• Tidak ada hasil yang ditemukan

SIKAP MEMPENGARUHI AMALAN PENGURUSAN KEWANGAN DI KALANGAN USAHAWAN IKS LUAR BANDAR. Azharudin Mohamed Yunus* Universiti Kebangsaan Malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "SIKAP MEMPENGARUHI AMALAN PENGURUSAN KEWANGAN DI KALANGAN USAHAWAN IKS LUAR BANDAR. Azharudin Mohamed Yunus* Universiti Kebangsaan Malaysia"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

SIKAP MEMPENGARUHI AMALAN PENGURUSAN KEWANGAN DI KALANGAN USAHAWAN IKS LUAR BANDAR

Azharudin Mohamed Yunus*

Universiti Kebangsaan Malaysia Abstrak

Kajian ini dijalankan untuk meninjau kaitan sikap mempengaruhi amalan pengurusan kewangan dikalangan usahawan bumiputera IKS di luar Bandar. Kajian ini dilaksanakan terhadap 12 orang usahawan luar Bandar yang menjalankan perniagaan pelbagai bidang.Rekabentuk kajian ialah temubual semi berstruktur yang mempunyai soalan berstruktur tetapi jawapan bebas. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua responden bersetuju sikap seperti sambil lewa, tidak fokus dan malas mempengaruhi amalan mereka dalam menguruskan kewangan perniagaan mereka. Maklum balas responden menunjukkan usahawan tidak begitu serius dalam menguruskan aspek kewangan perniagaan mereka serta menganggap pendapatan hasil perniagaan adalah hak mutlak pemilik tanpa mewujudkan satu entiti berasingan antara dapatan perniagaan dan individu. Aspek pengurusan kewangan memberi impak yang besar terhadap kejayaan sesebuah perniagaan terutamanya bagi IKS di luar bandar untuk bersaing dan berdaya maju.

Kata kunci: sikap, IKS, pengurusan kewangan, luar Bandar

PENGENALAN

Bidang keusahawanan di Malaysia berkembang dengan pesat dengan lahirnya begitu ramai usahawan-usahawan baru setiap tahun terutamanya usahawan bumiputera yang menerokai pelbagai jenis perniagaan. Perkembangan bidang keusahawanan di peringkat bumiputera terutamanya dari sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS) khususnya di luar bandar amat menggalakkan dan peranan IKS ini sangat penting dalam perkembangan ekonomi negara. Masyarakat yang mempunyai ramai usahawan adalah merupakan masyarakat yang terbaik (Abd Aziz,2003). Mohd Hassan Mohd Osman (2007) pula menyatakan usahawan amat diperlukan oleh seluruh dunia kerana ianya sering dikaitkan dengan pembangunan ekonomi negara. Menurut Roslina Ahmad (2001), IKS dapat membangunkan ekonomi dengan menjual, mengembang, dan memperkukuh struktur asas pembangunan industri Negara.

(2)

Perkembangan ini dikukuhkan lagi dengan wujudnya pelbagai bantuan oleh kerajaan dalam memastikan bidang keusahawanan ini terus maju kerana ia menjadi salah satu faktor pengukuhan ekonomi Negara. Dengan begitu banyak tawaran, program dan bantuan oleh kerajaan terutamanya dari aspek kewangan namun masih lagi usahawan bumiputera ini ketinggalan dan tidak mampu berdaya saing. Menurut Beurah Tunggak (2007), pergantungan terhadap bantuan kerajaan telah menyebabkan usahawan bumiputera tidak mempunyai daya tahan dan daya saing tinggi. Antara faktor mengapa perkara ini berlaku ialah kelemahan usahawan bumiputera dalam menguruskan aspek kewangan. Ramai di antara usahawan yang mengalami kegagalan atau mengalami kesukaran untuk berkembang dalam perniagaan adalah ekoran daripada kelemahan mereka tentang pengurusan kewangan. Keadaan ini disebabkan mereka tidak menitikberatkan aspek-aspek asas pengurusan kewangan perniagaan seperti penyediaan rekod kewangan, aliran tunai perniagaan, analisis penyata kewangan, mengasingkan pendapatan dan perbelanjaan perniagaan dengan kepentingan peribadi dan sebagainya yang menjadi asas kepada pengurusan kewangan sesuatu perniagaan.

