhi kehendak tersebut.

Mengingat kembali  Penting bagi pelajar untuk mengingati kembali apa yang

telah dipelajari dan seterusnya menggunakan pengetahuan ini dalam situasi yang berbeza. Perisian kursus PPBK perlu menyediakan aktiviti-aktiviti tambahan.

 Perisian yang dipilih dalam kajian ini menyediakan aktiviti tambahan seperti didik hibur (permainan, nyanyian, pantun, animasi) dan rumusan pembelajaran.

Dalam kajian ini, PPBK yang menggabungkan perisian jenis tutorial, latih tubi dan permainan yang berkaitan dengan kemahiran membaca suku kata terbuka akan digunakan. Perisian juga melibatkan perisian yang menggabungkan elemen seperti video, audio, teks, grafik, dan animasi untuk menyampaikan pengetahuan dan mewujudkan aktiviti pembelajaran yang sesuai, menarik, dan berkesan. Teknik nyanyian berkaitan kemahiran membaca suku kata juga akan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

(22)

peralatan sama ada konkrit atau abstrak yang dapat digunakan dan dieksploitasikan oleh seseorang untuk mencapai objektif pembelajaran. Menurut beliau lagi, proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan jika guru dapat menggunakan kreativiti, dan menggabungjalinkan penggunaan media dalam pengajarannya. Proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dalam suasana yang menyeronokkan dan menyelesakan sekiranya murid meminati dan menyukai proses pengajaran dan pembelajaran yang diikuti.

Penggunaan alat bantu mengajar juga turut diterangkan dalam model Pembelajaran ASSURE yang diperkenalkan oleh Heinich pada tahun 1996 (Ismail Zain: 2002). Melalui model ASSURE, penggunaan alat bantu mengajar diterangkan dalam langkah ketiga dan keempat iaitu memilih kaedah, media, dan bahan serta menggunakan media dan bahan. Melalui model ini, didapati kepentingan alat bantu mengajar bukan sahaja dapat membantu pelajar memahami sesuatu mata pelajaran tetapi sekaligus membolehkan pelajar menggunakan kemahiran yang sedia ada dan digabungkan dengan kemahiran baharu untuk mencapi objektif pengajaran dan pembelajaran yang dikehendaki.

2.3 Kajian-kajian Berkaitan

(23)

sains (Lazaroqitz & Huppert, 1993; Rogers & Wild, 1996; Cracolice & Abraham, 1996 dan Friedler et al., 1989). Begitu juga hasil kajian Okolo, Bahr & Reith (1993) juga telah mendapati bahawa pengajaran berbantukan komputer merupakan satu alat yang berkesan untuk pengajaran Matematik.

Kajian dari Universiti John Hopkins juga menunjukkan murid berminat dalam kelas yang menggunakan komputer secara efektif dan jarang ponteng kelas, malah mereka sudi memperuntukkan lebih masa untuk belajar menggunakan komputer. Di samping itu, murid juga lebih bersosial, lebih berdikari dan saling bekerjasama dalam menyelesaikan masalah serta sudi berkongsi informasi dan pengetahuan (Azman, 2000).

Hasil kajian Fuchs & Alider (1993) menunjukkan pengajaran berbantukan komputer memanfaatkan murid. Murid akan menjadi lebih aktif, lebih menumpukan perhatian kepada tugasan dan kemahiran menyelesaikan masalah semakin meningkat.

Selain itu, kajian Faridah (2001) telah membuktikan bahawa komputer mempercepat proses pembelajaran dan berpotensi untuk meningkatkan prestasi pencapaian akademik murid-murid khas. Kajian yang dijalankan oleh Phua, Ramasamy & Ang (1998) juga telah membuktikan wujudnya perbezaan pencapaian markah di antara murid yang diajar dengan kaedah pengajaran berbantukan komputer dengan kaedah pembelajaran tradisional.

(24)

Sarimah Ismail (2006) dalam kajiannya bertajuk “Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains di UPSI dari Perspektif Pendidik” menyatakan bahawa rata-rata responden yang dipilih bersetuju penggunaan ICT sebagai alat bantu mengajar diterapkan dalam pendidikan di Malaysia. Ini disebabkan penggunaan alat bantu mengajar akan membuatkan penerangan sesuatu konsep itu lebih mudah dan berkesan.

Kajian oleh Abdul Wahab, Kamaliah dan Hasrina (2006) tentang tahap penggunaan komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu, Inggeris dan beberapa mata pelajaran lain yang menunjukkan penggunaan komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran mampu mewujudkan suasana pembelajaran lebih menarik.

Kajian berkaitan keberkesanan penggunaan komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu telah giat dijalankan. Sebagai contoh, satu kajian eksperimen yang dijalankan oleh Yahya Othman dan Dayang Raini (2011) ke atas 56 orang murid tahun Empat yang berpencapaian sederhana di salah sebuah sekolah rendah kerajaan di daerah Brunei dan Muara berkaitan keberkesanan penggunaan CD-ROM perisian cerita Interaktif bagi pemahaman bacaan. Dapatan kajian mereka menunjukkan bahawa murid yang melalui proses Pengajaran dan Pembelajaran menggunakan CD-ROM secara signifikan lebih baik prestasi pemahaman bacaan berbanding dengan murid yang mengikuti pembelajaran secara kawalan.

(25)

murid-murid kumpulan Kawalan. Min kumpulan Eksperimen adalah 6.64 dan min kumpulan Kawalan pula adalah 2.14 sehingga selisih min adalah 4.50, kesignifikanan dua hujung pula adalah 0.000<0.005. Ini bermakna bahawa pencapaian membaca suku kata pra-ujian hingga pencapaian membaca suku kata pasca-ujian antara murid-murid kumpulan Eksperimen yang menggunakan perisian PBK Asas Membaca lebih berkesan berbanding dengan murid-murid kumpulan Kawalan.

