• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pengaruh Islam Di Malaysia Sebelum Kedat

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Pengaruh Islam Di Malaysia Sebelum Kedat"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

PENDAHULUAN

Asia Tenggara mempunyai kedudukan yang strategik kerana terletak di antara China di sebelah timur, dan India di sebelah barat. Kedudukannya dihubungkan oleh Selat Melaka yang terletak di Asia Tenggara dan di tengah-tengah jalan pedagangan, telah mewujudkan bandar-bandar pelabuhan yang penting seperti Srivijaya, Perlak, Pasai, Melaka, Bantam, Cheribon, Makasar, Brunei, dan Pattani. Pelabuhan tersebut mempunyai hubungan dengan pelabuhan di Lautan Hindi seperti Mocha, Hormuz, Surat, Goa, Colombo, dan di Pantai Koromandel India seperti Masulipatam dan Pondicherry.

“Pelabuhan di Asia Tenggara tersebut juga telah membuat hubungan dengan pelabuhan di Laut China Selatan seperti Canton atau Amoy di China. Tiupan angin monsun yang bertiup mengikut musim memainkan peranan yang penting dalam mempertemukan pedagang dari segenap pelosok kawasan. Perkara ini telah menetukan jangka waktu yang tepat bagi kedatangan pedagang dari Timur dan Barat ke Melaka. Terdapat juga jalan darat yang menghubungkan tanah besar Asia yang dikenali sebagai Jalan Sutera yang merentangi dari wilayah di Asia Barat ke Asia Tengah dan seterusnya ke China” (online, 2015).

(2)

PENGARUH ISLAM DI MAlAYSIA

SEBELUM KEDATANGAN BARAT

Pengaruh Islam terhadap Politik

Sistem pentadbiran di Tanah Melayu berasaskan institusi pemerintahan beraja telah diamalkan. Institusi raja ini dipengaruhi oleh tradisi Hindu-Buddha dan dikenali sebagai konsep dewa-raja. Dalam tradisi Hindu-Buddha, seseorang raja menggalurkan nasabnya kepada dewa, iaitu keturunannya daripada penitisan dewa.

Golongan raja mula menitiberatkan konsep Islam. Contohnya, istilah bagi sultan, Zillullah fil-alam dan Zillullah fil-ardh yang bermaksud bayangan Allah di muka bumi digunakan. Konsep ini menjadi teras institusi raja dan telah memberikan suatu pengesahan berlandaskan Islam kepada kewibawaan raja. Gelaran Khalifahtul Mukminin juga digunakan oleh para pemerintah yang membawa maksud pemimpin orang mukmin.

Gelaran ini digunakan oleh Sultan Mahmud Shah di Melaka dan Sultan Abdul Ghaffur Muhyidin (1572-1614) di Pahang. Tokoh-tokoh Islam dirujuk sebagai asas nasab keturunan sultan, contohnya penitisan keturunan sultan datangnya daripada Iskandar Zulkarnain. Hal ini secara langsung telah meninggikan kedudukan sultan. Institusi sultan kekal sebagai institusi berdasarkan sistem pewarisan. Dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran di Tanah Melayu, sultan merupakan pemerintah tertinggi.

(3)

“Institusi kesultanan mempunyai hubungan yang erat dengan golongan ulama. Sultan sering mendapatkan nasihat dan pandangan golongan ulama. Contoh golongan ulama ini ialah di Melaka Makhdum Sayid Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Maulana Sadar Jahan, Maulana Jalaludin, Qadi Yusuf dan lain-lain. Kerajaan Kelatan dan Terengganu Tuk Pulau Manis, Tuk Pulau Condong dan Tuan Tabal. Konsep daulat mengukuhkan institusi kesultanan kerana orang Melayu berpegang teguh kepada konsep daulat. Daulat bermaksud sultan memiliki kuasa ghaib yang hebat. Kuasa itu menyebabkan sesiapa yang ingkar perintah sultan (derhaka) akan menerima akibat (tulah)” (online, 2015).

