• Tidak ada hasil yang ditemukan

DEFINISI TAKRIF DAN KONSEP 1

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "DEFINISI TAKRIF DAN KONSEP 1"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

2.0

DEFINISI, TAKRIF DAN KONSEP

2.1

SEMANTIK

Bahasa digunakan oleh manusia untuk bertutur. Tanpa bahasa yang jelas dan bermakna, komunikasi yang bermakna tidak akan berlaku. Hubungan bahasa yang terjadi antara setiap penutur memerlukan persefahaman antara mereka supaya pertuturan dapat difahami. Istilah semantik merupakan istilah yang digunakan bagi merujuk kepada perkembangan dan perubahan makna dalam bahasa. Kajian ini terfokus kepada aspek kajian tradisional iaitu perubahan makna sebelum tahun 1930. Namun, selepas 1930, kajian semantik lebih menekankan kepada permasalahan deskriptif dan struktur dalam semantik (Ullman, 1966).

Palmer (1992) mendefinisikan istilah semantik sebagai satu istilah yang merujuk kepada bidang kajian makna. Perkembangan dalam bidang linguistik telah menyebabkan wujudnya pendapat yang meletakkan ilmu semantik di bawah bidang linguistik. Dalam bidang linguistik , semantik pula ialah bidang yang mengkaji makna atau erti dalam bahasa (Nik Safiah Karim, 2001). Semantik atau kajian makna adalah satu bidang yang sangat luas, dimana ianya mencakupi kebanyakan daripada struktur dan fungsi bahasa serta juga masalah dalam kajian psikologi, falsafah dan antropologi. Terdapat beberapa jenis makna dalam bahasa Melayu antaranya ialah makna afektif, makna leksikal, makna konseptual, makna konotatif, makna kolokatif, makna tematik dan banyak lagi. Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan semantik sebagai satu kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata.

(2)

Dalam buku Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu oleh Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra’in Shaari; menurut mereka, semantik merupakan kajian makna istilah. Perkataan ini berasal daripada perkataan Greek ‘semantikos’ yang membawa maksud ‘erti yang penting’. Selalunya terdapat perbezaan antara semantik dan juga sintaksis. Dalam keadaan tersebut, semantik merujuk kepada struktur ataupun pola yang formal bagi pernyataannya sebagai contoh, secara bertulis ataupun bertutur. Semantik (Bahasa Yunani): semantikos, memberikan tanda, penting, dari kata sema (sama), tanda penting adalah cabang linguistik yang mempelajari makna yang terkandung pada suatu bahasa, kod, atau jenis representasi lain. Semantik biasanya dibezakan dengan dua aspek lain dari simbol yang lebih sederhana, serta pragmatik, penggunaan praktis symbol oleh agen atau komuniti pada suatu keadaan atau konteks tertentu.

(3)

Makna leksikal merupakan makna denotatif atau tersurat dalam erti kata lain, makna yang tersurat, makna umum, makna leksikal atau makna kamus. Makna leksikal atau makna kata merupakan satu subbidang linguistik yang merujuk kepada kajian tentang apa yang ditunjukkan atau apa yang dimaksudkan oleh sesuatu perkataan dalam sesuatu bahasa. Makna-makna perkataan yang terdapat di dalam kamus disebut sebagai makna leksikal, iaitu makna perkataan itu sendiri tanpa melibatkan penggunaannya dalam ayat. Oleh sebab itu, kamus menjadi pegangan dan rujukan penting bagi penutur sesuatu bahasa.

Selain itu kita juga merupakan kamus bergerak kerana kita mengetahui beratus-ratus makna bagi bahasa yang dituturkan. Pengetahuan kita tentang makna tersebut membolehkan kita menggunakan bahasa untuk menyatakan penndapat dan memahami ujaran yang kita dengar. Perkataan kata sekata, bekata, mengatakan, dan perkataan memiliki makna lesikal, kerana maknanya dapat dirujuk dalam kamus. Urutan huruf se+,ber+, ber+....+an(...+kan), +an, pe+, (pe+...) +an tidak memiliki makna lesikal melainkan memiliki makna gramatis. Walaubagaimana pun, apabila imbuhan tersebut digabungkan dengan kata dasar maka ia memberi makna pada kata dasar tersebut.

Dalam semantik leksikal atau makna leksikal, makna bagi perkataan boleh diberikan dengan meninjau perhubungan antara unsur-unsur yang membentuk strktur makna bagi sesuatu perkataan. Struktur makna perkataan dikenali dengan istilah sinonim, antonim, honmonim, homofon, homograf, hiponim, hipernim, polisem, pertindihan dan ketaksaan.

