• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB I KAJIAN CIRI PELAJAR AGRESIF

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "BAB I KAJIAN CIRI PELAJAR AGRESIF"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

LAMPIRAN A

CIRI-CIRI PELAJAR YANG BERTINGKAH LAKU AGRESIF KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JALAN REKO,

KAJANG, SELANGOR.

PENGENALAN

Pendahuluan

Di dalam bahagian ini, penyelidik akan membincangkan mengenai latar belakang kajian, masalah kajian, tujuan kajian yang merangkumi objektif kajian, soalan kajian dan hipotesis kajian. Bahagian ini juga menerangkan tentang kepentingan kajian, definisi istilah-istilah yang digunakan dan rumusan.

Latar Belakang Kajian

Dewasa ini kita sering mendengar dan membaca daripada media massa mengenai masalah-masalah yang menimpa pelajar sama ada masalah disiplin yang melibatkan sekolah maupun masalah sosial yang melibatkan keselamatan masyarakat seperti ponteng sekolah, merokok, mencuri, merogol, menagih dadah, membunuh dan sebagainya. Apa yang kita lihat kenakalan melampau remaja di sekolah-sekolah sebenarnya bukan perkara baru. Sejak sedekad kebelakangan ini, kenakalan melampau sudah menjadi satu trend di kebanyakan sekolah. Hal ini telah seringkali dibangkitkan oleh guru-guru, juga menjadi satu agenda utama dalam mesyuarat guru-guru dan PIBG sekolah (Abdul Jalil Ali 2001).

(2)

guru-guru serta pengetuanya. Selain itu, mereka juga merosakkan harta kerajaan untuk melepaskan geram. Mereka tidak takut pada dendaan dan hukuman sebaliknya berasa bangga di kalangan teman dan rakan sebaya apabila tindakan disiplin dikenakan kepada mereka (Muhd Mansur dan Siti Nordinar 1988).

Apakah yang mendorong kepada perbuatan seperti ini? Adakah guru atau ibubapa harus dipersalahkan? Terdapat pelbagai faktor yang mendorong pelajar bertingkahlaku sedemikian antaranya faktor dalaman pelajar itu sendiri atau faktor-faktor luaran yang mempengaruhinya. Walau apa pun faktor-faktornya, para guru dan pentadbir sekolah perlu memahami dan peka akan tindakan yang dilakukan oleh para pelajar berkenaan. Dengan itu, bagi mencapai tujuan di atas, diketengahkan melalui kajian ini berkaitan ciri-ciri yang seringkali ditunjukkan oleh pelajar sekolah yang bertingkah laku agresif.

Pengkaji cuba untuk meneliti dengan lebih dekat ciri-ciri pelajar agresif disamping mencari faktor yang menyumbang perlakuan agresif dikalangan pelajar sekolah. Agresif secara umumnya didefinisikan sebagai tingkah laku yang menyakiti orang lain. Selain itu tindakan agresif ini mempunyai kaitan dengan tingkahlaku antisosial dan delikuen (Connor, 2002). Manakala menurut Baron dan Bryne (1981), agresif adalah tingkahlaku yang diarahkan ke matlamat untuk merosak, mencederakan dan menyakiti orang lain. Menurut Baron dan Richardson (1994), tingkahlaku agresif ialah sebarang tingkahlaku yang bermotivasikan dari kemarahan, keganasan dan sifat ingin bertanding. Tingkahlaku di arahkan kepada orang atau objek lain ataupun diri sendiri dan boleh dilihat sebagai satu tujuan untuk mengganggu, membahayakan dan memusnahkan sesuatu.

(3)

tertanya-tanya apakah yang menyebabkan pelajar bertindak sedemikian. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang perlakuan pelajar tersebut, antaranya faktor didikan ibubapa, persekitaran, pengaruh rakan sebaya, emosi, sikap dan sebagainya.

Tingkahlaku agresif seseorang didorong daripada perlakuan antisosial. Antisosial adalah sejenis perbuatan langsang atau agresif yang menyalahi undang-undang dan nilai masyarakat. Tingkahlaku antisosial yang serius adalah seperti membunuh, merogol, rompakan bersenjata menikam, menembak dan sebagainya. Banyak teori-teori yang telah dihasilkan untuk membuktikan faktor-faktor individu bertingkahlaku antisosial, misalnya teori kekecewaan oleh Beskowitz dan Model Patterson yang menerangkan perkembangan tingkahlaku antisosial yang bermula dengan kegagalan keluarga dalam mengawal disiplin kanak-kanak. Ini dapat dilihat kepada gambarajah dibawah yang menjelaskan bagaimana bermulanya perkembangan tingkahlaku antisosial yang boleh membawa kepada perlakuan agresif.

