• Tidak ada hasil yang ditemukan

NAMA: PISMP 7C AMBILAN JANUARI 2010 BAB 1: BIMBINGAN DAN KAUNSELING

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "NAMA: PISMP 7C AMBILAN JANUARI 2010 BAB 1: BIMBINGAN DAN KAUNSELING"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

BAB 1: BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1.1 KONSEP ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING 1) Apakah DEFINISI bimbingan, kaunseling dan psikoterapi?

 Bimbingan ialah suatu proses bantuan yang disediakan kepada individu yang memerlukan panduan ke arah pemahaman, pengetahuan dan kemahiran dengan menentukan matlamat jangka pendek atau jangka panjang, merancang cara-cara bertindak dan mengubah tingkah laku ke arah yang positif.

 Kaunseling ialah suatu proses interaksi antara seorang kaunselor yang terlatih dengan seorang individu atau kelompok kecil yang mengalami kekeliruan dan bersama-sama memikirkan beberapa alternatif yang sesuai bagi mengatasi kekeliruan tersebut seterusnya melaksanakan alternatif yang dipilih

 Psikoterapi ialah suatu proses rawatan yang membawa seseorang untuk menyemak dan mengatur persepsinya terhadap diri dan persekitarannya seterusnya bersedia menerima reality hidup dunianya.

2) Perbandingan KONSEP bimbingan dengan kaunseling.

 Persamaan

- Bimbingan dan kaunseling bermatlamat memberi klien peluang untuk melihat pelbagai opsyen penyelesaian yang sedia ada, seterusnya membantu klien membuat keputusan yang bijak.

 Perbezaan (pendekatan yang digunakan)

Bimbingan Semasa proses bimbingan, masalah klien diberikan tumpuan dan layanan yang rapi;

kemudian maklumat atau nasihat dibekalkan oleh seseorang pakar (pembimbing/guru)

Semasa bimbingan diberikan, klien telah pun membuat keputusan terhadap sesuatu isu; klien hanya memerlukan maklumat lanjut dan nasihat terhadap keputusannya itu.

Kaunseling Semasa proses kaunseling, masalah klien dibincangkan bersama klien dan kaunselor;

Di akhir sesi diharap klien mendapat celik akar dalam mencari cara penyelesaian serta berupaya membuat keputusan yang baik.

Kaunseling dijalankan dalam dua situasi:

1. Membantu klien mempertimbangkan satu-satu pilihan yang berpotensi dari pelbagai sudut sebelum membuat pilihan

2. Membantu klien mengubahsuai ,

mengukuh atau mengetepikan satu-

satu pilihan yang telah dibuat.

(2)

3) Perbandingan KONSEP kaunseling dan psikoterapi.

Aspek Kaunseling Psikoterapi

Pendekatan Tidak tertumpu kepada satu pendekatan khusus sahaja.

Berasaskan pendekatan psikodinamik Frued, di mana salah satu fokus latihan adalah terhadap masa silam pesakit.

Tempoh latihan

Tempoh latihan singkat dan kos yang lebih murah.

Kaunseling tidak bercorak terlalu akademik dan berbentuk pendidikan inklusif. Sesiapa sahaja berpeluang mengikuti kursus ini.

Mengambil masa yang lama.

Syarat pertama, terapis perlu menjalankan sesi bersama pesakit sebenar di bawah penyeliaan terapis berpengalaman.

Syarat kedua, terapis perlu memiliki kelayakan akademik sarjana muda.

Fokus isu Isu-isu masa kini untuk membantu individu berkembang dan mencapai potensi menangani isu yang timbul.

Tertumpu kepada punca masa lampau berhubung dengan masalah neorosis dan psikosis yang melibatkan perubahan personaliti secara mendadak.

Seting Pejabat atau pusat kaunseling (bukan perubatan)

Klinik atau hospital (bersifat perubatan)

Tempoh sesi Satu hingga beberapa sesi Mengambil masa yang panjang dan bertahun-tahun mengikut kes-kes tertentu.

4) Perbandingan ASPEK antara bimbingan , kaunseling dan psikoterapi.

