• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kertas Kerja Sukaneka Pra Sekolah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kertas Kerja Sukaneka Pra Sekolah"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

Kertas Kerja

Karnival Sukaneka Ria Prasekolah

SK Seri Bintang Utara

13 Julai 2012

8.00 pagi – 12.00 tengahari

Gimnasium Kompleks Seri Bintang

▸ Baca selengkapnya: sk sekolah adalah

(2)

Kertas Kerja

Karnival Sukaneka Ria Prasekolah

SK Seri Bintang Utara

1.0 Pengenalan

Acara Karnival Sukaneka Ria Prasekolah ini merupakan satu aktiviti kolaborasi antara Kelas Prasekolah SK Seri Bintang Utara dengan 3 buah kelas prasekolah di sekitar Zon Pudu. Karnival Sukaneka Prasekolah ini bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan di samping mencungkil bakat terpendam murid-murid prasekolah serta memupuk semangat berpasukan. Justeru, usaha bagi menyemarakkan kembali kegiatan sukan di sekolah telah pun dimulakan melalui pelaksanaan dan pengukuhan Dasar Satu Murid Satu Sukan. Ianya bertujuan untuk memastikan penglibatan setiap murid dalam aktiviti sukan di sekolah, menerapkan nilai-nilai sukan di kalangan seluruh warga sekolah, serta mengembalikan sekolah sebagai institusi utama untuk melahirkan bakat-bakat sukan dari peringkat akar umbi.

2.0 Rasional

Membina serta memperkembangkan bakat murid-murid prasekolah dalam bidang sukan permainan di samping mempertingkatkan daya fizikal dan mental murid-murid serta memupuk semangat berpasukan. Kemahiran ini adalah satu aspek pembelajaran yang selaras dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan di samping memenuhi keperluan asas kemahiran sosial bagi murid-murid prasekolah selaras dengan kehendak dan tuntutan konsep Pendidikan Prasekolah untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang pelbagai dan menarik dengan interaksi terus kepada persekitaran selaras dengan matlamat falsafah pendidikan kebangsaan iaitu;

▸ Baca selengkapnya: kertas kerja konvokesyen prasekolah

(3)

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah

bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta

memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

(Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2003)

3.0 Objektif

i. Mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan murid-murid prasekolah dalam bidang sukan dan permainan.

ii. Memberi pendedahan dan pengalaman yang baru kepada murid-murid prasekolah dalam penyertaan pertandingan sukan.

iii. Mempertingkatkan tahap stamina dari segi kekuatan fizikal dan mental selaras dengan perkembangan motor kasar dan motor halus.

iv. Mengeratkan perhubungan silaturrahim antara murid dan guru dari 4 buah sekolah berlainan.

4.0 Sasaran

Semua murid Prasekolah SK Seri Bintang Utara, SK Seri Bintang Selatan, SK Seri Cheras dan SK Yaacob Latiff (1).

(4)

5.0 Tempat

Gimnasium Kompleks Seri Bintang. Tarikh

13 Julai 2012 (Jumaat) Masa

8.00 pagi hingga 12.00 tengahari

6.0 Peserta

Seramai 125 peserta akan dibahagikan kepada empat pasukan iaitu: 1. Pasukan A Kelas Prasekolah SK Seri Bintang Utara

2. Pasukan B Kelas Prasekolah SK Seri Bintang Utara 3. Pasukan Prasekolah SK Seri Bintang Selatan 4. Pasukan Prasekolah SK Seri Cheras

5. Pasukan Prasekolah SK Yaacob Latiff (1)

7.0 Acara yang dipertandingkan

Bil Acara Bil peserta

1 Precious Bean Bag 5 orang

2 Kasut Gergasi 5 orang

3 Lets Squeeze 5 orang

4 Kaki King Kong 5 orang

5 Gelung Ajaib 5 orang

(5)

8.0 Peraturan dan penyertaan peserta

a) Terbuka kepada semua murid Prasekolah dari 4 buah sekolah sekitar Zon Pudu iaitu SK Seri Bintang Utara, SK Seri Bintang Selatan, SK Seri Cheras dan Sk Yaacob Latiff (1).

b) Setiap permainan diwakili dengan lapan orang peserta.

c) Penyertaan hendaklah mengikut pasukan sekolah masing-masing.

d) Peserta yang tidak hadir/cedera/sakit boleh digantikan dengan murid prasekolah dari sekolah yang sama.

e) Sebarang pindaan dan perubahan pada permainan dan peraturan adalah ditetapkan oleh AJK pertandingan dan akan dimaklumkan pada pengurus peserta.