Peranan bahan bantu mengajar yang merupakan peralatan dan perkakasan yang digunakan bertujuan untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Mempelbagaikan penggunaan bahan bantu mengajar perlu dilakukan oleh seseorang guru untuk mengekalkan tahap minat pelajar yang tinggi (Yahya Othman, 2006).

(26)

Dalam pada itu, Nabah, Hussain, Al-Omari, dan Shdeifat (2009) pula dalam kajian yang melibatkan seramai 212 orang di sebuah sekolah menengah di Jordan terhadap keberkesanan penggunaan komputer dalam pembelajaran bahasa Inggeris juga dalam aspek grammar telah menunjukkan penggunaan komputer telah memberi kesan yang positif terhadap pencapaian akademik murid.

Dalam satu kajian di Oyo State, Nigeria yang dijalankan oleh Yusuf dan Afolabi (2010) terhadap 120 orang murid sekolah menengah tentang prestasi pembelajaran mata pelajaran Biologi berdasarkanpenggunaan komputer secara individual dan koperatif mengikut gender. Analisis menunjukkan penggunaan komputer telah memberi kesan yang signifikan berbanding dengan pengajaran secara kawalan.

2.4 Kesimpulan

(27)

membaca murid-murid tersebut. Selanjutnya, Bab 3 membincangkan metodologi penyelidikan bagi kajian ini.

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan

(28)

Bab ini akan membincangkan aspek reka bentuk kajian, lokasi dan tempoh kajian, persampelan kajian, instrumen dan kaedah pengumpulan, penganalisisan, pengekodan dan pelaporan data. Bab ini bertujuan untuk menjelaskan bagaimana data diperolehi, diproses dan dianalisis bagi membentuk maklumat yang bermakna.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian yang digunakan oleh pengkaji ialah berbentuk kuantitatif. Kajian Kuantitatif adalah satu reka bentuk inkuiri positif yang menekankan pemerolehan fakta menggunakan pengukuran objektif dan analisis statistik data numerikal untuk memahami dan menjelaskan sesuatu fenomena yang boleh dijadikan panduan kepada amalan dan polisi (Ary, Jacobs & Razavieh, 2002: Brown & Dowling, 1998). Melalui data numerikal penyelidik memahami status pencapaian secara logik melalui penaakulan kuantitatif.

Penyelidik percaya bahawa reka bentuk kajian kuantitatif iaitu kajian eksperimen iaitu melalui ujian pra dan ujian pos merupakan pilihan yang terbaik untuk mengukur keberkesanan penggunaan pengajaran dan pembelajaran terancang Bahasa Melayu dengan menggunakan komputer dalam penguasaan membaca suku kata terbuka dalam kalangan murid-murid Tahun 2 LINUS.

(29)

keberkesanan penggunaan pengajaran dan pembelajaran terancang dengan menggunakan komputer dalam penguasaan membaca suku kata terbuka dalam kalangan murid-murid Tahun 2 LINUS. Ianya mempunyai satu variabel yang dimanipulasikan iaitu penggunaan komputer dan kaitannya dengan pencapaian murid yang merupakan variabel bersandar (bergerak balas). Jenis eksperimen yang digunakan ialah tanpa kumpulan kawalan iaitu dengan menggunakan ujian pra dan pos untuk satu kumpulan. Dalam reka bentuk ini, ujian pra diberikan sebelum rawatan diberikan kepada responden, sementara ujian pos dilakukan selepas rawatan diberikan.

Dalam kajian ini, proses bermula selepas keputusan Saringan 1 LINUS yang melibatkan 6 orang murid Tahun 2 yang masih belum menguasai kemahiran asas membaca. Antara faktor yang menyebabkan masalah ini mungkin berkaitan dengan minat murid, dan penggunaan bahan bantu mengajar semasa pengajaran dan pembelajaran di kelas yang kurang menarik murid untuk belajar membaca. Justeru, pengkaji memikirkan untuk merancang satu kajian yang perlu dilakukan. Ujian awal atau ujian pra akan dijalankan terhadap 6 orang responden seterusnya satu ujian akhir dilakukan untuk menentukan keberkesanannya.

3.3 Persampelan

(30)

Pelajar yang dikaji seramai 6 orang daripada Tahun 2, Sekolah Kebangsaan Tebobon. Kumpulan responden ini terdiri daripada 4 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan. Secara puratanya mereka mempunyai aras pencapaian yang hampir sama. Pemilihan sampel ini dibuat menggunakan teknik Pensampelan Rawak Mudah. Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Tebobon, yang terletak di daerah Kota Kinabalu Sabah. Lokasi yang dipilih merupakan kelas yang terlibat secara langsung dengan program literasi membaca Bahasa Melayu iaitu Suku Kata Terbuka. Pengkaji memilih elemen membaca kerana ia merupakan elemen penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Sampel dipilih selepas mengikuti Saringan 1 LINUS dan mereka dikategorikan sebagai murid yang belum menguasai LINUS (Literasi). Mereka akan diajar membaca menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer yang dicadangkan. Setelah dikenal pasti, aspek instrumen kajian perlu diberi perhatian kerana melalui instrumen ini data-data yang diperlukan dapat dikutip.

