• Tidak ada hasil yang ditemukan

Catatan Dari Bawah Tanah Proses Kemenjad

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Catatan Dari Bawah Tanah Proses Kemenjad"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 PENGENALAN.

Darurat Tanah Melayu telah berlaku bermula 1948 dan berakhir pada tahun 1960. Pada asasnya ianya adalah persengketaan antara Parti Komunis Malaya (PKM) dengan kerajaan British di Tanah Melayu. Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu PKM telah berkerjasama dengan British dalam menentang kerajaan Jepun. Setelah Jepun menyerah kalah dan sementara British mengambil semula kuasa, PKM dan MPAJA keluar dari hutan lalu mengambil pemerintahan. Mereka telah melakukan penganiayaan keatas penduduk tempatan dan yang bersubahat dengan Jepun. Selama 3 bulan dalam masa peralihan, PKM mengadakan perbicaraan tersendiri melakukan kezaliman, membunuh ramai orang Melayu dan Cina serta mengancam seluruh penduduk. Kezaliman tersebut memuncak kepada pergaduhan yang besar apabila orang-orang melayu mengambil tindakan balas terhadap orang-orang cina di luar bandar. Apabila pentadbiran Tentera British (BMA) menguasai semula semenanjung, tiga orang pengurus ladang berbangsa Inggeris telah dibunuh di Sungai Siput Perak pada 16 Jun 1948, kerajaan menganggap pembunuhan ini telah dirancang oleh PKM dalam usaha mahu merampas kuasa. Peristiwa ini membawa kepada pengisytiharan darurat di Perak dan Johor pada 18 Jun 19481, keesokkan harinya seluruh Tanah Melayu

diisytiharkan darurat.

Sebulan selepas itu PKM telah diharamkan oleh kerajaan British kerana dianggap sebagai parti politik yang radikal. Pengharaman ini telah menimbulkan ketidakpuas hati oleh kebanyakkan ahli PKM. Dengan itu, ketua PKM telah mengubah dasr dari bersifat sederhana kepada bersifat aggresif iaitu dengan pembunuhan, PKM juga memulakan mogok bersama dengan kesatuan sekekerja serta penubuhan Persatuan Buruh Baru (New Democratic Youth League). Namun pemogokan telah gagal kerana undang-undang baru yang diperkenalkan oleh British. Semasa pengisytiharan darurat, terdapat beberapa permasalahan yang wujud berkaitan dengan aspek sosial dan ekonomi

2.0 ANALISA PERMASALAHAN. 2.1 Permasalahan dari sudut sosial.

2.1.1 Menambahkan perselisihan kaum antara kaum Melayu dan Cina.

Salah satu permasalahan yang wujud ialah perselisihan kaum semakin bertambah khususnya diantara kaum Melayu dan Cina, walaupun perselisihan kaum ini telah wujud

(2)

sebelum darurat lagi, namun semasa darurat isu ketegangan kaum semakin bertambah.Keadaan ini wujud sebagai akibat dari perjuangan ketenteraan PKM yang berbentuk kejam dan memberi tekanan kepada masyarakat tempatan. PKM yang lebih didominasi oleh kaum cina dan pasukan keselamatan kerajaan yang majoritinya oleh kaum Melayu2 telah membawa kepada suatu keadaan dimana pertentangan politik

diantara kerajaan British dengan PKM adanya unsur perkauman. Kenyataan ini dapat dilihat melalui penulisan Leon Comber yang menyatakan bahawa:

“Accroding to Malayan Police Sources, the membership of the MCA at the time of the declaration of the Emergency was around 12,000 to 14,000, of whom ninety per cent were Chinese”

Pada umumnya tidak diketahui jumlah sebenar kaum cina yang terlibat dengan parti komunis, namun disebabkan ramai kaum cina yang memberi bantuan melalui gerakan Min Yuen3 mengakibatkan mereka digeneralisasikan sebagai penyokong

komunis. Sedangkan pada masa darurat tidak semua kaum cina menyokong komunis, ada antara mereka yang terpaksa memberi bantuan disebabkan faktor keselamatan khususnya untuk melindungi keluarga. Selalunya mereka yang menjadi mangsa keadaan adalah kaum cina yang tinggal di kawasan pedalaman. Semasa darurat terdapat juga sebilangan kaum Melayu dan India yang terlibat terlibat dengan Parti Komunis Malaya contohnya di negeri Pahang, namun pengabungan ketiga-tiga kaum dalam parti ini tidak begitu berjaya4.

Ketegangan kaum bertambah meruncing apabila belia-belia Cina dan India didalam lingkungan umur perkhidmatan negara iaitu diantara 18 tahun sehingga 24 tahun, meninggalkan Tanah Melayu apabila perkhidmatan ini dilancarkan pada tahun 1950 oleh pihak kerajaan5. keadaan ini terjadi kerana mereka masih belum

menganggap Tanah Melayu sebagai tanah air. Buktinya antara Februari hingga Ogos 1951 lebih 10 000 belia Cina lari ke negeri China. Sementara antara tahun 1949 dan 1950 hanya kira-kira 200 belia cina yang terlibat dengan perkhidmatan polis. Pada tahun 1952 krajaan telah cuba untuk mengrekrut 2000 pemuda cina namun tidak berjaya walaupun Malayan Chinese Association (MCA) telah menyumbangkan $50

2 Leon Comber, 13 May 1969 A Historical Survey Of Sino-Malaya Relations, Kuala Lumpur: Heinemann

Educational Books (ASIA) LTD, hlm 36. 3

4 Ibid.

(3)

sehingga $300 untuk melatih belia Cina. Keengganan belia Cina untuk menyertai perkhidmatan polis dan tentera telah menghampakan kaum Melayu dan sambutan dingin kaum cina ini dikritik.