Konsep daulat merupakan pengikatan antara golongan rakyat dengan pemerintah. Konsep ini tidak wujud secara bertulis, tetapi hanya dipegang sebagai sesuatu yang dipercayai kebenarannya. Konsep daulat meninggikan lagi tahap kedudukan sultan kerana konsep ini menimbulkan penghormatan rakyat terhadap institusi kesultanan. Berbagai-bagai adat istiadat diwujudkan bagi mengukuhkan konsep daulat dan menggambarkan kedaulatan sultan. Contohnya, cara berpakaian dan jenis pakaian, penggunaan bahasa, pengucapan, dan tingkah laku, dan istiadat pertabalan yang disempurnakan dengan penuh tertib mengikut aturan yang telah ditetapkan.

Perundangan

“Sistem perundangan menjamin keharmonian hidup sesebuah masyarakat. Masyarakat Melayu mempunyai peraturan hidupnya yang tersendiri. Peraturan yang dipersetujui bersama ini kemudiannya digubalkan menjadi undang-undang. Undang-undang ini pula dibahagikan kepada dua, iaitu undang-undang bertulis dan undang-undang tidak bertulis. Undang-undang tidak bertulis ini dikenali sebagai adat yang dibahagikan kepada dua, iaitu Adat Pepatih dan Adat Temenggung” (online, 2015).

(4)

Ahli dalam setiap suku tidak dibenarkan berkahwin dengan seseorang daripada suku yang sama. Setiap suku mempunyai seorang ketua adat yang dikenali sebagai Lembaga. Dalam sistem ini, ketua daripada pelbagai peringkat dilantik oleh kumpulan ketua daripada peringkat bawah. Contohnya, anak buah memilih buapak dan buapak pula memilih lembaga, seterusnya lembaga memilih undang dan undang memilih Yang Dipertuan Besar. Adat Pepatih diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang yang berasal dari Pagar Ruyung, Sumatera. Adat Pepatih bersifat matrilineal, iaitu nasab keturunan mengutamakan jurai keturunan ibu. Oleh itu, anak perempuan diberikan hak mewarisi harta.

Adat Temenggung berasaskan sistem patrilineal, iaitu lebih mementingkan jurai keturunan bapa. Dalam pembahagian harta pusaka, anak lelaki diutamakan mengikut hukum faraid dalam Islam. Dalam aspek perkahwinan, seseorang bebas mendirikan rumah tangga dengan pasangan pilihannya selagi tidak bertentangan dengan agama Islam. Adat Temenggung diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan yang memerintah Palembang di Sumatera. Pada asalnya adat ini dipengaruhi oleh ajaran Hindu, tetapi kemudiannya telah disesuaikan dengan Islam oleh mazhab Shafie.

(5)

Profesor Ahmad Ibrahim mengatakan terdapat perundangan sebelum kedatangan British di Tanah Melayu, iaitu undang-undang Islam dan adat Melayu. Kehadiran Islam telah memperkembangkan undang-undang bertulis seperti yang dipaparkan oleh Undang-undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka. Perjalanan pemerintahan dan pentadbiran berpandukan undang-undang ini. Hukum kanun Melaka mengandungi 44 fasal yang menjelaskan tanggungjawab raja dan pembesar, serta pantang larang dalam kalangan anggota masyarakat. Hukum Kanun Melaka juga menjelaskan hukuman terhadap kesalahan jenayah, undang-undang keluarga dan permasalahan ibadah serta jenis hukuman terhadap kesalahan tertentu.

Terdapat peraturan khas dalam aktiviti maritim dan perdagangan kerana kerajaan Melayu aktif dalam aktiviti tersebut. Peraturan tersebut dipaparkan dalam Undang-undang Laut Melaka dan Undang-undang Pelabuhan di negeri Kedah. Kekuatan agama Islam dipaparkan dalam fasal-fasal dalam undang-undang itu, contohnya Undang-undang Laut Melaka menyentuh mengenai nakhoda yang diibaratkan sebagai imam semasa berada dalam kapal dan anak buah kapal diibaratkan sebagai makmum. Undang-undang bertulis menjadikan perjalanan masyarakat tersusun kerana segala perlakuan, tanggungjawab serta hukuman telah ditentukan. Undang-undang ini mengecualikan sultan daripada sebarang tindakan dan ini melambangkan kedudukan sultan sebagai kuasa tertinggi dalam kerajaan.

