• Tidak ada hasil yang ditemukan

Team Cahaya News and Announcements

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Team Cahaya News and Announcements"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

Announcements

TEAM BUILDING

Sesi team building kami yang lepas merupakan penamat bagi sesi team building untuk kesemua 39 pusat dialisis kami. Pada beberapa sesi terakhir, teammates telah datang berkumpul di satu tempat yang telah disediakan. Anggota kumpulan bersama-sama berganding bahu untuk memenangi permainan yang dianjurkan dan disamping berkongsi wawasan yang berpandukan daripada pengalaman masing-masing.

Kami berharap agar sesi team building ini memberi keriangan kepada setiap teammates, sebagaimana kami merasai keseronokannya. Kami juga berharap semoga dengan adanya sesi-sesi seperti ini, ianya dapat memperkukuhkan lagi ikatan sesama teammates dan semoga setiap ahli dapat meraih pengalaman dan pengajaran yang berharga berdasarkan daripada semangat kerjasama, sistem komunikasi dan cara penyelesaian masalah, yang boleh diterapkan secara peribadi dan secara professional.

(2)

PERTANDINGAN BOLING

Setelah beberapa bulan bertanding untuk merebut gelaran sebagai pemenang, Team Cahaya telah menobatkan pemenang pada julung kalinya.

5 pasukan telah bertanding di pusingan akhir, masing-masing mewakili kawasan/daerah masing-masing. Region 1 diwakili oleh SPU, Region 2 diwakili oleh Rawang, Region 3 diwakili oleh Rembau, Region 4 diwakili oleh KSB manakala satu pasukan mewakili HQ.

Pusingan akhir ini telah dijalankan di Ampang Superbowl di E-curve pada 8hb Disember lepas.

Pada pengakhiran pusingan ke-3, satu pasukan telah dinobatkan sebagai juara. Tahniah kepada Team Rawang! Tahniah juga diucapkan kepada semua anggota pasukan. Apa agaknya pilihan sukan akan datang yang bakal dianjurkan oleh

Team Cahaya? Nantikan pengumuman dalam masa terdekat!

Tempat Pertama

RAWANG (REGION 2)

Tempat Kedua

REMBAU (REGION 3)

Tempat Ketiga

KUALA SUNGAI BARU (REGION 4)

Tempat Keempat

HQ

Tempat Kelima

SUNGAI PETANI UTARA (REGION 1)

Teammate yang paling banyak merebut mata

untuk Pertandingan Boling peringkat akhir

MOHD IZZUANSHAH BIN ALLIAS

(3)

DEEPAVALI

Kami berpeluang untuk menyambut perayaan yang sangat indah di bulan Oktober. Perayaan Cahaya bagi yang beragama Hindu telah disambut di serata dunia. Bagi Team Cahaya, perayaan ini telah disambut bersama-sama dengan teammates dan pesakit-pesakit kami. Kami juga turut mengedarkan muruku semasa hari sambutan. Lihatlah gambar-gambar menarik kami!

(4)

VILLAGE CELEBRATION

Seperti biasa, inilah masanya pada setiap tahun, kami akan bertungkus-lumus untuk meraikan pencapaian di sekitar Village kami bersama-sama dengan keluarga dan sahabat-sahabat kami!

Sambutan pada tahun ini menjadi lebih menarik kerana teammates dari seluruh Malaysia telah merancang dan mengatur pelbagai aktiviti untuk keraian ini. Ada di antara

pusat rawatan yang telah menyambutnya di destinasi percutian, ada yang menyambutnya di taman tema air, malah ada juga yang memilih untuk membuat jamuan di pusat berkenaan dengan menjemput para pesakit mereka. Kami berharap agar semua teammates dan para pesakit bergembira ketika sambutan dijalankan kerana anda semua layak dihargai! Tahniah Team Cahaya!

(5)

CHRISTMAS

Christmas merupakan masa untuk bergembira dan berhibur. Seperti tahun-tahun yang lepas, tahun ini kami turut mengadakan acara penukaran hadiah sesama teammates tanpa mengira bangsa dan latar belakang. Sesetengah pusat dialisis kami turut meraikan Christmas bersama dengan pesakit! Pada yang menyambut Christmas, kami berharap Christmas anda penuh dengan keriangan dan kemeriahan dan di sini kami juga ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua!

