• Tidak ada hasil yang ditemukan

INSURANS KEDIAMAN HEMSÄKER DARI IKEA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "INSURANS KEDIAMAN HEMSÄKER DARI IKEA"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

1

INSURANS KEDIAMAN HEMSÄKER

DARI IKEA

Notis Penting

Insurans tidak melindungi Anda daripada kesemua yang boleh berlaku. Tajuk tidak dikira sebahagian daripada penyataan Polisi.

Polisi ini dikeluarkan sejajar dengan pembayaran Premium seperti yang ditetapkan dalam Jadual dan menurut kepada kenyataan yang telah dikemukakan di dalam Borang Permohonan Anda (atau semasa memohon insurans ini) dan segala kenyataan yang telah dibuat oleh Anda di antara masa penyerahan Borang Permohonan (atau semasa memohon insurans ini) dan pada masa perjanjian ini ditandatangani. Jawapan dan apa-apa pendedahan lain yang telah Anda berikan akan menjadi sebahagian daripada kontrak insurans antara Anda dan pihak Kami. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat sebarang salah nyata semasa pra-kontrak berhubung dengan jawapan Anda atau di mana-mana pendedahan yang Anda berikan, hanya remedi yang terdapat dalam Jadual 9 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 akan diguna pakai. Polisi ini merangkumi terma-terma dan syarat-syarat kontrak insurans seperti yang dipersetujui antara Anda dan pihak Kami. Polisi ini menyatakan perlindungan insurans yang Anda terima seperti yang ditunjukkan dalam Jadual dan keadaan-keadaan di mana Anda dilindungi dan tidak dilindungi

Untuk membantu memelihara alam sekitar, Kami akan menghantar satu salinan Polisi sahaja. Sila simpan Polisi ini di tempat yang selamat. Dalam kes pembaharuan dan/atau pindaan syarat Polisi, Kami akan menghantar Jadual pembaharuan dan Endorsmen sahaja kepada Anda. Jika pada bila-bila masa Anda mahu salinan penggantian dokumen ini, sila hubungi Kami dan Kami sedia membantu

Kewajipan Anda Untuk Memberitahu Kami

1. Komunikasi: Semua komunikasi kepada Kami mesti dibuat secara bertulis atau Anda boleh hubungi Etiqa Oneline di 1300 13 8888

2. Kewajipan pendedahan sebelum insurans ini diberikan.

i) Apabila Anda telah memohon insurans ini sepenuhnya untuk tujuan yang tidak berkaitan dengan perdagangan, perniagaan atau profesion Anda, Anda mempunyai kewajipan untuk mengambil langkah yang munasabah untuk tidak salah nyata dalam menjawab soalan-soalan yang terdapat dalam Borang Permohonan (atau semasa memohon insurans ini) sebagai contoh, Anda perlu menjawab soalan-soalan dengan penuh dan tepat. Kegagalan dalam mengambil langkah munasabah dalam menjawab soalan-soalan boleh mengakibatkan pembatalan kontrak insurans Anda, keengganan atau pengurangan gantirugi Anda, perubahan terma atau penamatan kontrak insurans Anda selaras dengan remedi dalam Jadual 9 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013. Anda juga dikehendaki mendedahkan perkara-perkara lain yang Anda tahu akan mempengaruhi keputusan Kami dalam menerima risiko dan menentukan kadar dan terma yang akan dikenakan.

ii) Jika Anda tidak memberikan maklumat ini dengan sepenuhnya dan sejujurnya, insurans ini mungkin tidak sah atau Polisi mungkin tidak melindungi Anda dengan sepenuhnya.

3. Kewajipan pendedahan sepanjang tempoh insurans ini. Anda dikehendaki memberitahu Kami dengan serta-merta jika pada bila-bila masa selepas kontrak insurans ini atau mana-mana Polisi lain yang berkuatkuasa ke atas Anda atau oleh Anda ditandatangani, diubah atau diperbaharui dengan Kami, apa-apa maklumat yang diberikan di dalam

DUTI SETEM DIBAYAR

(2)

2

Borang Permohonan (atau semasa memohon insurans ini atau Polisi-polisi lain) tidak tepat atau telah berubah termasuk tetapi tidak terhad kepada apa-apa perubahan dalam pekerjaan Anda, tugasan kerja, aktiviti sukan, atau apa-apa maklumat berkaitan yang boleh meningkatkan risiko termasuk sebarang penyakit, kecacatan atau keuzuran fizikal atau mental. Kami mungkin:

i) meminta Anda membayar Premium tambahan bagi peningkatan risiko tersebut;

ii) membuat perubahan kepada terma dan syarat Polisi ini; atau

iii) membiarkan terma, syarat dan Premium Polisi seadanya tanpa diubah.

Anda akan hanya dilindungi untuk apa-apa peningkatan risiko jika dipersetujui secara bertulis oleh pihak Kami.

A. Terma Am

1. Polisi ini, Jadual, Endorsmen, permohonan atas talian, borang permohonan, perisytiharan dan kertas yang dilampirkan bersama-sama dengan penyata lain secara bertulis, jika ada, adalah bukti kontrak di antara Anda dan Kami dan hendaklah dirujuk sebagai "Polisi". Permohonan yang dibuat kepada Kami berhubung dengan insurans ini adalah asas dan merupakan sebahagian daripada kontrak ini. Polisi ini hendaklah dibaca sebagai satu dokumen dan sebarang perkataan atau ekspresi yang makna tertentu telah dilampirkan di dalam mana-mana bahagian hendaklah memberi maksud yang sama di mana ia muncul.

2. Kami akan menyediakan insurans berkenaan dalam terma yang dinyatakan dalam Polisi ini, dengan syarat Anda membayar premium sepenuhnya dan Kami bersetuju untuk menerimanya.

3. Syarat yang tertera di dalam Polisi ini mesti dipatuhi. Kegagalan untuk mematuhi mungkin bermakna bahawa Anda atau Orang Yang Diinsuranskan mungkin tidak dapat menuntut di bawah Polisi ini.

4. Apa-apa perkataan yang merujuk kepada kataganti tunggal adalah juga bermaksud kataganti yang banyak. 5. Di seluruh Polisi ini, di mana konteks yang mengakui, perkataan yang merangkumi jantina maskulin hendaklah

termasuk jantina feminin dan sebaliknya.

B. Waranti Premium

Ia adalah menjadi syarat utama dan mutlak dalam kontrak insurans ini bahawa premium mestilah dibayar dan diterima oleh pihak Syarikat dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh permulaan Polisi / Endorsmen / pembaharuan polisi. Jika syarat ini tidak dipatuhi maka kontrak ini terbatal secara automatik dan Syarikat berhak untuk premium pro rata bagi tempoh yang mereka telah berisiko.

Jika premium yang perlu dibayar menurut waranti ini diterima oleh ejen Syarikat yang diberikuasa, bayaran tersebut akan dianggap sebagai diterima oleh Syarikat bagi tujuan waranti ini dan tanggungjawab membuktikan bahawa premium yang perlu dibayar telah diterima oleh seseorang, termasuk ejen insurans, yang tidak diberi kuasa untuk menerima premium tersebut hendaklah terletak pada penanggung insurans.

Selainnya tertakluk kepada terma dan syarat Polisi ini.

C. Definisi Umum

Kemalangan bermaksud kejadian yang tiba-tiba, tidak dirancang, tidak dijangka, luar biasa yang berlaku semasa tempoh

insurans, yang mengakibatkan kecederaan atau kematian atau kerosakan harta benda.

Bangunan adalah bermaksud kediaman peribadi atau flat kediaman dan semua bangunan domestik, lekapan dan

kelengkapan yang sebahagian dari bangunan, struktur bangunan (tetapi bukan asas bangunan), Kolam Renang, dinding, pintu pagar dan pagar dan semua tambahan domestik lain dalam bentuk struktur di premis dan di mana Anda bertanggungjawab secara sah. Semua bangunan yang diisytiharkan oleh Anda dibina dengan batu bata, batu atau konkrit

(3)

3

dan berbumbung dengan konkrit, sabak, logam, asbestos atau komposit asbestos dan lain-lain bahan mineral yang tidak mudah terbakar kecuali yang disebut khas.

Kecurian adalah bermaksud secara haram atau memecah masuk secara paksaan atau cubaan memasuki struktur dengan

niat untuk melakukan suatu jenayah atau kecurian.

Anak atau Anak-anak bermaksud mana-mana anak Anda yang belum berkahwin berumur antara satu (1) dan di bawah

lapan belas (18) tahun atau sehingga dua puluh lima (25) tahun jika dia sedang melanjutkan pelajaran sepenuh masa di institusi pengajian tinggi yang diiktiraf dan yang merupakan ahli Isi Rumah.

Kandungan Isi Rumah adalah bermaksud

(a) Barangan isi rumah, barangan berharga dan barangan lain, termasuk wang sehingga RM750 yang dimiliki oleh, atau tanggungjawab perundangan Anda atau ahli keluarga Anda apabila berada tersimpan di rumah anda. (b) Lekapan dan kelengkapan penyewa.

(c) Barangan peribadi pelawat sehingga RM2,500 apabila berada di rumah Anda melainkan jika diinsuranskan. (d) Peralatan dan perabot pejabat yang digunakan oleh Anda atau keluarga Anda untuk tujuan perniagaan atau

profesional sehingga RM5,000 apabila berada di rumah Anda, melainkan jika diinsuranskan, yang dimiliki oleh, atau tanggungjawab perundangan Anda atau ahli keluarga Anda.

kecuali seperti berikut:

(a) Harta yang lebih khusus diinsuranskan di bawah polisi lain. (b) Kenderaan motor dan aksesorinya, kenderaan pedal dan kraft air.

(c) Deeds, bon, bil pertukaran, Nota janji hutang/pinjaman, cek, cek kembara, sekuriti untuk wang, setem, sijil atau apa-apa jenis dokumen, manuskrip, pingat dan alat bantuan pendengaran.