3.4 Instrumen Kajian

Instrumen kajian merupakan satu instrumen yang digunakan oleh penyelidik dalam satu-satu penyelidikan sebagai asas untuk mendapatkan data seperti mana yang dikehendaki agar objektif kajian akan tercapai. Kajian ini menggunakan bahan bacaan berpandukan modul LINUS untuk ujian pra dan ujian pos. Instrumen bagi kajian ini terdiri daripada tiga saringan iaitu saringan satu, saringan dua dan saringan tiga. Memandangkan kajian yang dijalankan terhadap penguasaan bacaan, maka ujian pra dan pos akan dilakukan secara ujian lisan. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah:

(31)

b. Penulisan refleksi pengkaji / sampel

c. Temu bual

d. Senarai semak penguasaan kemahiran

e. Pemerhatian tingkah laku belajar

f. Gambar foto / video

3.4.1 Ujian Awal dan Ujian Akhir

Dalam perancangan kajian saya, satu sesi praujian membaca akan dijalankan. Dalam sesi ini sampel diminta membaca beberapa suku kata KV dan perkataan yang terdiri daripada suku kata terbuka mengikut kebolehan murid sendiri untuk mengetahui kedudukan awal sebelum memulakan pembelajaran menggunakan media dan bahan (perisian) pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer. Dalam masa yang sama, guru akan menanda dalam senarai semak penguasaan kemahiran murid. Responden akan dipanggil seorang demi seorang untuk diuji tahap pencapaian kemahiran membaca mereka.

Ujian akhir pula ialah soalan ujian yang sama dengan ujian awal yang diberikan kepada sampel untuk melihat pencapaian setelah mengikuti pengajaran menggunakan media atau bahan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer. Keputusan keseluruhan ujian ini akan membuktikan sama ada penggunaan media atau bahan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ini berkesan untuk pengajaran kemahiran membaca atau tidak.

(32)

Penulisan refleksi adalah satu aktiviti penting oleh seseorang individu dengan mengingat dan merenung kembali pengalaman atau aktiviti yang telah dilalui, memikir-mikir dan mempertimbangkan serta membuat sesuatu penilaian. Tumpuan utama dalam penulisan refleksi ini ialah pada peringkat awal, semasa, dan selepas sesuatu proses kajian tindakan dilakukan (secara eksplisit). Peringkat awal tindakan ialah pengkaji akan melakukan tinjauan untuk kajian, menentukan isu dan fokus kajian serta menganalisis kefahaman semasa, kendiri, dan orang lain.

Pada peringkat semasa kajian sedang dijalankan ialah membuat keputusan awal terhadap perjalanan proses tindakan (intervensi); menerima komen dan teguran spontan semasa menjalankan tindakan tersebut; mengatasi segala rintangan dengan penambahbaikan yang sewajarnya; dan menilai keberkesanan tindakan intervensi tersebut. Manakala pada peringkat selepas tindakan nanti, berdasarkan data yang dikumpul pengkaji akan membuat penganalisisan tentang perubahan dan peningkatan yang berlaku dalam kalangan responden yang dipilih, menilai kesan tindakan serta memperoleh kefahaman baru, membuat rumusan, dan merancang tindakan seterusnya.

3.4.3 Temu bual

(33)

Temu bual juga dilaksanakan ke atas sampel untuk mengetahui perasaan dan pandangan mereka terhadap penggunaan media dan bahan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer. Temu bual dijalankan setiap kali selepas sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.

3.4.4 Senarai Semak Penguasaan Kemahiran

Set senarai semak yang mengandungi kesemua kemahiran membaca yang mesti dikuasai sampel disediakan. Set ini penting kepada pengkaji untuk melihat pencapaian berterusan sampel. Pencapaian kemahiran yang disusun secara berurutan akan direkodkan.

3.4.5 Pemerhatian

Kaedah pemerhatian akan dijalankan sepanjang masa semasa kajian dijalankan. Pemerhatian difokuskan melalui pemerhatian berstruktur iaitu dengan menggunakan senarai semak pemerhatian tingkah laku. Pengkaji akan memerhati, mendengar dan merekod maklumat berdasarkan set aktiviti yang telah dikenal pasti seperti sebutan suku kata dan perkataan yang mengandungi suku kata terbuka.

(34)

Rakaman melalui gambar foto dan video dilakukan sebagai pemerhatian untuk menunjukkan perkembangan sampel.

3.4.6 Analisis Dokumen

Pengumpulan data melalui analisis dokumen dapat memberikan maklumat yang relevan kepada isu dan masalah yang dikaji. Dokumen adalah sumber yang paling mudah kepada guru kerana maklumat yang diperlukan telah sedia ada. Contoh dokumen yang boleh digunakan:

• Diari atau Jurnal

• Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran

• Buku Rancangan Mengajar Harian

• Buku teks dan buku rujukan

• Kertas peperiksaan dan ujian bulanan

• Tugasan atau buku latihan murid

• Rekod pencapaian atau rekod adab

• Minit mesyuarat panitia

• Jadual Kedatangan Murid

(35)

Dalam kajian ini guru juga akan menggunakan keputusan Saringan 1 LINUS yakni senarai murid yang belum menguasai Konstruk 1- Konstruk 2 Literasi daripada Guru Literasi kerana responden dipilih berdasarkan keputusan tersebut.

3.5 Prosedur Pengumpulan Data

Kajian ini melibatkan beberapa prosedur yang perlu dilakukan secara tertib. Prosedur adalah seperti berikut

:-a. Memohon kebenaran untuk membuat kajian daripada Guru Besar.

b. Seramai 6 orang murid dalam kelas Tahun 2 yang belum menguasai kemahiran membaca dipilih sebagai responden. Murid-murid telah mengenal dan tahu membunyikan huruf besar dan huruf kecil.

c. Ujian awal akan dijalankan untuk mengetahui tahap kebolehan murid.

d. Murid akan memulakan pembelajaran menggunakan media atau bahan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer berdasarkan perisian yang disarankan. e. Ujian Akhir akan dijalankan untuk mengetahui pencapaian murid.

f. Pemerhatian yang berterusan dibuat untuk melihat tingkah laku belajar yang ditunjukkan oleh murid-murid.

g. Pengumpulan data. h. Menganalisis data. i. Laporan akhir.

(36)

penglibatan aktif dalam aktiviti yang dijalankan. Selain itu, pemerhatian dalam bentuk video dan gambar juga dilakukan. Pemerhatian secara video dijalankan untuk mendapatkan pemerhatian yang terperinci terhadap lakuan yang ditunjukkan oleh sampel. Setelah prosedur kajian dibuat, maka pertimbangan terhadap analisis kajian perlu dikenal pasti kerana melalui data-data inilah segala maklumat diperoleh.

