• Tidak ada hasil yang ditemukan

TRANSKRIPSI TEMUBUAL

Dalam dokumen Strategi Pembangunan Ekonomi Masjid As S (Halaman 71-83)

Sememangnya masjid merupakan tempat yang paling sesuai untuk membangunkan ekonomi umat Islam, derma yang diberikan oleh orang ramai sekitar

TRANSKRIPSI TEMUBUAL

Radzi: Assalamualaikum, apa khabar haji?

Hj Yasim: Wa’alaikumussalam, baik, mana yang lain?

Radzi: Ada di atas haji, baru lepas solat, sebentar saya maklum pada mereka untuk turun ke bawah. Hj Yasim: Kamu nama siapa ye? Temubual soalan apa?

Radzi: Saya Radzi, temubual untuk tajuk strategi pembangunan ekonomi Masjid As-Salam. Hj Yasim: Owh, sebentar ye. Saya buku laptop saya untuk lihat soalannya.

73

Hj. Yasim: Ok, soalan pertama. Apakah titik pencetus yang memulakan idea penubuhan KoSalam sebagai strategi pembangunan ekonomi Masjid As-Salam? Ok, tercetusnya idea ini ialah hasil daripada situasi di mana sumbangan daripada orang ramai masih belum mampu menampung program-program yang ada di Masjid.So, kalau kita mengharapkan kepada sumbangan ini sahaja agak terhad. Oleh hal yang demikian, saya pun memikirkanlah kaedah-kaedah bagaimanakah kita nak menambah dana selain daripada sumbangan orang ramai. Diantaranya ialah aktiviti-aktiviti ekonomi, sebelum ada KoSalam ini kita sudah ada aktiviti ekonomi. Jadi kita nampak benda ini di masa akan datang akan berkembang, maka kita wujudkan koperasi. Jadi hasil idea itu tercetus daripada keperluan menampung dana masjid, disamping sumbangan orang ramai.

Radzi: Soalan no. 2 haji, Apakah faktor-faktor yang menyebabkan KoSalam memilih tadika Islam, penganjuran kursus pra-perkahwinan dan sewaan tapak perniagaan sebagai produk permulaan? Hj Yasim: Orait, KoSalam melihat masjid ini mempunyai kedudukan yang sangat strategik, dan masjid sendiri misinya ialah membangun modal insan. Jadi kita melihat bahawa keperluan untuk tadika Islam ini sangat tinggi. Walaupun ada tadika-tadika diluar ini, tetapi kita nak mengasaskan tadika, hasil daripada itu, kita mewujudkanlah tadika dan alhamdulillah, tadika ini...sekejap ye...saya siap sediakan presentation untuk radzi..ini adalah tadika Islam As-Salam(sambil tunjuk power point di laptop)..dan tadika ini ada lembaga pengelolalah, dan saya sebagai pengerusi lembaga pengelola As-Salam dan kita ada penolong pengerusi, bendahari, setiausaha dan kita lantik pengurus, pengurus tadika As-Salam ialah ketua biro Muslimat Masjid dan bawah pengurus ini ada empat guru. Untuk 2015 kita ada 79 orang pelajar, ini tahun yang kedua. Tahun yang pertama kita ada 40 orang. Maknanya meningkat sekali ganda, ini adalah untuk program pra-sekolah, tahun 4 16 orang, tahun 5 39 dan tahun 6 24 dan jumlahnya adalah 79 orang. Kemudian ini adalah senarai guru-guru dan kelas. Senarai kelasnya adalah pelajar tahun empat, 16 orang ini gurunya dan ini statusnya, tahun 5 20 orang dan ini gurunya, norfadzilah dan dibantu nor aini, pelajar tahun 5 19, ada dua kelas gurunya rodzilah dan yasmin. Dan tahun 6 24 orang gurunya NorHashimah dan Milhamah. Dalam tadika ini kita ada tiga orang pelajar UNISEL yang membuat praktikal program pra-sekolah, Diploma UNISEL. Kemudian ini adalah perancangan aktiviti, sekadar nak memperkemaskan detail program dan aktiviti sepanjang tahun. Ini aktiviti tadika untuk tahun lepas, dimana kita menggunakan sepenuhnya ruang, di mana masjid ini bukan untuk solat sahaja. Jadi ruang di atas, bilik solat sebenarnya, kita gunakan untuk ruang untuk tadika Islam. Mengapa saya buat ini? Kerana kalau kita cari tempat lain akan menjadi kos, kos akan