(d) Mana-mana bahagian daripada struktur, lekapan dan kelengkapan (kecuali bagi yang mana penyewa adalah bertanggungjawab secara sah), siling bangunan, kertas dinding dan sepertinya atau televisyen luaran dan antena radio, aerial, kelengkapan aerial, tiang dan menara

(e) Mana-mana harta yang nilainya adalah termasuk dalam had manfaat agregat ke atas ubahsuaian, lekapan dan kelengkapan atau bangunan (-bangunan)

(f) Harta milik atau dipegang dalam kepercayaan berhubung dengan mana-mana profesion perniagaan atau perdagangan (selain daripada peralatan dan perabot pejabat sehingga RM5,000 semasa berada di rumah Anda). (g) Haiwan peliharaan dan ternakan.

(h) Kanta lengkap atau lensa kornea.

Endorsmen bermaksud bukti bertulis tentang perubahan yang dipersetujui kepada Polisi ini.

Ekses bermaksud amaun yang Anda perlu bayar sekiranya berlaku setiap kerugian.

Keluarga bermaksud pasangan, anak dan saudara-mara Anda yang tinggal kekal bersama Anda di alamat yang

dinyatakan di dalam Jadual.

Kulat bermaksud apa bentuk kulat termasuk tetapi tidak terhad kepada semua bentuk kulat atau kulapuk dan

apa-apa mycotoxins, spora, aroma, wap, gas atau bahan lain termasuk mana-mana produk yang dihasilkan atau dikeluarkan olehnya.

Tetamu bermaksud seseorang yang Anda telah jemput ke rumah anda, untuk berpesta atau makan, atau untuk tinggal

bermalam

Tetamu Rumah bermaksud seseorang yang berada bersama Anda di rumah Anda untuk masa yang singkat, sebagai

(4)

4

Rumah / Kediaman bermaksud bangunan yang dihuni sebagai kediaman persendirian (rumah, flat atau pangsapuri)

berserta dengan garaj dan bangunan luar, yang digunakan untuk tujuan domestik di alamat yang tertera di dalam Jadual.

Ahli Rumah bermaksud semua ahli keluarga Anda yang tinggal dengan Anda secara kekal.

Kecederaan bermaksud kecederaan anggota badan yang dialami oleh Orang Yang Diinsuranskan dalam Tempoh

Insurans dan disebabkan oleh Kemalangan semata-mata dan bebas daripada sebarang sebab lain dalam tempoh lima puluh dua (52) minggu dari tarikh Kemalangan tersebut.

Peril-peril yang diinsuranskan merujuk kepada yang berikut:

(a) Kebakaran, kilat, petir, kebakaran bawah tanah dan peril khas seperti yang dinyatakan pada endorsmen dalam seksyen E.

(b) Letupan domestik

(c) Kecurian yang diiringi oleh kemasukan sebenar keganasan dan masuk secara paksaan atau sebarang percubaan untuk memecah masuk tidak termasuk kerugian atau kerosakan yang berlaku semasa rumah Anda ditinggalkan tanpa didiami selama lebih daripada enam puluh (60) hari berturut-turut

Perubatan Keperluan bermaksud perkhidmatan perubatan yang:

(a) selaras dengan diagnosis dan rawatan perubatan biasa untuk hilang upaya yang dilindungi; dan

(b) menurut piawaian amalan perubatan yang baik, selaras dengan standard semasa penjagaan perubatan profesional dan manfaat perubatan yang telah terbukti; dan

(c) bukan untuk kemudahan Orang Yang Diinsuranskan atau Pengamal Perubatan, dan tidak dapat diberikan semunasabahnya daripada Hospital (jika dibenarkan sebagai pesakit dalam); dan

(d) bukan bersifat eksperimen, penyiasatan atau penyelidikan alam semulajadi, pencegahan atau saringan; dan (e) mana bayaran adalah adil, munasabah dan lazim bagi kehilangan upaya.

Pengamal Perubatan merujuk kepada pakar perubatan atau pakar bedah yang berkelayakan yang sah selain daripada

orang yang diinsuranskan atau ahli isi rumah. Pengamal Perubatan yang berdaftar dengan Lembaga Pengamal Perubatan Tradisional Cina adalah tidak termasuk.

Bantuan Pergerakan merujuk kepada peranti yang direka untuk membantu berjalan atau untuk meningkatkan pergerakan

orang yang mempunyai kemerosotan pergerakan.

Peranti Pergerakan bermaksud kenderaan yang:

(a) direka untuk digunakan oleh satu orang;

(b) mempunyai satu atau lebih roda yang beroperasi pada paksi tunggal;

(c) digerakkan oleh motor elektrik yang dipasang pada kenderaan atau oleh keupayaan manusia atau kedua-duanya; dan

(d) tidak menyerupai kereta atau motosikal.

Ini termasuk (tetapi tidak terhad kepada) kerusi roda, skuter, kuasa skuter, kuasa bantuan unisikal, basikal bantuan kuasa, hoverboard, rollerblade, roller-skate, skateboard, Skate-skuter dan unisikal. Kami mengecualikan (tetapi tidak terhad kepada) basikal, troli, mana-mana pengangkutan bayi beroda (contohnya perambulator dan stroller), kereta motor dan motosikal.

Wang bermaksud wang tunai, duit syiling, nota bank, nota mata wang, nota janji hutang, cek, cek kembara, kiriman wang,

kiriman pos, deed, bon, bank draf berpangkah yang dimiliki oleh Anda atau yang mana Anda telah menerima tanggungjawab dan dipegang untuk tujuan peribadi.

(5)

5

Rompakan bermaksud mengambil atau cuba untuk mengambil apa-apa barang bernilai daripada penjagaan, jagaan, atau

kawalan seseorang secara paksaan atau ancaman atau keganasan dan/atau dengan meletakkan mangsa dalam keadaan ketakutan.

Pengubahsuaian bermaksud peningkatan dan tambahan yang dibuat di dalam rumah Anda oleh Anda sebagai pemilik

atau oleh mana-mana bekas pemilik rumah Anda dalam bentuk lekapan dan kelengkapan yang termasuk lantai, almari pakaian terbina dalam dan kabinet dapur tetapi tidak membentuk mana-mana bahagian bangunan.

Jadual bermaksud dokumen dengan butiran Orang Yang Diinsuranskan, jenis perlindungan dan Tempoh Insurans yang

merupakan sebahagian daripada polisi.

Jumlah Diinsuranskan merujuk kepada amaun maksimum yang Anda diinsuranskan seperti yang tertera dalam Jadual.

Kecurian bermaksud pengambilan fizikal sesuatu objek yang mampu dicuri tanpa kebenaran pemilik dan dengan niat

untuk mengambil objek itu dari pemilik secara kekal.

Tidak Boleh Didiami bermaksud rumah Anda yang dinilai oleh Kami atau Juruukur Kami yang dilantik mengesahkan ia

tidak layak untuk didiami atau disewakan.

Barangan Berharga bermaksud barang kemas, jam tangan, curios, karya seni, pakaian bulu, barangan antik, setem atau

koleksi syiling dan lain-lain barangan koleksi, manuskrip, pingat, barangan emas, perak atau lain-lain batu berharga, platinum, lukisan, barang gelas berharga dan kristal, tapestri, antik dan lain-lain barang koleksi yang disimpan di dalam rumah Anda.

Pelawat bermaksud seseorang yang melawat rumah Anda atau orang yang dijemput oleh Anda ke rumah Anda tidak

termasuk kontraktor pihak ketiga yang datang ke rumah Anda untuk melakukan kerja pembaikan.

Kami dan Syarikat merujuk kepada Etiqa General Insurance Berhad.

Anda, Milik Anda dan Orang Yang Diinsuranskan merujuk kepada orang yang diinsuranskan yang dinamakan dalam

Jadual

D. Jadual Perlindungan

SEKSYEN MANFAAT HAD MANFAAT MAKSIMUM Hemsäker Basic Hemsäker Plus

1 Kandungan Isi Rumah & Pengubahsuaian RM50,000 RM100,000

(i) Sub-had untuk barangan berharga RM2,500 RM2,500

(ii) Sub-had untuk Wang RM750 RM750

2 Kecurian dan Rompakan di Rumah RM5,000 RM10,000

(i) Sub-had untuk barangan berharga RM2,500 RM2,500

(ii) Sub-had untuk Wang RM750 RM750

3 Liabiliti Peribadi Menurut Undang-undang RM50,000 RM50,000

(6)

6

Seksyen 1 - Kandungan Isi Rumah

Kami akan membayar Anda dan Isi Rumah Anda untuk kehilangan fizikal atau kerosakan pada kandungan Isi Rumah termasuk Pengubahsuaian, disebabkan oleh mana-mana Peril Yang Diinsuranskan. Liabiliti maksimum Kami semasa mana-mana satu tahun polisi bagi seksyen ini tidak boleh melebihi dalam agregat had manfaat yang dinyatakan di dalam Jadual.

Seksyen 1 (i) - Barangan Berharga

Kami akan membayar kerugian atau kerosakan yang berikut: RM2,500 secara agregat berkaitan dengan barangan berharga sepanjang tempoh insurans, tertakluk kepada:

(a) RM1,000 bagi mana-mana satu barang (tidak termasuk RM100 yang pertama bagi setiap kerugian)

(b) kerja seni, lukisan, barang gelas berharga dan kristal, tapestri, antik dan lain-lain barangan koleksi, tidak boleh melebihi RM1,000 bagi setiap barang.

Seksyen 1 (ii) - Wang

Kami akan membayar sehingga RM750 terhadap kecurian Wang peribadi kepunyaan Anda atau mana-mana Ahli Rumah berikutan pecah masuk secara paksaan dan keganasan sebenar yang berlaku di Rumah Anda.