3.6 Analisis Data (Deskriptif)

Pengkaji akan melakukan pengumpulan data terhadap murid-murid yang terlibat dalam kumpulan eksperimen. Data yang dipungut dalam sesuatu projek kajian tindakan perlu dianalisis dan penafsiran dibuat ke atasnya. Dengan menganalisis data, seseorang guru dapat melaporkan hasil kajian berdasarkan bukti-bukti yang diperoleh daripada responden. Dua jenis data biasanya diperoleh, iaitu data dalam bentuk nombor dan data dalam bentuk teks. Kedua-dua jenis data ini boleh dianalisis secara manual atau melalui komputer.

(37)

Manakala analisis kuantitatif digunakan untuk melihat peningkatan dalam bentuk angka. Nilai peratusan dan min ditentukan dalam membuat perbandingan kesan. Berdasarkan kajian ini nanti nilai peratusan dan min dilakukan bagi ujian awal dan ujian akhir, manakala pelaporan dibuat bagi kaedah temu bual, pemerhatian dan refleksi.

3.7 Tatacara Pengumpulan Data

Data yang akan diperolehi daripada kedua-dua kaedah eksperimen dan pemerhatian akan dianalisis secara manual atau menggunakan komputer. Sementara itu, data kualitatif pula dianalisis mengikut tema-tema yang telahpun ditetapkan yang telah diselaraskan dengan persoalan-persoalan yang dikemukakan dalam soal selidik tadi. Penyelarasan ini dilakukan bagi memudahkan pengkaji mendapatkan unit yang dianalisis dan dapat menyokong data kuantitatif yang dikemukakan dalam laporan.

3.8 Rumusan

(38)

BAB 1V

ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan

Bab ini mempersembahkan dapatan kajian daripada analisis data yang diperolehi. Analisis data ini sangat berkait rapat dengan objektif kajian, soalan kajian dan instrumen kajian yang digunakan.

4.2 Analisis Deskriptif Demografi Responden

Analisis deskriptif digunakan bagi menghuraikan faktor demografi responden dari segi jantina. Taburan demografi responden ditunjukkan melalui jadual yang digunakan dalam kajian ini.

Jadual 4.1 : Taburan Responden Mengikut Jantina

Jantina N Peratus (%)

Lelaki Perempuan

4 2

(39)

Seramai 6 orang murid yang berada dalam Tahun 2 yang belum menguasai LINUS Konstruk 1 – Konstrak 2 telah dipilih sebagai responden. Kesemua murid ini lelaki 4 orang (67%) dan 2 orang murid perempuan (33%) mempunyai masalah yang serupa iaitu masih belum boleh membaca walaupun sudah berada dalam tahun dua.

4.3 Analisis Data

Data bagi kajian ini menggunakan instrumen-instrumen markah Ujian Pra dan juga Ujian

Pos. Data yang diperolehi menerusi kedua-dua instrumen kajian itu adalah seperti yang

berikut:

Ujian Pra

Tarikh : 9 – 10 Julai 2015

Masa diberi : 10 minit setiap orang

Jumlah suku kata : 10 suku kata

Ujian Pasca

Tarikh : 12 – 14 Ogos 2015

Masa diberi : 10 minit seorang

(40)

Soalan Pra dan Pasca adalah berbeza tetapi masih menggunakan kaedah mengeja suku kata

yang sama. Ini bertujuan untuk mengetahui sama ada murid dapat atau belum menguasai

kemahiran mengeja dan membaca suku kata terbuka.

4.4 Keputusan (Analisis Data)

Jadual 4.2 menunjukkan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca yang telah dibuat pada 09 – 10

Julai 2015 dan 12 – 14 Ogos 2015 yang lalu. Berdasarkan ujian pra dan ujian pasca yang

telah dibuat, jelas menunjukkan perbezaan keputusan yang diperolehi. Dalam ujian pra yang

telah dibuat, markah yang diperolehi bagi 1 suku kata ialah 17, 2 suku kata ialah 17 dan 3

suku kata ialah 9. Ini menjadikan jumlah keseluruhannya ialah 52.

Ujian pasca dilakukan selepas ujian pra. Berikut adalah hasil pencapaian yang telah

didapati yang mana bagi ujian 1 suku kata, markahnya ialah 23, 2 suku kata 21. Jumlah

keseluruhan markah yang didapati ialah 44. Dari keputusan di atas, didapati ada

keberkesanan dan peningkatan dalam mengeja perkataan yang mengandungi suku kata dan

perkataan yang telah diberikan. Ini dapat dilihat pada peratusan markah pada Jadual 4.3.

Jadual 4.2: Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca

Bil Nama Ujian Pra Ujian Pasca

1 Suku Kata

2 Suku Kata

(41)

4 5 6 Albert Ujin Paul Tuin Ariff Amisar 2 3 3 2 2 1 4 5 4 3 4 4 4 4 8 8

JUMLAH 17 11 28 23 21 44

Dalam ujian pra, peratusan yang diperolehi bagi 1 suku kata ialah 33%, dua suku kata

17%. Manakala dalam ujian pasca pula, peratusan bagi ujian satu suku kata telah meningkat

kepada 100%, manakala dua suku kata 83%. Ini menunjukkan peningkatan yang agak

memberangsangkan.

