• Tidak ada hasil yang ditemukan

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU BAHASA MALAYSIA DI BAWAH DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KERANGKA KURSUS Tajuk

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2019

Membagikan "KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU BAHASA MALAYSIA DI BAWAH DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KERANGKA KURSUS Tajuk"

Copied!
84
0
0

Teks penuh

(1)

72

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU BAHASA MALAYSIA DI BAWAH DASAR

MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KERANGKA KURSUS

Tajuk Pedagogi Bahasa Malaysia Abad 21

Topik Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Peta Pemikiran-i-Think dalam PdP BM

Personel Penceramah

A. Objektif

Pada akhir sesi kursus peserta dapat;

1. memberikan penerangan tentang pembudayaan kemahiran berfikir aras tinggi dalam

kalangan guru dan murid;

2. membimbing guru dalam menggunakan peta pemikiran i-Think ;

3. menggunakan dan mengamalkan peta pemikiran i-Think semasa pengajaran dan pembelajaran.

B. Kandungan Modul

Kemahiran berfikir aras tinggi perlu menjadi satu budaya dalam kalangan guru dan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan instrumen i-Think dapat membantu guru dalam meningkatkan amalan dan budaya berfikir aras tinggi. Peta Pemikiran i-Think dipersembahkan dalam 8 bentuk grafik mudah yang mempunyai proses pemikiran tersendiri. Penggunaan peta pemikiran ini boleh disesuaikan mengikut tajuk atau unit pelajaran.

C. Pelaksanaan 1. Syarahan

2. Perbincangan

3. Aktiviti latih amal (hands-on) 4. Pembentangan

D. Bahan Pengajaran 1. Modul

2. Nota

3. Slaid Perisian Persembahan

4. Borang penilaian

5. LCD

(2)

73

7. Papan putih

8. Pen Papan Putih

9. Kertas sebak

E. Rumusan/Refleksi

Peserta kursus dapat melaksanakan tugasan mengikut langkah-langkah dan teknik PdP yang disarankan

PROGRAM i-THINK

i-Think merupakan satu program yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan

membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid agar kita dapat melahirkan

murid berinovatif. Antara alat pemikiran yang boleh digunakan ialah:

1. Edward De Bono 6 Thinking Hats

http://www.debonogroup.com/six_thinking_hats.php

2. Peta Minda (Tony Buzan)

http://www.tonybuzan.com/about/mind-mapping/

3. Diagram Tulang Ikan (Ishikawa)

4. Analisis SOWT

http://www.mindtools.com/pages/article/newTMC_05.htm

5. Carta T

http://www.globaleducation.edu.au/resources-gallery/resource-gallery-templates.html

6. Carta Y

http://www.globaleducation.edu.au/resources-gallery/resource-gallery-templates.html

7. Diagram Lotus

(3)

74

4.0 PETA PEMIKIRAN i-Think

(4)

75

LAPAN PETA PEMIKIRAN

1. Peta Bulatan

Proses Pemikiran = Mendefinisikan Mengikut Konteks

Langkah Pembinaan Peta Bulatan

1.

Lukis sebuah bulatan kecil di bahagian tengah.

2.

Tulis topik utama yang ingin diperkenalkan dalam bulatan kecil tersebut.

3.

Lukis sebuah bulatan yang lebih besar mengelilingi bulatan kecil tersebut.

4.

Isi bahagian dalam bulatan besar dengan segala maklumat berkaitan dengan topik tersebut untuk menjana idea (proses sumbangsaran).

5.

Lukis bingkai di bahagian luar bulatan besar untuk menyatakan sumber rujukan atau sudut pandangan daripada pelbagai pihak.

Contoh:-

semua yang saya tahu

tajuk/topik

bagaimana saya tahu apa yang saya tahu

Peta Bulatan

(5)

76

2. Peta Buih

Proses Pemikiran = Penerangan Menggunakan Kata / Frasa Adjektif

Langkah Pembinaan Peta Buih

1. Lukis sebuah bulatan di bahagian tengah dan labelkan topik utama di dalamnya.

2. Lukis beberapa bulatan di sekelilingnya untuk diisi dengan kata adjektif / kata sifat

bagi topik tersebut.

3. Sambung semua bulatan tersebut dengan topik utama menggunakan garis lurus.

4. Senarai seberapa banyak kata / frasa adjektif berkaitan sama ada positif / negatif.

Warna yang berbeza boleh digunakan.

5. Contoh:

Kata Adjektif - cantik, baik hati, periang, pandai, pendiam, cemburu, malas

Frasa Adjektif - bertelinga besar, bersisik tebal.

kata atau frasa adjektif

perkara yang dijelaskan Proses Pemikiran

Menjelaskan sesuatu dengan menggunakan kata atau frasa adjektif

(6)

77

3.

Peta Buih Berganda

persamaan

perkara, benda atau idea yang hendak

dibandingkan dan di bezakan

perbezaan

Peta Buih Berganda Proses Pemikiran

(7)

78

Langkah Pembinaan Peta Buih Berganda

1. Lukis 2 bulatan (berwarna biru dan merah) di dua bahagian untuk menulis 2 topik (objek

/ idea) yang ingin dibandingkan.

2. Tulis kedua-dua topik tersebut di dalamnya.

3. Lukis beberapa bulatan di sekelilingnya termasuklah antara 2 bulatan utama.

4. Sambung semua bulatan dengan 2 topik utama menggunakan garis lurus.

5. Bagi bulatan (berwarna hijau) yang berada antara 2 topik, gabungkannya dengan

kedua-dua topik untuk mewakili persamaan.

6. Isi semua perbezaan di dalam bulatan (berwarna kuning atau ungu) yang hanya

bersambung dengan 1 topik sahaja.

(8)

79

4. Peta Pokok

Proses Pemikiran = Membuat Pengkelasan

kategori/tajuk/topik

subkategori/idea utama

subkategori-subkategori/

idea sokongan

huraian/contoh

Langkah Pembinaan Peta Pokok

1. Tulis tajuk / topik utama di bahagian atas dan gariskannya.

2. Lukis garisan untuk mengasingkan topik utama kepada beberapa kumpulan / kategori. 3. Tulis setiap kategori pada setiap cabang pengelasan.

4. Senaraikan contoh / penjelasan bagi setiap kategori. 5. Gariskan setiap contoh yang ditulis.

Proses Pemikiran

Mengkategorikan atau mengklasifikasikan

(9)

80

5. Peta Dakap

Proses Pemikiran = Hubungan Seluruh dan subbahagian

s u b b a h a g i a n k e p a d a

b a h a g i a n u t a m a

n a m a o b j e k [ k e s e l u r u h a n]

b a h a g i a n

b a h a g i a n u t a m a o b j e k

Langkah Pembinaan Peta Dakap

1. Digunakan untuk mengkaji / menganalisis objek secara fizikal / maujud 2. Tulis bahagian objek yang ingin dipisahkan dan gariskannya.

3. Tulis bahagian / pecahan utama.

4. Tulis bahagian / komponen yang lebih kecil di sebelah kanannya.

5. Lukis ( { ) untuk menggabungkan / menyatukan objek dan komponennya. Peta Dakap

(10)

81

6. Peta Alir

Proses pemikiran = Urutan

Proses Pemikiran urutan/kitaran/sekuen

fasa-fasa/peringkat-peringkat utama peristiwa/proses mengikut urutan/sekuen

subfasa-subfasa/subperingkat- utama peristiwa/proses

mengikut urutan/sekuen

Peta Alir

Langkah Pembinaan Peta Alir 1. Tulis tajuk ( peristiwa / langkah)

2. Lukis sebuah kotak di sebelah kiri kertas dan isikan dengan langkah pertama untuk menghasilkan / membina / membuat ...

3. Lukis anak panah mengarah ke sebelah kanan.

4. Lukis kotak yang kedua dan isikan dengan langkah seterusnya. 5. Ulangi langkah sehingga tamat proses yang ingin diterangkan.

6. Sambungkan kotak dari kiri ke kanan untuk baris berikutnya (jika perlu)

(11)

82

7. Peta Pelbagai Alir

Proses pemikiran = Sebab dan Akibat

Peta Pelbagai Alir

Langkah Pembinaan Peta Pelbagai Alir

1. Digunakan untuk menerangkan analisis sebab dan kesan. 2. Lukis kotak di bahagian tengah dan tulis peristiwa yang dikaji.

3. Di sebelah kiri rajah, tulis sebab-sebab berlakunya peristiwa tersebut dalam kotak berasingan.

4. Sambung setiap sebab dengan anak panah mengarah kepada peristiwa.

5. Tulis beberapa kesan daripada peristiwa tersebut dalam kotak di sebelah kanan. 6. Lukis anak panah mengarah ke kotak sebelah kanan.

(12)

83

8. Peta Titi

Proses pemikiran = Melihat Analogi (Hubungan yang Sama, Mencari Faktor Penghubung)

Langkah Pembinaan Peta Titi

1. Lukis sebuah garisan dan tulis faktor penghubung (relating factor) di bahagian kiri. 2. Faktor penghubung (RF) ialah frasa setara yang mengaitkan analogi.

3. Lukis garisan dan tulis di bahagian atas dan di bawahnya pasangan yang berkaitan. 4. Seterusnya, ikuti langkah yang sama untuk pasangan berikutnya.