2.2.1

SINONIM DAN ANTONIM

2.2.1.1 SINONIM

(4)

Dalam semantik, ada beberapa jenis sinonim, iaitu sinonim pinjaman, konteks, laras sosial, dan kolokasi. Kesemua jenis sinonim dijelaskan dalam Jadual 2.1.

Jadual 2.1: Jenis Sinonim dan Contohnya.

Jenis Sinonim

Contoh

Sinonim Pinjaman Belalang bermakna patung dalam kebanyakan dialek Melayu. Walau bagaimanapun, dalam dialek Perak, belalang

Nota: konteks mewujudkan perkataan yang sama makna.

Sinonim Laras Sosial Perkataan-perkataan tersebut digunakan dengan berdasarkan status. Misalnya penyanyi ialah orang yang bernyanyi, manakala biduan bermaksud status yang tinggi dalam profesionalisme seni.

Sinonim Kolokasi Sinonim jenis ini wujud dalam konteks penggunaan yang tersendiri.

Contohnya perkataan banyak dan ramai mempunyai makna yang sama.

(5)

sifat.

2.2.1.2 ANTONIM

Antonim pula ialah perkataan yang berlainan bentuk ejaan atau bunyi tetapi mempunyai makna yang berlawanan (Kuiper & Allan, 2004: 57). Contoh bagi antonim ialah tinggi di mana lawan bagi tinggi ialah rendah. Makna ini juga disebut sebagai antonim berperingkat yang menunjukkan bahawa skalanya adalah mutlak tetapi berterusan. Terdapat juga antonim saling melengkapi iaitu hidup yang berlawanan dengan mati. Bagi contoh antonim berhubungan pula adalah seperti pensyarah lawannya siswa yang hubungannya adalah berkait-kait dan bersimetri. Selain itu, terdapat juga antonim resiprokal, misalnya majikan lawannya pekerja. Jadual 2.2 di bawah menjelaskan tentang jenis-jenis antonim dan juga contohnya.

Jadual 2.2: Jenis Antonim dan Contohnya

Jenis antonim

Contoh

Antonim Berpasangan Misalnya perkataan siang lawannya malam. Perkataan-perkataan tersebut menunjukkan makna yang berlawan tentang alam semulajadi.

Antonim Berperingkat Antonim ini mendapat nama kerana terdapat peringkat, sama ada usia, ukuran, bentuk

Antonim Berhubungan (Kata Bertentangan yang Berhubungan)

(6)

lawannya pelajar.

Jelasnya, jika ada pensyarah, pelajar pun wujud.

2.2.2 HONMONIM, HOMOFON DAN HOMOGRAF

Honmonim merujuk kepada homofon dan homograf (Finegan, 2004: 195-196). Homofon pula bererti sebutan adalah sama, tetapi ejaan berlainan (O’ Grady, 2000: 120-121). Manakala homograf ialah ejaan sama tetapi sebutan berlainan (Finegan, 2004: 195). Jadual 2.3 di bawah menunjukkan contoh homofon dan homograf.

Jadual 2.3: Contoh Homofon dan Homograf

Homofon

Homograf

Penggunaan dua bahasa, antara perkataan nun yang menunjukkan jauh di sana dan noon (tengah hari) dalam bahasa Inggeris.

Contohnya bedak (bahan yang disapu pada muka lazimnya) dan bedak (bahagi sesuatu).

2.2.2.1 HIPONIM DAN HIPERNIM

(7)

subordinat bagi sesuatu perkataan yang superordinat (O’ Grady, 2000: 119-120). Lihat Rajah 2.1.

Rajah2.1: Contoh Hiponim dan Hipernim

Berdasarkan rajah di atas, warna diklasifikasikan sebagai hiponim dan contoh-contoh warna itu dikenali sebagai hipernim. Berdasarkan rajah juga, kita dapat membuat kesimpulan bahawa hiponim dan hipernim saling berkait rapat. Selain itu, perkataan lain yang boleh dijadikan contoh disini ialah perabot. Perabot bertindak sebagai hiponim dimana ianya mempunyai makna yang umum manakala kerusi dan meja pula iaah hipernim bagi perabot kerana kerusi dan meja merupakan perabot dan kedua-duanya mempunyai makna yang khusus.

WARNA

WARNA

hijau

hijau

kuning

kuning

merah

merah

biru

biru

ungu

(8)

2.2.3 POLISEM, PERTINDIHAN DAN KETAKSAAN

2.2.3.1 POLISEM

Polisem bermaksud perkataan sama yang mempunyai beberapa makna yang berkaitan secara konseptual (Kuiper & Allan, 2004:55). Abdullah Hassan (2006: 231) pula memberikan maksud perkataan yang semula jadi mempunyai banyak makna.

