• Tidak ada hasil yang ditemukan

User Guide. Bahasa Malaysia. Pixi TM PEDIATRIC MASK

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "User Guide. Bahasa Malaysia. Pixi TM PEDIATRIC MASK"

Copied!
26
0
0

Teks penuh

(1)

User Guide

Bahasa Malaysia

(2)

Contents / 组件 / 組件 / Kandungan

1

4

8

12

11

Pixi

PEDIATRIC MASK

(3)

Mask components / 面罩组件 / 面罩組件/ Komponen topeng

13

14

15 12

1

2 3

11 4

6 7 8

9

10

5

18

A

(4)

Mask components / 面罩组件 / 面罩組件 / Komponen topeng

Item / 编号 /

編號 / Item Description / 描述 / 描述 / Penerangan Part number / 货号 / 貨號 / Nombor bahagian 1. Short tube assembly / 短管组合 / 短管組合 /

Pemasangan tiub pendek

2. Elbow / 弯头 / 彎頭 / Siku

3. Plug tether / 活动接头 / 塞蓋栓繩 / Penambat

plag

4. Mask frame / 面罩框 / 面罩框 / Bingkai topeng 5. Frame nodes / 面罩框接头 / 面罩框接頭 / Nod

bingkai

6. Mask socket / 面罩接口 / 面罩插口 / Soket

topeng

7. Plug / 塞头 / 塞蓋 / Plag

8. Cushion / 护垫 / 軟墊 / Kusyen 61033

9. Vent / 通气孔 / 通氣孔 / Bolong

10. Cushion shoulder / 护垫突起 / 軟墊肩部 / Bahu

kusyen

11. Pressure port / 压力管 / 壓力管 / Liang tekanan

B

(5)

Item / 编号 /

編號 / Item Description / 描述 / 描述 / Penerangan Part number / 货号 / 貨號 / Nombor bahagian 13. Top headgear strap and buckle /

顶部头带和扣钩 / 頂部頭帶和扣鉤 / Tali dan kancing alat di kepala bahagian atas (biru cair)

14. Middle headgear strap and buckle / 中部头带和扣钩 / 中部頭帶和扣鉤 / Tali dan kancing alat di kepala bahagian tengah (biru gelap)

15. Lower headgear strap / 下部头带 /

下部頭帶 / Tali alat di kepala bahagian bawah 16. Quick release clip / 扣钩 / 扣鉤 / Klip tanggal

cepat

17. Lower headgear arms / 下部头带 / 下部頭帶 / Lengan alat di kepala bahagian bawah 18. Swivel / 万向轴 / 萬向軸 / 22 mm Pemutar ayun A Complete system / 完整系统 / 完整系統 /

Sistem lengkap 61031

B Frame System / 框架系统 / 框架系統 / Sistem

bingkai 61035

(6)

Bahasa Malaysia

Pixi™

TOPENG PEDIATRIK

Terima kasih kerana memilih topeng Pixi Pediatric. Sila baca keseluruhan manual sebelum digunakan.

Tujuan penggunaan

Topeng Pixi Pediatric menyalurkan aliran udara secara tidak invasif kepada pesakit dari peranti tekanan saluran udara positif secara berterusan (CPAP) atau dua tahap.

Topeng Pixi Pediatric adalah:

untuk digunakan oleh kanak-kanak berumur antara 2 dan 7 tahun yang telah dipreskripsi dengan terapi saluran udara tekanan positif berterusan (CPAP) atau dua tahap

bertujuan untuk penggunaan semula bagi seorang pesakit dalam rumah dan penggunaan semula pesakit tunggal dalam persekitaran hospital/

institusi.

AMARAN

Topeng ini direka untuk memberikan kedap udara yang berkesan serta stabil dengan ketegangan alat di kepala yang minimum.

Ketegangan alat di kepala yang tinggi boleh menyebabkan kecacatan muka dengan penggunaan jangka panjang. Semakan corak

pertumbuhan yang kerap oleh pakar klinikal dan penggunaan gaya yang berbeza bagi topeng adalah disarankan.