Kami tidak akan membayar untuk:

(a) kerugian sekiranya kejadian tidak dilaporkan kepada pihak polis dalam masa 24 jam selepas mendapat tahu; dan (b) Wang kepunyaan Anda dan mana-mana Ahli Rumah berhubung dengan mana-mana perniagaan atau tujuan

komersial; dan

(c) kerugian yang dilakukan oleh mana-mana Ahli Rumah

Seksyen 2 - Kecurian dan Rompakan di Rumah

Kami akan membayar kerugian atau kerosakan yang berikut:

Kecurian oleh pelaku yang memecah masuk ke dalam bangunan atau bilik di dalamnya dengan kekerasan, atau membuka bekas yang dikunci, Kecurian yang melibatkan penggunaan ancaman atau kekerasan terhadap orang yang diinsuranskan, Kecurian mudah tanpa menggunakan kekerasan yang tidak dianggap sebagai pecah rumah atau rompakan (contoh. Kecurian oleh penyeluk saku atau tipu muslihat) tertakluk kepada:

i. Wang dalam kes Kecurian mudah dikecualikan;

ii. Amaun maksimum yang akan dibayar untuk barangan berharga melebihi had tertentu, melainkan jika ia dicuri dari peti keselamatan yang dipasang, dikunci. Had ini dinyatakan di Seksyen untuk Barangan Berharga. Kami tidak akan membayar untuk:

(a) tuntutan untuk kecurian atau percubaan kecurian oleh Anda, keluarga Anda, atau sesiapa sahaja pekerja Anda secara kekal di dalam atau di sekitar rumah Anda, seperti pengasuh, pencuci atau tukang kebun;

(b) tuntutan Kecurian atau percubaan Kecurian oleh penumpang, tetamu yang membayar atau penyewa;

(c) kecurian atau percubaan Kecurian apabila rumah Anda atau mana-mana bahagian daripadanya dipinjamkan, disewakan atau disub-sewakan kepada seseorang yang bukan ahli keluarga Anda, melainkan jika terdapat kerosakan pada Bangunan semasa dipecah masuk;

(d) kerugian jika rumah Anda tidak dihuni atau tidak dilengkapi;

(e) kecurian jika ia disebabkan oleh seseorang yang menipu Anda, kecuali jika mereka menipu Anda untuk mendapatkan kemasukan ke hartanah anda; dan

(f) kecurian Wang melainkan bangunan Anda rosak apabila ia dipecah masuk.

Jumlah agregat yang Kami akan bayar berkenaan dengan Seksyen 1 (i) – Barangan Berharga, Seksyen 1 (ii) – Wang dan Seksyen 2 - Kecurian dan Rompakan di Rumah timbul daripada mana-mana satu kejadian atau siri kejadian akibat Kecurian atau Rompakan di Rumah bagi mana-mana satu tempoh insurans tidak boleh melebihi RM5,000 di bawah HEMSÄKER Basic atau RM10,000 di bawah HEMSÄKER Plus.

Seksyen 3 - Liabiliti Peribadi Menurut Undang-undang

Kami akan membayar sehingga had yang dinyatakan dalam Jadual Anda untuk sebarang kejadian dan secara agregat yang berkaitan dengan Anda atau mana-mana Ahli Rumah Anda menjadi bertanggungjawab secara sah untuk membayar sebagai pampasan dalam kapasiti Anda atau mereka sebagai individu persendirian atau sebagai mendiami di rumah Anda untuk:

(a) Kematian akibat kemalangan atau kecederaan anggota badan pihak ketiga.

(7)

7

atau mana-mana Ahli Rumah Anda dalam tempoh insurans.

Kami juga akan membayar, sehingga had yang dinyatakan dalam Jadual Anda:

(a) semua kos perundangan dan perbelanjaan litigasi diperolehi terhadap Anda atau mana-mana Ahli Rumah oleh mana-mana pihak yang menuntut

(b) semua kos dan perbelanjaan pembelaan sah yang ditanggung oleh Anda atau mana-mana Ahli Rumah dengan kebenaran bertulis kami.

Kami tidak akan membayar untuk:

(a) liabiliti berkenaan dengan kerugian atau kerosakan kepada harta kepunyaan atau dalam pertuduhan atau di bawah kawalan Anda atau mana-mana Ahli Rumah.

(b) liabiliti untuk kematian, kecederaan atau kehilangan atau kerosakan kepada harta benda: i. timbul daripada sebarang tindakan yang disengajakan atau berniat jahat;

ii. yang timbul daripada pemilikan, penjagaan atau penggunaan mana-mana kenderaan mekanikal, lif, Peranti Pergerakan Peribadi, Bantuan Pergerakan peribadi, kenderaan bermotor, treler, pesawat, kraft air atau senjata api;

iii. yang timbul daripada Anda atau mana-mana Ahli Rumah berkenaan dengan pekerjaan, perniagaan atau profesion.

(c) denda, penalti, kerosakan teladan atau punitif.

Jumlah agregat yang Kami akan bayar yang timbul daripada satu kejadian atau siri kejadian berkenaan dengan mana-mana satu tempoh insurans tidak boleh melebihi RM50,000.

Seksyen 4 - Kemalangan di Rumah

Jika Anda, Ahli Rumah, Tetamu atau Tetamu Rumah dan pelawat ke rumah Anda yang terlibat dalam Kemalangan di Rumah yang diinsuranskan yang menyebabkan kecederaan, atau kematian atau hilang upaya kekal, Kami akan membayar Anda atau wakil sah Anda, dan Tetamu atau Tetamu Rumah Anda dan wakil sah tetamu Anda, peratus dari Jumlah Diinsuranskan untuk Kemalangan Diri yang dinyatakan di bawah jadual manfaat, tertakluk kepada keterukan Anda atau Ahli Rumah atau kecederaan pelawat atau Tetamu Rumah Anda.

Kami akan membayar balik kepada Anda atau Ahli Rumah, Tetamu atau Tetamu Rumah dan pelawat ke rumah Anda untuk sebarang perbelanjaan perubatan yang diperlukan yang ditanggung akibat Kemalangan sehingga RM500 dalam agregat.

Jumlah had diinsuranskan ialah RM50,000 dalam agregat dalam tempoh insurans tertakluk kepada had berikut: 1. Anda dan pasangan Anda pada RM15,000 setiap seorang.

2. Anak-anak Anda pada RM10,000 setiap seorang

3. Tetamu atau Tetamu Rumah dan pelawat ke rumah Anda pada RM10,000 setiap seorang. 4. Perbelanjaan Perubatan yang diperlukan RM500 agregat.

SUB-SEKSYEN KETERUKAN

PERATUS JUMLAH DIINSURANSKAN KEMALANGAN DI

RUMAH

4A Kecederaan akibat Kemalangan Maut secara langsung menyebabkan kematian

100% 4B Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (a) Kehilangan Keseluruhan dan kemusnahan kekal atau kehilangan

penggunaan dua atau lebih anggota lengan atau kaki di atas pergelangan tangan/pergelangan kaki

(b) Kehilangan Keseluruhan dan kekal semua penglihatan kedua-dua mata

(c) Terbakar tahap darjah ketiga pada 8% atau lebih daripada kepala atau lebih daripada 20% daripada badan

(d) Terbakar tahap darjah ketiga antara 5% dan 8% daripada kepala atau antara 15% dan 20% daripada badan

50% (e) Kehilangan Keseluruhan dan kemusnahan kekal atau kehilangan

satu anggota lengan atau kaki di atas pergelangan tangan/buku lali

50%

(f) Kehilangan Keseluruhan dan kekal semua penglihatan pada satu mata

(8)

8

(g) Kehilangan Keseluruhan dan kekal semua pendengaran pada satu telinga

50% (h) Kehilangan Keseluruhan dan kekal percakapan 50%

Peruntukan Khas kepada Seksyen 4

1. Pampasan tidak akan dibayar di bawah manfaat 4A dan 4B kecuali kematian atau hilang upaya berlaku dalam masa dua belas (12) bulan kalendar dari tarikh kecederaan.

2. Jumlah agregat yang perlu dibayar berkenaan dengan Manfaat 4A dan 4B dalam mana-mana satu tempoh insurans tidak boleh melebihi RM50,000.

3. Manfaat akan dibayar:-

a) sepenuhnya berkenaan dengan Anda dan pasangan Anda terlebih dahulu; dan

b) jumlah baki yang diinsuranskan kepada Anak-anak Anda (atau di dalam bahagian yang sama); dan c) baki selepas itu, jika ada kepada Tetamu atau Tetamu Rumah Anda dan Pelawat (atau dalam perkadaran

yang sama)

4. Apa-apa tuntutan yang dibayar di bawah Manfaat 4A akan dikurangkan dengan jumlah yang sama dengan apa-apa tuntutan yang perlu dibayar di bawah Manfaat 4B berkenaan dengan kecederaan akibat kemalangan yang sama

5. Orang Yang Diinsuranskan tidak berhak untuk menerima pampasan di bawah kedua-dua manfaat 4A dan 4B berkenaan dengan tempoh masa yang sama.

Kami tidak akan membayar untuk:

(a) Jika orang yang diinsuranskan berumur lebih daripada tujuh puluh (70) tahun semasa kecederaan berlaku. (b) Kematian atau Kecederaan disebabkan oleh:

i. bunuh diri atau sebarang percubaan bunuh diri; ii. kecederaan yang disengajakan sendiri; iii. kesan mabuk arak atau dadah; iv. kehamilan, kelahiran anak;

v. sebarang jenis penyakit;

vi. kecacatan fizikal atau mental yang sedia ada atau keuzuran termasuk ketidaksiuman.

E. Endorsmen Peril Khas (Terpakai Untuk Seksyen A)

KEROSAKAN AKIBAT PESAWAT

Adalah dengan ini bersetuju dan mengisytiharkan bahawa insurans di bawah Polisi ini hendaklah, tertakluk kepada Syarat Khas yang terkandung selepas ini, dilanjutkan untuk melindungi kerugian atau kerosakan (disebabkan oleh kebakaran atau selainnya) kepada harta benda yang dilindungi yang secara langsung disebabkan oleh pesawat dan peralatan udara lain dan/atau barang yang terjatuh daripadanya.

