• Tidak ada hasil yang ditemukan

AGENDA MEMPERKASA PENYAMPAIAN GURU UGAMA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "AGENDA MEMPERKASA PENYAMPAIAN GURU UGAMA"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

hrdy/08M0751/ubd/April2009 Tugasan PI5403 (TPPI) Halaman | 1

AGENDA MEMPERKASA PENYAMPAIAN GURU UGAMA :

CABARAN TEKNOLOGI SEMASA

1.

Seluruh dunia kini sedang mengalami perubahan dan perkembangan yang amat pesat

dalam berbagai aspek kehidupan. Ini meliputi kehidupan politik, sosial, ekonomi,

pendidikan, pengurusan, pentadbiran, ilmu, budaya, kesenian, dan sebagainya. Suatu

perkara yang pasti ialah kuasa penggerak dan pencetus perubahan dunia hari ini ialah

dunia barat. Dalam konteks perubahan ilmu, cengkaman barat dan pemikiran evolusi

merupakan dua perkara yang mesti difahami dan ditangani oleh umat Islam khususnya

mereka yang terlibat secara langsung dalam dunia pendidikan dan dalam aktiviti

pengajaran dan pembelajaran. (Ismail & Sahri 1994) PENDAHULUAN

Adalah suatu perkara yang tidak perlu dipertikaikan lagi bahawa Islam adalah suatu

agama yang amat menitikberatkan soal ilmu pengetahuan. Wahyu pertama yang

diturunkan oleh Allah subhanahu wata’ala merupakan satu arahan untuk membaca (dari

segi teorinya) dan menuntut ilmu pengetahuan (dari segi praktisnya), iaitu Firman Allah

(Surah al-Alaq : 1 – 5) ;

“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Paling Pemurah. Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan qalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.”

Ruang lingkup ilmu pengetahuan adalah amat luas dan mencakupi pelbagai bidang dan

sub-bidang. ICT umpamanya merupakan salah satu daripada bidang ilmu yang perlu

(2)

hrdy/08M0751/ubd/April2009 Tugasan PI5403 (TPPI) Halaman | 2

2.

Menurut Profesor Madya Dr Tajul Ariffin Noordin, guru adalah penggerak dalam

pembangunan ummah dan menjadi guru bukanlah semata-mata memegang satu pekerjaan,

malah gurulah yang sebenarnya mencorakkan masa depan anak-anak untuk menjadi insan

intelek yang berwibawa. Gurulah yang dapat menyelamatkan anak bangsa daripada

menjadi mangsa arus pembangunan dan gurulah yang menjadi penggerak untuk

menghasilkan generasi yang cemerlang dari segi kerohanian dan kebendaan, dan

kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat (Ismail & Sahri 1994). Profesion Guru Agama sebagai penggerak motivasi pelajar

Di antara peranan guru secara ringkas mestilah seorang yang mempunyai kuat pegangan

amalan agama, disamping mempunyai minat dan iltizam yang tinggi dan mantap terhadap

tugasnya selaku seorang pendidik. Terus belajar, mencari, menerokai, mendalami dan

mengajar ilmu dengan penghayatan konsep ibadah (Ismail & Shari 1994).

Guru yang mempunyai daya usaha tidak akan terperangkap dengan rutin kerja yang

membosankan murid-murid dan para pelajar. Guru-guru profesional sentiasa memikirkan

dan mencuba pendekatan atau kaedah mengajar yang baru supaya pengajarannya menarik

dan berkesan. Sifat ingin tahu akan mendorong guru untuk sentiasa menambahkan

pengetahuannya. Ia akan sentiasa mempelajari dan menyesuaikan diri dengan

perubahan-perubahan sama ada dalam perspektif kurikulum ataupun pedagogi, di samping berusaha

melengkapkan diri dengan berbagai jenis ilmu pengetahuan dan penguasaan kemahiran.

Untuk menyampaikan pengajaran dengan yakin, guru harus menguasai pengetahuan yang

luas serta mendalam. Ini hanya boleh dicapai jika guru mengamalkan budaya suka

membaca. Keberkesanan penyampaian amat bergantung kepada kemahiran berkomunikasi.

