• Tidak ada hasil yang ditemukan

Strategi Pembangunan Ekonomi Masjid As S

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Strategi Pembangunan Ekonomi Masjid As S"

Copied!
83
0
0

Teks penuh

(1)

FAKRURADZI BIN ABDULLAH

( 12BI05040 )

SARJANA MUDA DAKWAH DAN PENGURUSAN SUMBER INSAN

JABATAN DAKWAH DAN PENGURUSAN

AKADEMI ISLAM

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS)

(2)

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR

AKADEMIK ISLAM

JABATAN DAKWAH DAN PENGURUSAN

IJAZAH SARJANA MUDA DAKWAH DAN PENGURUSAN SUMBER INSAN

FAKRURADZI BIN ABDULLAH

LATIHAN ILMIAH INI ADALAH UNTUK MEMENUHI SYARAT

PENGANUGERAHAN IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM

(DAKWAH DAN PENGURUSAN)

2015

PENYELIA

TARIKH

USTAZ MUHAMMAD YUSUF MARLON

BIN ABDULLAH

KETUA JABATAN

TARIKH

(3)

ممَاقمأمومِ ررخرللاِ م

ر وليمللاومِ هرلللَابرِ ن

م ممآِ ن

ل ممِ هرلللاِ دمجرَاس

م ممِ ررمرعليمِ َاممنلإر

ن

ل أمِ ك

م ئرلملوأرِ ى

ل س

م عمفمِ هملللاِ للإرِ ش

م

خ

ل يمِ مللمومِ ةمَاكمزللاِ ىتمآومِ ةملمص

ل لا

ن

م يدرتمهلمرللاِ ن

م مرِ اونروك

ر يم

﴿

١٨

Maksudnya :

Hanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah

itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat

serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut

melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat Yang tersebut)

mudah-mudahan mereka menjadi dari golongan Yang mendapat

petunjuk.

(4)

iv

DEDIKASI

Ya Allah Ya Rahman

Hanya padaMu tempat aku berlindung

TanpaMu hambaMu ini tiada kekuatan

Untuk meneruskan perjuangan...

Istimewa Buat Ayahanda dan Bonda

Jasa dan pengorbanan kalian berdua tidak akan daku lupakan

Semoga segalanya mendapatkan keberkatan dari Ilahi

Dan dijauhi dari azab api neraka...

Untuk Para Pendidik Yang Dihormati

Segala penat lelah yang pernah dicurahkan kepada diri ini amat dihargai

Segala ilmu yang pernah dicurahkan

Akan diaplikasikan dalam kehidupan

Insya Allah...

Buat Teman Seperjuanganku

Persahabatan yang terjalin ini adalah dari rahmatNya

Segala nasihat dan bimbingan yang diberikan

Sungguh bermakna bagiku

Akan dikenang dan semoga kita

Menjadi mujahidah yang solehah

Pada masa akan datang...

(5)

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah SWT, selawat serta salam ke atas Rasulullah SAW dan

kesejahteraan keatas seluruh kaum keleurga serta sahabat baginda. Kesyukuran ke

kehadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya penulis dapat menyiapkan Latihan

Ilmiah ini.

Dalam kesempatan ini, penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan jutaan

terima kasih kepada yang berbahagia Ustaz Muhammad Yusuf Marlon bin Abdullah

selaku penyelia saya yang telah banyak memberi bimbingan, tunjuk ajar, nasihat dan

panduan dalam usaha menyiapkan Latihan Ilmiah ini. Tidak ketinggalan juga kepada

semua pensyarah Fakulti Akademik Islam khususnya di Jabatan Dakwah dan

Pengurusan Sumber Insan.

Setulus rasa terima kasih, penulis ucapkan khusus kepada Nazir Masjid As-Salam

Puchong Perdana dan pihak Masjid As-Salam Puchong secara keseluruhannya.

Terima kasih juga kepada individu yang turut memberi maklumat dan bantuan kepada

penulis dalam usaha menyiapkan Latihan Ilmiah ini.

(6)

vi

dengan kajian penulis. Semoga kalian sentiasa dirahmati dan diberi ganjaran oleh

Allah SWT.

Akhir sekali penulis memohon kemaafan daripada Allah SWT di atas segala

kesilapan dan kesalahan yang tidak di sengajakan dan tidak disedari mungkin terdapat

di dalam penulisan Latihan Ilmiah ini.

FAKRURADZI BIN ABDULLAH

Jabatan Dakwah Dan Pengurusan Sumber Insan

Fakulti Akademik Islam

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Bandar Seri Putra, 43000 Kajang

Selangor Darul Ehsan

Malaysia

No 80, Jalan 3/9 TTJS

Taman Tuanku Jaafar

71450 Sg. Gadut

(7)

Strategi pembangunan ekonomi masjid As-Salam sebagai wasilah dakwah

kontemporari adalah tajuk yang akan dihuraikan dalam latihan ilmiah ini. Tujuan

penulis memilih tajuk ini adalah untuk melihat sejauh mana keberkesanan strategi

pembangunan ekonomi Masjid As-Salam sebagai wasilah dakwah kontemporari.

Secara umumnya, latihan ilmiah ini mengandungi lima bab. Dalam bab yang pertama

penulis membincangkan tentang asas-asas kajian yang merangkumi permasalahan

kajian, persoalan kajian, objektif kajian, kepentingan kajian, skop dan limitasi kajian,

tinjauan literatur dan kerangka konseptual kajian.

Dalam bab dua pula, penulis menjelaskan berkenaan definisi-definisi yang terkait

dengan kajian ilmiah ini iaitu ekonomi, masjid dan dakwah. Selain itu, penulis juga

menyentuh berkenaan k

eperluan umat Islam membangunkan ekonomi Islam, peranan masjid sewaktu zaman kegemilangan Islam dan keperluan kekuatan materi dalam melaksanakan dakwah

Seterusnya, dalam bab yang ketiga, penulis memfokuskan kepada metodologi kajian

yang mana penulis menerangkan metode-metode yang telah diguna pakai ketika

penyelidikan dijalankan. Metode-metode yang telah diguna pakai dan dikenal pasti

adalah reka bentuk kajian, instrumen kajian yang digunakan dan analisis data kajian.

(8)

viii

temubual yang telah dilakukan ke atas nazir masjid As-Salam iaitu Haji Yasim bin

Mohammed

Akhir sekali dalam bab lima, penulis menyatakan kesimpulan mengenai kajian yang

dijalankan. Kesimpulan yang dibuat akan memperlihatkan sama ada objektif atau

hipotesis kajian tercapai atau sebaliknya. Disamping itu juga, penulis akan

mengemukan implikasi-implikasi dan cadangan-cadangan yang terkait dengan

beberapa pihak seperti pengkaji, masjid, masyarakat dan sebagainya. Semoga banyak

lagi masjid yang akan mengikuti jejak langkah Masjid As-Salam dalam

membangunkan ekonomi sebagai wasilah dakwah kontemporari. Diharapkan juga

agar Masjid As-Salam terus maju dalam membangunkan ekonomi umat Islam.

(9)

B. : Bin

Bt. : Binti

Hlmn.

: Halaman

Ibid. : Latin Ibidem yang bermaksud pada tempat yang sama

S.W.T

: SubhanahuWaTa’ala

KUIS

: KolejUniversiti Islam Antarabangsa Selangor

R.A : Radiallahu’anhu

S.A.W : Sallallahu ‘AlaihiWasallam

& : Dan

A.S. : Alaihissalam

Bhd : Berhad

Bhg : Bahagian

Cet : Cetakan

Terj : Terjemahan

Sdn : Sendirian

SENARAI LAMPIRAN

(10)

x

LAMPIRAN B :

SOALAN TEMUBUAL

LAMPIRAN C :

TRANSKRIPSI TEMUBUAL

SENARAI TRANSLITERASI

(11)

Konsonan pada huruf Arab tidak semestinya sepadan dengan huruf Rumi. Ada di

antara konsonan tersebut boleh dirumikan dan ada juga konsonan yang tidak boleh

dirumikan. Hal ini dapat dilihat seperti berikut :

Huruf Arab

Huruf Rumi

Huruf Arab

Huruf Rumi

ا

a,’(hamzah)

ط

Dalam sistem vokal Arab ada vokal pendek, panjang dan diftong.

Pendek

Panjang

Diftong

____

َ

_ a

ا

___ ā

ي

__ay

____

ِ

_ I

ي

___ī

و

__

َ

_aw

____

ُ

_ u

و

___ū

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia. 1988. Pedoman Transliterasi Huruf Arab

ke Huruf Rumi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

(12)

xii

KANDUNGAN HALAMAN

HALAMAN TAJUK

HALAMAN PENGESAHAN

MOTTO

iii

DEDIKASI

iv

PENGHARGAAN

v

SINOPSIS

vii

SENARAI KEPENDEKAN

ix

SENARAI LAMPIRAN

x

SENARAI TRANSLITERASI

xi

BAB SATU: PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Permasalahan Kajian 2

1.3 Persoalan Kajian 4

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Kepentingan Kajian 5

1.6 Skop dan Limitasi Kajian 6

1.7 Tinjauan Literatur 7

1.8 Kerangka Konseptual Kajian 10

1.9 Kesimpulan 11

BAB DUA: EKONOMI, MASJID DAN DAKWAH

2.1 Pengenalan 13

2.2 Pengertian Ekonomi 15

2.3 Keperluan Umat Islam Membangunkan Ekonomi Islam 18

(13)

2.6 Keperluan Masjid Membangunkan Ekonomi Umat Islam 24

2.7 Pengertian Dakwah 28

2.8 Keperluan Kekuatan Materi Dalam Melaksanakan Dakwah 30

2.9 Kesimpulan 37

BAB TIGA: METODOLOGI PENYELIDIKAN

3.1 Pengenalan 39

3.2 Rekabentuk Kajian 42

3.3 Instrumen Kajian 43

3.4 Analisis Data Kajian 46

3.5 Kesimpulan 49

BAB EMPAT: STRATEGI PEMBANGUNAN EKONOMI MASJID AS-SALAM SEBAGAI WASILAH DAKWAH KONTEMPORARI

4.1 Pengenalan 51

4.2 Latar Belakang Masjid as-Salam 52

4.3 Strategi Pembangunan Ekonomi Masjid as-Salam 56

4.4 Peranan Ekonomi Masjid as-Salam Sebagai Wasilah Dakwah 59

Kontemporari

4.5 Kesimpulan 61

BAB LIMA: RUMUSAN KAJIAN

5.1 Pengenalan 62

5.2 Rumusan Keseluruhan Kajian 62

5.3 Implikasi Kajian 67

5.4 Cadangan Kajian 69

5.5 Kesimpulan 72

5.6 Lampiran 73

(14)

BAB SATU

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Kajian ini secara umumnya membincangkan berkenaan strategi pembangunan ekonomi yang

diamalkan oleh Masjid As-Salam Puchong Perdana sebagai wasilah dalam dakwah kontemporari. Pada

bab satu ini, penulis akan menjelaskan berkenaan latar belakang atau permasalahan kajian yang akan

memberikan kefahaman kepada pembaca berkenaan masalah-masalah yang timbul, hubungan masalah

dengan suruhan agama, mencadangkan beberapa solusi yang sesuai dan menerangkan kepada pembaca

berkenaan fenomena yang berlaku yang mempunyai kaitan dengan kajian yang dijalankan.

