• Tidak ada hasil yang ditemukan

EKONOMI, MASJID DAN DAKWAH

Dalam dokumen Strategi Pembangunan Ekonomi Masjid As S (Halaman 24-33)

2.1 PENGENALAN

Menelusuri sirah nabawiyyah, dapatlah kita melihat peranan ekonomi dan masjid dalam memudahkan dakwah Islamiyyah untuk berjalan dengan lancar. Kita boleh lihat bagaimana Baginda sendiri telah mula berdagang sejak dari kecil lagi dan berterusan sehingga Baginda dewasa. Bermulanya perjalanan baginda sebagai seorang pedagang adalah ketika dalam usia dua belas tahun bapa saudara Baginda, Abu Talib membawa bersama-samanya ke negeri Syam, Muhammad Sa’id Ramadhan Al-Buti (2008). Ketika dalam perjalan ke Syam, rombongan yang mereka sertai melalui Basrah dan bertemu dengan seorang paderi Nasrani bernama Buhaira. Buhaira mengenali Baginda dan menasihati Abu Talib untuk membawa Baginda pulang ke Mekah dan nasihat itu diikuti oleh Abu Talib. Selepas itu Baginda S.A.W mula memasuki gerbang kedewasaan dan keremajaan. Baginda mula bertungkus lumus dan menyingsing lengan mencari rezeki halal, seharian menternak kambing.

Kita juga dapat melihat peranan ekonomi saat umat Islam berada di Madinah, ketikamana umat Islam di Madinah menghadapi masalah air. Hal ini ada dikisahkan dalam Novel Sejarah Islam yang ditulis oleh Abdul Latip Talib (2010), menyatakan seperti berikut:

“Wahai Rasulullah, kami menghadapi masalah mendapatkan bekalan air minuman. Semua perigi di sini sudah ada tuannya.” Salah seorang

mesyuarat dengan para sahabatnya. Uthman Affan menyatakan kesanggupannya menyelesaikan masalah itu. Dia menemui seorang lelaki Yahudi yang memiliki dua buah telaga. Tetapi lelaki itu enggan memberikan air periginya dengan percuma.”

Daripada dua contoh di atas, dapatlah kita lihat kepentingan ekonomi dalam dakwah. Dakwah itu tidak hanya terhad kepada kita menyampaikan pesan-pesan melalui lisan sahaja, tetapi ianya juga boleh dan lebih utama dilakukan melalui qudwah hasanah atau contoh terbaik sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah dan Saidina Uthman. Di mana Rasulullah sendiri berusaha mencari rezeki dengan kudrat Baginda sendiri dan Saidina Uthman pula memenuhi keperluan saudara Muslim yang lainnya serta menunjukkan bahawa umat Islam juga punya kekayaan atas usaha sendiri.

Dari sudut masjid pula kita dapat lihat pada permulaan hijrah Baginda ke Madinah yang ketika itu dikenali sebagai Yathrib. Seusai tibanya Rasulullah S.A.W ke Yathrib, Baginda tidak terus turun dari unta Baginda sehinggalah unta itu sendiri berhenti di suatu tempat pengering tamar kepunyaan dua saudara lelaki anak golongan Ansar yang telah kehilangan bapa, Muhammad Sa’id Ramadhan Al-Buti (2008). Sebelum dijadikan tempat-tempat solat yang berselerak di kampung-kampung kita pada hari ini, tanah yang ditumvuhi pokok-pokok kurma dan gharqad. Di dalamnya juga tersembunyi beberapa kubur lama orang-orang musyrikin. Rasulullah S.A.W pun mengarahkan agar pokok-pokok kurma itu ditebang, kubur-kubur itu digali dan sisa-sia binaan lama diratakan dengan tanah. Kemudian mereka menyusun batang-batang pokok kurma yang telah ditebang itu di bahagian kiblat masjid. Pada masa itu, arah kiblat adalah ke arah Baitul Maqdis.