yang ada, kita kena manfaatkan apa yang ada. Jadi pada tahun lepas, kita ada hari sukan tahunan Tadika Islam, alhamdulillah menariknya sukan tadika ini, wartawan datang untuk membuat liputan dan kemudian anak-anak pelajar tadi didedahkan dengan aktiviti contohnya hari raya mereka buat persembahan. Di sini menandakan bahawa tadika ini bukan sahaja yang memberikan pendidikan anak-anak tetapi menjadi platform kepada anak-anak-anak-anak bila ada program. Ini juga membantu kemahiran, bakat melalui tadika tadi. Dengan tadika tadi attach ke masjid, maka tadika dapat advantage apa yang di Masjid As-Salam itu dapat digunakan. Kemudian majlis graduasi, semua ini pelajar akan lalui dan ini adalah proses untuk membangunkan modal insan di peringkat pra-sekolah. Anak-anak buat persembahan,persembahan pula buat di dewan, kita ada banyak kemudahan-kemudahan. Kemudian jamuan raya kat sekolah dengan guru-guru. Kemuncaknya pada tahun lepas, kementerian hal ehwal agama Brunei datang ke Masjid As-Salam untuk mengkaji, melihat, belajar dengan Masjid As-Salam dan masa lawatan ini dibuat, Tadika As-Salam mengambil peluang untuk terlibat menyambut kedatangan mereka dari Brunei. Dalam konteks ini, pelajar-pelajar itu sekali lagi diberi pendedahan, bila ada program kena ada disiplin pada majlis, bukan mudah kalau kita nak bandingkan tadika yang dibuat di rumah-rumah, tadika Islam ni sangat berbeza. Maknanya kelebihan sangat banyak, di mana para pelajar itu dibesarkan di Masjid, bukan hanya dia belajar A B C dalam kelas, tetapi dia belajar adab-adab ketika berada di Masjid. Melihat orang berjamaah, melihat masjid itu sendiri, environment

itu membantu mereka belajar. Seterusnya ini adalah gambar-gambar pegawai Brunei yang datang, ini pula gambar Tuan Haji Suhaimi, ketua delegasi dari Brunei, oleh kerana sambutan yang dibuat oleh anak-anak ini, sambutan Nasyid, menyentuh hati beliau, dan beliau mengambil gambar ini sebagai profile dalam handphone dia. Apa sebab saya tunjuk ini? Saya tunjuk ini untuk membuktikan bahawa persembahan anak-anak ini menyentuh emosi beliau. Kalau tidak dia tidak dia tidak akan letakkan dalam profile dia ni, ini menunjukkan persembahan anak-anak ini menyentuh emosi dengan sambutan anak-anak yang baik. Kemudian 2015, pelajar meningkat sekali ganda menjadi 80 orang, ini gambar anak-anak berada dihadapan masjid, kemudian gambar anak-anak sedang naik tangga, masjid As-Salam ini bertangga jadi keselamatan kena jaga. Ini anak-anak tengah beratur, di sinilah kita didik anak-anak tentang disiplin, peraturan, beratur dan jangan tolak-tolak. Guru-guru pula sangat dedikasi, sorang jaga di atas dan sorang lagi jaga di bawah bagi memastikan keselamatan anak-anak itu terjaga. Jadi, apa sebab saya tunjuk ini, saya tunjuk ini untuk memberi maklumat bahawa tadika ini bukan

75

hanya di dalam kelas sahaja tapi kita didik sebegitu rupa. Ini dalam kelas anak-anak memegang grill

dan kita memastikan keselamatan mereka. Keceriaan kelas, anak-anak di ajar solat dan guru-guru mengajar ada empat kelas, siap ada meja semuanya, Ok Soalan nombor 3, Bagaimanakah produk-produk yang telah disediakan ini dapat membantu pembangunan masyarakat dan dakwah Islam? Radzi: Tadi tuan haji dah menjawab tentang pembangunan ekonomi, mungkin boleh terus ke soalan seterusnya.