Kemudian kajian diteruskan dengan menyenaraikan persoalan dan objektif mengapa kajian

dijalankan. Seterusnya penulis akan menjelaskan skop kajian dan menetapkan limitasi agar kajian ini

dapat difokuskan dan dihalakan sebaiknya menurut objektif-objektif yang ingin dicapai. Hipotesis atau

andaian awal akan diterangkan pada bahagian seterusnya bagi memperlihatkan hubungan antara

sesuatu pembolehubah di dalam kajian dengan pembolehubah yang lain.

Metod yang akan digunakan dalam kajian ini bersifat kualitatif, penulis akan membuat kajian

(15)

akan kajian yang sedang dijalankan. Pembahagian bab juga diterangkan supaya pembaca dapat melihat

secara menyeluruh intipati yang diatur dalam penulisan ini. Kerangka kajian dan rujukan juga

disertakan agar pembaca dapat mengaitkan tajuk kajian dengan objektif dan teori yang digunakan.

Manakala rujukan pula berfungsi sebagai maklumat kepada pembaca tentang bahan yang digunakan

dalam membuat tinjauan literatur.

1.2 PERMASALAHAN KAJIAN

Sesungguhnya ekonomi merupakan salah satu bidang yang amat dititikberatkan dalam

menjayakan dakwah pada masa ini, manakala tujuan dakwah pula adalah bagi membawa manusia

daripada gelap kejahilan dan penghambaan makhluk kepada jalan yang terang dan pengabdian kepada

Allah semata-mata. Syeikh Yusuf Qaradhawi (2012) dalam bukunya Ciri-ciri Unggul Masyarakat

Islam yang Kita Idamkan, mengupas sedikit berkenaan matlamat dan fungsi ekonomi Islam:

“...Islam menjadikan ekonomi sebagai cara untuk sampai kepada matlamat yang lebih besar agar manusia tidak disibukkan oleh kesukaran hidup dan perebutan makanan dari mengenal Allah, menjalinkan hubungan baik dengan Allah serta mencari kehidupan akhirat yang lebih baik dan abadi.”

Daripada penjelasan tersebut, semakin jelaslah kepentingan ekonomi dalam menjayakan

dakwah dan memudahkan ummat Islam untuk mengamalkan Islam secara sempurna.

(16)

3

dalam menyiapkan persediaan dalam menghadapi musuh-musuh Allah yang tidak henti menyerang

Islam baik dari sudut peperangan fizikal, pemikiran, sistem, harta dan lain-lain. Dalam menyiapkan

persediaan menghadapi musuh, Allah telah berfirman dalam Surah Al-Anfal ayat 60:

ن

ل مممرومِ ةةولممقرِ ن

ل مممرِ م

ل ترعلط

م تمممس

ل اِ َاممممِ م

ل ممهرلمِ اوددممعرأ

م وم

“Dan persiapkanlah (untuk menghadapi) mereka apa yang kamu mampu, daripada kekuatan dan dari tambatan kuda-kuda untuk menakutkan musuh Allah dan musuh kamu dengan dia, dan (musuh) yang lain dari mereka yang tidak kamu ketahui siapa mereka. Allah yang mengetahui siapa mereka. Dan apapun yang kamu belanjakan pada jalan Allah, akan disempurnakan (ganjarannya) untuk kamu, dan kamu tidaklah akan teraniaya.”

Justeru itu, pembangunan ekonomi merupakan salah satu kaedah dalam menjayakan dakwah

dan memastikan persiapan jihad itu kukuh dan lengkap.

Seringkali jihad itu difahami semata-mata dengan jihad qital atau jihad perang, walhal jihad

itu luas dan terbahagi kepada beberapa bahagian. Hal ini ada disebut oleh Md. Akhir Hj. Yaacob

(1986):

“Bahagian-bahagian jihad yang ditentukan oleh al-Quran dan as-Sunnah dapat dibahagikan kepada lima: Pertama, jihad dengan lisan(al-jihad bi lisan). Kedua, jihad mempelajari dan mengajar ilmu (jihad al-ilm). Ketiga, jihad dengan tangan dan diri(al-jihad bilyad wan nafs). Keempat, jihad politik (jihad siyasiy). Kelima, jihad harta(jihad bil amwal)”

Dengan penerangan ini dapatlah kita fahami bahawa pembangunan ekonomi juga merupakan

salah satu jihad yang ditekankan oleh al-Quran dan as-Sunnah, ia juga menjadi wasilah yang penting

dalam menyampaikan dakwah.

Catatan sejarah yang tercatat dalam perjalanan dakwah menunjukkan kepada kita betapa

pentingnya pembangunan ekonomi yang menjana sumber kewangan berterusan bagi memastikan

kelangsungan dakwah. Selain itu kita juga boleh melihat kepentingan ekonomi dalam membangun

kawasan umat Islam yang terjejas atau kawasan masyarakat bukan Islam yang apabila dibangunkan

(17)

Oleh sebab itu penulis terpanggil untuk membuat suatu kajian berkenaan strategi

pembangunan ekonomi sebagai wasilah dalam dakwah kontemporari kerana melihat peranan kekuatan

materi dalam menjayakan dakwah. Mana lagi tempat yang lebih sesuai untuk dikaji kalau bukan

masjid yang merupakan pusat aktiviti umat Islam, di dalam kajian ini penulis menumpukan kajian

kepada Masjid As-Salam Puchong Perdana yang telah memenangi Masjid terbaik kategori Kariah 2014

(Utusan 2014).

Dengan adanya kajian ini, penulis berharap agar permasalahan yang ditimbul dapat dikaji

sebaik mungkin dan menghasilkan suatu solusi yang terbaik dalam membina strategi pembangunan

ekonomi sebagai wasilah dakwah kontemporari.

1.3 PERSOALAN KAJIAN

Daripada permasalahan kajian yang telah penulis jelaskan tadi, maka timbullah

persoalan-persoalan yang perlu dijawab di dalam kajian ini. Hal ini supaya penulis dan pembaca jelas berkenaan

apa yang hendak dikaji dan menjawab persoalan tersebut dengan sempurna bagi memastikan objektif

kajian dapat disempurnakan. Antara persoalan tersebut ialah:

i. Apakah kepentingan dan hubungan antara ekonomi, masjid dan dakwah dalam sejarah

Islam?

ii. Apakah strategi pembangunan ekonomi yang digunakan oleh Masjid As-Salam?

iii. Bagaimanakah strategi-strategi pembangunan ekonomi Masjid As-Salam membantu dalam

menjayakan dakwah kontemporari?

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Daripada persoalan-persoalan yang dikemukan diatas, dapatlah kita fomulasikan beberapa

objektif, antaranya:

i. Mengenal pasti kepentingan dan hubungan antara ekonomi, masjid dan dakwah dalam sejarah

(18)

5

ii. Menerangkan sejarah penubuhan dan strategi pembangunan ekonomi yang digunakan oleh

Masjid As-Salam.

iii. Menganalisa strategi-strategi pembangunan ekonomi Masjid As-Salam sebagai wasilah

kepada dakwah kontemporari.

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

Selari dengan objektif-objektif yang digariskan di atas, maka dapatlah penulis

menyenaraikan beberapa kepentingan yang menunjukkan keperluan untuk mengadakan kajian ini,

antara kepentingan tersebut adalah:

i. Kajian ini akan mengenal pasti strategi pembangunan ekonomi yang diamalkan oleh Masjid

As-Salam Puchong dan kaitannya dalam menjadi wasilah kepada dakwah kontemporari.

ii. Hasil kajian ini semestinya akan menjadi suatu sumbangan kepada khazanah ilmu dakwah Islam

yang memfokus kepada pembangunan ekonomi sebagai suatu wasilah dakwah.

iii. Kajian ini dapat membuktikan kepada masyarakat Islam dan bukan Islam berkenaan

keberkesanan masjid dalam membangun ekonomi.

iv. Diharapkan agar kajian ini boleh menjadi sebuah rujukan dalam memulakan peranan masjid

sebagai suatu institusi ummah dan juga menjadi suatu rujukan dalam menambahbaik sistem yang sedia

ada.

