• Tidak ada hasil yang ditemukan

kepentingan teknologi maklumat Dan Komunikasi Ict

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "kepentingan teknologi maklumat Dan Komunikasi Ict"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)
(2)
(3)
(4)

penerokaan.Teknologi maklumat telah memudahkan tugasan guru dan pelajar serta dapat membantu pelajar mempertingkatkan daya ingatan. Apa yang didengar, dilihat dan dialami oleh pelajar lebih lama kekal dalam memori ditambah dengan penggunaan teknologi yang menarik dan interaktif. E) Menghasilkan Kerja Yang Berkualiti, Lengkap Dan Mantap TMK dikatakan sebagai alat aplikasi apabila membantu pelajar melaksanakan tugasan pembelajaran, di samping sebagai mekanisma penyaluran maklumat pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan perisian aplikasi umum seperti pemerosesan perkataan oleh pelajar dalam penghasilan karangan atau penggunaan perisian hamparan elektronik akan menghasilkan plot graf. Pelbagai perisian aplikasi yang boleh dimanfaatkan dalam melaksanakan tugasan pembelajaran seperti Microsoft Word, Microsoft Excell, Microsoft Access, Microsoft Power Point, Paintshop, dan sebagainya. Pelajar boleh memilih mana-mana perisian yang sesuai dengan kehendak dan kemampuan mereka. Penggunaan perisian aplikasi ini dapat membantu pelajar melaksanakan aktiviti pembelajaran. Perisian aplikasi Microsoft Excell yang sesuai boleh digunakan untuk membantu murid membina graf-graf yang diperlukan. Manakala perisian Microsoft Powerpoint membolehkan murid membuat pembentangan hasil tugasan yang guru berikan sama ada secara kumpulan atau individu. Menggunakan komputer semasa mengajar dan belajar dapat meningkatkan semangat atau motivasi pelajar untuk terus belajar dan mencuba sesuatu yang baru dalam hidup mereka. Aplikasi multimedia yang melibatkan pelbagai jenis media yang menarik dan dinamik dapat meningkatkan minat seseorang pelajar terhadap bahan pembelajaran yang disediakan. Selain itu penggunaan TMK dan multimedia daapt mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangsang pelajar untuk terus belajar. Apa yang penting sebagai guru, saya mestilah terus belajar dan memahirkan diri dengan pelbagai kemahiran TMK supaya menjadi lebih inovatif, efektif dan berinformasi dalam mendidik anak bangsa. Kelainan dalam paparan maklumat dapat membangkitkan minat dan motivasi murid untuk terus mendalami ilmu pengetahuan atau maklumat tentang mata pelajaran yang diminati. Apabila minat dan motivasi pelajar sudah dirangsang, proses pembelajaran seterusnya lebih mudah dilaksanakan. Pengajaran pembelajaran menggunakan TMK dan multimedia dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar. Saya juga mendapati penggunaan TMK membolehkan murid-murid menghasilkan segala penciptaan dan menyelesaikan kerja yang rumit. Melalui penggunaan TMK murid dapat menguasai pelbagai kemahiran manipulatif seperti kemahiran pemprosesan perkataan, pangkalan data dan pembentangan dengan menggunakan alat-alat teknologi. Kemahiran dan penguasaan dalam teknologi akan melahirkan murid yang lebih bersedia dan yakin untuk memasuki alam pekerjaan. Penutup / Rumusan Penggunaan TMK dalam pendidikan selaras dengan hasrat Malaysia untuk meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia. Pembangunan pendidikan pada abad ke-21 di negara kita menjadi lebih kompetitif di mana Malaysia perlu melangkah ke hadapan bagi mengantarabangsakan kualiti pendidikan. TMK menjadi pemangkin kepada perkembangan pendidikan bertaraf dunia yang menjadi impian Malaysia. Guru bukan sahaja merupakan sumber inspirasi kepada para pelajar, malah guru-guru menjadi pendorong kepada kejayaan dan kemajuan pelajar. Teknologi perlu dilihat sebagai satu alat dan bukan segala-galanya yang boleh mengambil peranan penting seseorang guru. Guru diperlukan untuk mencorakkan perkembangan pelajar kerana tugas ini tidak boleh dilakukan oleh teknologi walau secanggih mana sekalipun teknologi boleh mencorakkan pembelajaran. Pembelajaran memerlukan hubungan manusia dengan manusia dan sentuhan guru terhadap Pelajar. Peranan guru yang berterusan sebagai seorang pakar untuk membimbing, mendorong, membina keyakinan, menunjuk ajar, menangani masalah pembelajaran, mengembang kemahiran diri, dan sebagainya tidak boleh diambil alih oleh teknologi. Dalam menangani arus ledakan teknologi ini guru harus mempertingkatkan kecekapan dalam pengurusan pendidikan, meluaskan peranan guru dalam membantu dan membimbing para pelajar serta membantu guru meningkatkan usaha bagi meningkatkan kualiti pendidikan yang diberi kepada pelajar dan seterusnya berjaya membangunkan modal insan cemerlang, gemilang dan terbilang. Konsep pembelajaran sepanjang hayat menjadikan TMK sebagai medium paling berkesan ke arah merealisasaikan impian tersebut. Apa lagi dalam usaha kerajaan untuk memperkasakan pendidikan di Malaysia dalam usaha melahirkan bangsa Malaysia glokal berminda kelas pertama dalam menyahut Sembilan Cabaran Wawasan 2020. Sumber rujukan / Bibliografi Abdul Rahim Bin Abdul Razak. (2005): Profesionalisme Keguruan Prospek Dan Cabaran: Kuala Lumpur . Dewan Bahasa Dan Pustakaan. Holmes.W. (199): The Transforming Power of Information Technology , Community College Journal , 70(2) : ms 10-15 Jamalludin Harun, Dr. Zaidatun Tasir.(2003): Multimedia Dalam Pendidikan, Kuala Lumpur, PTS Publication & Distrubator Sdn. Bhd. Jamalludin Harun, Dr. Zaidatun Tasir.(2005): Multimedia Konsep dan Praktis, Kuala Lumpur, Venton Publishing. Kamus Dewan Edisi Ke-4.(2007): Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia.(2010): Kurikulum Standard Sekolah Rendah, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Tahun Satu. Putrajaya. Kementerian Pelajaran Malaysia.(2010): Kurikulum Standard Sekolah Rendah, Modul Pengajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Teras Dunia Sains Teknologi, Tahun Satu. Putrajaya. Modul OUM.(2006): HBEF2303- Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur. Meteor Doc. Sdn. Bhd Pusat Perkembangan Kurikulum.(2001) Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran Malaysia. SUMBER INTERNET http://cgdahpm.blogspot.com/2010/01/kepentingan-ict-dalam-meningkatkan.html