Guru yang bijak berkomunikasi akan membolehkan murid-muridnya (dan para pelajarnya)

mengikuti pengajaran yang diajar dengan berkesan. Kemahiran berfikir akan membantu

menyampaikan pelajaran sepenuhnya mengikut rancangan yang disediakan. Murid-murid

dan para pelajar akan terangsang dengan setiap fakta yang disampaikan. Sememangnya

kemahiran berfikir yang baik merupakan syarat penting untuk meningkatkan kualiti

(3)

hrdy/08M0751/ubd/April2009 Tugasan PI5403 (TPPI) Halaman | 3

3.

Membincangkan perihal kaedah pengajaran bagi guru-guru khasnya guru-guru agama

sebenarnya memang banyak. Di antaranya yang seringkali digunapakai ialah seperti

kaedah kuliah (termasuk syarahan dan penerangan secara lisan), kaedah perbincangan

(diskusi), soal jawab, simulasi, nasihat, peragaan, lakonan dan seumpamanya. Selaras

dengan perkembangan semasa kini, teknologi pendidikan boleh dianggap sebagai salah

satu alat atau bahan pengajaran yang lebih bersistematik.

Memperkasa Penyampaian Guru Agama : Cabaran Teknologi Semasa

Menurut Profesor Madya Dr Hj Su’aidi (2009), Teknologi Pendidikan adalah merupakan

satu sistem latih guna teknologi dan media elektronik moden secara terancang bagi

menghasilkan kecekapan (eficacy) dan keberkesanan (efficiency) dalam pengajaran dan

pembelajaran. Ia juga merupakan satu cabang disiplin pendidikan yang mengutamakan

penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam bidang pendidikan dan latihan.

Antara lain cabaran semasa yang perlu dihadapi oleh guru ugama ialah penggunaan

teknologi di dalam proses pengajaran mereka. Guru-guru kini tidak boleh hanya

bergantung sepenuhnya kepada buku-buku teks semata-mata malah mereka haruslah

peka dengan perubahan drastik masakini.

Dengan meninjau perkembangan pendidikan di Negara Brunei Darussalam, Teknologi

Pendidikan kini berupaya dan berpotensi mengubah sistem pendidikan terutama dalam

pengajaran guru dan pembelajaran pelajar. Selain itu juga, kaedah ‘Chalk & Talk” sebagai salah satu kaedah tradisional dan merupakan kaedah yang paling dominan dalam hampir

majoriti institusi pendidikan di seluruh dunia perlu diubah atau mungkin dikurangkan

dengan mengintegrasikannya kepada teknik baru iaitu ‘Click & Surf’. Dan sebagai langkah untuk mempertingkatkan keupayaan para guru dalam penyampaian pengajarannya, maka

SPN 21 (Sistem Pendidikan Negara Abad ke-21) kini menjadi pelan induk untuk membina

sistem pendidikan baru di Negara Brunei Darussalam yang boleh dikatakan memenuhi tren

semasa (Su’aidi 2009). Di antara fokus dan bidang pembelajaran dalam SPN21 ialah

kemahiran ICT yang merupakan keperluan asas yang perlu dikuasai oleh pelajar-pelajar

(4)

hrdy/08M0751/ubd/April2009 Tugasan PI5403 (TPPI) Halaman | 4

Dalam usaha untuk memperkasa penyampaian guru agama, Profesor Madya Dr. Tajul Ariffin

Noordin dan Profesor Madya Dr Nor’ Aini Dan (2002) ada menggariskan beberapa perkara

yang berkaitan terutama dalam proses pengajaran dan pembelajaran, iaitu antara lainnya

seperti berikut ;

(1) Sebelum mengajar guru perlulah menstruktur pengajarannya supaya dapat membina

akhlak muslim dalam setiap tajuk pelajaran yang diajar. Dalam kata lain, pembinaan

dan penghayatan akhlak muslim perlu dibina merentasi tajuk-tajuk kuliah.

