• Tidak ada hasil yang ditemukan

PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE NOVEMBER 2016 (SABTU RABU) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE NOVEMBER 2016 (SABTU RABU) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)"

Copied!
21
0
0

Teks penuh

(1)

0

PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-29

12–16 NOVEMBER 2016

(SABTU – RABU)

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

SILA BACA PANDUAN INI DENGAN TELITI BAGI

MELANCARKAN URUSAN KONVOKESYEN DAN

MENGELAKKAN MASALAH PADA SAAT AKHIR

PANDUAN INI DISEDIAKAN KHUSUS UNTUK

GRADUAN IJAZAH SARJANA MUDA SAHAJA

(2)

1

1.0 MAJLIS KONVOKESYEN

Lokasi : Dewan Muadzam Shah, Universiti Utara Malaysia Tarikh : 12 - 16 November 2016 (Sabtu – Rabu)

2.0 TEMPAT BERKUMPUL GRADUAN SEBELUM MASUK KE DEWAN

2.1 Lokasi : Dewan Tan Sri Othman Yeop (DTSO)

Masa : 7.00 pagi (Sesi pagi) / 1.30 petang (Sesi petang)

2.2 Semua graduan WAJIB berkumpul di Dewan Tan Sri Othman (DTSO) terlebih dahulu mengikut nombor kerusi masing-masing. Nama dan nombor kerusi graduan akan dipamerkan di dalam Dewan Tan Sri Othman (DTSO).

2.3 Graduan perlu lapor diri di Dewan Tan Sri Othman (DTSO) kepada pegawai yang bertugas (Marshal) untuk pengesahan kehadiran.

3.0 PERARAKAN GRADUAN MASUK KE DEWAN

Sesi pagi: Jam 8.00 pagi Sesi petang: Jam 1.45 petang

4.0 SESI PENGANUGERAHAN IJAZAH

Sila rujuk jadual Sesi Penganugerahan Ijazah (m/s 2)

5.0 PERKARA PENTING YANG PERLU DIBUAT SEBELUM DIBENARKAN MENGAMBIL

JUBAH KONVOKESYEN

5.1 Semakan Konvokesyen

5.1 Sila buat semakan Konvokesyen melalui melalui Portal Pelajar,

http://portal.uum.edu.my.

i) Sila masukkan ID Penguna dan Kata Laluan; ii) Pilih menu Pengijazahan /Graduation;

iii) Lengkapkan Semakan Konvokesyen /Convocation Review; iv) Setelah maklumat yang dipohon lengkap diisi, cetak surat

jemputan konvokesyen.

5.2 Sila pastikan maklumat di dalam Portal Pelajar adalah tepat :- i) EJAAN NAMA

ii) NO. MATRIK

iii) NO. KAD PENGENALAN iv) NOMBOR TELEFON

5.3 Pindaan maklumat perlu dibuat sebelum atau pada 20 Oktober

2016 (Khamis). Bayaran cetakan semula akan dikenakan selepas

tarikh tersebut. Sebarang pertanyaan hubungi Urusetia

Konvokesyen di talian 04-928 3319/3320.

5.4 Pihak Universiti berhak membuat pindaan status bergraduat pelajar tertakluk kepada pengesahan dan kelulusan Senat.

PERINGATAN 1 : Surat jemputan konvokesyen bagi Graduan Sarjana Muda hanya boleh diperolehi melalui portal pelajar masing-masing.

(3)
(4)

3

6.0 YURAN KONVOKESYEN

6.1 Yuran Konvokesyen yang dikenakan adalah sebanyak RM170 (Ringgit

Malaysia Satu Ratus Tujuh Puluh Sahaja).

6.2 Graduan perlu menjelaskan keseluruhan jumlah hutang yang tertunggak (sekiranya ada), berdasarkan jumlah yang dipaparkan melalui Portal Pelajar masing-masing.

6.3 Pembayaran boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) atau pembayaran secara talian sebelum mengambil jubah konvokesyen.

6.4 Kaedah bayaran adalah seperti berikut:-

6.5 Sebarang pertanyaan berkaitan KEWANGAN/PEMBAYARAN sila

hubungi U-Assist UUM ditalian 04- 928 7777 atau Jabatan Bendahari UUM ditalian 04-928 3231/3260.

6.6 Sila simpan salinan slip pembayaran untuk rujukan kepada Urusetia Konvokesyen pada hari pengambilan jubah konvokesyen di Dewan Tan Sri Othman (DTSO), UUM.

6.7 Semua graduan Sarjana Muda yang HADIR atau TIDAK HADIR ke majlis konvokesyen, WAJIB menjelaskan bayaran yuran konvokesyen sebanyak RM170 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Tujuh Puluh Sahaja).