Antara salah satu kelemahan usahawan bumiputera ialah kegagalan membayar balik pembiayaan yang diterima kerana pembiayaan yang diperolehi digunakan untuk membeli harta peribadi dan bukan untuk kepentingan perniagaan seperti kereta mewah, membeli rumah atau perbelanjaan perniagaan secara mewah (Beurah Tunggak,2007). Ini bersesuaian dengan pandangan Wan Liz Ozman (2000), Mat Hassan Esa (1992) dan Jiwa Mohd Esa (1991) yang menyatakan bahawa salah satu cirri budaya negatif yang menjadi amalan usahawan bumiputera ialah menyalahgunakan wang perniagaan untuk membeli harta peribadi. Usahawan membeli harta peribadi dan tidak berani bersaing dan ini membentuk satu budaya negatif usahawan bumiputera (Mat Hassan Esa, 1992; Wan Liz Ozman, 2000). Masalah pengurusan kewangan ini kebanyakkannya berlaku kepada IKS di luar bandar atas beberapa faktor seperti latar belakang pendidikan. Kenyataan ini bersesuaian dengan pandangan Roslina (2001), yang menyatakan bahawa masalah ini pada berlaku umumnya IKS di luar bandar yang hanya mempunyai tahap pendidikan formal yang rendah.

(3)

Kajian ini juga diharap dapat membantu pihak-pihak yang berkaitan bagi membantu meningkatkan pengetahuan kewangan usahawan bumiputera dan juga pihak yang terlibat dapat mempertimbangkan tindakan pembaikan dengan mengambilkira faktor-fatkor ini bagi memastikan pengurusan kewangan yang lebih cekap dan sistematik dapat dilaksanakan.

LATAR BELAKANG DAN PERMASALAHAN KAJIAN

Perkembangan bidang keusahawanan di negara kita semakin berkembang terutamanya dikalangan usahawan bumiputera. Perkara yang diberiperhatian dalam kajian ini ialah masalah pengurusan kewangan yang menjadi sebab usahawan bumiputera kurang berdaya maju. Menurut Nurul Huda Che Abdullah dan Ramlee Mustafa (2009), masalah pengurusan kewangan berlaku berpunca daripada amalan perniagaan yang tidak sistematik seperti tiada rekod jual beli, tidak komited dari segi pusingan modal dan tidak ada analisis ekonomi dan asset.

Berdasarkan permasalahan tersebut, penyelidik telah mengambilkira tiga faktor yang menyumbang kepada masalah pengurusan kewangan dikalangan usahawan bumiputera IKS di kawasan luar bandar iaitu sikap, persekitaran dan latar belakang usahawan di mana faktor-faktor ini yang akan menjadi rujukan utama penyelidik.

Seorang usahawan yang berjaya seharusnya mampu menguruskan semua aspek pengurusan perniagaan terutamanya pengurusan kewangan yang menjadi nadi sesebuah perniagaan. Perkara yang sering membelenggu usahawan bumiputera IKS luar bandar ialah sikap sambil lewa dan tidak prihatin terhadap perekodan kewangan perniagaan, aliran tunai dan analisis prestasi kewangan semasa. Menurut Nurul Huda Che Abdullah dan Ramlee Mustafa (2009), masalah pengurusan kewangan berlaku berpunca daripada amalan perniagaan yang tidak sistematik seperti tiada rekod jual beli, tidak komited dari segi pusingan modal dan tidak ada analisis ekonomi dan aset. Pelbagai bantuan telah ditawarkan oleh kerajaan dalam membantu usahawan meningkatkan prestasi perniagaan mereka seperti bantuan kewangan namun begitu, peningkatan pendapatan kaum Bumiputera masih belum memuaskan kerana ia masih agak ketinggalan berbanding kaum lain di Malaysia (Norasmah, 2002). Dapatan Humam dan