(2) Sumber asas pendidikan Islam adalah wahyu iaitu Al-Qur’an dan As-Sunnah. Di

samping itu guru perlu membaca sumber-sumber dalam bidang lain seperti sastera,

ekonomi, sains, teknologi, industri dan lain-lain. Tujuannya ialah untuk melahirkan

guru yang mempunyai pengetahuan luas dalam pelbagai bidang.

(3) Isi pengajaran perlulah dikaitkan dengan isu-isu semasa dan aplikasi sosial, sains,

ekonomi dan teknologi. Dengan cara ini dapatlah prinsip-prinsip Islam dihayati ke

dalam kehidupan. Pendekatan ini dapat membantu ke arah usaha menjadikan Islam

sebagai satu cara hidup.

(4) Perlu dilaksanakan kemahiran inkuiri ke dalam setiap tahap pengajaran sama ada

pendahuluan, perkembangan dan penutup. Ini bermaksud pelajar digalakkan berfikir

dan menyelesaikan sendiri sesuatu masalah. Guru berperanan sebagai pembimbing.

Dengan cara ini dapatlah dikembangkan potensi berfikir dan penyelesaian masalah

di kalangan pelajar. Walau bagaimanapun, guru perlu memastikan proses berfikir dan

proses penyelesaian masalah mematuhi prinsip-prinsip yang digariskan dalam

Al-Qur’an dan As-Sunnah.

(5) Di akhir pengajaran guru-guru diharap akan membina hikmah, pengajaran atau

kebaikan sesuatu tajuk yang dipelajari dalam kaitannya dengan realiti kehidupan

yang sebenar. Aktiviti ini akan menimbulkan kesedaran dan keinsafan di kalangan

pelajar betapa pentingnya Islam sebagai teras kehidupan.

(6) Seperti biasa, guru mestilah melakukan penilaian di akhir pengajaran. Ini bertujuan

untuk memastikan matlamat, objektif, isi pengajaran dan aktiviti-aktiviti pengajaran

yang dilaksanakan berkesan dan berjaya. Andainya belum berjaya perlulah diperbaiki

(5)

hrdy/08M0751/ubd/April2009 Tugasan PI5403 (TPPI) Halaman | 5

Sehubungan dengan itu, pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran sebahagian

besarnya bergantung kepada tahap kejayaan komunikasi di antara guru dengan murid dan

pelajar. Komunikasi dalam aktiviti dan penyampaian pengajaran yang dirancang akan

berkembang kepada interaksi multi-dimensi di mana guru bertindak sebagai fasilitator

yang menggerakkan pemindahan ilmu dan kemahiran. Disamping itu penggunaan alat

bantu mengajar yang melibatkan panca indera secara integral juga boleh meyakinkan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih kemas, pemahaman yang lebih kukuh dan

bermakna. Justeru, penggunaan ICT sebagai salah satu sumber (SPP – Sumber Pengajaran

dan Pembelajaran) dalam pengajaran dan pembelajaran sangat penting ke arah

meningkatkan keberkesanan hasil pembelajaran. Kreativiti, inovasi, kemahiran dan

kecekapan guru agama dalam penyampaian dan penambahbaikan yang berterusan

merupakan cabaran dalam karier dan profesion perguruan (Su’aidi 2009).

4.

Teknologi Pendidikan mempunyai hubungkait yang rapat dengan Teknologi Maklumat.

Teknologi maklumat merujuk kepada segala unsur teknologi yang ada kaitan dengan proses

mengendali informasi yang mengandungi maklumat tentang sesuatu dalam bentuk teks,

imej, video dan audio. Teknologi maklumat juga didefinisikan sebagai “pemerolehan,

pemprosesan, penyimpanan dan penyebaran vokal, gambar, teks dan informasi berangka

(numeric) oleh alat-alat mikro elektronik iaitu gabungan antara komputer dan telekomunikasi” (Zulkiple 2001).