15

Kemudian Syeikh Muhammad Al-Ghazali (2010) menambah lagi bahawa sesungguhnya kedudukan masjid dalam masyarakat Islam menjadikan masjid itu sumber pembentukan rohani dan jasmani. Masjid merupakan tempat untuk mengerjakan ibadat, madrasah untuk menuntut ilmu dan seminar untuk mempelajari adab. Ibadat solat dan saf-saf berkait rapat dengan beberapa unsur akhlak dan adat yang merupakan intipati Islam. Tetapi malangnya, setelah manusia tidak mampu membina jiwa berasaskan akhlak-akhlak mulia, mereka telah menggantikannya dengan pembinaan masjid yang besar, tetapi dipenuhi orang-orang yang kerdil.

Kesimpulan di atas, ekonomi dan masjid memainkan peranan penting dalam dakwah. Seterusnya, penulis akan menjelaskan definisi-definisi kata-kata kunci yang penting seperti ekonomi, masjid dan dakwah supaya dapat difahami sebelum kajian diteruskan kepada metodologi kajian, hasil kajian dan lain-lain. Selain itu, penulis juga akan menyentuh beberapa perkara penting tentang keperluan umat Islam membangunkan ekonomi Islam, peranan masjid sewaktu zaman kegemilangan Islam, keperluan masjid membangunkan ekonomi Islam dan keperluan kekuatan materi dalam melaksanakan dakwah.

2.2 PENGERTIAN EKONOMI

Sebelum kita terus kepada metodologi kajian dan hasil yang didapati daripada kajian yang dibuat berkenaan strategi pembangunan ekonomi masjid As-Salam sebagai wasilah dakwah kontemporari, perlulah bagi kita memahami beberapa definisi kata-kata kunci yang difokuskan dalam kajian ini iaitu ekonomi, masjid dan dakwah. Dalam kamus dewan edisi keempat, ekonomi didefinisikan sebagai ilmu berkenaan pengeluaran, pengagihan, penggunaan barang-barang dan perkhidmatan. Ia juga boleh didefinisikan sebagai sistem pengendalian sumber kekayaan (kewangan, perindustrian, perdagangan dan lain-lain) sesebuah negara, keadaan kekayaan atau kebendaan mahupun beberapa urusan mengenai hal (perbelanjaan, penggunaan barang-barang, dan lain-lain) dalam rumah tangga.

Manakala dalam buku tulisan Sudin Haron dan Wan Nursofiza Wan Azmi (2009), Islamic Finance and Banking System ada menampilkan senarai definisi-definisi ekonomi berdasarkan

tokoh-politikal adalah kajian berkenaan dunia sebenar dan sebab-sebab kepada kekayaan negara-negara (Low & Toh 1997: 4). Seterusnya, Naasau William Sr. mendefiniskan ekonomi politikal adalah sains yang berkait dengan dunia sebenar, penghasilan dan pembahagian kekayaan (Low & Toh 1997: 4) . Kemudian, Alfred Marshall pula mendefiniskan ekonomi politikal atau ekonomi adalah kajian berkenaan kehidupan seharian manusia, dimana sebahagian darinya adalah berkenaan kekayaan, dan sebahagian lagi, yang mana ianya sangat penting, adalah berkait manusia itu sendiri (Low & Toh 1997: 4). Keempat, Lionel Robbins menjelaskan bahawa ekonomi ialah sains yang mengkaji tindaklaku manusia sebagai suatu kaitan di antara objektif-objektif dan had kapasiti pengunaan berulangkali (Low & Toh 1997: 4). Kelima, Milton Friedmanmenyatakan bahawa ekonomi ialah sains yang mengkaji kaedah-kaedah yang digunakan oleh sesuatu kumpulan untuk menyelesaikan masalah ekonomi mereka (Low & Toh 1997: 4). Keenam, Richard Lipsey, Peter Steiner, Douglas Purvis dan Paul Courant: memberikan definisi ekonomi sebagai kajian kepada penggunaan sumber yang terhad untuk memenuhi permintaan yang tidak terbatas (Low & Toh 1997: 4). Ketujuh, Paul Samuelson dan William S. Nordhaus menerangkan bahawa ekonomi adalah kajian berkenaan penggunaan sumber yang terhad untuk menghasilkan komiditi berharga dan membahagikannya kepada pihak yang berlainan (Low & Toh 1997: 4). Akhir sekali, Rupert Pennant-Rea dan Bill Emmott menjelaskan ekonomi ialah sesuatu yang sukar untuk didefinisikan, tetapi kebanyakkan manusia pasti mengenalinya apabila melihatnya (Low & Toh 1997: 4). Umumnya, ekonomi adalah suatu kajian berkenaan cara masyarakat dunia menjalani hidup mereka. Dalam terma yang lebih spesifik, ekonomi adalah kajian berkenaan cara-cara penggunaan sumber-sumber yang terhad dan diagihkan produk-produk serta khidmat-khidmat untuk memenuhi keperluan manusia.