Topeng mesti digunakan di bawah pengawasan orang yang berkelayakan bagi pesakit yang tidak dapat menanggalkan topeng sendiri.

Topeng ini mungkin tidak sesuai bagi mereka yang cenderung mendapat aspirasi.

Jika topeng dipreskripsikan untuk kanak-kanak dengan keadaan kongenital yang serius atau kecacatan kognitif, maka menggunakan peranti dengan penggera yang sesuai adalah disarankan. Operasi yang betul bagi litar pesakit yang lengkap, termasuk penggera mesti diuji sebelum memulakan terapi.

Ikut semua langkah berjaga-jaga apabila menggunakan oksigen tambahan.

(7)

Aliran oksigen mesti dimatikan apabila CPAP atau peranti dua tahap tidak beroperasi, supaya oksigen yang tidak digunakan tidak berkumpul dalam ruang peranti dan mewujudkan risiko kebakaran.

Oksigen menyokong pembakaran. Oksigen tidak boleh digunakan semasa merokok atau dengan kehadiran api terbuka. Gunakan oksigen hanya dalam bilik yang mempunyai pengudaraan yang baik.

Lubang bolong mesti dipastikan tidak tersumbat dan tidak boleh diletakkan pada hidung.

Topeng tidak boleh digunakan melainkan jika peranti dihidupkan.

Setelah topeng dipasang, pastikan peranti mengalirkan udara.

Penerangan: CPAP dan peranti dua tahap bertujuan untuk digunakan dengan topeng khas (atau penyambung) yang mempunyai lubang bolong untuk membolehkan aliran udara berterusan daripada topeng.

Apabila peranti dihidupkan dan berfungsi dengan baik, udara baharu dari peranti menyingkirkan udara hembusan melalui lubang bolong topeng. Walau bagaimanapun, apabila peranti tidak beroperasi, udara segar yang tidak mencukupi akan disediakan melalui topeng, dan udara hembusan mungkin disedut semula. Penyedutan semula udara hembusan lebih lama daripada beberapa minit boleh, dalam keadaan tertentu, menyebabkan lemas. Ini terpakai bagi kebanyakan model CPAP atau peranti dua tahap.

Topeng ini hanya boleh digunakan dengan peranti CPAP atau dua tahap yang disarankan oleh doktor atau ahli terapi pernafasan.

Menggunakan topeng boleh menyebabkan sakit di bahagian gigi, gusi atau rahang atau memburukkan lagi keadaan gigi yang sedia ada. Jika gejala berlaku, dapatkan nasihat doktor atau doktor gigi anda.

Buang dan lupuskan semua pembungkusan sebelum menggunakan topeng.

(8)

Bahasa Malaysia

Pemasangan

Pastikan sisi mana kusyen tiub udara akan ditempatkan. Sebaik-baiknya ini adalah sisi yang paling hampir dengan peranti.

Panduan Pixi! Jika kanak-kanak tersebut gemar untuk tidur pada sisi tertentu, ini perlu dipertimbangkan apabila menentukan lokasi peranti.

Menukar sisi tiub udara

1. Bagi menukar sisi tiub udara, cabut plag dari kusyen.

2. Masukkan siku dan tiub udara yang digabungkan sehingga kusyen bertemu rabung pada siku.

3. Pastikan sisi yang bertentangan dengan kusyen ditutup sepenuhnya dengan memasukkan plag ke dalam bukaan kusyen dengan selamat.

Memasang alat di kepala

Bingkai topeng telah direka bagi memastikan alat di kepala dipasang dengan betul setiap masa.

4. Kancingkan lengan alat di kepala bahagian bawah dengan bintang ke atas nod bingkai dengan dua bintang, supaya bingkai terletak di antara plastik dan pelapik alat di kepala.