Hj Yasim: Ok, ni tanya tentang soalan ekonomikan? Radzi: Ye saya.

Hj Yasim: ok, saya ada slide nak tunjukkan untuk hal ekonomi. Mungkin apa yang saya cakap ini akan menjawab dua tiga soalan sekaligus. Ok ekonomi kita ada tadika Islam, kita ada Tahfiz As-Salam, kita ada pusat latihan dalam dewan, kita ada pasaraya yang kita nak buat, kita ada carwash As-Salam, kita ada perubatan Islam dan kita ada As-Salam travel and tours. Kita juga ada homestay As-Salam di hujung jalan depan masjid ni, kemudian kita ada kedai gunting, kita ada kathering dan kita ada As-Salam foodmart kat depan ni. Benda-benda itu semua, ini lukisannya, dalam satu unit ni akan ada kedai gunting foodmart dan lain-lain. Kita akan launchingkan dia pada 1 April. Ok pastu.

Radzi: Soalan nombor 4 haji.

Hj Yasim: ok, Dijangkakan KoSalam akan mengadakan perniagaan baru seperti supermarket, homestay dan kedai gunting rambut. Apakah potensi yang dilihat KoSalam sehingga menyebabkan perniagaan seumpamanya dipilih? Owh, ok. Kita melihat bahawa salah satu peranan masjid adalah membangunkan ekonomi ummah. Dalam konteks itu, inilah kita mengadakan semua yang tadi. Bila kita ada supermarket, kita ada satu kekuatan. Kita sekarang ni takde, mungkin dalam bentuk individu. Tetapi dari sudut ummah tiada, koperasi ini bukan saya punya tetapi untuk semua. Jadi ini perlu dikupaskan lebih lanjut, di luar sana banyak kedai milik orang perseorangan, tetapi bukan itu yang kita nak. Kita nak ekonomi dibangun secara berjemaah dan dalam masa yang sama dakwah itu berlaku. Masjid ni kita kena tengok dalam konteks dakwah, jadi saya nak saya punya vission menjadikan masjid ni, memang dah jadi pun masjid yang terbaik, tetapi saya nak ia menjadi koperasi yang terbaik pula. Saya nak tunjukkan satu, ini Masjid As-Salam, belakangnya ada tasik dan masjid ini memang dah cantik. Tapi benda yang luarnya cantik itu bukan bermakna dalamnya cantik, mungkin luarannya sahaja yang cantik tapi dalamnya belum tentu baik lagi, Fizikal ini adalah faktor duit, kita banyak dapat duit besarlah masjid yang kita boleh buat, jadi faktor duit adalah faktor yang kita boleh cari. So

pengorbanan AJK dan vission yang mereka nak bawa. Ini adalah senarai AJK Masjid, dan ada AJK Tadbir yang terdiri daripada nazir, timbalan nazir, setiausaha membentuk AJK Tadbir. Ini pula skop kerja biro-biro, semua biro-biro ada skop kerja masing-masing yang jelas. Ok, dalam banyak-banyak skop kerja ini semuanya sama dengan masjid-masjid yang lain, cuma satu sahaja yang Masjid As-Salam sahaja yang ada dan masjid lain tiada. Biro Branding, Promotion and Benchmarking. So biro ini tugasnya adalah membuat benchmarking, branding, promotion. Jadi kita boleh tahulah, bila kita buat benchmarking kita dengan orang lain, kita tahulah kedudukan kita, kita tinggi ke kita rendah ke pandai ke, slow ke kan? Kalau kita tak buat perbandingan, kita akan rasa kita hebat, kita rasa kita dah baik. Apabila buat perbandingan, baru kita nampak. Ok masjid As-Salam mempunyai visi yang sangat jelas, ini boleh lihat kat dalam blog. Iaitu menjadi pusat ibadah, pusat dakwah, penyebaran ilmu dan lain-lain. Kemudian kita punya mis yang sangat jelas, kita punya piagam pelanggan, kita ada objektif, dan kita ada integriti, dimana Masjid As-Salam dibangunkan dengan integriti yang sangat luaslah utuk dijelaskan. Kemudian sikit makluman ye, ini adalah pejabat pentadbiran, kita ada workstation untuk biro-biro. Dulu kita tiada, saya ambil alih pada tahun 2009, masjid ni buka pada tahun 2006. Saya ambil alih masjid ini setelah 2008 PR ambil alih kerajaan selangor. Kita ada failing system, bilik tetamu, I-Board, As-Salam mesra OKU, kemudahan-kemudahan. Bila nampak kemudahan-kemudahan ini apa yang ada dalam minda kita? Mesej yang ingin disampaikan adalah masjid ini prihatin. Kemudian ada tempat penyimpanan barang, As-Salam mesra muslimah, As-Salam mesra jamaah. Semua ini adalah fasiliti asas, di mana kita ada asas untuk masjid. Kita juga ada taman mini, ada waqaf untuk rehat-rehat. Kemudian depan ni ada kawasan parking, dewan solat atas, dewan solat utama yang boleh muat 4000-5000. Kemudian ini pula ruang dibawah sehingga ke belakang dan ini pula adalah bilik mesyuarat. Ok, bila tengok bilik mesyuarat ini, apa yang muncul dalam minda kamu semua? Radzi; Nampak macam professional.