Pengaruh Kedatangan Islam terhadap Sosiobudaya

Pendidikan tidak formal

(6)

Nilai-nilai budaya yang murni ini diterapkan melalui cerita-cerita lisan seperti cerita binatang dan cerita jenaka. Pendidikan melalui penceritaan merupakan kaedah yang paling berkesan yang amat digemari oleh kanak-kanak. Penekanan terhadap cerita berbentuk teladan dan pengajaran meliputi cerita ‘anjing dengan bayang-bayang’. Cerita ini memberi pengajaran agar seseorang itu tidak terlalu tamak kerana sifat tamak akhirnya akan membawa kerugian. Terdapat juga cerita sang kancil yang merupa binatang yang kecil tetapi bijak.

Penekananya ialah kebijaksaan dapat membantu seseorang dalam menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Memalui pergaulan sosial kanak - kanak mempelajari pantang larang dan adat istiadat. Mereka diasuh supaya menghormati orang yang lebih tua seperti tunduk dan menghulurkan tangan apabila lalu hadapan orang tua. Pendidikan tidak formal juga diajarkan menerusi pantun, teka- teki dan peribahasa.oleh itu lahir pepatah , ‘siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong, lama-lama mencuri’. Pepatah ini mengajar kanak-kanak supaya berkelakuan baik dan jangan bercakap bohong, perbuatan ini boleh membawa kepada perbuatan tidak baik yang lain. Galakkan menegah atau menyuryh ini menerapkan unsur-unsur pengajaran.

Pendidikan formal

(7)

Kedatangan Islam telah membawa lembaran baharu dalam bidang pendidikan. Pemdidikan formal telah berkembang pesat dan tidak terhad kepada golongan atasan semata-mata. Pendidikan yang memfokuskan keagamaan dilaksanakan di serata tempat, contohnya di istana, masjid, rumah,surau,madrasah serta pondok. Pendidikan di rumah menekankan pendidikan al-Quran dan dilaksanakan di rumah guru al- Quran yang dikenali sebagai tok guru. Pelajarnya terdiri daripada kanak-kanak yang berumur antara 7 hingga 15 tahun. Pengajaran ini menjadi asas kepada pendidikan selanjutnya bagi murid tersebut.

Dengan kedatangan Islam, peranan istana, iaitu sebagai pusat pendidikan dan pusat ilmu pengetahuan masih diutamakan. Contohnya dalam Sejarah melayu ada mencatatkan tentang peranan istana Melaka sebagai pusat pengajian agama. Sultan Mansur Shah menerima pengajaran Islam daripada Maulana Abu Bakar. Sultan Mahmud Shah dan Sultan Ahmad Shah menerima pengajaran Islam daripada Mualana Sadar Jahan. Ramai ulama dan pendakwah asing yang telah menetap di Melaka dan mempengaruhi bidang pendidikan Islam di Melaka.

Ulama dan pendakwah di Melaka terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Benggali, Arab, Parsi, Gujerat dan sebagainya. Mereka datang ke Melaka kerana keprihatinan kerajaan ini serta pemerintahnya terhadap pendidikan dan perkembangan ilmu pengetahuan. Hal ini menjadi faktor penarik kedatangan ulama dan pendakwah ke Melaka. Contohnya sebuah kitab diarak ke balairung istana Melaka, iaitu kitab al-Dur al-Manzum (Mutiara Tersusun) yang merupakan hasil karya Maulana Abu Bakar kerana Sultan Mansur Shah dikatakan amat berminat dalam ilum tasawuf. Keadaan yang sama juga berlaku di Johor dengan istana Johor menjadi pusat pengajian zaman Sultan Alauddin Riayat Shah (1597M-1602M.).

(8)

Pengajian golongan dewasa dilaksanakan pada malam hari dan tahap pengajiannya adalah lebih tinggi. Kandungan pengajiannnya berkaitan dengan aspek keagamaan seperti fikah, usuludin, hadis, tasawuf dan sebagainya. Sistem pendidikan formal yang lebih teratur ialah melalui pendidikan pondok. Pengajian pondok memberi penekanaan kepada ilum keagamaan. Pondok menyediakan pelajarnya untuk bertugas sebagai guru agama dan berkhidmat kepada masyarakat.