(4)

rakan-rakan (1992) menunjukkan faktor yang sama juga telah menyebabkan kegagalan perniagaan iaitu pengurusan yang lemah, masalah pemasaran dan kewangan, faktor perundangan dan peraturan serta faktor peribadi dan keusahawanan. Sikap malas dan tidak bersungguh untuk merekod transaksi perniagaan, aliran tunai masuk dan keluar dan beberapa asas perekodan kewangan perniagaan menyebabkan mereka tidak dapat menganalisis rekod kewangan perniagaan mereka samada meningkat, statik mahupun menurun. Begitu juga dengan sikap usahawan yang mencampuradukkan pendapatan dan perbelanjaan perniagaan mereka kepada urusan peribadi tanpa ada sebarang rekod. Ini juga selari dengan kajian oleh Buerah Tunggak, Hussin Salamon dan Baharin (2011) yang mendapati aspek pengetahuan dan kemahiran pengurusan kewangan yang tidak baik merupakan kelemahan utama usahawan bumiputera IKS. Timbalan Pengarah Keusahawanan MARA, Othman Ahmad juga menjelaskan sekiranya masih wujud usahawan Bumiputera yang gagal mengembangkan perniagaan, ia banyak berhubung kait dengan sikap dan daya usaha mereka untuk memajukan diri dan perniagaan, bukannya tidak cukup dana yang disediakan oleh kementerian atau agensi terbabit.

Faktor seterusnya ialah masalah persekitaran usahawan yang menjadi sebab pengurusan kewangan perniagaan diabaikan. Ini kerana dengan persekitaran yang kurang persaingan, tidak mahu menanggung risiko, selesa dengan keadaan semasa menyebabkan usahawan tersebut tidak berminat untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka kerana beranggapan mereka tidak perlu berusaha untuk berkembang disamping mereka tidak cukup pengetahuan, pengalaman dan persediaan untuk berkembang maju. Sieh (1990) dalam kajiannya tentang profil usahawan Malaysia mendapati usahawan menghadapi masalah dalam bidang kewangan kerana mereka kurang pengetahuan. Pandangan yang sama diberikan oleh Timmons (1985) apabila beliau mengatakan asas pendidikan keusahawanan adalah kemahiran teknikal dan kewangan. Dengan kurangnya pengetahuan mereka dalam pengurusan perniagaan maka usahawan ini tidak berminat untuk meneroka lebih jauh aspek pengurusan perniagaan lain terutamanya aspek pengurusan. Aspek persekitaran lain ialah usahawan tidak berlaku jujur, amanah

(5)

dan telus dengan perniagaan mereka sendiri terutamanya dari segi perbelanjaan dan pendapatan.

Latar belakang usahawan juga menjadi faktor wujudnya masalah dalam aspek pengurusan kewangan perniagaan mereka. Antaranya ialah faktor pendidikan, jantina dan latar belakang keluarga. Kebanyakkan usahawan bumiputera di kawasan luar bandar tidak mempunyai pendidikan yang tinggi hanya sekadar memiliki sijil SPM yang mana ia mempunyai kesan terhadap minat dan kesungguhn mereka untuk mempelajari aspek pengurusan perniagaan terutamanya pengurusan kewangan yang menyebabkan perniagaan mereka tidak berkembang. Ini kerana aspek pengurusan kewangan memerlukan pengetahuan yang baik untuk melaksanakannya. Kenyataan ini bersesuaian dengan pandangan Roslina (2001), yang menyatakan bahawa masalah ini pada berlaku umumnya IKS di luar bandar yang hanya mempunyai tahap pendidikan formal yang rendah. Manakala Hess (1987) pula menyatakan aspek jualan dan pemasaran mendahului senarai utama tugas seseorang usahawan diikuti oleh kemahiran pengurusan kewangan. Kohn (1985) pula percaya kegagalan perniagaan itu disebabkan oleh kurang pengalaman usahawan dalam pengurusan, usahawan tidak kompeten, kekurangan modal, strategi pemasaran yang salah, serta rekod dan prosedur perakaunan yang tidak lengkap. Aspek lain yang ketara pentingnya dalam pengendalian perniagaan adalah pengurusan kewangan, belanjawan dan penyediaan penyata aliran tunai.

Masalah yang mendorong berlakunya kelemahan usahawan dalam aspek pengurusan kewangan ini perlu dikenalpasti supaya ia dapat membantu para usahawan bumiputera berjaya dalam bidang perniagaan yang mereka ceburi. Kajian ini juga dapat membantu pihak-pihak lain seperti pihak kerajaan dalam menambahbaik polisi, modul latihan dan aktiviti berkaitan keusahawanan terutamnaya dalam aspek pengurusan kewangan bagi usahawan IKS luar bandar. Masalah ini jika tidak diberi perhatian akan memberi kesan jangka panjang kepada aktiviti keusahawanan di peringkat usahawan bumiputera terutamanya dikawasan luar bandar dimana mereka akan ketinggalan dari segi daya saing dan aspek pengurusan kewangan yang ketinggalan zaman. Mereka mampu berjaya dan maju jika mereka diberi pendedahan dan pengetahuan yang baik dalam aspek

(6)

pengurusan kewangan kerana adalah antara penyumbang utama aktiviti keusahawanan di kawasan bandar dimana usahawan di kawasan bandar lebih maju dan berkembang dimana antara faktornya adalah pengurusan kewangan dan baik dan sistematik.

