• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pertolongan Cemas

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Pertolongan Cemas"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

PERTOLONGAN CEMAS

.0 Pengertian Pertolongan Cemas

Pertolongan cemas atau bantuan awal yang diberikan kepada mangsa selalunya dapat membantu menyelamatkan nyawa mangsa. Pertolongan cemas ditakrifkan sebagai bantuan atau rawatan awal yang diberikan kepada seseorang yang mengalami kecederaan dalam sebarang kemalangan atau sakit secara mengejut sebelum ketibaan ambulans, doktor atau pakar perubatan sebelum mangsa dihantar ke hospital. Tempat simpanan alat-alat atau perkakas yang digunakan ketika berlaku kecemasan boleh dijumpai di kebanyakan tempat, seperti: pejabat, kilang, makmal ataupun di rumah kediaman.

Matlamat utama:

i. Untuk menyelamat nyawa

ii. Mengelakkan kecederaan dari bertambah buruk iii. Mengurangkan kesakitan.

iv. Sebagai persediaan sebelum diambil alih oleh doktor 2.0 Peraturan Asas Petolongan Cemas

Terdapat beberapa peraturan Asas yang dijadikan asas bagi ahli-ahli pertolongan cemas.

i. Ahli pertolongan cemas tidak seharusnya menakut-nakutkan pesakit atau orang yang ditimpa kemalangan dengan kata-kata yang kurang meyakinkan.

ii. Ahli pertolongan cemas hendaklah memberikan bantuan terhadap mana-mana kecederaan yang merbahaya terlebih dahulu.

(2)

iii. Ahli pertolongan cemas hendaklah melonggarkan pakaian pesakit agar ianya sentiasa berada di dalam keadaan selesa dan juga supaya ianya mendapat udara yang secukupnya. iv. Elakkan orang ramai daripada berkumpul di sekeliling si

pesakit.

v. Cuba dapatkan butir-butir peribadi si pesakit untuk

memudahkan ahli pertolongan cemas berhubung dengan pihak-pihak tertentu.

vi. Ahli pertolongan cemas hendaklah jangan cuba memberi bantuan yang berlebihan-lebihan kerana dikhuatiri akan memudaratkan lagi keadaan si pesakit.

vii. Cuba pulihkan pernafasan sekuranya terhenti.

viii. Jika berlaku perdarahan terhadap si pesakit,cuba hentikan pengaliran darah tersebut daripada keluar dengan banyaknya. Tindakan serta merta pertolongan cemas:

1. Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik. 2. Memberikan rawatan renjatan dengan segera.

3. Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah. 4. Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna . Arahan am untuk memberi rawatan bantu mula:

Bertindak dengan cepat dan tenang. Dapatkan bantuan orang yang berhampiran untuk membuat panggilan ke polis, ambulans,

keluarga dll.

Bertindak berdasar DRABC [Danger Response Airways Breathing Circulation] iaitu:

 Keluarkan mangsa dari kawasan yang merbahaya [D]

 Pastikan mangsa bertindakbalas dengan memanggil mangsa atau bertanya dengannya jika mangsa sedar. [R]

(3)

 Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup atau tersembut - jika ada keluarkan dan letakkan mangsa dalam kedudukan yang selesa [A]

 Pastikan mangsa bernafas dan jika tidak, lakukan EAR - External Air Resuscitation [B]

 Pastikan nadi mangsa berfungsi - semak di nadi karotid atau di leher [C], jika tidak lakukan CPR [Cardio Pulmponary

Resuscitation].

3.0 Kotak Pertolongan Cemas

KOTAK PERTOLONGAN CEMAS 3.1 Definisi

 Kotak pertolongan cemas berfungsi sebagai rawatan pertama yang diaplikasikan bagi mengurangkan risiko kecederaan. Ia merupakan satu peti/ kotak yang mengandungi peralatan pertolongan cemas dan bekalan perubatan.