http://engkizarquran.wordpress.com/2010/04/15/pentingnya-integrasi-ict-dalam-

proses-pengajaran-dan-pembelajaran. Dimuat turun pada 22/08/2012

Referensi

Dokumen terkait

Objektif kajian ialah untuk meneroka kriteria kompetensi TMK guru mata pelajaran Geografi dan menentukan elemen kriteria yang diperlukan bagi standard kompentensi TMK

melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru diharapkan dapat memberikan penekanan pada unsur bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat

ICT yang bersifat sejagat ini walaupun teknologi asasnya adalah sama bagi sesebuah masyarakat dan Negara namun oleh kerana terdapat perbezaan latar belakang budaya

ICT yang bersifat sejagat ini walaupun teknologi asasnya adalah sama bagi sesebuah masyarakat dan Negara namun oleh kerana terdapat perbezaan latar belakang budaya

melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru diharapkan dapat memberikan penekanan pada unsur bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat

Pada Tahap II (Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6), fokus diberikan kepada penguasaan illmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dengan tahap kebolehan murid berdasarkan SK dan SP

Kekangan yang dihadapi oleh guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan pengajaran berbantukan komputer meliputi aspek kursus peningkatan, pelajar yang pelbagai

Adalah diharapkan dapatan kajian ini dapat memberi gambaran sebenar tahap pengetahuan dan kemahiran guru dalam bidang ICT, serta sikap dan masalah–masalah yang dihadapi oleh guru