6.8 Graduan yang ingin untuk menangguhkan konvokesyen perlu membuat permohonan secara bertulis kepada Pengarah Jabatan Hal Ehwal Akademik. Sekiranya permohonan tersebut diluluskan bayaran yuran konvokesyen WAJIB dibuat untuk kedua-dua Sidang Konvokesyen sebanyak RM170 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Tujuh Puluh Sahaja) bagi setiap sidang Konvokesyen.

6.9 Graduan yang masih mempunyai hutang tertunggak TIDAK AKAN

DIBENARKAN menghadiri majlis konvokesyen serta menuntut Ijazah dan

Transkrip Akademik sehingga hutang diselesaikan.

BIL. BAYARAN KAEDAH PERINCIAN

1. Cawangan Kaunter BIMB

Menggunakan Slip Kaedah Pembayaran Bil dengan melengkapkan maklumat berikut iaitu Nama, No Matrik

(dibahagian No. Akaun), No. KP, Bayar Kepada: Bendahari UUM, Jenis Pembayaran: Bayaran Konvokesyen, dan Jumlah Bayaran (Seperti yang di caj).

2. E-Com (Via Internet)

Bayaran boleh dibuat secara online dengan melayari laman web UUM www.uum.edu.my. Pada menu ‘’Online Services” klik ‘’Electronic Payment’’ dan menu UUM e-com akan dipaparkan (rujuk manual yang berkaitan). Sila pilih “Student

Payment” dan catatkan tujuan pembayaran ‘’Convocation Fee”. Cetak resit sebagai bukti bayaran.

(5)

4

7.0 BORANG SOAL SELIDIK KAJIAN PENGESANAN GRADUAT (WAJIB)

7.1 Borang Soal Selidik Kajian Pengesanan Graduat, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia WAJIB diisi oleh graduan dan maklumat boleh dicapai melalui laman web berikut:-

http://graduat.mohe.gov.my

bermula pada

12 Oktober 2016 (Rabu).

7.2 Sila isi borang soal selidik dengan mengikuti langkah seperti berikut:- Klik “LOG MASUK“ pada menu Panduan Graduat

ii. Masukkan No. Kad Pengenalan iii. Pilih Institusi > IPTA < > UUM < iv. Klik “Seterusnya”.

v. Jawab semua soalan mengikut arahan.

vi. Tanda pada “simpan dan teruskan” (bawah sekali di akhir soalan).

vii. Ikut arahan seterusnya.

viii. Cetak slip setelah selesai lengkapkan semua soalan.

ix. Simpan slip sebagai BUKTI untuk ditunjukkan pada hari pengambilan jubah konvokesyen

Sebarang masalah untuk mengisi Borang Soal Selidik Kajian Pengesanan Graduat Kementerian Pendidikan Malaysia, sila hubungi Pegawai UTLC iaitu En. Nik Mohd Baidzani Haddad Bin Ibrahim di talian 04-928

4708/4698.

8.0 BORANG ALUMNI UUM

Graduan WAJIB mencetak BORANG ALUMNI UUM diportal masing-masing

dan perlu diserahkan semasa mengambil jubah.

9.0 GAMBAR KONVOKESYEN

Sebagai maklumat, bagi sesi konvokesyen ke-29 ini Universiti Utara Malaysia telah menjalankan sendiri operasi perkhidmatan mengambil gambar graduan. Terdapat 2 jenis perkhidmatan fotografi yang disediakan iaitu:  Fotografi pentas (Gambar rasmi universiti telah termasuk dalam bayaran

yuran konvokesyen)

 Fotografi Studio - “Gambar mesra studio UUM (melalui tempahan asing dan bayaran tunai)

PERINGATAN 2 : Setiap bakal graduan WAJIB mengisi Borang Kajian

(6)

5

KENYATAAN GAMBAR KONVOKESYEN

1. Universiti Utara Malaysia telah telah melantik jurugambar rasmi bagi perkhidmatan ‘Gambar Rasmi Konvokesyen’ semasa graduan menerima

ijazah di atas pentas pada majlis konvokesyen di Dewan Muadzam Shah

(DMAS)

2. Bagi sesi Gambar Rasmi Konvokesyen kali ini, graduan akan menerima gambar konvokesyen pentas seperti berikut:

 2 keping Gambar Bercetak. (1 keping 8R dan 1 keping 11R).  Salinan gambar dalam bentuk CD,

salinan “softcopy” buku konvokesyen mengikut sidang format PDF, serta gambar juga akan di email terus ke email rasmi pelajar dalam bentuk “JPEG-LOW RES”.