Sistem penggajian pondok yang luas terdapat di Kedah, Kelantan, Pattani, Perlis dan Terengganu. Sistem penggajian pondok telah bermula di Pattani sejak abad ke-12 M., kemudiannya sistem ini berkembang ke negeri-negeri Melayu yang lain. Sistem pondok yang bersistematik, tetapi penggajiannya tiada batasan waktu. Tempoh belajar di pondok mengambil masa yang panjang, sesetengahnya sehingga 10 tahun sebelum pelajar menamatkan penggajiannya.

(9)

Bahasa

Terdapat beberapa tulisan lain yang diguna pakai sebelum kedatangan Islam seperti tulisan Pallava, Kawi (Jawa Kuno), Sunda Kuno, Batak, dan Rencong. Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah memperkenalkan huruf Arab. Huruf Arab mudah diterima oleh masyarakat Melayu setelah dibuat penyesuaian dengan tulisan Melayu. Tulisan berhuruf Arab ini dikenali sebagai tulisan Jawi, ini menjadi saluran utama bagi penulisan dan pembacaan. Tulisan Jawi membawa perubahan drastik kepada masyarakat Melayu dan akhirnya menjadi hak miliki orang Melayu.

Pembendaharaan kata bahasa Melayu bertambah kerana istilah baharu yang berasal daripada perkataan Arab telah digunakan seperti adat, adil, daulat, hakim, dan hukum. Kemudian, tersebar pula istilah untuk bidang lain, khususnya dalam cabang ilmu Islam, contohnya fikah, tauhid, dan tafsir. Pada peringkat awal kesusasteraan rakyat disebarkan secara lisan, iaitu daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain. Jenis kesusasteraan lisan yang terawal ialah cerita asal usul yang merangkumi kepercayaan tentang kejadian alam, nama tempat, cerita asal usul binatang, dan tumbuh-tumbuhan.

Kesenian

(10)

Ini dibuktikan dengan penemuan candi-candi di Lembah Bujang seperti Candi Bukit Batu Pahat, Candi sungai Batu dan candi Bukit Pandit. Candi-candi di Lembah Bujang bentuknya lebih kecil, berbeza dengan candi di Puala Jawa, iaitu Candi Borobudur yang terkenal dan besar dan candi Angkor Wat di Kemboja yang terkenal dan besar. Candi- candi di Lembah Bujang lebih kecil, walau bagaimanapun terdapat bukti tradisi Hindu- Buddha yang amat kuat. Di Lembah Bujang juga ditemukan hasil ukiran dan arca, contohnya Avalokitesvara yang membuktikan pengaruh India yang sangat ketara.

Kedatangan Islam telah mengubah keadaan ini kerana bidang kesenian mula dikaitkan dengan unsur-unsur agama Islam. Kesenian mula memaparkan sesuatu pernyataan tentang agama Islam. Ini bermakna hasil seni menggabungkan elemen keagamaan Islam dengan kehalusan seni tempatan. Seni bina merupakan kesenian yang menonjol dalam masyarakat Melayu. Seni bina yang dihasilkan untuk binaan ialah bagi tujuan tempat berlindung dan menonjolkan wajah yang sesuai bagi kegunaanya.

Masjid merupakan binaan utama dalam masyarakat Islam kerana menjadi tumpuan masyarakat Islam. Masjid bertindak sebagai tempat perkumpulan masyarakat dan mengerjakan solat. Masjid mempunyai banyak ciri khas yang membezakannya dengan binaan yang lain, seperti mihrab (tempat imam berdiri),mimbar (tempat khatib berkhutbah), telaga, pancur air, dan bumbung yang khusus. Banyak masjid tua terdapat di Tanah Melayu seperti Masjid Kampung Laut di Kelantan, Masjid Tengkera, dan Masjid Peringgit di Melaka.

(11)

Pengaruh Islam terhadap Ekonomi

Perdagangan

Sejak abad ke-12 hingga abad ke-18, berlaku aktiviti perdagangan yang melibatkan Lautan Hindi dan Lautan China Selatan. Perdagangan ini didominasi oleh pedagang Islam yang mempengaruhi perkembangan perdagangan di Alam Melayu. Pedagang Melayu bergerak aktif dalam perdagangan Timur dan Barat ini. Islam menyarankan perdagangan merupakan sumber rezeki yang besar, malah Nabi Muhammad SAW telah terbabit dengan aktiviti perdagangan. Saranan ini menyebabkan berlakunya perkembangan pesat dalam sektor perdagang dan menjadi saluran ke arah pengislaman Alam Melayu.