Kajian mengenai pengurusan kewangan telah di buat oleh pengkaji lain seperti Ramlee Mustapha, Nurul Huda Che Abdullah dan Abdul Razak Ahmad (2010) yang mengkaji Amalan Pengurusan Perniagaan Usahawan Tani Bumiputera, dimana mengkaji tentang kelemahan usahawan bumiputera dalam aspek pengurusan kewangan. manakala Suhaila Nadzri, Suhaily Md Shamsudin, Muhammad Firdaus Mohamd Sabri yang mengkaji Faktor-Faktor Kepada Kejayaan Dan Kegagalan IKS Bumiputera Di Malaysia dimana kajian ini lebih menjurus kepada masalah bantuan kewangan, kemahiran aspek pengurusan termasuk pengurusan kewangan dan juga pengurusan pemasaran yang menjadi faktor wujudnya masalah dikalangan usahawan bumiputera. Berdasarkan dua kajian tersebut, pengkajian di buat keatas usahawan bumiputera IKS secara umum, manakala kajian ini lebih menjurus dan memberi fokus kepada faktor sikap, persekitaran dan latar belakang usahawan bumiputera IKS luar bandar yang menjadi sebab mereka gagal dalam menguruskan kewangan perniagaan mereka dengan baik.

TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka amalan pengurusan kewangan dalam kalangan usahawan bumiputera IKS di kawasan luar bandar

PERSOALAN KAJIAN

Berdasarkan objektif kajian di atas, beberapa persoalan kajian telah dikemukakan.

• Bagaimanakah usahawan bumiputera IKS di luar Bandar mengurus kewangan mereka

• Bagaimanakah faktor sikap usahawan mempengaruhi usahawan bumiputera IKS di luar bandar mengurus kewangan perniagaan mereka

(7)

• Bagaimanakah faktor persekitaran boleh mempengaruhi wujudnya masalah dalam pengurusan kewangan

• Bagaimanakah faktor latar belakang usahawan mempengaruhi amalan pengurusan kewangan mereka

METODOLOGI

REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini telah membincangkan tentang satu kajian kualitatif yang menggunakan kaedah kajian kes. Kaedah pengumpulan data bagi kajian ini adalah menggunakan temu bual separuh berstruktur kerana pengkaji mempunyai maklumat tentang isu yang dikaji berdasarkan tinjauan literatur (Cavana et al. 2001). Kaedah ini membolehkan pengkaji berinteraksi dengan subjek kajian (Wiersma 2005). Sebelum mengadakan temu bual ini, pengkaji telah membuat perancangan awal bagi menguruskan sesi temu bual menggunakan pendekatan logik.

Semua data yang dikumpul semasa sesi temu bual. Sampel kajian di buat secara terpilih bertujuan dengan pemilihan peserta secara tipikal iaitu pengkaji menentukan spesifikasi responden yang tipikal (Cavana et al. 2001). Usahawan yang dipilih menjadi peserta temu bual telah terlibat dalam perniagaan lebih IKS daripada lima tahun. Mereka telah melalui proses menjadi usahawan dan mengalaminya sendiri. Justeru mereka ini dianggap sebagai pakar dan dijangka dapat memberikan pengetahuan dan mampu memberikan maklumat yang terbaik. Kaedah temu bual digunakan untuk mendapatkan maklumat tertentu apabila mahu mendapatkan apa yang ada dalam fikiran seseorang (Patton, 1990). Temu bual perlu dilakukan jika penyelidik tidak dapat memperhatikan tingkah laku, perasaan, atau cara manusia menginterpretasi dunia di sekeliling mereka, dan juga diperlukan apabila penyelidik berminat terhadap suatu peristiwa yang terlah berlalu (Merriam, 2001), dan kegiaan temu bual dilakukan sebagai salah satu alat pengumpul data yang disebut dengan triangulasi (Lexy, 2007). Kegiatan temu bual yang dilaksanakan penyelidik dilakukan dengan membuat temu janji terlebih dahulu dengan para responden dan berpandukan soalan temu bual yang telah disusun.