Jadual 4.3: Analisis Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca

GRED UJIAN PRA UJIAN PASCA

1 Suku Kata 2 Suku Kata 1 Suku Kata 2 Suku Kata

Bil % Bil % Bil % Bil %

Cemerlang 0 0 0 2 33 1 16

Baik 1 16.6 0 0 4 67 3 50

Sederhana 1 16.6 1 17 0 0 1 17

Lemah 1&2 4 67 5 83 0 0 1 17

Jumlah 6 33 6 17 6 100 6 100

(42)

Rajah 4.1: Keupayaan Membaca Suku Kata Terbuka Sebelum dan Selepas Menjalani P & P Berbantukan komputer

Dari graf dalam rajah 4.1 tersebut, kita dapat melihat keberkesanan penggunaan komputer untuk membantu murid boleh membaca suku kata dan perkataan. Menerusi kaedah ini yang dijalankan selama 5 hari, setiap seorang murid LINUS ini menjalani latihan membaca suku kata selama 10 minit. Dalam sesi ini, guru bertindak sebagai fasilitator untuk membimbing murid dan mengajar dengan berbantukan komputer bagi melaksanakan tugas ini.

Pada sesi permulaan, murid berasa agak malu-malu dan kurang selesa kerana tidak biasa dengan teknik yang digunakan. Namun selepas beberapa sesi, murid telah boleh mengikuti teknik pengajaran dan pembelajaran yang diberikan oleh guru malah ada di antara mereka yang boleh memberi bimbingan kepada rakan sebaya. Berdasarkan kepada dapatan, terdapat peningkatan yang amat ketara terhap penguasaan membaca dalam ujian pos yang dijalankan. Markah tertinggi yang diperoleh murid ialah 10 berbanding 2 semasa ujian pra. Semasa ujian pra juga terdapat murid yang langsung tidak boleh membaca suku kata terbuka.

(43)

komputer, murid bermasalah pembelajaran dan sebutan tersebut telah berjaya membaca suku kata terbuka dengan seorang murid mendapat 10 markah betul dari 10 suku kata yang ditunjukkan.

4.5 Dapatan Temu Bual

Berdasarkan temu bual dengan responden (murid), dapatan menunjukkan bahawa semua murid yang ditemu bual suka atau berminat dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer. Berikut adalah transkripsi dialog temu bual yang telah dijalankan antara pengkaji dengan 6 orang murid LINUS Sekolah Kebangsaan Tebobon, Kota Kinabalu yang bertujuan untuk mendapatkan maklum balas tentang pendapat mereka tentang pembelajaran berbantukan komputer. Nota: Singkatan yang digunakan dalam transkripsi: P = Pengkaji M= Murid

4.5.1.1 Temu Bual Satu

P: Adakah kamu suka belajar dengan menggunakan komputer? M1.1: Ya, saya suuukaa sangat, cigu. Banyak lagu, ada gambar lagi,..siok bah! Macam mau belajar macam itu hari-hari!

4.5.1.2 Temu Bual Dua

P: Adakah kamu suka belajar dengan menggunakan komputer? M2.1: Seronok cikgu, saya suka!

4.5.1.3 Temu Bual Tiga

(44)

4.5.1.4 Temu Bual Empat

P: Adakah kamu suka belajar dengan menggunakan komputer? M4.1: Bagus cikgu! Macam senang pulak!

4.5.1.5 Temu Bual Lima

P: Adakah kamu suka belajar dengan menggunakan komputer? M5.1: Saya rasa seronok sangat cikgu!

4.5.1.6 Temu Bual Enam

P: Adakah kamu suka belajar dengan menggunakan komputer? M6.1: Siok bah! Boleh kita belajar macam itu lagikah cikgu?

Secara keseluruhannya, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berbantukan komputer disukai oleh murid-murid ini. Menurut mereka kaedah pembelajaran itu menyeronokkan, sangat baik dan memudahkan mereka memahami isi pelajaran. Hal ini turut diakui oleh kesemua responden apabila pengkaji bertanyakan kepada mereka jika mereka suka belajar dengan menggunakan komputer. Ini dapat dilihat menerusi transkrip dialog bagi soalan item 2 iaitu, adakah murid-murid suka belajar dengan menggunakan komputer. Nota: Singkatan yang digunakan dalam transkripsi: P = Pengkaji M= Murid

4.5.2.1 Temu Bual Satu

(45)

4.5.2.2 Temu Bual Dua

P: Adakah kamu suka belajar dengan menggunakan komputer? M2.2: Suka bah! Ndak pernah lagi belajar macam tu! Macam saya mau lagi...hari-hari pun boleh!

4.5.2.3 Temu Bual Tiga

P: Adakah kamu suka belajar dengan menggunakan komputer? M3.2: Kalau cikgu ajar macam susah saya faham. Tapi kalau komputer, senang faham!

4.5.2.4 Temu Bual Empat

P: Adakah kamu suka belajar dengan menggunakan komputer? M4.2: Ya cikgu! Saya suka komputer,..banyak gambar, boleh nyanyi...senang lagi dari cikgu ajar!

4.5.2.5 Temu Bual Lima

P: Adakah kamu suka belajar dengan menggunakan komputer? M5.2: Bagus cikgu...komputer bikin senang faham, banyak lagu best lagi tu!

4.5.2.6 Temu Bual Enam

P: Adakah kamu suka belajar dengan menggunakan komputer? M6.2: Suka cikgu! Ndak bolehkah hari-hari guna komputer? Ndak boring kalau guna komputer lagipun..macam saya boleh sudah membaca kalau belajar guna komputer, cikgu!

(46)

Hal ini sudah tentu menggalakkan murid-murid berkenaan mengikuti aktiviti pelajaran dengan aktif.

Seterusnya item soalan yang terakhir yang berkenaan dengan kemampuan murid-murid untuk membaca suku kata/perkataan/rangkai kata dan ayat, menunjukkan keputusan seperti yang berikut:

4.5.3.1 Temu Bual Satu

P: Dapatkah kamu membaca suku kata/perkataan/rangkai kata/ayat tadi? M1.3: Ya, cikgu! Bolehlah,...tapi mau belajar lagi. Ada juga yang susah tapi ok bah!