1.6 SKOP DAN LIMITASI KAJIAN

Skop dan limitasi kajian adalah suatu garis panduan bagi pengkaji untuk melihat batasan atau

had kepada kajiannya. Daripada batasan dan had yang digariskan, dapatlah pengkaji memfokuskan

kajian yang dibuat daripada menjadi terlalu besar dan umum kepada suatu kajian yang tertumpu dan

khusus. Limitasi kajian juga berperanan dalam menangkis persoalan-persoalan pembaca mahupun

penilai berkenaan perkara-perkara yang tidak dapat penulis memasukkan sekali di dalam kajian ini. Di

dalam kajian ini, penulis akan menyentuh tiga aspek sahaja, iaitu:

i. Bidang kajian ini akan menyentuh hal-hal berkaitan strategi pembangunan ekonomi, peranan

(19)

ii. Lokasi kajian adalah di Masjid As-Salam, Puchong Perdana.

iii. Subjek bagi kajian ini adalah pegawai-pegawai Masjid As-Salam yang dilantik bagi sesi

2015.

iv. Fokus kepada pembangunan ekonomi Masjid As-Salam sebagai wasilah dakwah kontemporari.

1.7 TINJAUAN LITERATUR

Kajian yang membincangkan tentang strategi pembangunan ekonomi Masjid As-Salam

masih lagi belum dikaji dan dituliskan sebagai sebuah kajian. Bukan sahaja strategi pembangunan

ekonomi Masjid As-Salam sahaja, tetapi penulis juga melihat akan kurangnya penyelidikan berkenaan

pembangunan ekonomi sebagai wasilah dakwah, sama ada pembangunan ekonomi masjid mahupun

badan atau institusi dakwah. Walaupun begitu, penulis tidak menafikan adanya kajian berkenaan

bidang ekonomi Islam, peranan masjid dan dakwah kontemporari. Di dalam kajian yang dilakukan

oleh Joni Tamkin Borhan, Mohd Yahya Mohd Hussin, Fidlizan Muhammad, Mohd Fauzi Abu@Hussin

(2011) yang bertajuk Membentuk Usahawan Muslim:Peranan Dana Masjid, beliau ada

membincangkan berkenaan hubungan masyarakat dan derma. Di mana sentimen masjid sebagai suatu

tempat untuk menderma masih lagi subur dalam jiwa masyarakat. Selain itu beliau juga menyentuh

hal-hal berkaitan sistem pengurusan masjid dan bagaimana dan masjid dapat membantu dalam

membentuk usahawan Muslim melalui koperasi masjid.

Manakala hasil kajian yang dibuat oleh Nazneen binti Ismail, Nurzatil Ismah binti Azizan

dan Hasliza binti Talib (2014) yang bertajuk Peranan dan Sumbangan Masjid As-Salam Dalam

Pembangunan Masyarakat Islam di Puchong Perdana pula ada menyebut berkenaan latar belakang

Masjid As-Salam dan peranan serta sumbangannya kepada masyarakat Puchong Perdana. Antara

peranan yang dimainkan oleh Masjid As-Salam ialah pertama menjadi pusat ibadah masyarakat

Muslim Puchong Perdana. Kedua, Masjid As-Salam menjadi pusat pembelajaran ilmu yang di mana

mereka telah menyediakan kelas-kelas tuisyen, tadah kitab, kuliyah-kuliyah agama, kursus-kursus dan

seminar-seminar berkenaan penghayatan agama. Masjid As-Salam juga menjadi pusat kegiatan

(20)

7

rombongan dari luar datang berkunjung ke Masjid Salam. Dari sudut sumbangan pula, Masjid

As-Salam membantu dalam membanteras jenayah sekitar kariah Puchong Perdana, menggalakkan

pembangunan ekonomi, memberi sumbangan dan pendidikan serta menghidupkan semangat

bermusyawarah.

Kemudian Dr. Shuhadak bin Mahmud (2014) dalam kajiannya yang bertajuk Lembaga

Masjid Negeri Sembilan (LMNS): Satu Tinjauan Awal pula memulakan kajiannya dengan menjelaskan

berkenaan latar belakang dan pengenalan kepada Lembaga Masjid Negeri Sembilan (LMNS).

Seterusnya dalam kajian tersebut beliau menjelaskan berkenaan pelaksanaan Lembaga Masjid Negeri

Sembilan (LMNS) dari mula peringkat pengurusan masjid yang terdiri dari dua peringkat iaitu LMNS

peringkat daerah dan jawatankuasa kariah masjid. Melalui LMNS, pegawai-pegawai esekutif masjid

akan dilantik dan bertanggungjawab untuk mengurus tadbir masjid tersebut. Bagi meningkatkan tahap

pengurusan semasa masjid, Mains Holdings akan dipertanggungjawabkan untuk menguruskan

penyelenggaraan, baik pulih, pembersihan dan keselamatan masjid. Pusat Pembangunan Muallaf, Pusat

Zakat, Mini Baitulmal dan Kooperasi Masjid juga akan ditubuhkan bagi mempertingkatkan peranan

masjid di masa akan datang.

Merza Gamal (2012) pula dalam artikelnya yang bertajuk Membangun Kesejahteraan

Melalui Koperasi Masjid memulakan tulisannya dengan menyentuh perihal masakini berkenaan

banyaknya dibina masjid sana sini dengan binaan yang mewah dan megah tetapi tidak menonjolkan

tingkat kesejahteraan pada jamaah sekitarnya. Walaupun begitu terdapat juga satu trend di beberapa

kota besar di Indonesia yang memanfaatkan masjid dengan sebenar-benarnya. Di mana, masjid-masjid

tersebut bukan hanya dimanfaatkan sebagai rumah ibadat, tetapi lebih dari itu. Pada hakikatnya masjid

boleh diluaskan fungsinya dan seterusnya membuktikan peranan alami yang boleh dimainkan oleh

masjid. Antara peranan tersebut ialah membangunkan dan mempercepatkan perubahan sosio-ekonomi

di sekitar wilayah masjid tersebut melalui mekanisme koperasi. Beliau melihat fungsi, peranan dan

prinsip koperasi adalah tidak jauh berbeza dengan tujuan yang ada pada Sistem Ekonomi Syariah.

Maka koperasi merupakan salah satu cara yang sesuai bagi sebuah masjid untuk berperanan

mensejahterakan manusia, tetapi perlulah juga berjaga-jaga supaya tidak melanggar hukum Syariah

(21)

Seterusnya Asharaf Mohd Ramli, Abdullah Jalil, Norman Hamdan, Dr. Asmaddy Haris dan

Mohd. Aizuddin Abd. Aziz (2009) menulis berkenaan Kerangka Pengurusan Ekonomi dan Kewangan

Masjid: Satu Analisa. Di dalam tulisan ini mereka menjelaskan berkenaan kerangka pengurusan dan

pentadbiran masjid di Malaysia yang terdiri daripada Sultan atau Yang Dipertua sehinggalah Ahli

Jawatankuasa Pengurusan Masjid, ini terjadi di dalam konteks negeri. Dalam konteks wilayah

persekutuan, peringkat yang teratas ialah Yang Dipertuan Agung, diikuti oleh Majlis Agama Islam

Wilayah (MAIWP), kemudian Jabatan Agama Islam Wilayah dan terbawah ialah Ahli Jawatankuasa

Pengurusan Masjid itu sendiri. Di dalam tulisan ini juga dijelaskan berkenaan peranan masjid sebagai

institusi ekonomi Islam, kerangka pengurusan ekonomi dan kewangan masjid, pendapatan masjid,

perbelanjaan masjid dan cabaran serta masalah dalam pengurusan ekonomi dan kewangan masjid.

Penulis mendapati bahawa kajian yang dilakukan penulis sekarang adalah sangat berlainan

dengan kajian-kajian yang telah dilakukan pada masa lepas. Hal ini kerana, kajian terhadap strategi

pembangunan ekonomi Masjid As-Salam sebagai wasilah dakwah kontemporari masih lagi tiada

sepanjang pengamatan penulis. Walaupun penulis sekali lagi tidak menafikan bahawa mungkin adanya

kajian berkenaan ekonomi Islam, peranan masjid, dakwah kontemporari dan sebagainya. Tetapi masih

lagi tiada kajian yang menghubungkan tiga bidang tadi dalam satu tajuk kajian dan memperlihatkan

kepentingan adanya strategi pembangunan ekonomi masjid sebagai wasilah dakwah kontemporari.

1.8 KERANGKA KERJA KONSEPTUAL KAJIAN

Telah dibuktikan melalui sejarah, bahawa masjid telah memainkan peranan yang penting

sebagai pusat ibadah dan juga kemasyarakatan. Oleh kerana itu, masjid seumpama Masjid As-Salam

Puchong Perdana yang telah merangkul banyak anugerah seperti Anugerah Masjid Lima Bintang yang

dianugerahkan oleh kerajaan negeri Selangor, baru-baru ini pula Masjid As-Salam mendapat Anugerah

Masjid Kariah Terbaik 2014. Justeru itu, kajian terhadap strategi pembangunan ekonomi yang

digunakan oleh Masjid As-Salam sebagai wasilah dakwah konteporari perlulah dikaji supaya dapat

dijadikan panduan dan contoh kepada masjid-masjid yang lain. Berikut merupakan kerangka kerja

(22)

9

Rajah 1: Kerangka Konseptual Teori Kajian

1.9 KESIMPULAN

Pada hakikatnya institusi masjid merupakan sebuah intitusi yang memainkan peranan yang

sangat penting dalam pembinaan masyarakat. Selain daripada menjadi pusat ibadah, masjid sebenarnya

menjadi pusat kemasyarakatan, pendidikan dan juga ekonomi sepanjang sejarah Islam. Fungsi dan

peranan masjid ini perlulah disuburkan kembali sebagaimana yang berlaku di zaman kegemilangan

umat Islam seperti yang berlaku di zaman Rasulullah, Khulafa’ Ar-Rasyidin, Umaiyyah, Abasiyyah,

Andalusia dan lain-lain. Dalam menggerakkan kerja-kerja dakwah, perlulah kita sedari bahawa

kekuatan ekonomi juga sangat diperlukan bagi memastikan kerja-kerja dakwah dapat dilakukan secara

berkesan, professional dan berterusan. Justeru itu pembangunan ekonomi sangatlah diperlukan sebagai

salah satu wasilah dalam dakwah kontemporari. Hal ini tidaklah akan berlaku jikalau institusi dakwah

tersebut tidak mempunyai strategi pembangunan ekonomi yang mantap dan berkesan dalam

memperkasakan ekonomi mereka. Dengan adanya strategi pembangunan ekonomi yang mantap maka

ekonomi akan terbangun dengan baik dan menjadi sebuah kekuatan bagi menggerakkan dakwah dan

dalam masa yang sama boleh juga menjadi wasilah dakwah kontemporari. Strategi Pembangunan Ekonomi Masjid As-Salam Sebagai Wasilah Dakwah Kontemporari

Ekonomi, Masjid dan Dakwah Dalam Sejarah Islam

Sejarah Penubuhan dan Strategi Pembangunan Ekonomi Masjid

As-Salam

(23)
(24)

BAB DUA

EKONOMI, MASJID DAN DAKWAH

2.1 PENGENALAN

Menelusuri sirah nabawiyyah, dapatlah kita melihat peranan ekonomi dan masjid dalam

memudahkan dakwah Islamiyyah untuk berjalan dengan lancar. Kita boleh lihat bagaimana Baginda

sendiri telah mula berdagang sejak dari kecil lagi dan berterusan sehingga Baginda dewasa.