(13)

84

(14)

85

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU BAHASA MALAYSIA DI BAWAH DASAR

MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KERANGKA KURSUS

Tajuk Pedagogi Bahasa Malaysia Abad 21

Topik Didik Hibur dalam PdP BM

Personel Penceramah

A. Objektif

Pada akhir kursus ini, peserta dapat memahami: 1. konsep didik hibur

2. faktor-faktor yang menentukan kejayaan pelaksanaan didik hibur; dan

3. proses pelaksanaan didik hibur dalam PdP.

B. Kandungan Pengajaran 1. Definisi didik hibur. 2. Ciri-ciri didik hibur.

3. Peranan guru dan aktiviti-aktiviti yang menentukan kejayaan pelaksanaan pendekatan

didik hibur.

4. Pengaplikasian elemen–elemen didik hibur.

C. Kaedah 1. Syarahan 2. Perbincangan

3. Aktiviti latih amal (hands-on) 4. Pembentangan

D. Bahan Pengajaran 1. Modul

2. Nota

3. Slaid Perisian Persembahan

4. LCD 5. Komputer 6. Papan putih

(15)

86

E. Rumusan/Refleksi

Setelah selesai mengikuti kursus ini, peserta diharap dapat memahami konsep kreativiti didik hibur dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dengan berkesan dalam kelas di sekolah masing-masing. Di samping itu, peserta berupaya untuk meneroka ilmu pedagogi terkini sesuai dengan perkembangan dunia pendidikan.

5.0 Pengenalan

Pendekatan didik hibur merupakan satu pembaharuan yang cuba diperkenalkan kepada murid-murid sebagai kaedah alternatif semasa proses pengajaran Bahasa Malaysia. Tujuannya supaya sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia menjadi seronok untuk diikuti murid-murid. Fokus pelaksanaan adalah kepada penguasaan kemahiran asas Bahasa Malaysia dalam kalangan murid melalui pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. Penghayatan dan apresiasi juga akan diberikan kepada Kesusasteraan Melayu untuk murid-murid sekolah menengah.

5.1 Latar Belakang Didik Hibur

Cadangan pelaksanaan penyerapan pendekatan didik hibur dalam pengajaran Bahasa Malaysia bermula apabila keputusan kabinet pada 8 Julai 2009 yang telah memutuskan bahawa PPSMI dimansuhkan dengan mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan manakala bahasa ibunda di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil mulai 2012.

Keputusan ini dibuat berasaskan pertimbangan objektif berdasarkan kajian empirikal dan saintifik, iaitu penemuan-penemuan atas dasar kajian yang khusus yang telah dilaksanakan. Dalam masa yang sama, Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia memberi sepenuh penumpuan dalam penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar dengan memperkenalkan 12 langkah bagi maksud berkenaan selain transformasi kurikulum Bahasa Malaysia di sekolah rendah dan menengah selaras dengan saranan Y.A.B Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah mengumumkan strategi untuk memartabatkan bahasa Melayu (MBM) serta memantapkan penguasaan bahasa Inggeris (MBI) di semua peringkat persekolahan.

Penumpuan memperkasakan penguasaan Bahasa Malaysia turut ditekankan. Oleh itu, Kerajaan akan mula melaksanakan transformasi kurikulum Bahasa Malaysia di sekolah rendah dan menengah yang mana akan memberi fokus kepada penguasaan asas kemahiran berbahasa dalam kalangan murid melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan holistik merangkumi aspek kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta penguasaan tatabahasa dan seni bahasa.

(16)

87

5.2 Apa Itu Didik Hibur ?

Didik Hibur bemaksud mendidik sambil menghibur. Kamus Dewan (2000) mentakrifkan didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar manakala hibur bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati.

Rumusannya didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur dengan penekanan pelaksanaannya terhadap empat komponen sastera, iaitu nyanyian, bercerita, lakonan dan puisi. Oleh itu, keseronokan murid secara total dalam mempelajari Bahasa Malaysia akan dapat direalisasikan secara terancang dan bersistematik.

5.3 Ciri-Ciri Didik Hibur

i. Sesi pembelajaran yang menyeronokkan kerana terkandung unsur kelakar, kecindan, ada unsur estetik, permainan muzik, lakonan dan sebagainya.

ii. Mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid kepada guru seperti yang dijelaskan sebelum ini didik hibur berkonsepkan santai dan berhibur. Justeru ,murid-murid sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran yang positif dan tertunggu-tunggu untuk melalui sesi pembelajaran pada hari berikutnya.

iii. Sesi pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan pelbagai. Menerusi aktiviti nyanyian dan lakonan umpamanya, murid-murid boleh main peranan dengan menyertai aktiviti tersebut sambil berhibur. Yang penting, arahan guru perlu jelas dan ringkas di samping penggunaan TMK dan BBM untuk menarik penglibatan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran.

iv. Objektif aktiviti cenderung kepada pelbagai cara penyelesaian masalah dan kepelbagaian cara persembahan yang tiada unsur kalah atau menang, tiada

ganjaran atau dendaan serta latihan dan penggunaannya menjurus kepada aktiviti Bahasa Malaysia.

v. Salah atau tidak bukan matlamat aktiviti didik hibur, tetapi yang penting berjaya melibatkan seramai mungkin murid dan aktivitinya bersahaja dan santai.

vi. Aktiviti yang dipilih lebih menjurus kepada aktiviti berkumpulan atau berpasangan supaya wujud semangat kerja berpasukan, kerjasama dan toleransi.

vii. Murid bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea secara logik tetapi terkawal untuk memberikan satu persembahan yang menarik.

viii. Murid bebas untuk bergerak, berlakon, menyanyi dan sebagainya tetapi terkawal.

(17)

88

5.4 Cara Pelaksanaan

Didik hibur dilaksanakan secara penyerapan dalam pengajaran Bahasa Malaysia dengan berfokuskan kepada aktiviti mengguna dan memahami lirik lagu, bahasa indah, bahasa badan dan pantun dua kerat. Penyerapan ialah proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai, murni, dan kemahiran bernilai tambah yang dipelajari semasa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia (Kementerian Pendidikan Malaysia 2001).

Terdapat empat unsur penyerapan sedia ada dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, iaitu:

i. Pelbagai bidang ilmu serta tema,

ii. Semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat Malaysia, iii. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, dan

iv. Kemahiran bernilai tambah.

Didik hibur termasuk dalam penyerapan jenis pertama iaitu pelbagai bidang ilmu serta tema kerana ,iaitu penyerapan didik hibur menekankan empat bidang utama iaitu nyanyian, bercerita, lakonan dan puisi. Dalam modul ini, penyerapan bermaksud proses menyerapkan pelbagai aktiviti nyanyian, bercerita, lakonan, pantun dua kerat dan empat kerat dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia sekolah rendah dan menengah.

5.5 Objektif Didik Hibur

Terdapat tiga objektif pelaksanaan pendekatan didik hibur dalam pengajaran Bahasa Malaysia di sekolah rendah dan menengah, iaitu:

i. Menggunakan dan memahami lirik lagu secara didik hibur;

ii. Menggunakan dan memahami bahasa yang indah dan bahasa badan dalam lakonan dan bercerita; dan

iii. Menggunakan dan memahami pantun dua kerat dan empat kerat secara didik hibur.

5.6 Apa Itu Bahasa Badan ?

(18)

89

5.7 Faktor Kejayaan Pelaksanaan Didik Hibur a. Guru

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru adalah segala-galanya (Pullias & Young 1982), yang menjalankan pelbagai peranan dalam bilik darjah (Syed Lutfi 1994).

Hal bermakna kejayaan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran itu adalah terletak kepada kebijaksanaan guru sebagai pengurus yang berkesan. Sebagai guru, beberapa perkara berikut perlu dipatuhi, iaitu:

i. Perwatakan guru yang menarik, kecindan, tidak menakutkan atau menggerunkan murid-murid.

ii. Bahasa yang digunakan sesuai dengan tahap murid.

iii. Guru tidak menjatuhkan air muka atau memalukan murid di khalayak. iv. Guru seorang pengurus atau penganjur aktiviti yang baik.

v. Sepatutnya guru boleh melakonkan pelbagai watak dalam pelbagai aktiviti. vi. Guru boleh membuat pelbagai suara.

vii. Guru boleh memberi arahan dengan tepat dan menarik.

viii. Seorang yang prihatin dan peka serta tajam daya pemerhatian.

ix. Guru berkebolehan menukar atau melakukan penyesuaian mendadak, x. Guru atau fasilitator ialah seorang yang fleksibel.

b. Aktiviti

Kejayaan didik hibur secara kerkesan bergantung kepada aktiviti yang dirancang. Walau bagaimanapun terdapat beberapa ciri yang perlu diambil kira semasa merancang aktiviti Didik Hibur, iaitu:

i. Aktiviti perlu disesuaikan dengan tahap murid yang hendak diajar. ii. Aktiviti yang dijalankan hendaklah berdasarkan silang budaya

iii. Penyerapan didik hibur memerlukan tempoh pelaksanaan dan peruntukan masa pembelajaran yang sesuai.

iv. Aktiviti didik hibur boleh dibuat, dijalan dan diselesaikan oleh murid-murid tanpa banyak masalah dan halangan.

v. Aktiviti yang dipilih tidak menjurus ke arah permusuhan atau konflik antara murid. vi. Peraturan yang jelas, senang, mudah difahami atau diikuti oleh murid hendaklah

disediakan.

vii. Aktiviti didik hibur yang dirancang perlu memberikan kepuasan kepada mereka yang menyertainya, serta boleh disertai seramai mungkin murid.