Aspek Bimbingan Kaunseling Psikoterapi

Konsep asas Proses bantuan kepada individu ke arah

pengetahuan, pemahaman dan kemahiran

Proses interaksi antara kaunselor terlatih dengan klien yang mengalami kekeliruan kepada memahami diri dan persekitaran.

Proses rawatan psikologi yang dijalankan oleh pakar kepada pesakit ke arah perubahan persepsi terhadap dunia realiti Matlamat Memberi nasihat,

panduan dan pengajaran kepada pelajar yang memerlukan

Mengatasi dan menangani kekeliruan, kebuntuan dan kekusutan fikiran dan perasaan klien

Memulihkan kekeliruan, kecelaruan mental dan emosi dalam

pembentukan semula jiwa.

Seting Sekolah, kolej, institusi pengajian tinggi.

Sekolah, kolej, institusi pengajian tinggi, pejabat, kilang dll.

Hospital, klinik, pusat perubatan.

Tempoh Masa yang singkat dan ringkas

Satu hingga lapan sesi Lebih daripada 6 bulan Jenis

masalah

Masalah peribadi, akademik, keluarga kerjaya, hubungan interpersonal.

Masalah peribadi, akademik, keluarga kerjaya, hubungan interpersonal.

Masalah neorosis dan psikosis

Kaedah Kaedah pengajaran dan nasihat

Kaedahn perbincangan dan pendidikan

Kaedah rawatan Pihak

profesional

Guru biasa, guru mata pelajaran, guru bimbingan dan kaunseling

Guru bimbingan dan kaunseling, pakar psikologi kaunseling

Pakar psikologi kaunseling klinikal psikatris,

psikoanalisis Sasaran Individu, kelompok kecil

atau besar

Individu, kelompok kecil Individu yang mengalami

masalah psikologi

(3)

1.2 MATLAMAT BIMBINGAN DAN KAUNSELING 5) Apakah MATLAMAT bimbingan dan kaunseling?

1.3 PRINSIP DAN FALSAFAH BIMBINGAN DAN KAUNSELING 6) Huraikan PRINSIP-PRINSIP Bimbingan dan Kaunseling.

Kandungan Huraian

1. Bimbingan dan Kaunseling adalah suatu proses pendidikan yang terancang dan berterusan

Bimbingan dan kaunseling disediakan sepanjang tempoh

persekolahan dan individu pada semua peringkat dan tahap sekolah.

Dengan kata lain, semua kanak-kanak boleh menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan serta melibatkan diri dalam semua aktiviti berkaitan yang diiaksanakan. Mereka dibimbing untuk memperoleh pengalaman dan memupuk nilai, sikap, perlakuan dan kemahiran yang sesuai dengan kehendak masyarakat majmuk di negara kita.

2. Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk semua kanak-kanak

Segala aktiviti bimbingan dan kaunseling yang terangkum dalam perancangan tahunan terbuka kepada semua kanak-kanak tanpa mengira latar belakang, kaum etnik, agama atau kepercayaan masing-masing. Maka jelas bahawa aktiviti-aktiviti yang dikendalikan bersifat menyeluruh dan dapat memenuhi keperluan semua

golongan kanak-kanak, mahupun bijak, sederhana atau lemah.

3. Semua kanak-kanak mempunyai hak untuk mendapatkan

bantuan apabila mereka memerlukan

Guru bimbingan dan kaunseling hendaklah sentiasa bersedia untuk membantu kanak-kanak yang mungkin memerlukan bantuan sokongan dan bimbingan dalam proses perkembangan dirinya.

Walau bagaimanapun, perkhidmatan tersebut hendaklah terhad kepada waktu pejabat, melainkan timbul kecemasan atau krisis yang memerlukan bantuan serta merta.

4. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk memenuhi keperluan kanak-kanak bagi

mengembangkan potensi dan kebolehan mereka.

Program bimbingan dan kaunseling yang dirancang dan dikendalikan hendaklah bertujuan untuk melayan keperluan kanak-kanak agar dapat berkembang dengan kadar optimum mengikut tahap perkembangan masing-masing.