(6)

PERKONGSIAN PESAKIT

Teammates kita “memberi kehidupan” kepada pesakit setiap hari. Bacalah beberapa perkongsian cerita pesakit tentang penjagaan berkualiti yang diberi oleh teammate:

Teammate untuk Suku Tahun

Tahniah kepada Nur Akmar Binti Wahid,

FA Benut yang terpilih sebagai teammate

contoh bagi suku tahun ke-4 2019!

“Mempunyai semangat Davita yang luar biasa dan

tidak putus-putus berusaha untuk menggembirakan

teammates dan para pesakit. Beliau sentiasa mencari

jalan untuk mengimprovasi Pusat Dialisis Davita

untuk kebaikan bersama. Beliau sangat cekap dan

pintar di dalam kerjaya beliau.”

Tahniah Akma! Kami sangat bangga dengan anda. Teruskan bersinar dan menjadi contoh kepada Misi dan Visi kita. Anda merupakan bintang kami.

‘’Leni seorang yang cekap

dan mahir dalam

menjalankan tugasan

selain memberikan

layanan yang baik dan

mesra kepada semua

pesakit, seorang yang

sangat menitikberatkan

keadaan kesihatan pesakit

agar sentiasa dalam

keadaan baik dan terjaga’’

Erwanshah Amirshah

Pusat Dialisis Davita

Kota Kinabalu

‘’Action speaks louder than words

would best described, SN Laimin.

He works quickly and quietly,

have the patience of a saint and

most of all, lightest fingers when it

comes to injection. One could

hardly feel the needle sticking into

your veins. One less nightmare

being a dialysis patient. Others

should learn form him.’’

Brenda Reston Areno,

Pusat Dialisis DaVita

Kota Kinabalu

(7)

BAHAGIAN CORE VALUE

Service Excellence

Berkhidmat untuk anda — antara sebab kewujudan kami. Tanpa mengenal jemu, kami sentiasa cuba untuk

memahami kehendak anda yang bergantung kepada kami (pesakit kami, para doktor dan teammates kami) dan

cuba untuk melangkau harapan anda.

Service Excellence merupakan salah satu daripada nilai utama di dalam industri penjagaan kesihatan. Ia merupakan matlamat yang sentiasa kami perjuangkan agar kami dikenali sebagai komuniti terbaik dunia di dalam bidang penjagaan kesihatan.

Apa yang boleh anda lakukan untuk mencapai Service

Excellence dengan cara yang paling mudah, tetapi

meninggalkan impak yang besar?

Mengapa ianya penting?

Kesempurnaan di dalam memberi perkhidmatan boleh dicapai dengan memahami kehendak pesakit dan teammates kami, dan sentiasa

mempunyai daya usaha untuk memberi perkhidmatan di luar daripada jangkaan. Dengan memberi perkhidmatan yang sempurna, kami berharap agar pesakit kami memberi kepercayaan yang penuh kepada kami untuk merawat mereka. Kami juga boleh memperkukuhkan lagi hubungan di antara pesakit dan teammates kami dengan mengikut kaedah beberapa komponen penting seperti mengambil berat, persefahaman bersama, keyakinan diri dan

mempercayai satu sama lain. Apabila komponen-komponen ini dijadikan satu visi, kami yakin bahawa kami boleh mencapai impian kami untuk mencipta satu tempat yang istimewa untuk semua.

Bagaimana ianya dapat

membantu komuniti kami?

Memandangkan kita semakin

berkembang menuju ke zaman teknologi dan evolusi yang semakin menghadkan interaksi sesama manusia – kami digalakkan untuk berhubung dengan orang ramai dan memberi sentuhan peribadi kepada kehidupan di sekeliling kami. Kemahiran untuk berkomunikasi dengan baik dapat meninggalkan kesan yang positif terhadap pesakit kami dan ianya juga turut mencerminkan imej keseluruhan komuniti kami. Teammates dan pesakit dapat berada di dalam zon yang selesa melalui interaksi bersama dan ini membolehkan pesakit berasa selesa untuk berkongsi sebarang masalah yang berbangkit dan bersama-sama mencari penyelesaian.

Service Excellence boleh dicapai melalui kemahiran komunikasi yang bijak dan kesannya antara lain adalah:

Jangan lupa untuk berkongsi nilai-nilai ini bersama dengan teammates anda yang lain untuk mencapai tahap piawaian Service Excellence. Anda juga digalakkan untuk berkongsi pengalaman anda dan nilai-nilai ini di sosial media anda.