(4)

3.2 Kepentingan Kotak Pertolongan Cemas

 Menyimpan item/ ubatan untuk melakukan pertolongan cemas bagi :

 Menyelamatkan nyawa

 Menghenti dan menghalang kecederaan menjadi lebih teruk

 Menggalakkan penyembuhan  Memenuhi keperluan perundangan

a) Factories and machinery Act 1967 - Section 25 (parent Act)

- Regulation 38 9 Health, Safety and Welfare) b) Occupational Safety and Health Act 1994 - Section 15 (parent Act) 6

3.3 Peralatan Yang Terdapat Dalam Peti Pertolongan Cemas

Beserta Fungsinya

BI L

PERKARA KEGUNAAN

1. Triangular bandage (kain anduh) Untul mengampu bahagian

kecederaan/ kepatahan, membalut luka/ pendarahan yang didapati ada kepatahan tulang

2. Sterile eye pad Melindung mata yang

tercedera/ terkena bendasing 3. Non-sterile gauze

Sterile gauze

Melakukan pencucian/pembebat luka‡ Membuat balutan/memberi

(5)

menstabilkankepatahan 4. Elastic bandage/crepe bandage

Roller bandage

Menstabilkan kecederaan/

kepatahan/ untuk membalut luka dan jugakecederaan ringan

eg.

dislocation(terseliuh)

5. G l o v e - d i s p o s a b l e /nonsterile Melindungi diri dari sebarang cecair badan/sumber jangkitan

6. Scissor Memotong gauze/bandage

7. Adhesive tape Melekatkan balutan dan pembebat

8. Sterile multi-trauma dressing/ gauze

Melakukan pencucian/pembebatan luka

9. Alcohol prep pads Mencuci sebarang

bendasing/kekotoran pada luka sebelum membalut.

10 .

Cotton buds Mencuci luka pada kawasan sukar

11 .

Acriflavine (ubat kuning) Untuk antiseptic

12 .

Dettol (boleh diganti dengan Normal Saline solution 0.9%)

Antiseptik dan digunakan sebagai cucian luka luar

13 .

LMS solution (minyak kuda) Melegakan kesakitan otot

3.4 Amaran Penting Mengenai Peti Pertolongan Cemas Terdapat perkara yang perlu diberi perhatian mengenai peti pertolongan cemas iaitu :

i. Peti kecemasan tidak boleh mengandungi minuman atau ubat yang dipreskripsi.

(6)

ii. Pastikan item dalam peti kecemasan mencukupi dan sentiasa diperiksa.

iii. Peti kecemasan perlu diperiksa setiap minggu dan menggantikan apa yang perlu.

iv. Staf perlu ditugaskan untuk memeriksa dan menggantikan keperluan dalam peti kecemasan.

v. Buku log perlu disimpan dengan baik.

vi. Peti kecemasan tidak boleh dihalang – dapat dilihat dengan jelas

4.0 Merawat Luka 4.1 Definisi

Luka ialah sejenis kecederaan kpd tisu-tisu badan yg mengakibatkan pengaliran darah dibahagian luar atau dalam badan disebabkan alat tajam atau tumpul.

Pendarahan Kecil

Terbahagi kepada tiga iaitu:

1. Pendarahan eksternal (dibahagian luar) – luka terhiris -disebabkan benda tajam seperti pisau – luka terkoyak -disebabkan cakaran binatang atau dawai – luka berdarah -kena pukulan tepat benda tidak tajam – luka tembus -seperti kena tikaman pisau, atau jarum.

2. Pendarahan internal (dibahagian dalam) perut –muntah berdarah rahim – tumpah darah tali usus – darah pada dubur buah pinggang – kencing berdarah paru-paru / salur pernafasan – batuk berdarah tengkorak – darah mengalir melalui telinga dan hidung

3. Pendarahan internal tanpa kesan limpa dan hati pecah pendarahan dalam otak

4.2 Jenis Jenis Luka Terbahagi kepada 2 kategori: 1) Luka terbuka

(7)

 luka teruk yang melibatkan organ-organ lain, menyebabkan tumpahan darah yang banyak, renjatan dan juga jangkitan kuman.

) Luka terhiris (Incision)

 Disebabkan alat tajam seperti pisau atau kaca.  Luka senang dirawat dan bercantum semula.

 Mungkin berlaku pendarahan yg banyak disebabkan terpotong salur darah.