Bermulanya perjalanan baginda sebagai seorang pedagang adalah ketika dalam usia dua belas tahun

bapa saudara Baginda, Abu Talib membawa bersama-samanya ke negeri Syam, Muhammad Sa’id

Ramadhan Al-Buti (2008). Ketika dalam perjalan ke Syam, rombongan yang mereka sertai melalui

Basrah dan bertemu dengan seorang paderi Nasrani bernama Buhaira. Buhaira mengenali Baginda dan

menasihati Abu Talib untuk membawa Baginda pulang ke Mekah dan nasihat itu diikuti oleh Abu

Talib. Selepas itu Baginda S.A.W mula memasuki gerbang kedewasaan dan keremajaan. Baginda mula

bertungkus lumus dan menyingsing lengan mencari rezeki halal, seharian menternak kambing.

Kita juga dapat melihat peranan ekonomi saat umat Islam berada di Madinah, ketikamana

umat Islam di Madinah menghadapi masalah air. Hal ini ada dikisahkan dalam Novel Sejarah Islam

yang ditulis oleh Abdul Latip Talib (2010), menyatakan seperti berikut:

(25)

mesyuarat dengan para sahabatnya. Uthman Affan menyatakan kesanggupannya menyelesaikan masalah itu. Dia menemui seorang lelaki Yahudi yang memiliki dua buah telaga. Tetapi lelaki itu enggan memberikan air periginya dengan percuma.”

Daripada dua contoh di atas, dapatlah kita lihat kepentingan ekonomi dalam dakwah.

Dakwah itu tidak hanya terhad kepada kita menyampaikan pesan-pesan melalui lisan sahaja, tetapi

ianya juga boleh dan lebih utama dilakukan melalui qudwah hasanah atau contoh terbaik sepertimana

yang dilakukan oleh Rasulullah dan Saidina Uthman. Di mana Rasulullah sendiri berusaha mencari

rezeki dengan kudrat Baginda sendiri dan Saidina Uthman pula memenuhi keperluan saudara Muslim

yang lainnya serta menunjukkan bahawa umat Islam juga punya kekayaan atas usaha sendiri.

Dari sudut masjid pula kita dapat lihat pada permulaan hijrah Baginda ke Madinah yang

ketika itu dikenali sebagai Yathrib. Seusai tibanya Rasulullah S.A.W ke Yathrib, Baginda tidak terus

turun dari unta Baginda sehinggalah unta itu sendiri berhenti di suatu tempat pengering tamar

kepunyaan dua saudara lelaki anak golongan Ansar yang telah kehilangan bapa, Muhammad Sa’id

Ramadhan Al-Buti (2008). Sebelum dijadikan tempat-tempat solat yang berselerak di

kampung-kampung kita pada hari ini, tanah yang ditumvuhi pokok-pokok kurma dan gharqad. Di dalamnya juga

tersembunyi beberapa kubur lama orang-orang musyrikin. Rasulullah S.A.W pun mengarahkan agar

pokok-pokok kurma itu ditebang, kubur-kubur itu digali dan sisa-sia binaan lama diratakan dengan

tanah. Kemudian mereka menyusun batang-batang pokok kurma yang telah ditebang itu di bahagian

(26)

15

Kemudian Syeikh Muhammad Al-Ghazali (2010) menambah lagi bahawa sesungguhnya

kedudukan masjid dalam masyarakat Islam menjadikan masjid itu sumber pembentukan rohani dan

jasmani. Masjid merupakan tempat untuk mengerjakan ibadat, madrasah untuk menuntut ilmu dan

seminar untuk mempelajari adab. Ibadat solat dan saf-saf berkait rapat dengan beberapa unsur akhlak

dan adat yang merupakan intipati Islam. Tetapi malangnya, setelah manusia tidak mampu membina

jiwa berasaskan akhlak-akhlak mulia, mereka telah menggantikannya dengan pembinaan masjid yang

besar, tetapi dipenuhi orang-orang yang kerdil.

Kesimpulan di atas, ekonomi dan masjid memainkan peranan penting dalam dakwah.

Seterusnya, penulis akan menjelaskan definisi-definisi kata-kata kunci yang penting seperti ekonomi,

masjid dan dakwah supaya dapat difahami sebelum kajian diteruskan kepada metodologi kajian, hasil

kajian dan lain-lain. Selain itu, penulis juga akan menyentuh beberapa perkara penting tentang

keperluan umat Islam membangunkan ekonomi Islam, peranan masjid sewaktu zaman kegemilangan

Islam, keperluan masjid membangunkan ekonomi Islam dan keperluan kekuatan materi dalam

melaksanakan dakwah.

2.2 PENGERTIAN EKONOMI

Sebelum kita terus kepada metodologi kajian dan hasil yang didapati daripada kajian yang

dibuat berkenaan strategi pembangunan ekonomi masjid As-Salam sebagai wasilah dakwah

kontemporari, perlulah bagi kita memahami beberapa definisi kata-kata kunci yang difokuskan dalam

kajian ini iaitu ekonomi, masjid dan dakwah. Dalam kamus dewan edisi keempat, ekonomi

didefinisikan sebagai ilmu berkenaan pengeluaran, pengagihan, penggunaan barang-barang dan

perkhidmatan. Ia juga boleh didefinisikan sebagai sistem pengendalian sumber kekayaan (kewangan,

perindustrian, perdagangan dan lain-lain) sesebuah negara, keadaan kekayaan atau kebendaan

mahupun beberapa urusan mengenai hal (perbelanjaan, penggunaan barang-barang, dan lain-lain)

dalam rumah tangga.

Manakala dalam buku tulisan Sudin Haron dan Wan Nursofiza Wan Azmi (2009), Islamic

(27)

tokoh-politikal adalah kajian berkenaan dunia sebenar dan sebab-sebab kepada kekayaan negara-negara (Low

& Toh 1997: 4). Seterusnya, Naasau William Sr. mendefiniskan ekonomi politikal adalah sains yang

berkait dengan dunia sebenar, penghasilan dan pembahagian kekayaan (Low & Toh 1997: 4) .

Kemudian, Alfred Marshall pula mendefiniskan ekonomi politikal atau ekonomi adalah kajian

berkenaan kehidupan seharian manusia, dimana sebahagian darinya adalah berkenaan kekayaan, dan

sebahagian lagi, yang mana ianya sangat penting, adalah berkait manusia itu sendiri (Low & Toh 1997:

4). Keempat, Lionel Robbins menjelaskan bahawa ekonomi ialah sains yang mengkaji tindaklaku

manusia sebagai suatu kaitan di antara objektif-objektif dan had kapasiti pengunaan berulangkali (Low

& Toh 1997: 4). Kelima, Milton Friedmanmenyatakan bahawa ekonomi ialah sains yang mengkaji

kaedah-kaedah yang digunakan oleh sesuatu kumpulan untuk menyelesaikan masalah ekonomi mereka

(Low & Toh 1997: 4). Keenam, Richard Lipsey, Peter Steiner, Douglas Purvis dan Paul Courant:

memberikan definisi ekonomi sebagai kajian kepada penggunaan sumber yang terhad untuk memenuhi

permintaan yang tidak terbatas (Low & Toh 1997: 4). Ketujuh, Paul Samuelson dan William S.

Nordhaus menerangkan bahawa ekonomi adalah kajian berkenaan penggunaan sumber yang terhad

untuk menghasilkan komiditi berharga dan membahagikannya kepada pihak yang berlainan (Low &

Toh 1997: 4). Akhir sekali, Rupert Pennant-Rea dan Bill Emmott menjelaskan ekonomi ialah sesuatu

yang sukar untuk didefinisikan, tetapi kebanyakkan manusia pasti mengenalinya apabila melihatnya

(Low & Toh 1997: 4). Umumnya, ekonomi adalah suatu kajian berkenaan cara masyarakat dunia

menjalani hidup mereka. Dalam terma yang lebih spesifik, ekonomi adalah kajian berkenaan cara-cara

penggunaan sumber-sumber yang terhad dan diagihkan produk-produk serta khidmat-khidmat untuk

memenuhi keperluan manusia.

Dari pelbagai definisi-definisi ekonomi yang diberikan oleh bijak pandai tadi, Samuelson

dan Nordhaus (1995) telah menyimpulkan bahawa ekonomi adalah satu sains yang:

1. Mempelajari metode-metode dalam menentukan kos buruh, kapital, tanah dan jalan-jalan yang

mana kos digunakan bertujuan untuk pengagihan sumber.

2. Meneroka tabiat pasaran kewangan dan menganalisa kaedah pengagihan kapital kepada

ekonomi secara menyeluruh.

(28)

17

daripada undang-undang yang telah dikenakan oleh kerajaan.