SYARAT KHAS

1. Liabiliti pihak Syarikat dalam apa jua keadaan di bawah Endorsmen dan Polisi ini adalah tidak melebihi Jumlah Diinsuranskan untuk setiap item dalam Polisi.

2. Insurans ini tidak melindungi sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh mana-mana pesawat yang mendapat kebenaran untuk mendarat daripada Orang Yang Diinsuranskan. Dengan syarat bahawa semua syarat polisi akan diguna pakai seolah-olah ia telah digabungkan di dalamnya dan bagi tujuan ini sebarang kerugian atau kerosakan yang dinyatakan di atas hendaklah dianggap sebagai kerugian atau kerosakan oleh kebakaran. Tertakluk selainnya kepada terma dan syarat Polisi ini.

GEMPA BUMI DAN LETUPAN GUNUNG BERAPI

Perlindungan Insurans in dilanjutkan untuk meliputi kerugian atau kerosakan yang secara langsung disebabkan oleh kebakaran atau jika tidak, disebabkan oleh atau menerusi atau akibat daripada gempa bumi dan letupan gunung berapi. Dengan syarat dalam segala hal bahawa semua Syarat Polisi ini adalah berkuat kuasa (melainkan Syarat tersebut diubah secara khusus) dan bahawa sebarang rujukan kepada kerugian atau kerosakan disebabkan oleh kebakaran adalah

(9)

9

dianggap diguna pakai juga untuk kerugian atau kerosakan yang secara langsung disebabkan oleh sebarang bahaya yang mana Insurans ini dilanjutkan menurut Endorsmen ini.

Tertakluk selainnya kepada terma dan syarat Polisi ini.

RIBUT, ANGIN KENCANG

Insurans ini diperluaskan untuk melindungi kerugian atau kerosakan secara langsung disebabkan oleh kebakaran atau yang disebabkan oleh atau melalui atau akibat Hurikan, Siklon, Taufan dan Ribut Angin, tertakluk kepada Fasal Ekses dan Syarat Khas yang dilampirkan bersama-sama ini.

Dengan syarat dalam segala hal bahawa semua syarat Polisi ini adalah berkuat kuasa (melainkan syarat tersebut diubah secara khusus) dan bahawa sebarang rujukan kepada kerugian atau kerosakan disebabkan oleh kebakaran adalah dianggap diguna pakai juga untuk kerugian atau kerosakan yang secara langsung disebabkan oleh sebarang Peril yang dilindungi menerusi polisi ini menurut Endorsmen ini.

FASAL EKSES

Dengan ini difahami dan dipersetujui bahawa berhubung dengan kerugian atau kerosakan kepada mana-mana harta benda yang dengan ini dilindungi yang secara langsung disebabkan oleh sebarang bahaya yang berkuat kuasa di bawah Fasal ini, liabiliti pihak Syarikat adalah terhad kepada bahagian bersekadar jumlah yang mana kerugian atau kerosakan tersebut melebihi sama ada:

(a) 1% daripada jumlah diinsuranskan daripada peril sedemikian ke atas harta benda tersebut oleh Polisi atas nama Orang Yang Diinsuranskan, atau

(b) RM200.00

yang mana lebih rendah.

Dengan ini dipersetujui selanjutnya bahawa Fasal ini berkuat kuasa secara berasingan ke atas:-

i) setiap harta benda, yang mana semua harta benda yang dilindungi di alamat yang sama akan dianggap sebagai satu harta benda,

ii) setiap Kejadian yang menimbulkan kerugian atau kerosakan dan untuk tujuan ini sesuatu Kejadian tidak akan dianggap tamat sehingga bebas daripada bahaya berkenaan selama tujuh (7) hari berturut-turut dan Fasal ini akan berkuat kuasa semula hanya selepas tempoh itu.

SYARAT KHAS

1. Pihak Syarikat tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh air atau hujan, sama ada dibawa oleh angin atau tidak, melainkan bangunan yang dilindungi atau menempatkan harta benda yang dilindungi terlebih dahulu mengalami kerosakan sebenar kepada bumbung atau dinding disebabkan kuasa langsung yang sama daripada Hurikan, Siklon, Taufan dan Ribut Angin dan kemudiannya akan bertanggungjawab hanya untuk kerosakan dalaman bangunan atau harta benda yang dilindungi di dalamnya yang disebabkan oleh air atau hujan memasuki bangunan menerusi lubang pada bumbung atau dinding yang disebabkan secara langsung oleh kuasa bencana tersebut.

2. Endorsmen ini tidak melanjutkan insurans di bawah Polisi ini untuk meliputi:- (a) Sebarang jenis Kerugian Turutan

(b) Kerugian atau kerosakan disebabkan oleh hujan batu sama ada dibawa angin atau tidak

(c) Kerugian atau kerosakan disebabkan oleh penenggelaman atau gelinciran tanah runtuh kecuali apabila ia disebabkan oleh gempa bumi atau letupan gunung berapi, dengan syarat peril ini dilindungi oleh Polisi ini. (d) Kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh letupan kecuali kerugian atau kerosakan akibat letupan dandang

domestik dan gas yang digunakan untuk tujuan menerangi atau domestik di dalam bangunan yang mana gas tidak dijana dan yang tidak menjadi sebahagian daripada sebarang kerja gas, akan dianggap sebagai kerugian akibat kebakaran mengikut pengertian Polisi ini.

(e) atas sebab mana-mana ordinan atau undang-undang yang mengawal pembinaan atau pembaikan bangunan. 3. Pihak Syarikat tidak akan bertanggungjawab di bawah perluasan ini terhadap kerugian atau kerosakan yang mana

pada masa kejadian kerugian atau kerosakan tersebut dilindungi oleh atau akan dilindungi, tetapi kerana adanya perluasan ini, dilindungi oleh sebarang Polisi atau Polisi-polisi yang sedia ada kecuali berhubung dengan sebarang

(10)

10

Ekses yang melebihi jumlah sepatutnya dibayar di bawah setiap Polisi atau Polisi-polisi tersebut seandainya Insurans ini belum berkuat kuasa.

4. Melainkan dilindungi secara khusus dan berasingan, Endorsmen ini tidak melindungi:-

(a) Cerobong asap logam, sengkuap, bidai, papan tanda atau lekapan luar lain dalam apa jua rupa bentuk.

(b) Premis dalam pembinaan, pembinaan semula atau pembaikan melainkan semua pintu luar, tingkap dan bukaan lain telah siap dan dilindungi daripada hurikan, siklon, taufan dan ribut angin apabila bahaya tersebut dilindungi oleh Polisi ini.

Tertakluk selainnya kepada terma dan syarat Polisi ini.

BANJIR

Sebagai pertimbangan bagi bayaran tambahan dari Orang Yang Diinsuranskan, dengan ini pihak Syarikat bersetuju bahawa walau apa pun yang dinyatakan sebaliknya dalam Syarat Polisi ini, Insurans ini dilanjutkan untuk melindungi kerugian atau kerosakan yang secara langsung disebabkan oleh kebakaran atau jika tidak, disebabkan oleh kebakaran atau jika tidak, disebabkan oleh atau menerusi atau akibat daripada banjir (termasuk limpahan air laut) tertakluk kepada Fasal Ekses berikut dan Syarat Khas yang dilampirkan bersama-sama ini.

Perhatian: Banjir, untuk tujuan lanjutan ini, hendaklah bermakna limpahan atau lencongan daripada aliran biasa laluan air semula jadi atau buatan, kepecahan atau limpahan paip air awam dan sebarang pengaliran air lain atau pengumpulan air yang berasal dari luar bangunan yang dilindungi atau menempatkan harta benda yang dilindungi, tetapi tidak termasuk kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh tanah jerlus atau tanah runtuh.

Dengan syarat dalam segala hal bahawa semua Syarat Polisi ini adalah berkuat kuasa (melainkan Syarat tersebut diubah secara khusus) dan bahawa sebarang rujukan di sini kepada kerugian atau kerosakan disebabkan oleh kebakaran adalah dianggap diguna pakai juga untuk kerugian atau kerosakan yang secara langsung disebabkan oleh sebarang bahaya menerusi Insurans ini menurut Endorsmen ini.

FASAL EKSES

Dengan ini difahami dan dipersetujui bahawa berhubung dengan kerugian atau kerosakan kepada mana-mana harta yang dengan ini dilindungi yang secara langsung disebabkan oleh sebarang bahaya yang berkuat kuasa di bawah Fasal ini, liabiliti pihak Syarikat adalah terhad kepada bahagian bersekadar jumlah dalam mana kerugian atau kerosakan tersebut melebihi sama ada:

(a) 1% daripada Jumlah Diinsuranskan daripada peril sedemikian ke atas harta tersebut oleh Polisi dalam nama Orang Yang Diinsuranskan, atau

(b) RM2,500 pertama daripada setiap satu kerugian. yang mana lebih rendah,

Dengan ini dipersetujui selanjutnya bahawa Fasal ini berkuat kuasa secara berasingan ke atas:-

i. setiap harta benda, yang mana semua harta benda yang dilindungi di alamat yang sama akan dianggap sebagai satu harta benda,

ii. setiap kejadian yang menimbulkan kerugian atau kerosakan dan untuk tujuan ini sesuatu kejadian tidak akan dianggap tamat sehingga bebas daripada peril berkenaan selama tujuh (7) hari berturut-turut dan Fasal ini akan berkuat kuasa semula hanya selepas tempoh itu.