(6)

9.0 Jawatankuasa Kerja Karnival Sukaneka Ria Prasekolah

Penasihat : Pn. Junaidah Bt. Tamby Hashim (Guru Besar) Pengerusi : Pn. Siti Hanim Bt. Ismail (GPK Koko)

Naib Pengerusi : Pn. Lily Rashimah Bt. Abd Rasool (GPK Tadbir) : Pn. Norelin Aina Bt Ghani (GPK Hem)

Penyelaras Program : Cik Nur Maisarah Bt Kamarudin Setiausaha : Cik Siti Nur Afisah bt Mat Sot Bendahari : Cik Norhaizian bt Seman

AJK:

Sambutan Teknik dan Peralatan

Pn. Junaidah Bt. Tamby Hashim(Guru Besar) Cik Norhaizian Bt Seman Pn. Lily Rashimah Bt. Abd Rasool(GPK Tadbir) Pn. Raihanie Ngarega Abdullah Pn. Siti Hanim Bt. Ismail (GPK Ko-ko) Cik Nordiana Afzan bt Daud Pn. Norelin Aina Bt Abd Ghani(GPK Hem) Pn. Siti Zubaidah bt Abd Rahim Cik Nur Maisarah Bt Kamarudin Cik Nor Aziera bt Mohd Junaidi

Laporan / Dokumentasi dan Gambar Disiplin dan Kebersihan Cik Siti Nur Afisah bt Mat Sot Semua guru prasekolah & PPM En. Ziham Zawawi Mazlan

(7)

Hadiah dan Cenderamata Perasmian & Persembahan Cik Norhaizian Bt Seman Cik Norhaizian Bt Seman Pn. Raihanie Ngarega Abdullah Pn. Raihanie Ngarega Abdullah Cik Nordiana Afzan bt Daud Cik Nur Maisarah Bt

Kamarudin

Pn. Siti Zubaidah bt Abd Rahim

Jamuan dan Minuman Siaraya / PA Sistem

Cik Noraziera bt Junaidi En. Mohd Shahril B. Ibrahim Cik Nordiana Afzan bt Daud Ust. Mohamad Asmunir Ariffin Pn. Siti Zubaidah bt Abd Rahim

Juruacara Pengadil

En. Ziham Zawawi Bin Mazlan Cik Noradibah bt Jusoh Cik Wan Nadira Wan Asri

Buku Program / Kad Jemputan Cik Siti Nur Afisah Bt Mat Sot

(8)

10.0 Aturcara Karnival Sukaneka Ria Prasekolah

7.45 pagi – Para tetamu mengambil tempat 8.00 pagi – Ketibaan tetamu kehormat/perasmi 8.10 pagi – Nyanyian Lagu Negaraku

– Bacaan doa

(Ust Mohamad Asmunir b Ariffin) – Ucapan GPK Kokurikulum

(Pn Siti Hanim bt Ismail)

– Ucapan Perasmian oleh Ketua Unit Pengurusan PAKK dan Prasekolah (Puan Zainab binti Zakaria)

– Senamrobik Prasekolah SKSBU 9.00 pagi – Sukaneka 1

1) Precious Bean Bag 2) Kasut Gergasi 3) Lets Squeeze 10.00 pagi – Rehat

10.15 pagi – Sukaneka 2

1) Kaki King Kong 2) Gelung Ajaib 3) Bola Emas 11.15 pagi – Penyampaian hadiah 11.30 t/hari – Majlis bersurai

(9)

11.0 Anggaran perbelanjaan Karnival Sukaneka Ria Prasekolah

12.0 Sumber Kewangan

Peruntukan dari wang(LPBT) Prasekolah SK Seri Bintang Utara.

13.0 Penutup

Diharapkan melalui Karnival Sukaneka Ria Prasekolah yang julung kali diadakan ini akan berjaya mencapai objektif yang dihasratkan, khususnya kepada semua murid prasekolah. Diharap satu perubahan yang positif akan wujud di dalam diri murid prasekolah selepas mengikuti Karnival Sukaneka Ria Prasekolah ini. Di samping ini, melalui Karnival Sukaneka Ria Prasekolah ini juga dapat mengeratkan lagi perhubungan silaturrahim antara murid-murid dan guru-guru . Seterusnya Karnival Sukaneka Ria Prasekolah ini juga diharap berjaya merealisasikan hasrat kerajaan yang ingin melahirkan generasi yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Generasi ini merupakan pelapis yang memacu kejayaan negara pada masa hadapan khususnya dalam bidang sukan .

“ KECEMERLANGAN DIRI MELALUI SUKAN ” “ MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA ”

Bil Perkara Perbelanjaan Catatan

1 Banner RM 81.20 2 Cenderamata VIP RM 60.00 3 Hadiah peserta - Pingat RM 3.50 (25 x 6)= RM 525.00 4 Makanan - Murid prasekolah RM 1.80 116= RM 208.80 Jumlah RM 875.00

(10)

Disediakan oleh, Disokong oleh,

... ... (NUR MAISARAH BT KAMARUDIN) (SITI HANIM BT ISMAIL) Guru Pelatih, GPK Kokurikulum, SK Seri Bintang Utara, SK Seri Bintang Utara,

Kuala Lumpur. Kuala Lumpur.

Disahkan oleh,

... (JUNAIDAH BT TAMBY HASHIM) Guru Besar,

SK Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur.

(11)

Lampiran

Pesanan untuk Medal Sukaneka Ria Prasekolah 2012

Bil Acara Medal Catatan

Emas Perak Gangsa Saguhati Saguhati

1 Membaling pundi kacang ke dalam bakul 5 5 5 5 5 2 Berjalan sambil memakai kasut but 5 5 5 5 5 3 Mengisi air ke dalam botol menggunakan span. 5 5 5 5 5 4 Berjalan sambil mengikat kaki. 5 5 5 5 5 5 Melambung belon air masuk ke dalam bakul. 5 5 5 5 5 6 Membawa bola ping-pong dalam sudu. 5 5 5 5 5 Jumlah 25 25 25 25 25 Jumlah Keseluruhan 125

(12)

2012

Referensi

Dokumen terkait