(8)

Pelaksanaan temu bual sesuai dengan temu janji yang telah disepakati dilaksanakan di tempat kajian. Temubual Individu adalah kaedah yang paling berkesan membolehkan pengkaji mengutip data secara mendalam tentang sejarah, pandangan, dan pengalaman seseorang peserta terutamanya bagi topik-topik yang sensitif. Temubual mendalam boleh dilakukan kepada

i) individu yang mengalami sesuatu fenomena,

ii) individu yang mempunyai hubungan dengan populasi yang mengalami fenomena tersebut seperti ahli keluarga, rakan-rakan, ahli masyarakat, dan iii) pakar yang mengendalikan sesuatu tugasan profesional berkaitan fenomena

tersebut seperti contohnya doktor, guru, ahli politik, dan lain-lain yang berkenaan.

Samada sebagai populasi yang dikaji ataupun sebagai orang yang mempunyai hubungan profesional atau personal dengan populasi kajian, peserta yang terlibat dalam temubual individu akan mendapat faedah melalui proses ini. Ramai peserta yang berasa gembira dan mengalami carthasis ketika ditemubual kerana mereka berpeluang menyatakan perspektif mereka dan membuat pendedahan kendiri kepada seseorang yang mendengar dengan penuh minat. Penyelidik pula menerima satu penghormatan apabila diberi peluang oleh orang yang tidak dikenali untuk memahami sebahagian kehidupan orang tersebut (Mack, Woodsong, MackQueen, Guest, & Namey, 2005). Dalam proses menemubual, peserta adalah seseorang yang dapat memberi respon kepada soalan-soalan kajian manakala penyelidik adalah pelajar yang ingin mengetahui pandangan peserta tersebut. Penyelidik menerima semua jawapan yang diberi oleh peserta dan tidak memberi nilai samada jawapan itu betul atau salah. Proses ini melibatkan penyelidik bersemuka dengan peserta dan mendengar dengan teliti respon-respon peserta kepada soalan yang diajukan kepadanya. Jika keselamatan menjadi isu, kehadiran dua penyelidik boleh digunakan dengan memastikan peserta tidak rasa diperkecilkan. Perbualan telefon antara penyelidik dengan peserta juga dikira sebagai temubual. Langkah-langkah dalam proses temubual 1. Persediaan Menemubual: Protokol Soalan Penyelidik perlu membuat persediaan dengan mencari maklumat asas tentang tajuk kajian dan elemen-lemen dalam kajiannya seperti teori, fenomena terkini serta faktor-faktor yang mempengaruhi.

(9)

Pengetahuan ini membantu penyelidik membina instrumen kajian yang disebut sebagai protokol soalan (Hill, Knox, Thompson, Williams, Hess, Ladany, 2005). Protokol soalan adalah senarai soalan-soalan yang disediakan oleh penyelidik untuk mencari jawapan kepada soalan kajiannya.

PESERTA KAJIAN

Dalam kajian ini, sampel bagi kajian ini adalah 12 orang responden yang dipilih mengikut ketetapan yang telah di gariskan oleh pengkaji. Responden terdiri daripada 6 orang usahawan lelaki dan 6 orang usahawan wanita dimana mereka mewakili jenis perniagaan sektor pertanian, peruncitan dan perkhidmatan.

INSTRUMEN KAJIAN

Kaedah temubual dan pemerhatian digunakan dalam kajian ini, seramai 12 orang usahawan terdiri daripada 6 orang lelaki dan 6 orang wanita yang mewakili jenis perniagaan yang mereka ceburi iaitu pertanian, peruncitan dan perkhidmatan. Soalan dipecahkan kepada 4 bahagian iaitu maklumat peribadi, sikap atau interpersonal usahawan terbabit, persekitaran perniagaan mereka dan latar belakang mereka.

