• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penggunaan Aplikasi Web 2.0 dalam Pendid

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Penggunaan Aplikasi Web 2.0 dalam Pendid"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

1

Penggunaan Aplikasi Web . dalam Pendidikan

Abad

Ke-Nurul Syaida Md Zuki

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia

Email: nurulsyaidazuki@gmail.com

Fariza Khalid

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia

Email: fariza.khalid@ukm.edu.my

PENGENALAN

Era ini, penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi TMK semakin berkembang pesat. Pelbagai alatan teknologi dan komunikasi dihasilkan bagi memenuhi keperluan semasa. Teknologi Maklumat dan Komunikasi ditakrifkan sebagai pelbagai bentuk alatan dan sistem yang digunakan untuk memproses, mengurus, memanipulasi, menyimpan, memindah dan menyebarkan maklumat melalui media eletronik Melvina & Jamaludin, . Justeru, penggunaan Web . dalam pendidikan di seluruh dunia semakin berkembang dengan kepelbagaian aplikasi Web . yang disediakan untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan aplikasi Web . dalam pendidikan telah mengubah corak pendidikan yang lebih mandiri iaitu pengajaran dan pembelajaran boleh berlaku dimana sahaja, pada bila-bila masa dan oleh sesiapa sahaja Ehlers, . Penggunaan teknologi Web . dalam proses pengajaran dan pembelajaran mampu menarik minat murid dan merangsang pemikiran kreatif murid Melvina & Jamaludin, .

(2)

2

Kepelbagaian konsep aplikasi yang diterapkan dalam teknologi Web . membolehkan tujuan sesuatu pembelajaran dan pengajaran dilaksanakan dengan baik dan lancar. Oleh yang demikian, melalui kertas konsep ini, penulis memfokuskan kepada cabaran dalam melaksanakan aplikasi Web . dan juga cadangan penambahbaikkan untuk menggunakan aplikasi Web . dalam pendidikan.

APLIKASI WEB . DALAM PENDIDIKAN

Teknologi Web . merupakan satu revolusi kepada penggunaan internet dan web yang mempunyai ciri perkongsian maklumat, mudah kendali, reka bentuk berpusatkan pengguna dan kerjasama di World Wide Web. Laman Web . membolehkan pengguna untuk berinteraksi dan bekerjasama antara satu sama lain atau dalam erti kata lain media sosial Md. Mokter & (asan, . Ciri Web . yang mesra pengguna membolehkan interaksi sosial di dunia maya berlaku dan ianya telah menjadi keperluan kerana sifatnya yang boleh berkongsi maklumat, bekerjasama dan diekploitasi Md. Mokter & (asan, . Konsep Web . yang tidak dibatasi oleh sistem operasi tertentu membolehkannya ianya diakses dimana-mana sahaja secara atas talian serta mobil melalui telefon pintar atau pun tablet. Sifat unik Web . juga menjadi pusat pengumpulan maklumat yang disumbangkan oleh pengguna. Terdapat empat sifat aplikasi Web . iaitu sebagai alat perkongsian dan penciptaan, rangkaian sosial, penyimpanan awan dan, papan interaktif. Rajah menunjukkan aplikasi yang terdapat pada Web . mengikut sifat aplikasi tersebut.

(3)

3 Alat Perkongsian dan Penciptaan

Aplikasi Web . membenarkan penggunanya untuk berkongsi bahan-bahan rujukan, mengubah dan menghasilkan produk baru yang lebih baik dan secara tidak langsung menerapkan sifat inovasi dalam diri pengguna Virkus & A.Bamigbola, . Contoh aplikasi yang boleh digunakan oleh pengguna untuk berkongsi bahan-bahan rujukan, mengubah dan menghasilkan produk baru ialah Slideshare, Youtube, WordPress, Blogger

dan Blendspace Virkus & A.Bamigbola, . Di samping itu, pengguna

juga dapat menggunakannya untuk mempersembahkan sesuatu maklumat dengan lebih menarik, sebagai contoh Prezi, Powtoon, Zoho show, Flipsnack dan 8 slides.