5. Bimbingan dan kaunseling berorientasikan masa kini dan masa hadapan.

Segala usaha bimbingan dan kaunseling untuk membantu kanak- kanak bersifat lebih tegas diri, cekap menyesuaikan diri dan memahami implikasi tindakan mereka pada masa ini akan diteruskan sehingga masa depan.

2. Membantu klien memulakan dan meneruskan perhubugan yg positif dgn org lain

3. Membantu klien mengurus diri dengan lebih efektif apabila dlm kesulitan

4. Membantu klien membuat keputusan dengan rasional

5. Membantu klien berkembang secara positif

Ramlah rasa marah & kecewa dgn rakan2nya. Kaunseling dpt mbantu Ramlah utk berkomunikasi dgn rakan2 ttg perasaannya tanpa

mengeruhkan keadaan & capai penyelesaian

Ranjit magalami kecacatan akibat kemalangan. Dia berasa rendah diri &

tiada harapan utk maju. Kaunseling dpt mbantu Ranjit menerima kekurangannya sbg bukan penghalang utk berdikari.

Ramlan keliru dlm memilih kerjaya masa depannya. Kaunseling blh mbantu Ramlan mengenali minat & kerjayanya.

Rita minat melukis. Ibu bapanya memintanya mengambil kursus kedoktoran yg x diminatinya. Kaunseling dpt mancari penyelesaian Rita dgn ibu bapanya.

1. Membantu klien mengubah tingkah laku kepada kehidupan yg lebih produktif

& ka

Ramli suka berlumba motor scr haram. Kaunseling blh mbantu beliau

mengubah t/laku kpd galakan minat Ali blumba di litar perlumbaan

motosikal

(4)

6. Bimbingan dan kaunseling dapat membantu kanak-kanak

memahami diri dan orang lain.

Kanak-kanak yang menjalani sesi perlu memainkan aktif dalam proses bimbingan dan kaunseling; bukan duduk secara pasif dan menunggu arahan daripada guru bimbingan dan kaunseling sahaja.

Perlakuan kanak-kanak sedemikian akan membolehkan mereka berpeluang untuk menjelajah tujuan-tujuan dan matlamat hidup, di samping berupaya untuk memilih serta merancang hidup mereka dengan lebih berkesan. Selain itu, mereka juga akan menyedari tentang kekuatan dan kelemahan masing-masing.

7. Bimbingan dan kaunseling adalah tanggungjawab bersama

Dalam mengendalikan program dan aktiviti bimbingan dan kaunseling, semua warga sekolah termasuk pihak pentadbir, guru- guru lain, ibubapa dan kanak-kanak seharusnya bekerjasama dan menyumbangkan masa, tenaga dan kepakaran demi kejayaan dan keberkesanan aktiviti tersebut.

1.4 KEPENTINGAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

7) Nyatakan KEPENTINGAN Bimbingan dan Kaunseling terhadap pelajar.

1. Menyediakan perkhidmatan bimbingan dalam membantu klien menguasai kemahiran disiplin diri.

2. Menyumbang kepada keberkesanan pendidikan inklusif.

3. Membimbing murid menghadapi masalah pembelajaran.

4. Mengembangkan potensi murid dalam semua bidang.

5. Membantu membentuk iklim bilik darjah.

6. Memotivasikan murid.

7. Dapat membantu murid membuat pilihan & persediaan kerjaya

(5)

BAB 2 PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING 2.1 JENIS PERKHIDMATAN BIMBINGAN

1) Senaraikan JENIS perkhidmatan bimbingan yang disediakan di sekolah.

1. Inventori, taksiran dan rekod 2. Bimbingan

3. Kaunseling

4. Penempatan dan tindakan susulan 5. Konsultasi dan rujukan

6. Penilaian

2) Nyatakan MAKSUD Inventori, Taksiran dan Rekod.

Inventori merujuk kepada pengumpulan maklumat mengenai kanak-kanak secara keseluruhan, dan klien secara spesifik.

Contoh: teknik ujian dan teknik bukan ujian

Taksiran merujuk kepada usaha guru bimbingan dan kaunseling untuk menganalisis dan menggunakan pelbagai jenis data murid termasuk peribadi, psikologikal dan sosial yang diperoleh daripada pelbagai jenis inventori di atas.