Sentiasa hadiri homeroom di pusat rawatan anda dan libatkan diri dengan setiap sesi Voice of the Village

Sentiasa saling bertanya khabar mengenai perkembangan rakan-rakan di pusat rawatan anda, berkaitan dengan apa jua perkara. Sebagai contoh, mengenai pesakit yang kerap tidak hadir untuk rawatan dan cara bagaimana anda boleh membantu. Atau bagaimana anda boleh membantu teammates yang memerlukan perhatian kerana masalah peribadi yang mengganggu fikiran beliau.

Sambut dan sapa teammates dan pesakit dengan mesra

Ucapan mesra yang ringkas daripada anda dapat membuatkan seseorang itu tersenyum. Ini merupakan sebahagian daripada Service Excellence kerana anda menunjukkan cara anda mengambil berat dengan berkomunikasi, yang boleh membuatkan orang berasa selesa. Ucapan ringkas seperti “Selamat Pagi” atau “Apa Khabar?” boleh memberi impak yang amat positif dan menimbulkan perasaan girang terhadap

kebanyakan orang. Cubalah untuk memberi ucapan ringkas sebegitu kepada teammates dan pesakit anda!

Beri penjelasan kepada pesakit anda dan pastikan mereka sentiasa mengambal langkah yang betul

Sentiasa berkomunikasi dengan pesakit anda mengenai rawatan susulan mereka dan jelaskan mengenai kesihatan mereka melalui program pendidikan bersama pesakit. Ini merupakan

sebahagian daripada Service Excellence kerana anda meletakkan mereka sebagai tanggungjawab anda dan anda mengambil berat akan kesihatan mereka. Layanan sebegini akan menaikkan tahap keyakinan dan kepercayaan mereka terhadap anda. Anda boleh juga berhubung dengan pasukan Clinical Service Specialists (CSS) kami untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program penjagaan pesakit. Mereka akan berbesar hati untuk membantu anda.

Sentiasa peka terhadap sebarang perkembangan dan fahami polisi

Anda hendaklah berhubung rapat dengan Ketua Bahagian anda atau Pengurus Operasi Serantau (Regional Operations Managers (ROMS)) berkaitan dengan sebarang pelan perancangan atau sebarang program yang baharu. Sentiasa bekerjasama dengan ketua bahagian anda mengenai polisi seperti pematuhan, kewangan dan hal-hal berkaitan dengan klinik sekiranya anda tidak pasti mengenai kandungan tersebut. Service Excellence adalah apabila anda menjadikan polisi yang diberi sebagai panduan di dalam menguruskan pesakit anda mengikut tatacara yang telah ditentukan.

Pastikan tempat anda bersih dan teratur

Sentiasa pastikan pusat rawatan anda bersih dan teratur kerana kebersihan adalah kunci kepada keselamatan pesakit – sentiasa peka dengan persekitaran di pusat anda dan bersihkan dengan segera sekiranya ternampak tompokan darah di atas lantai yang berlaku semasa rawatan dijalankan. Segala alatan perubatan yang telah digunakan haruslah dibersihkan segera, dan buang di tempat yang sepatutnya segala alatan pakai buang yang digunakan untuk rawatan.

Memperbaiki hubungan antara teammates dan pesakit Memperbaiki prestasi penilaian klinikal Pengekalan pesakit dan teammates di DaVita

Penekanan berkaitan ingin menjadikan DaVita sebagai tempat yang istimewa akan tercapai

(8)

Pemenang Core Value Pin

Tahniah kepada pemenang Core Value Pin untuk suku tahun ini! Teruskan semangat bekerja anda. Anda kami raikan dan sanjungi!

BAHAGIAN CORE VALUE

Kidney Word Sear

ch

Kidney Word Sear

ch

Cari perkataan diba

wah!

PROTEIN

TRANSPLANT

PHOSPHORUS

BINDERS

GRAFT

CATHETER

FISTULA

ACCESSCENTER

SODIUM

BUN

NEPHROLITHIASIS

URINALYSIS

NEPHROLOGIST

PATIENTS

BPMONITOR

GFR

CREATININE

POTASSIUM

HYPERTENSION

KIDNEY

Service Excellence

Monaliza Binti Azid (Alor Setar) Marianie Binti Abdul Wahab (Bangi) Ku Fadzliana Binti Ku Azmi (Benut) Sandra Priya (HQ)

Integrity

Sazwani Binti Sapian (TTJ)

