• Tidak ada hasil yang ditemukan

Teori maslow terhadap motivasi menjadi

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Teori maslow terhadap motivasi menjadi"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

Abraham Maslow melihat individu sebagai sesuatu yang berintergrasi dan penyusunan keseluruhan. Contohnya seorang insan yang lapar, ianya bukan sebahagian daripada individu tersebut sebaliknya keseluruhan diri individu menunjukkan rasa lapar. Teori Maslow ini ada berkaitan dengan personaliti dan menitikberatkan beberapa andaian yang berkaitan dengan motivasi. Beliau menekankan keseluruhan diri individu bergerak, bukan hanya sebahagian daripada individu. Pendekatan Humanistik melibatkan teori-teori yang melihat kepada nilai-nilai kemanusiaan dalam perkembangan potensi individu. Pendekatan Humanistik mementingkan pendekatan moral dan potensi individu. Konsep Humanistik sangat penting kerana ia melihat beberapa aspek iaitu dari segi nilai manusia, hak individu, tindakan diri dan harga diri dalam menentukan sesuatu tindakan yang diambil. Pendekatan Humanistik berpendapat pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaannya. Setiap individu mempunyai potensi dan keinginan mencapai kecemerlangan kendiri. Dalam Teori Hieraki Keperluan Maslow menerima tentang adanya tenaga manusia untuk berkembang dengan sihat dan mampu mencapai kesempurnaan. Abraham Maslow memandang manusia dengan penuh optimistik. Teori ini dikenali sebagai Teori Hieraki Keperluan. Beliau berpendapat bahawa perkembangan personaliti atau sahsiah individu banyak bergantung kepada keperluan yang paling dominan pada dirinya. Pada tahun 1954 Teori Hieraki Abraham Maslow mula diperkenalkan setelah terbit bukunya yang berjudul Mativation and Personality.

(2)
(3)

Personaliti yang dibincangkan oleh Abraham Maslow lebih kepada keperluan individu. Maslow sering mengaitkan perkembangan personaliti dengan motivasi. Motivasi lahir dari keperluan yang diperolehi oleh setiap individu. Maslow berpendapat sebilangan keperluan dalaman yang menggerak dan mengarahkan perlakuan yang dipamerkan oleh individu. Keperluan yang ditunjukkan oleh Maslow boleh dilihat dalam bentuk hieraki. Motivasi intrinsik mendorong manusia mencapai kejayaan dengan cemerlang dan biasanya berlaku secara spontan tanpa kawalan atau rangsangan luar.

Abraham Maslow menerangkan segala keperluan ini sebagai semulajadi yang bermakna kualiti yang diperturunkan secara biologi yang kuat pengaruhnya terhadap tingkah laku. Segala keperluan ini dapat dihapuskan melalui proses pembelajaran, tuntutan budaya, ketakutan dan tidak menyetujuinya. Segala keperluan ini diwarisi sejak lahir tetapi tingkah laku untuk memenuhi segala keinginan adalah dipelajari dan menyebabkan tingkah laku ini berbeza daripada seseorang dengan seseorang yang lain. Keperluan-keperluan ini mengikut urutan dari keperluan paling utama kepada keperluan yang lemah. Keperluan di peringkat bawah sekali adalah keperluan yang mesti dipenuhi sebelum keperluan di peringkat yang lebih tinggi diberi keutamaan.

Bukan kesemua keinginan ini perlu dipenuhi pada masa sama. Hanya satu keperluan yang akan mendominasikan personaliti kita. Keperluan ini adalah bergantung kepada keperluan-keperluan lain yang telah dipenuhi. Pada pendapat Maslow keutamaan keperluan-keperluan ini boleh berubah-ubah ataupun bertukar mengikut situasi.

(4)

terletak pada bahagian atas hieraki hanya timbul setelah segala keperluan fisiologi dan keperluan keselamatan dipenuhi. Pada zaman kanak-kanak keperluan fisiologi dan keperluan keselamatan amat diperlukan. Semasa remaja keperluan kasih sayang dan penghargaan akan diperlukan. Sewaktu pertengahan umur keperluan kesempurnaan kendiri hanya akan wujud. Kegagalan memenuhi keperluan-keperluan yang terletak pada bahagian bawah hieraki akan menimbulkan pelbagai masalah. Maslow menamakan keperluan peringkat bawahan ini sebagai deficit atau deficiency of needs. Keperluan peringkat atasan dapat dipenuhi atau dipuaskan maka didapati hidup akan menjadi lebih bermakna, jangka hayat akan lebih panjang dan menambah kecekapan biologi. Maslow menamakan keperluan peringkat atasan sebagai keperluan growth atau being of needs. Kepuasan memenuhi keperluan peringkat atasan memerlukan keadaan atau suasana luaran dari sudut sosial, ekonomi dan politik yang baik dan harmoni. Dengan memenuhi kepuasan peringkat bawahan tidak bergantung kepada suasana atau faktor luaran. Menurut kajian Maslow sesuatu keperluan itu tidak semestinya dipenuhi dengan sepenuhnya sebelum sesuatu keperluan lain dalam hieraki menjadi penting atau dipenuhi. Maslow menerangkan bahawa hanya 85% keperluan fisiologi yang mesti dipenuhi, 70% keperluan keselamatan, 50% keperluan penghargaan dan kasih sayang, 40% penghargaan kendiri dan hanya 10% keperluan kesempurnaan kendiri.