5. Perlahan-lahan tarik lengan alat di kepala ke tempatnya sehingga bunyi klik.

6. Ulang langkah 4-5 dengan sisi satu lagi (tanpa bintang).

Pemasangan kini lengkap dan topeng sedia untuk dipasang

(9)

Pemasangan

1

3

5

2

4

6

(10)

Bahasa Malaysia

AMARAN

Pastikan kusyen hidung tidak menutup lubang hidung pada bila-bila masa semasa pemasangan atau penggunaan.

Jangan biarkan tiub udara yang panjang berada di sekeliling bahagian atas katil kanak-kanak. Ia boleh terbelit di sekeliling kepala atau leher kanak-kanak tersebut ketika tidur.

Pemasangan

Ilustrasi pemasangan menunjukkan turutan untuk mendapatkan kedap terbaik dan keselesaan apabila menggunakan topeng.

Panduan Pixi!

Jika memasang topeng untuk kali pertama, kami mencadangkan kanak-kanak tersebut duduk dalam

kedudukan tegak untuk memastikan pemasangan yang betul.

Bagi mengelakkan kemungkinan kebimbangan oleh kanak- kanak tersebut, pastikan semua bahagian bingkai topeng dan alat di kepala tidak menutup mata dan kawasan mata.

Kanak-kanak tersebut akan dapat menyesuaikan diri dengan terapi secara baik jika topeng dipasang dengan betul sebelum peranti dihidupkan.

Langkah-langkah pemasangan

1-2. Pegang topeng perlahan-lahan menghadap muka kanak-kanak tersebut, pastikan bahawa hidung tidak ditutup sepenuhnya oleh kusyen dan tiada h alangan pada mulut – tarik alat di kepala melepasi kepala.

Gerakkan tali tengah ke bawah melepasi kepala sehingga ia terletak merentasi tengah-tengah belakang kepala.

3. Letakkan tangan anda pada bingkai untuk mengekalkan kedudukan alat di kepala yang betul, tarik tali alat di kepala bahagian bawah ke belakang leher.

4-5. Pasangkan tali alat di kepala tali bahagian bawah kepada topeng dengan memegang tab dan memasang klip tanggal cepat ke atas lengan alat di kepala bahagian bawah.

6. Apabila selesai dipasang, topeng dan alat di kepala anda harus diletakkan seperti yang ditunjukkan. Pastikan tali atas adalah menegak sejajar dengan bahagian atas telinga dan tali tengah terletak merentasi bahagian belakang kepala secara mendatar sejajar dengan bahagian atas telinga.

7. Akhir sekali, sambungkan bahagian hujung tiub pendek yang dipasang

(11)

Pemasangan

1

3

5

2

4

6

(12)

Bahasa Malaysia

Pelarasan

Panduan Pixi!

Bagi mendapatkan kedap optimum, laraskan tali alat di kepala bermula pada tali bahagian bawah dan naik ke atas.

Jika anak anda mengalami kekeringan atau kerengsaan hidung, penggunaan pelembap adalah disarankan.

Langkah-langkah penyesuaian

1. Jika perlu, laraskan tali dengan mengeluarkan Velcro® dan perlahan- lahan ketatkan tali alat di kepala bahagian bawah sehingga selesa.

Jangan terlalu ketat.

2-3. Ulang langkah 1 dengan kedua-dua tali tengah dan atas sehingga selesa.

Nota: Topeng direka untuk dipasang secara longgar tetapi masih memberikan kedap yang optimum. Jangan terlalu ketatkan tali.

1

3

2

(13)

Memasang liang tekanan

Liang tekanan digunakan untuk mengukur tekanan udara pada topeng anda supaya tekanan yang betul ditetapkan. Ini berlaku semasa kajian tidur di hospital.

Liang tekanan juga digunakan untuk menyampaikan oksigen. Ini boleh berlaku dalam persekitaran rumah atau hospital. Jika perlu, pakar klinikal anda akan memberi nasihat apabila ini diperlukan.

Langkah-langkah pemasangan 1. Keluarkan plag dari kusyen.