Selain itu, isu perkauman juga bertambah dengan penempatan semula setinggan-setinggan dibawah Rancangan Briggs atau lebih dikenali sebagai kampung Baru yang bertujuan untuk menyekat perhubungan ahli komunis dengan kaum cina. Isu perkauman bertambah melalui rancangan ini, kerana dari jumlah semua penduduk dikampung-kampung Baru, 86% adalah Kaum Cina, 9% Melayu, 4% India dan 1% kaum lain. Secara tidak langsung hal ini memberikan pengaruh besar kepada penguasaan politik dikawasan tersebut.

Bagi masyarakat yang dipindahkan ke Kampung Baru mereka diberi kemudahan seperti sekolah, pasar, pusat kesihatan dan lain-lain kemudahan awam. Disamping itu, melalui Jawatankuasa Ordinan Majlis Tempatan kampung-kampung baru dibenarkan untuk mengenakan cukai, meluluskan undang-undang kecil berkenaan kesihatan, mendapat kemudahan pendidikan, pasar awam, pusat komuniti, dan penyelenggaraan jalan6. Keadaan ini membangkitkan rasa kurang senang dikalangan kaum Melayu

khususnya mereka yang tinggal dikawasan perkampungan, yang hidup tanpa mendapat kemudahan seperti yang terdapat di kampung baru.

2.1.2 Isu perlaksanaan dasar pendidikan.

Memandangkan kepada perlunya perpaduan rakyat sebelum dan untuk mencapai kemerdekaan, sistem pelajaran telah diberikan perhatian khusus. Beratus-ratus warganegara Tanah Melayu dihantarkan ke Kirby, Brinsford untuk menerima latihan untuk menjadi guru di negara mereka kelak. Kepentingan untuk mendapat pendidikan yang tinggi juga mendapat sambutan daripada ahli-ahli politik. Hal ini demikian kerana semasa pengabungan parti UMNO dan MCA setiap ahlinya disarankan memahami bahasa Inggeris dan Cina. Tambahan pula dalam keadaan negera yang mempunyai pelbagai kaum hanya pendidikan yang dilihat sebagai medium untuk mewujudkan integrasi kaum.

(4)

Oleh itu, dasar pendidikan telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi mengkaji semula sistem pendidikan. Sebelum perang dunia kedua sistem pendidikan di Tanah Melayu adalah berbentuk vernakular iaitu sekolah ditubuhkan berdasarkan kaum masing-masing dan terbahagi kepada sekolah Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris. Selepas perang iaitu semasa darurat usaha untuk mewujudkan satu sistem pendidikan seragam telah disyorkan oleh Jawatankuasa Barnes yang mencadangkan bahawa kanak-kanak dari semua kaum harus menghadiri sekolah kebangsaan. Dalam sekolah kebangsaan kanak-kanak akan diajar dalam bahasa Melayu dan Inggeris7.

Namun, rancangan Jawatankuasa ini mendapat tentangan daripada kaum cina, pada tahun 1951 satu jawatankuasa yang diketuai oleh Dr. W.P. Fenn dan Dr. Wu Teh-Yao telah dibentuk untuk mengkaji sistem pendidikan cina di Tanah Melayu. Berdasarkan kajian yang dilakukan, laporan yang diperolehi sedikit berbeza dengan rancangan Barnes dan ini telah menimbulkan isu menyeragamkan sistem pendidikan. Dalam hal ini, pengajaran yang berorientasikan negera asal telah diganti dengan orientasi Tanah Melayu namun mereka meminta agar sistem vernakular masih diaplikasikan. Tambahan pula, kaum cina tidak bersetuju dengan bahasa pengantar yang digunakan dalam sekolah kebangsaan.Bagi menyelesikan konflik yang berlaku dalam pelaksanaan sistem pendidikan, kerajaan telah mengeluarkan Ordinan Pendidikan pada tahun 1952. Melalui ordinan ini corak pengajaran sekolah kebangsaan akan diikuti, bahasa Cina dan Tamil juga akan diajar sebagai bahasa ketiga. Namun sekolah Cina dan India akan tetap berada di luar sistem kebangsaan8. Sistem ini

berterusan sehingga tahun 1957.

Sekolah cina telah diletakan dibawah Jabatan Pelajaran, semasa darurat sekolah cina diperkukuhkan lagi dengan menempatkan lebih ramai kakitangan. Hal ini kerana British mahu mengekalkan pengawasan politik yang berkesan ke atas sekolah cina. Keadaan ini wujud disebabkan British mencurigai sekolah cina akan menyebarkan ideologi dan perjuangan komunis di sekolah Cina. Pada tahun 1950, 10 orang pegawai telah ditambah di jabatan ini. Pada tahun 1953, terdapat 35 pemerikasa tempatan sekolah cina yang berkerja di bawah tiga pegawai.

2.1.3 Kehidupan Penduduk Tidak Terjamin

7 Leon Comber, op.cit.,hlm. 41.

(5)

Serangan, kekejaman, keganasan, ugutan, sabotaj serta pelbagai tindakan komunis menimbulkan kesusahan, ketakutan, penderitaan dan kesengsaraan penduduk di Tanah Melayu. Pembunuhan dan penganiayaan berlaku secara meluas. Pengalaman pahit penguatkuasaan darurat di Tanah Melayu bukan sahaja dirasakan oleh penduduk Cina, malahan penduduk Melayu, India, Orang Asli, bahkan orang Eropah yang berada di Tanah Melayu pada ketika itu. Dalam hal ini, penduduk Cina sentiasa menjadi sasaran komunis kerana komunis cuba menimbulkan keadaan huru-hara supaya timbul ketidakyakinan penduduk terhadap pentadbiran kerajaan. Antara tindakan yang dilancarkan oleh komunis ialah serangan bom tangan. Kejadian sabotaj bom yang paling ngeri berlaku di Sheum Circus di Kampar, Perak, pada malam 5 Julai 1949 yang mengakibatkan 46 orang cedera dan 4 orang mati.9