Contoh: taksiran berbentuk objektif dan subjektif.

Rekod merujuk kepada sistem fail sebagai indikator perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang sistematik dan berkesan.

Contoh: rekod perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, rekod sesi bimbingan dan kaunseling dan rekod program bimbingan dan kaunseling.

3) Huraikan INVENTORI/ CARA PENGUMPULAN DATA/TEKNIK yang digunakan oleh guru bimbingan dan kaunseling untuk mengumpul maklumat murid.

Teknik Ujian Teknik Bukan Ujian

1. Ujian Kecerdasan Untuk menguji IQ murid

1. Soal Selidik

Sesi temubual antara kaunselor dengan pelajar untuk mendapatkan maklumat seperti butir diri.

2. Ujian Minat

Untuk mengetahui minat murid terhadap sesuatu aktiviti.

2. Pemerhatian

Untuk mengenalpasti ciri-ciri pelajar dalam aspek kognitif, afektif dan psikomotor.

3. Ujian Personaliti

Untuk mengetahui aspek bukan kognitif seperti motivasi dan afektif.

Contoh: The survey of Personal Values (SPV)

3. Kajian dokumen utama dan sekunder

Mengandungi kajian dokumen utama (autobiografi, anekdot, kad kumulatif) dan kajian dokumen sekunder (biografi, laporan guru, senarai semak)

4. Ujian Saringan

Untuk mengasingkan merid-murid cerdas dengan kurang cerdas.

4. Rekod anekdot

Laporan berdasarkan permerhatian terhadap sesuatu kajian atau peristiwa oleh guru atau kaunselor.

5. Ujian Diagnostik 5. Sosiometri

(6)

Untuk mengesan punca kelemahan pembelajaran murid

Kaedah penelitian bertujuan memerhati hubungan sosial dan psikologi pelajar yang berinteraksi dalam kumpulan mereka.

4) Nyatakan JENIS REKOD dan KANDUNGANNYA yang perlu disediakan oleh guru bimbingan dan kaunseling.

Jenis Rekod Kandungan

1. Rekod Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

 Rancangan Tahunan Aktiviti Bimbingan dan Kaunseling

 Jadual Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

 Laporan aktiviti harian

 Analisis Rekod Mingguan Sesi Bimbingan dan Kaunseling Individu; Analisis Rekod Mingguan Sesi Bimbingan dan Kaunseling Kelompok

 Analisis Rekod Bulanan Sesi Bimbingan dan Kaunseling Individu; Analisis Rekod Bulanan Sesi Bimbingan dan Kaunseling Kelompok

 Analisis Rekod Tahunan Sesi Bimbingan dan Kaunseling Individu; Analisis Rekod Tahunan Sesi Bimbingan dan Kaunseling Kelompok

 Anggaran pembelanjaan program yang dirancang 2. Rekod sesi Bimbingan

dan Kaunseling

 Masa perkhidmatan diberikan

 Nombor rujukan klien

 Jantina dan bangsa klien

 Jenis kes bimbingan dan kaunseling 3. Rekod Program

Bimbingan dan Kaunseling

 Masa aktiviti

 Bidang aktiviti

 Objektif aktiviti

 Jenis aktiviti

 Kumpulan sasaran

5) Nyatakan 3 DOMAIN UMUM yang bersifat perkembangan dalam perkhidmatan BIMBINGAN di sekolah.

1. Perkembangan peribadi dan sosial 2. Perkembangan akademik

3. Perkembangan kerjaya

6) Nyatakan 3 KATEGORI klien untuk kaunseling individu atau ahli kaunseling kelompok dalam perkhidmatan KAUNSELING di sekolah.

1. Sukarela

2. Dijemput

3. Dirujuk

(7)

7) Apakah PROSES yang perlu dilalui oleh seseorang klien bagi kategori SUKARELA/DIJEMPUT/

DIRUJUK dalam perkhidmatan KAUNSELING.