3. Gambar Rasmi Konvokesyen ini akan dipos ke alamat rumah graduan seperti yang terdapat dalam butiran peribadi maklumat rasmi universiti dalam tempoh 1 bulan selepas sidang konvokesyen berlangsung. 4. Pastikan para pelajar mengemaskini (Nama, alamat tetap, no. tel. bimbit,

dan email) serta butiran peribadi melalui sistem maklumat pelajar rasmi

universiti. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan kiriman gambar tidak sampai kepada para pelajar dan pihak Universiti tidak akan bertanggungjawab sekiranya ini berlaku.

5. Bagi sesi “Fotografi Mesra Studio UUM” iaitu sesi fotografi bersama ahli keluarga dan sahabat karib, para graduan bolehlah membuat tempahan gambar di kaunter-kaunter tempahan gambar studio pada hari

mengambil jubah.

6. Pakej gambar “Fotografi Mesra Studio UUM” bermula dengan harga serendah RM100.00, RM150.00, RM250.00 dan RM 320.00. Maklumat terperinci berhubung pakej-pakej “Fotografi Mesra Studio UUM” akan dibentangkan di kaunter gambar studio pada hari para graduan mengambil jubah dan di dalam laman sesawang rasmi Majlis Konvokesyen 7. Selain daripada itu, pihak jurugambar rasmi UUM juga akan membuka

kaunter (walk-in) bagi sesi “Fotografi Mesra Studio UUM” pada dan sepanjang tempoh Majlis Konvokesyen UUM ke-29 berlangsung.

8. Sebarang pertanyaan serta permasalahan, sila hubungi Unit Fotografi

Komersial UUM di talian 04-928 3058/3059/3060 atau email ke:-

fotokom@uum.edu.my

 Shamsaimi@uum.edu.my

10.0 Buku Cenderamata Konvokesyen

Graduan boleh membeli Buku Cenderamata Konvokesyen UUM

ke-29 dengan harga RM30.00 di Studio Fotografi UUM. Sebarang pertanyaan sila hubungi UUM Press di talian 04-928 4828/4826.

(7)

6

11.0 PENGAMBILAN JUBAH KONVOKESYEN

11.1 Jubah konvokesyen graduan Sarjana Muda berwarna biru dan mempunyai satu baris benang warna emas di tangan. Graduan Sarjana Muda akan diberi bersama selepang mengikut warna setiap program dan topi.

11.2 Tempat : Bilik Jubah paras bawah Dewan Tan Sri Othman (DTSO). 11.3 Tarikh dan Masa: Sila rujuk Jadual Pengambilan & Pemulangan Jubah

Konvokesyen. (m/s 8)

11.4 Dokumen berikut hendaklah dikemukakan di kaunter pengambilan jubah:-

i. Slip Bayaran Tunai (SPT) BIMB atau sebarang bukti pembayaran yuran konvokesyen.

ii. Borang Soal Selidik Kajian Pengesanan Graduat yang telah diisi sepenuhnya

iii. Borang menjadi ahli Persatuan Alumni UUM.

iv. Setiap wakil dihadkan mengambil jubah untuk 2 orang

graduan sahaja. Layari laman web http://hea.uum.edu.my

untuk mendapatkan Borang Wakil Ambil Jubah dan serahkan

borang tersebut semasa pengambilan jubah.

11.5 Graduan perlu tandatangan pada buku pengambilan jubah setelah memastikan pakaian konvokesyen, iaitu jubah, selepang, dan topi diterima dengan lengkap.

11.6 Graduan hanya dibenarkan mengambil jubah konvokesyen mengikut TARIKH DAN MASA YANG DITETAPKAN SAHAJA bagi mengelakkan kesesakan semasa proses pengambilan jubah.

11.7 Graduan digalakkan mengambil jubah konvokesyen sendiri untuk menentukan saiz yang sesuai.

11.8 Sila rujuk Pelan Ke Bilik Jubah, Dewan Tan Sri Othman (DTSO). (m/s 20)

12.0 PEMULANGAN JUBAH KONVOKESYEN

12.1 Tempat : Bilik Jubah paras bawah Dewan Tan Sri Othman (DTSO). 12.2 Tarikh dan Masa: Sila rujuk Jadual Pengambilan & Pemulangan Jubah

Konvokesyen. (m/s 8)

12.3 Graduan digalakkan memulangkan jubah sejurus selepas sesi konvokesyen program. Sila pastikan jubah, selepang, dan topi dalam keadaan baik sebelum dipulangkan mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan.

(8)

7

12.5 Ijazah & Transkrip Akademik asal akan diberikan setelah jubah

dipulangkan dalam keadaan baik.