5.8 Nyanyian dalam Didik Hibur

(19)

90

5.8.1 Aktiviti Nyanyian

a. Definisi Nyanyian

Kamus Dewan (2000) mentakrifkan nyanyian sebagai satu gubahan muzik yang dilagukan dengan suara. Kamarudin Husin (1999) pula melihat aktiviti menyanyi sebagai satu aktiviti yang berlaku dalam kehidupan sebenar dan boleh di bawa ke bilik darjah sebagai satu kegiatan lisan yang menarik.

b. Kebaikan Aktiviti Nyanyian

i. Menyanyi boleh menyumbang kepada kepelbagaian aktiviti bukan sahaja kepada proses pembelajaran tetapi juga pengalaman baharu kepada murid-murid sewaktu mempelajari bahasa. Hal ini mencetuskan perubahan dalam aktiviti yang lazim ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

ii. Menyanyi adalah sesuatu yang menghiburkan. Justeru, murid-murid berpeluang belajar dalam suasana yang menyeronokkan.

iii. Menyanyi dapat mempertingkatkan motivasi kerana ia merupakan aktiviti yang tertumpu kepada penglibatan murid sepenuhnya.

iv. Menyanyi memberi peluang kepada murid-murid untuk terlibat sepenuhnya dalam aktiviti pembelajaran dan biasanya melibatkan seluruh bilik darjah.

v. Menyanyi dapat membantu murid-murid mengingat kembali bahasa yang dipelajari dengan lebih baik berbanding aktiviti lain. Rentak, irama dan melodi semuanya boleh menerapkan perkataan-perkataan yang dipelajari ke dalam otak secara berkesan.

vi. Lagu boleh membantu murid-murid menguasai perbendaharaan kata, sebutan, intonasi, rima dan tekanan, struktur serta bentuk ayat.

vii. Nyanyian menyumbang kepada sesi pengajaran guru yang menarik.

viii. Nyanyian memberi pengukuhan yang baik dalam aspek pemahaman bahasa.

5.8.2 Prinsip Nyanyian

i. Elakkan daripada memilih lagu yang tidak mempunyai susunan kata yang betul dan salah dari segi tatabahasa. Lagu juga tidak seharusnya mengandungi bahasa pasar, kuno atau dialek negeri tertentu. Pilihlah seni kata dari lagu-lagu yang mengandungi bahasa yang standard dan digunakan sehari-harian.

(20)

91

iii. Pilihlah lagu yang sederhana kelajuannya, iaitu tidak terlalu lambat dan tidak terlalu cepat. Lagu yang melodinya biasa didengar serta mudah dan senang diingat perlulah diberikan keutamaan oleh guru.

iv. Pilihlah lagu yang mempunyai banyak pengulangan seperti pengulangan melodi, perkataan dan sebagainya. Pengulangan memudahkan murid menguasai bahasa yang hendak dipelajari. Hal ini kerana pembelajaran bukan sahaja melalui penyampaian yang baik tetapi juga melalui pengulangan bahan pembelajaran. v. Sebaik-baiknya lagu yang dipilih itu hendaklah mengandungi cerita seperti kisah

seseorang yang menceritakan sesuatu perasaan, pandangan atau pendapat. Contohnya lagu ‘Balik Kampung’ dan ‘Ayah dan Ibu’ nyanyian Sudirman Hj. Arshad. vi. Bagi murid-murid yang berada dalam tahap rendah, lagu yang dipilih perlu

mengandungi perbendaharaan kata yang terhad. Elakkan juga memilih seni kata lagu yang ada ayat yang pelbagai jenis kerana boleh menganggu pembelajaran mereka.

5.8.3 Standard Kandungan

( 1 ) Menyebut dan memahami unsur dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur.

1.1 Menyebut seni kata lagu dengan jelas melalui persembahan nyanyian secara didik hibur.

1.1 Menyebut dengan jelas dan memahami seni kata lagu melalui persembahan nyanyian secara didik hibur.

5.8.4 Prosedur Menjalankan Aktiviti Nyanyian ( i ) Prapersediaan

Pada tahap ini, guru harus bijak memilih dan menentukan jenis lagu yang sesuai dengan murid serta sepadan dengan objektif pengajaran. Pertama, tentukan tahap kesusahannya, panjang pendek bahan, kekerapan mengulang perkataan, aspek bahasa yang hendak ditekankan, apakah tindakan susulan, bahan bantu mengajar yang diperlukan dan sebagainya. Jika perlu, guru kena mengubah suai atau menulis semula seni kata lagu tersebut mengikut kesesuaian.

( ii ) Penyampaian

(21)

92

menguasai bentuk ayat, atau strukturnya. Gunakan gambar untuk menjelaskan maksud atau gunakan gerak badan atau aksi untuk menggambarkan makna secara jelas dan tepat.

( iii ) Penutup

Guru menyanyikan lagu bersama-sama murid. Bagi tujuan pengukuhan, guru boleh menguji murid-murid secara bertulis tentang aspek bahasa yang telah diajar sebelumnya. Umpamanya murid-murid diminta menghasilkan sebuah dialog ringkas atau cerita pendek berdasarkan beberapa perkataan yang telah dikenal pasti dalam seni kata lagu berkenaan.

5.8.5 Elemen Didik Hibur dalam Aktiviti Nyanyian

i. Santai – Mendengar lagu dan membaca seni kata lagu yang digemari.

ii. Kelakar – Mengubah suai seni kata lagu mengikut jalan tema sendiri. iii. Seronok dan gembira – Banyak aktiviti nyanyian dan gerak badan.

iv. Semangat mencuba – Usaha murid untuk menghasilkan cerita ringkas daripada tema atau perkataan dalam seni kata lagu berkenaan.

v. Tidak takut dan kurang stres – Guru turut menyanyi bersama-sama murid.

5.8.6 Kaedah Mengajar Nyanyian

( i ) Kaedah keseluruhan lagu.

Kaedah ini sesuai untuk mengajar lagu yang pendek. Selain itu, kaedah ini sesuai untuk kelas yang pandai. Caranya dengan memperdengarkan lagu secara keseluruhan dengan muziknya. Sekurang-kurangnya tiga atau empat kali. Guru menyanyikan keseluruhan lagu dengan iringan atau tanpa muzik. Selepas itu murid dibimbing untuk membaca sukukata lagu dengan sebutan yang betul. Seterusnya mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu secara sebutan a, e, i, o, u secara berulang-ulang. Akhirnya murid-murid menyanyi keseluruhan lagu dengan iringan muzik.

( ii ) Kaedah baris demi baris.

(22)

93

5.8.9 Cadangan Aktiviti Nyanyian

( i ) Murid diperdengarkan CD lagu ‘Wajah’ nyanyian Jaclyn Victor dan dalam masa yang sama lirik lagu dipancarkan menerusi LCD di hadapan bilik darjah. Guru meminta murid nyanyi bersama-sama sambil menghayati senikata lagu.

Tajuk/Lirik Lagu: Wajah Penyanyi: Jaclyn Victor

Berbumbungkan angkasa kelabu Lantainya bumi retak seribu

Setiap langkah perjalananmu beronak berliku

Betapa berat mata memandang Berat lagi menggalas bebannya Belum sempat menitis ke pipi Tangisan kering sendiri Berkali tersungkur Pandanganmu kabur

Namun azam meneruskan hidup tak pernah luntur

Engkaulah perwira di medan derita

Merentasi ranjau kehidupan dengan harapan Luahan rasa derita jiwa

Pada wajah tiada rahsia

Menunggu malang berganti tuah Usah kau berputus asa

( ii ) Guru memilih beberapa orang murid secara rawak dan meminta mereka menceritakan semula menggunakan perkataan sendiri tentang isi atau kandungan lagu yang telah dipelajari.

( iii ) Seterusnya guru boleh meminta mereka menggambarkan idea dalam lagu itu dalam bentuk lukisan atau lakaran pada papan tulis di hadapan bilik darjah.

( iv ) Guru juga boleh meminta murid untuk mencipta dialog pendek dari isi atau kandungan lagu tadi.

( v ) Seterusnya murid-murid bebas melakonkan aktiviti atau peristiwa dalam lagu tersebut menggunakan perkataan sendiri tetapi terkawal.

( vi ) Akhir sekali murid-murid diminta mendengar lagu itu sekali lagi dan dalam masa yang sama, mereka memenuhkan tempat kosong dengan perkataan yang telah dikosongkan tadi.

(23)

94

5.9 Bercerita dalam Didik Hibur

Bercerita adalah aktiviti yang menarik dan sesuai untuk sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia kerana sifat kanak-kanak yang suka mendengar cerita. Cara ini bukanlah sesuatu yang baru, malah sering digunakan oleh ibu bapa sewaktu menyampaikan sesuatu pengajaran kepada anak-anak mereka. Bercerita amat memikat dan bersifat menghiburkan menyebabkan murid-murid cepat menumpukan perhatian jika sesuatu pengajaran itu dapat disampaikan dalam keadaan yang menyeronokkan.

