10 NASIHAT DI
KAMAR TIDUR
SEKAPUR SIRIH DARI PENGARANG
Assalammualaikum & Hi..
Terima kasih kerana dapatkan ebook 10 Nasihat Di Kamar Tidur ini. Sekiranya anda ada pertanyaan, anda boleh hantar kepada saya di [email protected].
Jika ebook ini bermanfaat, klik butang SHARE untuk dikongsikan dengan sahabat di luar sana. Sebarkan kebaikan.
Ikhlas daripada,
Page FB: Mihrab Hotel Putrajaya
Bilik tidur merupakan tempat permulaan dan pengakhiran hari manusia.
Tidur yang berkualiti haruslah datang daripada tempat yang selesa dan
selamat.
Ruang tempat tidur yang berkualiti dapat membantu mengawal postur
badan berfungsi dalam keadaan yang baik dan juga dapat memberikan
kesihatan kepada diri kita.
Setiap individu harus menjaga tempat tidur supaya sentiasa bersih dan
kemas kerana Nabi juga menggalakkan dan mewajibkan kebersihan pada
setiap aspek sudut terhadap setiap individu. Perlu diingat bahawa
penampilan seseorang individu yang baik dan suci lahir dari hati dan
personaliti luaran.
Diharap tips ini sedikit sebanyak dapat membantu dan memberi manfaat
kepada kita semua.
ANTARA 10 NASIHAT DI KAMAR TIDUR
1.
Kibas Sebelum Tidur
2.Basuh Sarung Bantal
3.Lapik Tempat Tidur
4.Ruang Tidur Bukan
Tempat Makan
5.
Bau Bilik?
6.
Warna Bilik
7.
Ambil Tahu Tempoh
Tilam
8.
Apa Di Bawah Katil?
9.
Langsir & Tingkap
10.
Tukar Bantal
KIBAS SEBELUM TIDUR
Dari sahabat Abi Hurairah ra: Rasulullah Shallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Apabila
salah seorang dari kalian hendak barbaring di tempat tidurnya hendaklah ia kibas-kibas tempat tidurnya itu dengan sarungnya. Kerana dia tidak tahu apa yang terjadi pada
tempat tidurnya setelah ia tinggalkan sebelumnya." (HR Bukhari Muslim)
Hadis lainnya sebagai tambahan: "Bagi orang yang bangun dari tempat tidurnya
kemudian kembali lagi, maka dianjurkan untuk mengibasinya kembali."(Sebagaimana
hadis riwayat Tirmidzi. 3410, disahihkan dalam Kalim Thoyyib: 3410)
Dua alasan penting yang menyebabkan kita perlu mengibaskan kain sarung ke atas tilam yang akan kita tiduri
antaranya:-Adanya kuman penyakit yang hinggap di tilam bantal, selimut yang kita gunakan.
BASUH SARUNG BANTAL
Sarung bantal wajib di basuh seminggu sekali.
Boleh hapuskan hama dan kesan peluh sewaktu tidur serta bakteria bakteria yang terdapat pada sarung bantal yang digunakan sebelum ini.
Gunakan pencuci atau detergent yang sesuai dipasaran untuk mencuci sarung bantal.
Rendamkan selama 5 minit sebelum dijemur.
Selepas sarung bantal di jemur dan kering boleh gunakan sterika sebelum di gunakan kembali.
LAPIK TEMPAT TIDUR
Ini penting apabila kita pergi ke tempat baru. Serangga kecil seperti semut mempunyai bau tersendiri yang memudahkan perjalanan mereka.
Apabila anda melapik tilam sebelum tidur dengan kain cadar yang bersih ia mampu mengelakkan jangkitan kuman atau bakteria terhadap badan dan juga menghindarkan tubuh badan daripada jangkitan kulat atau parasit.
Selain cadar, boleh juga gunakan kain pelikat, tuala yang bersih, kain sarung atau alas yang bersesuaian.
RUANG TIDUR BUKAN TEMPAT MAKAN
Bezakan dulu tempat makan dan tempat tidur. Psikologi manusia
Cuba jadikan ruangan tidur sebagai tempat yang peribadi dan ekslusif hanya digunakan untuk berehat, bersantai serta tidur.
Menghiasi ruangan tidur dengan gambar-gambar yang menarik atau ayat suci Al-Quran bagi menambahkan keceriaan, mencantikkan pemandangan serta memudahkan proses untuk melelapkan mata.
Ruang tidur perlu sentiasa dijaga dengan rapi dan sempurna.
AWAS bagi ibu bapa yang memberi makan bayi mereka di tempat tidurnya. Sisa
makanan yang tidak dibersihkan dengan teliti mengundang serangga dan bakteria yang boleh membahayakan kesihatan bayi.
BAU BILIK?
Untuk mengesan bau yang tidak menyenangkan ada 2 cara iaitu: - Bertanya pada orang lain (cara yang berkesan)
- Hirup udara luar yang segar dan kemudian masuk ke dalam bilik
Hidung kita ni gagal mengesan bau yang kita sudah biasa.
Elakkan merokok dalam bilik kerana bau asap rokok susah dihapuskan.
Gunakan pewangi seperti Ambi Pur yang sentiasa mengeluarkan aroma bau yang menyenangkan dan penuh kenikmatan.