PROSEDUR KAJIAN

Kajian ini mengguna pakai pendekatan kualitatif melalui temu bual terhadap dua belas orang usahawan bagi mengetahui cara pengurusan kewangan mereka. Ia merangkumi soalan tentang sikap seperti keprihatinan terhadap pengurusan kewangan, displin perekodan aliran wang masuk dan keluar, pengasingan antara kepentingan perniagaan dan kepentingan peribadi, perbelanjaan pembiayaan, bayaran balik hutang dan lain-lain lagi. Seterusnya ialah soalan berkaitan latar belakang usahawan seperti latar belakang pendidikan, minat, latar belakang keluarga, perniagaan dimulakan sendiri atau warisan, kemahiran menguruskan perniagaan dan sebagainya. Seterusnya ialah soalan berkaitan dengan faktor persekitaran usahawan seperti persaingan, bantuan, kursus keusahawanan, motivasi dan sebagainya.

(10)

Maklumat yang diperlukan lebih mudah untuk diperolehi kerana temu bual secara mendalam akan dapat mencungkil banyak maklumat serta pandangan sebenar responden yang lazimnya sukar diperolehi melalui penggunaan soal selidik. Kesesuaian soalan yang ditanya berdasarkan situasi dan objektif kajian. Setiap temu bual telah mengambil masa antara satu hingga dua jam dan dengan kebenaran mereka yang ditemu bual, setiap sesi telah dirakamkan dan hasilnya telah ditulis semula bagi membolehkan analisis kualitatif seperti yang diterangkan oleh Creswell (2005), Miles & Huberman (1994) dan Strauss & Corbin (1998) dibuat. Tema utama kepada hasil temu bual telah dikategorikan untuk menjawab persoalan-persoalan kajian ini.

Kajian ini dijalankan kepada usahawan yang menjalankan perniagaan pertanian, peruncitan dan perkidmatan. Kesimpulan kajian hasil daripada dapatan adalah difokuskan kepada usahawan yang dikaji tidak dapat untuk digenerelisasikan kepada semua kumpulan usahawan.

KESIMPULAN

Dapatan kajian ini menunjukkan sikap peniaga atau usahawan memainkan peranan penting dalam mempengaruhi amalan pengurusan kewangan. Perkara paling asas dalam pengurusan kewangan ialah perekodan setiap transaksi atau ativiti yang melibatkan aliran masuk dan keluar wang daripada perniagaan. Perekodan ini membolehkan seorang usahawan itu tahu dari mana wang itu datang (hasil) dan kemana wang itu di belanjakan (belanja). Menurut Nurul Huda Che Abdullah dan Ramlee Mustafa (2009), masalah pengurusan kewangan berlaku berpunca daripada amalan perniagaan yang tidak sistematik seperti tiada rekod jual beli, tidak komited dari segi pusingan modal dan tidak ada analisis ekonomi dan asset. Dapatan juga mendapati usahawan bumuputera luar Bandar tidak begitu serius dan memandang remeh aspek pengurusan kewangan seperti merekod aliran tunai kerana bagi mereka apabila berlakunya urusan jual beli dan mendapat pembayaran maka telah wujud keuntungan tanpa memikirkan tentang belanja modal, kos overhead dan lain-lain lagi. Ini terjadi kerana terdapat perkara sering membelenggu usahawan bumiputera IKS luar bandar ialah sikap sambil lewa dan tidak prihatin terhadap perekodan kewangan perniagaan, aliran tunai dan

(11)

analisis prestasi kewangan semasa. Usahawan Bumiputera hendaklah mengubah sikap supaya sentiasa menambah usaha dan kesanggupan untuk mengemas kini ilmu pengetahuan dalam bidang kewangan dan pemasaran ,Noor Zalika Bt Mahmad Zuki (2013).

Sikap dan pendekatan amalan pengurusan kewangan dikalangan usahawan bumiputera ini juga dipengaruhi persekitaran perniagaan dimana kebanyakkan perniagaan mereka kurang dari segi persaingan, tidak mahu menanggung risiko, selesa dengan keadaan semasa. Ini menyebabkan usahawan tersebut tidak berminat untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka kerana beranggapan mereka tidak perlu berusaha untuk berkembang disamping mereka tidak cukup pengetahuan, pengalaman dan persediaan untuk berkembang maju. Sieh (1990) dalam kajiannya tentang profil usahawan Malaysia mendapati usahawan menghadapi masalah dalam bidang kewangan kerana mereka kurang pengetahuan. Peniaga atau usahawan yang yang bersungguh-sungguh akan mengubah sikap mereka untuk lebih maju dengan memperisapkan diri dengan imu pengetahuan perniagaan yang baik terutamanya aspek pengurusan kewangan kerana ia melibatkan tujuan utama mereka membuka perniagaan iaitu mencari keuntungan.