) Luka tikaman (punctured)

 Disebabkan tercucuk paku, jarum atau serpihan kayu  Mempunyai liang yg kecil tetapi dalam

 Luka dalam menyebabkan kekotoran atau kuman mudah meresap dan risiko jangkitan tinggi.

) Luka terkoyak (laceration)

 Disebabkan terkena dawai kawat atau alat jentera  Mengakibatkan kerosakan tisu yg teruk

) Luka terkopak

(Avulsion)- tercabut atau terkopak dari kulit luar daripada struktur ) Luka terputus (Amputation)

) Luka hancur (Crush Injury) ) Luka tembakan (Shot wound)

 Disebabkan terkena peluru tembakan- Mengakibatkan kecederaan dalaman yg teruk- Luka kecil dibahagian

tembusan tetapi luas diruang keluar.

CONTOH-CONTOH LUKA TERBUKA 2) Luka tertutup

(8)

 kebiasaannya kulit tidak pecah, tumpahan darah terjadi dalam tisu dan bahagian yang tercedera menjadi lebam.

) Lebam (contusion)

 Akibat drpd terkena pukulan yg kuat spt ketukan tukul besi.  darah yg keluar bewarna kemerahan berkumpul dibawah

lapisan kulit

) Haematoma

 Pembekuan darah kebiru-hitaman

 Berlaku didalam organ atau tisu disebabkan kecederaan atau pembedahan

) Calar balar (Abrasion)

 Kulit yg tersiat yg menampakkan lapisan tisu luar yg tipis

4.3 Rawatan Pendarahan Eksternal Secara Umuma) ) Luka-luka kecil.

 memerlukan pembalutan kecil seperti plaster sahaja.  perlu diberi untuk mengelakkan risiko jangkitan kuman. Langkah-langkah rawatannya adalah:

 Bersihkan tangan dengan sabun.

 Jangan sentuh luka dengan tangan kotor.  Cuci luka supaya tidak dijangkiti kuman.

 Keringkan menggunakan tisu atau tuala yang steril.  Lekatkan plaster mengikut saiz luka

 Jangan bercakap atau batuk ke arah tempat luka.  Gunakan pembalut untuk memegang plaster.

(9)

) Luka kecil yang ada benda asing.

Sekiranya ada benda asing yang sukar untuk dikeluarkan dari luka seperti kaca yang terbenam atau objek-objek lain, jangan keluarkan objek tersebut. Tindakan ini akan mengakibatkan lebih banyak kerosakan pada tisu dan pendarahan. Matlamat rawatan adalah untuk mencegah pendarahan tanpa menekan atau mencabut objek dan mendapatkan rawatan perubatan.

 Langkah-langkah rawatannya  Bersihkan tangan dengan sabun.

 Jangan sentuh luka dengan tangan kotor.  Cuci luka supaya tidak dijangkiti kuman.

 Keringkan perlahan-lahan menggunakan tisu atau tuala yang telah disteril.

 Kawal pendarahan dengan menggunakan tekanan yang teguh ke atas kedua-dua bahagian atau sekitar tepi objek.

 Tutup luka dengan sekeping pembalut kasa untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman.

 Kemudian buat balutan sekeliling objek sehingga boleh membalut tanpa menekan objek.bawa mangsa ke hospital. Cara Menahan Darah

a) Tekanan tepat - tekan terus pada luka tersebut dengan kain bersih jika tiada apa-apa benda pada luka atau luka tidak disertai dengan patah.

i. Pembebatan (dressing) sebaik-baiknya gunakan kain / bahan yang disterilkan.

ii. Pada keadaan mendesak, tangan kosong boleh juga digunakan dengan menekan pada tempat berdarah.

iii. Gunakan pembalut (bandage) untuk memegang pembebat. iv. Penekanan hendaklah dikekalkan sampai darah berhenti

biasanya 10 – 15 minit.

b) Tekanan tidak tepat - Tekan pada urat nadi. i. Gunakan ikatan penjerut (tourniquet).