Teknologi Pendidikan dan Teknologi Maklumat : Cabaran untuk guru agama

Cabaran yang ditimbulkan akhir-akhir ini ialah para guru agama khususnya sepatutnya

memanfaatkan sepenuhnya teknologi maklumat untuk kepentingan berdakwah. Realiti

penyebaran teknologi maklumat membuktikan bahawa umat Islam tidak boleh berfikiran

simplistik, mengadaptasi teknologi secara membuta tuli. Malahan pandangan bahawa

kaedah pengajaran tradisional telah lapuk dan ketinggalan zaman juga tidak tepat.

Menurut pendapat Zulkiple Abd Ghani (2001) metode dakwah seperti ceramah, khutbah,

kuliah subuh, usrah dan sebagainya masih boleh digunapakai namun perlu diperkukuhkan

(6)

hrdy/08M0751/ubd/April2009 Tugasan PI5403 (TPPI) Halaman | 6

memperkukuhkan kaedah pengajaran tradisional, perkembangan teknologi maklumat juga

perlu dikuasai oleh umat Islam terutama guru agama, bukan sekadar menjadi pengguna

(consumers), tetapi menjadi pencipta dan pembentukan minda kepada pembangunan teknologi sama ada perkakasan atau pun perisian.

Memandangkan pengajaran adalah satu profesion, maka guru agama perlu arif dalam

bidang pedagogi, mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang ilmu, kreatif dan

inovatif. Selain itu, memandangkan pelajar-pelajar mempunyai latar belakang yang

pelbagai, maka guru perlu menggunakan pelbagai pendekatan, strategi, teknologi dan

bukan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P & P) supaya bilik darjah

dapat dijadikan sebagai masyarakat pelajar (community of learners) dan masyarakat pembelajaran (community of learning), dan dengan penggunaan minda melalui konsep kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif akan menghasilkan pelajar yang berfikir.

Untuk membentuk minda pelajar, maka sekolah perlu ada teknologi canggih, terkini dan

serbaguna (multipurpose) (Saifuddeen 2000).

Manakala menurut Hamidah Baba (1993) pula, teknologi hanyalah enabler, dan setiap teknologi ada kelebihan dan kekurangannya. Oleh itu guru perlu arif dalam memilih

teknologi yang sesuai bagi kegunaan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pada

keseluruhannya menurut beliau lagi, penggunaan teknologi dalam pendidikan boleh

meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran, memperkenalkan atau

mengukuhkan sokongan tutorial kepada pelajar, meluaskan penyiaran televisyen dan radio untuk membantu guru memberi kejelasan tentang aspek-aspek sukatan pelajaran yang

sukar difahami oleh para pelajar apabila tiada media dan teknologi untuk berbuat

demikian; dan seterusnya menyeimbangkan secara tepat antara kos, masa dan kualiti

program pengajaran.

Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah merupakan satu perkembangan yang

amat penting dalam era globalisasi pada zaman ini. Kesannya yang begitu besar kepada

umat manusia amnya dan para guru agama khususnya serta umat Islam yang berada di

(7)

hrdy/08M0751/ubd/April2009 Tugasan PI5403 (TPPI) Halaman | 7

Walaupun banyak unsur-unsur negatif daripada ledakan informasi yang terdapat dalam

internet sebagai multimedia penyebar maklumat yang terpantas, namun masih terdapat juga sebahagian laman web yang telah disediakan di dalam internet oleh badan-badan

yang bertanggungjawab untuk memberikan penjelasan-penjelasan yang up-to-date dan

bersesuaian dengan ajaran Islam khususnya menyentuh tentang agama Islam. Adalah

penting bagi umat Islam khususnya para guru agama untuk mengkaji bagaimana laman web

dan internet serta kemajuan di dalam bidang ICT dapat dimanfaatkan untuk tujuan

dakwah iaitu untuk memperbetulkan keimanan, menguatkan keimanan dan membetulkan

konsep tentang Islam kepada murid dan pelajar khususnya, dan pada waktu yang sama,

cuba memberikan gambaran yang sebenar tentang Islam dalam konteks masyarakat dunia

yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama ini.