WARNA BILIK ?
Pilihlah warna bilik yang boleh mewujudkan suasana yang lebih baik.
Kebanyakkan hotel menggunakan warna putih atau warna lembut bagi menenangkan fikiran kita.
Terdapat beberapa warna yang digalakkan untuk menaikkan mood bilik.
Warna putih sangat bagus untuk menampilkan atau menekankan warna lain serta memberi kesan kesederhanaan dan kebersihan.
Warna lembut seperti biru dapat menampilkan kekuatan teknologi, kebersihan, udara, air dan kedalaman laut.
AMBIL TAHU TEMPOH TILAM
Tahukah anda tilam mempunyai jangka hayat dan hygience tertentu? Tilam yang mahal bukan sekadar keselesaan, namun juga keselamatan.
Jika anda memiliki tilam biasa yang menggunakan material seperti kapas atau kekabu, anda wajib mengetahui tempoh tilam yang digunakan.
Tilam yang berkualiti seperti tilam yang keras boleh menyokong kedudukan posisi tubuh ketika tidur sebaliknya tilam yang lembik akan menyebabkan kedudukan badan tidak stabil dan menyebabkan tidur sering terganggu.
Tempoh 3-5 Tahun adalah tempoh yang sesuai untuk menukar tilam yang digunakan. Ada juga tilam yang memberi jaminan sehingga 10 tahun.
APA DI BAWAH KATIL?
Tempat yang sering terlepas pandang adalah di bawah katil. Tempat pembiakan serangga dan bakteria.
Tempat segala habuk bersarang dan segala kotoran halus. Tempat terjadinya hama debu rumah.
LANGSIR & TINGKAP
Langsir merupakan pemisah antara bahagian luaran dan dalaman selalunya akan dipenuhi kotoran seperti habuk dan debu.
Langsir akan menyerap kelembapan dan menarik habuk dari luar apabila tingkap
dibuka.
Habuk halus dapat melalui ruang dan rongga kecil walaupun semasa tingkap di tutup.
Langsir juga memerangkap habuk yang datang dari siling dan kipas serta tingkap.
Semasa kita membersihkan bilik, habuk akan berterbangan dan melekat pada kain langsir dan tingkap.
TUKAR BANTAL
Setiap bantal ada tempohnya. Namun, kita sering menukar apabila bantal
tersebut terkoyak atau berbau. Betul kan?
Bantal yang tidak ditukar akan menyebabkan ketidakselesaan sewaktu tidur dan akan menyakitkan leher dan tengkok.
Bantal yang digunakan terlalu lama juga mungkin terdapat hama yang secara tidak langsung menimbulkan alahan kepada pengguna.
Pilihan bantal yang sesuai adalah amat penting. Individu yang tidur telentang atau meniarap, boleh gunakan bantal jenis nipis.
Individu yang tidur mengiring pula gunakan bantal yang lebih pejal serta padat untuk mengisi ruangan antara telinga dan bahu.
BAHAYA JIKA ANDA TIDAK AMBIL PEDULI
Zaman sekarang terlalu banyak penyakit baru yang timbul. Penyakit juga berevolusi mengikut pengedaran zaman.
Selain penyakit, emosi manusia juga berubah. Tekanan yang timbul setiap hari akibat
dari keadaan sekeliling.
Pepatah kita sering menyebut,”Mencegah itu lebih baik daripada mengubati.”
Ikuti langkah mudah di atas. Jadikan ruangan tidur sebagai tempat yang selesa dan selamat. Semoga perkongsian dari kami memberikan manfaat.
BERKENAAN MIHRAB HOTEL
Mihrab Hotel Putrajaya merupakan Hotel Bajet Islamik pertama yang dibina di Putrajaya. Dengan lokasi yang strategik ia menjadi tumpuan semua golongan setiap hari dan juga di waktu cuti hujung minggu, cuti am dan cuti sekolah.
Mihrab Hotel juga menjadi antara perintis pertama hotel bajet di Malaysia yang mengeluarkan produk hotel yang berkualiti seperti bantal dan tuala. Tujuan utama
pengeluaran produk produk ini adalah untuk semua golongan dan peringkat umur untuk
merasai nikmat produk keluaran hotel untuk penggunaan di kediaman sendiri yang sebelum ini hanya boleh dirasai di hotel sahaja.
Motto kami ‘Hanya Hotel Keluarkan Produk Hotel’ dan keasliannya hanya boleh didapati di sini.
M
IHRAB
H
OTEL
P
UTRAJAYA
67, Jalan Diplomatik, Diplomatik Presint, 62050 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya, MalaysiaSAHABAT MIHRAB
Sahabat Mihrab adalah agen rasmi yang dilantik Mihrab Hotel bagi mempromosikan MihrabHotel.
Bagi yang diterima menjadi Sahabat Mihrab, anda mempunyai peluang jana
pendapatan tambahan bersama Hotel Mihrab Putrajaya. Anda boleh dapat komisen dengan memperkenalkan produk Mihrab (bilik, event, barangan hotel, pelancongan). Untuk permohonan, sila emailkan ke [email protected] dengan
menyatakan:
- Nama, lokasi, nombor telefon yang boleh dihubungi & pengalaman yang
bersesuaian.