(10)

iii. Komplikasi penggunaan cara ini ialah boleh menyebabkan kecederaan pada otot, saraf dan pembuluh darah jika terlalu ketat.

iv. Ikatan yang longgar memburukkan lagi pendarahan.

v. Ikatan yang lupa dilonggarkan sehingga beberapa jam menyebabkan anggota mati dan terpaksa dipotong.

vi.Gunakan kaedah ini jika anda mahir dengan ikatan tersebut.

c) Anggota terputus – Kawal darah dari berterusan keluar.

i. Bahagian putus hendaklah dibungkus dengan kain kasa yang basah, sebaik-baiknya dibasah dengan air garam isotonik yang suci kuman.

ii. Masukkan anggota putus dalam bekas plastik.

iii. Masukkan plastik tersebut ke dalam satu lagi bekas plastik yang mengandungi ketulan ais.

iv. Jangan rendam anggota putus secara langsung ke dalam ais.

v. Hantar mangsa ke hospital vi.

5.0 Pembalut Dan Anduh

PEMBALUT SEGITIGA Pembalut

Pembalut terdiri daripada sejenis kain putih yang berukuran lebih kurang140 cm x 90 cm x 90 cm. I boleh digunakan bagi

(11)

menjauhkanbahagian yang patah daripada bengkak, menyapu baha gian yang cedera,menahan darah keluar di arteri, dan menolong me ngangkat atau membawapesakit. Kegunaannya bergantung kepada perkara di atas dan dapatdiubahsuaikan saiznya dengan

penggunaannya.

a) Sebesar kain – sehelai penuh b) Pembalut besar – lipatkan dua c) Pembalut kecil – lipatan tiga

*Gunakan ikatan buku sila semasa menggunakannya. Cara-cara membuat balutan cincin

Selepas kita menggulungkn kain anduh seperti yang ditunjukkan kita balutkan ia seperti gelang atau lebih senang dipanggil seperti cincin.Balutan cincin ini digunakan untuk menghalang tulang/benda tajam yang tertusuk masuk dalam anggota badan kita supaya tidak bergerak ke tempat lain.

Cara-cara membuat balutan anduh kecil

Letakkan tapak tangan yang tercedera di atas kain anduh ,

kemudian tarik dan letakkan bucu atas kain anduh di atas tangan. Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah. Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan.

(12)

Cara-cara membuat balutan anduh besar

Bucu kain atas anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang cedera. Kemudian ikatan buku sila diikatkan pada atas bahu. Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat ke bahagian dalam supaya nampak lebih kemas.

Fungsi:

- mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera. -

mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.

Anduh

Anduh digunakan untuk mengampu dan merehatkan anggota atas serta menjauhkan anggota atas daripada menarik atau menggerakkan dada, bahu danleher. Terdapat tiga jenis anduh, iaitu anduh besar, anduh leher dan lengan, dan anduh segitiga.

(13)

Referensi

Dokumen terkait

- Nilai kuis perorangan adalah nilai kuis masing-masing anggota kelompok yang diperoleh dari hasil kuis dengan aturan penilaian bahwa untuk masing-masing anggota yang

[r]

Koordinasi proteksi yang tepat pada keseluruhan sistem dapat dilakukan dengan cara pengambilan beberapa tipikal yang mewakili sistem kelistrikan PT Pusri Palembang

Permasalahan yang ingin diselesaikan adalah memperbaiki sinyal arus dan tegangan pada keluaran inverter untuk pengendalian kecepatan dan meningkatkan efisiensi motor

keadaan dari pita hantaran dapat dinyatakan dalam tingkat Fenni lain F<- dcngan:. (2.. Jika bed.as cahaya jatuh pada semikonduktor seperti itu, jumlah kuanta N. yang

Karakteristik dari pendidikan kejuruan menurut Djojonegoro (1998) adalah sebagai berikut: a) pendidikan kejuruan diarahkan untuk mempersiapkan peserta didik memasuki

Hasil dari penelitian ini adalah berupa program pendukung keputusan untuk rekomendasi pemilihan gadget terbaik, yang diimplementasikan dalam sistem berbasis website

Penelitian ini didasarkan pada konsep awal tentang abstraksi suatu fenomena sosial yang terjadi dalam masyarakat, yang didalam penelitian ini adalah Analisis Kinerja