Selain sabotaj bom tangan, komunis juga melakukan kegiatan pembunuhan, penculikan, rampasan dan pembakaran harta benda penduduk Cina. Misalnya, pada awal Julai 1948, 3 orang Cina dijumpai mati di hutan simpan Bota berhampiran Tronoh, Perak. Mereka ditetak mati dengan parang oleh komunis. Sementara itu, orang Cina yang bekerjasama dengan kerajaan dalam usaha membanteras kegiatan komunis juga tidak dapat lari daripada serangan komunis. Misalnya, Chong Keat Ooi, berumur 35 tahun, seorang Pegawai Pertanian di Jabatan Pertanian Perak, ditembak mati oleh komunis berdekatan Langkap, Teluk Intan pada 30 Jun 1948. Kontraktor dan ketua buruh,terutamanya yang bekerja untuk estet dan firma Eropah turut menjadi sasaran serangan komunis. Orang Cina yang enggan bekerjasama dengan komunis juga akan mengalami nasib yang malang. Buktinya, pada 27 Jun 1948, seorang kepala (ketua) buruh berbangsa Cina di Estet Braemar, Kajang, mati ditembak oleh komunis di luar sebuah kedai di Sungai Kantan, Selangor. Pada mayatnya diselitkan secebis nota dalam bahasa Cina yang berbunyi “to destroy labour thief”.

Penduduk Melayu juga tidak dapat lari daripada ancaman komunis dalam tempoh darurat. Misalnya, pada 21 Jun 1948, seorang pengawal hutan berbangsa Melayu diikat oleh dua orang komunis dan kemudian ditembak mati di Bota berdekatan dengan Tronoh, Perak. Dalam kejadian lain, Abdullah, Pegawai Haiwan Temerloh, Pahang, ditembak dan dibakar oleh komunis pada 19 Januari 1949 di Batu 7, Bentong bersama-sama dengan 11 kakitangan yang lain. Orang India juga tidak terlepas daripada kekejaman dan penyeksaan komunis. Pada 10 Julai 1948, seorang kontraktor India dibunuh oleh komunis di Estet Siliau, Rantau, Negeri Sembilan. Sehari kemudiannya, seorang mandur India dibunuh oleh komunis di sebuah estet di Port

(6)

Dickson. Kemudian, orang Asli juga menderita akibat kegiatan komunis. Mereka sering diugut supaya bekerjasama dengan komunis sebagai pembekal makanan, pemandu jalan dan pengumpul maklumat. Orang Asli menjadi mangsa keganasan komunis kerana mereka tinggal di dalam hutan yang merupakan pusat kegiatan komunis. Antaranya, pada 10 Oktober 1948, kampong Orang Asli di mukim Sungai Segamat, Johor yang diduduki oleh 97 orang Asli diserbu oleh komunis. Kejadian tersebut mengakibatkan kesemua orang Asli berpindah dari kampong pada malam kejadian itu.

Peladang dan pelombong Eropah juga turut menjadi mangsa kepada PKM. Sehingga Julai 1954, United Planters Association of Malaya (UPAM) menganggarkan terdapat tujuh peratus peladang Eropah yang dibunuh di Tanah Melayu pada zaman darurat. Pada tahun 1951, peladang Eropah terus terdedah kepada ancaman komunis. Buktinya, pada 10 Januari 1951, penolong pengurus Estet Brooklands, Banting, Kuala Langat, Selangor, W.J Shaw, ditembak mati oleh komunis ketika mangsa sedang menunggang basikal di estet bersama pembantunya, A.N.Symons yang mengalami kecederaan.10

2.1.4 Kemusnahan kemudahan asas.

Gangguan terhadap kemudahan asas banyak dilakukan oleh komunis pada zaman Darurat. Hal ini kerana, komunis sedar bahawa kepincangan kemudahan asas dapat mengurangkan sokongan dan keyakinan penduduk terhadap pemerintah. Keadaan itu seterusnya dapat menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk terhadap ketidakupayaan kerajaan memelihara kemudahan hidup mereka. Kempen sabotaj sering dilakukan oleh komunis, terutamanya ke atas jalan raya dan kereta api. Empat kaedah yang dilakukan oleh komunis untuk memusnahkan perkhidmatan kereta api ialah seperti mensabotaj landasan dengan memasang bahan letupan, menembak kereta api yang sedang bergerak, membakar stesen kereta api dan sistem telekomunikasi serta menggelincirkan kereta api dengan melonggarkan landasannya. Misalnya, pada 29 Disember 1948, kereta api panduan (pilot train) yang mengiringi kereta api dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang digelincirkan di Rawang, Selangor.

Selain itu, komunis juga melakukan sabotaj ke atas kemudahan telefon dan telegraf yang mengakibatkan hubungan penduduk dengan orang luar terputus. Khianat tersebut turut dilakukan agar pihak penyelamat tidak dapat dihubungi dengan segera dan tidak dapat sampai ke tempat kejadian dalam masa yang singkat. Pada 1951, berlaku sebanyak 1 291 kejadian sabotaj komunis terhadap sistem telefon dan telegraf.

(7)

Di kawasan Teluk Intan, Perak, talian telefon diputuskan dalam empat kejadian pada Disember 1951.

Kemudahan lain seperti paip air juga kerap dirosakkan oleh komunis. Tindakan ini menyulitkan kehidupan penduduk di kawasan terbabit dan mengakibatkan mereka terpaksa bergantung kepada air hujan, air sungai atau air perigi untuk kegunaan harian sebelum paip berkenaan siap dibaiki. Misalnya, di Kajang, Selangor, paip air sepanjang lebih kurang 3.22 kilometer (dua batu) dirosakkan oleh komunis pada 23 Ogos 1949. Hal ini mengakibatkan suatu skim kecemasan terpaksa dibuat iaitu mengepam air dari Sungai Jeloh di luar bandar Kajang untuk kegunaan penduduknya. Malahan, sabotaj terhadap kemudahan bekalan elektrik turut berlaku apabila penyelidikan Skim Hidroelektrik Cameron Highlands terpaksa dibatalkan pada 1950 akibat terbunuhnya jurutera Lembaga Hidroelektrik iaitu B.de Gates.11