12.6 DENDA KELEWATAN pemulangan jubah akan mula dikenakan bermula

21 November 2016 (AHAD) sebanyak RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja) sehari.

12.7 Graduan perlu menjelaskan denda kelewatan (mengikut jumlah hari yang lewat) tersebut di mana-mana cawangan Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) atau di Kuanter Jabatan Bendahari UUM sebelum proses pemulangan jubah.

13.0 SYARAT SEWAAN JUBAH KONVOKESYEN

Syarat sewaan jubah konvokesyen yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut:-

13.1 Graduan tidak dibenarkan mengubahsuai jubah yang disewa.

13.2 Sebarang keciciran/kehilangan jubah, selepang dan topi konvokesyen adalah tanggungjawab graduan.

13.3 Sekiranya graduan menyebabkan jubah, topi dan selepang konvokesyen yang dipinjam rosak atau hilang, denda yang dikenakan ialah Ringgit Malaysia Enam Ratus Sahaja (RM600.00).

13.4 Jumlah maksima denda lewat memulangkan jubah yang dikenakan ialah Ringgit Malaysia Enam Ratus Sahaja (RM600.00) atau selama 60

hari dari tarikh akhir pemulangan jubah.

PERINGATAN 3 : Graduan dinasihatkan memulangkan jubah mengikut

tempoh yang tetapkan .

PERINGATAN 4 : Sila pastikan jubah, selepang, dan topi dalam keadaan

(9)
(10)

9

14.0 ETIKA PAKAIAN KONVOKESYEN

14.1 Etika Pemakaian Graduan Masuk Ke Dewan:-

Graduan WAJIB memakai jubah konvokesyen yang disediakan oleh pihak universiti dengan mengikut tertib seperti berikut:-

i. Selepang hendaklah terletak di atas paras kedua-dua bahu ii. Rumbai (tassel) pada topi dibiar mengurai dihadapan sebelah kiri

topi.

LELAKI PEREMPUAN

1. Baju

i. Kemeja lengan panjang berkolar dan berwarna cerah (tanpa corak atau berjalur); dan ii. Kot/blazer berwarna hitam. 2. Tali Leher

Tali leher yang bersesuaian dengan kemeja.

3. Seluar

Seluar slack berwarna HITAM (seluar jean tidak dibenarkan). 4. Sarung Kaki/Stoking

Sarung kaki/Stoking berwarna gelap

5. Kasut

Kasut kulit formal bertutup berwarna

HITAM (selipar/kasut sukan/sandal

tidak dibenarkan). 6. Rambut

Rambut mestilah pendek dan kemas serta tidak melepasi paras kolar baju.

1. Baju

i. Baju kurung berwarna cerah, jubah atau;

ii. Kemeja lengan panjang; atau iii. Blaus berlengan panjang; dan iv. Baju hendaklah bertutup hingga

ke pangkal leher di bahagian depan dan belakang.

2. Kain/Skirt

i. Kain /Skirt mestilah labuh sehingga ke paras buku lali (ankle) dan

TIDAK berbelah sama ada di kiri,

kanan, depan atau belakang. 3. Lounge suit

i. Kemeja lengan panjang berwarna cerah (tanpa corak/berjalur); ii. Kot/blazer dan seluar berwarna

hitam; dan

iii. Labuh seluar hendaklah sehingga ke paras buku lali (ankle) dan tidak ketat.

4. Kasut

i. Kasut kulit formal bertutup

berwarna HITAM yang menutupi bahagian depan dan belakang kaki;

ii. Ketinggian tumit kasut tidak melebihi 1.5 inci.

5. Rambut/Tudung

i. Rambut mesti kelihatan kemas; ii. Bagi yang berambut panjang,

rambut perlu diikat dengan kemas; iii. Bagi yang bertudung, mestilah

menggunakan tudung yang berwarna cerah supaya mudah disesuaikan dengan jubah konvokesyen.

(11)

10

14.2 Contoh etika pakaian graduan yang DIBENARKAN bagi graduan lelaki dan perempuan (ketika menghadiri majlis konvokesyen) adalah

seperti berikut:-

14.3 Contoh pakaian graduan yang DILARANG adalah seperti berikut:-

PERINGATAN 5 : Graduan TIDAK DIBENARKAN/DIHALANG oleh petugas

daripada mengikuti Sesi Penganugerahan Ijazah sekiranya memakai pakaian selain daripada etika yang telah ditetapkan.