4. Mengkaji pengagihan pendapatan dan mencadangkan jalan-jalan untuk memberi bantuan

kepada orang miskin tanpa mengancam prestasi ekonomi.

5. Memeriksa kesan-kesan perbelanjaan kerajaan, pencukaian dan defisit bajet kepada

pembangunan ekonomi.

6. Memeriksa peningkatan atau penurunan dalam penggunaan buruh dan penghasilan yang

menjadikan kitaran bisnes, dan mewujudkan polisi kerajaan bagi meningkatkan pertumbuhan

ekonomi.

7. Menyemak bentuk perdagangan antara kerajaan dan menganalisa kesan-kesan sekatan

perdagangan.

8. Mempelajari pertumbuhan ekonomi dalam negara-negara membangun dan mencadangkan

kaedah-kaedah untuk mempromosi penggunaan sumber yang efektif.

2.3 KEPERLUAN UMAT ISLAM MEMBANGUNKAN EKONOMI ISLAM

Sesungguhnya di dalam Islam, ekonomi merupakan salah satu alat bagi mendapatkan

keredhaan Allah dengan menyelamatkan manusia daripada kesibukan dunia dan memudahkan mereka

berbuat ibadah kepadaNya. Hal inilah yang dibicarakan oleh Syeikh Yusuf Qaradhawi (2012) dalam

buku Ciri-ciri Unggul Masyarakat Islam Yang Kita Idamkan. Beliau mengatakan bahawa Islam

menjadikan ekonomi sebagai cara untuk sampai kepada matlamat yang lebih besar agar manusia tidak

disibukkan oleh kesukaran hidup dan perebutan makanan dari mengenal Allah, menjalinkan hubungan

baik dengan Allah serta mencari kehidupan akhirat yang lebih baik dan abadi. Apabila manusia

mencukupi dari segi keperluan dan keamanan jiwa mereka akan menjadi tenang, lantas mereka

berupaya memberi tumpuan kepada ibadat yang khusyuk kepada Tuhan mereka. Sebagaimana yang

difirmankan Allah dalam surah al-Quraisy ayat 4:

ف

ة ولممخمِ ن

ل مرِ م

ل هرنمممآومِ عةوجرِ ن

ل مرِ م

ل هرممعمط

ل أمِ يذرللا

﴿

٤

(29)

kelaparan dan mengamankan mereka dari ketakutan”.

Lantas mereka akan merasakan hubungan yang erat di kalangan mereka. Inilah

matlamat ekonomi Islam.

Manakala Imam Hassan Banna (2003) dalam buku Himpunan Risalah Imam Hassan

Al-Banna ada menyentuh berkenaan Islam dan Ekonomi dalam risalah Menuju Sinar Cahaya. Beliau

menyebutkan bahawa ekonomi adalah aspek terpenting di zaman ini. Islam tidak pernah mengabaikan

aspek ini malah Islam telah meletakkan segala dasar berkenaan ekonomi. Islam juga tidak pernah

menghalang apa jua cara yang dapat membantu menjana aspek ekonomi. Anda boleh mendengar

firman Allah Taala yang menyentuh aspek penjagaan harta, nilai dan kewajipan memelihara harta. Ini

dapat dilihat dalam surah an-Nisa’ ayat 5, Allah berfirman:

هرلللاِ ل

م عمجمِ ِيترللاِ مركرلماومملأمِ ءمَاهمفمس

د لاِ اوترؤلترِ لموم

“ Dan janganlah kamu berikan kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu, (harta) yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan kehidupan kamu ”.

Allah juga berfirman berhubung soal imbangan antara pendapatan dan perbelanjaan dalam

surah al-Isra’ ayat 29: janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya “.

Kekuatan ekonomi juga memainkan peranan penting saat permulaan dakwah Islamiyyah

yang dirintis oleh Rasulullah dan para sahabat. Antara sahabat yang memanfaatkan kekuatan ekonomi

demi menegakkan agama Allah ialah Abdul Rahman bin Auf. Di dalam novel sejarah Abdul Rahman

(30)

19

pertama yang tampil meringankan beban kewangan orang Islam yang menghimpit. Beliau memberikan

sebanyak 200 uqiyyah emas, 500 ekor kuda perang dan 1500 ekor unta tunggangan bagi keperluan

orang Islam. Individu yang sebeginilah yang diperlukan oleh umat Islam sekarang, di mana mereka

dapat mengeluarkan dana yang banyak bagi membantu menggerakkan dakwah Islam.

Daripada semua penjelasan tadi dapatlah kita semua menyedari kepentingan dan keperluan

umat Islam dalam membangunkan ekonomi Islam. Hal ini kerana umat Islam memerlukan kekuatan

ekonomi bagi memudahkan mereka menumpukan perhatian kepada tujuan utama iaitu beribadah

kepada Allah semata dan tidak disibukkan dengan kekurangan harta. Islam juga tidak melarang umat

Islam membangunkan ekonomi, malahan Islam sendiri menggalakkan umatnya bergiat aktif dalam

ekonomi supaya nantinya mereka dapat membangunkan Islam dengan harta yang diperolehi oleh

mereka. Dalam menegakkan agama, kita juga memerlukan satu sosok yang seumpama Abu Bakar

As-Siddiq, Khadijah binti Khuwailid, Abdul Rahman bin Auf dan lain-lain bagi membantu dalam

memenuhi keperluan dakwah.

2.4 PENGERTIAN MASJID

Di dalam buku Penghantar Sains Pengurusan Masjid karya Lokman A. Rahman bersama

Musa Ahmad (1996) ada diterangkan berkenaan definisi atau takrif Masjid. Di mana Masjid

ditakrifkan dari segi bahasa sebagai tempat sujud. Ia berasal dari perkataan Arab “sajada”, “yasjudu”,

“sujudan” dan masjid adalah bermaksud nama bagi tempat sujud. Makna masjid dari segi bahasa ini

dapat kita lihat dari nas berikut. Sabda Rasulullah S.A.W antaranya yang bermaksud:

سمَ بِععررُلابِ تُرعصِنُ يلِبعقَ ددحَأَ نرَهُطَععيُ معلَ اسسمعخَ تُيطِعع"Aku diberikan lima perkara yang tidak diberikan kepada orang sebelumku; aku ditolong melawan musuhku dengan ketakutan mereka sejauh satu bulan perjalanan, dijadikan bumi untukku sebagai tempat sujud dan suci lagi mensucikan. Maka dimana saja salah seorang dari umatku mendapati waktu shalat hendaklah ia shalat, dihalalkan untukku harta rampasan perang yang tidak pernah dihalalkan untuk orang sebelumku, aku diberikan (hak) syafa'at, dan para Nabi sebelumku diutus khusus untuk kaumnya sedangkan aku diutus untuk seluruh manusia." (Riwayat Bukhari)

Hadith ini menunjukkan bahawa bumi Allah itu suci dan hendaklah seseorang itu

bersembahyang dan sujud di atas bumi Allah S.W.T ini. Apa yang dimaksudkan dengan masjid dalam

(31)

inilah yang dimaksudkan oleh firman Allah S.W.T dalam surah at-Taubah ayat 108:

“ Sesungguhnya masjid yang diasaskan kepada ketakwaan dari awalnya lebih patut engkau sembahyangkan padanya “.

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2013), masjid dedifiniskan sebagai bangunan khas

tempat umat Islam melakukan solat Jumaat dan ibadah-ibadah lain. Manakala dalam laman sesawang

oxford dictionary, masjid atau mosque didefinisikan sebagai tempat ibadah Muslim. Kemudian dalam

laman sesawang Islam.about pula mendefiniskan perkataan mosque sebagai perkataan Inggeris kepada

tempat sembahan orang Islam. Dalam terma Arab untuk tempat ibadah orang Islam adalah masjid, atau

secara literal bermaksud “tempat sujud”. Beberapa orang Muslim lebih selesa menggunakan terma

Arab dan tidak digalakkan menggunakan perkataan “mosque”. Ini kerana kerana kesilapan dalam

memahami perkataan Inggeris tersebut berasal daripada perkataan “mosquito”.

2.5 PERANAN MASJID SEWAKTU ZAMAN KEGEMILANGAN ISLAM

Masjid merupakan institusi penyatuan umat Islam dalam pelbagai bidang. Umumnya, ketika

saat kegemilangan pemerintahan kerajaan Islam dahulu, masjid mempunyai pelbagai fungsi. Masjid

berfungsi sebagai pusat rujukan penting melibatkan soal pengurusan dan pentadbiran negara, pusat

perkembangan kewangan dan ekonomi, penyebaran perluasan bidang keagamaan, menegakkan

keadilan dalam perundangan, pemupukan institusi sosial dan sebagainya. Fungsi yang komprehensif

ini menjadikan masjid sebagai pusat tumpuan masyarakat (Al-Basirah 2011).

Fungsi Masjid yang pelbagai ini juga dijelaskan oleh Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buti

(2009) dalam bukunya Fiqh Sirah jilid 2. Beliau menyebut betapa pentingnya masjid di dalam

sesebuah masyarakat dan negara Islam. Sebaik-baik sahaja baginda S.A.W sampai di Madinah dan

(32)

21

kokoh dan kemas. Para anggotanya ialah seluruh umat Islam terdiri dari Ansar dan Muhajirin. Sebagai

langkah pertama ke arah ini baginda membina sebuah masjid. Tidak hairanlah bahawa masjid itu asas

pertama dan utama ke arah pembentukan masjid itu asas pertama dan utama ke arah pembentukan

masyarakat Islam kerana dengan masjid itulah masyarakat Islam dapat mengambil suntikan pelalian

dan kekuatan dengan mengikut dan mematuhi segala sistem Islam, aqidah dan peradabannya.