2.1.5 Kesusahan hidup rakyat.

Kesusahan hidup berlaku disebabkan pemusnahan kampung, pemindahan dan penahanan penduduk di kawasan yang di syaki membantu komunis, perintah berkurung, arahan tutup kedai dan catuan makanan. Dalam hal ini, pemusnahan kampung telah mengakibatkan kerugian harta benda, kemusnahan tanaman dan mereka terpaksa memulakan hidup baru di kawasan baru. Pemindahan penduduk dengan cara paksaan turut menyukarkan kehidupan penduduk iaitu tindakan kerajaan British memindahkan penduduk Kampung Jenderam di Kajang, Selangor ke Hulu Yam kerana kawasan itu penting sebagai pusat pembekalan dan perlindungan komunis. Seterusnya, perintah berkurung yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah bertujuan untuk memutuskan hubungan penduduk dengan komunis. Perintah berkurung menyukarkan penduduk untuk mendapatkan pertolongan daripada bidan. Selain itu, penduduk juga mengadu bahawa mereka tidak dapat menunaikan sembahyang fardhu dan mengaji di surau. Kemudian, langkah kerajaan mengenakan catuan beras telah menyusahkan kehidupan penduduk terutamanya golongan buruh.12

2.2 Permasalahan dari sudut ekonomi.

Permasalahan yang timbul dari aspek ekonomi pula semasa darurat dapat dilihat melalui isu ketidakseimbangan ekonomi dalam kaum. Seperti yang kita tahu, semasa

11Ibid, hlm 220-225.

(8)

berlakunya darurat terdapat pelbagai kaum yang menduduki Tanah Melayu. Dua kaum yang seringkali dikaitkan apabila membincangkan perihal darurat ialah kaum Melayu dan Cina.

2.2.1 Keadaan ekonomi masyarakat cina semasa darurat.

Dari aspek ekonomi, masyarakat Cina mendapat keuntungan semasa berlakunya darurat. Seperti yang seringkali diperkatakan, komunis adalah mewakili masyarakat Cina kerana kebanyakan kaum Cina melibatkan diri dalam Komunis. Namun begitu, sebenarnya bukan semua masyarakat Cina ini yang menyokong Komunis. Terdapat juga kaum Cina yang tidak menyokong komunis. Justeru itu, bagi mengelakkan lebih ramai lagi kaum Cina terlibat dalam komunis, pihak British telah mengambil tindakan untuk menempatkan masyarakat Cina dalam satu kawasan. Penempatan Kampung Baru menerusi Rancangan Brigss telah memperuntukkan 86 peratus bagi orang Cina, sembilan peratus orang India dan satu peratus bagi lain-lain bangsa. Seramai 573,0000 orang telah dipindahkan ke Kampung Baru sekitar tahun 1950 sehingga 1960 dan seramai 650,000 buruh telah berjaya ditempatkan13. Kebanyakan setinggan-setinggan

Cina diberi tanah. Mereka memiliki tanah sendiri dan tidak lagi memiliki tanah-tanah haram seperti dahulu.

Walaupun kampung-kampung baru kebanyakannya adalah Cina dan pelbagai langkah diambil untuk membangunkan ekonomi, namun begitu, terdapat juga msyarakat cina yang tidak mempunyai pekerjaan dan hidup susah. John Gullick dalam penulisannya menyatakan bahawa,

But there remains a hard core of unrelieved poverty among the tenant rice farmers, the fisherman and the landless village labourers for whom new holdings have not so far been provided. These groups are mainly Malay, but in the remorter New Village there is also unemployment and poverty among Chinese.14

2.2.2 Keadaan ekonomi masyarakat Melayu semasa darurat.

Dari sudut ekonomi, masyarakat Melayu pada ketika darurat pula merupakan masyarakat yang paling tertindas pada ketika tersebut. Kebanyakan masyarakat Melayu tinggal di luar Bandar. Pada ketika itu, tahap kemiskinan dan kesusahan hidup masyrakat Melayu yang tinggal di luar bandar semakin bertambah. Pada ketika itu,

13 Gullick, John, Malaysia Economic Expension and National Unity, United States : Earnest Benn Limited,

1981, hlm 91.

(9)

kebanyakan masyarakat Melayu masih terlibat dalam kegiatan ekonomi yang bercorak sara diri15. Tambahan lagi masyarakat Melayu pada ketika itu menanam padi dan getah

secara kecil-kecilan. Menurut Abdul Razak dalam penulisannya,

“The poor sectors of the economy were mainly rural, agricultural and affected most of the indigenous locals, for example the Malays.” 16

Justeru itu, salah satu cara masyarakat Melayu meningkatkan pendapatan adalah dengan melibatkan diri dalam bidang ketenteraan dan Polis.17 Keterlibatan

pemuda-pemuda Melayu dalam bidang ketenteraan dan juga polis meningkat pada masa tersebut adalah disebabkan masyarakat melayu kebanyakannya tidak mempunyai kerja pada waktu itu. Tambahan lagi untuk menjadi tentera dan polis pada waktu itu tidak mempunyai kelulusan yang tingggi.

Masyarakat Melayu juga turut terlibat dalam aktiviti pertanian ketika darurat. Pada masa tersebut, walaupun dalam keadaan darurat, British masih komited dalam kapitalisme. Oleh itu, salah satu cara bagi mempomosikan kapitalisme dalam kalangan masyarakat Melayu yang kebanyakkannya tinggal di luar Bandar adalah dengan memajukan sector pertanian, dan dalam hal ini orang Melayu telah digalakan untuk terlibat dalam penanaman padi. Bagi meningkatkann pengeluaran dan seterusnya menambahkan lagi pendapatan, masyarakat Melayu digalakkan untuk terlibat dalam penanaman Padi. Dalam menjayakan dasar penanaman padi, kerajaan telah meningkatkan sistem pengairan dan perparitan terutama di kawasan-kawasan penanaman padi termasuklah di kawasan yang separa Basah. Kawasan separa basah merupakan kawassan tanah yang jauh daripada sumber air.