Pengisian yang baik, teknologi yang lebih canggih, pendekatan dan metodologi yang

teratur untuk berdakwah adalah nadi kepada keberkesanan ajaran Islam. Dalam ertikata

yang lain, guru agama perlukan ilmu pengetahuan yang dinamik dan up-to-date sekiranya ingin berjaya. Jika ditinjau dengan teliti, terlalu banyak ayat Al-Qur’an dan Hadith

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam serta sirah perjalanan para Sahabat baginda dan

tamadun peradaban Islam yang mengemukakan kepentingan ilmu pengetahuan dan

kedudukan orang-orang yang berilmu (Saifuddeen 2000). Dalam Al-Qur’an ada

mencatatkan, Firman Allah (Surah al-Zumar : 9) ;



“Katakanlah : Adakah sama orang-orang yang mengetahui yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.”

ICT tidak boleh dipangang negatif oleh umat Islam. Secara dasarnya, teknologi tidak

membawa bersama-samanya unsur-unsur negatif. Sebaliknya yang menjadikan sesuatu

teknologi itu baik atau buruk adalah penggunanya. Kita sebagai pengguna adalah orang

yang bertanggungjawab dalam mencorakkan pengisian dan penggunaan aplikasi-aplikasi

(8)

hrdy/08M0751/ubd/April2009 Tugasan PI5403 (TPPI) Halaman | 8

ICT juga adalah sebenarnya satu bukti kekuasaan Allah subhanahu wata’ala sebagaimana

firmanNya dalam al-Qur’an (Surah Fussilat : 53) ;



“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di ufuk-ufuk (segenap penjuru) dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa al-Qur’an itu adalah benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?”

Menurut ulasan Ustaz Muhammad ‘Uthman El-Muhammady, “ufuk-ufuk” merangkumi

“ufuk-ufuk dunia maya elektronik yang wujud di dalam abad informasi ini.”

ICT juga merupakan satu teknologi untuk menyebarkan ilmu. Al-Qur’an sebagai misalan kini

telah dikomputerkan dalam satu cakera padat (CD), mu’jam (indeks al-Qur’an) boleh

didapati secara segera melalui cakera padat, terjemahan dan tafsir al-Qur’an dan hadith

dibuat dalam pelabagai bahasa dan berbagai kelebihan lagi. Perisian-perisian lain seperti

Fiqh Ibadat, zakat, ilmu-ilmu agama yang lain turut dimuatkan dalam bentuk yang dinamik

dan mudah difahami. Guru agama harus memanfaatkan teknologi maklumat ini. Terdapat beberapa laman web yang wujud dalam internet bagi memberi ruang kepada pendidikan

agama, malah sebagai alat untuk menyalurkan idea dan pemikiran. Kini terdapat banyak

organisasi dakwah yang mempunyai laman web sendiri, malah terdapat pensyarah

universiti yang memberikan nota-nota kuliah dengan merujuk kepada laman web

masing-masing.

Teknologi maklumat sama ada berbentuk elektronik mahupun bahan bercetak harus

digunakan secara maksimum. Ini merangkumi program agama di televisyen, rencana agama

yang membina kesedaran baru dan ruang soal jawab yang menjadi media dakwah,

contohnya program-program TV seperti an-Nuur (RTB), al-Kulliyah (TV3), Forum Perdana

(TV1) dan banyak lagi.

Di sekolah-sekolah pula, komputer* biasanya digunakan dalam proses pengajaran dan

(9)

hrdy/08M0751/ubd/April2009 Tugasan PI5403 (TPPI) Halaman | 9

khususnya melalui e-mail. Penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran dirancang

dengan teliti untuk menghasilkan pembelajaran yang bermakna. *[Sebanyak 40 buah

komputer apple macbook disediakan dan dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan,

Negara Brunei Darussalam hampir ke semua sekolah-sekolah rendah dan menengah di

bawah projek mobitel. Sementara Kementerian Hal Ehwal Ugama pula membekalkan 26 buah komputer ke sekolah-sekolah ugama di bawah projek inTel ].