Di samping itu, pengguna juga boleh berkolaborasi antara satu sama lain dan berkongsi hasil kerja masing-masing Virkus & A.Bamigbola, . Pinterest, Scoop it dan juga Tumblr adalah antara contoh aplikasi Web . yang digunakan untuk berkongsi maklumat. Pelajar dapat mempelajari sesuatu perkara dengan sendirinya tanpa menunggu pengajar untuk mengajarnya. Menurut Analisa (amdan et al. , alat perkongsian dan juga penciptaan yang disediakan mampu membantu pelajar dan juga pengajar untuk mencapai matlamat pembelajaran dan pengajaran yang berkesan samaada dalam kelas atau diluar kelas.

Rangkaian Sosial

Aplikasi yang terkandung dalam teknologi Web . juga adalah sebagai alat untuk mewujudkan rangkaian sosial antara pelajar dan juga pengajar. Aplikasi rangkaian sosial yang terdapat dalam teknologi Web . seperti Facebook, Edmodo, Twitter, Google Plus, Schoology dan Linkedin adalah rangkaian sosial yang sering digunakan dalam dunia pendidikan Virkus & A.Bamigbola, . Secara asasnya rangkaian sosial mengandungi komponen-komponen seperti forum, galeri gambar atau video, profil pengguna, bahagian memuat turun dan naik, dan komponen yang bersesuaian. Bukan itu sahaja, pelajar dan pendidik juga boleh membina Group atau Page dalam rangkaian social yang dipilih.

(4)

4

berhubung serta merapatkan hubungan dengan pelajar lain dan pengajar dengan berkomunikasi dan berkongsi maklumat melalui aplikasi rangkaian sosial yang terdapat dalam Web . Azniza & Zaidatun, .

Penyimpanan Awan

Selain itu, penyimpanan awan atau Cloud storage juga disediakan dalam teknologi Web . . Antara contoh aplikasi untuk penyimpanan awan adalah Dropbox, Google Drive dan Skydrive. Aplikasi ini mampu menyimpan kesemua maklumat penting dalam pelbagai format secara dalam talian apabila pengguna aplikasi ini memuat naik fail ke dalam ruang penyimpanan awan pengguna. Pengguna hanya perlu mengingati nama pengguna dan juga katalaluan yang telah didaftarkan. Ciri-ciri keselamatan juga dipasang agar maklumat yang disimpan pengguna di-aplikasi penyimpanan awan ini tidak diceroboh Gunawan & Agustina,

.

Selain daripada itu, fail dimuat-naik juga boleh dikongsi antara pengguna lain. Justeru, aplikasi ini sesuai digunakan oleh pelajar dan pengajar untuk berkongsi bahan pembelajaran dan pengajaran. Selain itu, pelajar juga dapat menggunakan aplikasi ini untuk menghantar tugasan kepada tenaga pengajar mereka. )ni dapat menjimatkan kos dan juga masa pelajar kerana pelajar tidak perlu lagi untuk mencetak tugasan dalam bentuk kertas dan pelajar dapat menghantar tugasan pada bila-bila masa dan dimana sahaja mereka berada.

Papan Interaktif

Seterusnya, teknologi Web . juga menyediakan aplikasi papan interaktif. Aplikasi papan interaktif termasuklah Padlet dan juga EduCreation. Papan interaktif ini berfungsi sebagai ruang dimana pelajar dan pengajar dapat berkongsi maklumat seperti text, gambar, video dan audio dalam satu antaramuka. Semua ahli kumpulan dapat melihat semua maklumat yang ditulis di atas papan interaktif ini dan saling bertukar idea sesama ahli kumpulan.

ISU DAN CABARAN DALAM MENGGUNAKAN APLIKASI WEB .