Walau bagaimanapun, dalam keadaan ini, beras masih tidak mencukupi. Tambahan lagi, harga beras import pada ketika itu menurun. Akibat daripada menurunnya harga beras, pihak British berasa bahawa skim-skim meningkatkan projek-projek penanaman padi adalah sudah tidak mendatangkan pulangan dan keuntungan lagi. Malahan sistem perparitan dan pengairan juga sudah tidak diuruskan secara intensif lagi. Apabila harga beras menurun, harga minimum bagi beras turut menurun dan hal ini mendatangkan kesusahan terhadap petani khasnya terhadap

15 Abdul Razak, Malaysia at 50 and Beyond, Kuala Lumpur : Malaysian Strategic Research Centre, 2009, hlm

272.

16 Ibid.,hlm 42.

(10)

masyarakat melayu. Selain daripada itu, terdapat juga petani yang menyewa tanah dan hal ini akan membawa masalah kepada mereka.

Ketika jatuhnya harga beras, permintaan terhadap getah menyebabkan harga getah meningkat ketika darurat. Getah merupakan komoditi yang menarik minat British. Collin dalam penulisannya menyatakan bahawa,

“... Rubber was a comodity of increasing demand to the International capitalist markets, and consquently of vital interest to the British Colonial Goverment...’’18

Justeru itu, kerajaan mula beralih kepada sektor penanaman getah. Bagi Petani kecil-kecilan, walau pun harga meningkat pada ketika itu, namun penduduk masih susah untuk mengantikan tanaman asal mereka dengan getah. Hal ini kerana, penduduk yang menanam getah secara kecil-kecilan masih mengunakan pokok-pokok getah yang lama sebagai sumber pendapatan utama mereka. Getah mengambil masa yang lama iaitu mengambil kira-kira lapan tahun untuk ditoreh. Manakala bagi syarikat-syarikat yang mempunyai ladang yang luas, mereka boleh melakukan penanaman semula mengikut peringkat kerana mempunyai ladang yang besar.

2.2.3 Dasar pembangunan kerajaan dalam membangunkan ekonomi semasa darurat. Dari sudut ekonomi juga, pada tahun 1950, bermulanya plan pembangunan yang merangkumi lima tahun iaitu daripada tahun 1950 sehinggalah tahun 1955. Tahun 1950 juga memperlihatkan bahawa tertubuhnya Rural and Industrial Development Authority (RIDA) di bawah Datuk Onn Jaafar iaitu President UMNO pada ketika itu. Pada tahun 1954, sebuah lagi kumpulan iaitu The Mudie Committee turut meningkatkan ekonomi negara di mana, menurut John Gullick,

“.. The Mudie Committee , proposed a goverment-directed programme of replanting estates and smallholdings with high-yielding rubber and gave the warning that “ this is the probably the last chance that a large part of the natural (rubber) industry will have of getting its house in order before the scheme breaks. The esssence of the Mudie scheme was that money for replanting should be collected as a cess on exports of rubber and only returned to producers, as an acerage subsidy, if they replanted..”19

18 E.R. Abraham, Collin, Divide and Rule: The roots of race relations in Malaysia, Selangor: INSAN, 1997, hlm152.

(11)

Selain daripada itu, pada tahun 1956, The Federal Land Development Authority (FELDA) telah ditubuhkan bagi mengurus pembahagian semula petani bagi mengatasi kesesakan ekonomi melalui skim tanah baru, membangunkan pertanian, dan skim pengagihan semula bidang pertanian20.

2.2.4 Defisit belanjawan Tanah Melayu.

Kerajaan terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk membendung komunis. Sebanyak $250 000 hingga $300 000 dibelanjakan setiap hari untuk tujuan keselamatan dan menghapuskan komunis. Sepanjang tempoh darurat, kerajaan membelanjakan sebanyak $136.2 juta untuk pertahanan dan sebanyak $721.9 juta untuk memperlengkapkan pasukan keselamatan. 1953, beban kewangan menyebabkan Tanah Melayu mengalami defisit belanjawan sebanyak $1.46 juta.21

Rancangan Briggs juga menyumbangkan kepada defisit Tanah Melayu. Dianggarkan seramai satu hingga dua juta orang telah dipindahkan di bawah Rancangan Briggs. Sebanyak $7 juta telah dibelanjakan oleh kerajaan pada tahun 1950 dan $155 juta pada tahun 1954. Peruntukkan ini telah menjadi beban kepada kerajaan kerana ekonomi Tanah Melayu berada di ambang muflis selepas Perang Dunia Kedua.22

Keadaan ekonomi Tanah Melayu juga agak kritikal pada ketika itu yang mana pengeluaran bijih timah dan getah telah terganggu ekoran daripada kegiatan komunis yang memusnahkan lombong timah dan estet getah yang merupakan asas sumber ekonomi Tanah Melayu.23 Antara Julai hingga Disember 1951, nilai kerosakan di estet

akibat kegiatan komunis meningkat kepada $8,100,000 berbanding dengan $6,300,000 dalam tempoh enam bulan tahun 1950. Dicatatkan sebanyak 400 kejadian estet getah diserang oleh komunis dalam tempoh sebulan. Pada November 1950 sahaja, bangunan yang dimusnahkan oleh komunis di estet getah di Tanah Melayu termasuk rumah asap, kilang getah, pejabat, tempat tinggal pekerja berjumlah 186 buah dan bernilai kurang dua juta ringgit. Dalam tempoh sembilan tahun darurat dikuatkuasakan (1948-1956) komunis menyerang lombong di negeri Perak, Johor, Selangor, Pahang, Terengganu dan Negeri Sembilan.

4.0 LANGKAH BRITISH MENANGANI DARURAT.

20 Abdul Razak, op. cit., hlm 43.

21 Nurul Huda, Ariffin bin Muda, 1980, Darurat: Implikasinya Terhadap Kemasyarakatan dan Ekonomi di Tanah Melayu. Jebat Bil. 2, 1972/73. Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm 78-79.