2. Pindahkan plag ke sisi supaya ia tidak menghalang lubang bolong.

3. Masukkan hujung yang lebih besar daripada liang tekanan ke dalam kusyen.

4. Pasangkan satu lagi hujung liang tekanan kepada sistem oksigen.

1

3

2

4

(14)

Bahasa Malaysia

Periksa kusyen

Langkah-langkah periksa kusyen

1-2. Pastikan kusyen tidak berkedut atau terlipat atau terperangkap dalam soket bingkai topeng.

3. Kusyen Pixi direka untuk diletakkan di tengah-tengah batang hidung.

Pastikan topeng tidak menghalang hidung atau mulut pada bila- bila masa.

1

3

2

(15)

Penanggalan

Langkah-langkah penanggalan

1-2. Perlahan-lahan pegang topeng menghadap kanak-kanak. Buka klip tanggal cepat dari lengan alat di kepala bahagian bawah dengan menarik ke hadapan dan jauh dari lengan.

3-4. Terus memegang topeng dan tanggalkan alat di kepala dengan menarik ke atas dan melepasi kepala ke arah muka.

1

3

2

4

(16)

Bahasa Malaysia

Penanggalan kecemasan

Sekiranya berlaku kecemasan, keluarkan topeng dengan meletakkan jari anda di bawah tali alat di kepala bahagian bawah dan dengan kuat, menariknya jauh daripada kanak-kanak—ini akan mengaktifkan klip tanggal cepat. Jangan gunakan kaedah penanggalan ini di bawah keadaan normal.

Menyahpasang

Langkah-langkah menyahpasang

1. Tanggalkan alat di kepala dari bingkai topeng dengan melepaskan kancing setiap lengan alat di kepala bahagian bawah dari nod bingkai.

2. Keluarkan siku dan tiub udara yang digabungkan dari topeng.

3. Keluarkan plag dari kusyen.

4-5. Keluarkan kusyen dari bingkai dengan perlahan-lahan menolaknya keluar melalui hadapan bingkai dan menariknya jauh dari belakang bingkai topeng.

AMARAN

Apabila menyahpasang topeng, sentiasa simpan semua aksesori dan komponen jauh daripada capaian kanak-kanak kecil kerana bahagian- bahagian kecil ini mungkin menyebabkan bahaya tercekik. Dapatkan rawatan perubatan dengan segera jika tercekik berlaku atau jika mana- mana bahagian kecil telah ditelan.

(17)

Menyahpasang

1

3

5

2

4

(18)

Bahasa Malaysia

Pemasangan semula alat di kepala

Panduan Pixi!

Anda tidak perlu menyahpasang alat di kepala Pixi anda untuk mencucinya.

Tali dan kancing plastik Velcro™ mempunyai warna yang telah dikodkan untuk kemudahan pemasangan.

Langkah-langkah pemasangan semula alat di kepala

1. Letakkan alat di kepala dan kancing plastik di atas permukaan yang rata seperti yang ditunjukkan, pastikan lengan alat di kepala bahagian bawah menghadap ke atas.

2. Masukkan setiap tali biru cair ke atas dan melepasi kancing biru cair, kemudian ikat dengan ketat.

3. Masukkan setiap tali biru gelap ke atas dan melepasi kancing biru gelap, kemudian ikat dengan ketat.

4. Masukkan hanya hujung tali alat kepala bahagian bawah Velcro melalui lengan alat di kepala bahagian bawah, kemudian ikatkan dengan ketat. Tiada keperluan untuk memasang klip tanggal cepat pada alat di kepala sekarang.

Pastikan sebarang Velcro atau bahagian plastik di sebelah luar topeng, jika tidak, alat di kepala anda mungkin dipasang secara tidak betul. Alat di kepada kini sedia untuk pemasangan. Rujuk kepada ilustrasi Pemasangan dalam panduan ini.