Klien yang datang Sukarela Klien yang dijemput Klien yang dirujuk I) Isi borang temujanji

(Permohonan

Mendapatkan Khidmat Kaunseling)

II) Serahkan borang kepada guru BK

III) Dapatkan surat kebenaran (Surat Kebenaran Meninggalkan Kelas) IV) Sesi dijalankan

I) Guru BK mengisi Borang Khidmat Kaunseling Individu/ Kelompok II) Menyerahkan Surat

Kebenaran Menghadiri Khidmat Kaunseling Individu/ Kelompok III) Sesi dijalankan

I) Guru BK mengisi Borang Rujukan Perkhidmatan Kaunseling

II) Menyerahkan Surat Kebenaran Menghadiri Khidmat Kaunseling Individu/ Kelompok III) Sesi dijalankan

8) Apakan TUJUAN perkhidmatan bimbingan berasaskan PENEMPATAN DAN TINDAKAN SUSULAN?

Guru bimbingan dapat membantu kanak-kanak membuat keputusan mengenai aliran persekolahan yang akan diikuti sambil mereka melalui transisi daripada satu peringkat persekolahan ke peringkat yang lain.

Penempatan melibatkan taksiran kanak-kanak perkhidmatan maklumat, dan bantuan kaunseling yang releven dengan pilihan mereka.

Tindakan susulan melibatkan perancangan yang sistematik bagi mengekalkan hubungan dengan bekas murid.

9) Apakah TUJUAN perkhidmatan bimbingan berasaskan KONSULTASI DAN RUJUKAN?

Guru bimbingan dan kaunseling dapat mengatur sesi perbincangan dan rundingcara antara guru dengan ibubapa atau pihak-pihak tertentu yang mengikuti kes seperti doktor perubatan,

psikatris, polis dan pegawai kebajikan masyarakat.

10) Terangkan KEPENTINGAN 3 JENIS PENILAIAN dalam perkhidmatan Bimbingan di sekolah.

Jenis Penilaian Penerangan

1. Penilaian Personalia

Jenis penilaian ini menggambarkan penilaian terhadap guru bimbingan dan kaunseling melalui data proses yang dikumpulkan.

Ia merangkumi semakan fail dan rekod yang disimpan seperti:

- bilangan klien bagi kaunseling individu atau krisis;

- bilangan sesi bimbingan dan kaunseling kelompok;

- bilangan konferens ibubapa;

- bilangan panggilan telefon kepada ibubapa/penjaga atau agensi luar.

2. Penilaian Program

Jenis penilaian ini menggambarkan status program bimbingan dan

kaunseling sekolah berbanding dengan piawaian program yang telah

ditetapkan.

(8)

Untuk tujuan pengumpulan data persepsi, beberapa teknik boleh digunakan.

Contohnya:

- skala pemeringkatan diedarkan atau tinjauan pendek dilaksanakan ke atas guru dan/atau kanak-kanak;

- temubual dijalankan secara rawak dengan guru-guru atau kanak-kanak tentang keberkesanan satu-satu aktiviti yang telah dikendalikan; dan sebagainya 3. Penilaian hasil Jenis penilaian ini menjawab soalan, “Sejauh manakah impak

program (aktiviti dan perkhidmatan) bimbingan dan kaunseling terhadap kejayaan kanak-kanak, khususnya pencapaian akademik mereka?"

Antara data hasil yang di kutip termasuk kadar penambaikan dari segi:

- kehadiran murid, - markah dan gred, - skor pencapaian, dan

- tingkah laku dalam bilik darjah kadar penurunan kes disiplin, dan sebagainya.

6.1 JENIS KAUNSELING

11) Huraikan JENIS KAUNSELING INDIVIDU / Pendekatan Orientasi B&K di sekolah.

6.3 ETIKA KAUNSELOR

12) Jelaskan PRINSIP-PRINSIP Etika Kaunselor

Prinsip Penjelasan

Autonomi (Autonomy)

 Menghormati hak klien untuk membuat keputusan atau bertindak sendiri tanpa sebarang pergantungan kepada atau gangguan daripada guru bimbingan dan kaunseling.