SYARAT KHAS

1. Endorsmen ini tidak melanjutkan insurans di bawah Polisi ini untuk meliputi:- a. Sebarang jenis Kerugian Turutan

b. Kerugian atau kerosakan disebabkan oleh hujan batu sama ada dibawa angin atau tidak.

c. Kerugian atau kerosakan disebabkan oleh penenggelaman atau gelinciran tanah kecuali apabila ia disebabkan oleh gempa bumi atau letupan gunung berapi, dengan syarat peril ini dilindungi oleh Polisi ini.

d. Kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh letupan kecuali kerugian atau kerosakan akibat letupan dandang domestik dan gas yang digunakan untuk tujuan menerangi atau domestik di dalam bangunan yang mana gas tidak dijana dan yang tidak menjadi sebahagian daripada sebarang kerja gas, akan dianggap sebagai kerugian akibat kebakaran mengikut pengertian Polisi ini.

e. Kerugian atas sebab mana-mana ordinan atau undang-undang yang mengawal pembinaan atau pembaikan bangunan

(11)

11

2. Pihak Syarikat tidak akan bertanggungjawab di bawah perluasan ini terhadap kerugian atau kerosakan yang mana pada masa kejadian kerugian atau kerosakan tersebut dilindungi oleh atau akan dilindungi, tetapi kerana adanya perluasan ini, dilindungi oleh sebarang Polisi atau Polisi-polisi yang sedia ada kecuali berhubung dengan sebarang ekses yang melebihi jumlah sepatutnya dibayar di bawah setiap Polisi atau Polisi-polisi tersebut seandainya Insurans ini belum berkuat kuasa.

3. Melainkan dilindungi secara khusus dan berasingan, Endorsmen ini tidak melindungi cerobong asap logam, sengkuap, bidai, papan tanda atau lekapan luar lain dalam apa jua rupa bentuk.

Tertakluk selainnya kepada terma dan syarat Polisi ini.

LETUPAN

Adalah dengan ini bersetuju dan mengisytiharkan bahawa Insurans di bawah Polisi ini hendaklah, tertakluk kepada Syarat Khas yang terkandung selepas ini, dilanjutkan untuk meliputi:-

Kerugian atau kerosakan kepada harta benda yang dilindungi akibat kebakaran atau jika tidak disebabkan secara langsung oleh letupan, tetapi dikecualikan kerugian atau kerosakan kepada dandang, alat penjimatan, atau bekas, mesin atau perkakas lain yang menggunakan tekanan atau kandungannya akibat daripada letupannya.

Dengan syarat dalam segala hal bahawa semua syarat Polisi adalah berkuat kuasa seolah-olah syarat telah dimasukkan di dalam ini dan untuk tujuan ini sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh letupan adalah dianggap kerugian atau kerosakan akibat kebakaran dalam erti kata Polisi ini.

SYARAT KHAS

1. Pihak Syarikat tidak akan bertanggungjawab di bawah perluasan ini, terhadap kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh atau menerusi atau akibat, secara langsung atau tidak langsung, oleh sebarang tindakan keganasan yang dilakukan oleh orang yang bertindak bagi pihak atau ada hubungan dengan mana-mana organisasi.

Untuk tujuan Syarat ini, “keganasan” bermakna penggunaan kekerasan untuk tujuan politik dan termasuk sebarang penggunaan kekerasan untuk menakutkan orang ramai atau mana-mana kumpulan orang.

Dalam sebarang tindakan, saman atau prosiding lain di mana pihak Syarikat mendakwa bahawa disebabkan peruntukan Syarat ini, sebarang kerugian atau kerosakan tidak dilindungi oleh Polisi ini, beban untuk membuktikan bahawa kerugian atau kerosakan sedemikian adalah dilindungi terletak pada Orang Yang Diinsuranskan.

2. Jika terdapat sebarang Polisi Kebakaran lain yang melindungi harta benda yang dilindungi di bawah Polisi ini, pihak Syarikat hanya bertanggungjawab secara pro-rata dengan Insurans Kebakaran lain terhadap sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh letupan sama ada atau bukan apa-apa Insurans Kebakaran lain dilanjutkan untuk meliputi kerugian atau kerosakan akibat letupan.

3. Pihak Syarikat tidak akan bertanggungjawab di bawah perluasan ini terhadap kerugian atau kerosakan yang mana pada masa kejadian kerugian atau kerosakan tersebut dilindungi oleh atau akan dilindungi, tetapi kerana adanya perluasan ini, dilindungi oleh sebarang Polisi atau Polisi-polisi lain yang sedia ada kecuali berhubung dengan sebarang ekses yang melebihi jumlah sepatutnya dibayar di bawah setiap Polisi atau Polisi-polisi tersebut seandainya Insurans ini belum berkuat kuasa.

Tertakluk selainnya kepada terma dan syarat Polisi ini.

KEROSAKAN HENTAMAN TIDAK TERMASUK KENDERAAN MILIK ORANG YANG DIINSURANSKAN

Sebagai pertimbangan bagi premium Insurans tambahan, pihak Syarikat dengan ini bersetuju dan memperakui bahawa perlindungan di bawah Polisi ini dilanjutkan untuk melindungi kerugian atau kerosakan kepada harta benda yang dinyatakan di dalam Jadual dan/atau kepada dinding, pintu pagar dan pagar keliling dan yang secara langsung adalah akibat daripada hentaman oleh mana-mana kenderaan jalan raya, kuda atau lembu, yang bukan milik atau di bawah kawalan Orang Yang Diinsuranskan, atau mana-mana anggota keluarga, atau sesiapa yang berkhidmat dengan dan untuk Orang Yang Diinsuranskan dengan syarat RM50.00 pertama daripada setiap satu tuntutan di bawah Endorsmen ini hendaklah ditanggung oleh Orang Yang Diinsuranskan.

(12)

12

Dengan syarat dalam segala hal bahawa semua syarat Polisi adalah berkuat kuasa seolah-olah syarat telah dimasukkan di dalam ini dan untuk tujuan ini sebarang kerugian atau kerosakan seperti yang dinyatakan adalah dianggap sebagai kerugian atau kerosakan disebabkan oleh kebakaran.

Tertakluk selainnya kepada terma dan syarat Polisi ini.

PECAHAN ATAU LIMPAHAN TANGKI AIR, PERALATAN DAN PAIP

Sebagai pertimbangan bagi bayaran premium insurans tambahan, pihak Syarikat dengan ini bersetuju dan memperakui bahawa Polisi ini dilanjutkan untuk melindungi kerugian atau kerosakan kepada harta benda yang dilindungi yang disebabkan oleh pecahan atau limpahan tangki air, peralatan dan paip yang dipasang di dalam atau ke atas bangunan yang dilindungi atau menempatkan harta benda yang dilindungi, kecuali:-

(a) kerugian atau kerosakan yang berlaku semasa premis tidak disewakan atau dihuni lebih dari sembilan (90) hari. (b) kerugian atau kerosakan disebabkan pengaliran air atau kebocoran daripada pemasangan perenjis automatik. (c) RM1,000.00 yang pertama atau 1% daripada Jumlah Diinsuranskan tertakluk kepada minimum RM100.00 jika

Jumlah Diinsuranskan adalah kurang daripada RM50,000.00 bagi setiap kerugian di setiap premis yang berasingan, seperti yang ditentukan selepas pelaksanaan sebarang purata, atau bahagian bersekadar pihak Syarikat bagi perkadaran jumlah tersebut.

Dengan syarat dalam segala hal bahawa semua syarat Polisi (melainkan Syarat tersebut diubah secara khusus) adalah berkuat kuasa seolah-olah syarat telah dimasukkan di dalam ini dan untuk tujuan ini sebarang kerugian atau kerosakan seperti yang dinyatakan adalah dianggap sebagai kerugian atau kerosakan disebabkan oleh kebakaran.

SYARAT KHAS

1. Liabiliti Syarikat dalam apa jua keadaan di bawah Endorsmen dan adalah tidak melebihi Jumlah Diinsuranskan untuk setiap item dalam Polisi.

2. Insurans ini tidak melindungi kehilangan pendapatan, kerugian disebabkan kelewatan, kehilangan pasaran atau kerugian turutan lain atau kerugian tidak langsung atau apa jua jenis atau bentuk kerosakan kecuali kehilangan sewa apabila kerugian sedemikian dimasukkan ke dalam perlindungan di bawah polisi.

3. Orang Yang Diinsuranskan hendaklah mengambil segala langkah yang munasabah untuk menjaga dan mengekalkan premis dalam keadaan yang baik dan jika terdapat kerosakan di dalamnya maka kerosakan itu hendaklah diperbaiki dengan secepat mungkin dan pada masa yang sama langkah tambahan hendaklah diambil untuk mencegah kerugian atau kerosakan mengikut keadaan dan pihak Syarikat tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh kerosakan yang tidak Orang Yang Diinsuranskan perbaiki selepas menerima notis kerosakan tersebut sama ada daripada pihak Syarikat atau sesiapa atau mana-mana badan awam.

Tertakluk selainnya kepada terma dan syarat Polisi ini.

KEROSAKAN AKIBAT RUSUHAN, MOGOK DAN PERBUATAN BERNIAT JAHAT

Adalah dengan ini diisytiharkan bahawa meskipun terdapat apa-apa dalam Polisi bertulis yang terkandung sebaliknya, Insurans di bawah Polisi ini dilanjutkan untuk melindungi kerosakan akibat rusuhan dan mogok yang mana untuk tujuan Endorsmen ini hendaklah bermakna (tertakluk kepada Syarat Khas yang terkandung seterusnya):-

Kerugian atau kerosakan kepada harta yang dilindungi yang secara langsung disebabkan oleh:-

(1) Tindakan mana-mana orang yang mengambil bahagian bersama orang lain dalam sebarang kekacauan yang mengganggu ketenteraman awam (sama ada mempunyai kaitan dengan mogok atau sekatan masuk atau tidak) yang bukan merupakan kejadian yang dinyatakan dalam Syarat 2 pada Syarat Khas di bawah ini.