Dari pelbagai definisi-definisi ekonomi yang diberikan oleh bijak pandai tadi, Samuelson dan Nordhaus (1995) telah menyimpulkan bahawa ekonomi adalah satu sains yang:

1. Mempelajari metode-metode dalam menentukan kos buruh, kapital, tanah dan jalan-jalan yang mana kos digunakan bertujuan untuk pengagihan sumber.

2. Meneroka tabiat pasaran kewangan dan menganalisa kaedah pengagihan kapital kepada ekonomi secara menyeluruh.

17

daripada undang-undang yang telah dikenakan oleh kerajaan.

4. Mengkaji pengagihan pendapatan dan mencadangkan jalan-jalan untuk memberi bantuan kepada orang miskin tanpa mengancam prestasi ekonomi.

5. Memeriksa kesan-kesan perbelanjaan kerajaan, pencukaian dan defisit bajet kepada pembangunan ekonomi.

6. Memeriksa peningkatan atau penurunan dalam penggunaan buruh dan penghasilan yang menjadikan kitaran bisnes, dan mewujudkan polisi kerajaan bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi.

7. Menyemak bentuk perdagangan antara kerajaan dan menganalisa kesan-kesan sekatan perdagangan.

8. Mempelajari pertumbuhan ekonomi dalam negara-negara membangun dan mencadangkan kaedah-kaedah untuk mempromosi penggunaan sumber yang efektif.

2.3 KEPERLUAN UMAT ISLAM MEMBANGUNKAN EKONOMI ISLAM

Sesungguhnya di dalam Islam, ekonomi merupakan salah satu alat bagi mendapatkan keredhaan Allah dengan menyelamatkan manusia daripada kesibukan dunia dan memudahkan mereka berbuat ibadah kepadaNya. Hal inilah yang dibicarakan oleh Syeikh Yusuf Qaradhawi (2012) dalam buku Ciri-ciri Unggul Masyarakat Islam Yang Kita Idamkan. Beliau mengatakan bahawa Islam menjadikan ekonomi sebagai cara untuk sampai kepada matlamat yang lebih besar agar manusia tidak disibukkan oleh kesukaran hidup dan perebutan makanan dari mengenal Allah, menjalinkan hubungan baik dengan Allah serta mencari kehidupan akhirat yang lebih baik dan abadi. Apabila manusia mencukupi dari segi keperluan dan keamanan jiwa mereka akan menjadi tenang, lantas mereka berupaya memberi tumpuan kepada ibadat yang khusyuk kepada Tuhan mereka. Sebagaimana yang difirmankan Allah dalam surah al-Quraisy ayat 4:

فة ولممخمِ نل مرِ مل هرنمممآومِ عةوجرِ نل مرِ مل هرممعمطل أمِ يذرللا

﴿

٤

kelaparan dan mengamankan mereka dari ketakutan”.

Lantas mereka akan merasakan hubungan yang erat di kalangan mereka. Inilah matlamat ekonomi Islam.

Manakala Imam Hassan Banna (2003) dalam buku Himpunan Risalah Imam Hassan Al-Banna ada menyentuh berkenaan Islam dan Ekonomi dalam risalah Menuju Sinar Cahaya. Beliau menyebutkan bahawa ekonomi adalah aspek terpenting di zaman ini. Islam tidak pernah mengabaikan aspek ini malah Islam telah meletakkan segala dasar berkenaan ekonomi. Islam juga tidak pernah menghalang apa jua cara yang dapat membantu menjana aspek ekonomi. Anda boleh mendengar firman Allah Taala yang menyentuh aspek penjagaan harta, nilai dan kewajipan memelihara harta. Ini dapat dilihat dalam surah an-Nisa’ ayat 5, Allah berfirman:

هرلللاِ لم عمجمِ ِيترللاِ مركرلماومملأمِ ءمَاهمفمسد لاِ اوترؤلترِ لموم

مل هروممسر كل اومِ َاممهميفرِ ملهروممقرزررلاومِ َاممممَايمقرِ ملممكرلم

َافموررعلممِ لمولقمِ ملهرلمِ اولروقروم

﴿

٥

Maksudnya:

“ Dan janganlah kamu berikan kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu, (harta) yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan kehidupan kamu ”.