Team

Norfarena Binti Abd Rahman (Kota Damansara) Suzi Binti Sohari (TSS)

Nur Syahirah Binti Azemi (HQ)

Continuous Improvement

Questal Chia (HQ)

Accountability

Noor Hafizah Binti Mohd Zaini (Puchong) Muhammad Taufiq Bin Mohd Shah (KSB) Jenny Lam (HQ)

Fulfilment

Mohamad Qhairul Aizam Bin Ramli (Rembau) Luo Tze Ting (HQ)

Fun

Norhazwani Binti Hussin (Rembau) Nurul Jannah Binti Jamal (HQ)

(9)

INFO KESIHATAN : RISIKO JANGKITAN KUMAN

MELALUI KATETER

Risiko jangkitan kuman melalui kateter adalah lebih tinggi berbanding dengan melalui fistula. Kateter yang kotor dan basah menggalakan pertumbuhan bakteria. Sekiranya balutan/dressing kateter menjadi basah atau kotor, anda perlu memaklumkan kepada kami supaya balutan tersebut ditukar dengan kadar segera untuk mengelakkan jangkitan kuman. Anda perlu memaklumkan kepada kami sekiranya anda berasa tidak sihat, demam atau kawasan di sekeliling kateter anda merah, bengkak atau bernanah.

Jenis-jenis Kateter

Berikut adalah jenis-jenis kateter dan kedudukannya di badan anda:

Terletak di bahagian leher

(di dalam pembuluh

darah jugular)

INTERNAL

JUGULAR

CATHETER (IJC)

Terletak di lipatan peha

FEMORAL

VEIN (FV)

Terletak di kawasan dada

SUBCLAVIAN

VEIN (SC)

Antara Langkah-langkah Yang Perlu Diambil Bagi Mengelakkan Jangkitan Kuman

Pastikan

dressing /

balutan kateter

anda bersih dan

kering semasa

dan selepas

rawatan dialisis.

[Nota: Jururawat anda akan memastikan bahawa tiada tanda- tanda jangkitan kuman pada setiap sesi dialisis.]

Pastikan anda

memakai topeng

menutup mulut

semasa

memasang dan

mencabut kateter

daripada mesin

dialisis.

Pastikan jururawat

anda memakai

topeng penutup

mulut dan hidung,

membasuh

tangan dengan

bersih dan

menggunakan

sarung tangan

yang steril semasa

mengendalikan

kateter anda.

Lindungi

kateter anda

daripada

terkena air

semasa mandi.

Telefon kami

dengan segera

sekiranya kaf

kateter anda

terkeluar atau

dressing /

balutan kateter

anda terbuka.

JANGAN ABAIKAN SIMPTOM JANGKITAN KUMAN PADA KAWASAN SEKITAR KATETER DAN

MAKLUMKAN KEPADA PASUKAN KESIHATAN ANDA DENGAN SEGERA SEKIRANYA TERDAPAT

TANDA-TANDA JANGKITAN KUMAN.

(10)

INFO KESIHATAN : RISIKO JANGKITAN KUMAN MELALUI KATETER

Sekiranya anda menggunakan kateter, pastikan anda mengamalkan langkah-langkah yang berikut:

01

02

03

04

05

Mandi dengan cara

mengelap badan

Pastikan bahagian luar

dressing kering dan

bersih

Jangan membuka

dressing kateter

Sentiasa peka akan

sebarang tanda jangkitan

kuman di sekitar kateter

Segera beritahu kami kesihatan

anda sekiranya terdapat sebarang

tanda jangkitan kuman

Antara kelebihan dan kelemahan AV Fistula & Kateter

AV FISTULA

KATETER

Tahan

lebih lama

Risiko jangkitan

kuman adalah

lebih rendah

Boleh mandi seperti

biasa sebaik sahaja

luka pembedahan

sembuh

Kurang risiko

berlakunya darah

beku

Pengaliran

darah lebih

lancar

Boleh digunakan sejurus selepas kateter dimasukkan

Sebelum boleh digunakan, fistula

haruslah matang terlebih dahulu dan

ini memakan masa antara 14 hingga

16 minggu

Mudah terjadi darah beku

didalam lumen kateter,

yang menghalang

pengaliran darah

Merupakan

akses

sementara

Pengaliran darah

mungkin tidak

mencukupi

untuk dialisis

Anda perlu memakai

pelindung kateter

semasa mandi

Boleh mengakibatkan

pembuluh darah utama

menjadi sempit

Lebih mudah dijangkiti kuman yang

boleh membawa kepada masalah

seperti:

» Endokarditis: Jangkitan kuman

terhadap injap jantung dan boleh

membawa kepada masalah

jantung

» Jangkitan kuman didalam otak

» Jangkitan kuman pada tulang

belakang yang boleh

mengakibatkan lumpuh

(11)

Kami Mahu

DENGAR

DARI

ANDA!