Pembelajaran secara elektronik (e-learning) sebagai satu sistem pengajaran dan

pembelajaran yang mengeksploitasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang memberi kelebihan mudah capaian, fleksibel, selesa, jimat, kitar semula dan tanpa ruang.

Ia lebih bersifat berorientasikan pelajar, mengaplikasi kaedah perantaraan teknologi

sebagai ganti persemukaan, analatikal dan guru sebagai pengurus sistem atau fasilitator (Nor Mamat 2008). Dalam e-learning, interaksi pelajar banyak berlaku menerusi medium

ICT seperti e-forum, e-mel, telefon, audio-visual ataupun tele-video konferensi.

5.

Konsep etika berguru serta etika mendengar amat dititikberatkan dalam tamadun

peradaban Islam, umpamanya oleh Imam al-Ghazali dalam Ihya ‘Ulumuddin, Ibnu Khaldun

dalam Muqaddimah, az-Zarnuji dalam Adab Al-‘Alim Wa-al-Muta’allim atau Prof. D. Ahmad

Syalaby dalam Tarikh at-Tarbiyyat al-Islamiyyah. Beberapa prinsip perguruan dan etika

menuntut ilmu tidak mampu dilaksanakan dalam persekitaran cara belajar yang didominasi

oleh medium ICT yang keterlaluan. Konsep pendidikan berhikmah dan mau’izzah hasanah

(nasihat teladan yang baik) tidak mampu dihayati oleh medium yang kaku dan bisu tanpa

disertai oleh akal dan emosi. Malahan konsep penyampaian ilmu itu sendiri juga perlu

dengan kesesuaian yang berbeza, sebagai menepati kaedah komunikasi Islam iaitu ‘setiap tutur kata adalah mengikut kesesuaian kondisinya.’

KESIMPULAN

Firman Allah (Surah al-Isra’ : 125) ;

(10)

hrdy/08M0751/ubd/April2009 Tugasan PI5403 (TPPI) Halaman | 10

mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.”

Para guru agama perlu peka dan berusaha untuk menyamaratakan dan menggabungkan

kepesatan teknologi komunikasi dengan kekuatan dan kemantapan aqidah dan syari’ah

Islam dalam diri mereka. Pegangan dan penerapan asas-asas aqidah dan syari’ah Islam

dapat menolong para pendidik Islam khususnya dalam menangkis anasir perosak dan

pengaruh dari luar.

Selaras dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan

Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersempena Pertandingan Membaca Kitab

Suci Al-Qur’an Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan bagi Tahun 1412 Hijrah ;

“...dalam era pembangunan sekarang, umat Islam perlu menyedari hal ini, dan mustahak menumpukan usaha, ke arah menyepadukan ilmu, keimanan dan amal salih itu sebagai teras pembangunan manusia dan negara. Sebab pada hemat beta adalah tidak memadai untuk membangun semata-mata sains dan teknologi kosong daripada tauhid...”

“...berbeza dengan sains dan teknologi yang berintikan tauhid, akan dapat menolong menyelamatkan dunia ini daripada terus menerus terdorong kepada kebinasaan dan kehancurannya...”

Pembangunan sesebuah negara bergantung kepada keupayaan anak bangsa negara itu

sendiri dalam menghasilkan sesuatu yang proaktif dan berkualiti. Bagi mewujudkan umat

Islam yang berupaya memperkasa agama, bangsa dan negara, pencapaian akademik tinggi

saja tidaklah mencukupi, lebih dari itu mereka hendaklah melengkapkan diri mereka

dengan menguasai pelbagai kemahiran di samping menjaga nilai-nilai moral, spiritual dan budaya sebagai anak jati Brunei.

Dalam hal ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal

Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

bertitah sempena Sambutan Hari Keputeraan baginda yang ke-60 tahun, antara lain

(11)

hrdy/08M0751/ubd/April2009 Tugasan PI5403 (TPPI) Halaman | 11

“...Sebagai pelengkap menghadapi cabaran-cabaran global, kita perlu menyiapkan diri dengan kemahiran-kemahiran yang wajar dimiliki, supaya kita dapat bersaing langsung dengan orang lain di segenap bidang...”