4.5.3.2 Temu Bual Dua

P: Dapatkah kamu membaca suku kata/perkataan/rangkai kata/ayat tadi? M2.3: Ya! Senang jak pula. Dulu macam susah betul. Sekarang senang jak!

4.5.3.3 Temu Bual Tiga

P: Dapatkah kamu membaca suku kata/perkataan/rangkai kata/ayat tadi? M3.3: Boleh sudah cikgu..saya pandai baca sudah! Bestnya!

4.5.3.4 Temu Bual Empat

P: Dapatkah kamu membaca suku kata/perkataan/rangkai kata/ayat tadi? M4.3: Bolehlah sikit. Ada juga yang saya endak dapat cikgu!

(47)

P: Dapatkah kamu membaca suku kata/perkataan/rangkai kata/ayat tadi? M5.3: Dapat cikgu, bukan susahpun!

4.5.3.6 Temu Bual Enam

P: Dapatkah kamu membaca suku kata/perkataan/rangkai kata/ayat tadi? M1.3: Ya, cikgu! Senang saja bah!

Dalam transkrip temu bual ini, didapati hampir kesemua responden menunjukkan mereka mudah dan dapat membaca suku kata, rangkai kata, perkataan dan ayat yang telah diberikan. Hanya seorang sahaja daripada pelajar-pelajar itu yang menunjukkan dia masih belum boleh menguasai kemahiran itu. Ini bermakna ia perlu diberikan latihan dan didikan yang berterusan sehingga mereka boleh menguasainya.

4.6 Pemerhatian Tingkah laku Responden

Dalam senarai semak pemerhatian tingkah laku responden, pengkaji telah memilih empat perlakuan untuk dianalisis iaitu adakah responden aktif, mengantuk, rajin dan kuat membaca ataupun bermain ketika guru mengajar. Keempat-empat tingkah laku ini diperhatikan selama 5 hari pembelajaran iaitu isnin hingga jumaat.

(48)

menunjukkan bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer menghasilkan perlakuan yang positif dalam kalangan pelajar tersebut.

Berdasarkan kajian yang dijalankan, kita dapat membuat kesimpulan bahawa sesuatu masalah pengajaran atau pembelajaran yang dihadapi di sekolah dapat diselesaikan walaupun tidak seratus peratus berjaya. Kerjasama semua pihak seperti ibu bapa, penjaga, guru-guru, pihak sekolah dan diri pelajar itu sendiri akan membuahkan hasil yang baik. Walau bagaimanapun, kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa ada usaha keras yang berterusan dan juga menuntut kesabaran yang tinggi dalam diri seseorang yang bernama guru.

Berdasarkan kepada keputusan selepas saringan yang telah dijalankan, masih terdapat seramai 1 orang murid linus bagi kelas Tahun 2 ini yang mewakili 17% daripada jumlah keseluruhan murid. Peratusan ini belum mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh kementerian Pelajaran Malaysia iaitu selepas saringan 3 dijalankan adalah diharapkan mencapai 90% daripada keseluruhan murid. Walau bagaimanapun, jika dibandingkan dengan pencapaian murid selepas ujian Pra, hanya mencapai 17% sahaja daripada keseluruhan murid. Dengan kajian ini, ia telah meningkatkan peratusan murid Linus ke satu tahap yang boleh dibanggakan. Berdasarkan analisa SWOT, masih terdapat beberapa ancaman yang menghalang pencapaian seratus peratus.

(49)

4.7 Kesimpulan

Berdasarkan dapatan daripada analisis ujian dan hasil temu bual serta pemerhatian, didapati bahawa persepsi pelajar terhadap penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer adalah positif, di mana kaedah ini dapat membantu meningkatkan pemahaman dan menguasai konsep kemahiran membaca dengan lebih berkesan. Di samping itu, kaedah ini juga merupakan salah satu kaedah yang kreatif serta menyeronokkan dan dapat menarik pelajar untuk lebih meminati mata pelajaran Bahasa Melayu.

(50)

BAB V

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Bab ini bertujuan untuk merumus dan membincangkan hasil kajian seperti yang telah dinyatakan dalam bab empat dengan bersandarkan kepada soroton literatur yang dihuraikan dalam bab 2. Bahagian ini akan dibahagikan kepada rumusan, perbincangan, implikasi dan cadangan kajian lanjut. Dalam bahagian rumusan, dapatan kajian akan dibentangkan secara terperinci. Seterusnya dalam perbincangan pengkaji akan cuba mengaitkan dapatan kajian dengan dapatan-dapatan kajian lepas serta teori dan model yang telah dinyatakan dalam bab dua. Di samping itu, pengkaji juga akan membincangkan kemungkinan implikasi kajian ini kepada organisasi, teori atau model dan metodologi yang bersesuaian. Akhir sekali, beberapa cadangan kajian lanjut disarankan kepada pengkaji-pengkaji yang berminat untuk melakukan kajian lanjut berkenaan dengan topik ini.

5.2 Rumusan

(51)

yang membaca. Permasalahan ini telah diperincikan dan didapati bahawa pelajar ini lemah dalam membaca suku kata terbuka dan juga sukar untuk membunyikan terus perkataan-perkataan yang telah dieja.

Bagi mengatasi masalah ini, guru telah menggunakan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer bagi membantu murid-murid ini mengatasi masalah tersebut. Kaedah kajian gabungan antara kuantitatif dan kualitatif telah digunakan oleh pengkaji dalam melaksanakan kajian ini.

Data-data yang diperolehi hasil daripada kajian yang dilakukan menunjukkan dengan jelas bahawa pendekatan yang dipilih oleh pengkaji menunjukkan hasil yang memberangsangkan. Analisis data menunjukkan markah yang mewakili penguasaan kemahiran membaca murid-murid tersebut telah meningkat dalam ujian pos berbanding markah ujian pra. 16% daripada keseluruhan pelajar mendapat markah cemerlang, 50% baik dan masing-masing hanya 17% daripada pelajar itu mendapat markah sederhana dan juga lemah. Ini menunjukkan bahawa kaedah dan pendekatan yang digunakan dalam kajian ini berjaya membantu murid-murid ini menguasai kemahiran membaca.