Allah juga berfirman berhubung soal imbangan antara pendapatan dan perbelanjaan dalam surah al-Isra’ ayat 29:

لمومِ كم ممقرنرعرِ ىل مملمإرِ ةممملمولرغلممِ كم دممميمِ للممعمجلتمِ لموم

َامممممولرممِ دممممعرقلتمفمِ طر مممسل بمللاِ لل مممكر ِ َاهمطل مممسر بلتم

ارموسر حل مم

﴿

٢٩

Maksudnya:

“ Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya “.

Kekuatan ekonomi juga memainkan peranan penting saat permulaan dakwah Islamiyyah yang dirintis oleh Rasulullah dan para sahabat. Antara sahabat yang memanfaatkan kekuatan ekonomi demi menegakkan agama Allah ialah Abdul Rahman bin Auf. Di dalam novel sejarah Abdul Rahman bin Auf nukilan Al-Ghazali (2013) ada menyebutkan bahawa Abdul Rahman bin Auf adalah orang

19

pertama yang tampil meringankan beban kewangan orang Islam yang menghimpit. Beliau memberikan sebanyak 200 uqiyyah emas, 500 ekor kuda perang dan 1500 ekor unta tunggangan bagi keperluan orang Islam. Individu yang sebeginilah yang diperlukan oleh umat Islam sekarang, di mana mereka dapat mengeluarkan dana yang banyak bagi membantu menggerakkan dakwah Islam.

Daripada semua penjelasan tadi dapatlah kita semua menyedari kepentingan dan keperluan umat Islam dalam membangunkan ekonomi Islam. Hal ini kerana umat Islam memerlukan kekuatan ekonomi bagi memudahkan mereka menumpukan perhatian kepada tujuan utama iaitu beribadah kepada Allah semata dan tidak disibukkan dengan kekurangan harta. Islam juga tidak melarang umat Islam membangunkan ekonomi, malahan Islam sendiri menggalakkan umatnya bergiat aktif dalam ekonomi supaya nantinya mereka dapat membangunkan Islam dengan harta yang diperolehi oleh mereka. Dalam menegakkan agama, kita juga memerlukan satu sosok yang seumpama Abu Bakar As-Siddiq, Khadijah binti Khuwailid, Abdul Rahman bin Auf dan lain-lain bagi membantu dalam memenuhi keperluan dakwah.

2.4 PENGERTIAN MASJID

Di dalam buku Penghantar Sains Pengurusan Masjid karya Lokman A. Rahman bersama Musa Ahmad (1996) ada diterangkan berkenaan definisi atau takrif Masjid. Di mana Masjid ditakrifkan dari segi bahasa sebagai tempat sujud. Ia berasal dari perkataan Arab “sajada”, “yasjudu”, “sujudan” dan masjid adalah bermaksud nama bagi tempat sujud. Makna masjid dari segi bahasa ini dapat kita lihat dari nas berikut. Sabda Rasulullah S.A.W antaranya yang bermaksud:

سمَ بِععررُلابِ تُرعصِنُ يلِبعقَ ددحَأَ نرَهُطَععيُ معلَ اسسمعخَ تُيطِعع"Aku diberikan lima perkara yang tidak diberikan kepada orang sebelumku; aku ditolong melawan musuhku dengan ketakutan mereka sejauh satu bulan perjalanan, dijadikan bumi untukku sebagai tempat sujud dan suci lagi mensucikan. Maka dimana saja salah seorang dari umatku mendapati waktu shalat hendaklah ia shalat, dihalalkan untukku harta rampasan perang yang tidak pernah dihalalkan untuk orang sebelumku, aku diberikan (hak) syafa'at, dan para Nabi sebelumku diutus khusus untuk kaumnya sedangkan aku diutus untuk seluruh manusia." (Riwayat Bukhari)