(5)
(6)

dan mendapat kejayaan sosial. Keperluan penghargaan kendiri dibahagikan kepada dua jenis iaitu penghargaan terhadap diri sendiri dan penghargaan yang diberikan oleh orang lain. Jika keperluan penghargaan kendiri dapat dipenuhi dengan sebaiknya ia boleh membuatkan individu memiliki keyakinan diri dan lebih berdikari. Keadaan ini akan menyebabkan individu tersebut menjadi lebih produktif. Bagi mendapatkan penghargaan daripada orang lain diperlihatkan daripada keperluan untuk mendapatkan kemasyhuran, pengiktirafan, penghormatan dan sebagainya. Jika keperluan ini tidak tercapai ia akan menimbulkan masalah seperti tidak bermotivasi, berserah, sentiasa mengharapkan pertolongan orang lain, rasa rendah diri, takut, tidak bermaya, takut dikritik oleh orang lain dan suka melihat kekurangan diri sendiri.

Maslow juga menyebut terdapat perbezaan di antara keperluan di peringkat tinggi. Antaranya keperluan di peringkat tinggi wujud lewat di dalam pertumbuhan diri kita dan kewujudannya secara beransur-ansur. Oleh kerana lebih tinggi keperluan itu ianya lebih istimewa kepada individu tersebut. Keperluan fisiologi wujud sebaik sahaja individu lahir ke dunia. Keperluan penghargaan kendiri timbul di peringkat remaja dan dewasa. Manakala keperluan kesempurnaan kendiri wujud selepas pertengahan umur. Kepuasan memenuhi keperluan di peringkat tinggi akan membawa erti yang mendalam kepada diri individu tersebut seperti gembira. Keperluan di peringkat tertinggi iaitu keperluan kesempurnaan kendiri dianggap sebagai keperluan pertumbuhan. Keperluan-keperluan di peringkat rendah adalah keperluan yang semestinya dilalui oleh setiap individu bagi mengekalkan kestabilan.

(7)

yang perlu dicapai agar manusia terus bermotivasi ke arah pencapaian yang lebih tinggi. Dalam keperluan perkembangan pula, pencapaian intelek, estetika dan penyempurnaan kendiri akan tercapai apabila keperluan kekurangan dipenuhi. Kita akan cuba merealisaikan kebolehan kita agar menjadi manusia yang sempurna. Dalam heiraki Maslow implikasi terhadap guru adalah guru sebagai model peniruan. Guru menggunakan kaedah demonstrasi dengan contoh-contoh yang relevan. Di samping itu guru perlu menyediakan situasi pembelajaran tanpa gangguan dan menarik perhatian murid dengan motivasi yang sesuai. Oleh itu ia dapat mengekalkan ingatan murid dengan mendemonstrasikan langkah-langkah secara lebih sistematik. Guru perlu memberi peneguhan yang positif selepas reproduksi.

Abraham Maslow ialah seorang tokoh humanistik yang mengaitkan motivasi instriktik dengan pembelajaran individu dalam teori keperluan beliau. Keperluan adalah kehendak manusia bagi menyempurnakan keadaan kekurangan, gangguan dan ketidakseimbangan dalam dirinya. Keperluan manusia dapat diklasifikasikan kepada keperluan fisiologi dan keperluan psaikologi ialah keperluan sekunder. Abraham Maslow (1970) berpendapat individu akan memenuhi keperluan asas terlebih dahulu sebelum memenuhi keperluan sekunder.

(8)

Model Maslow berbentuk peringkat itu adalah perkembangan ontologi individu kerana setiap peringkat perkembangan perlu dilalui oleh individu. Contohnya sewaktu bayi memerlukan perlindungan keselamatan, diikuti dengan kasih sayang dan penghormatan diri. Keperluan ini terus bertambah sehingga ke peringkat penyempurnaan kendiri.