Melaka menjadi pusat perdagangan yang penting pada abad ke-15. Melaka tidak mengeluarkan barangan yang mendapat permintaan tinggi seperti rempah-ratus seperti bunga cengkih dan lada, tetapi kedudukannya yang strategik membantu perkembangannya. Melaka menyediakan pentadbiran licin dan teratur bertujuan agar aktiviti perdagangan berjalan lancar. Jawatan Laksamana diwujudkan bagi menjaga urusan kelautan. Jawatan Syahbandar diwujudkan yang bertindak sebagai ketua pelabuhan. Undang-undang Laut Melaka digubal bertujuan menjaga urusan di atas kapal dan hal ehwal tugas nahkoda dan jurumudi.

(12)

Kejatuhan Melaka kepada Portugis tidak meruntuhkan semangat pedagang Melayu untuk meneruskan aktiviti perdagangan. Sepanjang abad ke-17 dan ke-18 pedagang Melayu menjadikan Johor sebagai pusat dan tunjang kekuasaan Melayu. Selain Johor, negeri-negeri Melayu yang lain turut bergiat cergas dalam bidang perdagangan. Sepanjang abad 17 dan ke-18, Kedah, Kelantan, dan Terengganu menjadi pusat perdagangan yang penting.

Mata Wang

Penggunaan mata wang memudahkan urusan perdagangan dan jual beli. Mata wang bertindak sebagai perantaraan nilai barangan dan alternatif kepada sistem pertukaran barang atau sistem barter. Negeri Melayu menggunakan mata wang diperbuat daripada logam timah. Mata wang timah di Melaka berbentuk bulat serta beratnya satu kati lapan tahil. Nama sultan yang memerintah serta tarikh Islam tercatat pada mata wang. Mata wang dari Pasai, Hormuz, dan Cambay juga digunakan di Melaka dan boleh ditukarkan dengan mata wang tempatan Melaka. Mata wang di Johor diperbuat daripada timah yang dikenali sebagai wang katun yang berbentuk bulat atau segi enam.

(13)

Mata wang emas Kelantan dikenali sebagai kijang kerana terdapat gambar kijang pada mata wang tersebut. Mata wang emas Johor digelar kupang, mengandungi emas seberat 10 grains (0.65 gram) dan ada juga emas seberat 40 grains (2.6 gram). Setiap mata wang emas tertera nama dan pangkat sultan yang memerintah dan mengeluarkan wang emas tersebut. Di belakang mata wang pula tertera gelaran Islam sultan berkenaan, contohnya gelaran Khalifatul Muslimin dan sebagainya. Pada masa itu, pedagang Eropah telah menggunakan wnag perak, sementara pedagang China, Arab, dan India menggunakan mata wang emas atau emas.

Percukaian

Percukaian penting dalam aktiviti perdagangan yang merupakan bayar yang dikenakan oleh pihak pemerintah terhadap aktiviti tertentu atau barang tertentu. Cukai yang diterima pemerintah menjadi sebagaian sumber pendapatan kerajaan yang akan disalurkannya kembali untuk pembangunan negara. Perkembangan perdagangan turut memperkembangan bidang percukaian. Di Melaka, pedagang diwajibkan membayar cukai barang dagangan mereka, kemudian baru dibenarkan melakukan aktiviti perdagangan.

Cukai yang dikenakan di Melaka terbahagi kepada beberapa jenis, iaitu cukai yang paling asas ialah cukai tetap (cukai import) yang jumlahnya telah ditetapkan oleh pemerintah. Pedangng dari india, Ceylon, Tanah Arab, Siam, dan pegu dikenakan cukai tetap sebanyak enam peratus daripada jumlah barangan yang dibawa pedagang Jepun dan China dikenakan cukai sebanyak lima peratus.