Model Patterson

RAJAH 1.1:

Model Patterson Yang Menerangkan Tingkahlaku Antisosial Yang Bermula Dengan Kegagalan Keluarga Dalam Mengawal Displin Kanak-Kanak

(4)

Menurut Patterson, perkembangan tingkah laku anti sosial bermula sejak awal kanak-kanak lagi. Ini dibuktikan dalam model yang telah di bina oleh beliau. Oleh kerana tingkahlaku antisosial ini bermula sejak awal kanak-kanak, maka keluarga adalah faktor yang banyak menyumbang kepada sikap antisosial remaja. Selain itu, dalam model perkembangan antisosial, Patterson menyatakan bahawa perlakuan ini bermula di sebabkan kawalan disiplin yang kurang serta pengaruh persekitaran keluarga yang sering mengalami tekanan dan gemar menggunakan paksaan. Dalam situasi ini, ahli keluarga cuba mengawal anatara satu sama lain dengan pelbagai cara seperti menjerit, mengugut dan memukul (Sigelman & Rider, 2003).

Bertitik tolak daripada faktor keluarga ini, pelajar terdorong untuk bertindak agresif di sekolah. Ianya juga menyumbang kepada perkembangan tingkahlaku permusuhan, devian, agresif dan kurang kawalan diri. Pelajar ini tidak diterima oleh rakan sebaya di sekolah, sering disalahkan oleh guru dan gagal dalam akademik, bermusuh dengan rakan sedarjah, bersatu menubuhkan clique kumpulan devian yang berkenderungan tidak mementingkan akademik dan sebagainya. Ciri-ciri yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar yang berkelakuan agresif ini perlu diberi perhatian oleh guru-guru dan pentadbir sekolah supaya perkara yang lebih buruk tidak terjadi dan dapat dikawal daripada terus merebak.

Permasalahan Kajian

Isu pelajar samseng atau berkelakuan agresif di sekolah nampaknya menjadi satu perkara yang membimbangkan sejak akhir-akhir ini. Pendedahan media massa beberapa kes yang menggeparkan negara dan dunia pendidikan negara memperlihatkan isu ini umpama api dalam sekam, jika tidak di bendung sejak awal ianya mungkin akan merebak dan mengeruhkan lagi suasana tidak harmoni institusi pendidikan negara.

(5)

iaitu Sekolah Tunku Abd. Rahman (STAR) yang terlibat dengan kegiatan ala samseng di mana mereka menubuhkan sebuah pertubuhan haram ala samseng. Akibat daripada pendedahan itu, dua puluh orang pelajar sekolah itu dibuang sekolah.

Isu keganasan pelajar ini mencetuskan kebimbangan dikalangan ibubapa, guru-guru dan masyarakat umumnya. Tingkahlaku agresif pelajar seperti memukul guru dan pelajar, membunuh, mengungut dan pelbagai kes jenayah tidak boleh dipandang mudah. Ini adalah kerana para pelajar merupakan aset negara yang penting yang bakal menentukan hala tuju negara kelak.

Justeru itu, melalui kajian kes ini adalah wajar bagi saya meneliti ciri-ciri yang sering ditunjukkan oleh pelajar yang berkelakuan agresif dan ganas sama ada dari aspek akademik, amalan keagamaan, hubungan guru-murid dan disiplin sekolah. Hasil kajian yang dilakukan ke atas keempat-empat aspek ini membolehkan pihak sekolah khasnya membuat persediaan dan pemantauan ke atas pelajar-pelajar yang cenderung bertindak ganas hasil daripada ciri-ciri atau karekteristik yang ditunjukkan oleh mereka.

Kerangka konseptual kajian

Rajah 1.2:

Kerangka Konsep Persepsi Guru-Guru

Terhadap Ciri-Ciri Pelajar Yang Bertingkah Laku Agresif.

PERSEPSI

KAUNSELOR

GURU DISIPLIN

Ciri-ciri pelajar agresif Faktor-faktor agresif

(6)

Rajah 1.2 menunjukkan persepsi kaunselor dan guru disiplin terhadap ciri-ciri pelajar agresif serta strategi yang digunakan untuk mengawal dan memantau pelajar yang bertingkah laku agresif. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti pembolehubah yang boleh dikaitkan dengan sikap agresif pelajar.Pengalaman para guru di sekolah banyak membantu kajian ini dalam menjelaskan keadaan sebenar para pelajar yang bertingkah laku agresif.

Tujuan kajian

Secara umumnya, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti apakah ciri-ciri yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar yang bertingkah laku agresif.