Adakah anda

mengadakan

AKTIVITI

di pusat

dialisis anda?

Pernahkah anda

mendengar

CERITA

ISTIMEW

A

PESAKIT

yang memberi

inspirasi

kepada anda

?

Anda ada

ULASAN

MAKANAN

yang ingin

dikongsi?

mempunyai

wajah baru, nama

baru dan kandungan baru

untuk isu seterusnya. Kami

mahu anda menjadi sebahagian

daripadanya dengan berkongsi

bersama kami pencapaian

anda, cerita pesakit, foto atau

mungkin ada restoran yang

anda ingin cadangkan.

Perkongsian anda mungkin

akan dipaparkan dalam

newsletter kami yang

seterusnya dan anda boleh

memenangi hadiah-hadiah

menarik!

Hantarkan kepada kami

sebelum

31 Januari 2020

ke

thesparks@davita.com

RAKAMKAN

PENDAPAT ANDA

PENTING!

Detik Melalui

Lensa Anda

• Ini adalah pertandingan gambar digital. Tema pertandingan ini adalah mengikut tema yang diberikan setiap suku tahun. • Muat naik gambar di Facebook anda dan tag DaVita Malaysia. • Jawatankuasa penilaian akan memilih gambar terbaik yang

memaparkan tema secara kreatif. Gambar yang mempunyai tanda likes paling banyak mempunyai kelebihan untuk menang.

• Pemenang akan memenangi hadiah menarik dan gambar tersebut akan dipaparkan pada muka hadapan newsletter kami.

• Peraduan ini terbuka kepada semua.

• Gambar yang dimuat turun dari internet atau imej stok akan dibatalkan penyertaannya.

• Anda hanya boleh menghantar satu gambar terbaik.

Muat naik dan tag kami

di

Facebook

sebelum

Hantarkan kepada kami sebelum 31 Januari 2020 ke

TEMA:

FUN

Adakah anda

jurugambar

BERBAKAT?

Matlamat kami adalah kepuasan anda. Kami

berusaha untuk menyediakan perkhidmatan terbaik untuk anda.

Soalan, komen dan cadangan anda mengenai DaVita Malaysia sentiasa dialu-alukan!

MENCAPAI

satu matlamat

yang penting?

Adakah anda

mempunyai

HOBI

yang anda

banggakan

?

Referensi

Dokumen terkait

EDUKASI SECARA DARING TENTANG PEMANFAATAN MOODLE UNTUK GURU DAN DOSEN SELAMA PANDEMI COVID-19 Khoirul Rista Abidin 1 , Puji Astuti 1 ,Zahro Mufidah 1 ,Fadli Sukandiarsyah 1 ,

Data yang baik adalah yang berdistribusi normal.Uji normalitas bertujuan untuk menguji apakah dalam sebuah model regresi, variabel dependen, variabel independen atau

2.2 Menunjukkan sikap cermat dan teliti dalam memahami langkah-langkah kerja perawatan dan perbaikan mesin sesuai dengan SOP.. 2.3 Menunujukkan sikap disiplin dan tanggung

a) Bidding Game adalah metode tawar-menawar dimana responden ditawarkan sebuah nilai tawaran yang dimulai dari nilai terkecil hingga nilai terbesar sehingga mencapai nilai

Suku Myrtaceae misalnya, suku jambu-jambuan tersebut memiliki beberapa jenis tanaman yang menjadi salah satu komoditas minyak atsiri Indonesia seperti cengkeh, daun salam

Hasil analisis Rencana perkuliahan semester (RPS) yang telah dibuat pada kegiatan lokakarya terhadap masing-masing indikator penilaian autentik dalam pembelajaran

Hasil penelitian menunjukkan bahwa: (1) Program komite sekolah dalam peningkatan mutu pendidikan meliputi: rapat rutin komite sekolah setiap semester, ikut

Transesterifikasi adalah proses yang mereaksikan trigliserida dalam minyak nabati atau lemak hewani dengan alkohol rantai pendek seperti methanol atau etanol (pada