(5)

5

menggunakan aplikasi web . ini. Antara cabarannya ialah :

Peranan Pendidik

Peranan pendidik dalam menggunakan aplikasi Web . adalah sangat penting untuk memastikan keberkesanan penggunaan teknologi dalam proses pendidikan. Pendidik perlu sentiasa peka dengan arus teknologi dalam pendidikan abad ini kerana teknologi sentiasa berubah tanpa disedari. Sikap negatif segelintir pendidik yang telah biasa menggunakan kaedah lama untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran adalah cabaran bagi menggunakan aplikasi Web . dalam pendidikan Rabaya & Norazah, . (al ini adalah kerana, sikap pendidik itu sendiri yang tidak mahu menyesuaikan diri dengan ledakan revolusi teknologi dalam pendidikan. (anya segelintir pendidik sahaja yang memanfaatkan aplikasi Web . dalam persekitaran penmbelajaran dan pengajaran Rabaya & Norazah, . Justeru, sikap positif pendidik dalam menggunakan teknologi perlu diserap dalam diri pendidik. (asil kajian Abdul Wahab et al. menyatakan bahawa terdapat hubung kait antara sikap dengan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran di mana sikap yang positif dalam diri guru dapat meningkatkan penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.

(6)

6 Peranan Pentadbir Institusi Pendidikan

Pentadbir yang terdiri dari pentadbir sekolah, institusi pengajian tinggi, dan pihak kementerian juga memainkan peranan untuk memperkasakan lagi budaya menggunakan aplikasi Web . dalam pengajaran dan pembelajaran. )ni dapat dilihat dengan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membudayakan penggunaan teknologi dalam pendidikan dengan memasukkan teknologi maklumat sebagai teras dalam setiap pelan pendidikan yang dilaksanakan dan dirangka. Pihak kementerian telah menyediakan pelbagai program untuk memperkasakan teknologi dalam pendidikan dengan memperkenalkan Projek Sekolah Bestari, Projek Pengkomputeran, Schoolnet dan Portal MySchoolNet Wan Zah et al., .

Namun begitu, peranan pentadbir dalam memastikan infrastruktur jaringan internet dan juga kemudahan komputer adalah cabaran utama dalam menggunakan aplikasi Web . . (abibah dan Vasugiammai

menyatakan penggunaan teknologi di institusi pendidikan sangat dipengaruhi dengan kemudahan perkakasan dan jalur lebar yang disediakan oleh pihak institusi. Melalui kajian Analisa et al. yang dilakukan terhadap pelajar di Universiti Kebangsaaan Malaysia mendapati bahawa pelajar tidak dapat menggunakan aplikasi Web . apabila mereka sukar untuk mendapatkan sambungan internet di dalam kampus. Selain itu, pelajar juga terpaksa mencari sambungan internet di makmal komputer dan juga perpustakaan bagi mendapatkan bahan pembelajaran yang telah dikongsi oleh pensyarah mereka Analisa et al., . )ni mengakibatkan proses pembelajaran dan pengajaran menggunakan aplikasi Web . tidak mencapai pembelajaran yang bermakna.

(7)

7

pendidikan supaya pelan-pelan yang telah dilancarkan oleh pihak kementerian dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Peranan Pelajar

Peranan pelajar turut memainkan peranan dalam menggunakan teknologi dalam proses pembelajaran mereka. Cabaran utama dalam memastikan pelajar menggunakan aplikasi Web . secara berkesan dalam pembelajaran pelajar adalah sikap dan juga kemahiran pelajar Sharifah & Kamarul Azman, . )ni adalah kerana, segelintir pelajar hanya menggunakan aplikasi web . apabila tenaga pengajar mewajibkan mereka untuk menggunakannya. Pelajar ini tidak mempunyai sikap motivasi yang tinggi untuk mempelajari sesuatu suasana pembelajaran yang baru yang berasaskan teknologi Mingmei Yu et al., . Malah terdapat juga segelintir pelajar hanya mengetahui aplikasi web . daripada pelajar lain apabila melihat pelajar tersebut menggunakannya.