5.9.1 Definisi Bercerita

Kamus Dewan Bahasa (2000) mentakrifkan bercerita sebagai mengisahkan sesuatu cerita, bercakap atau berbual. Manakala Kamarudin Husin (1999) mentakrifkan bercerita sebagai salah satu aktiviti lisan yang penting dan memerlukan beberapa kebolehan tertentu. Bagi guru yang ingin bercerita, perlu memilih dan menggunakan perkataan yang sesuai, berkebolehan melahirkan sesuatu gaya, suara, mimik muka dan intonasi yang boleh memikat perhatian pendengar. Guru juga harus membina ayat yang betul, penggunaannya tepat, mudah dan menarik. Pendek kata, semua unsur yang terdapat dalam bahasa lisan terutama dalam percakapan yang natural, perlu diwujudkan semasa bercerita.

5.9.2 Kebaikan Aktiviti Bercerita

i. Dapat menyuburkan daya imaginasi murid-murid. Usaha ini akan menjadikan murid-murid lebih imaginatif dan kreatif. Semasa guru menjalankan aktiviti bercerita, secara imaginasi murid-murid boleh memasuki alam cerita tersebut dan menggambarkan seolah-olah mereka terlibat dalam cerita itu. Contohnya, kanak-kanak boleh menjadi angkasawan, gergasi, makhluk halus, haiwan dan sebagainya.

ii. Menyemai rasa empati dalam kalangan murid-murid. Dalam cerita sering berlaku peristiwa yang melibatkan emosi manusia seperti watak utama menemui kejayaan, gembira dan menderita. Keadaan ini amat sesuai untuk murid-murid dan dalam masa yang sama boleh mengubah suasana dengan membawa mereka untuk menghayati tema dan isi cerita sepenuhnya.

iii. Menyuburkan akal dan kecerdasan otak. Semasa cerita disampaikan oleh guru, murid lazimnya akan menunjukkan rasa minat, hairan, geram dan perasaan ingin tahu. Murid-murid digalakkan bertanya atau menyoal, dibenarkan memberi komen atau pandangan terhadap peristiwa, sifat serta perilaku watak-watak dalam cerita tersebut. Aktiviti-aktiviti seperti ini membantu mengasah akal dan mempertingkatkan kecerdasan otak murid-murid.

iv. Menggalakkan perkembangan bahasa. Ketika bercerita itulah mereka akan menambah perbendaharaan kata dan memperlihatkan pelbagai ragam gaya dan bentuk bahasa kepada murid-murid.

(24)

95

berharga seperti moral dan akhlak, tingkah laku dan sikap yang baik untuk disampaikan kepada murid-murid.

vi. Asas kepada panduan hidup. Cerita yang disampaikan dengan cara yang menarik dan memikat hati biasanya akan lebih berfaedah kerana sedikit sebanyak dapat membentuk jiwa pelajar secara sihat. Si Tanggang misalnya, mempunyai falsafah-falsafah yang tinggi di sebalik cerita itu. Kisah-kisah yang dipaparkan di dalamnya memberi kesedaran yang amat mendalam. Implikasi cerita itu begitu berpengaruh dan sentiasa kekal dalam ingatan murid-murid. Pengajaran yang diperoleh daripadanya juga boleh dijadikan panduan hidup mereka.

5.9.3 Prinsip Aktiviti Bercerita

i. Cerita harus mempunyai tema yang sesuai. Ini bermakna, cerita itu tidak boleh mengabaikan objektif mendidik dan mengasuh. Ceritanya mesti mengandungi isi yang sesuai dengan murid-murid, terutama dari segi kematangan berbahasa, umur, latar belakang, minat, kecerdasan otak dan pengalaman mereka.

ii. Cerita perlu menggunakan bahasa yang sesuai dengan tahap murid. Hal ini bermaksud bahasa perlu mengandungi perkataan atau rangkai kata yang tepat, sesuai dan berkesan. Pengucapan cerita itu harus dilakukan dengan jelas, ringkas dan tidak mengelirukan. Perkataan dan rangkai kata yang mengandungi beberapa pengertian harus juga dielakkan.

iii. Plot cerita dan penyampaiannya perlu menarik. Jalan ceritanya tersusun dengan baik dan ada kesudahan. Semasa menyampaikan cerita tersebut, guru perlu menggunakan pelbagai gaya yang menarik seperti gaya isyarat, pergerakan, pertanyaan, menggunakan cakap ajuk, melakonkan peristiwa-peristiwa tertentu dan sebagainya.

iv. Penglibatan murid-murid sepenuhnya semasa aktiviti ini berjalan juga penting. Guru harus bijak dan pandai mengaitkan jalan cerita dengan intelek, emosi dan kadangkala fizikal murid-murid semasa sesi bercerita. Semua aktiviti ini boleh diikuti dengan pelbagai gerak kerja lanjutan yang dirasakan sesuai.

5.9.4 Standard Kandungan

( 1 ) Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan dengan kreatif semasa bercerita secara didik hibur.

1.1 Mengujarkan ayat dengan sebutan yang betul dan jelas tentang sesuatu perkara melalui penceritaan secara didik hibur.

(25)

96

5.9.5 Prosedur Menjalankan Aktiviti Bercerita

( i ) Permulaan cerita

( a ) Bahagian ini menumpukan kepada keupayaan murid yang mengambil bahagian untuk menarik minat rakan-rakan lain dan kekal hingga ke akhir cerita. Permulaan cerita boleh dilaksanakan melalui penggunaan isyarat, mimik muka, gambar, pelibatan murid, media di samping bijak memainkan kata-kata, dan ini mampu menyediakan satu situasi bercerita yang sesuai. Permulaan cerita lebih menarik jika mereka berjaya membawa imaginasi murid-murid lain ke zaman berlakunya cerita dan peristiwa yang disampaikan itu. Dalam masa yang sama, guru berperanan membimbing murid supaya membaca dialog dengan gaya, nada dan intonasi yang betul.

( b ) Guru harus menunjukkan kecenderungan untuk membina perhubungan yang baik dengan murid-murid. Kemesraan guru dan murid perlu dibina terlebih dahulu sebelum aktiviti bercerita bermula. Keadaan ini boleh menarik perhatian murid di samping dapat menggalakkan penyertaan mereka dalam aktiviti bercerita yang hendak disampaikan.

( ii ) Pembentukan cerita

( a ) Bahasa yang digunakan mestilah mudah dan sesuai dengan tahap murid-murid. Hal ini penting agar maksud cerita dapat difahami sepenuhnya oleh murid-murid. Penggunaan cakap ajuk pada bahagian tertentu cerita mampu menambahkan kesan yang boleh menjadikan pendengar memberi perhatian lebih kepada cerita. Perkataan dan rangkai kata yang kabur perlu dielakkan manakala istilah baru perlu disokong menggunakan gambar, ilustrasi atau sebagainya.

( b ) Kelancaran pertuturan amat penting untuk memberikan kesan penceritaan di samping membolehkan terhasilnya satu perkembangan cerita yang licin dan berkesan. Murid yang terlibat sebagai pelakon atau pendengar pula tidak menghadapi sebarang masalah untuk memahami cerita berkenaan.

( c ) Kepelbagaian suara penting dan boleh dilihat dari segi tekanan tinggi-rendah, nada, intonasi, kelantangan, panjang-pendek, besar dan kecil dan sebagainya. Keadaan suara yang sedemikian hendaklah diwujudkan di tempat yang sesuai dengan peristiwa-peristiwa dalam cerita itu. Umpamanya situasi menyeramkan pada waktu tengah malam, suara pencerita tadi akan bertukar menjadi garau, kasar, seram dan ditambah dengan suara mengilai. Jika suara ini benar-benar berkesan, lazimnya murid-murid akan menutup telinga dan mata sebagai reaksi di luar kawalan mereka.

(26)

97

dengan jelas dan bermakna. Situasi ini akan melahirkan satu suasana bercerita yang menarik dan menghiburkan.

( e ) Penggunaan bahan rangsangan yang sesuai seperti penggunaan media boleh menarik minat murid-murid terhadap keseluruhan cerita berkenaan. Jika perlu gunakan pelbagai bahan rangsangan supaya mereka tidak cepat jemu dan bosan.

( f ) Cerita haruslah mengikut urutan, iaitu jalan cerita yang perlu didahulukan akan disampaikan pada awal cerita dan begitulah sebaliknya. Hal ini perlu supaya hubungan antara satu cerita dengan cerita yang lain konsisten dan meyakinkan pendengar.

( g ) Semasa menjalankan aktiviti bercerita seorang guru perlu peka kepada tema yang hendak disampaikan. Pemahaman terhadap tema membantu murid mengenal pasti plot cerita, watak-wataknya dan moral cerita dengan tepat dan berkesan.

( h ) Pelibatan murid perlu menyeluruh dan maksimum, iaitu sama ada secara kognitif, psikomotor atau secara lisan dengan memberikan pandangan atau cadangan penambahbaikan kepada rakan-rakan yang mengambil bahagian dalam aktiviti bercerita ini.

( iii ) Penutup Cerita

( a ) Cerita yang disampaikan perlu ada kesudahannya. Dalam bahagian ini, semua masalah dan kerumitan watak dapat diselesai.

( b ) Perkara yang paling penting ialah kesudahan cerita itu dapat memenuhi objektif yang ingin dicapai guru.

5.9.6 Elemen Didik Hibur dalam Aktiviti Bercerita

i. Santai – Murid dapat mendengar pelbagai siri cerita yang mereka digemari.

ii. Kelakar dan lucu – Apabila murid dibenar untuk menggunakan gaya sendiri yang kreatif semasa menyampaikan cerita supaya berkesan maka adegan lucu terjadi. iii. Seronok dan gembira – Penggunaan mimik muka, suara dan gerak badan.

iv. Semangat mencuba – Usaha murid untuk mengambil bahagian di hadapan rakan-rakan sebagai pencerita menerusi tajuk cerita yang digemari.

v. Tidak takutkan guru – Guru turut bercerita bersama-sama murid dengan mempelbagaikan suara, mimik muka dan gerak badan supaya penyampaian cerita lebih berkesan.