RUJUKAN

Ab. Aziz Yusof (2003). Prinsip Keusahawanan. Petaling Jaya: Prentice Hall. Bahyah Abdul Halim, Azharuddin Hashim Mukhiffun Mukapit & Abdul Rahim

Zumrah (2007). Faktor Kecerdasan Emosi Dalam Keusahawanan. Department of Human Resource Management Faculty of Management & Muamalah Selangor International University College (KUIS).

Dewan Bahasa dan Pustaka (2000). Kamus Dewan. Kuala Lumpur.

Majlis Perusahaan Kecil dan Sederhana Kebangsaan (2006). Laporan tahunan Perusahaan Kecil dan Sederhana 2006.

Mohamad Rashid Bin Abu Bakar (2008). Tahap Kesampaian Bantuan Kewangan Dan Kredit Kerajaan (BKKK) Terhadap Prestasi Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) Bumiputera Di Kedah. Universiti Sains Malaysia

Mohd Salleh Din, Hoe Chee Hee, Norashidah Hashim, Ooi Yeng Keat, Shuhymee Ahmad, Habshah Bakar, Norita Deraman, Rosli Mahmood, Armanurah Mohamad, Lily Julienti Abu Bakar, & Mohamad Nasri Md Hussain (2005). Asas Keusahawanan. Kuala Lumpur: Prentice Hall.

(12)

Mohd. Salleh Hj. Din (1992). Entrepreneurship and enterprise: The influence of work experience on enterprising tendency: An empirical evidence. Malaysian Managemant Journal, Vol. 1(1).

Norashidah Hashim, Norasmah Othman & Noraishah Buang (2009). Konsep Kesediaan Keusahawanan Berdasarkan Kajian Kes Usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Malaysia.Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)(2009): 187 - 203.

Prachi Srivastava, DPhil (1991). A Practical Iterative Framework for Qualitative Data Analysis: University of Ottawa, Canada.

Suhaila Nadzri, Suhaily Md Shamsudin, Muhammad Firdaus Muhammad Sabri (2013). Faktor-Faktor Penyumbang Kepada Kejayaan Dan Kegagalan Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) Bumiputera Di Malaysia. Fakulti Pengurusan dan Muamalah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Shahrin Bin Hashim & Hasma Bt Beddu Halike (2009). Keperluan Kursus

Keusahawanan Dalam Kalangan Usahawan Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) Bumiputera Sabah. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, Habibah Elias (1997). Keusahawanan & Motivasi Diri. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Zamri Mahamod (1992). Kepelbagaian Kaedah Penyoalan Lisan Dalam Pengajaran Guru Bahasa Melayu: Kaedah Pemerhatian. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, Vol. 1(1).

Referensi

Dokumen terkait

Penelitian Anozie and Aderibigbe (2011) mengenai optimasi proses hidrolisa pati singkong menggunakan asam menjadi sirup glukosa dengan variabel temperatur, waktu dan

Dari sebab-sebab terjadinya Perang Salib (1) Perang Salib merupakan puncak dari sejumlah konflik antara negeri Barat dan negeri Timur jelasnya antara pihak Kristen dan

Durante la guerra, las locutoras eran el eje de sus respectivas estaciones, y a pesar del miedo que pasaban a ser bombardeadas mientras trabajaban en la radio, no dudaron jamás

disampaikan disini adalah bahwa dunia ini ada karena diciptakan oleh Allah. Ia bukan hanya mengadakan dunia tetapi bahwa Allah Sang Pencipta itu Berpribadi

pengetahuan dan wawasan tentang cara menganalisis Kompetensi Inti (KI) dan kompetensi dasar (KD); telah memiliki pengetahuan dan wawasan tentang menyusun

Hasil yang diperoleh dalam pengabdian ini adalah seluruh dewan guru di SMP Budimulia Pakisaji Kepanjen Malang, telah mampu memahami materi tentang pengertian dan

Dari hasil penelitian dan pembahasan, maka dapat ditarik kesimpulan bahwa sebagian besar Lansia yang tinggal di Panti werdha menderita kecemasan yaitu sebanyak 51 responden