A) LELAKI B) PEREMPUAN A) LELAKI B) PEREMPUAN

(Memakai Kot/Blazer)

(Tidak Memakai Kot/Blazer) (Skrit Tidak labuh /Baju Ketat) (Pakaian Sopan)

(12)

11

14.2 Etika Pemakaian Tetamu Masuk Ke Dewan:-

Etika pemakaian ini adalah bertujuan sebagai penghormatan kepada majlis konvokesyen yang turut dihadiri oleh Yang Teramat Mulia Tunku Canselor dan tetamu kehormat Universiti. Oleh itu, setiap graduan

adalah dipohon untuk memaklumkan kepada semua tetamu yang

akan mengikuti majlis konvokesyen ini untuk mematuhi etika pemakaian majlis konvokesyen Universiti Utara Malaysia. Berikut adalah etika pakaian tetamu semasa majlis konvokesyen:-

LELAKI PEREMPUAN

1. Baju

i. Kemeja lengan panjang /pendek berkolar

(T-shirt tidak dibenarkan); atau ii. Baju batik; atau

iii. Baju Kebangsaan; atau

iv Lounge suit (lengkap berkemeja lengan panjang dan memakai kot.

2. Seluar

Seluar panjang/slack (seluar jeans/ seluar pendek tidak dibenarkan).

3. Kasut

Kasut yang bertutup (selipar atau sandal tidak dibenarkan).

1. Baju

i. Baju kurung, Jubah; atau ii. Baju kebaya; atau

iii. Baju kebangsaan; atau iv. Kemeja lengan panjang; atau v. Blaus lengan panjang; dan

vi. Baju hendaklah bertutup hingga ke pangkal leher di bahagian depan dan belakang.

vii. Blaus tanpa lengan/T-shirt dan seluar yang tidak melepasi paras buku lali tidak dibenarkan.

2. Kain/Skirt

ii. Kain /Skirt mestilah labuh sehingga ke paras buku lali (ankle) dan tidak berbelah sama ada di kiri, kanan, depan atau belakang.

3. Seluar jeans tidak dibenarkan.

(13)

12

14.3 Contoh etika pakaian tetamu yang DIBENARKAN adalah seperti berikut:-

14.4 Contoh gambar etika pakaian tetamu yang DILARANG adalah seperti berikut:-

PAKAIAN TETAMU

A) LELAKI B) PEREMPUAN PAKAIAN TETAMU

(14)

13

14.5 Antara jenis pakaian yang TIDAK DIBENARKAN dipakai oleh tetamu (bagi lelaki dan perempuan) untuk memasuki Dewan Mu’adzam Shah(DMAS) ialah seperti berikut:-

i. Memakai baju t-shirt berlengan atau tanpa lengan. ii. Berseluar jeans/seluar pendek.

iii. Memakai selipar atau sandal.

iv. Memakai skirt yang atas daripada paras lutut atau skirt

berbelah sama ada di kiri, kanan, depan atau belakang terutama bagi tetamu perempuan.

v. Berpakaian tidak sopan seperti kain yang jarang atau ketat dan

kurang sopan terutama bagi tetamu perempuan.

15.0 ETIKA DAN PERATURAN UNTUK TETAMU SEBELUM DAN SEMASA MAJLIS KONVOKESYEN.

Graduan perlu memaklumkan kepada tetamu yang dijemput memasuki

Dewan Mu’adzam Shah (DMAS) supaya mematuhi perkara berikut :- Sebelum Majlis Konvokesyen

i. Tetamu dinasihatkan untuk mematuhi Etika Pakaian yang telah ditetapkan, kegagalan tetamu mematuhi etika pakaian yang ditetapkan akan menyebabkan tetamu tersebut tidak dibenarkan memasuki Dewan Mu’adzam Shah (DMAS) oleh petugas sambutan. ii. Tetamu dinasihatkan mematuhi masa yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang kesulitan dan memastikan majlis konvokesyen berjalan dengan lancar.

Semasa Majlis Konvokesyen

i. Tetamu diingatkan supaya tidak keluar dari dalam Dewan Mu’adzam Shah (DMAS) semasa majlis sedang berlangsung. ii. Tetamu yang keluar semasa majlis sedang berlangsung tidak dibenarkan untuk masuk semula untuk mengikuti majlis yang sedang berlangsung. Ini bagi mengelakkan gangguan semasa majlis konvokesyen sedang berlangsung atau mengganggu tetamu lain

yang hadir.

iii. Bagi mengelakkan para tetamu kesejukan, adalah dinasihatkan supaya setiap tetamu memakai atau membawa sekali pakaian yang

bersesuaian dengan suhu di dalam dewan.

iv. Dimaklumkan suhu pendingin di dalam Dewan Mu’adzam Shah

(DMAS) adalah sekitar 20-24 darjah celcius pada waktu pagi dan petang.

(15)

14

16.0 PERATURAN DI DALAM DEWAN MU’ADZAM SHAH (DMAS)

16.1 Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke dalam Dewan.