Hadith ini menunjukkan bahawa bumi Allah itu suci dan hendaklah seseorang itu bersembahyang dan sujud di atas bumi Allah S.W.T ini. Apa yang dimaksudkan dengan masjid dalam perbincangan ini ialah binaan yang digunakan untuk sembahyang berjemaah, berjumaat, beriktikaf dan

inilah yang dimaksudkan oleh firman Allah S.W.T dalam surah at-Taubah ayat 108:

نل مممرِ ىل ومممقلتللاِ ىمملمعم ِ سم سس أر ِ ددجرسلمملمِ ادمبمأمِ هريفرِ ملقرتمِ لم

نل أمِ نم وممبدحر يرِ لد َاممجمررِ هريفرِ هريفرِ مموقرتمِ نلأمِ ق د حمأم ِ مةوليمِ لرولأم

نم يررهسطل مرللاِ بد حر يرِ هرلللاومِ اوررهلطم تميم

﴿

١٠٨

Maksudnya:

“ Sesungguhnya masjid yang diasaskan kepada ketakwaan dari awalnya lebih patut engkau sembahyangkan padanya “.

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2013), masjid dedifiniskan sebagai bangunan khas tempat umat Islam melakukan solat Jumaat dan ibadah-ibadah lain. Manakala dalam laman sesawang

oxford dictionary, masjid atau mosque didefinisikan sebagai tempat ibadah Muslim. Kemudian dalam laman sesawang Islam.about pula mendefiniskan perkataan mosque sebagai perkataan Inggeris kepada tempat sembahan orang Islam. Dalam terma Arab untuk tempat ibadah orang Islam adalah masjid, atau secara literal bermaksud “tempat sujud”. Beberapa orang Muslim lebih selesa menggunakan terma Arab dan tidak digalakkan menggunakan perkataan “mosque”. Ini kerana kerana kesilapan dalam memahami perkataan Inggeris tersebut berasal daripada perkataan “mosquito”.

2.5 PERANAN MASJID SEWAKTU ZAMAN KEGEMILANGAN ISLAM

Masjid merupakan institusi penyatuan umat Islam dalam pelbagai bidang. Umumnya, ketika saat kegemilangan pemerintahan kerajaan Islam dahulu, masjid mempunyai pelbagai fungsi. Masjid berfungsi sebagai pusat rujukan penting melibatkan soal pengurusan dan pentadbiran negara, pusat perkembangan kewangan dan ekonomi, penyebaran perluasan bidang keagamaan, menegakkan keadilan dalam perundangan, pemupukan institusi sosial dan sebagainya. Fungsi yang komprehensif ini menjadikan masjid sebagai pusat tumpuan masyarakat (Al-Basirah 2011).

Fungsi Masjid yang pelbagai ini juga dijelaskan oleh Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buti (2009) dalam bukunya Fiqh Sirah jilid 2. Beliau menyebut betapa pentingnya masjid di dalam sesebuah masyarakat dan negara Islam. Sebaik-baik sahaja baginda S.A.W sampai di Madinah dan menetap di sana, Rasulullah S.A.W terus meletak batu asas pembentukan masyarakat Islam yang

21

kokoh dan kemas. Para anggotanya ialah seluruh umat Islam terdiri dari Ansar dan Muhajirin. Sebagai langkah pertama ke arah ini baginda membina sebuah masjid. Tidak hairanlah bahawa masjid itu asas pertama dan utama ke arah pembentukan masjid itu asas pertama dan utama ke arah pembentukan masyarakat Islam kerana dengan masjid itulah masyarakat Islam dapat mengambil suntikan pelalian dan kekuatan dengan mengikut dan mematuhi segala sistem Islam, aqidah dan peradabannya. Segala-galanya adalah terpancar dari muara dan inspirasinya