(27)

98

5.9.7 Cadangan Aktiviti Bercerita

i. Aktiviti Menyanyikan Cerita – Isi dan fakta yang kan diajar digubah seperti rangkap nada sesuatu nyanyian yang popular. Kemudian, fakta tersebut seperti menyanyikan lagu yang dipilih itu. Teknik ini akan jadi lebih menarik jika diiringi muzik ‘minus one’ lagu berkenaan.

ii. Aktiviti Lakonan Cerita – Murid yang dipilih diminta melakonkan semula watak berdasarkan jalan cerita menggunakan perkataan sendiri mengikut pemahaman dan penghayatan mereka sendiri. Guru membimbing murid supaya membaca dialog lakonan dengan gaya, nada dan intonasi yang betul.

iii. Aktiviti Kerusi Panas – Dalam aktiviti ini, seorang murid akan diminta menghayati dan mendalamkan watak dalam sesebuah cerita, kemudian murid ini akan ditempatkan di kerusi di hadapan rakan-rakan. Seterusnya murid-murid bertanyakan soalan-soalan yang ada kaitan dengan watak yang dipegang oleh murid yang sedang duduk di kerusi panas berkenaan. Jawapan murid perlu menjurus kepada cerita atau peristiwa dalam cerita berkenaan.

iv. Aktiviti Improvisasi – merupakan lakonan spontan yang terdiri daripada kumpulan kecil, yang skripnya diolah daripada isi atau peristiwa yang terdapat dalam cerita berkenaan. Tujuannya menceritakan peristiwa yang berlaku dalam permulaan cerpen, konflik, dan peleraian dalam cerita berkenaan.

5.10 Lakonan dalam Didik Hibur

Di sekolah, berlakon merupakan satu aktiviti yang amat digemari oleh murid-murid kerana dijalankan dalam bentuk bermain dan bersantai. Mereka diberi peranan untuk berkata-kata secara bebas, melahirkan pandangan, beraksi sesama sendiri, berhibur dengan gelagat rakan sebaya, melaksanakan aktiviti bersama dan sebagainya. Walaupun aktiviti berlakon ini berjalan secara tidak formal tetapi aktiviti ini pasti akan membantu meningkatkan kemahiran murid-murid untuk berbahasa dengan baik.

5.10.1 Definisi Lakonan

Lakonan adalah satu aktiviti, atau pergerakan tubuh badan atau segala bentuk perlakuan yang meliputi segala kegiatan hidup manusia. Lakonan dilakukan oleh watak-watak tertentu sebagai mencerminkan keadaan sebenar, atau meniru cara dan bentuk kegiatan-kegiatan yang berlaku dalam hidup masyarakat. Kamus Dewan (2000) mentakrifkan lakonan sebagai perihal memainkan sesuatu drama, sandiwara dan sebagainya.

5.10.2 Kebaikan Aktiviti Lakonan

i. Membolehkan murid-murid bertutur dengan gaya, suara, intonasi, nada dan sebutan yang betul.

ii. Membolehkan mmurid-murid menggunakan bahasa dalam situasi dan konteks tertentu dengan cara yang betul.

(28)

99

iv. Membolehkan murid-murid berinteraksi atau berhubung dengan orang lain untuk menyatakan perasaan, kehendak, pengalaman dan fikiran mereka.

v. Melatih murid-murid mendengar dengan baik dan dapat memahami apa yang didengarinya itu secara tepat.

vi. Menyuburkan semangat kekitaan, bertanggungjawab dan boleh bekerjasama dalam satu kumpulan.

vii. Mendorong pembentukan pemikiran yang lebih aktif dan kreatif dalam kalangan murid.

viii. Mengikis perasaan rendah diri, sifat malu dan pelbagai sifat negatif lain.

ix. Melatih murid-murid memahami semua aspek kehidupan apabila mereka menghadapi keadaan sebenar.

5.10.3 Prinsip-prinsip Berlakon

Untuk memastikan aktiviti ini berjalan lancar dan berkesan serta memenuhi tujuan pengajaran dan pembelajaran, guru haruslah mempunyai prinsip-prinsip tertentu ketika mengendalikan aktiviti berlakon. Antaranya adalah seperti berikut:

i. Aktiviti lakonan hendaklah menepati objektif pengajaran, iaitu untuk mempertingkat kemahiran dan kebolehan berbahasa dalam kalangan murid.

ii. Berlakon hendaklah mempunyai tema yang sesuai dengan pengalaman dan kebolehan mental murid serta boleh dijalankan dalam situasi yang sebenar.

iii. Dialog dalam lakonan haruslah menggunakan bahasa yang sesuai, iaitu bahasa yang mudah, jelas, ringkas, dan senang difahami oleh murid-murid.

iv. Aktiviti ini hendaklah dijalankan dalam bilik darjah. Lakonan yang memerlukan peralatan yang sukar dibawa ke bilik darjah perlulah dielakkan.

v. Semua murid hendaklah dibenarkan berlakon secara bebas. Guru hanya boleh membetulkan kesalahan murid selepas persembahan lakonan tersebut supaya tidak menganggu perjalanan lakonan tersebut atau membunuh minat dan semangat berlakon dalam kalangan murid.

vi. Murid-murid digalakkan melibatkan diri sepenuhnya semasa aktiviti lakonan itu supaya kemahiran intelek, emosi dan fizikal mereka dapat berkembang.

5.10.4 Standard Kandungan

( i ) Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan dengan kreatif melalui lakonan secara didik hibur.

1.1 Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas tentang sesuatu perkara melalui lakonan secara didik hibur.

(29)

100

5.10.5 Jenis Lakonan

Aktiviti lakonan dapat melatih murid-murid untuk bertutur dengan baik. Ada beberapa jenis lakonan yang boleh dilaksanakan oleh guru dalam bilik darjah, iaitu:

i. Lakonan Berdasarkan Permainan

Lakonan jenis ini biasanya dijalankan tanpa perancangan terlebih dahulu. Murid-murid diminta untuk melakukan suatu permainan yang pernah mereka mainkan sebelumnya seperti bermain bola sepak, layang-layang, guli, badminton dan sebagainya. Murid yang dipilih secara rawak itu diminta keluar ke hadapan bilik darjah dan guru meminta mereka untuk melakonkan permainan tersebut. Manakala murid lain akan memerhatikan pergerakan yang sedang dilakonkan. Contoh lain ialah permainan ‘pukul berapa datuk harimau’, ‘ayam dan musang’, dan sebagainya.

ii. Lakonan Spontan

Merupakan lakonan yang tidak dirancang dan dijalankan tanpa skrip. Murid-murid diberi peluang berlakon menggunakan ayat sendiri secara semerta iaitu lahir daripada fikiran mereka sendiri. Biasanya melibatkan dua orang pelakon atau lebih. Sebelum berlakon, peranan masing-masing diperjelaskan dan guru perlu memberikan gambaran suasana dan peristiwa yang hendak dilakonkan itu sebelum murid-murid melakonkannya secara bebas. Contohnya adegan berjumpa doktor di klinik, melaporkan kehilangan barang di balai polis, hakim menjatuhkan hukuman kepada pesalah dan sebagainya.

iii. Lakonan Bisu

Lakonan jenis ini hanya menggunakan pergerakan anggota badan tanpa dialog. Berpandukan gerak-geri pelakonnya, murid-murid lain diminta meneka tingkah laku yang dibuat oleh pelakon berkenaan. Sebaik-baiknya guru menjelaskan terlebih dahulu situasi yang perlu dilakonkan seperti jenis pekerjaan di rumah, permainan, situasi atau gelagat haiwan kesayangan. Seterusnya mereka diminta menceritakan kembali gerak-geri yang dilihat menggunakan perkataan dan ayat sendiri, contohnya membelah kayu api, menyapu sampah, menjemur padi, bermain layang-layang, mandi di sungai, menjual ubat, kuda berlari dan sebagainya.

iv. Lakonan Berkait

(30)

101

boleh ditukar ganti dengan meminta murid pula yang menyebut dan melakonkannya atau guru menyebut perkataan, dan pelakonnya adalah murid-murid secara beramai-ramai dalam bilik darjah. Melalui aktiviti ini, murid dapat melihat perkaitan antara percakapan dengan lakonan yang dijalankan.

v. Lakonan Berseni Kata

Dijalankan dalam dua bentuk, iaitu lakonan tidak bersengaja dan lakonan bersengaja. Lakonan tidak bersengaja merupakan lakonan tidak formal, dilakukan selepas murid-murid mendengar sesuatu cerita atau kejadian. Tidak memerlukan persediaan yang lama dan guru berperanan memberikan nasihat dan cadangan sahaja manakala murid-murid bebas berlakon menggunakan perkataan sendiri. Manakala lakonan jenis bersengaja pula memerlukan perancangan teliti di mana murid-murid diberi senikata berdasarkan cerita-cerita yang dipilih oleh guru. Terdapat beberapa perkara yang perlu dilaksanakan guru sebelum menjalankan aktivitii lakonan jenis bersengaja ini.

( a ) Jelaskan kepada murid peranan sebagai pelakon dengan menceritakan peristiwa yang hendak dilakonkan atau memberikan seni kata untuk diteliti murid.