Kajian Maslow mendapati semakin tinggi keperluan individu, semakin berkurangan pergantungan pada persekitaran sosial. Ini kerana individu menggunakan pengalaman lampau bagi menentukan tingkah lakunya. Pada masa ini, motivasi bergantung kepada kemahuan dalaman, kemampuan, potensi, bakat dan kreativiti impuls individu. Sementara itu persekitaran sosial adalah faktor desakan dalam mencapai kemahuan ini. Sebab itulah Maslow menamakan keperluan peringkat terbawah sebagai keperluan kekurangan dan peringkat paling tinggi sebagai peringkat perkembangan.

(9)

kepuasan dalam kehidupan, ketenangan dan kebahagiaan dalam kehidupan. Ciri-ciri yang menunjukkan bahawa seseorang itu telah mencapai tahap kesempurnaan kendiri ialah mempunyai persepsi yang jelas tentang realiti, penerimaan terhadap diri sendiri, orang lain dan persekitaran, suka mempermudahkan dan berkecuali, berdedikasi terhadap sesuatu sebab, memerlukan kepada hak diri, menikmati pengalaman hidup walaupun mudah dan asas, minat untuk bersosial, toleransi dan dapat menerima orang lain, kreativiti dan keaslian serta penolakan terhadap tekanan sosial.

Oleh yang demikian tingkah laku manusia berubah apabila terdapat kekurangan keperluan terhadap dirinya. Keperluan kesempurnaan kendiri di kalangan murid-murid adalah amat penting untuk mengelakkan berlakunya kemerosotan disiplin.

(10)

bimbingan supaya potensi mereka dapat diperkembangkan lagi ke tahap optimum. Teori Humanistik mengiktiraf murid-murid adalah manusia biasa mempunyai sikap, perasaan, emosi, kepercayaan dan harapan yang tertentu. kendiri yang unik. Justeru itu, Teori Humanistik menegaskan kepentingan cara pengajaran dan pembelajaran yang dapat mematuhi kehendak individu mengikut perkembangan emosinya. Humanisme mementingkan keunikan murid dan kewibawaan guru serta aspek afektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Faktor penyebab kegagalan manusia mencapai kesempurnaan kendiri ialah semakin tinggi kedudukan keperluan dalam susunan hieraki semakin lemah atau semakin sukar atau tidak perlu mencapainya. Faktor corak atau amalan pendidikan diterima menyebabkan keinginan mendapatkan keperluan yang tinggi tidak timbul. Kawalan yang keterlaluan ke atas kanak-kanak . Individu tersebut takut mengembangkan potensi yang ada pada dirinya kerana takut menemui kegagalan atau melihat kekurangan yang ada pada dirinya.

(11)

mengikut perkembangan emosinya. Humanisme mementingkan keunikan murid dan kewibawaan guru serta aspek afektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Faktor penyebab kegagalan manusia mencapai kesempurnaan kendiri ialah semakin tinggi kedudukan keperluan dalam susunan hieraki semakin lemah atau semakin sukar atau tidak perlu mencapainya. Faktor corak atau amalan pendidikan diterima menyebabkan keinginan mendapatkan keperluan yang tinggi tidak timbul. Kawalan yang keterlaluan ke atas kanak-kanak . Individu tersebut takut mengembangkan potensi yang ada pada dirinya kerana takut menemui kegagalan atau melihat kekurangan yang ada pada dirinya.

Referensi

Dokumen terkait

[r]

Oleh sebab itu, untuk mengatasi resiko ancaman kerusakan lingkungan terhadap wilayah Selat Rupat yang sangat peka ini, perlu dilakukan pengendalian pencemaran

Proses penyampaian produk kepada pelanggan untuk mencapai tujuan perusahaan berupa penjualan produk yang optimal, maka kegiatan pemasaran dijadikan tolak ukur, dengan

1) Tahap pertama yaitu survey lokasi air rob, tahap ini bertujuan untuk mengobservasi air rob yang akan dimurnikan. Observasi air rob bertujuan untuk mengamati

Terdapatnya pengaruh yang positif antara kepemimpinan, lingkungan kerja dan iklim organisasi terhadap semangat kerja karyawan dikarenakan seseorang pemimpin

B. Siswa memiliki sikap sosial berani bertanya, berpendapat, mau mendengar orang lain, bekerjasama dalam diskusi di kelompok sehingga terbiasa berani bertanya, berpendapat,

Jika polisi dibatalkan dalam tempoh ini, kami akan membayar balik anda nilai unit (pada harga unit tarikh penilaian berikutnya selepas tarikh pemberitahuan) tambah dengan premium

Logam alkali sangat reaktif disebabkan oleh: 1) Elektron valensi 1, sehingga EI rendah. Bukti sangat reaktifnya logam alkali: 1) Sangat reaktif terhadap air. 2) Pembentuk basa