Objektif kajian

1) Mengetahui ciri-ciri pelajar yang bertingkah laku agresif

2) Untuk mengenalpasti pembolehubah yang boleh dikaitkan dengan sikap agresif pelajar

3) Untuk mengetahui strategi yang digunakan oleh sekolah bagi mengawal dan memantau pelajar yang bertingkah laku agresif

Soalan kajian

1) Apakah ciri-ciri pelajar yang bertingkah laku agresif

2) Apakah pembolehubah yang boleh dikaitkan dengan sikap agresif pelajar 3) Apakah strategi yang digunakan oleh sekolah bagi mengawal dan

(7)

Kepentingan kajian

Tingkahlaku agresif yang ditunjukkan oleh pelajar semakin membimbangkan. Banyak kajian telah dilakukan untuk mengkaji keseriusan masalah ini. Kajian-kajian berkenaan faktor-faktor pelajar berkelakuan agresif memberi ruang kepada pengkaji untuk melihat secara lebih dekat ciri-ciri yang ditunjukkan oleh pelajar yang bertindak ganas ini. Kajian yang dijalankan ini juga bertujuan untuk membekalkan maklumat kepada pihak sekolah khasnya kepada guru-guru dan kaunselor sekolah dalam mengenalpasti ciri-ciri pelajar yang agresif dan seterusnya dapat mengambil langkah untuk mengawal, berwaspada dan menyelami cara berhubung dengan pelajar tersebut. Hasil daripada kajian ini juga diharap dapat memberi maklumat yang penting dan memberikan sumbangan idea ke arah menangani tingkah laku pelajar agresif dan seterusnya dapat membentuk jati diri pelajar ke arah yang lebih baik.

Definisi istilah

Istilah-istilah dalam konteks kajian dijelaskan seperti berikut;

Persepsi

Kamus Dewan (1992) menyatakan bahawa persepsi ialah gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran tentang sesuatu, pandangan menerusi pancaindera atau tanggapan.

Guru

Merujuk kepada guru disiplin, kaunselor sekolah dan guru agama di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko, Kajang

Ciri-ciri

(8)

Pelajar

Dalam konteks kajian ini, pelajar adalah merujuk kepada pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko, Kajang.

Tingkahlaku agresif

Menurut Ee (1995), tingkah laku agresif merupakan tindakan untuk mengeluarkan, mencederakan atau merosakkan punca ancaman atau kekecewaan. Baron dan Bryne (1981) menukilkan bahawa agresif adalah apa sahaja bentuk tingkah laku yang diarahkan ke matlamat untuk merosak, menyakiti atau mencederakan orang lain.

Batasan kajian

i) Kajian ini berbentuk kualitatif yang hanya memberi tumpuan kepada empat orang guru yang dipilih dari sekolah SMKJR.

ii) Di dalam kajian ini juga meninjau pandangan guru-guru terlibat mengenai ciri-ciri pelajar yang bertingkah laku agresif hanya menggambarkan kes-kes yang berlaku di SMKJR sahaja.

(9)

Rumusan

Referensi

Dokumen terkait

Bab tiga, berisi tentang gambaran umum Lembaga Pemasyarakatan Perempuan Kelas IIA Palembang Bab empat, berisi tentang analisi mengenai pemberian remisi terhadap narapidana tindak

Penelitian ini menjelaskan bahwadampak dari pernikahan dini adalah terjadinya kekerasan selama perkawinan yang merupakan ancaman bagi kelangsungan rumah tangga

Penelitian yang membahas tentang PPh Pasal 25/29 Badan telah lebih dahulu dilakukan oleh mahasiswa Sekolah Tinggi Ilmu Adnimistrasi Lembaga Administrasi

Kuartal III / Third Quarter Period of financial statements submissions Tanggal awal periode berjalan January 01, 2020 Current period start date Tanggal akhir periode berjalan

Zakat merupakan satu bentuk ibadah yaitu bentuk peribadatan yang melibatkan harta benda (maliyah) didalamnya sedangakan pajak adalah murni bernilai ekonomis. Perbedaan yang

Permintaan terhadap tenaga kerja mahir dan separa mahir terus dijangka meningkat dengan alihan kepada aktiviti nilai ditambah yang tinggi, aktiviti berfokuskan

kandung  Tb.  Chasan  Chosib)  yang  menjadi  Gubernur  Banten  2006‐2011;  Ratna  Komalasari  (istri,  ibu  tiri  Ratu  Atut)  menjadi 

Framtida studier på hur stora burar och hur mycket berikning som krävs för att mössen inte ska uppvisa stereotypier över huvud taget hade varit intressant att ta del av?. Och