Demikian juga halnya dalam pemerhatian dan temu bual yang dilakukan oleh pengkaji terhadap responden. Responden menunjukkan perubahan yang positif dalam tingkah laku mereka semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di mana mereka menjadi aktif dan rajin serta kuat membaca. Perlakuan-perlakuan negatif seperti mengantuk dan bermain ketika guru mengajar tidak berlaku dan ini memudahkan guru mengawal tingkah laku mereka.

(52)

video dan gambar yang berkaitan. Para responden turut mengakui bahawa selain menyeronokkan, pembelajaran tersebut membantu mereka menguasai kemahiran membaca dan ia lebih baik daripada sebelum ini.

Merujuk kepada hasil analisis data kajian, didapati persoalan-persoalan yang ditimbulkan dalam kajian ini sudah dijawab dan dapatlah dirumuskan bahawa:

1. Pengajaran Berbantukan Komputer dapat mempengaruhi minat dan motivasi pelajar dalam pembelajaran Bahasa Melayu khususnya dalam kemahiran membaca suku kata terbuka dan ini menjadi suatu strategi yang berkesan dalam pengajaran pembelajaran.

2. Terdapat perbezaan penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan pelajar yang didedahkan dengan pembelajaran berbantukan komputer berbanding semasa pelajar ini diajar dengan kaedah tradisional.

3. Terdapat perbezaan pencapaian semasa pelajar ini didedahkan dengan pembelajaran berbantukan komputer dan ketika mereka diajar dengan kaedah tradisional.

Pelajar sebenarnya lebih tertarik kepada suasana pembelajaran yang berbeza daripada kaedah tradisional yang sering digunakan oleh guru-guru. Pembelajaran Berbantukan Komputer dapat memberikan suasana yang berbeza dan memberi variasi kepada pelajar. PBK mungkin mampu memberi gambaran yang lebih jelas tentang sesuatu konsep pembelajaran yang sedang dipelajari dan juga dapat mempertingkatkan pemahaman serta motivasi dan minat pelajar.

(53)

Berdasarkan kajian, pendekatan pengajaran guru memainkan peranan penting dalam memberikan suasana pembelajaran yang berkesan kepada pelajar. Hasil kajian yang diperoleh tentang penggunaan kaedah PBK dapat meningkatkan pencapaian dan minat pelajar. Kaedah ini juga dapat membudayakan teknologi maklumat dalam diri pelajar dan seterusnya dapat memenuhi wawasan 2020 di mana Malaysia menjadi negara maju dan melahirkan masyarakat maju yang mempunyai kebolehan dalam teknologi maklumat.

Kajian ini diharapkan dapat menambah lagi nilai dan kualiti pengajaran dan pembelajaran yang diberikan kepada murid oleh guru khususnya murid-murid Linus. Penggunaan kaedah ini sudah tentu akan membantu guru mengatasi kelemahan membaca dalam kalangan murid-murid kajian.

5.3.1 Implikasi Kajian Terhadap Peranan Guru

Kajian ini memberikan kesedaran kepada sekolah bahawa tugas utama guru ialah mereka menjadi orang pertama yang menyalurkan ilmu pengetahuan kepada pelajar di sekolah. Pihak guru telah diberi latihan untuk memastikan mereka berupaya untuk mendidik anak bangsa dengan ilmu yang diperlukan mengikut tahap umur dan peperiksaan yang dihadapi itu. Setiap guru hendaklah meneroka teknik pembelajaran yang bersesuaian dengan pelajar mereka untuk memastikan semuanya memahami ilmu yang diberikan itu. Sesungguhnya, peranan guru adalah untuk mendidik anak bangsa tanpa mengenal erti penat dan pilih kasih.

(54)

Beberapa penambahbaikan perlu dilakukan sekiranya ingin menjalankan kajian yang seterusnya. Misalnya, masalah pembelajaran murid dapat diperolehi lebih awal lagi. Oleh itu masa yang lebih lama akan dapat memberikan kesan yang lebih baik apabila sesuatu program atau aktiviti dijalankan. Keberkesanan sesuatu program atau aktiviti juga akan dapat dipantau dengan lebih telus. Di samping itu beberapa kekangan lain seperti kemudahan pembelajaran untuk murid-murid perlu ditambah dan dipelbagaikan, peruntukan masa yang lebih perlu diberikan kepada murid-murid LINUS dan LINUS tegar dan kerjasama semua pihak adalah diperlukan. Dalam hal ini, peranan guru pemulihan juga perlu dipertingkatkan bagi membantu murid-murid linus tegar. Di sekolah saya kuota guru pemulihanagak terhad.

(55)

RUJUKAN

Abdul Wahab Ismail Gani, Kamaliah Hj. Siarap & Hasrina Mustafa. (2006). Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru sekolah menengah: Satu kajian kes di Pulau Pinang. Kajian Malaysia, XXIV (1-2): 203-225. Abu Seileek, A.F. & Rababah, G.A. (2007). The effect of computer-based grammar

instruction on the acquisition of verb tenses in an EFL context. The JALT CALL Journal, 3 (1-2): 59-80.

Ahmad Rizal Madar, (2007). Keupayaan Visualisasi Pelajar Melalui Perisian Animasi Grafik. Convention, Proceedings.

Ainon Mohd., Abdullah Hassan, (2002), Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah, Kuala Lumpur : PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd.

Al-Haq, F. A.-A. & Al-Sobh, M. A. (2001). The Effect of a web-based writing Instructional EFL Programmed on Enhancing the Perfomance of Jordanian Secondary Students. The JALT CALL Journal, 6 (3): 189-218.