( b ) Seterusnya, proses pemilihan pelakon dijalankan oleh guru. Semasa pemilihan dijalankan, pastikan peluang berlakon diberikan kepada semua murid dan tidak hanya tertumpu kepada murid pandai dan cergas sahaja.

( c ) Setelah guru menjelaskan peranan setiap pelakon, murid-murid yang terpilih bolehlah melakonkannya secara bebas sebagaimana dikehendaki oleh jalan cerita berkenaan.

( d ) Guru boleh memberikan ulasan dan komen selepas selesai aktiviti lakonan supaya sesi lakonan murid tidak terjejas. Sama ada untuk memberi peluang lakonan sekali lagi atau membuka peluang kepada murid lain.

( e ) Sebaik-baiknya guru berikan motivasi dan rangsangan, iaitu elakkan mengkritik atau menyalahkan murid-murid sehingga membunuh minat dan keinginannya untuk terus berlakon.

( f ) Guru boleh menyediakan beberapa peralatan sokongan seperti topeng dan pakaian yang sesuai supaya lakonan murid lebih menjadi lebih realistik dan berkesan.

vi. Lakonan Boneka

(31)

murid-102

murid sekolah menengah, mereka digalakkan membina skrip mudah dan kemudiannya melakonkan sendiri menggunakan boneka berkenaan.

vii. Lakonan Nyanyian

Lakonan jenis ini memerlukan lagu sebagai bahan rangsangan dan sesuai dilaksanakan pada semua peringkat sama ada rendah atau menengah. Sebelum aktiviti jenis ini dijalankan, guru terlebih dahulu menjelaskan apakah peranan dan suasana yang perlu dilakukan oleh pelakon. Justeru, pelakon hanya perlu menggunakan pergerakan anggota badan dan mimik muka tanpa berkata-kata kerana sepanjang tempoh lakonan tersebut diiringi lagu yang diperdengarkan kepada mereka. Contohnya lagu ‘Ayah dan Ibu’ nyanyian Sudirman Arshad, ‘Bukan Kerana Nama’ nyanyian Ramli Sarip, ‘Jangan Tinggal Daku’ nyanyian P. Ramlee dan sebagainya.

viii. Lakonan Puisi

Lakonan puisi dijalankan oleh guru berdasarkan pembacaan puisi. Sebelum aktiviti ini dijalankan, guru akan memilih puisi-puisi yang sesuai dengan tahap murid. Penggunaan sajak dan pantun sesuai untuk murid-murid sekolah rendah, manakala gurindam, seloka, syair dan nazam sesuai untuk murid-murid sekolah menengah. Contohnya, guru memasang pita rakaman yang mengandungi ‘Sajak Ke Makam Bonda’, ‘Syair Burung Pungguk’, ‘Seloka Pak Kaduk’ dan ‘Gurindam Dua Belas’. Berdasarkan senikata puisi tersebut, murid-muird dikehendaki melakonkan satu pergerakan mengikut baris-baris seperti yang terdapat dalam puisi berkenaan semasa puisi berkenaan sedang diperdengarkan.

ix. Lakonan Cerita

Guru boleh mendapatkan bahan berkenaan menerusi buku cerita yang terdapat di perpustakaan atau bilik darjah di sekolah. Caranya mudah kerana beberapa orang murid yang dipilih akan membaca buku berkenaan sehingga tamat, kemudiannya melakonkan semula peristiwa yang telah dibaca di hadapan rakan-rakan. Guru boleh memperluas pengetahuan murid-murid dengan menggunakan buku-buku cerita yang mempunyai tema yang pelbagai seperti fiksyen Sains, Kesihatan, Agama, Sivik dan sebagainya.

x. Lakonan Kaku

(32)

103

5.10.6 Prosedur Menjalankan Aktiviti Lakonan

i. Sesi Pernyataan (Permulaan)

Pada peringkat ini, guru akan memberi penerangan tentang prosedur lakonan yang akan dilaksanakan. Guru boleh membincangkan secara ringkas isi dan jalan cerita, peranan watak dan cara melakonkannya. Selepas itu, guru akan memilih murid-murid untuk diberikan peranan tertentu. Mereka kemudiannya diminta melakonkannya di hadapan bilik darjah.

ii. Sesi Berlakon

Pada peringkat ini murid-murid telah mengetahui tugas dan peranan masing-masing. Biarkan mereka melakonkan cerita berkenaan menggunakan bahasa sendiri dan guru hanya memerhati serta mengenalpasti sebarang kesalahan dan kelebihan yang berlaku. Komen secara membina boleh dibuat selepas sesi lakonan berkenaan tamat.

iii. Sesi Perbincangan

Sesi ini diadakan selepas murid-murid selesai berlakon. Salam sesi ini guru akan menyatakan beberapa kesalahan yang telah dilakukan. Perbincangan boleh dijalankan antara guru dengan murid atau murid dengan murid. Perbincangan tidak hanya berfokus kepada kelemahan sahaja tetapi juga kekuatan persembahan berkenaan.

5.10.7 Elemen Didik Hibur Dalam Lakonan

a. Santai – Murid berpeluang mendengar pelbagai tema cerita yang digemari seperti ‘Seniman Bujang Lapok’ karya Tan Sri P. Ramlee.

b. Kelakar – Murid berlakon menggunakan dialog sendiri.

c. Seronok dan gembira – Banyak aktiviti lakonan dan gerak badan.

d. Semangat mencuba – Murid berpeluang memegang watak yang digemari. e. Tidak takut dan kurang tekanan – Guru turut berlakon bersama-sama murid.

5.10.8 Cadangan Aktiviti Lakonan

i. Murid membuat lakonan ringkas, iaitu meniru gaya pelakon terkenal.

ii. Murid melakonkan semula bab dalam filem lakonan Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee.

iii. Sebelum sesi lakonan ini dijalankan, guru terlebih dahulu menayangkan sedutan cerita ‘Seniman Bujang Lapok’ menerusi komputer dan LCD.

iv. Semua murid diminta mendengar dengan teliti dialog yang digunakan.

v. Sebelum mereka melakonkan bab yang dipilih, murid-murid dikehendaki menghasilkan terlebih dahulu skrip mudah menggunakan perkataan sendiri. Guru memilih beberapa hasil skrip yang terbaik dan memilih beberapa orang pelakon untuk melakonkannya di hadapan bilik darjah.

vi. Murid-murid lain diminta dengar dengan teliti dialog yang digunakan dan dalam masa yang sama kenal pasti kesalahan bahasa yang ada.

(33)

104

5.11 Puisi dalam Didik Hibur

5.11.1 Pantun

Pantun merupakan suatu bentuk tradisi lisan yang masih hidup sehingga sekarang. Fungsinya yang terdapat dalam hampir kesemua aspek kehidupan seperti kegiatan berunsur ucapan, kegiatan seni, dan kegiatan berunsur pendidikan menyebabkan pantun terus digemari. Pantun-pantun yang dihasilkan oleh masyarakat Melayu tradisional ini memperlihatkan pemikiran masyarakat yang menghasilkannya. Pantun juga merupakan hasil pengalaman hidup yang sederhana, yang dijalin dengan daya keintelektualan, dan seni masyarakat Melayu tradisional. Pantun ialah pemerian latar hidup, dan penghayatan seni masyarakat Melayu.

Aktiviti Pantun

a. Definisi Pantun

Menurut Kamus Dewan, (2000) pantun merupakan sejenis puisi lama yang terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap yang mempunyai pembayang dan maksud. Manakala Hashim Awang (1984) pula mentakrifkan pantun sebagai sejenis puisi lama yang mengandungi empat baris ayat atau kalimat pada tiap-tiap rangkap. Tiap-tiap baris kalimat itu terdiri daripada lapan, sembilan, sepuluh atau sebelas sukukata. Pada hujung tiap-tiap baris mestilah ada persamaan bunyi atau rima. Bunyi akhir baris pertama mestilah sama dengan baris ketiga dan baris kedua bersamaan dengan baris keempat. Jadi rima pantun itu dikatakan berbentuk a,b,a,b.

b. Kebaikan Aktiviti Berpantun

i. Melatih murid supaya peka terhadap keindahan, kehalusan dan kesenian bahasa yang ada dalam pantun dua kerat. Kesedaran murid-murid terhadap unsur ini membolehkan mereka menghargainya sebagai sebahagian karya seni yang bernilai dalam kehidupan.

ii. Melatih mereka memahami dan menterjemah bahasa yang mengandungi pelbagai makna yang terdapat dalam pantun dua kerat. Cara ini boleh membantu murid-murid mempertingkatkan lagi perbendaharaan kata di samping membantu memperkukuh kemahiran berbahasa mereka.

iii. Membolehkan murid-murid mengesan maksud, menyusun dan menyenaraikan idea, masej dan pengajaran yang terdapat dalam pantun dua kerat dengan cekap dan pantas. Hal ini menambah kecekapan kefahaman mereka.