2.2.3.1.1

POLISEM TULEN

Terdapat dua makna berlainan wujud bermaksud polisem tulen. Sebagai contoh, kata pelat bermaksud kurang betul cara pengucapan dan gaya tertentu mengucapkan sesuatu ungkapan (Kamus Dewan, 2000: 999). Selain itu, jika sesuatu perkataan sekadar mempunyai sama sebutan atau sama ejaan dibentuk sebagai kata masukan berlainan, maka perkataan berkenaan bukan tergolong dalam polisem yang mempunyai banyak makna.

2.2.3.1.2

POLISEM KONTEKS

(9)

2.2.3.2 PERTINDIHAN

Pertindihan ialah ayat yang ditulis di dalam penulisan yang dihasilkan mempunyai struktur makna yang bertindih. Sebagai contoh,

“Kumpulan pelajar tersebut sedang menyiapkan tiga tugasan ilmiah.”

Jika di teliti ayat ini, tugasan ilmiah di atas membawa maksud yang sangat umum. Tugasan ini mungkin boleh berbentuk tesis, jurnal dan artikel. Justeru itu, cara terbaik bagi menunjukkan struktur makna pertindihan dengan tepat seperti contoh di bawah:

“Kumpulan pelajar tersebut sedang menyiapkan tiga tugasan ilmiah tesis, jurnal dan artikel.”

2.2.3.3 KETAKSAAN

Ketaksaan yang terdapat dalam sesuatu ayat yang juga tergolong sebagai struktur makna berdasarkan teori semantik. Contoh berkaitan boleh dilihat dalam jadual yang berikut:

Jadual 2.4: Ketaksaan Ketaksaan

Ketaksaan menunjukkan kepada anda tentang struktur makna digunakan untuk membayangkan maksud lain yang mempunyai ciri makna sesuatu perkataan yang diberikan.

Pelajar perempuan itu begitu teliti menyiapkan tugasannya.

(10)

Dalam contoh di ruang sebelah, seharusnya dapat membayangkan makna teliti meliputi perkataan kemas, terancang dan perkataan-perkataan lain yang relevan.

2.2.3.3.1

KETAKSAAN STRUKTURAL

Ketaksaan struktural melibatkan lebih daripada satu pentafsiran bagi suatu konstituen, seperti frasa, klausa dan ayat. Contoh, “Dua orang pelajar menerima anugerah inovasi sains yang mengharumkan nama universiti”.

2.2.3.3.2

KETAKSAAN LEKSIKAL

Ketaksaan leksikal melibatkan lebih daripada satu pentafsiran bagi sesuatu perkataan. Contoh, “Pelajar tersebut masih memikirkan sesuatu di dalam kamarnya”.

2.2.3.3.3

KETAKSAAN METAFORA

Ketaksaan metafora melibatkan lebih daripada satu pentafsiran bagi unsur-unsur kiasan yang pada dasarnya sensitif terhadap budaya. Contoh, “Perbuatan rakan anda itu biadab”.

2.3

MAKNA AYAT

(11)

dalam perkataan dan ayat. Setiap perkataan dan ayat lazimnay dikaitkan dengan sekurang-kurangnya satu makna. Setiap ayat yang dibentuk memerlukan susunan perkataan bagi mendapatkan makna ayat yang bergantung kepada makna perkataan yang terdapat dalam ayat yang dibina.

Semua bahasa bergantung kepada makna dalam perkataan dan ayat. Bagi ayat persoalannya sangat rumit. Dalam setiap bahasa untuk membentuk suatu ayat, perkataan hendaklah disusun dan untuk mendapatkan makna ayat bergatung pada makna perkataan yang terdapat dalam ayat tersebut. Terdapat juga perkataan yang memiliki dua makna dan ada juga yang mempunyai tiga makna. Adakalanya terdapat juga perkataan yang digunakan tanpa membawa apa-apa makna.

Ada juga perkataan yang boleh dikelompokkan ke dalam golongan kata nama dan kata kerja, kata nama arah dan kata nama sifat. Malahan ada sesuatu perkataan yang boleh digolongkan sebagai kata nama, kata kerja dan kata sifat.Dalam kita berbahasa, adakalanya kita tidak menyebut atau menulis beberapa perkataan kerana kita menganggap pendengar atau penulis dapat memahami makna yang kita sampaikan. Begitu juga dalam bahasa Melayu, sering kali apa yang kita ucapkan atau tuliskan tidak serupa dengan apa yang kita maksudkan.