Selain itu, segelintir pelajar juga mempunyai kemahiran yang rendah dalam menggunakan aplikasi Web . . Pelajar ini tidak dapat mempelajarinya sendiri walaupun terdapat banyak video-video cara penggunaan sesuatu aplikasi dapat diperolehi di laman-laman web. )ni menunjukkan kurangnya tahap pembelajaran secara kendiri oleh pelajar terbabit. Justeru, pelajar haruslah bersikap positif dalam menerima perubahan pembelajaran mereka. Malah kajian Mohd Azli dan Abdul Latif menunjukkan bahawa penggunaan teknologi dalam pembelajaran oleh pelajar perlulah positif bagi meningkatkan pencapaian mereka melalui penggunaan teknologi untuk pembelajaran kendiri. Namun, pelajar haruslah bijak untuk menentukan fungsi dan tujuan sebenar pelajar menggunakan teknologi dalam pembelajaran supaya tidak terlibat dengan penyalah gunaan teknologi Web . .

Peranan Ibu bapa

(8)

8

yang mempunyai pendapatan yang rendah kurang bernasib baik dalam kemahiran dan pengetahuan mengenai teknologi Tien & Fu, dan kurang keyakinan untuk menggunakan teknologi Vekiri, . )ni menunjukkan bahawa ibu bapa yang mempunyai pendapatan yang rendah kurang berpeluang untuk menggunakan teknologi dan manfaatnya di rumah dan tidak dapat memantau penggunaan aplikasi Web . anak-anak mereka dengan baik Mingmei Yu et al., .

CADANGAN

Penggunaan aplikasi Web . bukanlah perkara baru dalam dunia pendidikan. Malah seantero dunia menggunakan aplikasi Web . bagi berkongsi maklumat dan melaksanakan pelbagai urusan. Perkembangan arus teknologi yang sentiasa berubah-ubah ini memaksa masyarakat sejagat untuk terus berusaha memperkemaskan kemahiran dan pengetahuan mengenai teknologi. Justeru, pelbagai program, pelan dan juga kempen perlu dilaksanakan untuk mendedahkan masyarakat mengenai aplikasi Web . . Latihan keguruan mengenai aplikasi Web . harus lebih diperluaskan bukan setakat guru novis sahaja tetapi guru-guru lama serta juga guru-guru-guru-guru kawasan luar bandar dan pendalaman juga harus diberikan. )ni bagi memastikan semua guru dapat menggunakan aplikasi Web . dengan lebih berkesan dalam proses pembelajaran dan pengajaran bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara.

Penambah baikkan terhadap infrastruktur jaringan jalur lebar juga harus dititik beratkan bagi menjayakan penggunaan aplikasi Web . . Pihak institusi pendidikan harus mencari jalan penyelesaian bagi memastikan infrastruktur jaringan jalur lebar ini tidak terhad di kawasan bandar sahaja malah disetiap institusi pendidikan luar bandar dan juga pedalaman. Pihak institusi pendidikan boleh berkolaberasi dengan syarikat rangkaian bagi menambah baik infrastruktur jalur lebar. Pihak institusi pendidikan juga disarankan untuk mempergiatkan lagi kempen dan juga program bagi memastikan pelajar dan pendidik sentiasa terlibat dalam pendidikan menggunakan aplikasi Web . . (al ini memotivasikan pelajar dan pendidik dalam menggunakan aplikasi Web . dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

(9)