Manakala dalam sejarah Nusantara pula, kita dapat lihat peranan Masjid Demak Bintara yang dibangunkan oleh Wali Songo sebagai pusat pemerintahan kerajaan Islam Demak Bintara. Dalam hal ini, Wawan Susetya (2013) menulis bahawa masjid selain digunakan untuk melaksanakan ibadah solat lima waktu, Masjid Agung atau Masjid Jami’ Demak Bintara juga sering digunakan oleh para Wali Songo untuk mengadakan mesyuarat terutama mengenai cara berdakwah di Jawadwipa. Kita juga boleh melihat lagi satu contoh masjid yang berperanan dalam berdakwah kepada masyarakat Jawa, iaitu Masjid Sunan Kudus. Dimana Abd Latif Juffri@Al-Jufri (2014) ada menulis bahawa Raden Jaafar Sodiq bersama-sama pengikutnya yang semakin bertambah ramai bersepakat untuk membangunkan sebuah masjid dinamakan sebagai Masjid Kudus. Reka bentuk masjid yang didirikan itu tidak jauh bezanya dengan reka bentuk candi-candi milik orang Hindu. Dengan menerapkan ciri-ciri kebudayaan orang-orang Hindu itu, mereka berasa begitu akrab dan tidak berasa takut atau segan untuk masuk ke dalam masjid bagi mendengar ceramah Raden Jaafar Sodiq.

Bagi Syeikh Yusuf Qaradhawi (2014) pula, beliau menjelaskan bahawa pada umumnya masjid adalah tempat solat, tempat melakukan ibadah harian dan ini sebagai salah satu tonggak kekuatan dalam Islam. Beliau juga menambah bahawa masjid adalah tempat pertemuan harian bagi kaum Muslimin. Dalam Islam, masjid memiliki kedudukan penting kerana pada zaman Nabi SAW, masjid menjadi pusat dakwah, pusat pentadbiran, tempat penyebaran dakwah dan siasana negara akan tercermin melalui institusi masjid. Selain itu, Azhar Muhammad (2013) pula menekankan bahawa institusi masjid perlu digemblengkan untuk kegunaan dan kemudahan umat Islam menimba dan menambahkan lagi ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang; untuk tujuan pembentukan rohani dan jasmani, untuk kepentingan masyarakat umum sama ada sebagai tempat berbincang dan melaksanakan rancangan meningkatkan ekonomi, pendidikan, pertanian, perdagangan dan sebagainya. Maka itu

umat Islam mengamalkan keseluruhan aspek kehidupan sesuai dengan prinsip Islam sebagai al-Din. Peranan masjid yang dijana secara inovasi perlu dimainkan oleh semua masjid, khususnya dalam dunia globalisasi sekarang agar pengurusan masjid tidak ketinggalan dan tidak dipinggirkan oleh umatnya sendiri.

2.6 KEPERLUAN MASJID MEMBANGUNKAN EKONOMI UMAT ISLAM

Pembangunan ekonomi umat Islam adalah sangat diperlukan sebagai wasilah dakwah kontemporari, tambah penting apabila pembangunan tersebut dilakukan berdekatan dengan pusat penyatuan Islam itu sendiri. Masjid sebagai sebuah pusat Islam perlulah menjadi main player bagi pusat pembangunan ekonomi umat Islam, ini kerana masjid yang dilihat sebagai simbol Islam tidaklah cukup dengan hanya diimarahkan dengan urusan peribadatan, keilmuan dan majlis-majlis keraian agama secara tahunan. Tetapi ia perlulah diperkasakan dan diperdayakan dengan aktiviti-aktiviti dan urusan-urusan lain yang dapat mengangkat imej Islam ke tahap yang lebih tinggi seperti aktiviti-aktiviti yang dapat membangunkan ekonomi umat Islam itu sendiri. Dengan adanya aktiviti-aktiviti sebegini, Islam akan dilihat sebagai agama yang bersifat universal dan menyeluruh, Islam bukanlah agama yang sempit dan hanya menumpukan kepada hal ukhrawi sahaja tetapi ia juga merangkumi hal-hal keduniaan yang dijadikan sebagai alat untuk kesejahteraan di akhirat kelak.

Kita dapat melihat dengan jelas peranan masjid di zaman Rasulullah SAW

Dalam dokumen Strategi Pembangunan Ekonomi Masjid As S (Halaman 24-33)

Dokumen terkait