(34)

105

v. Melatih murid-murid untuk menghasilkan pantun dua kerat ciptaan sendiri yang semakin dilupakan masyarakat.

vi. Mendedahkan murid-murid dengan pengalaman baru, iaitu kemanusiaan.

vii. Membolehkan murid-murid belajar bahasa lisan dalam suasana yang menyeronokan kerana terdapatnya unsur berhibur.

viii. Menyuburkan minat serta menghidupkan lagi imaginasi murid-murid.

c. Prinsip-prinsip Berpantun

Untuk melaksanakan aktiviti ini secara lebih berkesan, guru haruslah berpegang kepada beberapa prinsip tertentu. Antaranya adalah seperti berikut:

i. Aktiviti berpantun ini hendaklah menepati objektif pengajaran, iaitu untuk mempertingkat kemahiran dan kebolehan berbahasa dalam kalangan murid.

ii. Bahan-bahan yang hendak digunakan haruslah menggunakan bahasa yang sesuai dari segi kebolehan berbahasa murid-murid, perkembangan emosi, intelektual dan minat mereka.

iii. Pantun yang dipilih perlu sesuai dengan peringkat dan mengikut kebolehan, mental, bakat dan minat murid-murid.

iv. Pilihlah pantun yang mudah dan senang difahami sahaja. Puisi yang terlalu panjang dan kabur perlu dielakkan.

v. Pantun yang dipilih mestilah terdiri daripada pantun yang bermakna kepada murid-murid. Ia bermanfaat dan dapat menyumbang kepada proses pembentukan peribadi mulia dalam kalangan murid-murid. Pantun yang mempunyai struktur dan persoalan yang menarik haruslah digalakkan penggunaanya dalam kalangan murid-murid.

vi. Pantun dua kerat yang baik adalah pantun yang menggunakan unsur-unsur alam semula jadi sebagai pembayangnya.

vii. Pantun tersebut perlu mengandungi olahan bahasa yang baik supaya menolong mempertingkatkan kemahiran berbahasa murid-murid. Penggunaan pantun dua kerat yang tidak beretika perlu dihindarkan.

(35)

106

d. Standard Kandungan

( 1 ) Melafaz dan memahami puisi dengan intonasi yang betul menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur.

1.1 Melafazkan pantun dua kerat dan empat kerat dengan intonasi yang betul secara didik hibur.

1.2 Melafazkan pantun dua kerat dan empat kerat dengan intonasi yang betul serta memahami maksud pantun yang dilafaz menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur.

e. Jenis Pantun Dua Kerat ( i ) Pantun Kasih Sayang

Lain dulang lain kakinya, Lain orang lain hatinya.

Lain hulu lain parang,

Lain dulu lain sekarang.

Dahulu parang sekarang besi,

Dahulu sayang sekarang benci.

Daripada cempedak biarlah nangka, Daripada tiada baiklah ada.

Tak tumbuh tak melata,

Tak sungguh orang tak kata.

Buah beluluk buah kepayang,

Dimakan mabuk dibuang sayang.

Anak dara pergi ke kedai

Rindu di hati rasa nak longlai

( iii ) Pantun Kiasan

Banyak udang banyak garam, Banyak orang banyak ragam.

Sebab pulut santan binasa,

Sebab mulut badan binasa.

(36)

107

Pinggan tak retak nasi tak dingin,

Orang tak hendak kami tak ingin.

Paku dulang paku serpih, Mengata orang dia yang lebih.

Secupak nasi setahil berangan, Tersepak kaki terkehel tangan.

Umbut mayang letak di batu, Rambut mengerbang banyak kutu.

Cekur dang gamit,

Mintak cekur beri kunyit.

Ikan tokak makan meranggung, Sedap tekak badan menanggung,

Murai gila jadi tekukur, Ajaib hairan hati tafakur.

Ratib-ratib buluh nipah, Sudah ratip hendak upah.

Kalau tak cengal giam, Kalau tak kenal diam.

Duduk inding enggang tap,

Senduk di dinding, panggang di atap.

Taptibau puyuh padang, Hilang pisau berganti parang.

( iv ) Pantun Nasihat

Pagi petang siang malam, Hati terang senang faham.

Satu dua tiga empat, Siapa cepat dia dapat.

Lima,enam,tujuh dan lapan,

Kuat bersenam sihatkan badan.

(37)

108

( v ) Pantun Jenaka

Kapal belayar dalam semak, Perut lapar semua enak.

Gendang gendut tali kecapi, Kenyang perut suka hati.

Siakap senohong gelama ikan duri, Bercakap bohong lama-lama mencuri.

Kayu lurus tengah ladang,

Kerbau kurus banyak tulang.

Sici, loro, telu, papat, Melayu lari Jawa dapat.

Pokok tinggi buruk akar,

Matahari tinggi perut pun lapar.

Guni kapur kirim pak mertua,

Nyanyi di dapur kahwin orang tua.

Pat-pat nya,

Siapa cepat dia punya.

Kura-kura dalam perahu, Pura-pura tidak tahu.

Tuku takal pengancing pintu, Budak nakal memang begitu.

Ayam bulat makan padi beras,

Bangun lambat dapat laki malas.

Tua-tua keladi,

Makin tua makin menjadi.

Hujung bendul dalam semak, Kerbau mandul banyak lemak.

( vi ) Pantun Budi

Orang berbudi kita berbahasa,

Orang memberi kita merasa.

(38)

109

Ada beras taruh dalam peti,

Ada hajat taruh dalam hati.

Ada ubi ada batas,

Ada budi boleh dibalas.

Terima kasih daun keladi,

Kalau boleh mahu lagi.

( vii ) Pantuan Kepahlawanan

Kembang jarak kembang jagung, Berani bawak berani tanggung.

( viii ) Pantun Alam

Kayu bongkok di balik tiang,

Ayam berkokok alamat nak siang.

Keli masuk ruan keluar,

Matahari masuk bulan keluar.

( ix ) Pantun Perniagaan

Berniaga buluh kasap,

Untung habis modal lesap.

(x) Contoh pantun empat kerat

Buah cempedak di luar pagar, Ambil galah tolong jolokkan; Saya budak baru belajar,

Kalau salah tolong tunjukkan.

Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti; Hutang emas boleh dibayar,

Hutang budi dibawa mati.

Buah langsat kuning mencelah, Senduduk tidak berbunga lagi; Sudah dapat gading bertuah,

Tanduk tidak berguna lagi

(39)

110

f. Prosedur Menjalankan Aktiviti Pantun Dua Kerat dan Empat Kerat

i. Sesi Pernyataan

Pada peringkat ini, guru menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan pantun dua kerat dan empat kerat beserta contoh secara ringkas. Guru boleh membincangkan secara ringkas tujuan dan firasat disebalik penggunaan secara meluas pantuan jenis ini dalam masyarakat. Selepas itu, guru membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan tertentu. Mereka kemudiannya diminta mencari seberapa banyak pantun dua kerat dan empat kerat dalam buku rujukan atau menerusi internet.

ii. Sesi Berlakon

Pada peringkat ini murid-murid diajar cara melafazkan pantun dua kerat dan empat kerat dengan intonasi yang betul dengan bimbingan guru dan pita rakaman. Biarkan mereka mencuba melafazkan pantun berkenaan mengikut gaya dan bahasa badan ciptaan sendiri dan pada masa yang sama mencari maksud pantun menggunakan perkataan sendiri. Guru hanya memerhati serta mengenal pasti sebarang kesalahan dan kelebihan yang berlaku. Komen secara membina boleh dibuat selepas sesi lakonan berkenaan tamat.

iii. Sesi Perbincangan

Sesi ini diadakan selepas murid-murid selesai menjalankan aktiviti melafazkan pantun. Dalam sesi ini guru akan menyatakan beberapa kesalahan yang telah dilakukan. Perbincangan boleh dijalankan antara guru dengan murid atau murid dengan murid. Perbincangan tidak hanya berfokus kepada kelemahan sahaja tetapi juga kekuatan persembahan berkenaan.

g. Elemen Didik Hibur Dalam Lakonan

i. Santai – Murid berpeluang mendengar pelbagai jenis pantun dua kerat dan empat kerat.

ii. Kelakar – Murid membuat aktiviti menggunakan dialog dan kreativiti sendiri.

iii. Seronok dan gembira – Banyak aktiviti seni dan gerak badan.

iv. Semangat mencuba – Murid berpeluang mengambil bahagian mengikut jenis aktiviti yang digemari.

(40)

111

h. Cadangan Aktiviti

i. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan tertentu. Guru perlu pastikan kumpulan tersebut tidak hanya dianggotai oleh murid-murid yang pandai sahaja. Sebaik-baiknya mempunyai pelbagai kecerdasan dan latar belakang.

ii. Ketua kumpulan datang ke hadapan dan mencabut lima sampul surat yang mengandungi pantun dua kerat dan empat kerat yang disediakan oleh guru.

iii. Terlebih dahulu, guru telah memilih lima orang murid dalam setiap kumpulan dan menerangkan tugas dan peranan masing-masing dan murid berkenaan menerima satu sampul surat yang mengandungi pantun dua kerat tadi.

iv. Murid-murid diminta membuat atau melakonkan aktiviti yang ditetapkan guru berdasarkan makna pantun dua kerat dan empat kerat yang diterima, iaitu berlakon, menyanyi, bercerita, melukis dan bersajak.

v. Semua murid diminta mendengar dengan teliti dialog dan gerak badan yang digunakan oleh rakan-rakan tadi.

(41)

112

5.11.2 Sajak dalam didik Hibur

Definisi Sajak

Muhammad Haji Salleh (1984 : 1) pula mengatakan sajak sebagai satu bentuk moden yang lebih bebas daripada ikatan bentuk-bentuk tradisi. Menurut Hashim Awang (1985 : 168) pula, sajak merupakan puisi baharu yang popular, lahir sebagai alternatif kepada puisi tradisional. Hal ini dikatakan demikian, kerana bentuknya tidak terikat oleh sebarang kontroversi dan lebih bebas.