9

Web . dalam pendidikan anak-anak mereka. Pelbagai program dan juga kempen boleh dilaksanakan. )klan-iklan mengenai manfaat dan juga kesan penggunaan aplikasi Web . juga boleh disiarkan melalui pelbagai saluran media. )ni adalah bertujuan supaya ibu bapa dapat mengetahui secara lebih terperinci mengenai perkembangan teknologi dalam dunia pendidikan anak-anak mereka. Selain itu, dengan adanya pengetahuan mengenai teknologi ibu bapa dapat memantau aktiviti anak-anak supaya mereka tidak menyalah-gunakan aplikasi Web . . )bu bapa juga akan lebih mempunyai keyakinan yang tinggi dalam menggunakan aplikasi Web . apabila berinteraksi dengan pihak pentadbir institusi dan juga pendidik dalam dunia maya bagi tujuan bertukar pendapat mengenai pendidikan anak-anak mereka.

KESIMPULAN

Kepelbagaian aplikasi Web . pada era globalisasi kini mampu mewujudkan pelbagai konsep pembelajaran dan pengajaran yang mana pelajar, pendidik, institusi pendidikan, dan juga ibu bapa haruslah sentiasa peka dengan perubahannya. Penggunaan aplikasi Web . dalam pendidikan hari ini dan akan datang diharap akan terus diperhebatkan supaya matlamat pendidikan negara untuk menghasilkan pelajar yang berdaya saing tercapai. Justeru, semua pihak haruslah berganding bahu dan sebulat suara untuk mengatasi setiap cabaran yang dihadapi dalam merealisasikan pendidikan berteraskan teknologi abad ke- ini.

RUJUKAN

Abdul Wahab )smail Gani, Kamaliah (j. Siara, & (asrina Mustafa. . Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru sekolah menengah: Satu kajian kes di Pulau Pinang. Di akses pada April daripada http://web.usm.my/km /

-/KM ART .pdf.

Analisa (amdan, Rosseni Din, Siti Zuraida Abdul Manaf, Nor Syazwani Mat Salleh, )ntan Farahana Kamsin, (elmi Norman, Nor Mohamad )smail

& Ahmad Syukri Mohamad Zaid. . Pengintegrasian Teknologi

Web . dalam Mencapai Pembelajaran Bermakna. Sains Humanika

Journal. : – .

(10)

)mplikasi-Alatan-Rangkaian-Sosial-Terhadap-10

Proses-Pengajaran-dan-Pembelajaran. Diakses pada April . Gunawan Budi Sulistyo & Chandra Agustina. . Penerapan Cloud

Computing Sebagai Sarana Pembelajaran Siswa. Kertas Konsep yang dibentang di Seminar Nasional Teknologi )nformasi dan Multimedia STM)K AM)KOM di Yogyakarta, )ndonesia pada Januari .

(abibah (j. Lateh & Vasugiammai Muniandy. . G)S dalam pendidikan geografi di Malaysia: Cabaran dan potensi. Diakses pada April daripada http://pkukmweb.ukm.my/geografia /images/upload/ . - -habibahlateh-melayu- .pdf.

Kementerian Pelajaran Malaysia. . Laporan Awal Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia - 5.

Kementerian Pelajaran Malaysia. . Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.

Maria Chong Abdullah,Samsilah Roslan & Tajularipin Sulaiman. . Strategi Pengajaran Pembelajaran Di )nstitusi Pengajian Tinggi: Satu Anjakan Paradigma.Malaysian Education Dean Council Journal, Jun. Md. Mokter (ossain & (asan Aydin. . A Web . -Based

Collaborative Model for Multicultural Education. Multicultural

Education & Technology Journal. : – .

Melvina Chung (ui Ching & Jamaludin Badusah. . Sikap guru Bahasa Melayu terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi )CT dalam pengajaran di sekolah-sekolah rendah di Bintulu, Sarawak. Jurnal Pendidikan Malaysia, : - .

Mingmei Yu, Allan (.K., Yuen & Jae Park. . Using Web . Technologies - Exploring Perspectives of Students, Teachers and Parents. Interactive Technology and Smart Education Journal. :

– .