2.3.1 MAKNA TERSURAT

Makna tersurat ialah makna yang diperoleh semata-mata daripada makna yang tertulis atau makan yang diujarkan sahaja tidak kira bahasa yang digunakan itu bertulis atau bahasa lisan. Makna denotatif lazimnya diberi penjelasan sebagai makna yang sesuai dengan pemerhatian, menurut penglihatan, pendengaran, perasaan atau pengalaman lainnya. (Nik Safiah Karim, 2004). Makna denotatif berhubung rapat dengan penerangan mengenai fakta yang bersifat objektif, maka ia juga disebut ‘makna sebenar’ , ‘makna asal’ , ‘makna mutlak’ atau ‘makna dasar’.

(12)

Rama-rama itu hinggap di atas bunga. Jika sesuatu ayat atau bahasa tersebut biasa kita gunakan maka kita menganggapnya sebagai betul.

Contohnya :

i. Para pelajar-pelajar yang dihormati sekalian.

Perkataan para itu telah menunjukkan ramai manakala perkataan pelajar-pelajar juga menyatakan ramai. Perkataan sekalian juga membawa erti ramai. Jika diteliti, terdapat unsur lewah dalam ayat diatas dan ayat yang sepatutnya digunakan ialah:

i. Para pelajar yang dihormati sekalian.

2.3.2 MAKNA TERSELINDUNG

Makna terselindung pula ialah makna yang terselindung disebalik ayat kerana ketidakhadiran perkataan dalam sesuatu ayat. Sebagai contoh:

i. Ibu ke rumah Mak Long.

Kata pergi tdidak dihadirkan dalam ayat diatas tetapi pendengar dapat memahami perbuatan ibu yang pergi ke rumah Mak Long. Walaupun sesuatu perkataan itu tidak dapat hadir dalam ayat, ianya dapat dikesan oleh pendengar atau pembaca. Dengan kata lainnya, perkataan yang tidak hadir dalam sesuatu ayat tetapi masih dapat dikesan makannya membuktikan adanya struktur dalaman dalam pemikiran atau fikiran pendengar atau pembaca tadi. Contoh lain yang dapat diberikan ialah:

i. Cikgu Athirah guru Matematik di sekolah kami.

Daripada ayat diatas, makan terselindung yang terdapat dalam ayat tersebut ialah kata pemeri yang yang memerikan pekerjaan Cikgu Athirah, iaitu guru Matematik di sekolah kami. Oleh yang demikian, struktur dalam ayat ini ialah:

(13)

2.3.3 MAKNA TERSIRAT

Makna konotatif ialah makna yang diperolehi berbeza daripada makna yang tertulis atau makna yang diujarkan. Bahasa seperti ini wujud dalam masyarakat melayu kerana timbulnya keinginan menyatakan sesuatu dengan maksud yang lain. Makna ini lebih mengutamakan nilai komunikatif.

Makna konotatif ialah makna yang ada kaitan dengan

nilai rasa, baik positif mahupun negatif (Nik Safiah Karim, 2004). Sekiranya nilai rasa

itu tidak wujud, maka sifat perkataan itu nanti mungkin tidak memihak mana-mana.

Walaupun perkataan

perempuan

dan

wanita

mempunyai makna denotatif yang

sama tetapi, kedua-dua perkataan ini mempunyai nilai rasa yang berbeza.

Perkataan

perempuan

mempunyai nilai rasa yang rendah manakala perkataan

wanita

mempunyai nilai rasa yang tinggi.

Contohnya dalam ujaran “ Banyak cantik kerja kamu”, kata cantik tidaklah

membawa maksud “lawa” atau “indah” tetapi makna yang sebaliknya. Yang

dimaksudkan oleh pengujar dalam ayat ini ialah kerja orang yang dilawan cakap itu

bukanlah cantik atau kemas tetapi tidak tersusun atau kemas. Makna ayat ini

ditentukan oleh konteks pengguna. Selain daripada itu makna konotatif (tersirat) juga

saling dikaitkan dengan peribahasa. Peribahasa lazimnya (termasuk simpulan

bahasa) mengandungi hanya satu makna walaupun terdiri daripada dua atu lebih

perkataan. Dengan kata lain, makna ungkapan itu diambil kira daripada keseluruhan

perkataan dalam peribahasa itu. Misalnya buah tangan, “naik angin”, “kuah tumpah

kenasi”, dan “harapkan pagar, pagar makan padi”.

Contohnya:

i. Umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak.

(14)

2.4

PERISTILAHAN

(15)

Contohnya, kata hidrogren, nitrogen, neonatal, fonem, alofon, alormof dan morfem merupakan istilah khusus dalam bidang masing-masing.