Secara umumnya, sajak merupakan karangan berangkap, bentuk bebas yang sudah menyimpang daripada bentuk puisi lama. Sajak tidak dilihat daripada jumlah kata, baris atau skema rima, namun amat mementingkan bahasanya sehingga menimbulkan kesan dan nilai estetika yang tinggi. Contoh sajak:

KEKASIH

Akan kupintal buih-buih Menjadi tali mengikatmu

akanku anyam gelombang-gelombang menjadi hamparan ranjang tidurmu

akanku tenun awan - gemawan

menjadi selendang menudungi rambutmu

akan kujahit bayu gunung menjadi baju pakaian malammu

akanku petik bintang timur

menjadi kerongsang menyinari dadamu

akanku jolok bulan gerhana menjadi lampu menyuluhi rindu

kan kurebahkan matari menjadi laut malammu menghirup sakar madumu

kekasih, hitunglah mimpi yang membunuh realiti

dengan syurga ilusi

(42)

113

5.11.3 Syair dalam Didik Hibur

Definisi Syair

Syair merupakan sejenis puisi berlagu. Puisi tersebut berasal dari Parsi dan telah dibawa masuk ke nusantara bersama-sama dengan kedatangan Islam. Syair telah diubah suai mengikut kesesuaian bahasa Melayu klasik ketika itu. Menurut Harun Mat Piah (1989), syair sudah menjadi istilah yang khusus. Syair Melayu tidak beracuankan syair daripada tradisi Arab atau mana-mana puisi Arab-Parsi tetapi dalam bentuk dan acuan asli masyarakat Melayu. Hashim Awang (1985), pula berpendapat bahawa, syair ialah puisi lama yang mengandungi empat baris kalimat dalam setiap rangkap. Keempat-empat baris kalimat itu terdiri daripada isi.

Contoh :

SYAIR BIDASARI

Tersebutlah perkataan Bidasari, Setelah malam sudahlah hari, Bangunlah ia seorang diri,

Makan dan minum barang yang digemari.

Pergilah mandi Siti Bangsawan, Serta memakai bau-bauan, Lalu masuk ke dalam peraduan, Santap sirih di dalam puan.

Bertemu sepah bekas dimakan, Diambil Siti dicampakkan, Dengan takutnya ia berfikirkan, Siapakah ini yang membuatkan.

Jikalau manusia yang empunya, Nescaya aku dicabulinya,

Jika ayahku datang adalah tandanya, Bertambahlah makanan yang dibawanya.

Dilihatnya Siti tempat tidurnya, Tilam sedikit tersingkir alasnya, Sirih di puan salah aturannya, Bidasari masygul dengan takutnya.

(43)

114

5.11.4 Gurindam dalam Didik Hibur

Definisi Gurindam

Gurindam ialah bentuk puisi lama yang dibawa oleh orang Hindu atau pengaruh sastera Hindu. Gurindam berasal daripada bahasa Tamil (India) iaitu kirandum. Harun Mat Piah (1989) mendefinisikan gurindam sebagai sejenis puisi Melayu lama yang tidak tentu bentuknya sama ada terikat atau tidak. Bentuk yang terikat terdiri daripada dua baris serangkap dan mengandungi tiga hingga enam patah perkataan dalam sebaris dengan rimanya a,a. Baris pertama merupakan semacam soal, masalah atau perjanjian dan baris kedua pula jawapannya atau akibat daripada masalah atau perjanjian pada baris pertama.Contoh gurindam:

JAGA MULUT ( ILADAM )

Jika kamu banyak berkata, Di situ banyak membuat dusta.

Jika kamu banyak bercakap, Tanda fikiran kurang lengkap.

Jika kamu banyak berkata, Kejahilan kamu terang dan nyata,

Jika kamu banyak bercakap, Kejahilan kamu mudah tersingkap.

Jika kamu banyak berkata, Di situ banyak silang sengketa.

Jika kamu banyak bercakap, Kamu sendiri masuk perangkap.

Jika kamu banyak berkata, Janji palsu senang tercipta.

Jika kamu banyak bercakap, Kata mengata banyak diungkap.

Jika kamu banyak berkata, Banyak janji tidak di kota.

(44)

115

5.11.5 Seloka dalam Didik Hibur

Definisi Seloka

Seloka merupakan sejenis puisi bebas dari segi rangkap (sama ada berangkap atau tidak berangkap). Jika berangkap, tidak tentu barisnya dalam serangkap dan tidak tentu jumlah perkataannya dalam sebaris. Seloka juga mempunyai rima atau sebaliknya. Seloka biasanya memerlukan beberapa baris atau rangkap untuk melengkapkan keseluruhan idea (Harun Mat Piah, 1989).Contoh seloka:

Seloka Pandai Pak Pandir Pandai-pandai wahai Pak Pandir Anak dipijak dagang dijinjing, Kucing dibunuh tikus dibela, Harta habis badan tergadai.

Mendengar gelagak dagang, Akhirnya tak sedar bertelanjang, Pantang mendengar guruh di langit, Air tempayan dicurahkan.

Mulut manis disuap pisang, Buntut sakit dicangkuk onak, Gunting lipatan makan di hujung, Pak Pandir jugalah yang menanggung.

Apa didengar gelagak dagang, Gelagak si rambutan jantan; Orang berbunga dia berbunga, Orang berbuah tapi dia haram,

Kilat memancar hujan tak jadi, Awak jugalah yang menanggung Silap-silap menabur budi

Kita rugi orang yang untung

Pandai-pandai wahai Pak Pandir Diri sendiri juga menanggung Pandai-pandai wahai Pak Pandir Kisah benar bukannya menyinggung.

(45)

116

5.12 Penutup

Didik hibur merupakan salah satu elemen penting berdasarkan pendekatan Fun Learning yang perlu diaplikasikan dalam proses pengajaran Bahasa Malaysia dan lebih bersifat kontekstual, berkesan, menarik, dan seronok untuk diikuti oleh murid. Pendekatan didik hibur ini dapat mempertingkatkan penguasaan kemahiran berbahasa murid baik secara lisan ataupun tulisan. Kecekapan berbahasa dapat diperluaskan di samping menambahkan perbendaharaan kata murid. Dengan cara ini, murid dapat berkomunikasi dengan menggunakan laras bahasa yang betul, tepat dan berkesan. Pemeringkatan penguasaan berbahasa ini berkembang dari semasa ke semasa mengikut peringkat umur, minat dan kecenderungan murid dengan berlandaskan proses pengajaran dan pembelajaran secara terancang, teratur dan sistematik, manakala bahan bantu mengajar yang digunakan dalam didik hibur ini pula dapat mempertingkatkan penguasaan kemahiran berbahasa murid lebih cepat, mudah dan berkesan. Guru hanya bertindak sebagai pemudah cara dalam proses pengajaran dan pembelajaran terancang ini agar objektif dan matlamat pendidikan tercapai sepenuhnya.

RUJUKAN

Abdul Ghalib Yunus. (2001), Penggunaan drama dalam pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur. Dewan Bahasa September: 14-20.

Azizul Rahman Abd. Rahman. (2009), Didik Hibur Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia. Dewan Siswa (Bonus) 10: 2-3.

Kamaruddin Hj. Husin. (1999), Kemahiran Mendengar dan Bertutur. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003), Sukatan Pelajaran KBSR, Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003), Sukatan Pelajaran KBSM, Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kurik Kundi Merah Saga – Kumpulan Pantun Lisan Melayu (Edisi Kedua) (2005). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Jonit Mohd Johari. (1993), Penggunaan puisi dalam pengajaran bahasa. Jurnal Dewan Bahasa 10: 914-920.

Gambar

gambar rajah, alat tulis, biru laut, air hujan, jalan raya, nasi

Referensi

Dokumen terkait

5) Mensintesis data dalam matriks perbandingan berpasangan sehingga didapatkan prioritas setiap elemen hierarki. 6)Menguji konsistensi prioritas yang didapat 7) Lakukan langkah 3,

2 Titik 20.362.880 Suku Dinas Perindustrian dan Energi Kota - JAKSEL Pembangunan/peni ngkatan pencahayaan kota pada jalan MHT 5.342.236.412 Anggaran se-

Namun setelah dilakukan massage effluerage pada bagian perut ibu didapatkan hasil bahwa sebgian besar pasien mengalami penurunan kecemasan saat persalinan kala 1

Peningkatan Rasio Tanggul & bantaran sungai yang sudah direhabilitasi terhadap jumlah keseluruhan sungai di Kabupaten Brebes. 1 Ha 0

Apabila perbuatan atau amal tersebut berupa maslahah yang nyata (haqiqatan) bukan sekedar dugaan (wahmiyah) sekiranya dapat mewujudkan kemaslahatan dan

Dari rencana yang sudah disusun sebe lumnya, diketahui bila operasi itu akan terus digelar hingga warga Kabupaten Malang patuh terhadap prokes Covid­19.. ”Kami tidak ingin

Berdasarkan kelebihan dan kekurangan model pembelajaran ini, dapat disimpulkan bahwa model pembelajaran dengan ceramah dapat membosankan untuk digunakan dalam kegiatan

Pengujian pengaruh ion Krom (III) dalam analisa besi secara spektrofotometer UV-tampak dengan natrium tiosulfat sebagai reagen pereduksi pada pH 4,5 dilakukan dengan