Hj Yasim: Nampak macam professional, tapi apalagi yang boleh kita lihat? Kalau radzi tidak pernah datang Masjid As-Salam, can you believethat this is bilik mesyuarat yang ada di dalam Masjid? Radzi: Tidak, tak percaya.

Hj Yasim: Ye, mesej yang ingin saya sampaikan adalah kita boleh buat kalau kita bersungguh-sungguh. Banyak kali kalau kita buat kerja masjid kita buat lebih kurang, kita buat tak sepenuh hati, asal ada sahaja. Jadi itu bukan Masjid As-Salam, saya nak buktikan bahawa kita boleh buat jikalau kita

77

bersungguh-sungguh dan inilah yang membina trust dalam jamaah. Bila trust ini dibina, masyarakat akan lebih yakin dan aktiviti ekonomi, pengurusan, pengimarahan akan memberi impak kepada masyarakat. Dan kalau melihat bilik mesyuarat ini,apa lagi yang boleh diambil? Mesyuarat ini main-main ke sungguh-sungguh kalau lihat bilik mesyuarat macam ni?

Radzi: Sungguh-sungguh.

Hj Yasim: So, it gives the message that is how committed is our AJK dan untuk makluman semua AJK adalah sukarela dan tidak dibayar. So, can you imagine the level of commitment without getting any cent, yet you are able to produce very excellent result, apa maknanya? Benda ini terhasil daripada kualiti AJK, di sini menggambarkan level komitmen AJK, belum jumpa AJK lagi. Kemudian kita ada dewan, inilah yang kata ada pusat latihan tadi. Dewan ini ada buat kursus, jamuan dan macam-macam lagi. Dan kemudahan-kemudahan ini kita bagi sewa, dan inilah yang menjana ekonomi KoSalam tadi.

Selepas Isyak.

Hj Yasim: Aktiviti di Masjid As-Salam bukan berpusat di masjid sahaja, ada program-program Masjid As-Salam yang tidak dibuat disini. Sekejap saya tunjukkan.

Radzi: Pekerja ada berapa banyak ye haji?

Hj Yasim: Pekerja ada Imam 3 orang, bilal 2 orang, pekerja am 3 orang dan pejabat 2 orang. Radzi: Yang sekolah berapa pula ye?

Hj Yasim: Owh, itu tadika, tadika lain. Tadika ada 5 orang.

Radzi: Dari sudut program, masjid keluarkan dana atau ada dana MAIS ke atau lain-lain.

Hj Yasim: Itu tidak ada, Masjid As-Salam adalah masjid kariah. Jadi ia tiada bantuan dari kerajaan. Masjid yang dapat bantuan kerajaan adalah masjid daerah atau masjid negeri, itu semua masjid yang mendapat bantuan kerajaan. Masjid kariah ini adalah masjid yang kena manage sendiri, kena cari duit sendiri.

Radzi: Jadi memang semata-mata dana daripada masjidlah?