(2) Tindakan mana-mana pihak berkuasa yang sah di sisi undang-undang untuk menamatkan atau cuba menamatkan sebarang kekacauan atau untuk mengurangkan kesan daripada kekacauan sedemikian.

(3) Tindakan disengajakan oleh mana-mana pekerja yang mogok atau disekat masuk yang dilakukan untuk memperjuangkan mogok atau menentang sekatan masuk.

(4) Tindakan mana-mana pihak berkuasa yang sah di sisi undang-undang untuk mencegah atau untuk cuba mencegah sebarang tindakan sedemikian atau mengurangkan kesan daripada tindakan sedemikian.

Dengan ini diperakui selanjutnya bahawa walau apa pun yang terkandung di dalam Polisi bertentangan, Polisi ini dilanjutkan untuk meliputi kerosakan akibat perbuatan Berniat Jahat dan untuk tujuan lanjutan ini bermakna:-

(13)

13

Kehilangan atau kerosakan kepada harta benda yang dilindungi yang secara langsung disebabkan oleh perbuatan berniat jahat mana-mana orang (sama ada perbuatan tersebut dilakukan dalam kekacauan yang mengganggu ketenteraman awam atau tidak) yang bukan perbuatan bertujuan atau dilakukan kerana kaitan dengan kejadian yang dinyatakan Syarat Khas tetapi Syarikat tidak akan bertanggungjawab di bawah lanjutan ini terhadap sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh kebakaran atau letupan atau sebarang kerugian atau kerosakan yang timbul daripada perbuatan merompak, memecah masuk rumah, mencuri atau menyamun atau sebarang percubaan untuk melakukannya atau disebabkan oleh mana-mana orang yang menyertainya.

SYARAT KHAS

1. Insurans ini tidak melindungi:-

(a) Kehilangan pendapatan, kerugian disebabkan kelewatan, kehilangan pasaran atau kerugian turutan lain atau kerugian tidak langsung atau sebarang jenis atau bentuk kerosakan.

(b) Kerugian atau kerosakan akibat pemberhentian seluruh atau sebahagian kerja atau perencatan atau gangguan atau pemberhentian sebarang proses atau operasi.

(c) Kerugian atau kerosakan disebabkan oleh pengambilalihan kekal atau sementara akibat rampasan, penyitaan atau tuntutan oleh mana-mana pihak berkuasa yang sah.

(d) Kerugian atau kerosakan disebabkan oleh pengambilalihan kekal atau sementara mana-mana bangunan akibat daripada pendudukan bangunan secara haram oleh mana-mana orang.

DENGAN SYARAT biar apa pun Syarikat tidak dilepaskan di bawah (c) atau (d) di atas daripada sebarang liabiliti kepada Orang Yang Diinsuranskan terhadap kerosakan fizikal kepada harta benda yang dilindungi yang berlaku sebelum pengambilalihan atau semasa pengambilalihan sementara.

2. Insurans ini tidak melindungi sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh atau menerusi atau akibat, secara langsung atau tidak langsung, mana-mana kejadian berikut, khususnya:-

(a) Peperangan, serangan, tindakan musuh asing, permusuhan atau operasi seperti peperangan (sama ada peperangan diisytiharkan atau tidak) atau perang saudara.

(b) Dahagi, kekacauan awam yang meningkat ke tahap atau menjadi kebangkitan rakyat, pemberontakan tentera, kebangkitan, pemberontakan, revolusi, kuasa tentera atau rampasan kuasa.

(c) Sebarang tindakan atau keganasan bertindak sendirian atau bagi pihak atau berhubung dengan mana-mana pertubuhan.

Untuk tujuan Syarat ini “keganasan” bermakna yang dilakukan untuk tujuan politik dan tindakan yang termasuk menakutkan orang awam atau mana-mana kumpulan orang awam.

Dalam sebarang tindakan, saman atau prosiding di mana Syarikat mendakwa bahawa kerana peruntukan syarat ini sebarang kerugian atau kerosakan tidak dilindungi oleh Insurans ini, beban untuk membuktikan bahawa kerugian atau kerosakan sedemikian adalah dilindungi terletak pada Orang Yang Diinsuranskan.

3. Melainkan dinyatakan sebaliknya, Polisi ini tidak melindungi:- (a) Barangan yang dipegang atas amanah atau yang diutuskan. (b) Jongkong emas atau permata berharga belum berikat.

(c) Sebarang barang aneh atau hasil kerja seni bagi jumlah melebihi RM500.00. (d) Manuskrip, pelan, lukisan, atau rekaan, corak, model atau acuan.

(e) Sebarang jenis sekuriti, tanggungan, atau sebarang dokumen, setem, duit syiling atau wang kertas, cek, buku atau akaun atau buku perniagaan yang lain, atau rekod sistem komputer.

(f) Bahan letupan

4. Kerugian atau kos yang meningkat yang disebabkan oleh mana-mana ordinan atau pihak berkuasa awam atau kerajaan tempatan atau sivil bagi mana-mana ordinan atau perundangan yang mengawal pembinaan semula, pembaikan atau perobohan mana-mana harta yang diinsuranskan di bawah ini.

5. Kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh langkah yang diambil untuk mencegah, menyekat atau mengawal kemungkinan keganasan atau sabotaj.

Dalam sebarang tindakan, saman atau prosiding di mana Syarikat mendakwa bahawa kerana peruntukan syarat ini sebarang kerugian atau kerosakan tidak dilindungi oleh Insurans ini, beban untuk membuktikan bahawa kerugian atau kerosakan sedemikian adalah dilindungi terletak pada Orang Yang Diinsuranskan.

(14)

14

F. Pengecualian Am (Terpakai Kepada Keseluruhan Polisi)

Kami tidak akan membayar apa-apa kerugian, kerosakan atau kecederaan, atau kontingensi lain yang dalam apa-apa cara kerana:

1. Akta Pihak Berkuasa

Kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penyitaan permintaan oleh Kerajaan, mana-mana Perbandaran Awam, Pihak Berkuasa Tempatan atau atas arahan pihak berkuasa tersebut.

2. Keadaan Tidak Normal/Keadaan Kecemasan

Sebarang kerugian, kerosakan atau kontingensi yang berlaku semasa kewujudan keadaan yang tidak normal atau keadaan kecemasan seperti yang diisytiharkan oleh pihak berkuasa tempatan (sama ada fizikal atau sebaliknya) yang disebabkan oleh atau melalui atau akibat, secara langsung atau tidak langsung, mana-mana kejadian yang dinyatakan kecuali setakat yang Anda akan membuktikan kerugian, kerosakan atau kontingensi yang lain berlaku secara bebas daripada kewujudan keadaan luar biasa atau keadaan kecemasan seperti yang diisytiharkan oleh pihak berkuasa tempatan.

3. Peperangan, Pencerobohan dan Kekecohan Awam

(a) Peperangan, pencerobohan, tindakan musuh asing, permusuhan atau operasi seakan peperangan (sama ada peperangan diisytiharkan atau tidak), perang saudara dan

(b) Kekecohan awam yang dianggap sebagai kebangkitan popular, kebangkitan tentera, dahagi, pemberontakan, pemberontakan, revolusi, kuasa ketenteraan atau rampasan, undang-undang tentera atau keadaannya atau mana-mana peristiwa atau sebab yang menentukan pengisytiharan atau penyelenggaraan undang-undang atau keadaannya atau apa-apa tindakan mana-mana orang yang bertindak bagi pihak atau berkaitan dengan mana-mana organisasi dengan aktiviti yang diarahkan ke arah pemerintahan kerajaan de jure atau de facto atau untuk yang mempengaruhi oleh keganasan atau kekerasan.

4. Tindakan Pengganas

Sebarang kerugian, kerosakan, kos atau perbelanjaan atau akibat daripada kerugian yang disebabkan atau diakibatkan oleh atau berkaitan dengan:

(a) Sebarang Tindakan Keganasan, walau apa pun peruntukan yang bertentangan dalam polisi ini atau sebarang endorsmen terhadapnya;

(b) Sebarang tindakan yang diambil dalam mengawal, mencegah, menekan atau dalam apa-apa cara yang berkaitan dengan apa-apa tindakan keganasan.

5. Risiko Nuklear

(a) Apa-apa kecederaan atau kerugian atau kemusnahan atau kerosakan kepada apa harta benda atau apa-apa kerugian atau perbelanjaan walau apa-apa pun akibat atau yang timbul daripadanya atau apa-apa-apa-apa kerugian turutan; dan

(b) Sebarang liabiliti perundangan terhadap apa jua bentuk yang secara langsung atau tidak langsung disebabkan atau diakibatkan oleh atau timbul daripada pengionan atau pencemaran pengionan oleh radioaktif dari mana-mana bahan api nuklear atau daripada apa-apa sisa nuklear daripada pembakaran bahan api nuklear. Semata-mata untuk tujuan pengecualian ini, pembakaran hendaklah termasuk apa-apa proses pembelahan nuklear yang mampu diri.

(c) Sebarang kemalangan, kerugian, kemusnahan, kerosakan atau liabiliti guaman secara langsung atau tidak langsung disebabkan oleh atau diakibatkan oleh atau timbul daripada bahan senjata nuklear.