16.2 Penggunaan telefon bimbit dan kamera adalah tidak dibenarkan di dalam Dewan.

16.3 Tetamu yang tidak dapat memasuki Dewan boleh menonton acara majlis konvokesyen melalui tayangan video secara langsung (Telecast) yang akan disiarkan di luar dewan (di bawah khemah yang disediakan).

16.4 Graduan akan diiringi oleh Marshal ke tempat duduk di dalam Dewan Mu’adzam Shah (DMAS).

16.5 Jubah hendaklah dipakai dengan sempurna sepanjang berada di dalam Dewan.

16.6 Graduan TIDAK DIBENARKAN keluar dari dewan ketika Majlis Konvokesyen sedang berlangsung.

16.7 Sekiranya graduan perlu ke bilik air, Graduan dinasihatkan

menyelesaikan urusan ke bilik air sebelum Majlis Konvokesyen berlangsung.

16.8 Apabila diumumkan, “Perarakan Besar Masuk Ke Dewan”, semua graduan dan tetamu diminta BERDIRI sehingga ahli-ahli Perarakan Besar duduk di atas pentas. Begitu juga apabila diumumkan “Perarakan Besar Keluar Dewan”.

17.0 MAKLUMAT UMUM TERTIB ACARA KONVOKESYEN

17.1 Majlis dimulakan dengan bacaan Ayat Al-Quran dan diakhiri dengan bacaan doa. Semua hadirin dikehendaki duduk dengan tertib semasa Ayat Al-Quran dan doa dibacakan.

17.2 Setelah Penolong Naib Canselor Kolej/Dekan Pusat Pengajian berkenaan selesai memohon perkenan YTM Tunku Canselor/Pro-Canselor mengurniakan ijazah, semua graduan diminta berdiri di tempat masing-masing. YTM Tunku Canselor/Pro-Canselor kemudian akan mengumumkan penganugerahan ijazah tersebut. Selesai pengumuman, graduan program ijazah berkenaan dikehendaki beratur dan bergerak menuju ke anak tangga di sebelah kiri pentas mengikut marshal masing-masing.

PERINGATAN 6 : Graduan TIDAK DIBENARKAN keluar dari dewan sehingga

(16)

15

Pintu E

17.3 Graduan dilarang membuat sebarang rakaman “SELFIE” sewaktu menerima ijazah daripada YTM Tunku Canselor/Pro-Canselor di pentas, bagi menghormati istiadat konvokesyen yang sedang berlangsung. 17.4 YTM Tunku Canselor/Pro-Canselor akan mengisytiharkan Konvokesyen

ditangguhkan, diikuti oleh alunan lagu ‘Allah Selamatkan Sultan’ atau ‘Negaraku’. Semua diminta berdiri dan sama-sama menyanyikan lagu tersebut.

17.5 Graduan/Tetamu akan keluar dewan selepas Juruacara mengumumkan perarakan keluar dewan. Sila rujuk Panduan dan Susun Atur Dalam Dewan Muadzam Shah (DMAS) seperti di bawah.

18.0 PANDUAN DAN SUSUN ATUR DALAM DEWAN MU’ADZAM SHAH (DMAS)

18.1 Panduan dan susun atur graduan/tetamu masuk dan keluar Dewan Mu’adzam Shah (DMAS)

i. Pintu I dan H adalah pintu masuk yang dikhaskan untuk Graduan sahaja.

ii. Tetamu di minta memasuki dewan menggunakan Pintu D,E,F & G sahaja.

iii. Pintu D, F, & H akan ditutup selepas majlis konvokesyen selesai.

iv. Graduan/Tetamu dikehendaki keluar ikut pintu G & E sahaja

selepas majlis konvokesyen selesai.

Tempat Duduk Pensyarah

Tempat Duduk Graduan

Tempat Duduk Tetamu

Pintu Utama

PENTAS

Tempat Duduk Tetamu

Tempat Duduk Pensyarah

Tempat Duduk Graduan

Tempat Duduk Tetamu

Tempat Duduk Tetamu Tetamu Masuk dan

Keluar

Graduan Keluar

Pintu I Pintu H

Pintu F Tempat Duduk Graduan Tempat Duduk Graduan

Graduan Masuk

Sahaja Graduan Masuk Sahaja

Tetamu Masuk dan Keluar

Graduan Keluar

Pintu G

Pintu D

Tetamu Masuk Sahaja

(17)

16

19.0 PANDUAN PERGERAKAN GRADUAN KETIKA MENERIMA IJAZAH

19.1 Graduan hendaklah menyerahkan reader card kepada Marshal di tepi tangga sebelum naik ke pentas.

19.2 Graduan 1 menerima ijazah.

19.3 Graduan 2 hingga 8 berada di atas pentas di tempat bertanda ‘X’. 19.4 Graduan yang lain berdiri di atas tangga dan lantai Dewan.