Hj Yasim: Ya, memang semata-mata dana daripada masjid. Saya nak tunjukkan...tadi ada tanya pasal programkan? Ini ada buat konvoi kembara Ramadhan, di mana kita pergi ke...jumpa orang gelandangan di Chow Kit, Kuala Lumpur. Ini kita buat street dakwah, Lorong Hj Taib 15. Kami pergi, kita buat kerjasama dengan Puchong Bickers, motor berkuasa besar sebanyak 60 buah motorsikal,

different program, semuanya ditanggung oleh dana masjid. Program ini kita panggil program bersama gelandangan. Ini golongan gelandangan ini, di Chow Kit penuh ni, so kita bagi makan kepada mereka dan akhir program kita ambil gambar ramai-ramai. Program bersama gelandangan, macam-macamlah orang yang ada, orang yang tiada kerja, pelacur, penagih dadah. Jadi kita bertolak ke penjara, kita buat program dengan penjara. Lepas itu kita buat program dengan polis diraja Malaysia, banyaklah, ini hanya salah satu daripada program.

Radzi: Bagaimana dengan penglibatan pemuda dengan program masjid?

Hj Yasim: Program remaja dan belia, banyaklah, program kem dan sebagainya. Ini program cuti sekolah baru-baru ni. Memang banyak program bersama ramaja, program itu dibuat selama 3 hari 2 malam. 1 malam buat di kem dan 2 malam lagi di masjid. Ini gambar budak-budak di kem dan ini pula gambar di masjid. Kita gunakan dewan, ini pula program lain, program Al-Quran, di mana ada sekali program memanah, berenang dan berkuda. Memanah buat di padang depan masjid, berkuda pula kita bawa mereka ke tempat berkuda. Kemudian, ini peserta yang ambil bahagian, untuk berenang pula kami bawa peserta pergi ke kolam. Itu sebahagianlah, kalau buka website semua itu ada. Semua gambar-gambar ini ada dalam tu.

Radzi: Ada ke penglibatan bukan Islam dalam Ko-Salam? Hj Yasim: Kejap ye, biar saya tunjukkan.

Radzi: Erm..ini program-program lain ke bersama bukan Islam? Hj Yasim: Ye..ini program ziarah kuil India.

Radzi; Dekat sini ke kuilnya haji?

Hj Yasim: Dekat sinilah, dekat Puchong. Ini adalah kuilnya. Kemudian tagline Masjid As-Salam, Masjid As-Salam adalah pusat perkembangan budaya toleransi serta pengembangan budaya pedamaian. Kita buat program perjumpaan dengan ketua-ketua agama. Kristian, Buddha, Hindu. Ini semua kita jemput dia datang. Kita buat program, kita ajak mereka. Di Puchong ini, India pun ramai, Cina pun ramai, jadi campurlah. Antara program-program yang lain dibuat adalah perjumpaan dengan ketua-ketua masyarakat, ketua-ketua parti politik, PAS, UMNO, DAP, semua kita jumpa. Dan non-muslim di dalam program masjid ini, memang biasalah. To show how serious we are, tengok banner, ada 3 bahasa. Banyak lagilah program-program lain yang melibatkan non-muslim.

79

keusahawanan?

Hj Yasim: Ye ada, kita membentuk dan membangun ahli-ahli untuk berniaga. Saya tunjukkan satu. Ini bazar Ko-Salam, bazar jumaat. Dan impak koperasi, bagaimana Masjid As-Salam membangunkan ekonomi ummah? Kita sediakan tapak-tapak untuk berniaga untuk usahawan-usahawan kecil. Ini adalah asnaf, iaitu kumpulan orang miskin yang dibantu oleh zakat, dengan van dan sebagainya. Manakala tempat itu diberikan ruang oleh masjid untuk mereka berniaga. Dari aspek ini, masjid juga membantu membangunkan ekonomi mereka jugalah. Walaupun mereka punya van dan sebagainya, tetapi kalau tiada tempat, tidak juga mereka boleh berniaga. Dia kalau ada modal tetapi tiada tempat untuk berniaga pun tak boleh maju. Jadi peluang inilah diberikan oleh Masjid As-Salam bagi membangun ekonomi ummah. Ada juga yang kita beri peluang tetapi mereka tidak mahu, itu tidak bolehlah kita buat apa-apa.

Radzi: Yang terakhir, memandangkan Masjid As-Salam mendapat anugerah masjid kariah terbaik, adakah kerajaan memberikan insentif kepada masjid?