6. Kulat, Reput Kering Atau Basah atau Bakteria

Apa-apa kerugian atau kerosakan kepada harta Anda atau liabiliti Anda kepada pihak ketiga untuk kecederaan anggota badan atau kerosakan harta benda secara langsung atau tidak langsung disebabkan oleh atau disebabkan oleh kehadiran, pertumbuhan, percambahan, penyebaran atau apa-apa aktiviti Kulat, Reput Kering atau Basah atau Bakteria. Juga dikecualikan adalah: (a) apa-apa keperluan oleh Anda untuk menguji, membersihkan, memadam, mengatasinya, mengandungi, merawat, menyahtoksin, meneutralkan, atau dalam apa-apa cara bertindak balas kepada, atau menilai kesan, kulat kering atau basah atau bakteria dan/atau (b) apa-apa liabiliti yang dikenakan kepada Anda oleh mana-mana pihak berkuasa kerajaan untuk apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh, berpunca daripada, diburukkan lagi oleh atau disebabkan oleh Kulat, Reput Kering Atau Basah atau Bakteria

(15)

15

7. Kecuaian Kasar, Jenayah, Tindakan Tidak Jujur, Penipuan, Berniat Jahat atau Perbuatan Yang Sengaja

Sebarang kerugian, kerosakan atau kecederaan yang timbul daripada atau diakibatkan oleh kecuaian kasar, jenayah, tindakan tidak jujur, penipuan, berniat jahat atau perbuatan yang disengajakan oleh Anda atau mana-mana ahli keluarga Anda atau sesiapa yang diberi kuasa untuk mendapatkan akses ke rumah anda.

8. Kerugian Turutan

Sebarang jenis kerugian atau kerosakan turutan.

9. Kerugian, Kemusnahan atau Kerosakan yang disebabkan oleh Radas Elektrik

Kerugian, kemusnahan atau kerosakan yang disebabkan oleh mana-mana peralatan mesin elektrik atau mana-mana bahagian pemasangan elektrik yang timbul daripada atau yang disebabkan oleh lebihan, tekanan berlebihan, melitar pintas, pemanasan sendiri, perlengkungan atau kebocoran elektrik yang timbul daripada apa-apa sebab (termasuk kilat).

10. Gelombang Tekanan Sonik

Kerugian atau kerosakan oleh gelombang tekanan yang disebabkan oleh pesawat udara atau peranti udara lain yang melakukan perjalanan pada sonik atau supersonik kelajuan.

11. Fasal Penjelasan Kerosakan Harta Benda

Kerosakan harta yang dilindungi di bawah Polisi ini hendaklah bermakna kerosakan fizikal kepada bahan. Kerosakan fizikal kepada bahan harta benda adalah tidak termasuk kerosakan kepada data atau perisian, khususnya sebarang perubahan yang merosakkan data, perisian atau program komputer disebabkan oleh pemadaman, pencemaran atau kecacatan struktur asal. Seterusnya perkara berikut dikecualikan daripada Polisi ini:-

(a) Kehilangan atau kerosakan pada data atau perisian, tetapi tidak terhad kepada perubahan merosakkan data, perisian atau program komputer yang disebabkan pemadaman, pencemaran atau kecacatan struktur asal, dan sebarang kerugian gangguan perniagaan akibat daripada kehilangan atau kerosakan tersebut. Walau apa pun yang terkandung dalam pangecualian ini, kehilangan atau kerosakan pada data atau perisian, yang merupakan kesan langsung kerosakan fizikal terlindung kepada bahan harta benda, adalah dilindungi.

(b) Kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh kerosakan fungsi, ketersediaan, julat penggunaan atau kebolehcapaian data, perisian atau program komputer dan sebarang kerugian akibat gangguan perniagaan yang timbul daripada kehilangan atau kerosakan tersebut.

12. Fasal Had Sekatan dan Pengecualian

Polisi ini tidak akan memberi perlindungan dan Syarikat tidak akan bertanggungjawab untuk membayar apa-apa tuntutan atau memberikan apa-apa manfaat di bawah ini setakat mana peruntukan perlindungan tersebut, pembayaran tuntutan tersebut, atau peruntukan Manfaat tersebut akan mendedahkan Syarikat kepada mana-mana sekatan, larangan atau sekatan di bawah resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, atau perdagangan atau sekatan ekonomi, perundangan atau peraturan Kesatuan Eropah, United Kingdom atau Amerika Syarikat atau mana-mana negerinya, dan/atau mana-mana-mana-mana perundangan atau peraturan sekatan ekonomi atau perdagangan lain yang berkenaan.

Kami boleh menamatkan Polisi ini dengan serta-merta dan tidak akan dikehendaki untuk menjalankan sebarang perniagaan dengan Anda berhubung dengan Polisi ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada, membuat atau menerima apa-apa bayaran di bawah Polisi ini.

13. COVID-19 dan Penyakit Berjangkit

Walau apa pun peruntukan yang bertentangan, insurans ini tidak termasuk sebarang kerugian, kerosakan, liabiliti, perbelanjaan, denda, penalti atau apa-apa amaun lain secara langsung atau tidak langsung disebabkan, yang berkaitan dengan, atau dalam apa-apa cara yang melibatkan atau timbul daripada mana-mana yang berikut, termasuk sebarang ketakutan atau ancaman daripadanya, sama ada sebenarnya atau dilihat:-

 mana-mana penyakit berjangkit, virus, bakteria atau mikroorganisma lain (sama ada dengan atau tanpa symptom); atau

 Coronavirus (COVID-19) termasuk sebarang mutasi atau perubahan daripadanya; atau

 pandemik atau wabak, seperti yang diisytiharkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau mana-mana pihak berkuasa kerajaan.

Jika penanggung insurans mendakwa bahawa, oleh sebab pengecualian ini, sebarang jumlah yang tidak dilindungi oleh polisi ini, beban yang membuktikan sebaliknya bergantung pada Orang Yang Diinsuranskan.

(16)

16

G. Syarat Am (Terpakai Kepada Keseluruhan Polisi)

Kami tidak akan membayar apa-apa kerugian, kerosakan atau kecederaan, atau kontingensi lain yang dalam apa-apa cara kerana:

1. Kewajipan Penjagaan

Anda mesti mengambil semua langkah yang munasabah untuk mencegah kehilangan atau kerosakan harta benda yang diinsuranskan atau pencegahan kecederaan di bawah Polisi ini dan untuk mengekalkan harta itu dalam keadaan yang sepatutnya.

2. Usaha Wajar

Pematuhan dan memenuhi terma, syarat dan endorsmen polisi ini oleh Anda sejauh mana ia berkaitan dengan apa-apa yang perlu dilakukan atau dipatuhi oleh Anda dan kebenaran kenyataan dan jawapan dalam permohonan tersebut hendaklah menjadi syarat duluan kepada liabiliti Kami untuk membuat apa-apa bayaran di bawah Polisi ini

3. Kewajipan Pendedahan

Sebarang penipuan, salah nyataan atau penyelewengan berkenaan dengan insurans ini atau apa-apa tuntutan di bawah ini akan menyebabkan polisi ini terbatal dan tidak sah dan sebarang manfaat yang perlu dibayar di bawah ini akan atau menjadi lupus.

4. Penipuan

Jika mana-mana tuntutan di bawah Polisi ini akan berada dalam apa-apa bentuk penipuan atau jika apa-apa cara atau peranti palsu digunakan oleh Anda atau sesiapa yang bertindak bagi pihak Anda untuk mendapatkan apa-apa manfaat di bawah Polisi ini, semua manfaat di bawahnya akan dibatalkan

5. Pemindahan Kepentingan

Anda tidak boleh memindahkan kepentingan Anda dalam polisi tanpa kelulusan bertulis daripada kami.

6. Tempoh Percuma

Anda mempunyai empat belas (14) hari dari tarikh anda menerima polisi ini untuk memeriksa terma dan syarat polisi dan boleh membatalkan polisi dalam tempoh 14 hari yang lebih awal melalui permintaan bertulis kepada Kami di mana premium yang dibayar akan dikembalikan, jika tuntutan tidak dibuat di bawah polisi. Jika polisi dihantar melalui pos, ia dianggap telah dihantar dalam perjalanan biasa pos. Di mana polisi ini dibatalkan, Kami tidak akan menanggung sebarang liabiliti di bawah polisi yang telah dibatalkan ini dan Kami berhak untuk mendapatkan semula sebarang perbelanjaan yang ditanggung oleh Kami dalam Pengunderaitan polisi ini.

7. Pembatalan dan Bayaran Balik

Polisi ini boleh dibatalkan pada bila-bila masa atas permintaan Anda secara bertulis kepada Kami dan premium akan dilaraskan atas dasar bahawa Kami berhak menerima atau mengekalkan premium jangka pendek biasa, dengan syarat tiada tuntutan telah dibuat di bawah Polisi ini. Tiada bayaran balik akan diberikan jika tuntutan telah dibuat di bawah Polisi ini.

Kami juga boleh menamatkan insurans dengan menghantar notis tujuh (7) hari melalui surat berdaftar ke alamat terakhir Anda yang diketahui dan Kami akan bertanggungjawab untuk membayar balik perkadaran bahagian premium untuk tempoh yang belum tamat dari tarikh pembatalan.

8. Pengembalian Semula

Sekiranya berlaku tuntutan akibat kebakaran atau sebarang peril lain selain dari kecurian, Kami akan mempunyai pilihan untuk:

(a) mengembalikan semula polisi ini dan berhak untuk mengenakan premium tambahan; atau (b) mengembalikan semula polisi tanpa premium tambahan; atau

(c) menamatkan polisi dengan menghantar notis tujuh (7) hari dengan surat berdaftar kepada Anda di alamat terakhir Anda yang diketahui dan sebarang premium yang tidak digunakan semasa pembatalan akan dikembalikan pada asas pro-rata untuk tempoh polisi ini yang belum tamat.

Sekiranya berlaku tuntutan akibat kecurian, Jumlah Diinsuranskan pada polisi ini akan dikurangkan dengan jumlah kerugian bagi setiap tuntutan dan tidak boleh melebihi jumlah diinsuranskan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual. Tiada pengembalian semula polisi akan dibenarkan.

(17)

17

9. Insurans Lain

Jika pada masa apa-apa kemalangan yang menyebabkan tuntutan di bawah Polisi ini terdapat apa-apa insurans lain yang melindungi kerosakan atau liabiliti yang sama atau mana-mana bahagian daripadanya, kami hanya akan membayar bahagian yang boleh dituntut oleh tuntutan tersebut. (Ini tidak terpakai kepada Seksyen 4 - Kemalangan Di Rumah).