19.5 Graduan 1 berjalan apabila namanya disebut dan berhenti di tempat yang bertanda ‘X’ di hadapan Yang Teramat Mulia (YTM) Tunku

Canselor dan hulurkan kedua-dua belah tangan.

19.6 Graduan Sesi 1 tidak perlu merafak sembah kepada YTM Canselor . Apabila menerima ijazah, sila ucap “MENJUNJUNG KASIH TUNKU’. 19.7 Graduan Sesi 2,3 4,5,6,7&8 sila ucap “TERIMA KASIH TUN /TAN SRI”. 19.8 Apabila selesai graduan pertama menerima ijazah, graduan kedua mara untuk menerima ijazah, graduan ketiga pula bergerak ke tempat yang bertanda ‘X’ dan seterusnya seorang graduan lain naik di hujung pentas dan begitulah seterusnya.

19.9 Setelah menerima ijazah, anda dikehendaki berjalan terus ke arah tangga kanan di hadapan.

19.10 Anda hendaklah turun dari pentas melalui tangga kanan tersebut dan kembali ke tempat duduk.

20.0 TERTIB PENGANUGERAHAN IJAZAH

20.1 Graduan akan berbaris dan naik ke pentas untuk menerima ijazah mengikut turutan yang akan didahului oleh graduan Sarjana Muda Kelas Pertama, Kelas Kedua Atas dan Kelas Kedua Bawah.

20.2 Graduan akan berbaris dalam satu barisan mengikut turutan abjad nama mengikut kelas masing-masing. Sila rujuk gambar rajah Tertib

(18)

17

PELAN PERGERAKAN GRADUAN SEBELUM DAN SELEPAS MENERIMA IJAZAH

Gambar Rajah : Tertib Penganugerah Ijazah

PERINGATAN 7 : Graduan perlu memberi perhatian berkaitan tertib Pengurniaan

Ijazah berdasarkan maklumat di gambar rajah di atas sebagai persediaan bagi menjayakan majlis konvokesyen.

PENTAS UTAMA X X X X X X X X X X KERUSI GRADUAN KERUSI GRADUAN KERUSI TETAMU KERUSI GRADUAN KERUSI GRADUAN KERUSI TETAMU 1 X MARSHAL GRADUAN Cokmar Canselor/ Pro-Canselor PINTU MASUK “H” PINTU MASUK “I”

Barisan Kiri (30 kerusi)

KERUSI STAF AKADEMIK

Barisan Kanan (30 kerusi)

KERUSI STAF AKADEMIK

Pergerakan Graduan dari Pentas Utama Ke tempat duduk masing-masing (mengikut nombor kerusi yang telah ditetapkan)

Pergerakan graduan menaiki pentas utama (menerima ijazah/anugerah)

Lokasi ‘Reader Card Machine’

KERUSI Jumlah baris kerusi staf akademik, graduan, dan tetamu adalah

berubah mengikut jumlah peserta yang terlibat

8 7 6 5 4 3 2 x x x x x x x

(19)

18

21.0 KAD JEMPUTAN DAN PAS KENDERAAN

Kad jemputan dan pas kenderaan akan diberi sekali sahaja pada hari pengambilan jubah konvokesyen. Sila pastikan kad dan pas tersebut tidak tercicir atau hilang. Pas kenderaan hendaklah dipaparkan semasa memasuki kampus UUM. Jumlah tetamu yang dibenarkan untuk memasuki Dewan Mu’adzam Shah (DMAS) bagi setiap kad jemputan mengikut sesi konvokesyen adalah seperti berikut:-

BIL TARIKH SESI MEMASUKI DEWAN BAGI SEKEPING JUMLAH TETAMU DIBENARKAN

KAD JEMPUTAN

1 12/11/2016

SABTU Sesi Pertama (Pagi

8 orang tetamu

(Tidak Termasuk Graduan) 2

13/11/2016 AHAD

Sesi Kedua (Pagi) (Tidak Termasuk Graduan) 2 orang tetamu 3 Sesi Ketiga (Petang) (Tidak Termasuk Graduan) 2 orang tetamu 4

14/11/2016 ISNIN

Sesi Keempat (Pagi) (Tidak Termasuk Graduan) 2 orang tetamu 5 Sesi Kelima (Petang) (Tidak Termasuk Graduan) 2 orang tetamu 6