Kemurahan Hati (Beneficience)

 Berbuat baik kepada klien

 Membantu klien mencapai hasil positif akibat hasil kaunseling.

Tidak Berniat Jahat (Nonmaleficience)

 Tidak melakukan sesuatu yang mencederakan atau memudaratkan klien atau orang lain

Keadilan (Justice)

 Membekalkan akses atau layanan yang sama dan asil kepada semua kanak-kanak

Kejujuran (Vedelity)

 Bersifat jujur dan ikhlas;

 Elakkan sebarang penipuan atau eksploitasi terhadap klien Kaunseling

Krisis / Pemulihan

 Kes-kes kritikal spt bertumbuk dgn tujuan mencedera, percubaan bunuh orang/diri, masalah mental,

penyalahgunaan dadah.

Kaunseling Penyediaan Kemudahan

 Kes-kes penempatan dalam bidang kerjaya, penyelesaian masalah kemudahan berkaitan kokurikulum & kurikulum.

Kaunseling Pencegahan

 Pendekatan untuk mencegah/menyekat kemungkinan berlaku aktiviti-aktiviti yang tak diingini seperti penyalahgunaan dadah, AIDS, kelakuan tak bermoral.

Kaunseling Perkembangan

 Aktiviti-aktivit yang berusaha untuk memotivasikan individu

supaya bentuk personaliti & konsep kendiri yang positif ke

arah mencapai prestasi yang lebih baik.

(9)

 Kotai perjanjian dan komitmen yang dibuat.

13) Huraikan KOD TATALAKU yang wajib dipatuhi oleh guru bimbingan dan kaunseling.

A. Tanggungjawab terhadap klien

 mengutamakan kepentingan klien

 menghormati privasi klien

 Memahami dan menghormati latar belakang sosio-budaya klien.

 Mencapai persetujuan klien mengenai batasan unsur kerahsiaan.

B. Tanggungjawab terhadap Rakan Profesional

 Menghormati, bersikap adil dan terbuka terhadap rakan profesional

 Sedia mempertahankan, membantu & membela rakan profesional yang teraniaya akibat tuduhan dan tohmahan perlakuan yang tidak beretika.

C. Tanggungjawab terhadap masyarakat

 Memahami & menghormati unsur sosio-budaya masyarakat di mana beliau berkhidmat

 Mematuhi undang-undang negara dan melaksanakan tugasnya berlandaskan undang-undang tersebut.

D. Tanggungjawab terhadap organisasi & majikan

 Mematuhi persetujuan komitmen yg ditandatangani dgn organisasi tempat beliau berkhidmat.

 Menjelaskan bidang kepakaran dan tahap kecekapan profesionalnya.

 Tidak menyalahgunakan kemudahan dan sumber organisasinya.

14) Kaunselor berperanan untuk menggunakan kemahiran kaunseling membantu klien menjaga kesejahteraan keseluruhan individu.

Apakah ASPEK PERANAN Kaunselor sepanjang hidup individu berkenaan?

1. Kesihatan Fizikal - membantu individu menjaga kesihatan, amalkan tabiat positif dan gaya hidup sihat

2. Keperluan Sosial - perhubungan individu dengan orang lain seperti hubungan keluarga persekitaran tempat kerja, persahabatan dan kejiranan.

3. Kesihatan Mental - kaunselor perlu merangsang pemikiran klien supaya lebih rasional dalam menyelesaikan masalah.

4. Keperluan Emosi - meningkatkan kesejahteraan emosi klien supaya dapat menyatakan masalah dan perasaannya terhadap kehidupan.

5. Keperluan Rohani - mendorong klien supaya bertindak berlandaskan sesuatu kepercayaan dan ajaran agama.

15) Nyatakan CIRI-CIRI Kaunselor Profesional

1. Mempercayai bahawa klien adalah individu yang unik dan berharga 2. Mempercayai bahawa klien berupaya untuk berubah

3. Memahami dan mengetahui bagaimana individu yang efekttif berfungsi

4. Mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk membantu individu yang terbatas kefungsiannya.

5. Mempunyai kesanggupan melibatkan dirinya dalam proses interpersonal.

6. Mengenal diri sendiri dan kemahiran yang ada serta batasannya.

(10)

BAB 3 PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU KAUNSELING 3.1 MENGUMPUL MAKLUMAT MURID

1) Huraikan PERANAN Guru Biasa sebagai guru pembimbing / dalam mengumpul maklumat murid.