Sehubungan dengan itu untuk mempertingkatkan lagi keupayaan bangsa, ilmu

pengetahuan merupakan salah satu elemen penting dalam kemajuan dan kecemerlangan

bangsa dan negara. Ilmu bukan sahaja boleh menyelamatkan sesebuah bangsa dari kancah

kejahilan malah kesejahteraan sesebuah bangsa juga bergantung kepada ilmu

pengetahuan. Tanpa ilmu pengetahuan, kemajuan tidak akan dapat dicapai, keimanan dan

ketaqwaan tidak akan bertambah dan kita menjadi lemah.

Walau bagaimanapun, ada pepatah yang mengatakan ilmu tanpa iman dan iman tanpa ilmu

akan membawa kepada kemudaratan. Terpulanglah kepada seseorang individu terutama

guru agama untuk mencorakkan proses pengajarannya sama ada ingin melihat anak

didiknya berjaya hingga ke menara gading sebagai satu bonus dan ‘saham’ bekalannya untuk di akhirat ataupun sekadar menyampaikan ilmu kepada murid dan pelajar atas dasar

(12)

hrdy/08M0751/ubd/April2009 Tugasan PI5403 (TPPI) Halaman | 12

RUJUKAN / BIBLIOGRAFI

Al-Qur’an al-Karim dan terjemahnya Juz 1 – 30

Dr. Abdurrahman Saleh Abdullah (1990).

(1997). Kuala Lumpur : Pustaka Antara

Sdn Bhd.

Teori-teori Pendidikan Berdasarkan Al-Qur’an

Dr. Zulkiple Abd Ghani (2001).

.

Jakarta : Penerbit Rineka Cipta.

Islam, Komunikasi dan Teknologi Maklumat

Ghazali Darusalam (1996).

. Kuala Lumpur :

Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Dinamika Ilmu Dakwah Islamiah

Ghazali Darusalam (2001).

. Kuala Lumpur : Utusan

Publications & Distributors Sdn Bhd.

Pedagogi Pendidikan Islam

Mohd Nor Mamat (2008). Dimensi

. Kuala Lumpur : Utusan

Publications & Distributors Sdn Bhd.

Dunia ICT Islam Menyelusuri Perspektif Etika dan Sosial

Profesor Madya Dr. Hj. Su’aidi bin Dato’ Hj. Safei (2009).

. Shah Alam : Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), Universiti Teknologi MARA.

Nota Kuliah : Kriteria Guru Agama Profesional

Profesor Madya Dr. Hj. Su’aidi bin Dato’ Hj. Safei (2009).

. Negara Brunei Darussalam : Universiti Brunei Darussalam.

Nota Kuliah : Memilih ABM (alat bantu mengajar) yang sesuai dalam P & P (pengajaran dan pembelajaran)

Profesor Madya Dr. Tajul Ariffin Noordin & Profesor Madya dr Nor’ Aini Dan (2002). . Negara

Brunei Darussalam : Universiti Brunei Darussalam.

Pendidikan & Pembangunan Manusia Pendekatan Bersepadu

Profesor Dr. Hassan Langgulung (1991).

. Selangor Darul Ehsan :

As-Syabab Media.

Kreativiti dan Pendidikan : Suatu Kajian Psikologi dan Falsafah

Profesor Dr. Mohd Nasir bin Omar (2005).

. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Gagasan Islamisasi Ilmu. Kuala Lumpur : Utusan

(13)

hrdy/08M0751/ubd/April2009 Tugasan PI5403 (TPPI) Halaman | 13

Profesor Dr. Yusuf Al-Qardhawi, Penterjemah : Hj. Ahmad Nuryadi Asmawi (2003).

Wawasan Islam antara Keaslian dan Kemodenan

S.S.Husain & S.A.Ashraf, Penterjemah : Maso’od Abdul Rashid (1989).