Istilah ialah lambang linguistik yang berupa huruf, bentuk bebas atau gabungan beberapa bentuk bebas yang gramatis dan sistematik, yang mengandungi timbunan konsep atau objek khas dalam bidang tertentu. Bentuknya telah disepakati oleh sekumpulan pakar melalui jawatankuasa bidang berkenaan sebagai mempunyai nilai komunikatif yang sesuai. Kewujudan sesuatu istilah itu dianggap penting kerana mempunyai nilai komunikatif yang menjadi unsur penyampai ilmu pengetahuan. Melalui istilah, sesuatu konsep dalam bidang ilmu tertentu dapat diungkapkan dan disampaikan kepada khalayak. Kedudukan istilah menjadi lebih penting lagi dalam bidang sains dan teknologi yang mengandungi pelbagai konsep khusus dan bersifat teknikal.

Dari segi teorinya, bidang peristilahan merupakan bidang ilmu yang sama dengan bidang-bidang ilmu yang lain, iaitu mempunyai teori yang tersendiri. Peristilahan merupakan bidang linguistik praktis yang menerapkan Teori Umum Peristilahan (TUP) dalam melaksanakan tugas pembinaan istilah. Teori ini dikembangkan oleh Professor Dr. Eugen Wuster, Vienna. Manakala teori yang lebih khusus, Gumperz (1908) telah memperkenalkan model dari segi tiga teori peristilahan iaitu konsep, simbol dan objek. Teori ini kemudiannya disesuaikan lagi oleh Wuster (1931) dengan Teori Ferdinand de Saussure yang menyatakan empat perkara, iaitu lambang, bahasa lisan/tulisan, makna, dan objek.

Sebagai badan tunggal yang bertanggungjawab mengubal istilah bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah mencipta banyak istilah dalam bahasa itu. Hingga kini, DBP telah berjaya menghasilkan lebih daripada sejuta istilah dalam pelbagai bidang ilmu, yang kemudiannya diterbitkan dalam bentuk buku. Pencapaian tersebut amat jelas menunjukkan bahawa DBP begitu kominted untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa berteknologi tinggi dan bertamadun melalui peristilahan. Akan tetapi semua usaha itu tidak memberi manfaat jika pihak masyarakat atau pengguna bahasa Melayu tidak menghargai sumbangan badan berkenaan, dan bersama – sama meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa yang maju di rantau ini dan dunia umumnya.

(16)

Menurut Pedoman umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (1992: 1-3) Tataistilah ialah kumpulan peraturan untuk membentuk istilah ( termasuklah kumpulan istilah yang dihasilkannya). Tata istilah atau ‘terminology’ pula merupakan kumpulan istilah bagi satu-satu bidang tertentu yang dibentuk menurut peraturan-peraturan yang ada. Misalnya, tataistilah matematik yang ada yang telah dibentuk berdasarkan sistem tertentu.

2.6

TATANAMA

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan data yang telah diperoleh pada analisa data, konsep design layout interior dan mengumpulkan berbagai macam referensi yang akan dibuat dalam perancangan

Skripsi yang berjudul “Evaluasi Kinerja Perencanaan Satuan Tugas Sapu Bersih Pungutan Liar Di Kota Medan” ini penulis susun untuk memenuhi Persyaratan Kurikulum Sarjana

Petani yang terlibat dalam kegiatan Litkaji BPTP Lampung menyatakan bahwa teknologi yang diintroduksikan oleh BPTP sesuai dengan kebutuhan mereka walaupun tingkat

Hasil uji sebaran partikel pigmen warna dari tinta cetak pasaran Karakteristik dari sebaran partikel yang digunakan pada penelitian ini, berdasarkan pada sebaran partikel dalam

mempengaruhi bagaimana mereka mempersepsikan mengenai model pembelajaran blended learning yang mereka jalankan, yang mana persepsi didefinisikan oleh Atkinson (2000)

Pada pertemuan tatap muka antara Daru dengan Lentera, yang mana mestinya sudah ada pengumpulan seluruh sisa majalah, ternyata Lentera mengumpulkan 20 dari 500

Tujuan umum Diketahuinya Hubungan Sikap dengan Perilaku Remaja Terhadap Kekerasan Dalam Pacaran Pada Mahasiswi DIV Bidan Pendidik Reguler Semester II di STIKes Aisyiyah

Ketika kita bersatu dengan Kristus, Roti Hidup yang dipecah-pecahkan bagi dunia ini, kitapun dipersatukan dalam kematian dan kebangkitan Kristus.. Dipersatukan