(19)

1

3

2

4

(20)

Bahasa Malaysia

(21)

Pemasangan semula

Langkah-langkah pemasangan semula

1. Masukkan setiap sisi kusyen ke dalam soket bingkai topeng.

Pastikan kusyen terhala dengan betul. Anak panah pada kusyen perlu menunjuk ke atas ke arah penambat liang. Kawasan bolong yang dinaikkan bagi kusyen juga perlu terletak bertentangan dengan bingkai topeng.

2. Tarik lengan kusyen keluar sehingga kolar bahu kusyen terletak bertentangan dengan bingkai topeng.

3. Gantikan plag ke dalam sisi kusyen yang sewajarnya.

4. Masukkan siku dan tiub udara yang digabungkan ke dalam sisi satu lagi kusyen, pastikan ia dimasukkan sepenuhnya.

5. Memasang semula alat di kepala. Rujuk kepada ilustrasi Memasang semula alat di kepada dalam panduan pengguna ini.

1

3

2

4

(22)

Bahasa Malaysia

Membersihkan topeng

Topeng dan alat di kepala hanya perlu dicuci dengan lembut menggunakan tangan.

Selepas setiap penggunaan/Setiap hari:

Buka komponen topeng mengikut arahan menyahpasang.

Bersihkan komponen topeng yang dipisahkan (tidak termasuk alat di kepala), dengan perlahan-lahan menggosok dalam air suam (kira-kira 30°C) dengan menggunakan sabun yang lembut.

Bagi mengoptimumkan kedap topeng, minyak muka perlu dibuang dari kusyen selepas digunakan.

Gunakan berus berbulu lembut untuk membersihkan bolong.

Periksa setiap komponen dan, jika perlu, cuci lagi sehingga nampak bersih.

Bilas semua komponen dengan baik menggunakan air minum dan biarkan ia kering jauh dari cahaya matahari.

Apabila semua komponen telah kering, pasang semula mengikut arahan pemasangan semula.

Setiap minggu:

Cuci dengan tangan alat di kepala. Ia boleh dicuci tanpa dinyahpasang.

AMARAN

Jangan gunakan larutan berasaskan aromatik atau minyak wangi (contohnya kayu putih atau minyak pati), peluntur, alkohol atau produk yang berbau kuat (contohnya limau) untuk membersihkan mana-mana komponen topeng. Wap sisa daripada larutan ini boleh disedut jika tidak dibilas dengan teliti. Ia juga boleh merosakkan topeng.

AWAS

Jika sebarang kemerosotan komponen sistem kelihatan (kerekahan, retak seribu, bahagian rosak, koyak dan sebagainya), atau, jika selepas pembersihan, mana-mana komponen masih tidak bersih, komponen tersebut perlu dibuang dan diganti.

(23)

Penyelesaian masalah

Masalah / punca penyebab Penyelesaian Topeng terlalu bising

Bolong tersumbat atau sebahagiannya

tersumbat. Jika bolong memerlukan pembersihan,

gunakan berus bulu lembut.

Siku atau plag tidak betul dimasukkan. Keluarkan siku dan plag dari topeng dan kemudian pasang semula mengikut arahan.

Kebocoran topeng di sekeliling muka

Topeng tidak diletak dengan betul. Tarik kusyen keluar dari bingkai perlahan-lahan. Meletak semula topeng mengikut arahan.

Udara bocor di sekeliling hidung

Topeng tidak diketatkan dengan betul. Ketatkan tali alat di kepala bahagian bawah dan tengah. Tali bahagian atas direka untuk diletakkan agak longgar.

Jangan terlalu ketat.

Matikan peranti dan tanggalkan topeng. Pasang semula topeng mengikut arahan. Pastikan anda meletakkan kusyen dengan betul pada muka anda sebelum menarik alat di kepala melepasi kepala.

Topeng tidak dipasang dengan betul

Topeng mungkin salah dipasang. Menyahpasang topeng dan memasang semula mengikut arahan.

Kusyen mungkin kotor. Bersihkan kusyen mengikut arahan.

AMARAN

Spesifikasi teknikal topeng disediakan untuk pakar klinikal anda bagi memastikan ia serasi dengan peranti CPAP atau dua tahap.