Segala-galanya adalah terpancar dari muara dan inspirasinya

Manakala dalam sejarah Nusantara pula, kita dapat lihat peranan Masjid Demak Bintara

yang dibangunkan oleh Wali Songo sebagai pusat pemerintahan kerajaan Islam Demak Bintara. Dalam

hal ini, Wawan Susetya (2013) menulis bahawa masjid selain digunakan untuk melaksanakan ibadah

solat lima waktu, Masjid Agung atau Masjid Jami’ Demak Bintara juga sering digunakan oleh para

Wali Songo untuk mengadakan mesyuarat terutama mengenai cara berdakwah di Jawadwipa. Kita juga

boleh melihat lagi satu contoh masjid yang berperanan dalam berdakwah kepada masyarakat Jawa,

iaitu Masjid Sunan Kudus. Dimana Abd Latif Juffri@Al-Jufri (2014) ada menulis bahawa Raden

Jaafar Sodiq bersama-sama pengikutnya yang semakin bertambah ramai bersepakat untuk

membangunkan sebuah masjid dinamakan sebagai Masjid Kudus. Reka bentuk masjid yang didirikan

itu tidak jauh bezanya dengan reka bentuk candi-candi milik orang Hindu. Dengan menerapkan

ciri-ciri kebudayaan orang-orang Hindu itu, mereka berasa begitu akrab dan tidak berasa takut atau segan

untuk masuk ke dalam masjid bagi mendengar ceramah Raden Jaafar Sodiq.

Bagi Syeikh Yusuf Qaradhawi (2014) pula, beliau menjelaskan bahawa pada umumnya

masjid adalah tempat solat, tempat melakukan ibadah harian dan ini sebagai salah satu tonggak

kekuatan dalam Islam. Beliau juga menambah bahawa masjid adalah tempat pertemuan harian bagi

kaum Muslimin. Dalam Islam, masjid memiliki kedudukan penting kerana pada zaman Nabi SAW,

masjid menjadi pusat dakwah, pusat pentadbiran, tempat penyebaran dakwah dan siasana negara akan

tercermin melalui institusi masjid. Selain itu, Azhar Muhammad (2013) pula menekankan bahawa

institusi masjid perlu digemblengkan untuk kegunaan dan kemudahan umat Islam menimba dan

menambahkan lagi ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang; untuk tujuan pembentukan rohani dan

jasmani, untuk kepentingan masyarakat umum sama ada sebagai tempat berbincang dan melaksanakan

(33)

umat Islam mengamalkan keseluruhan aspek kehidupan sesuai dengan prinsip Islam sebagai al-Din.

Peranan masjid yang dijana secara inovasi perlu dimainkan oleh semua masjid, khususnya dalam dunia

globalisasi sekarang agar pengurusan masjid tidak ketinggalan dan tidak dipinggirkan oleh umatnya

sendiri.

2.6 KEPERLUAN MASJID MEMBANGUNKAN EKONOMI UMAT ISLAM

Pembangunan ekonomi umat Islam adalah sangat diperlukan sebagai wasilah dakwah

kontemporari, tambah penting apabila pembangunan tersebut dilakukan berdekatan dengan pusat

penyatuan Islam itu sendiri. Masjid sebagai sebuah pusat Islam perlulah menjadi main player bagi

pusat pembangunan ekonomi umat Islam, ini kerana masjid yang dilihat sebagai simbol Islam tidaklah

cukup dengan hanya diimarahkan dengan urusan peribadatan, keilmuan dan majlis-majlis keraian

agama secara tahunan. Tetapi ia perlulah diperkasakan dan diperdayakan dengan aktiviti-aktiviti dan

urusan-urusan lain yang dapat mengangkat imej Islam ke tahap yang lebih tinggi seperti

aktiviti-aktiviti yang dapat membangunkan ekonomi umat Islam itu sendiri. Dengan adanya aktiviti-aktiviti sebegini,

Islam akan dilihat sebagai agama yang bersifat universal dan menyeluruh, Islam bukanlah agama yang

sempit dan hanya menumpukan kepada hal ukhrawi sahaja tetapi ia juga merangkumi hal-hal

keduniaan yang dijadikan sebagai alat untuk kesejahteraan di akhirat kelak.

(34)

23

dikembangkan dengan mempelbagaikan kegunaan dana masjid untuk tujuan yang

lebih menyeluruh dan akhirnya mampu memberikan limpahan positif kepada

masyarakat setempat.

Hal ini ada disentuh oleh Merza Gamal (2012) dalam artikel berkenaan

membangun kesejahteraan melalui koperasi masjid. Beliau menyebut bahawa masjid

dapat dilibatkan dalam upaya peningkatan kesejahteraan masyarakat. Masjid,

sebenarnya dapat berperanan alami dalam kehidupan jamaah dan masyarakat di

lingkungan sekitarnya. Peranan alami tersebut muncul melalui ajaran Islam, sebagai

agama yang dianut oleh masyarakat setempat, dengan mekanisme perubahan sosial

dan peningkatan motivasi dalam berusaha. Dengan demikian, diharapkan dapat

mempercepat perubahan sosio-ekonomi di wilayah-wilayah masjid tersebut berada.

Peningkatan kesejahteraan umat tersebut dapat dilakukan dengan membuat koperasi

yang beranggotakan jaaah dari masjid. Koperasi tersebut dapat melakukan kegiatan

ekonomi dengan berbasiskan kebutuhan pembangunan dan pemeliharaan masjid,

serta penyediaan kebutuhan jamaah dan masyarakat di sekitar masjid tersebut.

(35)

firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 2:

“....Tolong-menolonglah kamu dalam ketaatan dan takwa, dan

janganlah tolong-menolong dalam berbuat dosa, dan

permusuhan. Dan takutilah Allah, sesungguhnya Allah keras

dalam pembalasan sewajarnya.”

Berdasarkan ayat di atas, kita juga dapat merumuskan beberapa

langkah-langkah dalam membentuk dan memobilisasi dana usahawan muslim agar dana yang

dibentuk dapat diurus dengan cekap dan memberi pulangan yang meluas bukan

sahaja kepada penduduk setempat pada kebiasaannya, tetapi dimanfaatkan melebihi

dari sempadan daerah dan negeri.

(36)

25

Sememangnya masjid merupakan tempat yang paling sesuai untuk

membangunkan ekonomi umat Islam, derma yang diberikan oleh orang ramai sekitar

masjid bukan sahaja didermakan untuk disimpan dan dibelanjakan sahaja. Tetapi ia

boleh dikembangkan dan dibangunkan dengan aktivti-aktiviti perniagaan dan

pelaburan. Penulis yakin, jikalau masjid-masjid yang ada melakukan perkara yang

disebutkan di atas maka masyarakat di sekitar akan lebih kerap datang ke masjid dan

berperanserta dalam membangunkan masjid dan bersama dalam aktiviti-aktiviti yang

diadakan oleh masjid serta dapat menerima manfaat daripadanya.

2.7 PENGERTIAN DAKWAH

Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2013) dakwah didefinisikan sebagai kegiatan

menyeru dan meyakinkan orang lain supaya menerima sesuatu kepercayaan. Manakala Dr. Ab. Aziz

bin Mohd Zin (1999) pula menakrifkan dakwah sebagai suatu kegiatan ajakan baik dalam bentuk lisan,

tulisan, tingkah laku dan sebagainya yang dilakukan secara sedar dan berencana dalam usaha

mempengaruhi orang lain baik secara individu mahupun secara kelompok agar supaya timbul dalam

dirinya suatu pengertian, kesedaran, sikap penghayatan serta pengamalan terhadap ajaran agama

sebagai mesej yang disampaikan kepadanya dengan tanpa adanya unsur-unsur paksaan.

Seterusnya Dr. Achmad Mubarok (1999) pula menyimpulkan dakwah sebagai usaha

mempengaruhi orang lain agar mereka bersikap dan bertingkah laku seperti apa yang didakwahkan

oleh da’i. Setiap da’i dari agama apa pun pasti berusaha mempengaruhi orang lain agar mereka

bersikap dan bertingkah laku sesuai dengan agama mereka. Dengan demikian pengertian dakwah Islam

adalah upaya mempengaruhi orang lain agar mereka bersikap dan bertingkah laku Islami (memeluk

agama Islam). Banyak lagi takrifan-takrifan lain yang ditampilkan oleh cendekiawan-cendekiawan

Islam, misalnya Ahmad Rafaai Ayudin dan Zuraini Husain (1996) mengertikan dakwah sebagai

menuju ke jalan Allah SWT iaitu menyeru umat manusia untuk mentauhidkan Allah SWT. Dakwah

(37)

yang telah disampaikan oleh para utusannya.

Selain itu, terdapat juga maksud dakwah dari sudut pandangan Abd Karim Zaidan iaitu

panggilan kepada Allah SWT ataupun seruan kepada agama Islam. Dr Yusuf Qaradhawi memberi

makna dakwah yang bermaksud usaha membawa orang lain kepada Islam supaya mengikut petunjuk

agama ini iaitu melaksanakan ketetapan-Nya di muka bumi ini, mengkhususkan segala bentuk

penghambaan diri, pemohonan dan taat kepada Allah SWT sahaja, melepaskan diri dari segala

kongkongan yang bukan daripada Allah SWT yang terpaksa dipatuhi, memberi hak kepada orang yang

ditentukan hak oleh Allah SWT, menafikan hak ke atas orang yang dinafikan hak oleh Allah SWT,

menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, dan berjihad pada jalan-Nya.

Syeikh Ali Mahfuz pula mengatakan bahawa dakwah adalah mengajak manusia untuk

membuat yang baik mengikut petunjuk, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang

mungkar, agar mereka mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Ali Abd al-Halim Mahmud pula

menyatakan dakwah ialah seruan untuk beriman kepada Allah SWT dan beriman kepada apa yang

dibawa oleh rasul dengan cara membenarkan apa yang mereka khabarkan dan mentaati apa yang

mereka perintah dan larangi. Ra’uf Syalabi mentakrifkan dakwah sebagai suatu gerakan untuk

menghidupkan sistem ketuhanan yang Allah SWT turunkan kepada Rasulullah SAW.