Mohd Azli Yeop & Abdul Latif (aji Gapor. . Kesan Pembelajaran Berasaskan Projek Berteraskan Teknologi Terhadap Pencapaian dan Penerimaan Pelajar. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, .

(11)

11

Kalangan Guru-Guru. Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat: )mpaknya ke atas Penyelidikan dalam Pendidikan, disunting oleh Fariza Khalid, Md Yusoff Daud & Mohd Jasmy Abd Rahman. - . Bangi: Penerbit Fakulti Pendidikan, UKM.

Sharifah Nor Puteh & Kamarul Azman Abd Salam. . Tahap Kesediaan Penggunaan )CT dalam Pengajaran dan Kesannya Terhadap (asil Kerja dan Tingkah Laku Murid Prasekolah. Jurnal

Pendidikan Malaysia, : - .

Sirje Virkus & Alice A. Bamigbola. . Students' Conceptions and Experiences of Web . Tools. New Library World Journal.

/ : - .

Siti Salwa Atan & Jamaludin Badusah. . Aplikasi Rangkaian Sosial Google Plus Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Komponen Sastera. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. : - .

Tien, F.F. & Fu. . The Correlates of The Digital Divide and Their )mpact on College Student Learning. Computers and Education

Journal. : - .

Ulf Daniel Ehlers. . Web . – E-learning . – Quality . ? Quality for New Learning Cultures. Quality Assurance in Education Journal,

: - .

Vekiri, ). . Socioeconomic Differences in Elementary Students’ )CT Beliefs and Out-of-School Experiences. Computers and Education

Journal. : - .

Wan Zah Wan Ali, (ajar Mohd Nor, Azimi (amzah & (ayati Alwi. . The conditions and level of )CT integration in Malaysian Smart School. International journal of education and development using ICT,

.

Yusup (ashim. . Kepimpinan Teknologi Pendidikan dalam Kurun ke : Cabaran untuk Pemimpin dan Pentadbir Sekolah. http://www.researchgate.net/ publication/ . Diakses pada November .

(12)

12

Penggunaan Facebook Group bagi Perkongsian Pengetahuan dalam Pembelajaran. Kertas Kerja dibentangkan di World Conference on )ntegration of Knowledge WC)K , di Langkawi, Malaysia pada

November .

Cara Menulis Rujukan Bab 1 :

Referensi

Dokumen terkait

Segala puji dan syukur kami panjatkan kehadirat Allah SWT karena dengan rahmat dan hidayah-Nya, penulis dapat menyelesaikan skripsi yang berjudul, “Analisis

Menurut teori di atas, prestasi kerja antara lain dipengaruhi oleh motivasi, yaitu keinginan/dorongan dalam melaksanakan pekerjaan; kemampuan, yaitu kondisi karyawan di

Maka dari itu dalam masalah ini penulis akan membahas mengenai suatu hubungan yang terdapat dalam efektivitas sistem informasi akuntansi di dalam hotel, karena di dalam

Proses pembuatan elastomer termoplastik dengan cara polimerisasi emulsi telah dilakukan antara karet alam lateks dengan campuran monomer stiren dan metil metakrilat menggunakan

menunjukkan bahwa jumlah responden dengan jenis luas lesi berat yang mengalami pengaruh terhadap kualitas hidup sangat sampai dengan amat sangat berpengaruh sebanyak 15

pembelajaran disebabkan komputer boleh digunakan untuk tujuan pcnghantaran arahun dalam sernua subjek pelajaran, sebarangjulat umur dan pelbagai golongan

Penelitian ini bertujuan untuk melihat kesalahan penerjemahan dari bahasa Indonesia ke dalam bahasa Jepang yang bersumber dari 5 kalimat hasil terjemahan 9 orang penerjemah

Berdasarkan hasil pengumpulan data berkenaan pengendalian intern yang dilakukan dalam bentuk wawancara dan observasi yang telah dilaksanakan diperoleh gambaran bahwa