22Ibid.

(12)

4.1 Ketenteraan

Kekuatan tentera yang pada mula 10 batalion ditambah kepada 20 batalion pada 1951.24 Kerajaan British juga telah menubuhkan Polis Hutan, Pasukan Udara juga

diperbesarkan dengan satu pasukan penggempur manakala angkatan Tentera Laut telah ditugaskan untuk memerangi komunis di kawasan sungai. Selain itu, bantuan ketenteraan juga telah didatangkan dari Fiji, Kenya, Nepal, Australia dan New Zealand sebagai altenatif kekuataan tentera dalam menghadapipemberontakan.

Seterusnya mewujudkan pegawal kampung (Home Guard). Sebahagian besar unit pegawal kampung ini ditubuhkan di kawasan yang menjadi ancaman komunis bertugas sebagai pegawal kampung seperti melindungi kampung,megawal kawasan strategi, membantu polis membuat pemeriksaan dan tugas lain yang diperlukan.Dalam pada itu juga kerajaan telah menambah lagi bilangan rekrut baru polis dan meningkat kepada 4000 orang serta penubuhan

Cawangan Khas Polis untuk menjadi perisik.

4.2 Rancangan Briggs

Kerajaan British terus memperhebatkan gerakkannya menentang komunis dengan melantik Lefternan Jeneral Harold Briggs sebagai pengarah gerakan pada April 1950.25

Beliau telah menjalankan sistem yang akhirnya dikenali sebagai Rancangan Briggs. Rancangan ini adalah bertujuan untuk penempatan semula orang-orang cina yang tinggal berselerak ke kawasan baru yang tinggal berselerak ke kawasan baru yang dipanggil sebagai Kampung Baru. Kawasan ini dikawal ketat dan di pagar bagi mengelakkan dari ugutan Min Yuen yang cuba mendapatkan maklumat dan bekalan makanan. Selain itu rancangan Briggs juga telah melaksanakan Gerakan kelaparan. Gerakan ini bertujuan untuk menyekat bekalan makanan, senjata dan ubat-ubatan daripada tidak jatuh ke tangan komunis ini jelas telah melemahkan mereka.

4.3 Undang – undang darurat.

Pada tahun 1948, kerajaan British telah mengadakan undang Darurat. Undang-undang Darurat ini memberi kuasa yang lebih kepada kerajaan British untuk menentang keganasan komunis. Undang-undang ini menyekat kebebasan berkumpul

24 Mohd Jarib Johan, Sejarah Malaysia Moden, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1985, hlm 200.

(13)

dan secara tidak langsung menyekat kebebasan bercakap.26 Misalnya, kerajaan

berkuasa untuk menangkap dan menahan orang untuk beberapa bulan tanpa perlu dibicarakan di mahkamah. Orang ramai boleh ditangkap jika mereka berkumpul melebihi lima orang di luar bangunan,jika mereka tidak mendapat kebenaran polis. Seseorang yang menyimpan atau membawa senjata api boleh dihukum bunuh. Undang-undang Darurat ini juga telah digunakan untuk melumpuhkan kegiatan politik antipenjajahan yang agak radikal walaupun tiada berkaitan dengan fahaman komunis. Misalnya, penangkapan pemimpin Hizbul Muslimin yang berpusat di Gunung Semanggol.

4.4 Perang Saraf.

Pada 6 Oktober 1951 Persuruhjaya Tinggi Sir Henry Gurney telah mati dibunuh secara serangan hendap oleh talibarut PKM ketika beliau dalam perjalanan ke Bukit Fraser menyebabkan Parti Konservatif di Britain mengkaji semula dasar memerangi PKM. Penggantinya Sir Gerald Templer 1952 hingga 1954 telah melancarkan operasi “ Perang Saraf ” yang bermatlamat memerangi hati rakyat.27 Di antara langkah yang

diambil ialah melayan dengan baik gerila PKM yang ingin menyerah diri, hadiah kepada penduduk yang membantu menangkap atau memberi maklumat serta berjuta-juta risalah dijatuhkan didalam hutan dan kapal terbang dengan pembesar suara.

Selain itu wujud juga perintah berkurung .kawasan putih dibebaskan daripada perintah berkurung, soal selidik kepada penduduk yang wajib dijawab, serta galakkan kerajaan kepada penduduk untuk menujukkan perasaan anti-komunis, menarik perhatian orang cina dengan menambah hak kerakyatan sebanyak 10 % serta memperkenalkan kad pengenalan bagi mengenal pasti komunis atau pun rakyat biasa.

4.5 Peranan MCA

Pada tahun 1949 MCA sebagai parti Pro-kerajaan dibentuk dengan presidennya Tan Cheng Lock sehingga tahun 1958. MCA ini bertujuan adalah untuk menarik perhatian orang cina dan menyokong kerajaan menentang PKM. Diantara langkah yang diambil ialah, mengutip derma untuk membantu kehidupan kampung baru, contohnya menjual tiket loteri dan hasil jualan 1950 sehingga 1953 berjuta-juta dan 4 juta daripadanya dibelanjakan untuk perkhidmatan berkaitan darurat.

26 Zainal Abidin Abdul Wahid, Malaysia: Warisan dan Perkembangan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), 1996, hlm. 330.

(14)

4.6 Tawaran Menyerah Diri

Hal ini bagi mewujudkan perpaduan kaum. Kaum-kaum ini diwakili oleh parti politik masing-masing seperti UMNO, MCA, MIC bagi membentuk Parti Perikatan yang menang dalam pilihanraya pada tahun 1955 telah mencadangkan agar komunis menyerah diri.28

Berdasarkan menifestonya seperti pengampunan kepada pihak komunis dan menyerah diri pada september 1955 di mana 12 juta pas pengampunan ditabur di dalam hutan. Hasil dari penisytiharan pengampunan beramai-ramai itu, terdapat 21 orang pengganas komunis telah menyerah diri sehingga bulan Oktober 1955. Selain itu, terdapat juga anggota komunis yang menyerah diri ini ialah, 6 orang Melayu termasuk Ahmad Salleh anak perempuan kepada Encik Muhammad Salleh Bin Muhammad Zain, ahli Majlis Mesyuarat Negeri Pahang ketika itu.