Banyak lagi takrifan yang boleh ditampilkan, tetapi cukuplah segala takrif yang diberikan di

atas. Daripada pengertian dakwah yang tela dijelaskan oleh beberapa tokoh tersebut, satu kesimpulan

dapat dibuat dengan jelas iaitu dakwah merupakan satu usaha ke arah menyuruh melakukan yang

makruf dan mencegah kepada kemungkaran. Dakwah ialah usaha yang dilakukan oleh seseorang atau

kumpulan dengan pendekatan tertentu untuk membawa manusia kepada keredaan Allah SWT.

2.8 KEPERLUAN KEKUATAN MATERI DALAM MELAKSANAKAN

DAKWAH

(38)

27

berjalan lancar dan memberikan kesan yang paling maksima. Ia merupakan alat atau bekalan yang

paling ampuh dalam menjayakan dakwah, hal ini boleh dilihat daripada sejarah atau pengalaman

pendakwah-pendakwah silam. Di mana para pendakwah silam memanfaatkan kekuatan materi yang

mereka sudah miliki atau mereka bangunkan secara persendirian mahupun secara kelompok bagi

menjayakan dakwah yang mereka jalankan.

Mari kita lihat dan renungkan beberapa tokoh dikalangan sahabat yang memanfaatkan

kekuatan materi yang mereka miliki bagi melaksanakan dakwah. Contoh pertama yang kita boleh lihat

ialah melalui Saidatina Khadijah, isteri kepada Nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW dan

merupakan pedagang wanita yang paling sukses di Mekah. Hal ini ada dijelaskan oleh Muhammad

Mojlum Khan (2012) di dalam bukunya 100 Muslim Paling Berpengaruh Sepanjang Sejarah, beliau

mencatat bahawa khadijah berdagang segala macam barang dan pernak-pernik, sehingga menciptakan

bisnis ekspor-impor yang tumbuh dengan subur. Dia merekrut manajer-manajer bisnisnya sendiri, yang

secara rutin membawa pernak-perniknya keluar Arab dan berdagang di negara-negara tertangga seperti

Suriah. Menyentuh berkenaan sikap dermawan Khadijah, Muhammad Mojlum Khan (2012)

menjelaskan bahawa Khadijah sebegitu dermawannya sampai-sampai kerap membagi keuntungannya

menjadi dua, di mana separuh diberikan kepada para manajernya dan separuh lainnya untuk dirinya

sendiri. Dalam masyarakat Arab pra-Islam yang amat tidak wajar dan tidak adil, cara pengaturan bagi

hasil Khadijah menjadi tawaran yang sulit ditolak orang mana pun yang ingin mendapatkan

penghasilan layak pada masa itu.

Di zaman permulaan perkembangan Islam, Khadijahlah merupakan salah seorang yang setia

dan membantu dakwah baginda SAW, hal ini diakui sendiri oleh baginda SAW:

(39)

Contoh yang seterusnya dapat kita lihat daripada sahabat yang paling dekat dengan baginda

SAW iaitu Abu Bakar as-Siddiq R.A yang juga merupakan seorang pedagang dan hartawan berjaya di

Mekah. Beliau juga merupakan salah seorang yang terawal memeluk Islam dan menyebarluaskannya

dikalangan pembesar, hartawan mahupun hamba sahaya. Beliau jugalah orang pertama yang memasuki

Islam tanpa sedikit keraguan terhadap Rasulullah SAW. Hal ini dapat kita lihat daripada tulisan

Abdurrahman asy-Syarqawi (2011) yang mencatat bahawa:

Di Makkah, orang-orang terus mengerumuni Abu Bakar dan berkata, “Wahai Abu Bakar, sesungguhnya sahabatmu menyeru untuk menyembah kepada Tuhan yang satu. Muhammad mengaku bahawa dia ialah seorang nabi yang mendapatkan wahyu dari langit.” Abu Bakar berkata, “Apakah Muhammad berkata demikian? Jika memang dia yang mengatakan demikian, perkataannya adalah benar.” Abu Bakar pun bersegera mendatangi Rasulullah SAW dan menanyakan persoalan tersebut. “Apakah benar apa yang aku dengar tentang dirimu?” Rasulullah SAW bersabda, “Memang apa yang engkau dengar tentang aku, wahai Abu Bakar?” Abu Bakar menjawab, “Aku mendengar bahawa engkau menyeru kepada Allah, Engkau mengaku bahawa dirimu ialah utusan Allah.” Rasulullah menjawab, “Ya, wahai Abu Bakar.” Abu Bakar berkata, “Demi Allah, aku tahu bahawa engkau tidak pernah berbohong. Engkau ialah orang yang paling layak untuk mendapatkan risalah kerana sikap amanahmu yang luar biasa, sifatmu yang suka menyambung silaturrahim, dan perilakumu yang baik. Hulurkanlah tanganmu dan aku akan membaiatmu. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan bahawa engkau adalah utusan Allah.”

Setelah Islamnya Abu Bakar, Abu Bakar segera menemui para sahabatnya, pembesar juga

kaum hartawan daripada kalangan penduduk Makkah. Abu Bakar berbicara kepada mereka tentang

agama baru yang menyeru kepada akhlak mulia. Beliau juga berbicara tentang al-Shadiq al-Amin

Muhammad dan bahawa Allah telah mengutusnya sebagai Rasulullah bagi umat manusia. Abu Bakar

mengajak mereka memeluk Islam. Sebahagian dari mereka pun masuk Islam, antaranya ialah Uthman

bin Affan dan Abdurrahman bin Auf. Ketika masuk Islam, Abu Bakar mempunyai wang kira-kira

40,000 dirham. Sebahagian besar wang itu dipergunakan untuk membela dan mendakwahkan agama

yang baru dipeluknya tersebut. Dia pun menyeru kepada para hamba lelaki dan perempuan sehingga

banyak daripada mereka yang masuk Islam walaupun para pembesar Quraisy menyeksa mereka

(Abdurrahman asy-Syarqawi, 2011). Antara hamba tersebut ialah Bilal bin Rabah yang dibeli oleh Abu

Bakar daripada tuannya Umaiyah dengan harga 100 ‘uqiyah dan terus dibebaskan. Ketika Rasulullah

ingin membina sebuah masjid di Madinah di atas sebuah tanah ladang yang cukup luas, Abu Bakarlah

yang mengeluarkan wang sebanyak 10 dinar bagi membelinya. Sewaktu ekspidisi perang ke Tabuk,

(40)

29

dicatat oleh Abdul Latip Talib (2010), kemudian sampai giliran Abu Bakar as-Siddiq, “Wahai

Rasulullah, saya serahkan semua harta saya di jalan Allah,” katanya. “Apakah yang tinggal untuk

keluargamu?” tanya Rasulullah SAW. “Allah dan rasul-Nya,” jawab Abu Bakar as-Siddiq.

Penulis juga ingin menyentuh tentang beberapa tokoh sahabat yang merupakan ahli

peniagaan yang berjaya dan merupakan dermawan yang sangat pemurah iaitu Uthman bin Affan dan

Abdurrahman bin Auf. Sepertimana yang dicatatkan di atas, bahawa Abu Bakar mendekati dua orang

sahabat ini sehingga mereka memeluk Islam dan berjuang menyebarkannya. Kehebatan kemahiran

Uthman bin Affan terserlah apabila beliau dapat memecahkan monopoli air telaga yang dimiliki

Yahudi. Uthman menemui orang Yahudi dan membuat tawaran untuk membeli telaga tersebut. Namun

dia menolak untuk menjual seluruhnya. Oleh itu, Uthman membeli setengah daripada telaga itu dengan

harga 12,000 dirham. Uthman memperutukkan telaga itu bagi kaum Muslimin (Harun Arrasyid Haji

Tuskan, Abu Azka al-Madani, 2011). Begitu juga kemahiran yang sama diperlihatkan oleh

Abdrurrahman bin Auf, dimana Abdurrahman bin Auflah yang menggepalai kebangkitan ekonomi

orang Islam di Madinah. “Tunjukkan kepada saya di mana arah kedudukan pasar” (AlGhazali, 2013)

kata Abdurrahman bin Auf kepada Saad bin Rabi’. Lalu Saad bin Rabi’ membawa beliau ke pasar Bani

Qainuqa’ dan Abdurrahman meminta agar ditinggalkan di situ supaya beliau boleh mula berniaga.

Walaupun tidak mendapat bantuan kewangan daripada sesiapa, Abdurrahman berjaya memulakan

perniagaan daripada sekampit gandum dan sebekas minyak sapi kepada peniaga keju, minyak sapi dan

seterusnya unta. Kedua orang sahabat ini jugalah yang bersama Abu Bakar dan Umar, menginfaqkan

harta bagi memenuhi bekalan peperangan di Tabuk.

Selain daripada melihat contoh daripada sahabat, kita juga perlulah melihat kepada generasi

seterusnya, umpamanya generasi Tabi’in. Di sini penulis membawakan peranan yang dimainkan oleh

Umar Abdul Aziz sewaktu menjadi khalifah ketika zaman kekhalifahan bani Umaiyah. Di mana beliau

disebut sebagai Khalifah ar-Rasyidin yang kelima oleh Sufyan Al-thauri: “Khulafa’ ar-Rasyidin selepas

Rasulullah SAW ada lima orang. Mereka ialah Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman,

Saidina Ali dan Umar bin Abdul Aziz.” (Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu, 2012). Gelaran ini

diletakkan pada beliau kerana sikap tanggungjawab dan amanahnya beliau dalam memimpin

(41)

terhadap masyarakat Islam. Antara penambahbaikan tersebut adalah penambahbaikan daripada sudut

ekonomi yang sedikit sebanyak menjadi wasilah kepada perkembangan dakwah.