10. Tawaran Pengakuan

Tiada pengakuan, tawaran, janji atau bayaran akan dibuat oleh Anda tanpa persetujuan bertulis Kami yang berhak jika Anda berhasrat untuk mengambil alih dan menjalankan bagi pihak Anda pembelaan apa-apa tuntutan atau pendakwaan atau untuk mendakwa atas nama Anda untuk kebaikan Kami apa-apa tuntutan untuk indemniti atau kerosakan atau sebaliknya terhadap mana-mana Pihak Ketiga, dan hendaklah mempunyai budi bicara penuh dalam menjalankan apa-apa prosiding dalam penyelesaian apa-apa-apa-apa tuntutan dan Anda hendaklah pada Permintaan kami dan pada perbelanjaan Kami memberikan semua maklumat dan bantuan yang Kami perlukan.

11. Undang-undang Pentadbiran

Polisi ini ditadbir oleh dan ditafsirkan selaras dengan perundangan Malaysia.

12. Fasal Bidang Kuasa

Tiada pampasan untuk kerosakan akan dibayar kecuali keputusan dihantar oleh atau diperolehi daripada mahkamah bidang kuasa yang kompeten di Malaysia.

13. Pengecualian kepada Indemniti

Walauapa pun yang bertentangan dalam polisi ini, adalah dipersetujui bahawa indemniti yang disediakan di sini tidak akan terpakai kepada:

(a) Pampasan bagi kerosakan berkenaan dengan keputusan yang tidak disampaikan oleh atau diperolehi daripada mahkamah bidang kuasa yang kompeten di Malaysia.; dan

(b) Kos dan perbelanjaan litigasi yang diperolehi oleh mana-mana pihak menuntut daripada Anda, yang tidak tertanggung dan tidak boleh dituntut di Malaysia.

14. Tempoh Notis

Anda hendaklah apabila berlaku apa-apa kerugian tertentu kepada orang yang diinsuranskan atau sebarang kerugian atau kerosakan kepada harta yang diinsuranskan memberikan notis serta-merta secara bertulis kepada Kami dan hendaklah atas perbelanjaan Anda sendiri dalam masa tiga puluh (30) hari selepas berlakunya kerugian atau kerosakan tersebut menyerahkan kepada kami tuntutan secara bertulis dengan butiran dan bukti terperinci yang mungkin diperlukan sewajarnya. Dalam kes kerugian atau kerosakan oleh kecurian, atau rompakan atau sebarang percubaan, Anda juga hendaklah memberi notis serta-merta kepada pihak polis. Jika Kami memilih untuk membaik pulih mana-mana hartanah, Anda hendaklah memberikan kepada Kami semua pelan, spesifikasi dan kuantiti yang mungkin kami perlukan secara munasabah.

15. Asas Penyelesaian

Kami akan menyelesaikan tuntutan Anda, jika ada, sama ada atas dasar indemniti atau, pada pilihan kami, pertukaran baru untuk lama dengan peruntukan untuk potongan haus dan lusuh, jika perlu.

Tiada penalti di bawah insurans akan dikenakan walaupun nilai sebenar Isi Rumah telah melebihi Jumlah Diinsuranskan yang telah anda pilih.

16. Beban Bukti

Dalam apa-apa tindakan, guaman atau prosiding lain di mana Kami mendakwa bahawa oleh sebab peruntukan pengecualian ini, apa-apa kerugian, kerosakan atau kontingensi lain yang tidak diinsuranskan oleh insurans ini, beban membuktikan bahawa kerugian, kerosakan atau kontingensi lain yang diinsuranskan adalah di atas pihak Anda.

17. Bukti Nilai dan Pemilikan

Untuk membantu Anda membuktikan sebarang kerugian, kami mengesyorkan supaya anda menyimpan resit, penilaian, fotograf, buku panduan dan kad jaminan untuk membantu tuntutan Anda.

(18)

18

H. Pernyataan Maklumat Polisi

1. Sekiranya terdapat sebarang perubahan kepada alamat Anda, sila maklumkan kepada Kami dengan segera 2. Jika Anda mempunyai sebarang pertanyaan selain tuntutan, sila hubungi Kami di:

Etiqa General Insurance Berhad Aras 13, Menara B,

Dataran Maybank, No. 1 Jalan Maarof, 59000 Kuala Lumpur, Malaysia Nombor Telefon: +603 2297 3888 Nombor Faksimile:: +603 2297 3800 Etiqa Oneline: 1300 13 8888 E-mel: info@etiqa.com.my Laman Web: www.etiqa.com.my

3. Sekiranya terdapat tuntutan di bawah Polisi ini, sila hubungi bantuan tuntutan Kami di 1300 88 1007.

I. Prosedur Aduan

Sekiranya Anda dapati perkhidmatan Kami memerlukan penambahbaikan, sila berikan Kami maklum balas Anda dengan menghubungi Kami melalui pos di:

Unit Pengurusan Aduan

Etiqa General Insurance Berhad Aras 5, Menara B,

Dataran Maybank, No. 1 Jalan Maarof, 59000 Kuala Lumpur, Malaysia;

Atau melalui nombor telefon 1300 13 8888 or +603 2780 4500 (Luar Negara) Nombor Faksimile: +603 2785 3093 E-mel: complaint_cmu@etiqa.com.my Kami akan memastikan maklum balas Anda dilayani.

Ombudsman Perkhidmatan Kewangan (OPK) dan Laman Informasi, Nasihat & Khidmat (BNMLINK) Bank Negara Malaysia ada menyediakan pendekatan alternatif dalam memberikan peluang kepada ahli di kalangan orang ramai untuk membetulkan amalan pasaran yang tidak adil.

PROSEDUR UNTUK MEMBUAT ADUAN KEPADA OPK

Ombudsman Perkhidmatan Kewangan (OPK) boleh dihubungi oleh Pihak Menuntut atau Orang Yang Diinsuranskan, sekiranya Pihak Menuntut atau Orang Yang Diinsuranskan tidak berpuas hati dengan keputusan Kami terhadap sebarang pertikaian, atau kegagalan Kami untuk memberi maklum balas terhadap sebarang aduan dalam tempoh enam puluh (60) hari. Anda boleh menghubungi OPK melalui:

E-mel: enquiry@ofs.org.my or Nombor Faksimile: +603-2272 1577 or Alamat Pos:

Chief Executive Officer Ombudsman for Financial Services, Aras 14, Main Block Menara Takaful Malaysia No.4, Jalan Sultan Sulaiman 50000, Kuala Lumpur.

(19)

19

Sebagai alternatif, Pihak Menuntut atau Orang Yang Diinsuranskan boleh memfailkan pertikaian itu secara peribadi di pejabat OPK.

OPK perlu dihubungi dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh keputusan muktamad dari Etiqa General Insurance Berhad berkenaan pertikaian yang dibuat Pihak Menuntut atau Orang Yang Diinsuranskan.

Untuk maklumat lanjut mengenai OPK, sila dapatkan risalah maklumat daripada Kami atau layari laman web OPK di www.ofs.org.my.

Penglibatan OPK adalah tertakluk kepada terma-terma rujukan menurut seksyen 126 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013. Menghubungi OPK tidak akan menjejaskan hak Pihak Menuntut atau Orang Yang Diinsuranskan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Kami sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan keputusan oleh OPK.

PROSEDUR MEMBUAT ADUAN KEPADA BNMLINK

Mana-mana Orang Yang Diinsuranskan atau Pihak Menuntut yang tidak berpuas hati dengan cara pengendalian oleh sesebuah Syarikat Insurans boleh menulis kepada BNMLINK dengan memberikan butiran tentang aduan, nama Syarikat Insurans dan nombor Polisi atau nombor tuntutan.

Salinan surat-menyurat (sekiranya ada) antara Orang Yang Diinsuranskan atau Pihak Menuntut dan Syarikat Insurans juga boleh disertakan untuk memudahkan kerja mencari fail kes yang disimpan oleh Syarikat Insurans.

Alamat surat menyurat adalah seperti berikut: Pengarah, Jabatan LINK dan Pejabat Wilayah Bank Negara Malaysia

Jalan Dato’ Onn, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia

Nombor Telefon: 1300 88 5465 Nombor Faksimile: +603 2174 1515 E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my

Referensi

Dokumen terkait

Oleh karena itu, anak didik perlu dibimbing atau ditunjukkan mana perbuatan yang melanggar tata tertib dan mana perbuatan yang menunjang terlaksananya proses

Pada bagian konsideran Undang-Undang Nomor 20 Tahun 2001 tentang Pemberantasan Tindak Pidana Korupsi menyebutkan bahwa tindak pidana korupsi yang selama ini

(Harjadi,1986) Analisa titrimetri atau analisa volumetric adalah analisis kuantitatif dengan mereaksikan suatu zat yang dianalisis dengan larutan baku (standar) yang telah

Penelitian ini merupakan suatu studi retrospektif cross-sectional analytic untuk melihat hubungan eosinofil dan neutrofil darah tepi terhadap derajat keparahan

Di rilis OpenSolaris 2008.11 berlaku ketentuan-ketentuan login, akun pengguna dan akun root berikut ini:  Login secara langsung dengan akun root tidak diperbolehkan baik saat

Apa saja kebutuhan user dalam pembuatan rancangan konsep aplikasi mobile game yang persuasif untuk memotivasi mahasiswa untuk berolahraga. Bagaimana pembuatan

Bagi etnis Tionghoa Bagansiapiapi generasi yang sekarang, baik yang masih menetap dikota Bagansiapiapi maupun yang telah merantau keluar kota Bagansiapiapi kini sudah mulai

Tujuan konseling humanistik menggunakan person centered therapy adalah membantu subjek untuk terfokus dalam dirinya sendiri agar dapat menemukan jalan keluar dari apa yang