Jika digunakan di luar spesifikasi atau jika digunakan dengan

(24)

Bahasa Malaysia

Pada kadar tetap aliran oksigen tambahan, kepekatan oksigen yang disedut berbeza-beza, bergantung kepada tetapan tekanan, corak pernafasan pesakit, topeng, titik pemasangan dan kadar kebocoran.

Amaran ini terpakai kepada kebanyakan jenis peranti CPAP atau dua tahap.

Sama seperti semua topeng, beberapa penyedutan semula udara mungkin berlaku pada tekanan CPAP yang rendah.

Rujuk kepada manual peranti untuk butiran mengenai tetapan dan maklumat operasi.

Spesifikasi teknikal

Lengkung aliran

tekanan Topeng ini mengandungi pembolongan pasif untuk melindungi daripada penyedutan semula udara.

Hasil daripada variasi pembuatan, kadar aliran bolong mungkin berbeza.

Maklumat ruang mati

Ruang mati fizikal adalah isipadu kosong topeng ke penghujung pemutar ayun.

Ia adalah 101.7 mL.

Tekanan terapi 2 hingga 30 sm H2O

Pematuhan Pematuhan topeng antara 5 sm H2O dan 15 sm H2O adalah kurang daripada 1.57 mL/sm H2O

Rintangan Penurunan tekanan diukur (nominal) pada 50 L/min: 0.8 sm H2O pada 100 L/min: 3.1 sm H2O

Bunyi NILAI PELEPASAN BUNYI BISING BILANGAN DUAAN DILAPORKAN menurut ISO 4871. Tahap kuasa bunyi berpemberat-A bagi topeng adalah 40.6 dBA, dengan ketidaktentuan 4 dBA. Tahap tekanan bunyi berpemberat-A bagi topeng pada jarak 1 m adalah 32.6 dBA, dengan ketidaktentuan 4 dBA.

Tekanan (sm H2O) Aliran(L/min)

2 14

9 31

16 43

23 53

30 61

Tekanan topeng (sm H2O) Kadar aliran bolong (L/min) 0

10 20 30 40 50 60 70

2 4 6 8 10 12 14 16 18 20 22 24 26 28 30

(25)

Manufacturer:

ResMed Ltd 1 Elizabeth Macarthur Drive Bella Vista NSW 2153 Australia.

(26)

618307/1 2018-10

Pixi USER

APAC

1 2

3 4

5 6

618307

Referensi

Dokumen terkait

Pada umumnya dapat digunakan hingga kedalaman laut 200 meter untuk dasar laut yang lebih dari 200 meter secara automatic pengukuran menggunakan pengukuran fd

Peranan Gaya Kepemimpinan Terhadap Kinerja Karyawan (Studi Kasus Pada PT. Asuransi Jiwasraya Madiun Branch Office). Skripsi Program Sarjana, Jurusan Manajemen, Universitas

“ Apakah terdapat hubungan antara stres dan konsep diri dengan prokrastinasi akademik mahasiswa UIN Sunan Gunung Djati Bandung?”.

 Menjawab pertanyaan tentang materi  Konfigurasi elektron dan bilangan kuantum yang terdapat pada buku pegangan peserta didik atau lembar kerja yang telah disediakan.

Untuk memungkinkan pengguna memasukkan data ke program dari keyboard, Anda harus menggunakan operator >>. Ini adalah operator

Mahalnya bahan baku pakan (sumber protein) dapat ditekan (diturunkan) dengan salah satu cara berikut : (1) substitusi sebagian atau tepung kedelai tersebut dengan

Anova menunjukkan bahwa nilai minyak pada kolam perlakuan dan kontrol tidak menunjukkan perbedaan yang signifikan. Berdasarkan hasil analisa dari tiap parameter,

Tetapi kamu telah menyangka bahwa Rasul dan orang-orang mukmin tidak akan kembali kepada keluarga mereka selama-lamanya dan (setan) menjadikan memandang