Hj Yasim: Owh, tiada. Saya melihat kerajaan masih lagi tidak prihatin dengan aspek ini. Langsung tiada apa-apa insentif, sedangkan..sekejap saya tunjukkan. Masjid-masjid boleh dikatakan tiap-tiap minggu datang, dari Perak, Grik, Ulu Kinta dan lain-lain. Ini adalah bukti yang memang ramai datang, jauh dan dekat, dan datang dengan rombongan daripada Terengganu, Pahang.

Radzi; Ini, mereka datang ke Masjid, apa yang dibincangkan ye haji?

Hj Yasim: Owh, kalau datang ke Masjid. 3 jam, saya buat presentationlah. Bangunkan masjid macam mana dan bagaimana. Selalu kalau mereka datang, mereka bukan hanya berkunjung, tetapi saya akan buatkan kursus untuk mereka. Sekurang-kurangnya 3 jam mereka berada di masjid, macam nilah. Selalunya orang masjidkan, jadi kita berkongsilah apa yang kita lalui, pengalaman kita, kejayaan kita.

5.7 RUJUKAN

1. Al-Quran Al-Karim.

2. Kamus Dewan Edisi Keempat. 2013. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. Yusuf Qaradhawi. 2012. Matlamat dan Fungsi Ekonomi Islam. Ciri-ciri Unggul Masyarakat Islam yang kita idamkan. Kuala Lumpur: Penerbitan Seribu Dinar.

4. Md. Akhir Hj. Yaacob. 1986. Peringkat-peringkat Jihad. Jihad: Kaedah dan Perlaksanaannya.

Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar.

5. Ahmad Sunawari Long. 2009. Metodologi Kajian. Pengenalan Metodologi Penyelidikan Pengajian Islam. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

6. Kamal Azmi Abd. Rahman, Muhd. Yusof Marlon Abdullah, Ahmad Faqih Ibrahim, Nurzatil Ismah Azizan, Zanariah Dimon, Sahlawati Abu Bakar. 2015. Metodologi Penyelidikan, Asas-asas

81

Ilmu Penyelidikan Islam. Bangi: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

7. Muhammad Said Ramadhan Al-Buti. 2008. Fiqh Al-Sirah. Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar (DPF).

8. Abdul Latip Talib. 2010. Khalifah-khalifah yang benar. Kuala Lumpur: PTS Litera Utama.

9. Syeikh Muhammad Al-Ghazali. 2010. Fiqh Sirah. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.

10. Sudin Haron dan Wan Nursofiza Wan Azmi. 2009. Fundamentals of Islamic Economic System.

Islamic Finance and Bamking System. Shah Alam: McGraw-Hill.

11. Imam Hassan Al-Banna. 2003. Menuju Sinar Cahaya. Himpunan Risalah Imam Hassan Al-Banna. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.

12. Al-Ghazali. 2013. Hartaku ke Tabuk. Abdul Rahman bin Auf. Selangor: PTS Litera Utama.

13. Aizuddinur Zakaria. 2013. Miliki Paradigma Kaya. Rahsia Jutawan Islam Abdul Rahman bin Auf. Selangor. PTS Professional Publishing.

14. Lokman Ab. Rahman, Musa Ahmad. 1996. Pengantar Sains Pengurusan Masjid. Melaka: Majlis Agama Islam Melaka & Kolej Islam Melaka.

15. Wawan Susetya. 2013. Berdirinya Masjid Agung Demak Bintara. Senyum Manis Wali Songo.

Selangor: Ar-Risalah Product.

16. Abd Latif Juffri@Al-Jufri. 2014. Berhadapan dengan masyarakat Hindu. Pendekatan Dakwah Wali 9. Johor: Majlis Agama Islam Negeri Johor.

18. Mohd Ismail Mustari, Bushrah Basiron, Azhar Muhammad. 2013. Menginovasi Masjid Mensejahtera Ummah. Johor Bahru: UTM Press.

19. Dr. Ab. Aziz bin Mohd. Zin. 1999. Psikologi Dakwah. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam

Dalam dokumen Strategi Pembangunan Ekonomi Masjid As S (Halaman 71-83)

Dokumen terkait