(14)
(15)

kesimpulan

Islam telah memainkan peranan yang penting dalam aspek politik, ekonomi, dan sosial masyarakat Melayu. Kedatangan Islam telah berjaya mengikis pengaruh Hindu-Buddha yang amat menebal dalam kalangan masyarakat Melayu. Islam mudah diterima oleh penduduk tempatan dan menyerapkan pengaruhnya ke dalam sistem kehidupan mereka. Melaka telah muncul sebagai sebuah pelabuhan perdagangan yang penting ekoran daripada peranannya sebagai pusat penyebaraan Islam di Asia Tenggara. Warisan Melaka telah diteruskan oleh kerajaan-kerajaan lain di Tanah Melayu seperti kerajaan Johor-Riau, Kelatan, Terengganu dan Kedah selepas kejatuhan Melaka di tangan Portugis. Pengaruh Islam telah dapat dilihat dalam semua aspek kehidupan masyarakat di Tanah Melayu.

(16)

Rujukan

1. Anon, 2015, ‘Kesan Kedatangan Islam di Nusantara’, [online]. Available from World Wide Web: http://www.oocities.org/tamadunislam/kesan_kedatangan_islam.htm, [Accessed on 4/07/2015],

2. Dato’ Haji A. Aziz Deraman, 2015, ‘Pro Tajdid: Kedatangan Islam dam Pembudayaan Alam Melayu’, [online]. Available World Wide Web: http://protajdid.blogspot.com/2008/09/kedatangan-islam-dan-pembudayaan-alam.html , [Accessed on 4/07/2015],

3. Hashim, 2012, ‘Pengaruh dan Kesan Tamadun Islam Dalam Tamadun Melayu’, [online]. Available from World Wide Web: http://hashim81.blogspot.com/2012/08/pengaruh-dan-kesan-tamadun-islam-dalam.html , [ Accessed on 4/07/2015],

4. Hew Taowei, 2012, ‘Pengaruh Tamadun Islam Terhadap Asia Dlam Aspek Sosial’,

[online]. Available From World Wide Web:

http://pengaruhtamadunislamterhadapasia.blogspot.com/2012/03/pengaruhtamadun-islam-terhadap-asia_17.html , [Accessed on 4/7/2015],

5. Nur Hidayah Murni, Rofidah Ahamad Badri, and Eramaann, 2009, ‘Pembaharuan dan Pengaruh Islam Di Malaysia Sebelum Kedatangan Barat’, Oxford Fajar, Selangor,

6. Subzero Bill, 2015, ‘Kesan Islam Terhadap Tamadum Melayu’, [Online]. Available From

World Wide Web:

Referensi

Dokumen terkait

Hasil observasi pada proses pembelajaran berbicara anak dalam pembelajaran dongeng dengan pendekatan kontekstual melalui media audio visual pada siklus pertama dapat dilihat

Data kemampuan berpikir kreatif dan hasil belajar kognitif diuji menggunakan uji T-Test (Paired Samples T-Test) dan dihitung dengan N-gain ternormalisasi. Hasil

Kata ”ABSTRAK” haru s diketik dengan huruf-huruf besar tanpa tanda petik, diletakkan di tengah-tengah kertas berjarak 6 spasi dari pinggir atas pada halaman pertama abstrak.. Kata

Kedua : Peserta Seleksi Calon Mahasiswa Baru Program Magister (S2) Jalur Ujian Tulis, Non Tes dan Portofolio serta Doktor (S3) yang nomor pendaftaran dan namanya tercantum pada

Dalam proses kegiatan belajar mengajar program pembelajaran Ilmu Pengetahuan Sosial (IPS) Intensive Science Class (ISC) interaksi guru dengan peserta didik sudah

Diantara kontraksi, lakukan Pemeriksaan Dalam (PD), Jari telunjuk dan jari tengah tangan kanan di masukkan kedalam jalan lahir sampai sedalam kanalis servikalis, sentuh ketuban

Ha 5 : Produk Politik, Harga Politik, Promosi Politik dan Distribusi Politik berpengaruh secara signifikan terhadap keputusan memilih dalam Pemilukada Lampung

Pembangunan manusia merupakan paradigma pembangunan yang menempatkan manusia (penduduk) sebagai fokus dan sasaran akhir dari seluruh kegiatan pembangunan, yaitu