. Selangor Darul Ehsan : Thinker’s

Library Sdn Bhd.

Krisis-krisis Dalam Pendidikan Islam

_______________, Penyunting : Ismail Hj Ibrahim, Mohd Sahri Abdul Rahman (1994). . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ilmu dan Kecemerlangan dari Perspektif Islam

________________, Penyunting : Shaikh Mohd Saifuddeen Shaikh Mohd Salleh (2000). . Kuala Lumpur : Penerbitan Institut

Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Memahami Islam Melalui Teknologi Maklumat dan Komunikasi

________________, Saringan : Yusoff Zaky Yacob (1978).

. Kuala Lumpur :

Penerbitan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Ilmu-Ilmu Dalam Islam : Siri Al-Imam Al-Ghazali (4)

________________, (2008).

. Kelantan : Syarikat DIAN Sdn Bhd.

Menyemai Tunas Bangsa Berakhlakkan Al-Qur’an

_________________ (2008).

. Negara

Brunei Darussalam : Pusat Da’wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

(14)

hrdy/08M0751/ubd/April2009 Tugasan PI5403 (TPPI) Halaman | 14

LAMPIRAN

AKTIVITI-AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN DI SEKOLAH

Pembentangan pelajar dengan menggunakan microsoft powerpoint di bilik makmal komputer (Computer Lab) membantu pelajar memahami isi pelajaran dengan lebih yakin.

Pembentangan pelajar di bilik makmal Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT Lab) juga merupakan salah satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berorientasikan pelajar

(15)

hrdy/08M0751/ubd/April2009 Tugasan PI5403 (TPPI) Halaman | 15

Program Jerayawara UNISSA (Universiti Islam Sultan Sharif Ali) mengenengahkan program-program yang ditawarkan di peringkat pengajian tinggi disamping sebagai perintis untuk memotivasikan pelajar untuk lebih cenderung ke arah mempertingkatkan

usaha dan minat mereka dalam pembelajaran secara aktif dan kreatif.

(16)

hrdy/08M0751/ubd/April2009 Tugasan PI5403 (TPPI) Halaman | 16

Sesi lawatan sambil belajar seperti ke Mahkamah Syariah juga boleh memperkukuhkan lagi pembelajaran para pelajar secara teori yang dipelajari dalam bilik darjah.

Hj Rose De Yusof bin Hj Mohd Ramlee ( 08M0751 )

Sarjana Pendidikan dalam Pengajian Islam

Institut Pendidikan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Universiti Brunei Darussalam

Referensi

Dokumen terkait

1. Pada setiap bahan inisiasi, aktivitas, dan tugas-tugas tutorial didahului dengan sintaks model siklus belajar, sehingga setiap bahan dapat dengan mudah dipahami arahnya.

Dimana peda ikan teri terbaik terdapat pada perlakuan T4G1 (lama fermentasi 20 hari dengan konsentrasi garam 15%) yang memiliki kadar protein sebesar 7,9%, kadar

Berdasarkan kondisi di atas perlu mengembangkan e-market atau e-marketplace yaitu suatu tempat atau arena di dunia maya dimana calon pembeli saling bertemu untuk

Berdasarkan koefisen regresi secara simultan (bersama-sama) menggunakan Uji F faktor-faktor dari variabel kualitas informasi web, kualitas desain web, dan kualitas penggunaan

2. Menjelaskan pada ibu dan keluarga tentang pentingnya makanan bergizi bagi ibu setelah melahirkan, makanan bergizi penting untuk ibu nifas yaitu untuk membantu proses

Prophet Muhammad (pbuh) had not been given permission to fight (qital) or allowed to shed blood before this verse.. He (pbuh) had simply been ordered to call men to God and

Satu ammeter dan satu wattmeter digunakan untuk mengukur arus talian dan kuasa litar tersebut seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.1.. With only the heater

kenyataannya bukan tidak mungkin sangat ditentukan oleh politik, baik dalam perumusan materinya (pasal-pasal), maupun dalam penegakannya 17. Berdasarkan pengertian tentang