Annuar Ayub (Christoper Bowring-Carr, John West-Burnham). 1999. Pembelajaran Berkesan di Sekolah. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia

Chenu, F., Gayraud, F., Martinie, B. & Wu, T. (2007). Is Computer Assisted Language Learning (CALL) efficient for grammar learning? An experimental study in French as a second language. The JALT CALL Journal, 3 (3): 85 -93.

Chu Siew Geok. (2002). Pembinaan PBBK Perkakasan Komputer Bagi Subjek Pendidikan Komputer. Projek Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004. Kamus Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Dr Ali Mahmood dan Rakan-rakan (2011). HBML 1103 Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu. Open University Malaysia.

Dzulkarnain Ismail (1999). Penilaian Program Kemahiran Hidup Berdasarkan Model CIPP. Penulisan Ilmiah bagi Program Sarjana Pendidikan yang tidak diterbitkan.

Ee Ah Meng (1990). Pedagogi Satu Pengenalan. Edisi Kedua, Kuala Lumpur Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Faridah Serajul Haq. (2001). “Kepentingan Penggunaan Teknologi Komputer untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pelajar-pelajar Bermasalah Pembelajaran.” Dalam Konvensyen Kepelbagaian dalam Teknologi Instruksional: Isu dan Cabaran. Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia (PTPM) 2001.

(56)

Fuchs, L. S. & Allinder, R.M. (1993). ”Computer Applications in the Schools for Students with Mild Disabilities: Computer Assisted Instruction & Computer-Managed Instruction.” dalam R. A. Gable & S.F. Warren (Pnyt). “Strategies for Teaching Students with Mild to Severe Mental Retardation.” London: Jessica Kingsley. 49-70. Gulbahar, Y. & Guven, I. (2008). A survey on ICT usage and the perceptions of social studies

teachers in Turkey. Educational Technology & Society, 11 (3): 37-51.

Hassan Abu Bakar (1982). Projek Perintis VCR. Dalam Jurnal Perkhidmatan Sebaran Pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Herney Aqilah (2012), Konsep Pengajaran dan Pembelajaran: Dunia Pendidikan IPG.

http://duniapendidikanipg.blogspot.com/2012/10/konsep-pengajaran-dan-pembelajaran.html

Howell, 1971; Hess & Tenezakis, 1973; Papert, 1980; Hannafin, 1984; Menis, 1987; Ellington & Race, 1993 dalam Baharuddin bin Aris, Mohd Salleh bin Abu, Ellington, H. I. & Dhamotharan, M. (1998). “Producing Interactive Multimedia Courseware for Information Technology in Education: An Initiative at Universiti Teknologi Malaysia.” Journal of Instruction Delivery Systems. Summer. 31-37.

Ismail Zain, 2002. Aplikasi Multimedia dalam Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Juriah Long, Raminah Hj.Sabran, Sofia Hamid (1990), Perkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur:Fajar Bakti Sdn.Bhd

Kementerian Pendidikan Malaysia (2008). Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Leask, M. & Pachler, N. (2006). Learning to Teach Using ICT in The Secondary School-A Companion to School Experience. Routledge: Taylor & Francis Group.

Mahmood Nazar Mohamed. (1990). Pengantar Psikologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mok Soon Sang (2009). Murid dan Alam Belajar. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Nabah, A. A., Hussain, J., Al-Omari, A. & Shdeifat, S. (2009). The Effect of Computer Assisted Language Learning in Teaching English Grammar on The Achievement of Secondary Students in Jordan. The International Arab Journal of Information Technology, 6 (4):431-439.

Norasiah binti Abdullah et. al (2009). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

(57)

Omar Zakaria dan Rakan-rakan (2011). HBEF Teknologi Maklumat dalam Pendidikan. Open University Malaysia.

Sarimah Ismail (2006). Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains di UPSI dari Perspektif Pendidik. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak Darul Ridzuan.

Spradilin, K.D. (2009). The Effectiveness of Computer-Assisted Instruction in Developmental Mathematics. Unpublished Doctoral Dissertation. Liberty University, United States, Virginia.

Yahya Othman (2006). Trend dalam Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: PTS Profesional.

Referensi

Dokumen terkait

Misalnya sebagaimana yang dilakukan oleh pemikir-pemikir sosial abad ke 19 seperti Aguste Comte, Herbert Spencer, Emile Durkheim, Max Weber, Karl Marx dan Sigmund

Puji syukur kehadirat Tuhan Yang Maha Esa, atas rahmat dan karunia-Nya penulis dapat menyelesaikan tugas akhir yang merupakan salah satu syarat untuk memperoleh gelar

Kelompok Nelayan Pancing Tuna 2) Pelaksanaan pola pembagian hasil dengan Penampung Tuna perikanan yang terdapat di masyarakat Perikatan yang terjadi sebenarnya tidak

Pengaruh yang terjadi ialah semakin tinggi suhu maka semakin besar zat warna yang terjerap.Pada kondisi suhu 30 o C jumlah zat warna yang terjerap yaitu 1,81 mg/g,

P ertama – tama saya ucapkan terimakasih yang sebesar – besarnya kepada kedua orang tua saya Bapak Mardullah dan Ibu Suci yang tidak henti – hentinya berdoa, memberikan

Penelitian dalam tugas akhir ini berjudul “Pengaruh Pemberian “Fansuju” (Fraksi Antosianin dari Ubi Jalar Ungu (Ipomoea batatas) Klon MSU 03028-10) Terhadap Skor

Perubahan indeks kemiskinan terhadap nilai dasar konsisten dengan dampak kebijakan terhadap pendapatan rumah tangga, dimana peningkatan investasi agroindustri 10 persen

Kelayakan konseptual dan operasional “perang- kat instrumen pengembangan kompetensi kon- selor berdasarkan Standar Kompetensi Konselor Indonesia” yang dihasilkan dalam