Peranan Guru Huraian

1. Mengumpul maklumat pelajar

Guru bimbingan perlu manjalankan kerja pentadbiran termasuklah menguruskan fail pelajar, menyimpan rekod, surat-menyurat, penubuhan dan pengelolaan kelab bimbingan atau kelab kerjaya dan melaporkan aktiviti bimbingan dan kaunseling kepada pentadbir.

2. Mengurus program bimbingan dan kaunseling

Di antara pengurusan yang boleh dibuat:

 Perancangan

Guru bimbingan merancang program di sekolahnya.

 Pengelolaan

Menggunakan prosedur kaunseling untuk mengelola program tersebut

 Penentuan halatuju

Menentukan halatuju dan perlu melaksanakan perancangan, membuat keputusan, membuat garis panduan dan peraturan.

 Menilai

Menilai keberkesanan program mengenalpasti kelemahan dan kekuatan program dan mengambil tindakan seterusnya.

3. Mengenalpasti pelajar bermasalah dari segi disiplin

Guru bimbingan membuat rujukan kepada kaunselor atau pihak tertentu.

4. Menjadi perunding di antara pihak sekolah dengan ibu bapa.

Guru bimbingan harus mewujudkan satu kerjasama yang baik dengan ibu bapa pelajar berkaitan perkembangan pelajar sama ada dari segi pencapaian kurikulum atau kokurikulum.

5. Mengesan masalah akademik pelajar

Guru bimbingan bertanggungjawab untuk menangani kelemahan ini melalui beberapa perancangan dan program.

6. Memupuk pelajar dengan tabiat belajar dan baik

Guru bimbingan harus memupuk pelajar dengan tabiat belajar dan melakukan kerja dengan baik.

2) Bagaimanakan KAEDAH PENGUMPULAN MAKLUMAT MURID dilakukan oleh guru biasa menggunakan Teknik Ujian?

Jenis Ujian Tujuan Contoh/Aspek

1. Ujian Pencapaian

 Mengukur apa yang diketahui oleh kanak-kanak berhubung dengan satu-satu mata pelajaran.

 Untuk mengenalpasti potensi kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran

 Tahap pembelajaran (tinggi, sederhana, rendah)

 Kadar Pembelajaran (cepat, sederhana lembab)

 Perbandingan pencapaian antara

kanak-kanak lain

Referensi

Dokumen terkait

Sebagian besar mahasiswa mampu mengembangkan RPP secara prosedural, yakni mengkaji kurikulum, mengembangkan indikator hasil belajar, mengembangkan tujuan pembelajaran,

Hasil perancangan ini adalah furniture outdoor yang mampu memberikan fasilitas untuk anak usia 4-8 tahun agar fokus belajar motorik halus (membaca, menulis, menggambar dan

The purpose of this study is to understand the influence of profitability, capital adequacy ratio, and leverage on going-concern audit opinion of banks, where Return On Asset

Keputusan penyapihan yang dilakukan oleh ibu biasanya dipengaruhi oleh beberapa faktor yaitu kesibukan ibu yang bekerja, pengetahuan ibu, status kesehatan ibu dan bayi, status

Teori –teori keperawatan seringkali didasari dan dipengaruhi oleh suatu proses dan teori-teori lain yang dapat digunakan secara luas.. Ide-ide dan teori-teori tersebut

Syok hipovolemik atau traumatik, akibat pendarahan (baik kehilangan darah eksterna maupun tak kelihatan) dan kehilangan cairan ekstrasel ke jaringan yang rusak

F. Petisi Sutarjo diajukan pada tahun 1936 pada dasarnya berisi permintaan kepada pemerintah Hindia Belanda untuk ... membebaskan semua tawanan politik C.

Jadwal kegiatan dan panduan lengkap dapat dilihat di situs resmi SPMB http://span-ptain.ac.id.. Data Login