Dalam menambahbaik ekonomi negara ketika itu, terlalu banyak yang dilakukan oleh Umar

Abdul Aziz, antaranya ialah mengamalkan semula pembahagian dan peruntukan kemasukan dan

kekayaan negara dengan cara yang adil, mewujudkan pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan sosial

dalam kepimpinannya, mengembalikan hak kepada para pemiliknya yang sah, menciptakan

kebijaksanaan baru dalam sektor pertanian dan perladangan serta banyak lagi. Dengan segala usaha

yang dibuat ini, maka wujudlah masyarakat yang harmoni dan kaya raya. Kita dapat lihat hal ini

berlaku melalui salah seorang anak daripada Zaid bin Al-Khattab, “Sesungguhnya Umar bin Abdul

Aziz hanya menjadi khalifah dalam kurun waktu dua tahun setengah sahaja atau kira-kira tiga puluh

bulan. Dan sebelum ia meninggal dunia, datanglah seorang dari rakyatnya menemui kami dengan

membawa beberapa kekayaannya yang melimpah ruah. Kemudian dia berkata, “salurkanlah harta ini

kepada orang-orang yang berhak menerimanya seperti orang-orang miskin dan lain-lain.” akan tetapi

ia harus kembali pulang dengan membawa hartanya kerana tidak tahu kepada siapa lagi diberikan harta

ini. Itu semua terjadi kerana Umar bin Abdul Aziz telah membuat seluruh rakyatnya kaya (Dr. Ali

Muhammad Muhammad ash-Shallabi, 2009).

Kita juga dapat melihat kepentingan materi dalam menggerakkan dakwah di zaman khilafah

Zinkiyyah dan Ayubiyyah melalui dua tokoh yang berjaya menggerakkannya di tahap yang paling

cemerlang iaitu Sultan Nuruddin Zinki dan Sultan Salahuddin al-Ayubi. Dr. Majid Irsan Kaylani

(2009) ada menyentuh tentang perihal dua tokoh ini yang membuat penambahbaikan terhadap sistem

ekonomi yang ada supaya ekonomi menjadi lebih baik dan seterusnya membantu dalam

membangunkan kualiti hidup masyarakat. Beliau memetik apa yang disebut oleh Ibnu Jubair

berkenaan kepesatan ekonomi yang terjadi di zaman pemerintahan Nuruddin dan Salahuddin seperti

yang berikut, “Sesungguhnya pendatang dari negara manapun, jika ia seorang pelajar, nescaya akan

menemukan madrasah yang sanggup mendidiknya, dan jika ia seorang pekerja, nescaya akan

menemukan institusi yang mengajarkan kepadanya kemahiran yang diinginkannya. Sesungguhnya para

pendatang itu mendapat tempat tinggal yang memang disediakan bagi musafir, fakir miskin dan zahid.

(42)

31

disediakan makanan, setiap orang memperoleh dua potong roti.

Daripada semua contoh-contoh yang penulis tampilkan sebelum ini, dapatlah pembaca

semua faham akan peranan kekuatan materi dalam melaksanakan dakwah. Daripada zaman Nabi kita

sehinggalah sekarang, sememangnya kekuatan materi itu sangatlah diperlukan bagi menjalankan dan

memastikan sesuatu dakwah itu benar-benar berkesan. Lihatlah bagaimana Abu Bakar R.A

memanfaatkan hartanya untuk berdakwah iaitu dengan membeli hamba sahaya yang telah menerima

Islam dan membebaskannya. Lihatlah bagaimana Uthman R.A membeli telaga daripada seorang

yahudi bagi digunakan oleh masyarakat Muslim Madinah.Tidakkah kekuatan materi itu membantu

dalam menjalankan dakwah? Membantu melindungi mereka yang lemah dan fakir. Lihat pula pada

masakini, bagaimana institusi dakwah dapat mengadakan pelbagai program-program yang hebat-hebat

dan memberi kesan mendalam kepada mad’u disekitarnya. Institusi dakwah tersebut mempunyai dana

yang besar dan asset kekal yang banyak. Bayangkan pula jikalau masjid mempunyai kekuatan materi

yang secukupnya bagi menjalankan program-program yang sedemikian, di mana program-program

tersebut dapat merapatkan lagi masyarakat Islam dan bukan Islam disekitarnya. Pasti orang bukan

Islam akan merasa dekat dengan Islam dan merasakan bahawa Islam itu adalah agama pembawa

rahmat sehinggakan mereka terbuka hati untuk memeluk Islam.

2.9 KESIMPULAN

Daripada semua definisi-definsi yang diberikan, penulis berharap agar pembaca dapat

memahami sedikit sebanyak berkenaan apakah yang dimaksudkan sebagai ekonomi, masjid dan

dakwah. Dalam masa yang sama, penulis juga ingin memecahkan persepsi yang ada pada masyarakat

sekarang samada Muslim mahupun bukan Muslim tentang pandangan Islam terhadap ekonomi. Islam

tidak melarang umatnya untuk menjadi kaya atau mengejar kekayaan. Tetapi Islam menekankan

kepada umatnya untuk mengejar kekayaan mengikut lunas-lunas syarak dan apabila sudah beroleh

kekayaan, perlulah bagi mereka untuk membelanjakan sebahagian kekayaan itu kepada orang yang

berhak seperti orang fakir, orang miskin, orang yang menuntut ilmu, orang yang berjihad dan lain-lain

melalui zakat samada zakat fitrah, harta dan sebagainya. Jikalau semua ini diikuti dengan baik, iaitu

(43)

membangunkan ekonomi. Kemudian, penulis juga ingin mengalihkan tumpuan semua orang yang

menggelarkan dirinya seorang Muslim supaya mereka membangunkan ekonomi secara kolektif atau

berjamaah. Lebih-lebih lagi ia dibangunkan di masjid yang merupakan pusat kemasyarakatan bagi

orang Islam. Umat Islam kini seharusnya bangun dari tidur dan keluar dari kegelapan pemikiran yang

mengatakan bahawa masjid hanyalah tempat melakukan ibadah ritual atau ibadah yang khusus seperti

solat, zikir, menuntut ilmu dan lain-lain. Masjid perlu dikembalikan balik fungsinya seperti zaman

kegemilangan Islam yang dahulu. Di mana masjid bukan sahaja dijadikan tempat beribadah, malah

masjid dijadikan tempat untuk bermusyawarah, pusat pentadbiran, muamalah dan lain-lain. Jikalau

perkara sebegini berlaku, maka akan terbangunlah ekonomi umat di sekitar masjid tersebut. Apabila

terbangunnya ekonomi umat di sekitar masjid, maka akan wujudlah individu-individu Muslim seperti

Abu Bakar, Umar, Uthman dan Abdurrahman bin Auf. Akan terjadilah peristiwa seumpama peristiwa

yang disebutkan oleh anak Zaid bin Khattab dan yang disebut oleh Ibnu Jubair. Semoga masa

kegemilangan itu akan kembali semula dengan adanya satu bentuk strategi pembangunan ekonomi dan

masjid pula menjadi pusat pembangunan tersebut. Dengan ini, Islam akan dihormati dan dipandang

(44)

BAB TIGA

METODOLOGI PENYELIDIKAN

3.1 PENGENALAN

Setiap kajian pasti memerlukan suatu metodologi yang digunapakai bagi menyiasat perkara

yang ingin dikaji dengan sebaiknya. Ahmad Sunawari Long (2009) di dalam bukunya yang bertajuk

pengenalan metodologi penyelidikan pengajian Islam menjelaskan bahawa metodologi kajian ialah

kaedah yang akan digunakan sama ada untuk mengumpul data atau menganalisa data. Penghuraian

perkara ini sangat penting bagi melihat kaedah-kaedah yang dirangka boleh mencapai objektif yang

dicadangkan. Aspek-aspek berikut perlu dihuraikan secara terperinci dalam metodologi kajian.

1. Jenis kajian: Menjelaskan sama ada ia kajian persejarahan deskriptif, eksperimen dan

sebagainya atau kajian berbentuk lapangan (fieldwork research) atau kajian perpustakaan (arm

chair research).

2. Persampelan: Menjelaskan kaedah dan rasional persampelan yang digunakan dalam kajian

(seperti persampelan mudah, persampelan kuota dan sebagainya), jumlah sampel yang akan

digunakan dan kawasan sampel yang akan dipilih.

3. Instrumen Kajian: Menjelaskan instrumen yang akan digunakan dalam kajian seperti instrumen

borang selidik, temubual atau pemerhatian. Contoh borang soalselidik yang lengkap hendaklah

dilampirkan pada bahagian akhir sesebuah proposal jika penyelidikan berkenaan menggunakan

Referensi

Dokumen terkait

Pada desain interior diperlukan untuk menemukan dan menganalisa data-data yang berhubungan erat dengan desain interior radio Jeje FM Surabaya seperti halnya

Puji dan syukur penulis panjatkan kehadirat Tuhan Yang Maha Esa, karena dengan berkat dan rahmat-Nya penulis dapat menyelesaikan laporan Tesis dengan judul “ Analisis

untuk membiayai kegiatan infrastruktur energi dan non-energi dibandingkan total pinjaman proyek diluar Alutsista dan Almatsus dalam APBN 2014 dan APBN 2015 telah

Rencana pengembangan kawasan wisata sebagai tindak lanjut dari rencana tata ruang yang telah ditetapkan dalam Tata Ruang Wilayah Kota Pangkalpinang ini

According to the Turkish Statistical Institute (TurkSTAT) and Ministry of Food, Agriculture and Livestock (MinFAL), the Turkish national cattle herd is calculated at 14.2 million

Pengaruh ekspor dan investasi terhadap pertumbuhan ekonomi di Sulawesi Selatan adalah berpengaruh tapi tidak signifikan dimana thitung lebih kecil dari ttabel

Tesis yang berjudul IMPLEMENTASI KURIKULUM TERPADU ANTARA KURIKULUM KULIYYATUL MU’ALIMIN AL-ISLAMIYAH (KMI) DAN KURIKULUM TINGKAT SATUAN PENDIDIKAN (KTSP) DI

Amalan ini bukan bersumberkan al-Quran dan hadis tetapi merupakan doa yang dibaca secara ijtihad penyusun yang tidak bertentangan dengan keduanya kerana memulakan