4.7 Rundingan Baling

Semasa Tunku Abdul Rahman menyandang jawatan Ketua Menteri Tanah Melayu, beliau bersedia berunding tentang pengampunan.29 Rundingan awal ini diadakan di

Baling paada 28 Disember 1955 di Sekolah Jenis Kebangsaan Inggeris (putera). Dalam perundingan ini, Tunku telah menekankan bahawa beliau hendak menjelaskan syarat-syarat pengampunan tetapi Ching Peng menolak kerana mahu PKM ada hak seperti parti-parti lain boleh bergiat dalam bidang politik yang sah.

Di antara syaratnya ialah Tunku mahu PKM meletak senjata dahulu, keluar dari hutan dan menyatakan taat setia kepada Tanah Melayu dan mahu PKM dibubarkan. Akhirnya, perjumpaan selama dua hari ini telah membawa kegagalan dan kerajaan telah mengambil keputusan untuk berperang secara habis-habisan dan pengampunan juga ditarik balik pada 8 Februari 1956.

4.8 Penggunaan Kad Pengenalan.

Rancangan ini telah diperkenalkan oleh Alec Newboult, pemangku Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu pada Julai 1948.30 Langkah ini telah dilaksanakan untuk membezakan

antara komunis dengan penduduk kampung. Rancangan ini mula dikuatkusakan pada 23 lulai 1948 kepada penduduk yang berumur 12 tahun ke atas. Sehingga Mac 1949, pihak kerajaan mengumumkan sistem pendaftaran nama penduduk berjaya

28 Tan Sri.Datuk. Abdul.Samad Idris, 25 Tahun Merdeka, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 1982, hlm 368.

29 Mohd Jarib Johari, Op. cit., hlm 204.

(15)

dilaksanakan sepenuhnya di Tanah Melayu. Tujuan sistem pendaftaran penduduk adalah untuk menyediakan suatu senarai lengkap penduduk yang mempunyai keterangan penting seperti nama, keturunan, bangsa, dialek/bahasa, pekerjaan, tempat lahir dan alamat tempat tinggal.31 Kad pengenalan ini perlu dibawa setiap masa bagi

memudahkan pasukan keselamatan mengawal pergerakan penduduk.

4.9 Perintah berkurung.

Perintah berkurung diperkenalkan dalam membanteras serangan komunis di kawasan-kawasan yang masih lagi mempunyai pengaruh komunis.32 Melalui kaedah ini,

pergerakan penduduk dihadkan dari pukul 6.00 pagi hingga 6.00 petang sahaja dan dijalankan setiap hari. Penduduk dilarang berkumpul beramai-ramai di kawasan kediaman dan diminta tinggal dalam rumah sepanjang perintah berkurung dikuatkuasakan bagi menjamin keselamatan mereka sendiri. Hal ini kerana, pihak komunis kerap kali melakukan serang hendap ke atas pasukan keselamatan dengan menyamar sebagai orang awam menyebabkan pasukan keselamatan terkeliru. Sesiapa yang melanggar arahan ini akan didakwa dan ditahan kerana dianggap sebagai terlibat dalam kegiatan keganasan komunis. Sekiranya penduduk mahu kcluar mereka perlu mendapatkan permit yang dikeluarkan oleh seorang pegawai polis yang berpangkat lebih tinggi dari sub-inspektor. Sepanjang waktu perintah berkurung, pasukan keselamatan dan anggota-anggota polis mengadakan sekatan jalan raya yang menuju ke arah bandar dan juga persimpangan yang menghubungkan kawasan pedalaman dan ladang- ladang getah terutamanya yang berhampiran dengan pinggir hutan.

4.10 Pengenalan Peraturan Bahan Kawalan Bahan Makanan.

Peraturan ini telah diperkenalkan pada 3 Mac 1950 bertujuan untuk mencegah bekalan makanan sampai ke tangan komunis di Tanah Melayu. Bahan makanan dikawal dengan penggunaan kad-kad catuan makanan (ration card).33 Hanya penduduk yang

mempunyai kad-kad catuan makanan dibenarkan untuk membeli bahan-bahan makanan. Pemberiannya pula adalah dengan kadar terhad mengikut jumlah ahli keluarga. Antara barang-barang yang dikawal ialah, beras, garam, minyak masak dan tepung gandum.

4.11 Rancangan Dapur Pusat.

31 Ibid.

(16)

Rancangan Dapur Pusat telah diperkenalkan oleh Pertubuhan Penyekat Makanan Darurat (Emergencv Food Denial Organization) di kampung-kampung baru, estet dan lombong kerana masih wujud lagi pembekalan bahan makanan kepada pihak komunis, lebih-Iebih lagi dari kampung baru yang dikawal ketat. Contohnya, pada 1 Ogos 1950, Skuad Polis Hutan berjaya membunuh seorang komunis, mencederakan seorang komunis (terlepas) dan menangkap dua lelaki serta seorang perempuan yang berada sebuah kongsi lombong di Rimba Panjang. Mereka diberikan bantuan 2 tin kerosin, 2 tin beras dan dokumen dari pekerja lombong tersebut.34 Rancangan ini juga merupakan

sebahagian daripada program Gerakan Kelaparan pada bulan Mei 1954. Pihak kerajaan memberikan nasi kawah yang dimasak di satu kawasan khas dan diagihkan kepada para penduduk sebagai gantian untuk beras.