15/11/2016 SELASA

Sesi Keenam (Pagi) (Tidak Termasuk Graduan) 2 orang tetamu 7 Sesi Ketujuh (Petang) (Tidak Termasuk Graduan) 2 orang tetamu 8 16/11/2016 RABU Sesi Kelapan (Pagi) (Tidak Termasuk Graduan) 1 orang tetamu

22.0 WAKTU SOLAT (BAGI DAERAH KUBANG PASU)

Graduan dan ibu bapa yang beragama Islam boleh menunaikan solat di

surau sementara yang disediakan (di belakang Dewan Mu’adzam Shah (DMAS) dan juga surau sementara yang turut disediakan di Dewan Tan Sri Osman (DTSO) paras bawah. Waktu solat bagi daerah Kubang Pasu dari

12-16 November 2012-16 adalah seperti berikut:-

Tarikh Hari Subuh Syuruk Zohor Asar Maghrib Isyak

12/11/2016 Sabtu 05:48 07:05 13:05 16:26 19:00 20:12 13/11/2016 Ahad 05:48 07:06 13:05 16:26 19:00 20:12 14/11/2016 Isnin 05:48 07:06 13:05 16:26 19:00 20:12 15/11/2016 Selasa 05:48 07:06 13:06 16:27 19:00 20:12 16/11/2016 Rabu 05:49 07:06 13:06 16:27 19:00 20:12

(20)

19

23.0 PENGINAPAN

Segala urusan berkaitan penginapan adalah dibawah tanggungjawab

graduan/tetamu. Disertakan beberapa penginapan sementara, yang boleh

di hubungi untuk pertanyaan dan tempahan:-

Hotel EDC, UUM - 04 9288888

University Inn (dalam Kampus UUM) - 04 9244545

T Hotel, Changlun - 04 924 8888

GM Hotel Changlun - 04-9249776

Taman Siswa UUM (Bandar Darul Aman, Jitra) - 04 9199113

Bustani Hotel, Jitra - 04 9177777

Hotel Regency (Alor Star) - 04 7313333 Hotel Seri Malaysia (Alor Star) - 04 7308737 Hotel Holiday Villa (Alor Star) - 04 7349999 Hotel Sentosa Regency (Alor Star) - 04 7303999 Zen Hotel Sdn Bhd (Alor Star) - 04 7775555

Star City (Alor Star) - 04 7355888

TH Hotel, Alor Setar - 04 7403666

Fuller Hotel, Alor Setar - 04 7333999

Hotel Putra Palace (Kangar, Perlis) - 04 9767755

Nota : Maklumat di dalam dokumen ini adalah benar seperti dicetak.

Pihak Universiti berhak untuk membuat perubahan tanpa sebarang makluman awal.

TAHNIAH

KEPADA SEMUA GRADUAN KONVOKESYEN KE-29 TAHUN 2016,

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA.

(21)

20

24.0 PELAN KE BILIK JUBAH, DEWAN TAN SRI OTHMAN (DTSO)

(Petugas Konvo Sahaja)

KE DEWAN TSO

JALAN UTAMA

Bilik Jubah (Paras Bawah)

Referensi

Dokumen terkait

Tunqku catenary merupakan tungku dengan kompor udara tekan, pada jenis kompor inil minyak yang keluar melalui spuyer didorong oleh tekanan udara yang dihasilkan oleh blower

Pada activity diagram ini, admin harus melakukan update data barang terlebih dahulu, setelah itu mengelola data barang, kemudian barang dipajang diaplikasi,

Graduan diminta untuk memuatnaik gambar dan slip pengesahan Sistem Kajian Pengesanan Graduan KPT (SKPG) ke dalam Sistem Pengesahan Graduan di laman web rasmi konvokesyen

Pakaian akademik bagi graduan ijazah Bacelor yang akan menghadiri Majlis Konvokesyen hendaklah dipinjam dari Universiti.. Ia terdiri daripada sehelai jubah (warna

The results of this study showed that the addition of liquid smoke 1% of the meat weight (w/w) produced a high quality meatballs indicated with a shear force, flexibility and

1) Guru memberi contoh cara membaca teks (pelafalan) yang benar. 2) Guru menjawab semua pertanyaan peserta didik yang ada kaitannya dengan teks. 3) Guru menerangkan kata sulit

Graduan perlu memulangkan pakaian akademik dan kad graduan dalam keadaan yang baik setelah tamat sidang konvokesyen di dewan-dewan kuliah (Kompleks Dewan Kuliah) yang

Bacelor Sains (Pembangunan Manusia) - PJJ Diploma Pembangunan Manusia - PJJ Diploma Pengurusan Perniagaan- Kolej Widad - IPTS Diploma Pembangunan Manusia -