4.12 Penubuhan Pasukan Home Guard.

Pasukan Home Guard dianggap sebagai satu hubungan penting dalam meningkatkan moral orang awam serta membantu dalam mengurangkan beban polis. Pasukan Home Guard dianggotai oleh orang Melayu. Cina, India, Eropah dan Orang Asli yang berumur dari 18 tahun sehingga 55 tahun. Pasukan Home Guard bekerja secara sambilan untuk menjaga pekan, kampung, kampung baru dan estet getah bersama-sama pihak polis.35

Anggota-anggota Home Guard membantu pasukan keselamatan, polis dan Special Constable untuk memeriksa penduduk yang keluar masuk dari kawasan penempatan.

5.0 ANALISIS.

Pengisytiharan darurat oleh pihak kerajaan (British) dilihat sebagai suatu akta atau undang-undang yang digunakan sebagai mekanisme dalam mengawal huru-hara yang dicetuskan oleh pihak komunis. Walaupun pengisytiharan darurat ini dilihat berjaya membanteras pertapakkan komunis di Tanah Melayu, namun kesan daripada perlaksanaan darurat ini juga telah membawa impak yang sangat besar khususnya dalam aspek sosio-ekonomi Tanah Melayu. Melalui butir-butir perbincangan yang telah kami berikan, suatu analisis yang diperoleh adalah darurat memberikan impak yang negatif terutamanya dalam aspek ekonomi. Perlaksanaan darurat telah melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu dengan membawa banyak kerugian hasil daripada kemusnahan oleh pihak PKM dan perbelanjaan keselamatan. Selain ekonomi, politik Tanah Melayu

34 Ibid., hlm 128.

(17)

juga dilihat turut terpalit sama kerana keganasan yang disebabkan oleh PKM telah membawa kepada pengisytiharan darurat. Secara tidak langsung, perlaksanaan darurat ini telah melambatkan proses kemerdekaan Tanah Melayu.

Semasa darurat di Tanah Melayu, tidak dinafikan bahawa darurat telah mendatangkan kesusahan terhadap masyarakat di Tanah Melayu. Namun, keadaan sosioekonomi di Tanah Melayu juga harus dilihat dari sudut positifnya. Misalnya, ketika darurat sedang berlaku, bidang kesenian serta bidang kemasyarakatan kewartawanan di Tanah Melayu. Malahan bidang sukan pada ketika itu juga memperlihatkan perkembangan semasa darurat. Pada tahun 1949, Tanah Melayu telah menjuarai Piala Thomas dalam acara Badminton, malahan dapat mempertahankan kejuaraannya pada tahun 1952 dan 1955. Bukan itu sahaja, Tanah Melayu buat pertama kalinya telah mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik pada tahun 1956 di Melbourne. Pertubuhan organisasi sukan turut berkembang di mana pada tahun 1953, munculnya Olympic Council of Malaya (OCM) yang dahulunya dikenali sebagai Federation of Malaya Olympic Council. OCM secara rasminnya didaftarkan di International Olympic Comittee pada tahun 1954 dan menjadi payung kepada organisasi-organisasi sukan yang lain di Tanah Melayu.

6.0 KESIMPULAN.

(18)

RUJUKAN.

BUKU

Abdul Razak. 2009. Malaysia at 50 and Beyond. Kuala Lumpur: Malaysian Strategic Research Centre.

E.R. Abraham. Collin. 1997. Divide and Rule: The roots of race relations in Malaysia. Selangor: INSAN.

Gullick, John. 1981. Malaysia Economic Expension and National Unity. United States: Earnest Benn Limited.

Ho Hui Ling. 2004. Darurat 1948-1960 Keadaan Sosial Di Tanah Melayu. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

James P.Ongkili. 1985. Nation-Building in Malaysia 1946-1974. New York: Oxford University Press.

Leon Comber. 13 May 1969 A Historical Survey Of Sino-Malaya Relations. Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books (ASIA) LTD.

(19)

Mohd. Reduan Haji Asli. 1993. Pemberontakan Bersenjata Komunis di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Richard Stubbs. 1989. Hearts and Mind in Guerrilla Warfare the Malayan Emergency 1948-1960. New York: Oxford University Press.

R. Thambipillay. 2003. The Malaysian Police Force in The Emergency 1948-1960. Ipoh: Goodturn Hoover Trading.

Tan Sri.Datuk. Abdul.Samad Idris. 1982. 25 Tahun Merdeka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Zainal Abidin Abdul Wahid. 1996. Malaysia: Warisan dan Perkembangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

JURNAL

Jayakumary Marimuthu. (tiada tahun diterbitkan). Zaman Darurat 1948-1960: Kajian Keadaan Sosioekonomi di Sungai Siput (U) dalam Malaysia dari segi Sejarah, Bil 40-2012. (tempat diterbitkan tidak dinyatakan). Persatuan Sejarah Malaysia.

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan analisis statistik menunjukkan pengaruh pemberian dosis pupuk bio-slurry terhadap pertumbuhan dan produksi tanaman kembang telang ( Clitoria ternatea )

NLS 2014 kali ini akan sejalan dengan fokus CIMSA dalam melakukan community development, dengan membawakan tema “Community Development Implementation:

Analisis incremental cost akan dapat dilaksanakan bila perusahaan menggunakan metode variabel costing dalam penentuan harga pokok produksinya, karena setiap perusahaan yang

Untuk mengatasi permasalahan tersebut maka digunakan metode Warehouse Management System dengan mengusulkan untuk diterapkannya Standart Operating Procedure (SOP)

akan melakukan penyesuaian dan perubahan draft anggaran, baik penambahan maupun pengurangan, berdasarkan perhitungan terbaru dari proyeksi penerimaan dan pengeluaran tahun

)rgan a!domen yang daat mengalami herniasi antara lain gaster& oment#m& #s#s hal#s& kolon& lien dan hear$ *#ga daat terjadi hernia inkarserata ma##n

Gambar 3.2 Diagram Blok Sistem Pengendalian Laju Aliran Gambar 3.2 diatas merupakan gambar diagram blok sistem pengendalian laju aliran yang terdiri dari mikrokontroler